Kelab Greenboc |
- Video Seks Fitnah ADUN Kota Anggerik: AMK Buat Laporan Polis
- Tindakan PERKASA Buat Kecoh Tidak Bertamadun: Pemuda Pas
- [Bergambar & Video] Kucing Yang Mempunyai Dua Wajah
- Diperkosa Selepas Diberi Hisap Rokok
- Kuala Lumpur Menjadi Seperti Las Vegas... Tembak Menembak .. Senario Biasa..
- Lagi Berita Terengganu Dihentam Ribut
- Kerana Amanah, Kakak Ini Meredah Api Selamatkan Wang RM2000 Yang Bukan Miliknya
- [Bergambar] Wanita "Membogelkan" Diri Bantah Pelancongan Seks?
- Maklumat Terkini Letupan Di Empire Gallery, Cuai Bukan Sabotaj
- Hapus Kuota 30%: UMNO Juga Bakal Terhapus Sama Nanti... Tunggulah!
- Erdogan: Mengapa Barat Melarang Iran, Tapi Biarkan Israel Miliki Senjata Nuklear?
- [Bergambar] Di Pakistan, Seorang Bayi Dua Muka Dilahirkan
Video Seks Fitnah ADUN Kota Anggerik: AMK Buat Laporan Polis Posted: 29 Sep 2011 02:32 AM PDT PKR Shah Alam mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan blogger Pro-Umno Papa Gomo yang memaparkan klip video seks bagi memburukkan imej Pejabat Khidmat DUN Kota Anggerik. Setiausaha Akhbar Adun Kota Anggerik, Mohd Ridzuan Alias menyifatkan usaha tersebut sebagai satu fitnah bagi memburukan imej Adun Kota Anggerik Yaacob Sapari. "Hari ini kami menafikan bahawa klip video tersebut sebagai suatu yang palsu dan niatnya hanya untuk memfitnah, ini kerana dekorasi dan susun atur pejabat sangat berbeza dengan keadaan pejabat (DUN Kota Anggerik) sebenar, saya juga menafikan individu dalam klip tersebut adalah kakitangan kami termasuk pelanggan itu, ini hanya satu fitnah yang cuba memberi persepsi buruk kepada pejabat DUN Kota Anggerik." Beliau berkata demikian ketika ditemui TvSelangor sejurus selepas membuat empat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, hari ini. Dalam serangan terbarunya ke atas pemimipin Pakatan Rakyat, Papa Gomo memaparkan kilp seorang wanita bertudung dengan seorang lelaki yang kelihatan melakukan perbuatan sumbang di dalam sebuah pejabat. Papa Gomo mendakwa klip tersebut dirakam di pejabat DUN Kota Anggerik yang mana ADUNnya ialah Yaakob Sapari. Tajuknya adalah 'Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam'. "kita berharap perkara ini dapat diperbetulkan dan blogger tersebut dapat menarik kembali pendedahan klip video tersebut dan memohon maaf secara terbuka." Pegawai Khas ADUN Kota Anggerik, Shamsul Firdaus berkata hanya beliau sahaja yang berkihdmat dan berada pada hari tersebut yang dikatakan kejadian sumbang itu berlaku. "Pada waktu yang dinyatakan hanya saya seorang sahaja di pejabat kerana seorang lagi kakitangan iaitu Pembantu Tadbir Operasi, Cik Norlela Idris tidak berada di pejabat kerana bercuti sakit pada hari 19 september, ternyata ia adalah suatu yang tidak benar dan usaha memburukan imej Yaacob Sapari. " |
Tindakan PERKASA Buat Kecoh Tidak Bertamadun: Pemuda Pas Posted: 29 Sep 2011 12:49 AM PDT Kota Bharu- Pemuda Pas Kelantan menyifatkan tindakan pihak tertentu yang menyerang majlis dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu adalah tidak bertamadun. Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, tindakan menimbulkan kekecohan tersebut adalah kerana pihak musuh tidak berani untuk berdepan dan menjelaskan fakta tepat berhubung pejuang sejarah kemerdekaan negara. Menurutnya, dalam keadaan yang masih terumbang ambing dalam mencapai penyelesaian isu kemerdekaan negara itu, ada pihak yang menghidupkan budaya samseng. "Saya kesal dengan kejadian tersebut, bagi saya budaya buruk dalam parti musuh seperti ingin dihidupkan semula dalam keadaan yang terdesak sekarang. "Saya juga yakin perkara-perkara tersebut tidak akan dilakukan oleh orang Pas tetapi musuh kepada kita," katanya demikian ketika diminta mengulas kekecohan dan insiden serangan dalam majlis hari raya yang dihadiri Mat Sabu di Ampangan beberapa hari lalu. Abdul Latiff berkata, perkara tidak sihat tersebut tidak sepatutnya berlaku dan sewajarnya pihak berkenaan perlu berani berdepan bagi selesaikan persoalan yang masih belum bernoktah ini. "Kalau tidak berpuas hati dengan Mat Sabu terimalah cadangan untuk berbincang secara ilmiah bukan menggunakan budaya samseng," katanya. Mengapa Perkasa melenting ceramah Mohd Sabu |
[Bergambar & Video] Kucing Yang Mempunyai Dua Wajah Posted: 28 Sep 2011 11:22 PM PDT Milbury (Massachusetts): Seekor kucing istimewa dilahirkan dengan dua wajah. Frankenlouie yang tinggal bersama pemiliknya di Milbury, Massachusetts mempunyai kecacatan kelahiran genetik menyebabkan ia mempunyai tambahan wajah. Dua wajah luar biasa dimiliki kucing itu disebabkan oleh penyakit digelar Janus yang biasanya membolehkan haiwan berkenaan hidup selama beberapa hari saja. Namun, haiwan peliharaan itu mengatasi jangkaan apabila dapat hidup lebih lama untuk meraikan hari jadinya yang ke-12. Kemampuannya itu membolehkan Frankenlouie mencatat rekod dalam Rekod Dunia Guinness. Frankenlouie sudah pun menjadi bintang dan muncul dalam ribuan video di YouTube. Haiwan satu dalam seribu itu sudah muncul dalam siaran televisyen seperti 'Strange, Freaky, True'. Pemilik Frankenlouie adalah seorang jururawat haiwan. |
Diperkosa Selepas Diberi Hisap Rokok Posted: 28 Sep 2011 09:25 PM PDT Noda umpan rokok dadah KUALA LUMPUR: Seorang gadis sunti dipaksa menghisap sebatang rokok yang dipercayai mengandungi dadah sebelum pengsan dan dirogol seorang lelaki berusia 20 tahun yang juga abang angkatnya di sebuah flat di Pantai Dalam, di sini, awal Julai lalu. Gambar fail Mangsa iaitu murid berusia 12 tahun diugut supaya merahsiakan kejadian itu. Disebabkan takut, mangsa mendiamkan diri menyebabkan dia terus dinodai suspek dan dipercayai dirogol lebih lima kali dalam tempoh hampir dua bulan lalu. Tidak tahan dengan kejadian itu, mangsa mengadu kepada sepupu suspek berusia awal 20-an pada hujung Ogos lalu, namun aduannya itu sia-sia apabila lelaki terbabit pula merogolnya. Bagi mengakhiri penderitaannya, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, kelmarin. Menceritakan kejadian itu, sumber polis berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 2 petang awal Julai lalu, mangsa yang bersendirian ketika menaiki lif untuk pulang ke rumahnya di tingkat tujuh flat itu terserempak dengan abang angkatnya. "Suspek kemudian memaksa mangsa mengekorinya pulang ke rumah. Lelaki terbabit seterusnya memaksa mangsa menghisap sebatang rokok menyebabkan dia pengsan. "Sebaik tersedar mangsa menyedari dia dirogol. Suspek kemudian mengugut untuk mencederakan mangsa jika memberitahu kejadian itu kepada orang lain termasuk ibunya," katanya. Sumber berkata, mangsa dirogol suspek lebih lima kali dan dipercayai dipaksa menghisap rokok sebelum dinodai. -hm |
Kuala Lumpur Menjadi Seperti Las Vegas... Tembak Menembak .. Senario Biasa.. Posted: 28 Sep 2011 07:40 PM PDT 12 das tembak tauke tarik kereta KUALA LUMPUR: Angkara dendam, seorang pemilik syarikat tarik kereta cedera parah di perut dan tangan akibat ditembak secara rambang oleh dua lelaki yang menunggang motosikal dalam kejadian di Jalan Prima 2, Taman Metro Prima, di sini, semalam. SIASAT ...pegawai forensik melihat kereta terkena peluru dalam kes suspek melepaskan 12 das tembakan ke atas pemilik syarikat penarik kereta Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa yang berusia 43 tahun sedang minum bersendirian di sebuah restoran berhampiran syarikat miliknya apabila secara tiba-tiba muncul dua lelaki menunggang motosikal dan berpakaian serba hitam melepaskan tembakan secara rambang ke arahnya yang turut menyebabkan dua orang lain cedera. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata kedua-dua suspek melepaskan 12 das tembakan ke arah mangsa yang tidak menyedari kehadiran mereka. "Suspek menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ berwarna biru menggunakan pistol jenis automatik dan melepaskan tembakan dari jarak 20 meter ke arah mangsa sebelum memecut laju. "Akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di perut dan tangan manakala seorang lelaki berusia 40-an yang minum di restoran sama dan seorang pekerja wanita warga Indonesia cedera di kaki," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Beliau berkata, mangsa bersama dua lagi orang awam berkenaan dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil. -HM
Ulasan GB Ia seperti satu permulaan baru bagi ibu negara Malaysia, menjadi seperti kota Las Vegas dan sebahagian besar bandar-bandar di negara Eropah. Suasana tembak-menembak, dan apa juga jenayah akan berlaku tak kira masa dan tidak kenal sesiapa. Demikian negara tanpa HUDUD. Kepada yang mahu melihat dan mengambil pelajaran. |
Lagi Berita Terengganu Dihentam Ribut Posted: 28 Sep 2011 05:20 PM PDT Ribut 'serang' Kuala Terengganu KUALA TERENGGANU – Beratus-ratus rumah di sekitar Kuala Terengganu di sini rosak teruk akibat dipukul ribut dan angin kencang dalam kejadian malam kelmarin. BEBERAPA orang pekerja memotong dahan pokok yang menimpa sebuah kenderaan di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam. Turut terjejas adalah kawasan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyebabkan lebih 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan Piala Malaysia bertempiaran lari. Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu menyebabkan bumbung-bumbung rumah rosak teruk sementara lebih sepuluh kereta milik penonton yang diletakkan di luar stadium rosak dihempap pokok. Selain itu, puluhan papan iklan turut diterbangkan angin manakala beberapa keping zink di kawasan stadium tercabut. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang turut berada di stadium berkenaan ketika kejadian berkata, bencana ribut itu berlaku mungkin disebabkan perubahan cuaca. Bagaimanapun kata beliau, laporan awal mengesahkan beratus-ratus rumah telah rosak selain beberapa pokok besar di tengah bandar tumbang. "Kita belum mendapat angka sebenar rumah yang terjejas tetapi antara tempat yang teruk dilanda bencana ini ialah di Seberang Takir dan beberapa kampung sekitar Kuala Terengganu," katanya ketika ditemui di sini semalam. Mengenai kejadian di stadium, beliau menjelaskan tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan setakat ini dan semua kerosakan akan dibaik pulih dengan segera. Sementara itu, seorang penonton, Nurul Huda Hussain, 26, berkata, ribut dan angin kencang itu berlaku ketika perlawanan bola sepak baru memasuki minit kesepuluh. -kosmo Ribut landa Kuala Terengganu klik untuk baca |
Kerana Amanah, Kakak Ini Meredah Api Selamatkan Wang RM2000 Yang Bukan Miliknya Posted: 28 Sep 2011 03:45 PM PDT Dungun – Seorang wanita sanggup menggadaikan nyawa dengan meredah api yang sedang marak semata-mata mahu menyelamatkan wang tunai RM2,000 dalam kejadian kebakaran di rumahnya di Felda Jerangau dekat sini kelmarin. Masliza Mohd., 27, bertindak demikian selepas dia berjaya membawa keluar dua anak kecilnya, Isma Haikal Ismail, 4, dan Mohd. Adam Daniel, 2, dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 3.30 petang itu. Menurut suri rumah itu, selepas berjaya menyelamatkan dua anaknya, dia tiba-tiba teringatkan wang tunai RM2,000 milik seorang peneroka yang disimpan di dalam rumahnya. Katanya, duit itu diperoleh daripada suaminya, Ismail Ibrahim, 31, yang mengambil upah mengait dan menjual kelapa sawit seorang peneroka di Felda terbabit dan bercadang untuk menyerahkan duit itu kepadanya dalam masa terdekat. "Saya lupakan bahaya dan risiko meredah api kerana takut duit itu hangus kerana duit itu bukan milik kami. Lagipun, sukar untuk kami sekeluarga mencari pendapatan lain untuk menggantikan semula duit peneroka itu," katanya ketika ditemui di sini semalam. Mengimbas kejadian itu, cerita Masliza, dia sebelum itu sedang melayan dua anak kecilnya di ruang tamu sebelum ternampak asap hitam yang keluar dari bahagian dapur. "Saya ingat asap itu berpunca daripada tindakan adik ipar yang membakar sampah di belakang rumah, tetapi selepas ditinjau, sebahagian dapur rumah saya sudah dijilat api. "Api kemudian dengan pantas menyambar bahagian ruang tamu membuatkan saya panik dan segera membawa keluar dua anak kecil saya," katanya. Sejurus selepas keluar dari rumah, Masliza berkata, dia berpatah balik dan meredah api yang sedang marak apabila teringat beg tangannya yang mengandungi duit RM2,000 milik seorang peneroka. Katanya, beg yang turut mengandungi duit miliknya bernilai RM1,000 itu disimpan di sebuah bilik di rumah itu. "Ketika itulah saya memberanikan diri dengan naik semula ke rumah tanpa memikirkan keselamatan diri," katanya. Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Md. Salleh Sarbini ketika dihubungi berkata, 12 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran. -kosmo |
[Bergambar] Wanita "Membogelkan" Diri Bantah Pelancongan Seks? Posted: 28 Sep 2011 12:30 PM PDT Kiev - Polis menangkap beberapa aktivis wanita Ukraine kerana mendedahkan payu dara semasa memprotes lawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Michel Platini ke ibu kota Ukraine, di sini. Kunjungan Platini dilakukan untuk memeriksa persediaan Ukraine sebagai tuan rumah bersama dengan Poland untuk kejohanan bola sepak Eropah, Euro 2012. Seorang wartawan berkata, empat aktivis pertubuhan wanita Ukraine, FEMEN, ditangkap kerana 'membogelkan' tubuh mereka hingga paras pinggang di luar sebuah stadium utama di sini. Menurutnya, tindakan itu dilakukan untuk mendapatkan perhatian mengenai kempen mereka dalam menentang pelancongan seks di Ukraine. "FEMEN menuntut UEFA supaya mengambil inisiatif dengan melaksanakan program untuk mendidik para peminat bola sepak (yang akan berkunjung ke Ukraine) tentang kesan-kesan buruk pelancongan seks dan keburukan membiayainya," kata pertubuhan tersebut dalam satu kenyataan. Malah, FEMEN turut mendakwa Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych tidak berbuat apa-apa untuk membantu kempen mereka bagi menentang aktiviti pelancongan seks di negara itu apabila Yanukovych sendiri pernah mempelawa warga asing supaya melawat Ukraine untuk menyaksikan kecantikan wanita di negara ini. - AFP Ulasan GB Jika sebelum ini ada kisah mengenai beribu-ribu orang menanggalkan pakaian mereka dan berlari dengan memakai pakaian dalam kerana membantah undang-undang Utah, USA yang dianggap kolot, kini hal yang serupa, 'membogelkan' tubuh untuk menentang pelancongan seks di Ukraine. Sungguh, dunia sudah berada di penghujungnya! |
Maklumat Terkini Letupan Di Empire Gallery, Cuai Bukan Sabotaj Posted: 28 Sep 2011 07:58 AM PDT Polis: Letupan Empire Gallery tiada kaitan kerja sabotaj, pengganas SUBANG JAYA, 28 Sept — Polis menolak unsur sabotaj dan keganasan sebagai punca letupan yang menggegarkan kompleks membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini. Sebaliknya, pihak berkuasa itu mengesahkan letupan disebabkan kebocoran gas yang kemungkinan ada kaitan dengan elemen kecuaian. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan memberitahu pemberita di tempat kejadian, kompleks itu akan dikosongkan sehingga diberitahu kelak. Kompleks itu menempatkan menara pejabat 12 tingkat, pusat membeli-belah lima tingkat, ruang pejabat kecil sembilan tingkat dan hotel 10 tingkat. "Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya sama ada kejadian ini disebabkan oleh kerja-kerja sabotaj atau keganasan. Hasil siasatan awal, tiada bukti kerja khianat dalam kejadian ini. "Bermakna tiada (unsur) sabotaj dan tiada kaitan dengan keganasan, bermakna kemungkinan disebabkan kecuaian," katanya lagi. -TMI MB: Kerajaan Selangor siasat letupan Empire Gallery Ulasan GB merenung-renung mencari makna.... EMPIRE runtuh... empayar siapa yang bakal runtuh??? رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.Ali-Imran: 191 |
Hapus Kuota 30%: UMNO Juga Bakal Terhapus Sama Nanti... Tunggulah! Posted: 28 Sep 2011 06:15 AM PDT Kuota Bumiputera: Najib ikut kata Soi Lek? KUALA LUMPUR, 28 Sept: Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengikut kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berhubung penghapusan kuota ekonomi? Berucap pada Khazanah Megatrends Forum 2011 di sini semalam, Najib memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing. Beliau berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan 'kita harus menggalakan hak Bumiputera'. Sementara itu, Soi Lek meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera mencapai matlamatnya. Ini kerana, jelasnya dalam perniagaan di kebanyakan sektor seperti pembinaan, peniaga bumiputera lebih banyak mendapat kelebihan berbanding bukan bumiputera. Katanya, perkembangan itu tidak sihat dan memerlukan perhatian serius daripada kerajaan kerana jika ia berterusan, peniaga bumiputera tidak akan mampu disaingi oleh pihak lain yang lebih layak. Beliau berkata demikian selepas perasmian Kongres Ekonomi Cina bertajuk Peranan Masyarakat Cina Mencapai Sasaran Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di sebuah hotel di ibu negara pada 14 Ogos tahun lalu. Terdapat keperluan hindari sistem kuota, kata Najib Ulasan GB Penghapusan kuote 30% bumiputera adalah termasuk di dalam perancangan Najib untuk mengekalkan kuasanya dan UMNO BN yang kini sedang nazak. Ia adalah untuk mendapatkan kembali undi bukan-Melayu yang sudah menolak BN di dalam PRU yang lalu terutama di kawasan bandar. GB sudah ulas dahulu. Petikan: Sekarang siapa sebenarnya yang menjadi pengkhianat bangsa jika bukan Najib dan UMNO? Apa pun yang dilakukan Najib kini untuk selamatkan UMNO BN, ia tidak akan berhasil lagi. Bak pepatah, di tutup bawah yang atas terbuka, ditutup atas yang bawah ternganga. |
Erdogan: Mengapa Barat Melarang Iran, Tapi Biarkan Israel Miliki Senjata Nuklear? Posted: 28 Sep 2011 05:30 AM PDT Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengecam sikap "double-standard" Barat terhadap senjata nuklear Israel. Dalam satu wawancara dengan CNN pada hari Ahad lalu, Erdogan menyatakan bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang memiliki senjata nuklear. "Mengapa negara-negara Barat melarang Iran memiliki senjata nuklear, tetapi pada saat yang sama tidak melarang Israel memiliki senjata tersebut?" tanya Erdogan sinis terhadap sikap dwi-standard Barat menyentuh soal senjata nuklear. Sebelumnya, Erdogan menyatakan, Ankara, jika diperlukan, akan memberikan reaksi lebih keras terhadap Rejim Zionis Israel. "Turki akan menunjukkan reaksi lebih keras terhadap Israel," ujar Erdogan Khamis (22/9) seperti dilaporkan Press TV. Ia juga mengisyaratkan meningkatnya ketegangan antara Israel dan Turki pasca serangan kejam pasukan komando rejim Tel Aviv terhadap kapal bantuan kemanusiaan bagi warga Gaza yang mengakibatkan terkorbannya sembilan aktivis Turki. Turki menurunkan hubungan dengan Israel setelah Tel Aviv menolak untuk meminta maaf atas serangan terhadap armada Kebebasan Gaza, yang menyebabkan sembilan warga Turki maut pada tanggal 31 Mei 2010. Sebelumnya pada bulan September, Menteri Ekonomi Turki mengatakan, Ankara akan terus menjaga hubungan normalnya di bidang ekonomi dengan Tel Aviv. Dari Januari 2011 sampai Julai 2011, perdagangan antara Turki dan Israel mencapai 2.3 juta dolar. |
[Bergambar] Di Pakistan, Seorang Bayi Dua Muka Dilahirkan Posted: 28 Sep 2011 03:58 AM PDT Rawalpindi: Seorang bayi dengan dua muka dilahirkan di Holy Family Hospital (HFH) Khamis lalu. Gambar: BAYI ini yang dilahirkan Khamis lalu mempunyai dua hidung, dua pasang mata, dua pasang bibir. Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka. Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata. Bercakap kepada akhbar The nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis. "Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya," katanya. Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan. "Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat," kata pakar itu. Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan. Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap. Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu. Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini. Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh. Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya. Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai. - Agensi |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
http://www.mfg.com/usa/tramadolonline/#54780 tramadol 50mg reviews - tramadol hcl 50 mg generic
Catat Ulasan