Sabtu, 24 September 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Klip Video UNDILAH: SKMM Beri Jawapan Kartun, Belum Diluluskan Lembaga Penapis Filem

Posted: 24 Sep 2011 01:00 AM PDT

SKMM: Video 'Undilah' belum diluluskan lembaga penapis

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa arahan penarikan video 'Undilah' adalah kerana pengumuman khidmat awam (PKA) tersebut masih belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen.

Menurut kenyataan SKMM hari ini, arahan tersebut dibuat hasil pemantauan pematuhan secara rutin mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang dijalankan SKMM ke atas video karya pemuzik Pete Teo itu.

"Di dalam kes pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo dan atas hasil pemantauan pematuhan secara rutin yang dibuat oleh SKMM, di dapati PKA tersebut belum mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen.

"Oleh itu PKA tersebut tidak sepatutnya disiarkan di televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan," kata SKMM.

Menurut SKMM, demikian juga di bawah AKM 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan.

"Arahan ini adalah mengenai pematuhan oleh pihak penyiar dan bukannya kandungan PKA tersebut," kata kenyataan itu.

Antara yang muncul dalam video yang menampilkan 40 personaliti itu adalah ahli-ahli politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, artis tempatan dan ahli sukan.

Video selama 4.38 minit yang dilancarkan sempena Hari Malaysia minggu lepas menyeru rakyat untuk keluar mengundi.- Bernama

Klip Undilah: Sila jelaskan larangan, Ka Siong gesa SKMM

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini menuntut penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) motifnya melarang stesen penyiaran lokal menyiarkan klip video Undilah.

Timbalan menteri itu (gambar), yang turut sama menjayakan klip berdurasi 4.38 minit, bersama beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menekankan, penerbitan itu bukan bahan berkontroversi, sebaliknya hanya satu makluman awam menyeru rakyat Malaysia mendaftar dan mengundi.

"Saya terkejut. Sangat terkejut. Saya tidak faham mengapa ia ditarik keluar daripada ke udara.

"Ia hanya satu mesej yang menggalakkan orang keluar mengundi," kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini. -TMI


Ulasan GB

Jawapan yang cukup kartun dari SKMM.

Apakah di dalam video klip itu ada ajakan kepada permusuhan dan pertentangan ras, atau ada adegan bogel dan seks sepertimana video seks yang sebelum ini disiarkan secara meluas di dalam berita-berita televisyen?

Hanya sekadar untuk memberikan alasan menegakkan benang yang basah semata-mata kerana klip video itu memaparkan beberapa wajah ddan ucapan beberapa pemimpin yang tidak disenangi oleh UMNO BN. Jika boleh klip video yang perlu ditayang di TV hanya perlu ada muka-muka Najib, Muhyiddin, Rais Yatim, Jamil Khir dan seumpamanya sahaja.

Rakyat bukan bodoh macam zaman 60an 70an. Ini zaman IT, zaman digital, zaman internet, zaman maklumat di hujung jari. Sungguh kasihan SKMM masih berada dan hidup di zaman batu.



Curi Duit Masjid Lepas Berhelah Hendak Qiamullail

Posted: 23 Sep 2011 10:56 PM PDT

Segamat: Seorang penganggur membuat helah mahu melakukan qiamullail di Masjid Jamek Chaah di sini, tetapi tujuan sebenarnya ialah mencuri wang dari dua tabung derma masjid itu.

Sebelum kejadian itu disedari pada 15 September lalu, jemaah masjid merungut kerana jumlah kutipan tabung derma berkurangan daripada biasa.

Selalunya masjid itu dapat mengumpul derma hingga RM3,000 ($1,227) setiap bulan.

Misteri wang derma berkurangan itu terbongkar selepas lelaki berusia 19 tahun itu ditahan pada 12.15 tengah hari tersebut - ketika mencuri wang di satu daripada tabung itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden (Supt) Abdul Majid Mohd Ali, berkata sehari sebelum kejadian itu disedari, ada jemaah memaklumkan suspek dilihat tidur dalam masjid dengan memberi alasan bahawa dia ingin melakukan ibadat malam itu.

'Jemaah masjid berkenaan meminta remaja terbabit bermalam di lokasi lain, tetapi dia enggan.

'Keesokan harinya, beberapa jemaah masjid datang ke sana bersama seorang pegawai dari ibu pejabat polis daerah Segamat untuk meninjau persiapan akhir majlis tahlil yang akan diadakan pada malam itu, dan mendapati sebuah kereta Proton Satria berwarna merah diletak di pekarangan masjid,' katanya, kelmarin.

Pegawai yang tidak sedap hati itu melakukan pemeriksaan di sekitar masjid, tetapi tidak menemui pemandu kereta tersebut.

Mereka kemudian membuka pintu tepi masjid perlahan- lahan dan terlihat seorang lelaki berada di tepi tabung itu.

'Anggota polis berkenaan mengawasi perlakuan remaja terbabit selama lima minit dan mendapati dia sedang memancing wang. Anggota polis itu turut merampas dawai serta lampu suluh daripada suspek.

'Pemeriksaan terhadap suspek turut menemui wang kertas yang dilipat kecil berjumlah RM64 dalam dompetnya. Ia dipercayai hasil curi daripada tabung masjid,' kata Supt Abdul Majid.

Imam masjid, Encik Mohamad Syafiq, 27 tahun, berkata pihaknya tidak pernah mengunci pintu masjid bagi memudahkan pengunjung beribadat pada bila-bila masa.

Terdapat dua tabung di masjid itu dan pengiraan jumlah kutipan dibuat setiap Jumaat sebelum ia disimpan di bank oleh bendahari masjid, katanya. -hm

Lari Tinggalkan Temanita Apabila Polis Tiba Semasa Berasmara Dalam Kereta

Posted: 23 Sep 2011 10:00 PM PDT

Permaisuri (Terengganu): Panik melihat kehadiran sebuah kereta peronda polis semasa asyik memadu asmara, seorang lelaki bukan saja merempuh kenderaan itu, bahkan lari meninggalkan temanitanya, seorang pelajar. Gambar hiasan

Terpaksalah pelajar itu terkial-kial memberi penjelasan kepada polis mengenai perbuatan mereka.

Kejadian itu berlaku pada 1.30 pagi kelmarin di tempat letak kereta di hadapan sebuah kolej swasta di bandar ini.

Pasangan itu sedang memadu asmara dalam sebuah kereta Perodua Myvi dan tidak sedar dua anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah melihat perbuatan mereka.

Dek terkejut apabila menyedari kehadiran anggota polis itu, lelaki tersebut memecut keretanya hingga bergesel dengan kereta peronda polis.

Ini menyebabkan bumper hadapan kereta peronda itu tercabut.

Lelaki itu kemudian memecut meninggalkan tempat kejadian, tetapi dikejar kereta polis itu sejauh satu kilometer.

Kereta itu kemudian tersadai di bahu jalan akibat satu tayar depannya pecah dan lelaki itu melarikan diri.

Polis membawa pelajar perempuan itu serta kereta tersebut ke ibu pejabat polis daerah Setiu, di sini, bagi siasatan.

Pelajar itu dibebaskan selepas keterangannya diambil.

Teman lelakinya masih menghilangkan diri. -- hm

Serangan BN Bertelagah, Mat Sabu Penyokong Komunis Atau Khomeini?

Posted: 23 Sep 2011 07:42 PM PDT

BN kena selaraskan serangan, sindir Pakatan

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Barisan Nasional (BN) disarankan agar menyelaraskan serangan mereka terhadap PAS khasnya timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Ini kerana, cara serangan yang dibuat parti dalam BN sekarang terlalu jauh bezanya dan tidak ada penyelarasan langsung.

"Umno tuduh Mat Sabu komunis, MCA pula tuduh Mat Sabu Khomeini ..beza banyak tu!" kata Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail. (gambar)

"BN kenalah selaraskan serangan!" sindir Saifudin dalam Twitternya.

Sejak akhir-akhir ini, tembakan BN terhadap PAS umpama peluru penabur sahaja tanpa sebarang strategi dan penyelarasan antara satu sama lain.

Penyataan Mohamad Sabu adalah Khomeini di masa depan disiarkan dalam rungan editorial akhbar rasmi MCA, The Guardian.

Sedangkan sebelum itu, Umno telah menuduh Mohamad Sabu sebagai Komunis dan membuat lebih 1,000 laporan polis ke atasnya.

Laporan akhbar milik MCA, The Star, yang biasanya menjadi 'meriam' utama BN juga sangat kontras dengan apa berlalu sebenarnya.

Hari ini, The Star di muka depan melaporkan perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat tentang hudud tetapi akhbar itu tidak menyatakan di muka depannya pendapat MCA yang sangat berbeza dengan Umno.

Bahkan, Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek berkata, MCA akan meninggal BN jika Umno memutuskan untuk melaksanakan hudud.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan.

Chang juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan.

MCA calls Mat Sabu the next Khomeini

PETALING JAYA, Sept 23 — MCA has called Mohamad Sabu the next Ayatollah Ruhollah Khomeini in the making, taking a different tack from Umno's offensive against the PAS deputy president for allegedly being a Communist sympathiser.

Khomeini was an Iranian religious and political leader who played an integral part in the Iranian Revolution that led to the overthrow of the Shah of Iran in 1979. He later became Iran's Supreme Leader until his death in 1989.

The remarks about Mohamad, popularly known as Mat Sabu, were contained in an editorial contained within MCA party organ, The Guardian. Copies of the newsletter were distributed to participants of a conference organised here by the party's think-tank.

"In a June interview... (Mat Sabu) found the late leader's use of religion as a device of change refreshing seeing that, in his opinion, ulamas in Malaysia are keeping the powerful protected," the editorial said.

"With such a revolutionary idol to look up to, Mat Sabu, if given a position of power, could easily follow in the path of the late Ayatollah and use religion as a platform for social change and dogmatic rule."

"Wither democracy if this is the same 'moderation' PAS intends to showcase to the rakyat?"

MCA has been struggling to win back Chinese support since the 2008 general election, and has consistently tried to use PAS's Islamic state aspirations to scare off voters from its main rival DAP.

Earlier today MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said his party would quit Barisan Nasional (BN) if Umno tried to implement hudud law.

In recent weeks, Mohamad has come under immense criticism for allegedly glorifying Communist guerrilla Ahmad Indera as a true hero in the attack on Bukit Kepong police station in 1950.

Mohamad claimed trial yesterday to a criminal defamation charge over his alleged remarks, at the Sessions Court in Butterworth.

If found guilty of the offence under Section 500 of the Penal Code, the PAS leader face up to two years' jail and/or a fine.

Mohamad was alleged to have defamed policemen and soldiers who defended the Bukit Kepong police station in a 1950 attack by communists.

The maverick politician also faces an alternative charge of defaming family members of the policemen and soldiers. -TMI


Ulasan GB

Kalau Mat Sabu penyokong Khomenei, maka dia bukanlah penyokong kominis kerana Khomeini adalah pemimpin Republik Islam Iran, sebuah negara penentang fahaman komunis. Jika beliau penyokong komunis maka dia bukanlah penyokong Khomeini kerana komunis bebas dari fahaman sebarang agama atau teologi.

Dah bengong kepala hotak BN. Nak buat tuduhan ke atas Mt Sabu pun dah saling bertentangan. Semakin Mat Sabu diserang, nama Mat Sabu semakin hebat dan semakin dijulang.


Pelajar IPTA Dicekup Khalwat Di Rumah Tumpangan

Posted: 23 Sep 2011 05:13 PM PDT

Terbaring keletihan

KOTA KINABALU: Seorang penuntut wanita universiti di Lembah Klang berusia 22 tahun yang dipercayai selesai membersihkan diri selepas 'bersama' teman lelakinya, terkejut apabila mendapati penguat kuasa agama berkopiah memenuhi ruang bilik rumah tumpangan disewa bersama kekasih yang juga penuntut universiti di negeri ini, kelmarin. Gambar Fail.

Gadis tempatan yang juga penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Lumpur itu dikatakan menjalani latihan amali di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dan mengambil kesempatan berasmara dengan kekasihnya, jam 11.30 malam.

Bagaimanapun, perbuatan pasangan kekasih itu dihidu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang menyerbu bilik berkenaan sebelum mendapati teman lelakinya yang berusia 21 tahun terbaring keletihan di atas katil.

Pemeriksaan di bilik berkenaan mendapati pakaian dalam gadis berkenaan bertaburan di atas lantai, malah ketika disoal siasat, mereka mengaku hanya pasangan kekasih dan mengambil kesempatan memadu kasih di rumah tumpangan itu.

Penolong Ketua Penguat kuasa Agama JHEAINS, Khamis Jamil berkata, ketika serbuan beberapa penguat kuasa mengetuk pintu bilik pasangan terbabit beberapa kali sebelum dibuka seseorang.

Ambiga Terima Anugerah Tertinggi Perancis

Posted: 23 Sep 2011 03:17 PM PDT

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini menerima anugerah tertinggi Perancis Chevalier de Legion d'Honneur, sekali gus menyertai kelab eksklusif sekitar 20 penerima pingat itu sebelum ini.

Gambar: Ambiga (kiri) menerima pingat beliau daripada Barety di Kediaman Duta Perancis di Kuala Lumpur. Foto Oleh Coo Choy May

Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety berkata anugerah itu disampaikan demi menghargai dedikasi Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memperjuangkan hak asasi manusia dan usaha memelihara keluhuran undang-undang di Malaysia.

Barety sendiri menyampaikan anugerah itu di sini hari ini, pada satu majlis kecil tetapi bermakna yang dihadiri sekitar 20 kawan rapatnya.

Sebelum ini anugerah itu pernah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, tokoh industri penerbangan Tan Sri Tony Fernandes dan aktres Hollywood kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh.

Ambiga berkata penganugerahan pingat hari ini oleh kerajaan Perancis menggambarkan semangat perjuangan masyarakat madani Malaysia.

"Ia sebenarnya menggambarkan sejauh mana pentingnya masyarakat madani, mereka merupakan mata dan telinga rakyat," kata beliau sambil menegaskan mahu terus berjuang memperbaiki keluruhan undang-undang. -TMI

Ulasan GB

Tahniah Datuk Ambiga.

Pengiktirafan tertinggi dari negara Perancis untuk pemimpin Bersih 2.0, sekaligus pengiktirafan kepada perjuangan rakyat Malaysia amnya untuk pilihanraya bersih dan adil di dalam negara ini.

[Bergambar & Video] Medusa, Ular Sawa Terbesar Dan Terpanjang Di Dunia

Posted: 23 Sep 2011 10:17 AM PDT

Kansas City - Diperkenalkan, seekor ular sawa betina bernama Medusa. Beratnya lebih dari 300 pound dengan panjangnya 25 kaki, dan diperlukan 15 orang untuk mengangkatnya, ular ini sedang dalam persiapan untuk menyandang gelaran sebagai ular terbesar di dunia.

Nama Medusa akan dicatatkan dalam Guiness Book of World Records.

Dalam seminggu, reptilia besar yang akan dipamerkan di the Edge of Hell, Kansas City, Amerika Syarikat ini memakan kira-kira 18 kilogram daging haiwan. Namun kerana ia mudah dapat makan sesuatu, kadang-kala di dalam seminggu jumlah daging yang disantapnya boleh melebihi 45 kilogram.

Medusa akan segera dikunjungi oleh perwakilan dari Guinness Book of World Records untuk mengesahkan gelaran yang akan disandangnya itu.

Meskipun Medusa, berukuran sangat besar, Larry Elgar, sang pelatih, sama sekali tidak pernah rasa takut atau terancam dengan haiwan yang diasuhnya.

"Saya sedar, suatu waktu dia dapat membunuhku. Tapi tidak ada ketakutan tentang itu. Ketakutan hanya akan ada kalau kita kurang pemahaman tentang bagaimana cara untuk mengatasinya," ujar Larry kepada NBC News, sebagaimana disiarkan oleh Dailymail, Jumat (23/9/2011).

Ular sawa raksasa ini bersiap untuk menggantikan Fluffy yang memiliki panjang 7.3 meter, sebagai ular peliharaan terbesar. Namun Fluffy telah mati pada Oktober tahun lalu di Columbus Zoo and Aquarium di Powell, Ohio, Amerika. -okezone









Jangan Tipu Rakyat, Tunaikan 8 Tuntutan Sebelum Panggil PRU13 - BERS✔H

Posted: 23 Sep 2011 08:30 AM PDT

Kempen 'Tunai 8 Tuntutan, Baru PRU-13'

PETALING JAYA, 23 Sept: Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 hari ini mengumumkan bahawa pihaknya akan mengadakan satu kempen baru iaitu "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13".

Jawatankuasa Pepandu Bersih 2.0, Dr Subramaniam Pillay menjelaskan pada satu sidang media kempen ini adalah lanjutan kepada tuntutan himpunan Bersih 2.0 yang diasakan pada 9 Julai yang lepas.

"Kempen ini bertujuan untuk meneruskan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia mengenai lapan tuntutan untuk reformasi pilihanraya dan untuk memberi peringatan kepada kerajaan supaya tidak mengadakan pilihanraya umum sebelum lapan tuntutan segera Bersih 2.0 itu ditunaikan.

"Pilihanraya umum tidak harus dilaksanakan tanpa memastikan tuntutan-tuntutan minima untuk pilihan raya bebas dan adil dipenuhi," jelasnya.

Tambah Dr Subramaniam lagi kempen ini akan diadakan pada 30 September jam 8.30 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan menyeru agar seluruh rakyat Malaysia hadir memberi sokongan.

"Kami menyeru agar rakyat Malaysia untuk hadir pada kempen tersebut di mana kami akan memberi penjelasan terperinci mengenai kempen tersebut," tambahnya lagi.

Ketika menyentuh berkenaan dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini, beliau menjelaskan PSC perlu perlu menyiapkan lapan tuntutan tersebut baru laksanakan pilihanraya.

"Penubuhan PSC adalah satu yang baik dan apa yang kami mahukan PSC perlu melaksanakan lapan tuntutan ini baru melaksanakan pilihanraya.

"Ini yang sepatutnya dilakukan terlebih dahulu tanpa perlaksanaan tuntutan ini sepenuhnya maka pilihanraya tersebut tidak akan bersih malah akan wujud gejala-gejala kotor seperti yang dilakukan pada pilihan raya yang lepas.

"Perlu diingat tuntutan Bersih ini bukan hanya untuk parti tertentu sahaja tetapi semua parti yang bertanding termasuk Barisan Nasional (BN), jadi kerajaan mahupun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak perlu takut untuk melaksanakan tuntutan tersebut," tambahnya lagi.

Sebelum itu perhimpunan BERSIH 2.0 yang di adakan pada 9 Julai menuntut lapan perkara agar pilihanraya negara ini benar-benar bersih iaitu bersihkan senarai pengundi, mereformasikan undi pos, guna dakwat kekal dalam pilihanraya, akses media bebas dan adil, tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah, hentikan politik kotor.

Sidang media yang diadakan di pejabat Empower itu turut dihadiri Maria Chin Abdullah dan beberapa jawatankuasa yang lain. -HD

PSC Tidak Bermakna Jika Tuntutan Bersih 2.0 Tidak Dilaksana

Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang akan diadakan pada bulan hadapan bagi mereformasikan pilihan raya yang lebih adil dan saksama tidak bermakna sekiranya lapan tuntutan Perhimpunan Bersih 2.0 tidak ditunaikan,kata Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0, Dr. Subramaniam Pillay.

Dr Subramaniam berkata Perdana Menteri, Najib Razak perlu benar-benar konsisten menyelesaikan segala tuntutan rakyat dalam Bersih 2.0 terlebih dahulu bagi memastikan matlamat penubuhan PSC tercapai sebelum PRU-13.

"Apa yang ingin kami perkatakan ialah apabila parlimen telah dibubarkan, dengan itu jawatankuasa parlimen khas perlu menyelesaikan semua cadangan dan tuntutan sebelum pilihan raya akan datang.

"Jadi sebarang tuntutan dan cadangan daripada rakyat perlu diambilkira sebelum mengadakan pilihan raya, jika tidak ia sia-sia sahaja," katanya pada satu sidang media khas Bersih 2.0.

Subramaniam berkata jawatankuasa seliaan parlimen itu yang akan dibentuk Oktober depan sudahpun menerima pelbagai kritikan setelah Najib dilihat seolah-olah tidak serius dalam menambahbaik ketempangan sistem pilihan raya.

"Jadi selagi kami prihatin, PSC boleh diteruskan tetapi kerajaan tidak boleh mengadakan pilihan raya sebelum reformasi pilihan raya dilakukan," tegasnya lagi.

Pada 9 Julai lalu Bersih 2.0 dilancarkan di sekitar ibu negara ekoran perhimpunan Bersih terdahulu yang mahukan satu reformasi pilihan raya yang adil dan pembersihan daftar pengundi masih lagi belum dipenuhi Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR).

Antara lapan tuntutan Bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor

Dalam sidang media itu, Bersih mengumumkan akan mengadakan kempen baru 'Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13' lanjutan kepada Bersih 2.0 lalu.

Kempen tersebut akan diadakan pada 30 September ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor yang akan berlangsung pada jam 8.30 malam.




Blogger UMNO Sebar Video Lucah Lagi. Serang Kastam Untuk Burukkan Arwah Sarbani

Posted: 23 Sep 2011 06:20 AM PDT

Inkues Sarbaini: Blog Umno guna video seks 'serang' Kastam

KUALA LUMPUR, 23 Sept — Blog-blog yang pro-Umno mengeluarkan video seks - usaha yang dilihat sebagai percubaan mahu mencemarkan reputasi pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia menjelang keputusan inkues yang akan diumumkan berhubung kematian Ahmad Sarbaini Mohamed, Isnin ini.

Video itu, yang kelihatan dirakamkan secara rahsia, menunjukkan seorang lelaki Melayu mengadakan hubungan seks dengan wanita Caucasus, dipercayai di sebuah bilik hotel.

Blog theunspinners merupakan laman pertama mengeluarkan video itu, mendakwa lelaki dalam rakaman itu adalah seorang pegawai kastam manakala wanita itu pula pelacur rakyat Rusia.

Lelaki dalam video itu tidak dinamakan tetapi pemblog itu memaut rakaman tersebut yang berjudul "Pegawai Kastam Yang Terlampau," dengan kematian seorang pegawat kastam di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan 6 April lalu.

Pemblog itu berpendirian selari dengan kedudukan SPRM dan peguamnya Datuk Seri Muhamad Shafee Abdullah ketika prosiding berkenaan kematian Sarbaini.

Video itu dikaitkan dengan Kastam Diraja Malaysia selepas balu Sarbaini memberikan satu kenyataan kepada Raja Petra Kamarudin yang mengendalikan blog Malaysia Today, mendakwa kenyataan Shafee dan SPRM telah mencemarkan nama suaminya.


Maziah Manap berkata dia tidak gembira dengan kenyataan Shafee kerana mendakwa suaminya cuba mahu melepaskan diri daripada SPRM untuk bertemu dengan seorang rakannya dan bagi memastikan kenyataan mereka adalah konsisten.

Kata blog itu, Sarbaini adalah pegawai kastam yang ada kes rasuah yang sedang disiasat dan "hairannya Raja Petra cuba nak pertahankan kematiannya seolah-olah SPRM ada lakukan 'foul play'."

"Macam mana dia tahu maklumat terperinci sedangkan dia berada di London. Dia menceritakan seolah-olah Sarbaini sedang diugut pengakuan dengan disuruh 'stand on the ledge'," katanya lagi.

"Peguam Datuk Shafee Abdullah panggil teori dia merapu. 'Katanya, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra'.

"Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian)," katanya lagi.

Pemblog itu menambah, apa yang ditulis Raja Petra adalah motif pembangkang yang mahu kes Sarbaini seperti mendiang bekas setiausaha politik Teoh Beng Hock bagi mendapatkan sokongan pegawai kerajaan.

"RPK berbohong kerana SPRM benarkan Sarbaini tukar kenyataan dari ngaku terlibat kepada tidak terlibat," katanya lagi.

"Pada mulanya Unspinners agak keliru tetapi lama-lama jelas bahwa Sarbaini panik. Masa dia mahu tukar kenyataan mengatakan tidak kenal beberapa 'forwarder', SPRM kata mereka akan panggil 'forwarder' tersebut.

"Ini yang buat dia panik dan ketika dibiarkan sebentar, dia lari melalui pintu 'panrty' ke tingkap. Dia ingat dia boleh lompat ke atap 'parking' kereka yang kelihatan rapat tetapi sebenarnya jauh.

Pada 12 September lalu, Shafee berkata keputusan inkues berhubung kematian Sarbaini, Penolong Pengarah Kastam Selangor, perlu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Shafee mewakili SPRM dalam inkues itu berkata tiada sedikitpun keterangan untuk mencadangkan bahawa kematian beliau disebabkan dibunuh atau terdapat pembabitan pihak ketiga seperti didakwa seorang peguam bagi keluarga itu, Awtar Singh.

Shafee berkata, mangsa telah mati selepas jatuh dari belebas tingkap di tingkat tiga tingkat bilik pantri dan ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Shafee juga menjelaskan bahawa SPRM tidak mempunyai sebab untuk marah atau kecewa memandangkan bahawa mangsa telah bercadang untuk menukar kenyataannya pada 6 April 2011.

Dalam penghujahan bertulis 19 halaman, Awtar berkata wujud elemen 'main kotor' oleh SPRM yang menyebabkan kematian Sarbaini.

"Mungkin SPRM tidak berniat menyebabkan kecederaan kepada mangsa atau membunuhnya, tetapi terdapat elemen kecuaian dalam kes ini yang menyebabkan kematian Ahmad Sarbaini," katanya.

Awtar berkata siasatan ke atas kematian Sarbaini tidak begitu lengkap kerana banyak persoalan masih belum berjawab termasuk kenapa mangsa berada di luar tingkap.

Koroner akan memutuskan pada 26 September mengenai inkues itu yang bermula pada 4 Julai dan berakhir 4 Ogos lalu. -TMI

Ulasan GB

Kaedah "pihak tertentu" termasuk blogger UMNO menggunakan video seks untuk menyerang lawan tidak akan berjaya. Ia akan hanya mempamerkan sikap jijik dan buruk mereka sendiri bahawa: di dalam kepala mereka tiada lain selain dari "seks".

Sorak sorai mengenai vieo seks hanya laku di kalangan mereka - iaitu UMNO. Kerana memang pun UMNO sebuah parti yang tidak mempunyai akhlak.

Yang kita pelik ialah sikap polis dan SKMM yang berdiam diri terhadap sebaran video lucah secara terang-terangan oleh blogger UMNO ini. Jangan nanti rakyat berpersepsi anda-anda juga sebenarnya terlibat di dalam "konspirasi" jelek itu.

Mengenai kes Sarbaini yang sudah arwah, tanggunglah kamu dosa memfitnahnya, apatah lagi dengan kaedah keji dan jijik menyebarkan video lucah untuk memburukkan pihak Kastam.

Perbuatan kamu diperhatikan Allah dan sekalian malaikatNya.

UMNO Terima Tamparan: MCA & Gerakan Mahu Belah Dari BN Jika UMNO Laksana Hudud

Posted: 23 Sep 2011 04:48 AM PDT

MCA akan keluar BN jika Umno laksana hudud

PETALING JAYA, 23 Sept — MCA akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika Umno mahu melaksanakan hukum hudud.

"Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional... sangat mudah," kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kepada pemberita hari ini.

"Pendirian kami sangat jelas. Umno mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam hal itu (pelaksanaan). Kami akan keluar," kata beliau lagi.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.

Muhyiddin berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin Pas.

"Pendirian kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum Hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Diminta mengulas mengenai keyataan Muhyiddin semalam, Dr Chua berkata: "Itu boleh difahami sebab semua Muslim menyokong ajaran al-Quran. Tetapi anda kena lihat kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak bersedia untuk melaksanakan hudud. Dan, itu sangat jelas."

"PAS mahu melaksanakan hukum hudud, itu adalah dunia yang berbeza," katanya.

Dr Chua juga berkata beliau mahu mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana bertegas mahu melaksanakan hukum hudud.

"Saya mahu mengucapkan beliau terima kasih sebab beliau akan menyedarkan semua rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh ada konsensus dan pendirian yang sama, bahawa itu adalah penting, yang akan memberi kesan ke atas rakyat Malaysia," katanya lagi.

"Belumpun berkuasa lagi, mereka tidak boleh mencapai agenda yang sangat penting, yang mana PAS berhasrat mahu melaksanakan iaitu hudud," katanya. -TMI

Hudud: MCA, Gerakan sanggup tinggalkan Umno

MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud.

Bagaimanapun, katanya, bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama. Baca berita penuh]

Gerakan: Kita bukan negara Islam

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan.

"Kita bukan negara Islam tetapi negara dengan majoriti umat Islam dan minoriti bukan Islam yang ketara.

"Struktur asas perlembagaan kita mengekalkan kepelbagaian ini dan ia menunjukkan kenapa undang-undang sekular digunapakai terhadap semua orang.

"Kita tidak boleh ada set undang-undang berbeza untuk setiap seksyen masyarakat," katanya.

Chang juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan. -mk


Ulasan GB

Bukan sekadar Karpal Singh atau Lim Kit Sinag, tetapi kini UMNO kena penamparnya - MCA secara terus terang menyatakan bahawa ia akan keluar BN jika hudud dilaksanakan.

Ini membuktikan "kejayaan" UMNO memberikan gambaran buruk terhadap hudud dan hukum Islam selama ini kepada masyarakat bukan-Islam.

TPM, Muhyiddin Yassin cuba berkeluk-klek mengenai hudud menyatakan UMNO tidak tolak hudud tetapi hakikat sebenar tidak boleh ditutup.

PM-PM Malaysia silih berganti menghina hukum Allah semata-mata kerana takut kehilangan kuasa kepada PAS. Najib sendiri satu ketika pernah menghina dan menempelak hukum Islam dengan menyatakan "negara akan huru-hara jika Islam dilaksanakan". Inilah mentaliti PM Malaysia yang jahil terhadap agamanya sendiri yang memberikan imej buruk Islam kepada orang bukan Islam.

Izinkan GB beri peringatan bahawa kamu-kamu di dalam UMNO telah menghina hukum Allah maka kelak Allah akan menghinakan kamu-kamu semua apabila Dia menegakkan hukumNya di mukabumi ini.


Video Klip Ajak Rakyat Mengundi Pun Salah? Apa Punya Bengong SKMM?

Posted: 23 Sep 2011 02:50 AM PDT

Pertubuhan Bersih 2.0 menyifatkan tindakan kerajaan mengharamkan siaran klip video Undilah, yang menggalakkan orang mengundi ketika pilihan raya, bercanggah dengan pendirian pembaharuan politik yang diwar-warkan oleh pentadbiran Najib.

Justeru kepimpinan Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membenarkan agar klip itu - satu bentuk pemakluman awam — terus disiarkan oleh stesen siaran tempatan kerana ia tidak membawa sebarang ancaman kepada negara.

"Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila ia dilihat sebagai satu ancaman. Jika ia dianggap sebagai sensitif, apakah bentuk demokrasi dan kebebasan politik yang perdana menteri sedang bercakap sekarang," kata salah seorang anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, Subramaniam Pillay hari ini.

Kata beliau perkembangan terbaru yang diambil itu menunjukkan sikap "cakap tak serupa bikin."

"Cakap satu buat lain," kata beliau lagi.

Seorang lagi anggota jawatankuasa Berish 2.0, Maria Chin Abdullah juga melahirkan pandangan yang sama.

"Apa salahnya meminta orang ramai mengundi? Malah kempen 1 Malaysia juga meminta orang mengundi," kata beliau lagi.

Subramaniam menambah, tindakan mengharamkan klip video itu satu langkah yang amat merisaukan kerana ia dihasilkan dengan tidak memihak mana-mana ideologi politik.

Selain Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno turut menjayakan klip itu ialah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.

Personaliti lain termasuklah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah ciptaan komposer Pete Teo.

Ia dilancarkan sempena sambutan Hari Malaysia minggu lalu.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Kira-kira empat juta rakyat negara ini yang layak untuk mengundi belum mendaftar sebagai pemilih.

Video klip berdurasi 4.38 minit itu turut menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Turut disenaraikan ialah pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes. -TMI

Nurul Izzah: SKMM perlekeh rakyat

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menempelak tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengeluarkan arahan pemberhentian penayangan video hebahan khidmat awam "Undilah" yang diterbitkan oleh Pete Teo untuk badan NGO Undi Malaysia.

Beliau menyifatkan tindakan SKMM itu sebagai merendah kemampuan dan memperlekeh kebijaksanaan berfikir rakyat Malaysia.

"Di kala para pemimpin negara begitu gah mahu menjadikan Malaysia negara pengamal "demokrasi terbaik" di dunia, tindakan seperti yang dilakukan SKMM ini jelas merosakkan usaha-usaha tersebut dan seakan memperlekeh intelek rakyat Malaysia amnya," kata Nurul dalam kenyataan medianya hari ini.

Dalam mempertahankan hebahan video ini, Nurul berkata: "Ia bertujuan memupuk semangat demokrasi di kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira pihak mana yang disokong."

Video 'Undilah' oleh NGO bernama Undi Malaysia boleh dimuat turun dari YouTube sepanjang empat minit 38 saat itu dilancarkan ketika majlis makan amal NGO tersebut pada 16 September lalu, bersempena Hari Malaysia.

Arahan SKMM dipercayai dikeluarkan kerana Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah memberi pengakuan apabila berkata:

"Malaysia negara yang cukup indah tapi ada masalah. Tak perlulah saya sebutkan kerana saya pasti kita semua tahu apa masalah- masalah ini."

Selain pemimpin veteran Umno tersebut, ramai pemimpin Pakatan Rakyat seperti Nurul Izzah, Tony Pua, Nik Nazmi Nik Ahmad turut muncul bersama pemimpin Barisan Nasional seperti Timbalan Menteri Luar Negeri A Kohilan Pillay dan Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong.

Nurul dalam kritikannya dipercayai merujuk kepada Menteri Penerangan Kebudayaan dan Warisan Datuk Seri Rais Yatim kerana SKMM merupakan agensi di bawah pengawasan kementerian tersebut.

"Janganlah kebebasan SKMM diperkuda demi permainan politik seorang menteri yang sudah jelas ketinggalan zaman, yang semakin hilang ditelan arus pemodenan corak politik tanah air," kata Nurul. -FMT







Tiada ulasan: