Rabu, 21 September 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Lelaki dan Kayak Terjunam dari Air Terjun yang Tinggi, Apa yang Terjadi Selepas Itu?

Posted: 21 Sep 2011 07:29 AM PDT


Lelaki itu selamat, malah dia meneruskan kayuhan kayaknya!

Jesse Coombs, 40 tahun benar-benar mendebarkan orang yang menyaksikan aksinya. 

Menurut laporan DM, ketinggian air terjun Abiqua di Oregan AS ini  ialah 100 kaki. Coombs merupakan orang pertama yang berani melakukan aksi yang boleh meragut nyawa itu.

GILA!


Isu Mat Indera/Bukit Kepong: Mat Sabu Yakin MENANG, Peguam Anggap Kes KARUT

Posted: 21 Sep 2011 06:47 AM PDT


Saya petik:
[HD] BUTTERWORTH, 21 Sept: Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali.

Kes beliau akan disebut sekali lagi pada 27 Oktober ini dan dibicarakan pada 5 hingga 9 Disember depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau dibela oleh Hanipa Maidin dan Amirudin Zulkiply manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusuf dan Suhaimi Ibrahim di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajudin.

Turut hadir memberikan sokongan moral kepadanya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Kedah, Nasir Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan PAS dari Pulau Pinang dan Kedah.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah.

Umno juga ujarnya, akan kalah untuk mempertahankan fakta yang salah sekaligus meranapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pemerintahan negara ini.

"Saya yakin seyakin-yakinnya kita boleh menang kes ini dan Umno tewas dalam hal persejarahan Malaysia ini," tegas beliau ketika berucap ringkas di luar mahkamah.

Katanya, Umno dan BN hanya mahu menggambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul mengenai kemerdekaan negara.

"Umno dan BN hanya mahu mengambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul tentang kemerdekaan dengan membelakangkan perjuangan orang lain walaupun  mereka lebih ke hadapan menentang penjajah," katanya.

 P/s: Banyak sangat jadi tidak SIUMAN sejak Mat Sabu bongkar sejarah silam!


Drama Liwat II: Pakar DNA Anggap Pendakwa Kelirukan Mahkamah

Posted: 21 Sep 2011 06:39 AM PDT


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini kembali bersidang dalam perbicaraan Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbicaraan kini memasuki peringkat pembelaan dan saksi keempat peguam bela, Dr Brian McDonald dijangka menyambung keterangannya untuk disoal balas Pendakwa Raya.

Semalam, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden cuba menimbulkan keraguan terhadap kepakaran Dr Brian.

Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini.

9.20 pagi: Mahkamah masih belum mula bersidang. Kelihatan banyak lagi tempat kosong di galeri awam.

9.33 pagi: Anwar di luar mahkamah berbaju kot coklat berbual-bual dengan peguamnya: Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy.

9.41 pagi
: Anwar dan peguamnya masuk ke mahkamah dan mengambil tempat masing-masing.

9.47 pagi: Turut kelihatan di galeri awam adalah Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

9.58 pagi: Mahkamah mula bersidang.

9.59 pagi: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bertanya kepada Dr Brian samada beliau pernah melakukan prosedur 'differential extraction' atau pengekstrakan.

Dr Brian bertanya kepada Yusof dan kelihatan tidak dapat menangkap dengan jelas perkara yang diucapkan Yusof.

Peguam Anwar, Sankara berdiri dan memberitahu Hakim bahawa Dr Brian sebelum ini pernah memberitahunya bahawa beliau kadangkala sedikit sukar memahami Yusof kerana telor (accent) bahasa Inggeris beliau.

10.01 pagi: Yusof bertanya samada Dr Brian sendiri pernah menjalankan differential extraction?

Dr Brian berkata baru-baru ini beliau tidak menjalankan sebarang proses differential extraction tetapi beliau faham dan tahu prinsip-prinsipnya.

10.03 pagi: "Awak mengkelaskan eksperimen Dr Seah cacat kerana beliau tidak 'membasuh' sel epitelium?" tanya Yusof.

"Saya beri keterangan berdasarkan apa-apa yang diberitahu Dr Seah. Dia kata dia tidak melakukannya," kata Dr Brian.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Dr Brian berjaya menimbulkan keraguan bahawa DNA lelaki Y mungkin berasal daripada sel bukan sperma kerana Dr Seah tidak 'membersihkan' sampel yang diperiksanya.

Ia mungkin mengandungi sel epitelium (sel kulit).

10.13 pagi: Yusof menunjukkan satu dokumen yang menyatakan 'pencucian' sel epitelium tidak 'perlu' dilakukan tetapi 'dicadangkan' sahaja untuk dilakukan.

10.18 pagi: Dr Brian berkata jika ia tidak 'dicuci' untuk membuang sel-sel bukan sperma terdapat kemungkinan DNA yang diperolehi bukan berasal dari sperma.

10.31 pagi: Yusof mempertikaikan kenyataan Dr Brian sebelum ini yang slaid perlu disediakan selepas proses differential extraction dibuat.

"Di manakah terdapat cadangan bahawa slaid perlu disediakan selepas differential extraction disediakan?" tanya Yusof.

10.36 pagi: Pertengkaran kecil berlaku di antara Yusof dan Dr Brian berkenaan penyediaan slaid.

Yusof mendakwa bahawa slaid tidak perlu disediakan jika sel sperma dan sel bukn sperma berjaya dipisahkan daripada sel sperma di bawah proses pengekstrakan.

Brian pula berkata slaid itu masih perlu disediakan untuk memastikan sel sperma dan bukan sperma sudah berjaya dipisahkan. Yusof mendakwa Brian mengelirukan mahkamah, tetapi dibantah peguam, Sankara Nair.

10:40am:
McDonald berkata, seseorang itu perlu melakukan slaid untuk menyediakan proses penjelasan yang bermakna.

10:41am: Sekarang, McDonald menuduh Yusof mengelirukan mahkamah. "Anda perlu mengambil slaid pada proses yang berbeza."

10.43 pagi: Pengarah Biro Undang-undang KEADILAN, Latheefah Koya tiba di mahkamah.

10.52 pagi: Yusof bertanya soalan-soalan teknikal kepada Dr Brian tetapi Yusof hanya mahukan jawapan-jawapan ringkas dari Dr Brian yang menyokongnya.

"Awak boleh komen kemudian. Saya tidak mahu komen awak saya cuma mahu jawapan awak sahaja," kata Yusof.

11.01 pagi: "Awak kata DNA dari B10 boleh datang dari sel kulit Saiful sendiri?" tanya Yusof.

"DNA itu tidak memberitahu kita bahawa tiada air mani dari pengadu dari putik kapas," kata Dr Brian.

11.05 pagi: Mahkamah berehat sebentar selama 15 minit.

11.41 pagi: Mahkamah kembali bersidang dengan Dr Brian kembali disoal balas Yusof.

Yusof bertanya kepada Dr Brian tentang akreditasi makmal DNA Jabatan Kimia.

11.48 pagi: Dr Brian memberitahu yang beliau sebelum ini mengatakan makmal DNA Jabatan Kimia tidak diakreditasi kerana mereka tiada sijil akreditasi ISO 17025.

Ia sebaliknya hanya diakreditasi oleh ASCLAD di bawah Legacy Programme.

12.14 tengahari: Mahkamah berehat untuk makan tengahari dan akan bersambung semula jam 2.15 petang.

2.20 petang: Mahkamah kembali bersidang dan Yusof menyambung sesi soal balas.

2.33 petang: Yusof mendakwa Dr Brian gagal menunjukkan bukti dari transkrip mahkamah Dr Seah yang beliau pernah mendakwa makmal forensik Jabatan Kimia mempunyai akreditasi ISO 17025.

2.34 petang: Yusof mencadangkan kepada Dr Brian bahawa makmal forensik tidak memerlukan akreditasi ISO17025. Dr Brian tidak bersetuju.

2.40 petang: Yusof kembali bertanya kepada Dr Brian tentang analisa DNA Dr Seah.

2.45 petang: Yusof menyoal Dr Brian tentang kemerosotan DNA sel sperma yang berlaku dalam analisa DNA Dr Seah.

3.21 petang: Ram Karpal bangkit membantah beberapa soalan Yusof kerana menurutnya Dr Brian ditanyakan soalan-soalan tentang perkara yang jawapan asalnya datang daripada Dr Seah.

3.40 petang: Yusof bertanya jika Dr Brian bersetuju kemerosotan (degradation) tidak penting selgi mana DNA boleh dilihat. Dr Brian tidak bersetuju.

3.50 petang: Dr Brian berkata DNA tidak akan merosot jika ia dianalisa dalm masa 10 minit selepas diambil dari dubur.

3.54 petang: Yusof selesai menyoal balas.

3.55 petang: Mahkamah ditangguhkan ke esok jam 9 pagi.


[Kemas Kini] Drama Liwat II: Sah Najib GENTAR, KECUT!

Posted: 21 Sep 2011 12:20 AM PDT


Terngiang-ngiang kata-kata Najib yang menegaskan bahawa dia tidak gentar kepada Anwar Ibrahim. Rasa-rasanya, ucapan itu baru lagi terkeluar dari mulutnya. Rasa-rasanya ucapan yang kononnya menunjukkan kejantanannya itu dibuat selepas mengumumkan cadangan pemasuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.

Hari ini diberitakan bahawa PM dan suami dijangka memfailkan permohonan untuk menolak sepina yang mewajibkan mereka untuk tampil sebagai saksi pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Menurut sumber yang memaklumkan Malaysiakini, pasangan itu akan memfailkan permohonan mereka pada hari ini.

Butiran mengenai permohonan itu setakat ini tidak jelas. Masa mereka akan memfailkan permohonan itu juga belum diketahui.

Jika benar berita ini, mengapa Najib gentar? Berani kerana benar, takut kerana...


Kemas Kini:
Najib dan suami memfailkan permohonan untuk mengetepikan sepina yang mengkehendaki mereka untuk tampil sebagai saksi pembelaan pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung. Permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 3.30 petang oleh empat peguam kanan yang mewakili mereka.


P/s: Jangan marah kalau orang menggelar anda pengecut!


Lelaki Rogol Anak Saudara 13 Tahun di Bangsal

Posted: 20 Sep 2011 11:48 PM PDT



Saya petik:

[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang buruh sanggup menjadikan anak saudaranya sebagai hamba seks dengan merogolnya walaupun ketika itu mangsa baru berumur 13 tahun satu bulan dan masih di bangku sekolah.

Tertuduh, Azam Wahab, 33, dari Felda Bukit Bading, Ajil, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak saudaranya pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang.

Selepas pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menetapkan 25 September depan sebagai tarikh keputusan kes.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang di bangsal kebun limau, Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu telah merogol mangsa, 13 tahun satu bulan.

Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Masriwani Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Mengikut fakta kes, pada 24 Ogos lalu kira-kira jam 5.30 petang, ibu mangsa berusia 31 tahun yang ketika itu berada di rumah di jalan Pasir Akar, Kampung Gong Duek, Jertih, Besut telah menerima panggilan telefon daripada adik perempuannya, memberitahu anaknya disyaki telah dirogol.
Ini sebab, mangsa dilihat sentiasa memegang kemaluannya dan sering kali mengadu sakit di bahagian itu tetapi apabila ditanya, mangsa enggan menceritakan hal sebenar dan hanya mendiamkan diri.

Bimbang perkara buruk mungkin berlaku terhadap anak saudaranya itu, Rosmaini menyuruh kakaknya pulang segera ke rumah mereka di Felda Jerangau Barat, Ajil untuk menyoal mangsa sendiri.

Keesokan harinya iaitu 25 Ogos lalu kira-kira jam 8 malam, ibu mangsa telah pulang ke rumah dan terus menyoal mangsa. Setelah dipujuk, mangsa memberitahu dia telah dirogol oleh tertuduh, iaitu adik ipar bekas suaminya yang dikenali dengan nama 'Boyeng' di bangsal kebun limau di Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu.

P/s: Lahanat!

Lelaki 90 Tahun Ada 50 Anak Hasil Hubungan 4 Wanita Termasuk IBU MERTUA Sendiri

Posted: 20 Sep 2011 08:00 PM PDT

 Luiz Costa de Oliveria, bergambar bersama-sama dengan isteri keduanya, kakak isterinya, dan ibu mentuanya.

Seorang lelaki berusia 90 tahun yang pernah bekerja di ladang di Brazil mengaku menjadi ayah kepada 50 orang anak.Yang mengejutkan, kesemua anak itu hasil perkahwinannya dengan dua wanita serta hubungan sulit dengan kakak serta ibu mentua isteri keduanya, lapor  sebuah akhbar tempatan.

"Perkara yang paling hebat yang diciptakan oleh Tuhan ialah wanita," kata  Luiz Costa de Oliveria kepada  Diario de Natal.

Biarpun begitu, sesetengah anaknya mati kerana kemiskinan. Lelaki itu kini memiliki 100 orang cucu dan 30 orang cicit. Sebilangan besar, ahli keluarga besarnya tinggal berhampiran dengan rumah Oliveria.

Oliveria, yang tidak pernah menyentuh alkhohol dan rokok selama 40 tahun mengaku tidak ingat kesemua cucu cicitnya.

Menurut Oliveria, "Saya mungkin ada anak lain yang tidak saya ketahui kerana saya suka melakukan hubungan seks."

''Saya jarang-jarang melakukan seks hari ini, walaupun saya masih sihat. Namun, saya masih ingat kenangan indah berasmara bersama-sama dengan wanita sewaktu muda dulu."

Isteri keduanya, Maria Francisca menambah,  "Satu-satunya hobi Luiz  ialah melakukan seks."

Cerita manusia haru biru yang menarik dan mengejutkan ini disiarkan di DM.- DCM


P/s: FUH!

Remaja CABUL Ibu Tiri

Posted: 20 Sep 2011 06:30 PM PDT


Saya petik:

[HM] SUBANG JAYA: Seorang remaja lelaki bukan saja mengamuk malah bertindak lebih keji hingga sanggup mencabul kehormatan ibu tirinya sendiri selepas mengheret wanita terbabit ke belakang rumah mereka di Taman Bukit Pelangi, di sini, malam kelmarin.

Remaja terbabit bagaimanapun ditahan di rumahnya selepas mangsa membuat laporan polis dengan ditemani suaminya.

Dalam kejadian yang berpunca daripada sedikit perselisihan faham antara mereka kira-kira jam 8 malam itu, mangsa berusia 33 tahun dikatakan bertikam lidah dengan anak tirinya itu sebelum suspek naik angin dan memecahkan pasu dalam rumah berkenaan.

Sumber berkata, remaja berusia 17 tahun itu menarik tangan ibu tirinya dan mengheretnya ke belakang kediaman mereka sebelum meraba seluruh badannya.

"Mangsa hanya mampu merayu supaya dilepaskan, tetapi tidak diendahkan anak tirinya itu menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

"Suspek yang terkejut menghentikan perbuatan itu sebelum mengarahkan mangsa tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu," katanya.

P/s: Gila! Apa perasaan si bapa apabila si anak mencabul isterinya? 


Remaja DIKURUNG, Diberi DADAH, & DIPERKOSA 5 Lelaki Selama 3 Minggu

Posted: 20 Sep 2011 05:16 PM PDT

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun bagaikan menyambut Aidilfitri tahun ini di dalam neraka apabila dikurung, diberi dadah dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki sejak hari raya kedua sebelum berjaya meloloskan diri, malam kelmarin.

Mangsa dikurung dalam sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras, di sini, sejak 31 Ogos lalu selepas termakan pujukan seorang lelaki baru dikenalinya berusia awal 20-an untuk ke rumah terbabit yang mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya.

Sumber polis berkata, sepanjang tiga minggu dikurung lima lelaki berusia 20-an itu, mangsa dipaksa mengambil dadah sebelum dirogol.

Katanya, penderitaan mangsa berakhir kira-kira jam 8 malam kelmarin apabila berjaya melarikan diri dari rumah 'neraka' itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.

"Kes terbabit kemudian dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut," kata sumber itu...

 P/s: Salah siapa?




Tiada ulasan: