Ajijoi |
Fokus: 8 Tuntutan Bersih, SPR dan Komunis Posted: 12 Sep 2011 08:24 PM PDT IPOH: Kehangatan dan pasca Bersih 2.0 yang menjadi agenda perbualan rakyat semakin tenggelam dek isu sejarah yang diputar belit oleh pemimpin umno bn dan media pro kerajaan . Justeru, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan, dalam kehangatan masyarakat berbincang soal siapa pejuang dan petualang negara, maka pelbagai natijah dan kesan yang timbul. Katanya, secara umumnya ia dilihat positif kerana telah membuka ruang dan minda masyarakat untuk membelek semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara. Namun hakikat yang lebih besar ialah, sejarah sudah tidak boleh diubah dan sejarah tidak pernah menipu manusia, jelasnya. Tambahnya, penipu dan penyeleweng hanya datang dari mereka yang berkepentingan bagi mendapatkan sokongan moral dan simpati politik tertentu, khususnya umno" . Beliau berkata, media cetak dan elektronik pro kerajaan digunakan semaksimanya oleh umno bagi mempertahankan sejarah yang dilukis oleh pihak pemerintah, walaupun pelbagai keraguan yang timbul di dalamnya. "Perkara pokok di sebalik isu ini ialah masyarakat beralih arah untuk berbincang berkenaan masa belakang, tidak lagi masa depan. "Masa depan yang dimaksudkan ialah berkenaan 8 tuntutan Bersih 2.0 yang menjadi agenda perbualan rakyat baru-baru ini semakin tenggelam oleh kerana isu sejarah yang diputar belit oleh pemimpin umno bn da medianya," ujarnya. Ujar beliau, sebenarnya persoalan masa depan negara bergantung kepada ketelusan dan keadilan sistem demokrasi yang dilakukan. Katanya lagi, banyak kepincangan dan kelompangan sistem yang didedahkan oleh pelbagai pihak yang masih belum dijawab dengan baik oleh pihak kerajaan dan SPR. Beliau menambah, peri pentingnya soal demokrasi adalah suatu kayu ukur bagaimana corak dan budaya pemerintah yang akan dipilih oleh rakyat sama ada meneruskan legasi yang penuh kepincangan atau berubah kepada arena politik baru. Jelasnya, masa depan negara ditentukan atas perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil. "Mungkin pada waktu ini pihak SPR boleh menarik nafas panjang dan lega di dalam kekalutan orang beralih dan berbincang isu sejarah, bukan lagi soal pilihan raya," katanya. Maka, ujarnya perlu diberikan perhatian juga kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang diwakili oleh parti pemerintah, pembangkang dan bebas. "Sejauh mana keberkesanan dan kemampuan jawatankuasa ini membuat transformasi terhadap pilihan raya di Malaysia ini juga perlu dinilai bukan bukan hanya menjadi modal politik untuk menunjukkan keseriusan kerajaan dalam soal penambahbaikan sistem pilihan raya," ujarnya. Beliau berkata, daftar pemilih, kempen, kebebasan media dan pelbagai lagi isu berkaitan pilihan raya dan masa depan negara perlu diberikan perhatian semula. "Dibimbangi jika kita tercampak dengan lubang yang dibuat untuk menimbus lompang yang lain, maka sampai bilapun kita akan tertipu dengan permainan licik propaganda umno dan bn yang berkuasa," katanya. Justeru, tambah beliau rakyat kini bimbang terhadap masa depan negara akan ditentukan oleh warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan Thailand jika senarai daftar pemilih tidak dibersihkan. Katanya, berbincang soal sejarah perlu untuk dijadikan sempadan, berjuang untuk masa depan juga penting untuk kelangsungan. ustazabubakar.wordpress.com |
You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan