Jamuan Hari Raya Aidilfitri Surau Al-Ehsan 2011 Posted: 19 Sep 2011 06:38 PM PDT IPOH (18.9.11): Jamuan Hari Raya Surau Al-Ehsan bagi tahun ini berjaya diadakan dengan kehadiran dianggarkan sedikit melebihi 300 orang berbanding dengan sasaran awal iaitu 400 orang jemputan. Koleksi foto-foto semasa jamuan diadakan dipaparkan disini untuk tatapan semua.
| Berehat sementara menunggu kehadiran tetamu |
| Ustaz Abu Bakar Hussein |
| Antara yang terawal menjamu selera |
| Haji Omar dan Chor Zulkarnaini melayan tetamu |
| Shafie, tokeh besi sedang makan bersama adik dan anaknya |
| Anak-anak qaryah menjamu selera |
| Megat, pembantu peribadi YB Dr Lee Boon Chye sedang menikmati laksa |
| Haji Daud, Pengarah Jamuan sedang memilih lemang |
| Muslimat sedang menikmati jamuan dibawah surau |
| Hafizi yang ditugaskan untuk menjaga sistem pembesar suara |
| Orang kuat Surau, (dari kiri:) Haji Omar, Chor Zulkarnaini dan Shamsul Baharin |
| Pengarah jamuan sedang membincangkan sesuatu bersama chef surau. Daripada ukiran senyuman, ternyata berpuas hati dengan hasil kerja hari ini |
| Ustaz Abu Bakar Hussein menyampaikan ucapan aluan |
| Mengalu-alukan kehadiran orang ramai |
| Ustaz Bakar berterima kasih dengan pihak ajk surau yang masih meneruskan tradisi jamuan hari raya ini |
| YB Dr Lee Boon Chye sedang menikmati jamuan |
| Remaja qaryah surau |
| Cikgu Naser yang ditugaskan sebagai pengacara majlis |
| Dari kiri: Dr Hadhrami, Ustaz Fisol dan Ustaz Che Leh |
| YB Dr Lee menyampaikan sepatah dua kata |
| YB Dr Lee Boon Chye |
| Ustazah Hajjah Bariah Alang Sapri sedang menikmati laksa |
| YB Chang Lih Kang disambut oleh Ustaz Abu Bakar |
| Ustaz Fisol berbesar hati kerana YB Chang sudi hadir sama |
| Cikgu Naser memulakan acara cabutan bertuah |
| Pemenang pertama menerima hadiah daripada Ustaz Bakar |
| Kanak-kanak turut menerima hadiah cabutan bertuah |
| Begitu juga dengan yang bujang |
| Sdr Megat menerima hadiah daripada Ustaz Bakar |
| Kemeriahan majlis terserlah diwajah mereka |
| YB Chang juga diantara yang bertuah hari ini |
| YB Dr Lee dan YB Chang terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ketempat lain pula |
| Ustaz Fisol menyampaikan hadiah |
| "Cabut lagi, Ustaz," kata Shamsul |
| Bibik gembira menerima hadiah |
| Haji Rahim Md Ariff, YDP Pas Gopeng tersenyum lebar menandakan kejayaan Surau Al-Ehsan didalam mengadakan jamuan hari raya
|
|
Penyediaan Nasi Briyani Arab Ayam Tanam Posted: 19 Sep 2011 05:33 PM PDT Penyediaan Nasi Briyani Arab Ayam Tanam diketuai oleh Ustaz Fisol dengan dibantu oleh jemaah yang lain bermula jam 8 pagi dihari jamuan. Ramai yang bertanyakan mengenai resepi masakannya. Disini, penyediaan nasi briyani ini telah dirakam untuk penambahan ilmu buat semua. Selamat mencuba.
| Beras basmathi yang telah siap direbus dengan rempah ratus dimasukkan kedalam periuk |
| Ayam yang telah direbus 3/4 masak dicelupkan kedalam kuah rempah kari yang telah disediakan sebelum ini lalu diaturkan diatas lapisan pertama nasi briyani |
| Susu cair, kacang peas dan bawang goreng ditaburkan diatas lapisan pertama tadi |
| Daun sup dan daun saderi juga ditaburkan diatas lapisan pertama |
| 3 lapisan nasi briyani serta ayam dilakukan didalam periuk untuk dimasak |
| Nasi briyani yang telah siap dimasak |
| Nasi briyani serta ayam tanam tadi disimpan didalam bekas . Kelihatan Haji Daud sedang mengaut nasi kedalam bekas dengan dibantu oleh Ustaz Tahir |
| Dalca juga disediakan oleh chef suami isteri, Ustaz Fisol dan Hajah Mazidah |
|
Persediaan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Surau Al-Ehsan Posted: 19 Sep 2011 05:06 PM PDT Sebaik selesai menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lalu, perancangan mula diatur untuk meneruskan tradisi setiap tahun, iaitu mengadakan jamuan hari raya di Surau Al-Ehsan.
Jamuan tersebut diadakan setiap tahun bagi meraikan penduduk setempat yang berhampiran dengan surau. Inilah harinya bagi jemaah surau serta keluarga mereka bergaul dan bersilaturrahim dengan penduduk sekeliling, baik yang muslim mahupun yang bukan muslim.
Satu jawatankuasa kecil dibentuk bagi merancang serta menjayakan sambutan tahun ini. Menu serta budget pun dirangka dengan kesesuaian kewangan serta sasaran kehadiran.
Nasi Briyani Arab Ayam Tanam, menu utama yang dicadangkan kerana waktu makan tengahari telah dipilih untuk mengadakan jamuan. Laksa, Ketupat Palas, Rendang Daging dan Kuih Raya menjadi pelengkap kepada menu utama yang telah dipersetujui bersama.
18 September 2011, tengahari Ahad dipilih untuk diadakan jamuan kerana Ustaz Abu Bakar berkelapangan untuk bersama-sama menjayakan sambutan tersebut.
Nasi Briyani Arab Ayam Tanam
Menu utama, Nasi Briyani Arab Ayam Tanam yang menjanjikan keistimewaan bagi sambutan jamuan hari raya Surau Al-Ehsan tahun ini memerlukan bahan-bahan masakan yang tidak terdapat di Ipoh.
Ini membawa kami ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rempah-rempah masakan Arab serta beras basmathi. Disana juga, hanya satu tempat sahaja iaitu di Jalan Masjid India yang menjual rempah ratus yang diperlukan untuk menghasilkan nasi briyani tersebut.
| Ustaz Fisol dan Haji Omar sedang memilih rempah yang diperlukan |
| Pelbagai rempah ratus yang istimewa dan tiada terdapat dimana-mana tempat |
| Rempah ratus yang telah siap dipilih |
| Beras Basmathi, Super Extra Long Grain
|
Perancangan yang diatur dengan semangat kerjasama ukhuwwah yang kukuh diantara jemaah surau memudahkan perjalanan persediaan jamuan hari raya Surau Al-Ehsan tahun ini.
Permulaan sesuatu pekerjaan yang diniatkan dengan keikhlasan dan kebaikan pasti membuahkan hasil yang baik lagi berjaya.
| Rendang daging dan laksa dimasak malam sebelum jamuan |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan