Blog-list Malaysia |
- Najib Kini Sudah Siap Sedia Mamalu Gendang Pilihanraya Ke-13
- Klip Undilah: Sila jelaskan larangan, Ka Siong gesa SKMM
- Betul Cakap Muhyiddin.. Rakyat Selangor Hidup Tertekan.. Hahaha
- Pengiktirafan Kerajaan Perancis Tamparan Hebat Buat Kerajaan Najib
- Ajaib Bila Elektrik Terputus Secara Tiba-Tiba Di Majlis Rumah Terbuka PKR Melaka
- Muhyiddin Sahkan Umno Memang Tiada Niat Laksanakan Hukum Islam
- DAP Gantung Manoharan 6 Bulan. Satu Tindakan Terpuji..
Najib Kini Sudah Siap Sedia Mamalu Gendang Pilihanraya Ke-13 Posted: 23 Sep 2011 11:44 PM PDT Isu hudud petanda akhir pilihanraya 1. Tidak ada petir, tidak ada guruh, tiba - tiba isu perlaksanaan hukum hudud timbul kembali. Pada pandangan saya, apabila timbul isu perlaksanaan hukum hudud dan ia dimulakan oleh pemimpin dan mantan pemimpin UMNO dan BN maka ia menandakan masuknya musim pilihanraya. 2. Isu perlaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihanraya. Isu ini tidak pernah muncul pada musim panas mahupun musim sejuk. Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan. Bahkan isu hukum hudud ini tidak langsung kedengaran pada musim - musim lain seperti musim haji, musim perayaan, musim cuti hatta musim durian sekalipun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihanraya. 3. Hudud adalah sebahagian dari syariat Allah swt yang telah dinaskan di dalam al Quranul Karim. Tuntutan melaksanakannya adalah kekal sejak ia diwartakan oleh Allah swt sebagai Tuhan yang mencipta langit, bumi, manusia dan seluruh alam cakrawala ini. Justeru itu, ia bukan satu isu ! sebaliknya ia adalah ilmu dan syariat yang mesti dipelajari, difahami, dilaksana dan dihayati oleh ummat Islam. 4. Saya kagum dan menyokong kenyataan YAB Ayahanda Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan yang konsisten dengan pendirian dan prinsip perjuangan Islam yang didokong. Sebetulnya adalah satu keistiqamahan yang dituntut kepada semua pemimpin dan anggota Jamaah Islam. Maka saya tidak nampak sebarang isu atau polemik di situ melainkan musim pilihanraya telah tiba. 5. Perbahasan mengenai hudud tidak selayaknya di media kerana ia bukan isu politik untuk dipolemikkan, tetapi ia adalah ilmu dan syariat yang mempunyai kaedah, usul dan feqh yang perlu dipelajari dengan jujur, difahami dengan halus, diamal dengan telus dan dihayati dengan tekun. 6. Perbahasan dan pengkajian mengenai hudud mesti melalui seminar kefahaman yang berterusan, pengajian khusus di pusat pengajian Islam seperti Universiti, madrasah, masjid, usrah, forum, diskusi, wacana, dialog atau halaqah - halaqah tertentu yang dilakukan secara berterusan. 7. Saya menyarankan kepada semua termasuk non muslim dan khasnya kepada pemimpin - pemimpin Umno dan BN yang mahu memahami dan mendalami hukum hudud dan perlaksanaannya supaya daftar dan menyertai kelas pengajian di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad [KUIZM]. Inilah antara tempat yang sesuai untuk belajar, berdiskusi dan berwacana kearah memahami hukum hudud yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh syara' 8. Berbahas dan berpolemik di dada media, pula mendedahkan isu ini kepada komentar orang ramai yang bercakap tidak berasaskan ilmu adalah suatu yang tidak selayaknya berlaku justeru ia akan mendedahkan kesucian hukum Allah swt ini kepada pencemaran fikrah [pemikiran] dan aqidah [keyakinan]. 9. Musim pilihanraya hampir serupa dengan musim tengkujuh dalam beberapa aspek terutama ribut yang menghuru - harakan dan petir yang gegak gempita. Kini Umno dan Agensinya sedang porak peranda ekoran siri pendedahan yang konsisten Dewan Pemuda PAS Malaysia terhadap penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan konspirasi memenangkan Umno dan BN melalui cara yang tidak demokratik. 10. Selesaikan dulu kepincangan politik dan ketempangan demokrasi negara kerana inilah isu sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat keseluruhannya mendepani pilihanraya umum yang akan datang. Hak mereka mengundi tercalar dengan wujudnya ic klon dan nama pemilih yang bertindih. Kedaulatan negara terganggu dengan wujudnya pemegang ic berkod 71 tanpa dikenali dan diketahui asal usulnya dengan jumlah melebih 170 ribu. Demokrasi tercemar apabila peraturan yang digubal tidak konsisten dan tidak saksama. Integriti pengendali sistem pilihanraya [SPR] negara yang tercalar kerana sikap yang bias dan tidak telus. ------------------------------------------------------------------------- Nasrudin bin Hassan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia |
Klip Undilah: Sila jelaskan larangan, Ka Siong gesa SKMM Posted: 23 Sep 2011 11:28 PM PDT KUALA LUMPUR, 24 Sept — Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini menuntut penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) motifnya melarang stesen penyiaran lokal menyiarkan klip video Undilah. Timbalan menteri itu (gambar), yang turut sama menjayakan klip berdurasi 4.38 minit, bersama beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menekankan, penerbitan itu bukan bahan berkontroversi, sebaliknya hanya satu makluman awam menyeru rakyat Malaysia mendaftar dan mengundi. "Saya terkejut. Sangat terkejut. Saya tidak faham mengapa ia ditarik keluar daripada ke udara. "Ia hanya satu mesej yang menggalakkan orang keluar mengundi," kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini. |
Betul Cakap Muhyiddin.. Rakyat Selangor Hidup Tertekan.. Hahaha Posted: 23 Sep 2011 05:05 PM PDT Umno cuba gadai Tanah milik melayu.!! Umno Puchong didakwa cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu di kawasan itu namun ia berjaya dihalang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Berdasarkan maklumat yang didedahkan di dalam portal Malaysia Waves, tanah rezab Melayu itu cuba dijual kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra. Menteri Besar menerima permohonan berkenaan daripada pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor pada tahun lalu. Dalam surat berkenaan juga dinyatakan syor Pentadbir Tanah Daerah Petaling yang menolak permohonan berkenaan atas alasan mengekalkan kouta bumiputera. Manakala syor daripada Pejabat Tanah dan Galian pula menyatakan tidak disokong kerana pindah milik di antara pertubuhan bumiputera kepada syarikat bukan bumiputera. Keputusan ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor masih menjaga perkara berkenaan hak-hak orang Melayu di negeri ini, sekali gus menolak dakwaan Umno selama ini bahawa KEADILAN dan PAS tunduk kepada DAP. Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika diminta mengulas perkara ini menggesa Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman memberi penjelasan berkenaan cubaan menggadai tanah rezab Melayu yang berada di atas nama Bahagian Umno Puchong. Katanya, ini membuktikan kegagalan mereka dalam memperjuangkan tanah-tanah simpanan Melayu di negeri ini. "Dalam soal ini, mereka yang memperjuangkan hak Melayu, memperjuangkan hak simpanan tanah Melayu itu sudah jauh ketinggalan, sebab yang jelas, ribuan ekar tanah hak rakyat Selangor, gagal mereka pertahankan," katanya. Tambah Faekah lagi, sejak Pakatan mengambil alih Selangor, sudah banyak pendedahan yang dilakukan berkaitan soal tanah penganugerahan tanah yang tidak telus. "Pada kita (kerajaan Selangor) sudah buktikan bahawa sebelum Pakatan mengambil alih pentadbiran, bahawa banyak tanah-tanah di negeri Selangor telah diberi sama ada secara pukal atau secara racik-racik kepada orang yang tidak memerlukan dan tidak sepatutnya dapat. "Isu yang lebih besar tentang tanah ialah bagaimana ketika dahulu tanah-tanah diberikan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri, selepas itu anak-anak syarikat pula mengagih-agihkan kepada syarikat lain. "Itu modus operandi yang sangat ketara dan kalau saya sebut satu per satu, rakyat Selangor akan terkejut sebab saya sendiri terkejut perkara itu berlaku secara berleluasa," jelas Faekah. Hanya Seorang Mampu Bodohkan Muhyiddin |
Pengiktirafan Kerajaan Perancis Tamparan Hebat Buat Kerajaan Najib Posted: 23 Sep 2011 10:44 AM PDT Ambiga terima anugerah tertinggi Perancis Ambiga (kiri) menerima pingat beliau daripada Barety di Kediaman Duta Perancis di Kuala Lumpur, 23 September 2011. — Foto oleh Choo Choy May KUALA LUMPUR, 23 Sept — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini menerima anugerah tertinggi Perancis Chevalier de Legion d'Honneur, sekali gus menyertai kelab eksklusif sekitar 20 penerima pingat itu sebelum ini. Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety berkata anugerah itu disampaikan demi menghargai dedikasi Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memperjuangkan hak asasi manusia dan usaha memelihara keluhuran undang-undang di Malaysia. Barety sendiri menyampaikan anugerah itu di sini hari ini, pada satu majlis kecil tetapi bermakna yang dihadiri sekitar 20 kawan rapatnya. Sebelum ini anugerah itu pernah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, tokoh industri penerbangan Tan Sri Tony Fernandes dan aktres Hollywood kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh. Ambiga berkata penganugerahan pingat hari ini oleh kerajaan Perancis menggambarkan semangat perjuangan masyarakat madani Malaysia. "Ia sebenarnya menggambarkan sejauh mana pentingnya masyarakat madani, mereka merupakan mata dan telinga rakyat," kata beliau sambil menegaskan mahu terus berjuang memperbaiki keluruhan undang-undang. |
Ajaib Bila Elektrik Terputus Secara Tiba-Tiba Di Majlis Rumah Terbuka PKR Melaka Posted: 23 Sep 2011 06:58 AM PDT Rumah Terbuka PKR Melaka Meriah, Harmonis LAMA saya tidak ke Melaka negeri yang dulunya gah dengan kerajaannya - ada raja tetapi kini tiada lagi dan keturunannya tidak dapat dikesan. Apakah kewujudan raja atau sultan di Melaka hanya mitos? Oh jangan perdebatan soal sejarah nanti anda akan didakwa di mahkamah macam Mohamad Sabu, nyanya. Sejarah yang ada di Malaysia adalah yang tulen dan tidak boleh ditafsirkan atau diberi apa-apa pentafsiran baru. Jangan juga berkhayal tentang sejarah. Walaupun Melaka tidak ada raja atau sultan, tetapi kekayaan dan kemakmurannya melebihi dari negeri-negeri yang beraja dan bersultan. Apakah ini bermakna sultan tidak memberi apa-apa peranan dan kuasa selepas ia diperlembagakan? Kejayaan dan kemakmuran itu semua adalah berkat kepandaian dan kebijaksanaan pemimpin modennya hari ini mentadbir? Melaka yang dulu dikenali dengan jolokan kota sleepy hollow, kini sudah menjadi negeri maju. Melaka menjadi negeri tarikan pelancong ke negara ini. Ini semua kerana mitos-mitos sejarah yang ada di negeri berkenaan, seperti perigi Hang Tuah, Pulau Besar dan lain-lain. Bercakap mengenai Pulau Besar seorang kawan yang bersama malam tadi memberi tahu pulau itu tempat keras yang menjadi tempat pertepaan para pengamal ilmu mistik? Katanya dia sendiri tidak berani pergi ke pulau berkenaan kerana bimbang ditimpa kejadian buruk. Pulau itu dianggap keramat dan tempat keras dan menjadi tempat pemujaan termasuk orang politik. Saya tidak dapat pastikan apakah di zaman moden ini perkara-perkara tahyul, bidaah begitu masih ada. Katanya beberapa projek yang dilaksanakan di pulau berkenaan gagal. Benarkah kegagalan itu kerana ada hubung kait dengan misterius pulau berkenaan atau kegagalannya kerana kelemahan pengendali projek-projek berkenaan? Satu hari saya akan ke pulau berkenaan untuk meninjau dan melihat sendiri apa yang didakwa itu. Berbalik kepada cerita asal, adapun malam tadi saya ke Melaka untuk menghadiri majlis Rumah Terbuka PKR negeri itu. Kebetulan Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim hadir sama. Tujuan saya ke Melaka untuk melihat perkembangan politik semasa di negeri tanpa raja itu. Khabar yang mengatakan sambutan terhadap ceramah dan majlis pembangkang akhir-akhir ini memberangsangkan. Kebetulan pada masa ini saya sedang menyiapkan buku analisa pilihan raya ke-13. Jadi rasanya perlu untuk saya melihat sendiri perkembangan semasa politik di negeri yang mana bekas Ketua Menterinya dilibat dengan kes rogol tetapi tidak didakwa atas restu bekas perdana menteri itu? Apa yang digambarkan benar. Memang suasana politik semasa di Melaka sudah berubah. Orang ramai tidak lagi seperti dulu yang menikus di rumah serta menjauhi majlis pembangkang. Saya dapat merasai ini apabila kira-kira 1 km dari tempat majlis itu diadakan polis sudah membuat sekatan jalan raya. Semasa berhenti solat Maghrib di masjid Bukit Baru saya sudah terlihat sebuah trak yang membawa beberapa anggota FRU. Saya sudah terfikir anggota 'berkepala merah' itu akan dikerah untuk mengawal tempat majlis itu berlangsung. Permandangan itu, FRU dan sekatan jalan raya, saya sudah dapat mengagak bahawa majlis tersebut tentu ramai. Sekatan itu diadakan untuk menyusahkan orang ramai dari menghadiri majlis berkenaan. Tindakan itu biasanya dilindungi dengan alasan itu adalah tugas polis untuk mengawal keselamatan. Alasan klise. Sangkaan saya berdasarkan dua petanda itu trak FRU dan sekatan jalan raya ternyata benar. Walaupun ia diadakan di lokasi kurang selesa dan diganggu oleh polis, tetapi tidak menakutkan orang ramai. Tindakan polis yang mengawal atas alasan menjaga keselamatan itu tidak memberi apa-apa impak. Nampaknya semangat Hang Jebat sudah menular di Melaka dan semangat Hang Tuah yang setia tidak bertempat itu sudah mulai pupus. Lebih 3,000 menghadiri rumah terbuka itu. Jelas sekali tindakan baik budi polis itu tidak disenangi oleh orang ramai dan penganjur. "Kita nak makan, nak beraya pun dikawal, ini sudah sampai ke peringkat gila babi.." begitulah kata Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akim mengulas kawalan dan larangan polis. Orang Melaka memang terkenal dengan cakap-cakap 'brusnya.' Gurau orang Melaka juga 'kasau'. Menurut Shamsul mulanya majlis itu hendak diadakan di tempat yang agak selesa tetapi terpaksa dipinda kerana tuan rumah tidak berani selepas dinasihati polis. Pujian juga boleh diberikan kepada setia yang hadir malam tadi. Mereka sanggup mendengar ucapan ringkas Anwar walaupun dalam gelap. Keadaan eletrik yang malap tiba-tiba terputus terus sebaik Anwar berucap. Keadaan itu tidak sedikit pun menganggu konstrasi orang ramai dan juga Anwar. Rakyat yang kehausan untuk mendengar penjelasan Anwar tidak berganjak sehingga Anwar berlalu ke dua lagi majlis. "Kenapa sekejap sangat, kami mahu dengar banyak lagi cerita dari Datuk Seri.." begitulah runggut seorang hadirin berbangsa Cina sambil tidak berpuas hati dan berharap Anwar akan datang lagi ke Melaka. "Saya mahu dia datang lagi ke sini," rayunya. Pada penilaian saya majlis malam tadi berjaya dan hebat. Melihat kepada mereka yang hadir menunjukan ada perubahan dan semangat baru di kalangan rakyat Melaka. Tercermin kesungguhan kali ini orang Melaka juga ingin menurut jejak orang-orang Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Mungkin kerana sambutan hangat begitulah menyebabkan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam tidak lena tidur. Dan mungkin kehebatan sambutan itu juga maka UBN akan mengarahkan apa saja agensi kerajaan untuk menganggu atau mengagalkan himpunan Pakatan Rakyat. Katanya malam tadi Anwar terpaksa membatalkan kehadiran di majlis kedua kerana bekalan eletrik terputus secara tiba-tiba. Paling bermakna saya melihat majlis malam tadi ia berlangsung dalam suasana harmoni. Persepakatan di antara PKR, Pas dan DAP begitu erat sekali. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran pemimpin DAP Melaka dan juga Pesuruhjaya Pas Melaka, Sdr Adly Zahari (foto single atas). Turut sama hadir ialah pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng dan juga Pengarah Latihan Dan Startegi PKR Kelantan, Dr Wan Suhaimi Wan Daud. [wk.kl.7:00 am 23/09/11] - mso |
Muhyiddin Sahkan Umno Memang Tiada Niat Laksanakan Hukum Islam Posted: 23 Sep 2011 04:56 AM PDT Hudud: Soi Lek tak faham pendirian Umno, kata Muhyiddin BANGI, 23 Sept — Kata dua Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini bahawa ia akan keluar Barisan Nasional (BN) jika hukum hudud dilaksanakan menunjukkan beliau tidak faham pendirian Umno dalam isu tersebut, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan perdana menteri (gambar) berkata Umno sentiasa jelas bahawa ia menyokong hudud secara prinsip tetapi tidak boleh menggubal satu akta sebab Malaysia tidak bersedia ke arah itu. "Saya percaya kemungkinan Datuk Chua Soi Lek tidak faham pendirian sebenar (Umno) dalam soal (mengenai hudud)," kata beliau kepada pemberita di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini. Muhyiddin berkata hudud bukan satu isu dalam BN memandangkan Umno dan PAS masing-masing berbeza pegangan politik — seakan antara "langit dan bumi." Oleh itu katanya, masyarakat Cina tidak seharusnya menjadi mangsa keraguan kononnya Umno mahu melaksanakan hukum hudud. Pagi tadi, MCA berkata ia akan meninggalkan BN jika Umno mahu melaksanakan hukum hudud. "Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional . . . sangat mudah," kata Dr Chua. Semalam, Muhyiddin berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini. Muhyiddin berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu. Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin PAS. "Pendirian kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud," katanya. Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang. The Malaysia Insider |
DAP Gantung Manoharan 6 Bulan. Satu Tindakan Terpuji.. Posted: 23 Sep 2011 04:49 AM PDT Isu bendera: DAP gantung ADUN 6 bulan Anggota parlimen Kota Alam Shah M Manoharan digantung enam bulan oleh jawatankuasa disiplin DAP ekoran kenyataan kontroversi berhubung bendera Malaysia. Pengerusi jawatankuasa itu Tan Kok Wai berkata mengumumkan keputusan itu selepas sidang panjang badan itu di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini. [Berita penuh menyusul] |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan