Kelab Greenboc |
- PAS Pusat Perlu Panggil Hassan Ali
- Mansuh Satu ISA Hanya Helah Najib Untuk Gubal Dua Lagi 'ISA', Kata Guan Eng
- Penduduk Gempar, 300 MyKad, Kad Bank, Lesen Memandu Ditemui Berterabur
- Bentuk Segera J/K Khas Parlimen Untuk Hak Asasi Manusia - SUHAKAM
- Lelaki Bertelanjang Laku Aksi Pelik Ditangkap
- [Video] Tiga Rakyat Malaysia Terbunuh Dalam Letupan Bom Di Sungai Golok
- Najib Akui Kena Kencing Dengan Pemimpin UMNO Selangor
- [Video] Pesawat Terhempas Di Atas Penonton, 3 Mati, Berpuluh Parah
- Kantoi: Pakaian Anwar Dalam Video Seks II Tak Sama Dengan Video Seks I
- Kezaliman Kerajaan Melaka Berterusan, Mahu Rampas Tanah PASTI As-Solihin Merlimau
PAS Pusat Perlu Panggil Hassan Ali Posted: 18 Sep 2011 12:55 AM PDT Tauliah pada ahli politik, Hasan Ali bincang dengan MAIS Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung pemberian tauliah kepada ahli politik. Katanya, ini kerana bukan semua ahli politik berceramah atau memberi kuliah di masjid atau surau "bersyarah tentang parti politik". "Saya tahu, Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus sudah berpuluh-puluh tahun berdakwah, tidak sedikitpun menyentuh mana-mana parti politik, atau mempolitikkan majlis yang dikhususkan kepada mereka," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini. Malah, katanya, ada sesetengah daripada mereka yang memberi ceramah mengenai tafsir al-Quran, mengenai tajwid atau akidah Islam yang mempunyai "akar umbinya" tersendiri. "Kadang-kadang mereka bersyarah dengan bertalaqqi, ertinya berguru dan berkitab, dengan guru yang ditetapkan, yang diadakan setiap minggu, setiap bulan. "Kalau kita potong ini atas dasar dia ahli politik, maka sudah tentulah akan menimbulkan kegusaran masyarakat. "Sebagaimana yang kita tahu, Islam semakin dipinggirkan. Dengan kita meniadakan orang-orang yang jujur, ikhlas bekerja dengan Allah SWT, kita rasa gersanglah Islam di Selangor ini," katanya. Sehubungan itu, beliau akan bertemu dengan Pengarah MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa untuk membincangkan cadangan beliau itu sebelum ia dimajukan kepada pihak Istana untuk mempertimbangkan. Beberapa hari lalu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Marzuki Hussein berkata pihaknya tidak akan dilanjutkan tempoh pemberian tauliah mengajar Islam di masjid atau surau kepada ahli politik. Bahkan sebelum itu, MAIS juga mengeluarkan arahan tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberi kuliah selaras dengan perkenan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu mana-mana ahli politik berceramah di masjid dan surau di negeri itu. Mengulas lanjut, Hasan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu. "Pada umumnya, saya menyokong tindakan untuk tidak mempolitikkan institusi masjid dan surau. "Mempolitikkan ertinya mempolitikkan parti... Itu saya tidak setuju kerana akan menimbulkan masalah. "Jika dibiarkan akan pecah belahkan masyarakat," katanya. Mengulas mengenai penyiasatan JAIS terhadap gereja Mothodist Damansara Utama (DUMC), Hasan berkata beliau diberitahu "kemungkinan" laporan siasatan penuh telah dihantar kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang baru pulang daripada Jerman. Katanya lagi, menteri besar akan meneliti laporan tersebut dan mungkin akan dibawa dalam mesyuarat exco sebelum dimajukan kepada Istana untuk pertimbangan. "Apapun, saya masih bertegas dalam hal-hal (mengenai) kristianisasi atau (penyebaran) dakyah Kristian terhadap orang Islam. "Saya akan berada di barisan hadapan untuk pertahankan kesucian Islam dan akidah umatnya," katanya. Sehingga kini larangan menutup mulut bagi mengulas pemeriksaan JAIS itu masih lagi berkuatkuasa dan beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.-mk Halang bercakap agama tak masuk akal Ulasan GB Perkataan Hassan Ali ini berbelit-belit. Pada awalnya beliau menyatakan: "Kadang-kadang mereka bersyarah dengan bertalaqqi, ertinya berguru dan berkitab, dengan guru yang ditetapkan, yang diadakan setiap minggu, setiap bulan. "Kalau kita potong ini atas dasar dia ahli politik, maka sudah tentulah akan menimbulkan kegusaran masyarakat. "Sebagaimana yang kita tahu, Islam semakin dipinggirkan. Dengan kita meniadakan orang-orang yang jujur, ikhlas bekerja dengan Allah SWT, kita rasa gersanglah Islam di Selangor ini," Kemudian beliau berkata: Mengulas lanjut, Hasan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu. "Pada umumnya, saya menyokong tindakan untuk tidak mempolitikkan institusi masjid dan surau. "Mempolitikkan ertinya mempolitikkan parti... Itu saya tidak setuju kerana akan menimbulkan masalah. Ini bererti beliau (Hassan Ali) turut MENYOKONG tindakan JAIS/MAIS yang menghalang orang politik menyampaikan ceramah/syarahan agama di masjid. Apakah pendirian Hassan Ali itu selari dengan pendirian PAS? Pelik. PAS perlu panggil Hassan Ali untuk memninta penjelasan beliau dan jika perlu tindakan tegas perlu diambil. |
Mansuh Satu ISA Hanya Helah Najib Untuk Gubal Dua Lagi 'ISA', Kata Guan Eng Posted: 17 Sep 2011 10:30 PM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan dua undang-undang baru merupakan satu perkembangan yang mengecewakan. Justeru Guan Eng berkata, inisiatif pembaharuan politik yang diumumkan kelmarin adalah sesuatu yang tidak bermakna jika Najib mahu membuat penjenamaan semula dengan mengadakan undang-undang baru hanya bagi tujuan yang sama. "Ya, sudah pasti ia berita yang baik tetapi jika anda mahu menggantikan dengan dua undang-undang baru, maka ia akan menjadi dua ISA? "Kami tidak mahu melihat satu situasi di mana anda memasukkan wain yang lama dalam satu botol yang baru," kata beliau pada sidang medianya semalam. Guan Eng yang juga merupakan seorang bekas tahanan ISA sebelum ini berkata, rakyat Malaysia mahukan elemen peruntukan boleh menahan seseorang tanpa perbicaraan dibuang segera daripada mana-mana undang-undang pencegahan yang mahu diadakan. Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP itu menambah, satu tempoh yang pendek boleh dibenarkan bagi penahanan tetapi tahanan mesti dibicarakan di mahkamah. Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Kata Najib, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini. Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib semalam. Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. Mengulas lanjut perkara tersebut Guan Eng berkata, Putrajaya seharusnya memansuhkan undang-undang berkaitan media selari dengan usaha memansuhkan ISA. "Saya juga mangsa PPPA . . . saya ditahan selama 18 bulan," kata beliau. Beliau juga membidas pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, Gerakan dan MIC kerana menyokong pembaharuan yang diumumkan oleh Najib kerana sebelum ini mereka jugalah yang menyokong penuh tindakan kerajaan mengenakan ISA. "Sekarang, mereka cuba untuk mengambil kredit dengan pengumuman Najib," ujarnya lagi. Sehubungan itu, Guan Eng berkata rakyat Malaysialah yang seharusnya diberikan pujian atas pengumuman Najib itu, yang dilihat sebagai hasil perubahan landskap politik menerusi pilihan raya umum 2008. Pilihan raya umum 2008 menyaksikan tsunami politik dengan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan dan lima negeri dikuasai komponen Pakatan Rakyat. "Mereka menyokong pembangkang yang berjuang untuk kebebasan yang lebih luas. Ia juga kesan kebangkitan di negara-negara Arab . . . jadi kerajaan-kerajaan, diktator-diktator jatuh pada era moden ini, ia tidak lagi berfungsi lain," tambahnya. |
Penduduk Gempar, 300 MyKad, Kad Bank, Lesen Memandu Ditemui Berterabur Posted: 17 Sep 2011 08:25 PM PDT Alor Setar: Penduduk Kampung Seberang Pumpong, di sini, menemui hampir 300 keping MyKad, MyKid, lesen memandu, kad bank, kad kredit dan pelbagai jenis kad yang bertaburan di dalam tali air dan tepi jalan masuk ke kampung berkenaan berhampiran Kompleks Sukan, Jalan Suka Menanti, di sini, semalam. Beberapa penduduk yang melalui jalan itu membuat laporan polis pada jam 9.30 pagi selepas pelik melihat ratusan dokumen penting milik pelbagai individu itu dibuang begitu saja di sepanjang laluan sepanjang 200 meter itu. Seorang penduduk berkata, dia menemuinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di kampung berkenaan petang kelmarin sebelum memberitahu rakannya. Dia yang enggan dikenali berkata, dia terkejut melihat banyak MyKad dan lesen memandu milik bertaburan di tepi jalan dan tebing tali air berkenaan. "Petang semalam (kelmarin) air pasang dan tali air itu dalam. Namun apabila air surut pagi ini (semalam), lebih banyak dokumen penting itu dijumpai. Ia seolah-olah dibuang dalam keadaan tergesa-gesa. "Saya tidak berani mengambilnya lalu pulang ke rumah sebelum memberitahu rakan. Hari ini (semalam) baru kami pergi membuat laporan polis," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Tinjauan Metro Ahad semalam mendapati, selain dokumen penting itu, turut dijumpai ialah pelbagai jenis kad termasuk kad kesihatan, kad beli-belah, slip transaksi bank dan buku akaun bank. Tinjauan juga mendapati pemilik MyKad dan lesen memandu terbabit kebanyakannya beralamat di sekitar bandar raya ini, Jitra dan Yan. Selain itu ada yang beralamat di Pulau Pinang, Perlis dan Langkawi. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata, 298 keping dokumen pelbagai jenis itu ditemui di sepanjang tali air dan jalan di kawasan itu. Beliau berkata, jumlah itu membabitkan 102 keping MyKad; 126 lesen memandu; 51 kad bank dan 19 keping pelbagai kad, termasuk MyKid. "Kita percaya ia perbuatan individu atau kumpulan tertentu yang melakukan jenayah seperti ragut, pecah kereta dan pecah rumah sebelum membuang dokumen milik mangsa di kawasan itu," katanya. Katanya, selain di negeri ini, ada pemilik MyKad dan lesen memandu itu beralamat di Pulang Pinang dan Perlis. Baharom berkata, pihaknya sudah mengumpul semua dokumen itu dan akan mengesan pemiliknya bagi mengetahui bagaimana mereka kehilangan MyKad atau lesen memandu itu. "Dari situ kita boleh mengetahui mereka mungkin menjadi perbuatan jenayah atau sebaliknya," katanya. -hm |
Bentuk Segera J/K Khas Parlimen Untuk Hak Asasi Manusia - SUHAKAM Posted: 17 Sep 2011 07:00 PM PDT Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa agar menubuhkan satu jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai hak asasi manusia bagi memperkukuhkan proses demokrasi berparlimen. Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam (gambar) berkata, jawatankuasa itu perlu agar ia selari dengan beberapa inisiatif pembaharuan politik yang diumumkan Najib kelmarin. Malah ujarnya, Suhakam turut mengharapkan komitmen berterusan Putrajaya dan tanpa henti ke arah perlindungan dan promosi hak asasi rakyat, yang sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan. Sehubungan itu kata Hasmy, suruhanjaya berpuas hati dengan langkah terkini yang diambil oleh kerajaan ekoran keputusan untuk melupuskan Ordinan Darurat, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang terhad yang lain yang telah lama dituntut dan dinanti-nantikan rakyat, dan telah digesa secara berterusan pihaknya sejak lebih 10 tahun lalu. "Pengumuman yang amat dialu-alukan ini tiba tepat pada masanya untuk semua rakyat Malaysia meraikan Hari Malaysia dan merupakan langkah positif ke arah peningkatan keseluruhan keadaan hak asasi manusia di negara ini," kata beliau dalam satu kenyataan. Hasmy berkata Suhakam berharap pengumuman semalam akan dapat dilaksanakan secepat mungkin, dan dengan itu mengarak ke satu era baru untuk Malaysia dalam ia melangkah ke arah menjadi sebuah negara maju pada 2020 dan meletakkan ia di kalangan barisan negara-negara yang menghormati, melindungi dan mempromosi segala aspek hak asasi manusia secara bersungguh-sungguh dan konsisten. "Selaras dengan hala tuju baru bagi negara ini, berdasarkan pengiktirafan realiti masa dan keperluan, aspirasi dan kebijaksanaan rakyat, Suhakam amatlah berharap agar Kerajaan akan mengadakan usaha baru yang lebih fokus ke arah penyertaan kepada instrumen-instrumen teras hak asasi manusia, yang mana Malaysia telah hanya ratifikasi tiga, dengan reservasi," kata beliau. Katanya, dalam menggubal mana-mana undang-undang baru dan perlu yang berkaitan dengan keselamatan negara, Suhakam juga mahu kerajaan agar memastikan undang-undang ini bukan sahaja mematuhi Perlembagaan Persekutuan tetapi juga prinsip-prinsip dan norma-norma hak asasi manusia antarabangsa, khususnya sebagaimana yang termaktub dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, yang Malaysia berkewajipan untuk menegakkannya sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Hak Asasi Manusia. Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Katanya, dua undang-undang baru akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini. Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. |
Lelaki Bertelanjang Laku Aksi Pelik Ditangkap Posted: 17 Sep 2011 05:30 PM PDT Seorang pemuda disyaki warga Indonesia diberkas penduduk selepas berkeliaran dalam keadaan berbogel di Flat Pinggiran Batu Caves, Selayang di sini awal pagi semalam.Penduduk mengawasi lelaki disyaki pengamal ilmu hitam yang ditahan di flat Pinggiran Batu Caves, Selayang, Selangor semalam. Sebelum diberkas pada pukul 2.30 pagi, lelaki berumur lingkungan 20-an itu dikatakan berjalan-jalan di aras bawah sebuah bangunan flat lima tingkat di kawasan berkenaan. Seorang suri rumah, Norlida Hassan, 42, yang tinggal di aras tersebut dikatakan terkejut sebaik sahaja melihat suspek dalam keadaan berbogel ala Orang Minyak itu tiba-tiba bersilat di hadapan rumahnya. Wanita itu kemudian menjerit meminta tolong malangnya suspek tidak berganjak dari muka pintu. "Saya sudah tidur tetapi tersedar selepas terdengar bunyi nafas orang yang kuat di luar bilik. "Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut melihat lelaki itu sedang melakukan aksi pelik. Saya menyergahnya tetapi dia tak berganjak. "Saya buka pintu rumah untuk menghalaunya tetapi dia buka jurus pencak silat menyebabkan saya naik takut," ceritanya. Oleh kerana takut, dia kemudian mengejutkan suaminya Ahmad Hashim, 42, untuk menghalau lelaki itu. Difahamkan, suspek bukan merupakan penduduk kawasan berkenaan. Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zakaria, 46, pula berkata, suspek yang panik itu bertindak melarikan diri. "Dua penduduk termasuk jiran mangsa bertindak mengejar lelaki itu dan dia dapat diberkas kira-kira 20 minit kemudian. |
[Video] Tiga Rakyat Malaysia Terbunuh Dalam Letupan Bom Di Sungai Golok Posted: 17 Sep 2011 03:00 PM PDT Tiga rakyat Malaysian termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terbunuh dan sekurang-kurangnya 50 yang lain cedera dalam tiga letupan di bandar selatan Thailand malam tadi. Ketiga-tiga letupan itu dilaporkan berlaku di sepanjang Jalan Cheroen Ket, berhampiran sebuah hotel dan pusat kebudayaan. Letupan pertama terjadi pada pukul 7.30 malam (waktu Malaysia), demikian menurut laporan The Star Online hari ini. Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok Rusdi Che Omar dipetik berkata, mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Foong Foo Keah, 45, dari Kuantan, Pahang; Wong Hong Yep, 63, dan cucunya Wong Kai Sien, kedua-duanya dari Jalan Hamzah, Kota Baru. Seorang rakyat Thailand, yang hanya dikenal pasti sebagai sukarelawan juga terbunuh dalam kejadian itu. Menurut laporan itu, Wong dan cucunya tiba di Sungai Golok bersama rakannya kelmarin untuk membeli-belah. Dalam pada itu, laporan New Straits Times Online pula menyebut, bom meletup berhampiran dua hotel iaitu Parkson Hotel dan Merlin Hotel, yang masing-masing terletak dalam jarak 50 meter. Kedua-dua hotel itu popular di kalangan rakyat Malaysia, katanya. Ketua Polis Sungai Golok Kol Chakapon Phancon berkata, "situasi sangat kritikal. Kami percaya sejumlah ramai rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian ini." Katanya, pihak polis percaya letupan adalah kerja kumpulan pemisah. Kejadian semalam adalah yang pertama di wilayah selatan Thailand yang berhadapan dengan konflik menuntut kemerdekaan. Sungai Golok terletak kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand. Ketiga-tiga letupan terjadi antara pukul 7.40 dan 8.20 malam, kata laporan laman web Teak Door. Kejadian pertama dilaporkan di kawasan bertentangan dengan Teochew Association di Jalan Charoen Khet. Letupan kedua dilaporkan berlaku 15 minit kemudian dan ketiga sekitar 8.20 malam. Sejak 2004 hingga bulan lalu lebih 11,000 kes keganasan dilaporkan dengan lebih 4,800 kematian kebanyakannya Muslim. |
Najib Akui Kena Kencing Dengan Pemimpin UMNO Selangor Posted: 17 Sep 2011 08:35 AM PDT Najib Tegur Sikap Beri 'Laporan Tipu' Dalam BN SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegur sikap pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) berhubung pemberian 'laporan tipu' kepadanya semata-mata mahu menjaga hati tanpa bersandarkan kepada realiti sebenar. Malah tegas beliau, penganjuran program 'syok sendiri' juga turut menyumbang kepada kekalahan BN di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. "Jangan buat program syok sendiri sahaja. Bila buat program Juara Rakyat, tulis dalam laporan bahawa ia telah berjaya apabila dihadiri oleh 300 dalam sesuatu kawasan. "Tapi siapa 300 orang itu? Saya sudah 35 tahun dalam politik, saya dah tahu (taktik). Saya tahu apa yang anda semua buat dan anda pun tahu apa yang saya tahu (tipu laporan). "Saya tak pakai laporan macam ini. Himpunkan 300 orang lepas itu kata kita dah berjaya. Tak mungkin...itu menipu diri sendiri," katanya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Sabtu. Sebaliknya menurut beliau, adalah sesuatu yang berbaloi sekiranya sesuatu program itu dihadiri oleh kelompok sasaran tertentu khususnya yang tidak menyokong BN sebelum ini. "Kalau yang kita kumpulkan itu bukan Ketua Cawangan dan penyokong tegar BN, kumpulan 300 itu adalah yang dulunya tentang kita...ia memang berbaloi buat perhimpunan," katanya. Tegas Najib yang juga Pengerusi BN Selangor, laporan tepat terutamanya mengenai tahap sokongan rakyat di sesuatu kawasan tertentu adalah sangat penting bagi memastikan langkah susulan dapat diambil. Jelasnya, matlamat BN untuk merampas kembali Selangor pada PRU akan datang adalah bergantung kepada sikap jujur dan berpijak kepada realiti. "Kita kena ada bacaan politik yang tepat, jangan tipu diri sendiri, jangan tipu pemimpin di atas...jangan. Kalau bagi laporan, kelabu jangan kata putih dan hitam jangan kata kelabu. "Kita mesti beri laporan yang betul dan pastikan keberkesanan program dan sandarkan kepada reaksi daripada kawasan, kena ada penilaian yang tepat. "Zaman yang kita main laporan (tipu) macam dulu tak boleh pakai lagi...tak boleh. Ini zaman di mana kita mesti buat sesuatu tindakan yang tepat dan kena buat penilaian yang tepat, jujur dalam menyampaikan laporan," katanya. -mstar 'Syok sendiri' antara punca BN tewas di S'gor |
[Video] Pesawat Terhempas Di Atas Penonton, 3 Mati, Berpuluh Parah Posted: 17 Sep 2011 07:28 AM PDT Reno (Nevada): Sebuah pesawat pejuang lama era Perang Dunia Kedua merempuh pentas utama ketika berlangsungnya satu pertunjukan udara terkenal di sini, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga penonton, manakala lebih 50 lagi parah. Nahas yang disifatkan amat ngeri itu berlaku ketika pesawat yang dipandu juruterbang berusia 74 tahun itu tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh pentas utama dengan pesawat bersepai. Mayat bergelimpangan di kawasan nahas dengan orang ramai memberi bantuan kepada mangsa yang masih bernyawa. Seorang penonton setia selama 16 tahun menyaksikan pertunjukkan udara itu, Maureen Higgins dari Alabama, berkata ketika kejadian juruterbang terbabit dalam pusingan ketiga pertunjukkan sebelum hilang kawalan. Beliau duduk kira-kira 30 meters dari tempat nahas dan melihat kejadian ngeri itu termasuk seorang penonton terkena serpihan pesawat dengan darah menyembur dari kepalanya. "Saya lihat beberapa bahagian badan bersepai sehingga anda tidak percaya apa yang berlaku. Saya kutip tangan dan kaki salah seorang mangsa," katanya. Antara yang terbunuh ialah juruterbang Jimmy Leeward, 74, dari Florida, yang juga pemilik pesawat P-51 Mustang fighter atau digelar sebagai "Galloping Ghost". - AP |
Kantoi: Pakaian Anwar Dalam Video Seks II Tak Sama Dengan Video Seks I Posted: 17 Sep 2011 05:24 AM PDT Lagi rakaman CCTV Datuk T disiar di internet Saga video seks Datuk T muncul semula di Internet hari ini ekoran muat-naik rakaman CCTV yang dikatakan menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks, serta ancaman penyiasaran seks video baru bertarikh 13 Januari 2011. Penulis blog Papa Gomo menyiarkan apa yang disebutnya, rakaman "eksklusif" yang menunjukkan dua lelaki yang didakwa ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut. Dalam blog tersebut, klip rakaman itu disunting untuk memautkan rakaman CCTV itu dengan video seks di Carcosa, yang menunjukkan minit-minit akhir lelaki, yang dikatakan Anwar, mengenakan pakaian dan beredar, dengan tanda masa yang menunjukkan ianya urutan peristiwa tersebut. Bagaimanapun, pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan. Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay memakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah (kanan). Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah. Rakaman CCTV itu sebelumnya disebut dalam fakta kes apabila Eskay dan dua orang lagi anggota trio 'Datuk T' dihadapkan di mahkamah atas tuduhan menyiarkan video lucah itu Jun lalu. -mk Ulasan GB Begitu aneh, rakaman CCTV di lif berwarna tetapi di dalam bilik hitam putih. Kedua seluar Anwar di lif berwarna hitam, di dalam bilik berwarna cerah. Ketiga baju Anwar berwara ungu dan tidak masuk ke dalam seluar sewaktu di lif, tetapi di bilik baju seakan kemeja T dan dimasukkan ke dalam seluar. Kan ker pembohong dan pendusta namanya tu? Entah berapa Datuk T bayar papagomo, tetapi malang, KANTOI! papagomo yang semakin gemuk. Sebaiknya tidak perlu dilayan provokasi ini, GB lihat ia hanya desakan Datuk T dan "pihak tertentu" yang mahu menghidupkan semula isu ini. |
Kezaliman Kerajaan Melaka Berterusan, Mahu Rampas Tanah PASTI As-Solihin Merlimau Posted: 17 Sep 2011 02:20 AM PDT Tindakan Kerajaan Negeri mahu mengambil tanah Markas Pas As-Solihin, Merlimau, di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Pengambilan Tanah 1960 mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk pemilik tanah berkenaan. Pemilik, Miah Jani, 74, berkata, beliau membantah tindakan itu kerana mendakwa bersusah payah membelinya tetapi dengan tiba-tiba ingin diambil alih Kerajaan Negeri. Menurutnya, bukan mudah untuknya memiliki tanah itu yang kini didirikan Markas Pas dan juga Sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) As-Solihin. "Saya beli dengan bersusah payah dan rancang nak bangunkan, tapi tiba-tiba dirampas pula, tanah ini bukan tanah terbiar. "Sejak awal sudah ada Pasti As-Solihin dan diimarahkan dengan pelbagai program Pas untuk hidupkan aktiviti masyarakat di sini, saya tidak reda dengan tindakan ini," katanya. Sementara itu, suaminya, Abdullah Mohamad, 76, beliau sekeluarga memberi kebenaran tanah itu dijadikan Markas Pas dan Pasti sejak1996 termasuk segala aktiviti yang berkaitannya. "Saya bantah dan tak setuju kerana saya sudah rancang dengan pemaju untuk bangunkan tanah ini bagi projek perumahan yang sedang dijalankan," katanya. Bagi, anaknya, Mubin Abdullah, 44, tindakan itu secara tidak langsung akan merugikan pihaknya kerana melibatkan dua lot rumah yang sedang dibangunkan pemaju. Manakala, salah seorang Pengasas Markas As-Solihin, Mejar (B) Hashim Salleh berkata, markas itu dibangunkan hasil gotong-royong ahli Pas pada 1993 dengan menambak tanah dan membina bangunan sedia ada. "Ada yang sumbang wang, tenaga dan masa untuk membangunkannya daripada kawasan pokok getah hingga menjadi seperti sekarang. "Tapi mereka yang tidak tahu asal pembangunan tanah ini, datang nak merampasnya dengan pelbagai alasan sehingga tergamak menggunakan Akta Tanah 1960," dakwanya. Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, ini adalah pengambilan kali kedua Markas Pas Kawasan di Melaka di bawah akta sama dengan menggunakan alasan ingin membina sekolah tahfiz al-Quran. Manakala bagi pengambilan tanah Markas Pas Bukit Katil sebelum ini, bertujuan membina jalan raya. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan