Kerabu Bersuara ® |
- Nurul Izzah: Apa salah dengan komisen?
- Khalid Samad: Sinar Harian, Rahman Palil Dan Ketua Pemuda UMNO Selangor
- Coretan Dan Gambar Sekitar Lawatan MB Selangor Ke Jerman
- Bukit Kepong: Muhyiddin tidak mahu debat dengan Mat Sabu
- Kenyataan YB Elizabeth Berkenaan Isu Jerebu
- Edisi Kantoi: Dusta Kerana Terdesak, Kisah Najib Dibongkar Pelajar Malaysia di Perth
- Pemimpin Berjiwa Rakyat Umno Boleh Buat Macam Ni?
- Macam Mana Orang Putih Boleh Mendaftar Dalam Parti Umno?
- Anwar Ibrahim Di Munich
- Harakahdaily disoal polis isu Mat Indera
- Mat Sabu lawan Zainal Kling
- Sumber: Ahmad Jauhari dilantik Pengarah Urusan MAS
- Gambar Forum Rakyat, TG Nik Aziz Dan Mat Sabu
Nurul Izzah: Apa salah dengan komisen? Posted: 13 Sep 2011 08:00 AM PDT Setelah berlapar, dahaga, menahan nafsu dan kemahuan pada Ramadan, kita menempuh Syawal penuh syukur, menginsafi pemberian Ilahi, beramah serta mengeratkan silaturahim dengan mereka yang dikasihi. Namun Syawal menjelma dengan seribu kejutan. Pendedahan demi pendedahan oleh Wikileaks mengenai pelbagai tuduhan rasuah pemerolehan (ala komisen) yang dipintas dari kabel maklumat Kedutaan Amerika Syarikat, mengejutkan lagi dunia sempit rakyat yang terus dahaga dengan keadaan ekonomi serba tidak menentu. Pendedahan terbaru perinci bagaimana pimpinan tertinggi politik Umno, ejen, pegawai-pegawai tertinggi ketenteraan dan kerajaan menerima "komisen" 30 peratus dalam banyak kontrak pemerolehan yang berlangsung. Kabel didedahkan itu dibuat antara 2004 dan 2009 semasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Pertahanan, yang juga Timbalan Perdana Menteri. Sementara waktu, apabila mana-mana pihak, termasuk saya mempersoalkan mengenai pemerolehan persenjataan Kementerian Pertahanan serta soal kapal selam yang hanya boleh menyelam buat seketika, tetapi kebanyakan masa hanya di atas permukaan sahaja, kami dituduh sebagai pengkhianat negara. Sebenarnya, mereka ini, yang merompak hasil negara menerusi "komisen" yang disapu masuk ke dalam poket-poket persendirian yang merupakan pengkhianat kepada agama, nusa dan bangsa! Maklumat Wikileaks jelas menunjukkan Umno bergantung pada "komisen" ini sebagai "dana politik" pelaksanaan pelbagai agenda politik sempit, termasuk penambahan pengayaan kocek persendirian mereka. Saya akan berasa hiba sekiranya benar duit-duit ini diberikan kepada orang Melayu melalui ahli-ahli politik dari Umno, kerana mereka menggunakan duit "haram". Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, kita sentiasa berhati-hati memastikan duit kita terima untuk dibelanjakan bagi membeli makanan, perbelanjaan keluarga dan mungkin untuk orang tua tercinta harus datang dari sumber yang halal. Justeru menjadi bebanan kepada pemimpin-pemimpin Umno untuk menjelaskan dari mana mereka datang untuk diberikan kepada orang Melayu dalam program-program yang dilaksanakan, adakah duit itu datang dari sumber rezeki tersendiri mereka ataupun daripada "komisen" yang diperoleh melalui kontrak pemerolehan kementerian pertahanan ini? Soal ini bukan saja mengenai "komisen" tetapi kita sering kali diberitahu jangan persoalkan pembelian alat pertahanan negara kerana ia akan menjejaskan persediaan pertahanan yang kononnya perlu diselubungi seribu satu kerahsiaan. Malangnya, sekarang kerahsiaan itu dijadikan alasan bagi sembunyi seribu satu penipuan. Persoalannya bukan mengenai keperluan pembelian alat pertahanan, tetapi proses pembelian yang mesti mengambil kira matlamat dan juga manfaat yang terbaik untuk negara. Pertama sekali, dalam dunia yang makin rapat perhubungan dua hala dan kebertanggungan ekonomi di antara negara- negara serantau, sesebuah negara seharusnya dapat mengelakkan pembaziran menerusi kepintaran dalam memilih sistem pertahanan sesuai. Sebagai contoh perlukah kita membeli kereta kebal berat atau kereta kebal sederhana ataupun ringan memandangkan keadaan topografi tropika yang wujud? Dan adakah perlunya kapal selam yang menelan belanja besar sedangkan matlamat sama mampu diperoleh dengan kapal perang atau ronda? Rakyat tidak akan rasa terkilan dengan pilihan sistem pertahanan yang relevan dan sesuai, tetapi tentunya menolak apabila dapati hujah awal pemilihan sebenarnya 'indah khabar dari rupa'. Dahulu pemilihan pesawat MIG dari Russia dibuat berdasar hujah – ia pesawat terbaik dan tahan lama, malangnya kini kita diberitahu perlu diganti dengan pesawat jet pejuang Hornet dari Amerika Syarikat pula. Bayangkan kita disuruh beli Lori tiga tan kerana ia besar lasak dan tahan lama sedangkan Perodua MyVi mencukupi untuk menghantar anak ke sekolah yang hanya 1 km jauhnya – bukankah contoh ini jelas menggambarkan amalan yang wajib ditolak? Bayangkan Koperasi Syarikat kita beli sebuah Proton Saga harga RM200,000 iaitu lima kali ganda harga biasa RM40,000 yang menjadi penanda aras harga pembelian alat – adakah ini amalan menguntungkan atau merugikan rakyat? Kedua, menjadi kerisauan rakyat adalah proses pembelian yang merugikan negara apabila tidak mengikut perancangan induk pertahanan negara, dan juga tidak telus, bahkan bakal melemahkan pertahanan negara. Baru-baru ini saya adakan sidang akhbar di hadapan ibu pejabat Kementah di Jalan Padang Tembak – saya aju soalan pada projek "Network Centric Operations" iaitu projek runding terus bernilai RM2 bilion. Bayangkan kontraktor rumah diupah untuk betulkan bilik air kita tanpa perjanjian jelas dan tidak diletakkan had bajet – bukankah ini menjadi amalan serba membazir lagi tidak bertanggungjawab? Oleh itu untuk mengelakkan rasuah dan penyelewengan, rakyat wajib diberikan kuasa memantau pembelian dan projek sebegini melalui wakil rakyat di mana satu jawatankuasa pertahanan di Parlimen diwujudkan untuk memastikan ia dilakukan penuh telus demi kepentingan negara bukan pemimpin-pemimpin politik. Akhir sekali, biarlah pahlawan kita berputih tulang dan bukan berputih mata apabila alat pertahanan yang maha mahal didapati tidak berfungsi. Sudahlah pahlawan negara dikorbankan undi pos dan digadaikan pula kepentingan ekonomi mereka dengan kegagalan LTAT melalui Boustead untuk membeli aset strategik negara daripada Esso Malaysia, inikan pula nyawa dipertaruhkan di medan perang. Bukankah komisen itu pengkhianatan dalam erti kata sebenarnya? (Diterbitkan di Sinar Harian, 13 September 2011) |
Khalid Samad: Sinar Harian, Rahman Palil Dan Ketua Pemuda UMNO Selangor Posted: 13 Sep 2011 06:53 AM PDT Saya mengucap terima kasih kepada Sinar Harian atas liputan yang begitu luas yang diberikan kepada saya, khususnya dalam keluaran 12 September lalu. Saya mendapati satu muka telah dipenuhi dengan pelbagai teguran dan serangan terhadap diri saya dari ADUN Sementa YB Rahman Palil, Ungku Salleh Ungku Jamal Ketua Pemuda UMNO Selangor dan beberapa individu lain. Saya sebenarnya turut menunggu untuk wartawan Sinar Harian menghubungi untuk mendapatkan respon dari pihak saya, tetapi malangnya tiada panggilan diterima. Nampak gaya Sinar Harian berpuas hati dengan sekadar menyiarkan serangan mereka tanpa sebarang peluang untuk saya menjawab. Begitu juga dengan berita pada Khamis 8 September apabila Dr Yusri Mohamad, Pengerusi PEMBELA telah menyatakan berita berhubung usaha ingin menjatuhkan MB Selangor adalah 'satu pembohongan'. Mereka juga tidak bertanya akan respon saya terhadap tuduhan Dr Yusri. Jelas bagi saya sebenarnya pertemuan yang disebut oleh Dr Yusri adalah pertemuan lain yang diadakan di Masjid Negeri dan bukan pertemuan yang saya maksudkan. Maka ini telah menimbulkan persoalan lanjut, berapa pertemuan sebenarnya yang telah diadakan? Teringat saya akan satu akhbar yang bernama 'WATAN' pada satu ketika dahulu. Ianya akhbar yang begitu digemari peminat politik atas sebab kritisnya tulisan-tulisan yang disiarkan dalamnya. Semua dikritik, lebih lebih lagi kerajaan Barisan Nasional. Malangnya apabila musim Pilihan Raya tiba, parti dan pemimpin pembangkang menjadi sasarannya. WATAN juga dikeluarkan oleh pihak Karangkraf sepertimana Sinar Harian. Apa yang saya khuatir ialah akhbar Sinar Harian juga akan mengikuti jalan yang sama. Ianya semakin popular kerana memberi liputan ke atas kegiatan semua pihak dan dilihat 'adil'. Namun adalah dikhuatiri dengan menjelangnya Pilihan Raya, beritanya kelihatan semakin berat sebelah. Maka adalah wajar untuk rakyat dan penyokong PR khususnya berwaspada supaya tidak tertipu dengan berita yang kononnya 'adil' itu. Apakah pisang akan berbuah untuk kali yang kedua? Oleh yang demikian, saya akan menjawab teguran dan serangan Rahman Palil dan Ungku Salleh di sini, melalui blog saya dan jawapan ini juga akan dihantar ke Sinar Harian. Saya ingin melihat samada ianya akan disiarkan oleh pihak mereka. ENAKMEN JAIS Rahman Palil kata saya "degil" dan "tidak layak menjadi ahli Parlimen kerana tidak tahu baca enakmen itu". Saya tidak faham macam mana dia boleh menjadi seorang ADUN. Tidakkah dia tahu bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Mungkin dia tidak sedar tetapi dia telah menjatuhkan hukuman terhadap saya tanpa menunggu saya dibicarakan. Kalau ikut fahaman mereka, mungkin mahkamah tidak diperlukan, terus jatuhkan hukuman tanpa mendengar penjelasan dari saya. Hakikatnya bagi saya, saya tidak melanggar undang-undang yang terkandung di dalam enakmen berkenaan. Enakmen itu menyebut :- "119. (1) Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi – a) mana mana orang atau golongan orang yang dikecualikan oleh Majlis di bawah seksyen 121 enakmen ini; atau b) mana mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja." Sesiapa yang pernah ke sekolah boleh membezakan bahawa saya tidak 'mengajar', saya hanya memberi ucapan. Kita tidak boleh memborongkan setiap ucapan yang mengandungi rujukan terhadap agama Islam sebagai 'mengajar'. Sekiranya kita memborongkan sebegitu rupa, setiap orang yang memberi ucapan "Selamat berpuasa, semoga mencapai ketaqwaan" dan "Selamat Hari Raya, semoga bertemu Syawal dalam keadaan fitrah, bersih dari dosa sepertimana pada hari kita dilahirkan" boleh didakwa di atas kesalahan ini. Ia adalah jelas sepertimana dalam kes Dr. Asri, enakmen ini tidak terhad penggunaannya kepada kegiatan di Masjid ataupun Surau. Dr Asri ditahan di rumah salah seorang dari anak murid beliau. Oleh itu enakmen ini boleh meliputi setiap tempat di bumi Selangor dan oleh itu tafsiran terhadap perkataan 'mengajar' itu perlu khusus, jelas dan tepat. Sekiranya tidak, ianya akan menghasilkan satu tafsiran yang menghalang percakapan berhubung agama Islam di mana-mana sehingga Islam menjadi sesuatu yang tidak boleh disebut oleh mana-mana pihak kecuali yang bertauliah. Mereka yang mengadakan tahlil dan doa selamat pun boleh dikenakan tindakan kerana ia merupakan sesuatu yang melibatkan "perkara-perkara tentang agama Islam". Islam dijadikan sesuatu yang tidak boleh disebut oleh rakyat biasa kecuali di rumah mereka dan hanya kepada anggota keluarga. Maka ummat Islam di Malaysia terpaksa menjadi bagaikan ummat Islam di Sepanyol pada zaman 'Spanish Inquisition', terpaksa menyembunyikan Islam mereka dan tidak bercakap mengenainya kecuali kepada keluarga mereka secara rahsia di rumah-rumah mereka. Mungkin ini yang diinginkan UMNO/BN, tetapi ini tidak diinginkan oleh PAS dan PR. UCAPAN DI MASJID Saya sebenarynya pun agak hairan. Saya berucap di 3 Surau/Masjid setiap malam di Shah Alam sepanjang Ramadan tetapi tiada apa-apa tindakan yang dikenakan terhadap saya. Tetapi apabila saya berucap di Sementa, kawasan jajahan Dato Rahman Palil, saya dikenakan tindakan oleh JAIS. Saya sedar Dato Rahman Palil adalah bekas Exco Agama kerajaan korup BN dahulu. Hubungan beliau dengan anggota penguatkuasa masih rapat dan tidak mustahil tindakan pendakwaan 'diarahkan' oleh beliau. Adakah ini juga merupakan talian sulit UMNO dan penguatkuasa JAIS? Rahman Palil juga menyatakan bahawa semasa BN memerintah dahulu, ahli-ahli UMNO tidak 'dibenarkan' berceramah di Masjid. Hakikatnya hubungan UMNO dengan Masjid memang dari dulu lagi tidak rapat. Ada yang mengatakan UMNO, khususnya Pemuda, lebih erat hubungannya dengan karaoke dan dangdut. Saifuddin Nasution sehingga menceritakan bagaimana pemimpin Pemuda UMNO tertidur di mesin judi semasa lawatan mereka ke sebuah Pusat Perjudian di luar Negara. Itulah sebabnya perkara-perkara yang pelik sering dilakukan oleh pimpinan UMNO seperti: a) Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban pada 17 Zulhijjah b) Sembahyang Solat Hajat selepas solat Asr dan Solat Subuh c) Takbir raya pada hari raya Eidul Fitri yang ketiga. d) Penglibatan dalam majlis memasang 'ancak' dan yang lain-lain. PAS sebaliknya dari dulu lagi bergerak dengan menjalinkan hubungan yang rapat dengan pihak Masjid dan Surau. Samada PAS memerintah atau tidak, Masjid dan Surau merupakan tempat yang pimpinan PAS berlegar di sekelilingnya. Rakyat perlu ingat. Dato Rahman Palil dahulu sebagai Exco Agama kerap mengarahkan penangkapan par ustadz dan penguncian surau seperti yang pernah berlaku di Seksyen 8, Shah Alam. Beliau menang di Sementa pada 2008 tanpa bertanding apabila calon PR tidak muncul dikhabarkan 'dibeli' dan bercuti di Port Dickson pada hari penamaan calon! Kita yakin 'orang Agama' seperti Dato Rahman Palil tidak terlibat dalam tindakan 'merasuah calon lawan' tetapi rakyat terus bertanya akan peristiwa 'ketidak munculan' calon PR dan siapa pula yang 'membelinya'. Sebagai pemimpin di Sementa kita yakin beliau semestinya telah mendapat sokongan rakyat tempatan dan tidak perlu menghina diri dengan terlibat dengan tindakan keji dan jelek seperti membeli calon lawan. Ianya satu tindakan terkutuk dan sekiranya seseorang ahli politik terlibat dengan amalan sedemikian, rakyat wajib menghukumnya dengan menolak tindakan sebegitu rupa. HORMATI UNDANG-UNDANG Ketua Pemuda UMNO Selangor Ungku Salleh Ungku Jamal pula menuduh saya sebagai seorang yang mempunyai sikap semula jadi tidak suka menghormati undang-undang. Dengar cakap beliau seolah-olah saya ini kenalan lama beliau sehingga boleh beliau menceritakan 'sifat semula jadi' saya. Maaf Ungku, saya tak kenal Ungku! Tetapi dari kata-kata Ungku amat jelas Ungku jenis orang yang suka menuduh tanpa adanya bukti. Saya ingin tahu undang-undang mana yang telah saya secara semula jadi tidak hormat dan langgar? Mahkamah mana dan berapa kali dalam hayat saya telah saya didapati bersalah melanggar undang-undang 'secara semula jadi'? Bila dan berapa tahun saya dipenjarakan atas kesalahan melanggar undang-undang? Hakikatnya Ungku hanya sedap bercakap. Saya insyaAllah sangat menghormati undang-undang, lebih-lebih lagi undang-undang Allah dan berusaha mematuhinya. Saya tidak juga secara 'semula jadi' melanggar undang-undang manusia lebih-lebih lagi sekiranya ia tidak bercanggah dengan undang-undang Allah. Berhubung ucapan saya di sebuah Surau di Sementa, saya tidak 'mengajar' agama Islam tanpa tauliah. Saya hanya menceritakan pengalaman saya semasa di Gaza, penyerahan sumbangan yang berjumlah RM 650,000 sebahagian kepada NGO yang diiktiraf kerajaan Palestine dan sebahagian lain kepada fakir miskin di sana. Saya juga, sempena bulan Ramadhan, menyampaikan ucapan 'Ramadan Kareem' bagi pihak Ismail Haniyya, Presiden Palestine sepertimana yang beliau telah berpesan kepada saya semasa kami bertemu dan saya sampaikan juga ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada ahli Qariah yang hadir. Sambil itu, saya mengingatkan diri saya dan juga yang hadir supaya bertindak adil sepanjang masa kerana keadilan adalah lebih rapat dengan sifat keTaqwaan. Namun ucapan-ucapan yang seperti itu memang tidak disenangi pihak UMNO kerana mungkin bagi mereka Islam tidak ada kena mengena dengan sifat keadilan terhadap manusia lain. KESIMPULAN Ada yang mengatakan saya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam tidak sepatutnya memusuhi MAIS dan JAIS. Hakikatnya, saya tidak memusuhi MAIS atau JAIS. Saya hanya menentang usaha menodai MAIS dan JAIS oleh pemimpin UMNO. Mereka ingin menghalang pemimpin PR mendampingi masyarakat Melayu. Salah satu saluran yang amat berkesan ialah Masjid dan Surau. Saluran inilah yang ingin ditutup dengan memutarbelitkan tafsiran undang-undang dan mengapi-apikan semangat anti PR di kalangan masyarakat Melayu dan Islam. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD Kami di team Kerabu Bersuara menyokong penuh segala usaha YB Khalid dan semua pimpinan Pas dan Pakatan rakyat di Selangor untuk memartabatkan Agama Islam yang suci ini. Terus berjuang YB dan semua pimpinan. Kita insya Allah akan gayang umno laknat sehabis mungkin. Penentang agama Allah, neraka jahanam jawabnya! |
Coretan Dan Gambar Sekitar Lawatan MB Selangor Ke Jerman Posted: 13 Sep 2011 06:00 AM PDT Berbincang dengan Dr. Wolfgang Schutt, Pengarah Urusan Elantas GMBH Bertemu dengan Dr. Wolfgang Schutt, Pengarah Urusan Elantas GMBH dan Dr. Horst Sulzbach, Chief Technology Officer, Elantas GMBH di Wiesbaden Menyampaikan cenderamata kepada Mr. Robert Koehler, CEO & Pengerusi, SGL Carbon. di Majlis Makan Tengahari |
Bukit Kepong: Muhyiddin tidak mahu debat dengan Mat Sabu Posted: 13 Sep 2011 05:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Sept – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak akan berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai isu pejuang kemerdekaan yang sebenar. Timbalan Perdana Menteri memberitahu bahawa individu yang layak berdebat dengan Mohamad Sabu adalah pakar-pakar sejarah dan bukannya beliau. Ditanya mengenai tindakan saman yang akan dibuat oleh Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekiranya beliau enggan menyahut cabarannya, Muhyiddin berkata: "Tak apalah, saya tunggulah dia saman saya." "Mat Sabu sebagai seorang pemimpin politik seharusnya menarik balik kenyataannya bahawa pengganas komunis adalah hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong dan meminta maaf secara terbuka," katanya dipetik Bernama Online. Muhyiddin berkata Mohamad tidak seharusnya memutarbelitkan fakta sejarah demi mengejar cita-cita politiknya kerana sejarah tidak ada kena mengena dengan politik dan apa yang dibangkitkannya boleh memporak-perandakan negara. Minggu lalu Mohamad berkata beliau lebih bersedia untuk berdebat dengan Muhyiddin kerana timbalan presiden itu memintanya bertaubat. Pendirian itu turut disokong oleh pemimpin-pemimpin PAS atas tarafnya selaku timbalan presiden parti. Mohamad juga menolak kesediaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mahu berdebat dengannya berhubung kenyataan beliau berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong bulan lalu. Terdahulu Muhyiddin menghadiri majlis Tawaran Baru kepada Pengetua (Sekolah Menengah) dan Guru Besar (Sekolah Rendah) Bidang Kerberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara di sini. Mengenai majlis makan malam beliau bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Republik China, Sun Zhenglai malam ini, Muhyiddin berkata hubungan diplomatik Malaysia dengan China adalah baik dan Malaysia menghormati pandangan ideologi negara itu. "Malaysia tidak mengkritik China kerana berfahaman komunis tetapi mengutuk tindakan kejam pengganas komunis sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dahulu. "Hubungan dua hala Malaysia dan China adalah penting kerana negara itu menjalinkan hubungan dalam sektor perniagaan, dalam perdagangan, perindustrian dan pelbagai sektor lain," katanya. Beliau berkata Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya pun turut menjalin hubungan diplomatik dengan China. "Maka kita perlu pragmatik dalam perkara ini dan tidak menimbulkan isu politik mengenainya," katanya. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bukit-kepong-muhyiddin-tidak-mahu-debat-dengan-mat-sabu/ |
Kenyataan YB Elizabeth Berkenaan Isu Jerebu Posted: 13 Sep 2011 04:00 AM PDT Jerebu yang kini dialami oleh kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia amat membimbangkan. Pada hari ini, negeri Selangor merakamkan bacaan indeks pencemar udara (IPU) yang amat tinggi, khususnya di kawasan berhampiran Kuala Selangor (97) dan Nilai, Negeri Sembilan (98). Merujuk kepada peta satelit, jelas dilihat bahawa punca jerebu kali ini adalah pembakaran yang berlaku di Sumatera, Indonesia. Mengikut laporan yang disediakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, bilangan "hotspot" yang terdapat di Sumatera mencapai 202 pada 11 September, manakala tiada yang dikesan di Semenanjung Malaysia. Pada hari ini, bilangan hotspot telah menurun sedikit, dengan 34 dikesan. Jelas bahawa punca jerebu kali ini berada di luar kawalan Kerajaan Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama agensi kerajaan telah meningkatkan usaha pemantauan untuk memastikan pembakaran tempatan tidak memburukkan lagi keadaan. Saya ingin menggesa Menteri Luar Negara untuk memberi keutamaan kepada kesihatan rakyat Malaysia dengan menyuarakan bantahan terhadap pembakaran yang berlaku di Sumatera kepada kerajaan Indonesia. Keadaan berjerebu ini telah pulang berulang kali tahun ini. Saya juga ingin menyeru kerajaan pusat untuk menyiasat semua syarikat-syarikat Malaysia yang memiliki ladang di Sumatera untuk memastikan mereka lebih bertanggungjawab dalam kaedah pertanian mereka. Segala aktiviti pembakaran yang dijalankan bukan sahaja menjejaskan nama negara tetapi malang lagi, jelas memberi kesan teruk terhadap rakyat Malaysia. YB Elizabeth Wong |
Edisi Kantoi: Dusta Kerana Terdesak, Kisah Najib Dibongkar Pelajar Malaysia di Perth Posted: 13 Sep 2011 03:00 AM PDT Malaysia chronicle Ia bukan lagi rahsia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang behadapan dengan saat-saat genting. Beliau dan pentadbiran beliau beserta parti UMNO telah terperangkap dalam penipuan- penipuan yang tidak berpenghujung. Namun begitu, mereka seolah-olah tidak mempunyai niat apa-apa untuk menghentikannya atau ia telah menjadi tabiat mereka dan mereka tidak lagi mampu mengelaknya. "Mereka telah menjadi orang-orang yang pendusta bersiri – tiada ubatnya," Ahli Parlimen PKR, Gopeng Lee Boon Chye; seorang doktor yang terkenal, memberitahu Malaysia Chronicle. Insiden terbaru melibatkan Najib, yang telah dilihat keluar secara senyap-senyap dari negara ini untuk berehat sebentar di Perth Australia pada Hari Kebangsaan Malaysia , 31 Ogos yang lepas. PM tidak membuat apa-apa pengumuman sungguhpun dari segi protokol beliau dikehendaki untuk berbuat demikian. Walaubagaimanapun, malang baginya, pesawat – jet kerajaan Malaysia telah dikesan mendarat di lapangan terbang Australia. Diselamatkan oleh FBC Media dan Bernama Apabila digesa untuk berterus terang mengenai perkara itu dan ditanya jika beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kemudahannya pergi bercuti peribadi; agensi berita nasional Bernama melakukan beberapa kerja PR yang mewah untuknya. Pada hari Ahad, Bernama mendakwa Najib telah pergi ke Perth untuk menghabiskan Hari Raya bersama pelajar Malaysia di sana. Ini berlaku pada hari Sabtu, Hari Raya telah jatuh pada hari Selasa dan beliau berangkat pada hari Rabu, iaitu pada Hari Kebangsaan. Perkara itu menjadi lebih teruk, apabila Bernama berkeras mendakwa pelajar di Perth telah menemui beliau dan mengatakan bahawa ucapan Najib 'menjadi sumber inspirasi' mereka. "Sangat hebat mendengar Perdana Menteri kita berucap, dan beliau sangat mengagumkan," Bernama melaporkan seorang pelajar Curtin, Lim Jian Min, dari Kedah berkata. "Dia menaikkan semangat kita dan memberikan jawapan yang baik kepada semua persoalan kami." Bernama juga memetik beberapa pelajar lain yang memuji PM. Dalam ucapannya, Najib telah menjelaskan konsep 1Malaysia yang tidak berfungsi itu lagi dan faedah kepada negara dan rakyatnya. Beliau juga berjanji bahawa akan ada beribu-ribu pekerjaan yang menunggu mereka apabila mereka pulang ke tanah air. "1Malaysia bertujuan untuk menyatukan negara kita dan untuk membawa semua bangsa bersama-sama mencapai kemajuan dan kemakmuran. Sebahagian daripada anda mungkin mahu untuk tinggal disini selepas tamat pengajian untuk mendapatkan pengalaman bekerja di Australia. Itu tidak mengapa. Tetapi sila kembali ke Malaysia kerana kita akan memerlukan anda , "kata Najib. Dusta lagi! Tetapi semua usaha-usaha untuk menyelamatkan Najib sia-sia belaka. Seorang pelajar Malaysia yang juga merupakan pegawai kerajaan yang menghadiri majlis makan malam Najib telah menafikan yang dia telah memuji ucapan Perdana Menteri. Malah, beliau mendakwa bahawa Bernama telah memutarbelitkan kata-kata nya. Semasa dihubungi, pelajar berikut terkejut dengan laporan itu kerana pelajar tersebut sebenarnya telah membuat komen itu sebelum ucapan Najib. "Mereka benar-benar telah mengubah dan menokok tambah apa yang kita kata kerana saya tidak pernah berkata seperti yang telah dilaporkan. Segala-galanya telah dilakukan sebelum ucapan dan bukan selepas ucapan itu. Saya rasa ia tindakan bodoh dan tidak perlu," Malaysiakini melaporkan pelajar tersebut sebagai berkata. "Mereka dimasukkan benda-benda yang kita tidak penah ucapkan dan mengubah kata-kata kami. Kami tidak berkata apa-apa yang buruk, jadi saya tidak nampak mengapa mereka perlu berbuat demikian." Apabila diminta untuk memberi komen, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hanya mampu menggelengkan kepala dan ketawa. Mereka menegaskan selepas dimalukan di pentas antarabangsa baru-baru ini apabila Najib didakwa membayar RM58 juta wang rakyat Malaysia kepada perunding FBC Media UK bagi mereke laporan palsu yang menggambarkan imej positif dirinya, pentadbirannya dan projek-projek mereka kepada penonton seluruh dunia. Pihak berkuasa UK sedang menyiapkan siasatan terhadap FBC Media dan boleh melancarkan enkuari awam besar-besaran kerana FBC telah menjual berita palsu kepada rangkaian seperti CNN, CNBC dan juga BBC. Najib dan FBC diselar kerana cuba untuk 'menipu' penonton global, manakala pemimpin pembangkang Malaysia telah berjanji untuk bertanya kepada beliau di Parlimen mengenai jumlah sebenar yang dihabiskan untuk publisiti palsu tersebut. "Ini jelas menunjukkan sebuah rejim yang berada di ambang kehancuran. Apabila anda mendengar kata-kata seperti 'hebat' dikaitkan dengan Najib, anda benar-benar cenderung untuk merasionalkan apa jua laporan tersebut" naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. |
Pemimpin Berjiwa Rakyat Umno Boleh Buat Macam Ni? Posted: 13 Sep 2011 01:36 AM PDT yb husam musa |
Macam Mana Orang Putih Boleh Mendaftar Dalam Parti Umno? Posted: 13 Sep 2011 12:32 AM PDT "Katanya" UMNO ialah Parti Melayu... Tapi... Mengikut Fasal 5.1 (Perlembagaan & Peraturan UMNO): Tiap-tiap orang Melayu dan "BUMIPUTRA" berhak mendaftar diri sebagai ahli UMNO & antara pengasas parti UMNO, salah seorangnya adalah penjajah berbangsa Inggeris bernama Dr. Charles Joseph Pemberton Paglar dengan keahlian UMNO #000006. Apa Kes? Topeng Perak |
Posted: 12 Sep 2011 10:17 PM PDT Panel 14 - Humanistic and Religious Believers: an Agenda of Coexistence Chairperson Paul Poupard [biography] biography Cardinal, President Emeritus of the Pontifical Council for Culture, Holy See Contribution Datò' Seri Anwar Ibrahim [biography] biography Member of Parliament, Malaysia Paolo Borzatta Senior Partner of "The European House-Ambrosetti, Italy texts [text] ITALIANO Riccardo Di Segni Chief Rabbi of Rome, Italy Simon Xavier Guerrend Hermès President of Guerrand Hermès Foundation for Peace, France Vincenzo Paglia Catholic Bishop, Italy Émile Poulat École Pratique des Hautes Études en Sciences Sociales, France Walter Jürgen Schmid Ambassador of Germany to the Holy See Datò' Seri Anwar Ibrahim Member of Parliament, Malaysia [1947, Malaysia] In his long political career he has defended with tenacity the respect for human rights and he has promoted initiatives of development and sustained the campaign for the cancellation of the debts of the poorer countries in the South of the World. He has held prestigious teaching positions, in several universities, and has been honored with many awards. He is considered as one of the fathers of the "Asian Renaissance", and as one of the main promoters of the interreligious dialogue and of the collaboration between peoples on the Asian continent. |
Harakahdaily disoal polis isu Mat Indera Posted: 12 Sep 2011 09:15 PM PDT Polis menyoal siasat tiga wartawan akhbar web PAS Harakahdaily berhubung penyiaran sebuah artikel berhubung laporannya mengenai tokoh kontroversi Mat Indera. Ketua pengarangnya Zulkifli Sulong (kiri) berkata, sehingga 11.55 pagi, Pengarang Azmi Yusof dan Pengarang Berita Mohd Nazri Abdullah masih disoal siasat dua pegawai polis daripada ibu pejabat daerah (IPD) Sentul. "Saya sendiri akan disiasat selepas ini. Sekarang masih menunggu giliran," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi. Menurutnya, artikel yang disiasat disiarkan dalam web itu pada 5 Ogos. Beliau bagaimanapun tidak ingat judulnya. Artikel itu antaranya mengulas buku keluaran Yayasan Warisan Johor (YWJ) Pengukir Nama Johor yang dipetik Timbalan Presidenn PAS Mohamad Sabu bagi mempertahankan dakwaan bahawa Mat Indera wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong. Polis tiba di ibu pejabat Harakahdaily di Jalan Pahang di ibu negara kira-kira jam 11 pagi tadi, kata Zulkifli. malaysiakini |
Posted: 12 Sep 2011 09:07 PM PDT Ahmad Lutfi Othman Sejarah memang memerihalkan perkara yang sudah berlalu, namun ia bukan benda mati, malah pentafsirannya cukup dinamik, hidup dan sentiasa berkembang, sehingga boleh merumuskan pelbagai persepsi. Fakta sejarah sukar dibohongi tetapi "pihak yang menang" mempunyai pengaruh tersendiri untuk "memesongkannya". Begitulah menariknya polemik sejarah kemerdekaan negara, yang tiba-tiba saja menarik perhatian semua lapisan masyarakat mengikutinya daripada dekat, apabila ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disensasikan Utusan Malaysia dan hingga kini, selepas lebih dua minggu, masih menjadi tajuk utama akhbar dan berita TV. Mat Sabu mungkin tidak mempunyai disiplin ilmu sejarah yang baik, seperti beberapa orang anggota Majlis Profesor Negara (MPN), misalnya Prof Zainal Kling dan Prof Ramlah Adam, namun beliau berupaya untuk memaksa "tafsiran baru" dibuat terhadap sejarah perjuangan menghalau penjajah. Bagi saya, beliau berjaya -- melalui gaya tersendiri -- "menganjurkan" satu perdebatan yang sihat dan diharap membuahkan hasil yang positif dan adil kepada sejarah negara. Terjahan awal Zainal Kling yang mendakwa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, pastinya tidak terhenti di situ sahaja. Dan tidak mustahil tafsiran Mat Sabu terhadap sejarah kemerdekaan negara akhirnya akan lebih diyakini khalayak berbanding dua profesor yang dikenali sebagai cukup rapat dan dekat dengan Umno itu. (Pengalaman saya membaca buku-buku Ramlah Adam dapat mengesan "kecurigaan" dan "buruk sangka" yang ketara kepada tokoh-tokoh golongan kiri, seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain). "Kalau bukan disebabkan media secara berlebihan memainkan isu ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong, saya pasti ramai di kalangan kita tidak pernah kenal apa itu pertubuhan politik seperti PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malayu) atau API (Angkatan Pemuda Insaf)," kata seorang rakan, pensyarah kanan sains politik. "Dan mungkin ada yang beranggapan lokasi Bukit Kepong itu berada di sekitar Kepong atau Jinjang," tambahnya, sambil ketawa. "Di sinilah hebatnya Mat Sabu. Sejarah yang mungkin dianggap sudah mati itu kembali segar-bugar. Kepada saya, biarlah orang berdebat siapa Mat Indera, dan pula siapa petualang dan pejuang kepada negara." Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya MPN dalam sidang media di Putrajaya mendakwa, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun. Beliau juga menafikan gerakan kiri sebagai golongan memperjuangkan kemerdekaan. Kenyataan Zainal sebenarnya tidaklah mengejutkan. Ia dilihat mewakili aspirasi perjuangan Umno, yang lebih bertindak sebagai "perunding" dalam fasa-fasa akhir menuntut kemerdekaan. Ya, di sinilah menariknya perbahasan yang dicetuskan Mat Sabu itu, yang bakal menyerlahkan perbedaan besar di antara peranan Umno dengan parti-parti terdahulu yang diharamkan penjajah British. Saya tidak pasti di manakah kedudukan penentang-penentang British, yang mempertaruhkan nyawa demi membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajah seperti Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Dol Said, Maharajalela, Tok Janggut dan Rosli Dhobi, pada kacamata Zainal dan orang-orang seumpamanya? Saya cuba membayangkan bagaimana sukarnya tokoh-tokoh awal, seperti Ibrahim Yaakub, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam, yang membangkitkan kesedaran rakyat untuk menentang British. Bukan mengenangkan kepayahan mereka diburu penjajah, dengan kelengkapan yang cukup minimum, tetapi kesukaran untuk meyakinkan anak bangsa sendiri -- terutama yang merasa selesa di bawah dagu orang putih -- bahawa mereka perlu bangun daripada lena yang panjang, selain menimbulkan kesedaran awal pemikiran politik. Sebelum menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938, Ibrahim Yaakub memimpin gerakan pelajar, Ikatan Pemuda Pelajar pada 1929, seterusnya pada 1930, Ikatan Semenanjung Borneo, yang berpusat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, sehinggalah British menghancurkan gerakan itu pada 1932. Sekiranya nasionalis Umno hanya baru sedar untuk membebaskan diri daripada penjajahan selepas konsep Malayan Union diperkenalkan pada 1946, anak-anak Melayu yang terdidik di Timut Tengah, terutama di Universiti Al-Azhar sudah menjiwai roh kemerdekaan sejak awal 1900-an lagi, dipengaruhi mujaddid agung Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh dan Rashid Ridha. Tidak hairanlah apabila majalah al-Imam, yang dikeluarkan pada 22 Julai 1906 di Singapura oleh tokoh-tokoh pembaharu Islam, Kaum Muda, mengungkapkan dengan jelas tujuan penerbitannya: "Mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan." Dari segi organisasi yang lebih teratur, perjuangan ini diteruskan dengan kelahiran Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak, pada 14 Mac 1948, di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Dalam kenyataannya pada 26 April 1948, Dato Onn Jaafar mengingatkan satu lagi "bahaya dari gunung" dan menyifatkan "Parti Islam itu Merah". Onn berjaya menghasut British bahawa Hizbul Muslimin prokomunis. Melalui Akta Darurat 1948, pada 29 Julai tahun sama, semua pemimpin Hizbul Muslimin, termasuk Abu Bakar, ditangkap dan dipenjarakan sehinggakan tiada yang tinggal untuk memimpin. Parti itu turut diharamkan. Ramai pengkaji menyifatkan penubuhan PAS pada November 1951 adalah kesinambungan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan penjajah itu. Saya tidak bermaksud mahu bermain dengan fakta sejarah. Saya percaya perdebatan status Tanah Melayu, sama ada sebagai negara jajahan ataupun naungan British akan menarik pembabitan lebih ramai sejarahwan yang jujur dengan ilmunya untuk berkongsi pandangan. Implikasi perbahasan itu juga menjangkaui skop yang jauh lebih besar, termasuk memberi kesan besar terhadap situasi politik terkini. Ia bukan lagi berlegar di sekitar kontroversi Mat Indera dan Bukit Kepong semata-mata. Dan inilah yang saya jangkakan dalam tulisan saya sebelum ini. Isu ini mulanya dicetuskan oleh Utusan Malaysia bagi menjerat Mat Sabu dan PAS itu sendiri, iaitu sebuah parti yang dilihat bakal memberi saingan paling sengit buat Umno, khususnya untuk merebut simpati dan sokongan pengundi Melayu dalam PRU13. Ia juga diharapkan BN bagi menenggelamkan isu-isu membabitkan kepentingan rakyat, seperti kenaikan harga barangan dan pelbagai skandal kewangan, serta yang terbaru caj perkhidmatan enam peratus telefon prabayar. Menjadi kelaziman kepada strategis Umno untuk meneropong kegiatan dan kenyataan pemimpin pembangkang dengan sehalus-halusnya, untuk dimanipulasi dan diputarbelitkan, bagi menggambarkan kepada rakyat kelemahan Pakatan Rakyat. Saya boleh bersetuju dengan pandangan seorang rakan yang mengingatkan bahawa dalam PRU13 nanti kemenangan bukan ditentukan oleh kehebatan parti atau calon yang bertanding, tetapi difaktorkan oleh "kesilapan paling minimum" yang dilakukan parti atau calon berkenaan. Maknanya, mereka yang melakukan kesilapan lebih banyak akan mudah untuk ditumpaskan. Di peringkat awal, nampak kenyataan Mat Sabu mengenai Mat Indera itu (dan bukannya tentang sejarah kemerdekaan negara) seperti mudah dieksploit Umno, terutama kepada bekas anggota keselamatan dan orang-orang tua di kampung-kampung, tetapi apabila skop perbincangannya menjadi lebih meluas, saya yakin kedudukannya menjadi lebih seimbang. "Saya rasa kesungguhan luar biasa media Umno menimbulkan isu Mat Sabu, Mat Indera dan sejarah kemerdekaan negara ini boleh menikam balik dirinya," rumus seorang penganalisis politik. "Apa pun, saya ingatkan kepada pemimpin pembangkang, berhati-hatilah daripada terjebak dengan perangkap Umno menjelang pembubaran Parlimen. Banyak isu yang sedia memihak Pakatan Rakyat, selain menampilkan gabungan mantap yang diyakini rakyat untuk mengambil alih Putrajaya," tambahnya. Sekurang-kurangnya kini terpampang dengan lebih jelas wajah Umno yang propenjajah, di mana pemimpinnya sejak sebelum merdeka sehinggalah hari ini, lebih memikirkan soal kepentingan dan kesenangan diri. Dengan kata lain, Umno dan British saling perlu-memerlukan. Dalam buku Perniagaan British di Malaysia Pascapenjajah 1957-70 (terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010), Nicholas J White mengungkapkan: "Pada masa bunga tahun 1959, usaha diambil pada peringkat menteri untuk mendekati pelbagai pemimpin perniagaan British bagi mendapatkan dana bagi membantu Perikatan dalam pilihan raya umum yang akan datang. "Diharapkan M$500,000 dapat dikumpulkan daripada perniagaan Eropah. Oleh sebab wakil ekspatriat memang dijangka kehilangan tempat mereka dalam badan perundangan Malaysia pada akhirnya, maka Tan Siew Sin, Menteri Perdagangan dan Industri, menjelaskan bahawa firma British 'pasti menyumbang untuk menyokong kerajaan yang memegang tampuk kuasa, dan kerana (mereka) tidak mungkin mengharapkan layanan lebih baik daripada mana-mana parti yang lain berbanding dengan layanan oleh Perikatan, sudah tentu dasar yang baik bagi mereka adalah untuk berusaha sedaya upaya demi memastikan Perikatan terus memegang kuasa dengan besar'." |
Sumber: Ahmad Jauhari dilantik Pengarah Urusan MAS Posted: 12 Sep 2011 08:16 PM PDT Oleh Jahabar Sadiq KUALA LUMPUR, 13 Sept ─ Malaysia Airlines (MAS) yang berhadapan dengan masalah kerugian memilih veteran korporat Ahmad Jauhari Yahya sebagai ketua eksekutif barunya bagi memberi suntikan ke atas syarikat penerbangan kebangsaan ini dan menjelang pelancaran pesawat ekspres yang terbaru, Sapphire pada November ini. Beliau dipilih daripada kalangan empat nama yang disenaraipendekkan, kata sumber. Ahmad Jauhari juga dijangka menggunakan kedudukan sepenuhnya untuk menyelesaikan isu membabitkan tiga kesatuan sekerja yang minggu lalu menegaskan kecewa dengan rancangan MAS mengadakan perkhidmatan baru Sapphire. "Ada empat nama tetapi Ahmad Jauhari ada kelebihan untuk memotivasikan para pekerja demi masa depan syarikat penerbangan ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider. "Pada dasarnya beliau telah bersetuju dengan apa yang disebutkan sebagai perkhidmatan nasional," kata satu lagi sumber yang turut menambah bahawa personaliti berusia 56 tahun ini kemungkinan akan dibantu oleh pengarah eksekutif baru dilantik Mohammed Rashdan Yusof sebagai orang nombor dua. Tugas pertamanya ialah bercakap dengan pemimpin kesatuan berhubung rungutan dan kekecewaan mereka ekoran keputusan bahawa ahli-ahlinya akan diminta berpindah ke Sapphire, yang akan mengambil alih aset-aset pesawat seperti Boeing 737-800 milik MAS dan Firefly. Sapphire dijangka memulakan perkhidmatannya November ini sebagai produk premium seiring dengan pesawat tambang murah AirAsia. Pesawat komuniti Firely akan berhenti menggunakan jet-jet Boeing mulai Khamis ini. Ahmad Jauhari dijangka akan bekerja bersama ketua eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam memasarkan MAS sebagai pesawat antarabangsa premium untuk pulangan lebih baik. "MAS perlu membuat duit menerusi pesawat-pesawat dan perkhidmatan yang baik, bukan dengan publisiti daripada penajaan bola sepak," kata sumber. Semalam, MAS dan AirAsia mengumumkan akan sama-sama menaja jersi Kelab Bolasepak Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Perdana Barclay (BPL) bagi musim 2011/2012 dan 2012/2013. MAS akan menaja jersi pemain kelab itu bagi perlawanan di tempat sendiri dalam BPL itu manakala tajaan AirAsia adalah bagi perlawanan QPR di tempat lain dan jersi 'ketiga' pula bagi kedua-dua musim BPL yang serupa. Kata Sumber, Ahmad Jauhari perlu mencari pakar-pakar pemasaran yang kompeten untuk melariskan perkhidmatan MAS yang akan merangkumi pesawat besar jarak jauh termasuk Airbus A380 mulai tahun depan. Pengalaman Ahmad Jauhari dalam industri penerbangan setakat ini ialah pelantikannya sebagai penama dalam lembaga Malaysia Airports Holdings Bhd oleh Khazanah Nasional Berhad, syarikat pengurus aset negara yang mempunyai pegangan dalam kedua-dua MAS dan AirAsia. Beliau kini merupakan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Premium Renewable Energy (Malaysia) Sdn Bhd sejak Mac 2011 dan pernah berkhidmat di Malakoff Bhd, Malaysian Resources Corp Bhd dan Time Engineering Bhd. Sebelum menceburi dunia korporat beliau merupakan Pengurus Besar Kanan Kumpulan (Pengeluaran dan Pengedaran) di New Straits Times Press Bhd. |
Gambar Forum Rakyat, TG Nik Aziz Dan Mat Sabu Posted: 12 Sep 2011 03:23 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan