Kerabu Bersuara ® |
- Abang Mat Sabu Ditahan Oleh Polis Di Pulau Pinang. Allahukhbar!!
- Kalau Kelantan Orang Cakap 'Umno Bengong' Tapi Kalau Kat Kedah?
- Kahkahkahkahkahkahkahkahkah....
- Jika tidak kerana keberanian Mat Sabu ...
- Bukit Kepong: Mat Sabu didakwa esok
- Terkini Dari Ambon
- Wahai suami kaya, berpoligamilah..
- Polis tidak wajar tersinggung dengan Mat Sabu
- Terkini! Rumah Abang Mat Sabu Dibaling Bom Petro?
- Betul Kata Mahathir, Melayu Mudah Lupa
Abang Mat Sabu Ditahan Oleh Polis Di Pulau Pinang. Allahukhbar!! Posted: 20 Sep 2011 07:41 AM PDT Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. NONEKetua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil. Menurut Ayub, pemimpin PAS itu akan didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan dibuat terhadapnya berikutan ucapan kontroversialnya pada sebuah ceramah diTasek Gelugor pada 19 Ogos lalu. "Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu," katanya pada sidang media di Georgetown. "Saya gesa semua pihak supaya bertenang agar proses undang-undang dapat dijalankan," katanya. |
Kalau Kelantan Orang Cakap 'Umno Bengong' Tapi Kalau Kat Kedah? Posted: 20 Sep 2011 06:45 AM PDT Umno: Pemimpin PAS tak mampu jadi MB Kedah ALOR SETAR, 20 Sept – Siapa saja daripada kalangan pemimpin PAS yang dipilih menjadi Menteri Besar Kedah tidak penting kerana calon tersebut tidak mampu menyumbang untuk pembangunan dan melaksanakan projek kesejahteraan rakyat. Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata, PAS hendaklah buktikan dahulu ia telah melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat dan bukan mengambil kredit daripada usaha kerajaan pusat. "Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah sendiri tidak mampu melaksanakan apa-apa projek, apakah calon lain boleh," katanya dipetik Bernama Online pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan-jabatan Persekutuan Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir semalam supaya anggota Exco Datuk Amiruddin Hamzah menggantikan Azizan yang tidak sihat. Mohd Johari berkata Kedah pasti lumpuh tanpa bantuan kerajaan pusat seperti bantuan kepada mangsa banjir, pertanian, nelayan dan golongan miskin di negeri ini. "Duit yang diperuntukkan bagi menyelenggara jalan pun tak tau ke mana perginya. Sebab itu banyak peruntukan tahun ini disalurkan terus kepada agensi-agensi kerajaan pusat untuk elak daripada disalah guna," katanya. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata Azizan juga gagal menyatakan dengan terperinchi dakwaannya bahawa PAS telah menunaikan 80 peratus daripada janji-janji manifesto pilihan raya umum 2008 parti itu. Kerajaan Persekutuan Cukai Kerajaan Bengong Dah Puak Umno Kedah Kalau Ketua Pun Cakap Macam Mat Gian je kahkahkahkah! |
Kahkahkahkahkahkahkahkahkah.... Posted: 20 Sep 2011 06:26 AM PDT Najib: Kerajaan BN tak pandai nak tipu rakyat PUTRAJAYA, 20 Sept – Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak tahu bagaimana hendak menipu rakyat apatah lagi menyeleweng fakta sejarah sepertimana yang dilakukan pembangkang. Perdana Menteri berkata perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah berada pada landasan yang benar dan jelas serta sentiasa menunaikan janji dan tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat serta negara. Beliau berkata apa yang dilaungkan oleh pembangkang, antaranya janji semasa pilihan raya umum 2008 yang tidak ditunaikan sehingga sekarang, hanya untuk kepentingan dan agenda politik mereka semata-mata. "Perjuangan kita (BN) ialah untuk menentukan negara kita semakin maju dan rakyat semakin makmur. Dari dulu lagi kita memperjuangkan perkara ini... bukan perkara baru," kata beliau dipetik Bernama Online. "Kita ada agenda yang amat jelas... pihak lain (pembangkang) tidak ada sesuatu yang boleh kita pegang, kepada cakap-cakap dan janjinya," katanya pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana hari ini. Najib berkata kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat telah lama diperjuangkan kerajaan BN, namun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan fakta. "Apa yang penting, kita bekerja kuat memberi penjelasan sehingga ke peringkat akar umbi. Kita mesti membetulkan fitnah yang ditabur atau fakta yang diseleweang "Selain menjelaskan perkara ini (fitnah dan fakta yang diseleweng), kita juga perlu jelaskan Umno dan BN sebagai parti yang mendahului kelok pembaharuan. Jangan mereka (rakyat) anggap (Umno dan BN) sebagai parti lama, parti yang tiada idea baru... tiada kesegaran dalam perjuangan," katanya. Najib, yang juga penaung persatuan itu berkata, sekiranya pembangkang diberi kuasa memerintah Malaysia, ia boleh membawa sejarah hitam kepada negara ini. "Nauzubillah, kalau dia (pembangkang) dapat kuasa, saya fikir dia nak rombak segala-galanya apa yang kita pertahankan, kita warisi. Nak tafsir sejarah (ikut mereka), nak tukar bendera... banyak lagi perkara karut yang mereka akan buat," katanya. |
Jika tidak kerana keberanian Mat Sabu ... Posted: 20 Sep 2011 12:09 AM PDT Oleh MAT ZAIN MAT ISA SUDAH lebih dua minggu nama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menguasai topik utama bual bicara masyarakat negara ini. Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu tak semena-mena menjadi fokus pertikaian politik. Segala-galanya berpunca daripada ucapannya yang dinilai menyanggahi catatan sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara, khususnya berkaitan peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Johor, enam dekad lalu. Keberaniannya mendakwa bahawa pasukan polis itu sebenarnya mempertahankan penjajah British, manakala penyerang balai itu adalah penentang penjajah sebenar telah mencetuskan polemik agak panjang. Seperti mana lazimnya, oleh kerana pada zahirnya isu digembar-gemburkan itu tampak menguntungkan Umno dan Barisan Nasional (BN), maka seluruh rank-and-file parti itu beserta segenap saluran media talibarutnya dimanipulasi untuk tujuan berkenaan. Entah berapa puluh organisasi dan perkumpulan manusia, yang kebanyakannya memang ada hubungkait dengan Umno, tampil menyuarakan bantahan. Jumlah perhimpunan haram mengiringi laporan polis terhadap Mat Sabu sudah tidak larat dikira. Saranan agar beliau ditangkap di bawah ISA juga kedengaran. Malah ada yang sampai mengesyorkan agar taraf kerakyatannya ditarik. Sudah tentu jika tidak kerana keberanian Mat Sabu mengeluarkan kenyataan yang didakwa mengusik sensitiviti atau menyanggah catatan sejarah yang selama ini diterima sebagai benar itu, maka tidak ada siapa pedulikan lagi Peristiwa Bukit Kepong. Mungkin yang tinggal sebagai ingatan paling baik dalam masyarakat terhadap peristiwa itu hanyalah filem diarahkan Dato' Jins Shamsuddin. Tak semena-mena senarai anggota polis terkorban dalam peristiwa itu dipertonton kembali kepada khalayak. Rakyat yang selama ini tidak pernah meneliti atau ambil pusing peristiwa Bukit Kepong pun turut terpanggil mengamati kisah sebenar. Sentimen anggota keluarga dan waris anggota polis terlibat dengan peristiwa berdarah itu juga diapikan. Mereka bukan sahaja bersusah payah dicari, malah dibe rikan ruang sebaiknya di media. Tak semena-mena Umno menjadi pihak paling prihatin terhadap hati dan perasaan mereka. Umno berjaya menyuburkan kebencian mereka terhadap PAS sehinggakan ada anggota keluarga terbabit memberi amaran agar PAS 'tidak mengganggu hidup' mereka lagi. Tahniah kepada Umno. Para pemimpinnya mungkin boleh tersenyum hingga ke punggung dan sudah boleh mencula sebilangan pengundi yang selama ini mungkin memihak PAS kini sudah condong kepada BN ekoran manipulasi isu ini. Tetapi jangan lupa hakikat bahawa selama enam dekad ini, Umno sendiri pun bukanlah prihatin sangat terhadap nasib waris anggota polis terkorban itu. Apa sangat dibuat parti pemerintah itu dalam mengenang jasa mereka? Apa yang barangkali secara tidak sengaja terbongkar di sebalik luahan perasaan waris keluarga salah seorang anggota polis terbabit dari Terengganu boleh dijadikan contoh. Sebuah tabloid harian edisi negeri itu, 10 September lalu melaporkan bagaimana hasrat anak Allahyarham Konstabel Jaafar Hassan yang terkorban dalam Peristiwa Bukit Kepong dulu untuk menziarahi pusara bapanya itu buat pertama kalinya bakal menjadi kenyataan. Dilaporkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu dengan kerjasama Pegawai Daerah Kuala Terengganu bersetuju merealisasikan hasrat itu. "Makcik sedih kerana sebelum ini tidak pernah ziarah pusara arwah (bapa) dan tak pernah tahu di mana letaknya kubur itu. Makcik rasa tidak sabar hendak ke sana (Bukit Kepong)," tabloid itu memetik kata Azlah Jaafar, 62. Ya, seperti mana diakuinya, selama enam dekad ini, beliau tidak pernah tahu di mana kubur arwah bapanya. Umno juga tidak pernah peduli untuk membantunya mengetahui perkara itu. Tapi tiba-tiba saja kini parti itu bukan sahaja sanggup membawa makcik itu ke sana, malah telah bermurah hati menganjurkan majlis tahlil khas untuk Allahyarham Jaafar di rumah anaknya itu. Jika tidak kerana kontroversi dicetuskan Mat Sabu, pada adatnya Makcik Azlah mungkin belum berpeluang menziarahi pusara bapanya. Jika tidak kerana Mat Sabu juga, jangankan mereka yang berada di Johor atau Kuala Lumpur, penduduk di Kuala Terengganu sendiri pun belum tentu tahu bahawa di Kampung Cendering itu ada waris anggota polis yang terkorban di Bukit Kepong. Mungkin selepas ini peristiwa itu akan diulang sebut lebih kerap. Tidak mustahil akan ada pihak menganjurkan acara memperingatinya saban tahun. Atau mungkin akan ada majlis istimewa memberikan anugerah atau pingat kebesaran khas untuk kesemua yang terkorban itu. Nasib waris anggota polis terbabit juga mungkin akan diambil perhatian lebih serius. Tidak mustahil juga nantinya akan ada pihak, termasuk pertubuhan satelit Umno, yang akan memperjuangkan sebarang bentuk pampasan bagi pihak anggota polis terbabit. Akan ada tuntutan dibuat bagi pihak mereka kepada kerajaan Briitsh. Walaupun idea dicetuskan Mat Sabu itu kini dicemuh pelbagai pihak, termasuk oleh anakcucu anggota terkorban itu, jangan terkejut sekiranya beberapa ketika akan datang idea sama diteruskan oleh mana-mana pihak. Secara positif, sepatutnya semua pihak yang ghairah membantah, terutama waris anggota polis terbabit wajar mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Mat Sabu! |
Bukit Kepong: Mat Sabu didakwa esok Posted: 19 Sep 2011 11:57 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 20 Sept — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan didakwa di Mahkamah Seksyen Butterworth esok berhubung ucapannya yang menyokong Ahmad Indera atau Mat Indera dan tragedi berdarah Bukit Kepong. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, peguam Mohamad, Mohamad Hanipa Maidin berkata anak guamnya telah dimaklumkan pihak polis mengenai perkara itu dan akan didakwa dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam. "Ya...ya... saya dimaklumkan begitu... Mat Sabu (Mohamad) akan didakwa di Mahkamah Seksyen Butterworth esok pagi, sekitar pukul 9 pagi. "Saya dan Mat Sabu akan hadir," katanya. Mohamad telah mencetuskan kontroversi apabila didakwa menyokong komunis melalui Mat Indera dalam satu ucapannya di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu. Akhbar harian milik Umno, Utusan Malaysia pada 27 Ogos melaporkan Mohamad berkata Mat Indera adalah wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong dan bukan anggota polis yang mempertahankan balai polis daripada serangan komunis yang diketuai sendiri oleh Mat Indera. Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pewaris anggota polis Bukit Kepong yang terkorban dalam kejadian berdarah itu. Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dikenakan hukuman sehingga dua tahun penjara, denda atau kedua-dua sekali. |
Posted: 19 Sep 2011 08:30 PM PDT AMBON (Arrahmah.com) – Bagaimana suasana Ambon pasca kerusuhan 11/9 ? Banyak media, terutama media-media sekular memberitakan bahawa keadaan di Ambon sudah pulih dan aman kembali. Namun, pantauan koresponden Arrahmah.com di TKP,situasi di Ambon masih mecekam. Para pelarian Muslim lebih memilih bertahan di masjid dan tidur kedinginan tanpa selimut. Kaum Muslimin wajib membantu! Ambon masih mencekam Kalau saja situasi di Ambon sudah aman dan kondusif pasca kerusuhan 11/9, sudah tentu para pelarian Muslim, terutama dari wilayah yang hangus dibakar pengganas Kristian, yakni kampung Waringin, pulang kembali ke kampung asal mereka. Selain ketidak jelasan nasib mereka di kampung asalnya, kerana rumah mereka terbakar, para pelarian Muslim ini juga khuatir dan masih merasa takut. Ratusan keluarga Muslim dari kampung Waringin hingga saat ini hidupsebagai pelarian dalam keadaan yang memprihatinkan. Mereka lebih memilih untuk tidur kedinginan tanpa selimut. Bahkan pagi tadi, Isnin (19/09/2011) ada seorang ibu yang terpaksa meminta wang kepada seorang ustaz kerana sudah tidak memiliki wang sama sekali, dan tidak mampu mendapatkan makanan. Para pelarian tidur kedinginan di lantai masjid Keadaan para pengungsi Muslim di Ambon juga sangat memprihatinkan. Koresponden Arrahmah.com melaporkan dari TKP bahawa mereka terpaksa tidur di ruangan terbuka di lantai serambi masjid, tanpa selimut. Padahal, di Ambon saat ini sering turun hujan sehingga membuat suasana dingin menusuk tulang. Keadaan ini mengakibatkan anak-anak pelarian mudah jatuh sakit. Sementara itu, kaum Muslimin di kampung-kampung masih tetap waspada dan bersiaga mengantisipasi segala kemungkinan yang akan terjadi. Mereka tidak ingin kaum Muslimin kembali menjadi korban kezaliman dan kebiadaban pihak Kristian tanpa ada perlawanan. Kaum Muslimin masih takut dan khuaatir akan kerusuhan berikutnya, untuk itu mereka tetap bersiaga penuh. Sayangnya, hingga saat ini kepedulian pemerintah terhadap kerusuhan Ambon masihlah sangat kurang. Belum ada tanda-tanda tindakan tegas dari pasukan keselamatan untuk menangkap para pelaku penusukan kepada tukang ojek Muslim yang menjadi pencetus kerusuhan Ambon, 11/9. Selain itu, pemerintah juga tidak tanggap terhadap nasib para pelarian, dan hal itu sangat disesalkan, sebagaimana disampaikan para sukarelawan di TKP. "Hal ini sangat disesalkan. Perhatian pemerintah terhadap pelarian sangat kurang," ujarnya. Begitulah nasih kaum Muslimin Ambon yang menjadi kaum minoriti di tengah-tengah kaum majoriti Kristian. Padahal, negeri ini adalah negeri dengan majoriti penduduk Islam terbesar di dunia. Ironis! Untuk itu, kaum Muslimin wajib membantu saudara Muslimnya di Ambon, dengan apapun yang mereka mampu, kerana mereka adalah bersaudara! Allahu Akbar! (M Fachry/arrahmah.com) |
Wahai suami kaya, berpoligamilah.. Posted: 19 Sep 2011 07:57 PM PDT Dari pengalaman, pembacaan dan pengkajian seterusnya tentang poligami, saya bersetuju dengan pandangan yang menganjurkan agar suami-suami yang kaya dan berkemampuan terlibat dengan projek pernikahan bernama poligami. Agar kekayaan material yang dimiliki oleh seorang suami dapat dimanfaatkan kepada lebih dari satu isteri & satu keluarga. Ya, tidak semestinya kekayaan dapat diagihkan hanya melalui poligami, namun sedekah harta suami yang poligami kepada para isteri dan anak-anak turut hadir bersama rasa cinta kasih seorang suami kepada wanita. Wahai suami yang kaya, kalian diperlukan para wanita yang masih sendiri untuk merasai indahnya sunnah pernikahan. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Melimpah Kurnianya. Bila melihat suami sendiri mampu berbagi-bagi keselesaan hidup dengan keluarga para isteri, maka saya lebih nampak betapa sangat dianjurkan bagi lelaki yang mampu - agar menikah lebih dari satu. Bukankah semakin banyak harta dikongsi dengan orang lain, pulangan dari Allah juga melimpah ruah? Seorang isteri juga adalah setiausaha yang seharusnya membantu suami untuk memanfaatkan harta ke jalan yang diredhai. Namun terlebih dahulu saya dan kalian yang bergelar isteri harus merasa cukup (qana'ah ) dengan apa yang telah diberi oleh suami. Berkongsi kisah peribadi, antara soalan yang sering tiba pada saya sebagai isteri pilot ialah " Dah banyak lah ya melancong ke luar negara?" Hmm kalian lupa ya, yang banyak terbang di awan biru adalah suami saya :D Saya pula adalah 'kapten' yang menjaga urusan rumahtangga dan anak-anak. Walaupun mampu, setakat ni alhamdulillah keluarga kami tidak menjadikan melancong ke luar negara sebagai aktiviti tahunan keluarga. Saya pun lapang hati bila kos untuk melancong ke sana sini diganti kepada bantuan untuk ahli keluarga, saudara mara atau teman teman yang lebih memerlukan. ( takpe kan berkongsi cerita memberi bantuan ? ) Moga lebihan rezeki juga membawa saya mendorong suami untuk bernikah lagi. Dan sesungguhnya kasih sayang dalam perkahwinan juga adalah rezeki yang amat berharga dari Allah. Pada yang suka melancong, silakan jika mampu. Dalam masa yang sama, jadikanlah aktiviti melancong itu memberi pahala kepada suami yang menaja, bukan sekadar jalan jalan berbelanja untuk kepuasan sendiri ya :-) Pada suami yang berpendapatan lima angka, anda mudah saja diluluskan pihak mahkamah jika bermohon berpoligami. ( tapi keseluruhannya tak lah semudah yang disangka ) :-P Ohh jika membaca tentang ini, tentu suami yang kaya berkemampuan berkata, "Saya memang dari dulu berhajat berpoligami, insyaAllah saya mampu nak menampung lebih dari satu famili. Tapi isteri saya tak boleh terima.." Jadi mungkinkah sahabat-sahabat, kakak-kakak di luar sana yang punya suami kaya sudi berkongsi kasih sayang dengan wanita-wanita lain...? Moga kalian para isteri juga memperoleh ganjaran yang bernilai dari Allah atas usaha menghadiahkan pernikahan (baca: suami sendiri) kepada wanita lain. Pasti suami akan bertambah sayang pada isteri yang membantu memudahkan perjalanan pernikahan keduanya. ( atau ketiga & keempat) Apapun, bila berbicara tentang 'suami kaya', ia adalah subjektif. Penafsiran kita semua berbeza beza tentang kaya. Maka saya bukan menggalakkan suami yang kaya harta, tetapi juga kaya budi bahasa. Sesungguhnya lelaki kaya yang layak berpoligami adalah lelaki yang juga kaya hati dan budi bahasa - itulah kekayaan sebenar yang dipesan oleh Rasul.SAW. Dalam kehidupan suami isteri, kekayaan hati lah yang perlu suami isteri bangunkan bersama-sama. Bukankah isteri yang dicintai suami adalah juga isteri yang kaya budi perkerti? Yang tulus mencintai, yang halus cantik perkataan dan perbuatan... Keharmonian dan kebahagiaan - poligami atau monogami - adalah pada hati yang kaya, berlapis-lapis kesabaran dan perilaku mulia. Jua pada hati yang lapang dan kuat menongkah gelombang rumahtangga. Inilah maksud hakiki insan yang kaya. Dan semua sifat hati serta akhlak mulia lahir dari kayanya ilmu. Diriku dan dirimu adalah benar insan yang kaya jika semakin bertaqwa dengan bertambah ilmu.. Jadi para peneraju rumahtangga perlu bekal hati yang banyak, kaya jiwa buat mengganti jiwa yang lemah dan tersalah dalam mengharung onak duri kehidupan. Bernikahlah, berpoligamilah buat insan yang kaya ilmu & akhlak mulia..rancanglah sumber ekonomi, dan yakinlah bahawa isteri isteri dan anak anak akan dicukupkan rezekinya oleh Allah, bukan oleh gaji lima angka. http://sisi-kehidupan.blogspot.com/2011/09/wahai-suami-kaya-berpoligamilah.html |
Polis tidak wajar tersinggung dengan Mat Sabu Posted: 19 Sep 2011 06:30 PM PDT Oleh Subky Latif ADAKAH menyalahkan Mohamad (Mat) Sabu atas ulasan kejadian Bukit Kepong jadi satu kesempatan yang baik bagi Barisan Nasional (BN) menyegerakan pilihan raya umum (PRU) ke-3? Mungkinkah isu ini mencerahkan peluangnya bagi mengekalkan kuasa di Putrajaya? Isu itu nampaknya memberi peluang kepada Umno dan semua media pro-Perdana Menteri membalun Mat Sabu yang sekali gus payah bagi pembangkang membelanya. Mungkin BN merasa dengan isu Mat Sabu itu memadamkan segala keraguan dan masalah BN untuk memenangi mudah pilihan raya itu. Boleh ia mengambil peluang mengadakan pilihan raya sebelum isu ini mati. Ia boleh menggunakan isu itu sepanjang kempen. Beranikah BN untuk mengambil risiko? Semua penyokong BN daripada sekecil hama hingga sebesar Angkasapuri menggodam Mat Sabu terutama polis, keluara dan zuriat mangsa Bukit Kepong rasa tersinggung dengan kenyatan yang dikatakan dikata oleh Mat Sabu. Masing-masing Mat Sabu tidak berterima kasih dengan perkhidmatan polis. Perkhidmatan polis diakui salah perkhidmatan amat penting bagi rakyat, pemerintahan dan negara. Tidak perlu hendak disebut satu persatu apa pentingnya. Jika polis tidak ada nescaya huru-hara segala-galanya. Tetapi polis mesti berlapang dada menimbang semua bila perkhidmatannya itu menjadi begitu mulia dan bila pula sebaliknya? Dalam suasana Mat Sabu bercakap untuk menulai semula sejarah, maka polis munasabah memikirkan sempadan antara polis sebelum merdeka dan selepas ia transformasi menjadi polis diraja. Kalau kita kata sejarah tidak boleh dinilai semula, mengapa ada cerdik pandai yang tidak dapat menerima Hang Jebat itu penderhaka besar bagi bangsa Melayu? Bukankah Hang Jebat itu dirakamkan sebagai penderhaka. Tetapi ia sudah dinilai semula. Hingga Jins Samsuddin yang dipercayai pembela utama kejadian Bukit Kepong yang disebut oleh Mat Sabu sebagai orang Umno yang setia, menamakan anaknya Hang Jebat? Ertinya, Jins menghayati Hang Jebat dan menerima sejarah boleh dinilai semula. Polis satu perkhidmatan mulia, tetapi polis yang tersusun itu ditubuhkan oleh Inggeris. Kerja mula sekali dulu ialah untuk menangkap Dato' Maharajalela dan memburu orang-orangnya di Pasir Salak. Orang Besar Perak itu adalah untuk memelihara kedaulatan Sultan Perak dan kemerdekaan bangsa Melayu dari campur tangan penjajah. Bukankah polis yang menangkapnya dan orang-orangnya hingga Dato' Maharajalela dihukum bunuh hingga tidak berkubur? Siapa yang digunakan untuk memburu Dato' Bahaman dan Mat Kilau yang mereka terpisah daripada keluarga masing-masing dan masyarakat umum Melayu? Hingga kita tidak tahu di mana matinya Dato' Bahaman dan Mat Kilau pula terpaksa bersembunyi menggunakan berbagai nama. Hingga kira-kira 12 tahun selepas merdeka barulah Mat Kilau dalam usia yang sangat tua muncul di sebuah masjid mengaku dialah Mat Kilau. Siapa yang memburu mereka kalau bukan polis yang ditubuhkan oleh Inggeris dan bekerja untuk kepentingan penjajah? Adalah benar polis itu mencegah jenayah sepanjang zaman penjajah itu tetapi mereka juga digunakan untuk mengintip gerakan kemerdekaan. Atas arahan penjajah polisnya mengejar Ibrahim Yaakub, pengasas Kesatuan Melayu Muda yang mula mencetus idea kemerdekaan. Rakan-rakannya seperti Pak Sako telah mengenakan pakaian perempuan kepada Ibrahim Yaakub menyeludupkannya ke Indonesia bagi melarikan diri daripada tangkapan polis Inggeris. Ahmad Boestamam adalah orang Melayu yang pertama menjeritkan kalimah MERDEKA di majlis penubuhan Partai Kebangsaan Melayu Malaya di Ipoh dan ia adalah parti politik yang pertama ditubuhan di negara kita. Polis mana yang diarahkan oleh British menangkap Ahmad Boestamam hingga tujuh tahun dia meringkok dalam tahanan kalau tidak polis yang bekerja untuk penjajah? Siapa yang menangkap dan menahan Dr Burhanuddin al-Helmy, Pak Sako, Ustaz Abu Bakar Bakir dan penyokong-penyokong mereka jika bukan polis yang ditubuhkan oleh British itu? Sesudah perkhidmatan polis itu sudah berkembang ia menjadi satu bidang dan peluang pekerjaan kepada rakyat sama seperti perkhid matan perguruan, pegawai dan perkhidmatan awam dan lain-lain. Lulusan sekolah Melayu dan sekolah Inggeris tidak peka sangat erti kemerdekaan dan mereka makan gaji dengan sesiapa saja dan apa pekerjaan saja. Tetapi bagi mereka mula-mula menjadi polis ketika mudah ditubuhkan oleh penjajah ia orangorang dipercayai bulat-bulat menyokong Inggeris. Selain diperintahkan untuk apa kerja saja, mereka menjagai keselamatan setiap orang Inggeris yang mula datang ke Tanah Melayu. Bangsa Melayu yang merdeka sebelum kedatangan Inggeris itu tidak gemar kepada mata-mata yang bekerja dengan Inggeris itu. Adalah benar polis itu ada disiplin. Apabila sudah jadi polis tidak boleh ingkar atas semua perintah. Jika diarah tangkap Boestamam dan Pak Sako, tiada cara mereka tidak mahu menangkapnya. Mereka kena patuh. Banyak lagi pekerjaan lain, mengapa mereka pilih jadi polis. Tiada kerahan untuk menjadi polis. Tetapi mereka jadi polis sekali pun yang menjadi ketua polis negeri adalah Inggeris malah ketua polis daerah pun ada Inggeris. Hatta orang putih yang tiada tangan sebelah pun dijadikan pegawai polis utama oleh penjajah untuk memerintah polis. Pada zaman orang mula menuntut kemerdekaan selepas Jepun kalah, polis ini diarah mengintip siapa yang mahukan kemerdekaan itu. Mereka laporkan siapa yang terlibat. Mungkin ada polis itu yang mahu sama merdeka, tetapi kerana disiplin mereka terpaksa laporkan siapa yang terlibat menuntut kemerdekaan. Apa pun niatnya, mereka sudah terlibat dalam gerakan menentang kemerdekaan. Sehari sebelum merdeka 31 Ogos, 1957, polis masih di bawah Inggeris. Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Ketua Menteri dan Umno tidak dapat mengawal polis kerana ia masih di tangan Inggeris. Tunku tidak dapat hadir tepat menjelang minit pertama 3 1 Ogos 1957 untuk menurunkan benderaUnion Jack di Padang Kelab Selangor kerana motokar membawa Tunku tidak dapat masuk pada masa yang tepat sebab orang ramai memenuhi jalan. Polis orang putih itu tidak menjaga lalu lintas sebaik-baiknya. Bagi orang yang berjiwa merdeka, memang ada nilai tertentu terhadap perkhidmatan polis itu. Jika ada orang tidak seronok dengan polis dulu, maka polis zaman ini jangan mudah tersinggung. Tetapi setelah merdeka barulah polis itu direformasi dan ditransformasi menjadi Polis Diraja Malaysia – PDRM. Baju penjajah yang menyelimuti pasukan polis dilucutkan bagi dijadikan polis yang berkhidmat untuk negara dan bangsa yang merdeka. Jika polis ada rasa simpati yang tinggi terhadap kejadian di Bukit Kepong , ia dapat difahami oleh sekalian manusia, tetapi polis mesti ada sikap dan fikiran terbuka bahawa sebelum merdeka itu ada imejnya yang tersendiri. Ada nilai yang baik pada polis itu dulu, sekarang dan akan datang. Tetapi ada perbezaan antara dulu dan sekarang. Dulu ia berkhidmat kepada penjajah, sekarang mereka berkhidmat untuk negara merdeka. Ada yang boleh disamakan yang dulu dengan yang sekarang, tetapi ada juga yang tidak dapat disamakan. Jika sejarah Hang Jebat derhaka itu sudah dinilai semula oleh masyarakat, maka tidak boleh benci pada Mat Sabu yang hendak menilai semula sejarah. Mungkin sekarang orang benci kepadanya, tetapi mungkin 400 tahun nanti orang menerimanya. Oleh itu kita jangan tutup pintu penilaian itu. |
Terkini! Rumah Abang Mat Sabu Dibaling Bom Petro? Posted: 19 Sep 2011 05:30 PM PDT TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS percubaan membakar rumah mat sabu di shah alam jam 12.00 tengah malam tadi lampu jalan padam rumah mat sabu telah cuba dibakar si pembakar yang tidak diketahui telah membalingkan minyak petrol yang terbakar hanyalah pagar rumah mat sabu tidak diketahui kerja siapkah ini dan kenapa lampu dijalan raya padam ketika ini Kerabu: Mana polis? tengah tidur? tengah pekenana roti canai? tengah pekena teh tarik? polis pejam mata? polis malaysia hebat? polis tak tahu siapa buat? kerja polis bukan siasat? polis nak tunggu sampai kena bunuh orang tu? ni baru cubaan membakar? bukan serius? nate bengong! |
Betul Kata Mahathir, Melayu Mudah Lupa Posted: 19 Sep 2011 03:15 PM PDT Mahathir sokong Najib mansuh ISA KUALA LUMPUR, 19 Sept – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan beliau terhadap penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Khamis lalu. Beliau, yang eranya menyaksikan penggunaan ISA dalam Ops Lalang 1987 berkata, langkah itu akan memberi lebih kebebasan kepada rakyat Malaysia. Namun, Dr Mahathir menegaskan ISA yang diwarisi sejak zaman British sebenarnya tidaklah terlalu kejam kerana rakyat Malaysia masih bebas memberi pandangan dan pendapat mereka. "Tidak semua mereka yang membuka mulut terus ditahan di bawah ISA...dan tanggapan bahawa Malaysia tidak bebas kerana ISA juga tidak tepat," katanya dipetik Bernama Online. Terdahulu beliau menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran KelabChedet.com di sini. Dr Mahathir berkata tindakan menghapuskan ISA meletakkan Malaysia "pada tahap moral yang tinggi", malah boleh dianggap setahap lebih baik daripada negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain. "Selepas penghapusan akta itu, kita boleh mulakan kempen untuk minta mereka lepaskan tahanan tanpa bicara, sebagai contoh, di kem tahanan Teluk Guantanamo. "Masih ada yang ditahan sejak 10 tahun lepas dan tidak dibicarakan, ditahan hanya kerana mereka orang Islam," kata Dr Mahathir. Beliau berkata Malaysia kini lebih liberal dengan penghapusan ISA dan berhak membuat tuntutan seumpama itu terhadap negara seperti Amerika dan Britain. "Dulu mereka menegur Malaysia kononnya zalim, menahan tahanan tanpa perbicaraan, namun itu yang mereka lakukan sekarang ini. "Mungkin mereka baru sedar dalam situasi tertentu, Malaysia terpaksa menahan orang tanpa perbicaraan, namun apa yang mereka lakukan di Teluk Guantanamo lebih kejam dengan meluluskan undang-undang yang membenarkan penyeksaan tahanan," katanya. Bagaimanapun, Dr Mahathir khuatir puak pelampau dan perkauman di Malaysia akan mengambil kesempatan untuk membuat kenyataan yang akan merugikan negara apabila ISA dihapuskan. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan