Ahad, 18 September 2011

jiwo kelate

jiwo kelate


Mansuh ISA: Mohon Maaf kepada mangsa ISA

Posted: 18 Sep 2011 04:23 AM PDT

Sinar Harian melaporkan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menuntut kerajaan supaya membuat permohonan maaf dan memberikan pampasan setimpal terhadap bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) berikutan pemansuhan akta tersebut.

Menurutnya, tindakan itu perlu dilakukan bagi bekas tahanan sepertinya yang ditahan kerana perbezaan aliran politik dan bukan kerana keganasan terutamanya mereka yang ditahan dalam Ops Lalang 1987.

"Jika permohonan maaf dan pampasan diminta tidak dilayan, satu perjumpaan bakal diadakan bersama bekas tahanan terlibat untuk tindakan selanjutnya selain menjelaskan masih belum menetapkan jumlah pampasan yang spesifik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian program Pembersihan Bumi 2011, Bersihkan Alam, Hijaukan bumi di Sungai Ular, di sini semalam yang berlangsung selama dua hari.

Program anjuran Lajnah Alam Sekitar Pas Malaysia yang diterajui pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar dan pengarah programnya, Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar Pas Negeri, Andansura Rabu turut disertai Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr Hamzah Jaafar.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Tuan Syed Mohamed Tuan Lonnik.

Beliau yang juga bekas tahanan ISA sempena Ops Lalang 1987 dan turut ditahan bersama ahli pembangkang politik lain. Kali pertama Mat Sabu ditahan ISA pada 1984 di atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau.

Dalam pada itu, beliau mengakui tempias populariti sejak tindakannya melabelkan Mat Indera sebagai hero menjadi bualan negara.

"Tengah minum kopi pun ada saja nak mengambil gambar terutamanya golongan muda yang semakin celik dengan situasi dan politik di negara ini.

"Setakat ini, saya tiada strategi khusus nak tepis segala dilemparkan parti pemerintah (kerajaan), hanya ada mulut dan lidah saja nak bercakap," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, dia sudah mendapat tarikh sebutan mengenai kes samannya terhadap sebuah akhbar berbahasa Melayu pada 11 Oktober depan.

Ditanya pembentangan Belanjawan 2012 dijadualkan pada 7 Oktober depan, beliau berkata, penghasilan Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat (PR) turut menjadi sumber terhadap kerajaan untuk merangka kandungan bajet itu.

"Dalam Buku Jingga, kita menjanjikan akan memansuhkan Akta ISA dalam tempoh 100 hari dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula mengumumkan pemansuhan akta ini," katanya.

Sebelum itu, PM baru sedar ISA memang tidak baik dan mencabul Hak Asasi Manusia (zalimlah tu)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia.

Langkah itu katanya, dapat dilaksanakan kerana kejayaan pembangunan negara, sikap rakyat yang semakin matang serta peningkatan kesedaran masyarakat terhadap hak asasi manusia. – Baca lanjut di sini


Tiada ulasan: