jiwo kelate |
- Hakikatnya Penjajah jajah kita
- Tahun 2005 KDN pernah lulus permit Akhbar Parti Komunis China – Mahfuz Omar
- Lagi Projek Ketidakadilan BN Perintah Negara – Bersih 2.0
Hakikatnya Penjajah jajah kita Posted: 05 Sep 2011 08:45 PM PDT The Malaysia Insider melaporkan Pakar perlembangaan Prof Abdul Aziz Bari berkata meskipun negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah oleh British, tetapi pada hakikatnya telah "dijajah kerana pentadbiran negeri dikawal" oleh kuasa Eropah itu sehingga negara merdeka lima dekad lalu. "Pendeknya dari segi teknikal memang negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah… hatta pentadbiran agama pun dipantau oleh British," kata beliau dalam reaksi kepada The Malaysian Insider hari ini. MEMANG PUN, SEMUA SETUJU PENJAJAH JAJAH KITA (1511-1957 seingat saya dok belajar dari Sekolah rendah hingga Menengah. Bila masuk Universiti??), SEBELUM 1957; SOALNYA DOK BISING KINI SIAPA YANG DOK BERJUANG MATI-MATI LAWAN PENJAJAH – ORANG MELAYU LA, SIAPA ORANG MELAYU TU, BUKAN UMNO. Bila Mat Sabu dedah (sebenarnya dah lama Mat Sabu dok bercakap pasal ni setiap tahun, bila masuk 31 Ogos), dan media mainkan isu barulah orang ramai dan pakar sejarah kununnya pakat-pakat komen. Saya nak petik apa kata Prof Khoo Kay Kim: ” … kaji sumber sejarah tapi bila dia (Khoo) berkata … apa yang dia tahu Mat Indera adalah anggota Komunis … dia tuduh Mat Indera itu Komunis (mana sumbernya??). Manakala kata Prof Emeritus Datuk Abu Bakar pula berkata Penulis Pengukir Nama Johor tidak menilai siapa Mat Indera samada Komunis atau Pejuang . Tetapi Mat Indera ini dihormati sebagai Orang Melayu yang berjuang melawan Penjajah British waktu itu (1950 – ketika ini dimana Tunku Abdul Rahman ?? – sumber Sinar Harian 6 Sept 2011. Menurut Abu Bakar, berdasarkan rencana dalam Pengukir Nama Johor oleh Ismail Adnan, Muhammad Indera atau lebih dikenali sebagai Mat Indera bukan komunis. Katanya, hasil penyelidikan Ismail menyebut Mat Indera seorang Islam yang kuat beragama, termasuk menghafal al-Quran, maka “tidak mungkin beliau menjadi seorang komunis”. “Itu garis yang diambil Ismail Adnan,” katanya sambil menambah Mat Indera juga pernah menjadi penolong guru besar di Sekolah Agama Parit Setongkat di Muar sekitar tahun 1940-an. Maknanya Dakwaan Prof Khoo Kay Kim TAK BETUL. "Secara teknikal memang betul bahawa kita tak pernah dijajah; negeri-negeri Melayu hanya negeri lindungan. Hanya Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang pernah dijajah," kata Prof Aziz. Bagaimanapun menurut ahli akademik ini, negeri-negeri Melayu bukan negeri yang bebas dan berdaulat kerana mereka tidak bebas mengadakan hubungan luar. "Raja-raja, contohnya, dipaksa menerima kejatuhan Empayar Uthmaniah yang dihancurkan oleh British dan sekutu-sekutunya pada 1924. Ini semua berlaku kerana Raja-raja di bawah tangan British meskipun mereka tidak dijajah. "Selain itu meskipun di sisi undang-undang, yakni secara teknikalnya, mereka berdaulat kita semua tahu dasar dan undang-undang semuanya ditentukan oleh British," kata beliau sambil menambah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim tidak harus membesar-besarkan kedudukan teknikal itu sehingga menafikan hakikat yang berlaku ketika itu. Aziz (gambar) mengulas mengenai kritikan beberapa pihak ekoran pandangan tokoh sejarah itu bahawa negara ini sebenarnya tidak pernah dijajah oleh British, sebaliknya berada di bawah naungan negara Eropah itu. Khoo (kena baca Buku Sejarah kini BRITISH, BELANDA DAN JEPUN dipanggil apa .. PENJAJAH??) melahirkan pandangan itu dalam satu temu bual dengan akhbar arus perdana kelmarin ketika kontroversi berkaitan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hangat diperkatakan sehingga ada yang mahu fakta sejarah diteliti semula. Negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 bersama hari pembentukan Malaysia — buat julung kali pada 16 September ini. Menjawab soalan mengenai kenyataan Mohamad bahawa Allaharham Datuk Onn Jaafar dan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan pejuang kemerdekaan sebenar kerana mereka pegawai British, Khoo berkata: "Mereka tidak pernah bekerja dengan British (PANDANGAN NI KAMI TAK TERIMA). Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja." Katanya, kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada raja. "Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Pegawai British utama di Negeri-Negeri Selat dikenali sebagai gabenor, padahal kedudukan pegawai yang sama di kerajaan Melayu dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Gabenor Hugh Clifford dalam ucapannya kepada Majlis Persekutuan pada Januari 1949 mengatakan apabila beliau merujuk kepada kerajaan Melayu: 'They were, they are and they must remain Malay states. These states were when our cooperation in government was first invited Mohamedan monarchies. And such they are today. We have neither the right nor the desire to vary the system of government'," katanya lagi. Kata beliau, dalam undang-undang ada dua keadaan iaitu 'de jure' dan 'de facto'. "Datuk Onn mula-mula bekerja dengan kerajaan Johor dan Tunku dengan kerajaan Kedah. Mereka bekerja di negeri yang dianggap Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Raja masih ada banyak autonomi. "Selepas perang, mula-mula Datuk Onn kemudian Tunku diterima oleh British sebagai presiden Umno yang diakui British sebagai parti politik orang Melayu. Oleh sebab orang Melayu menentang Malayan Union, British tidak melaksanakan Malayan Union. British selanjutnya berunding dengan Raja-Raja juga Umno untuk menentukan sistem lebih sesuai," kata Khoo lagi dan menambah, "akibatnya pada Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan." Mengulas lanjut, Aziz berkata, Khoo perlu faham beza antara kedudukan teknikal dan formal dengan kenyataan atau hakikat, yakni sesuatu yang benar-benar berlaku. "Sama seperti hari ini, Raja-raja adalah ketua agama. Soalnya apakah mereka benar-benar ketua agama dalam erti kata yang sebenar? Tidakkah pentadbiran agama dijalankan oleh kerajaan?" kata beliau lagi. |
Tahun 2005 KDN pernah lulus permit Akhbar Parti Komunis China – Mahfuz Omar Posted: 05 Sep 2011 08:06 PM PDT TINDAKAN UMNO MELULUSKAN PERMIT SUARA RASMI PARTI KOMUNIS CHINA ADALAH AMAT DIKESALI Merujuk kepada laporan Malaysiakini bertarikh 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri pernah mengeluarkan permit akhbar harian yang menjadi suara rasmi Parti Komunis China. Merujuk kepada laporan WIKIPEDIA: TERJEMAHAN: People’s Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China Sepanjang aktifnya Parti Komunis Malaya di Malaya, tidak pernah sekali pun mereka mendapat permit untuk menerbitkan bahan cetakan mereka. Malangnya, pada tahun 2005, harian rasmi Parti Komunis China telah diberikan permit untuk diterbit, dicetak dan diedarkan di pasaran Malaysia. Yang lebih dikesali adalah serangan berat sebelah media-media kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamed Sabu di atas isu membela tokoh kemerdekaan, Mohammad Indera. Tiada siapa di Malaysia yang meragui status Mohammad Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang telah berjasa kepada Malaysia. Namun, Haji Mohamed difitnah oleh media-media milik Umno kononnya beliau adalah seorang penyokong ajaran komunis. Ingin saya bertanya, apabila Umno meluluskan suara rasmi Parti Komunis China, adakah Umno juga telah menjadi penyokong ajaran komunis? HAJI MAHFUZ HAJI OMAR RUJUKAN PERTAMA : M’sia approves permit for Chinese Communist Party organ The Communist Party of China will publish the overseas edition of its organ, People’s Daily, in Malaysia from next month, following approval of a publishing and printing permit from the government here. The overseas edition of People’s Daily has been published in Chinese since 1985, appearing daily except on Sunday. “The editorial policy of the overseas version is that it must collaborate with the party’s nature and policy. But at the same time, it must consider the acceptance and reading habits of readers abroad,” says a note on the Internet version. Malaysia-China Friendship Association secretary-general Tan Kai Hee said the trial version of the People’s Daily in Malaysia had been published since Jan 1. He said the contents of the daily, although published and printed in Malaysia, would follow the overseas version in other countries. “Maybe certain local issues will be adapted to be published as well. This’s just like our newspapers here which have pull-outs that focus on local issues,” he said when contacted today. Focus on culture “The paper will promote China’s culture and economic, but it’s not about to promote the (communist) ideology. Because of this (not promoting ideology), it has been accepted worldwide,” he said. “I believe Malaysians are mature enough to accept different ideas. In the era of globalisation, the issue of ideology should not be an issue any more,” he said. Tan said the government’s decision to allow the publication reflects its open policy towards the Chinese culture. “This shows the government does not see China as a threat, but a good friend and partner,” he said. When contacted, an employee at the People’s Daily office in Kuala Lumpur refused to disclose additional details, such as the expected print run. However, a source said the publication will likely be a tabloid of eight to 10 pages. Under the Printing Presses and Publications Act 1984, all publishers and printers are required to obtain an annual permit. The Internal Security Minister has sole power to approve, reject or revoke licences. Last June, the premier Abdullah Ahmad Badawi strongly hinted in answer to a parliamentary question that the government would not approve the application for fear that the publication could be prejudicial to national security. Deputy Internal Security Minister Chia Kwang Chye could not be reached for comment today. LAMPIRAN KEDUA: Front page on 1 October 1949 Official website The People’s Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People’s Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million. In addition to its main Chinese-language edition, it has editions in English, Japanese, French, Spanish, Russian, and Arabic. Similar to Pravda’s relationship with the Soviet Union, the newspaper provides direct information on the policies and viewpoints of the Party. It maintains an online presence as The People’s Daily Online (人民网). Contents History Newspaper articles in the People’s Daily are often not read for content so much as placement. A large number of articles devoted to a political figure or idea is often taken as a sign that the mentioned official is rising. Editorials in the People’s Daily are also regarded both by foreign observers and Chinese readers as authoritative statements of government policy. Distinction is made between editorials, commentaries, and opinions. Although all must be government approved, they differ sharply on the amount of official authoritativeness they contain. For example, although an opinion piece is unlikely to contain views that are opposed to those of the government, it may express a viewpoint, or it may contain a debate that is still under consideration and may reflect only the opinions of the writer. By contrast, an official editorial, which is rather infrequent, means that the government has reached a final decision on an issue. Since the mid-1990s, the People’s Daily has faced a decline of governmental subsidies combined with increasing competition from international news sources and Chinese tabloids. As part of its effort to modernize, it began an online edition in 1997, and the web bulletin forums, such as the Strengthening Nation Forum in the Chinese edition, has been known for their surprisingly candid content. The complexity of the People’s Daily’s situation can be seen by the fact that it is a dot-com, with banner advertising for washing machines and Coca-Cola next to banners promoting the Communist Party of China. The People’s Daily is also responsible for the publication of the strongly nationalistic Global Times, and hosts the Strengthening Nation Forum on its website.[3] Former and present chief officers See also References |
Lagi Projek Ketidakadilan BN Perintah Negara – Bersih 2.0 Posted: 05 Sep 2011 08:56 AM PDT TERBUKTI Satu Lagi Projek Ketidakadilan Barisan Nasional sepanjang 54 tahun merdeka memerintah Negara. Bersih 2.0 membidas Barisan Nasional (BN) sambil mendakwa perikatan itu secara tidak adil menyalurkan dana khas, hanya kepada kerusi-kerusi Parlimen dianggap putih tetapi mengabai bahagian-bahagian yang dikuasai pembangkang. Gabungan bukan kerajaan yang menuntut pembaharuan pilihan raya ini berkata, rakyat Malaysia seharusnya perlu ada akses adil ke atas dana bahagian pilihan raya tanpa mengira latar belakang parti yang disokong. "Bersih 2.0 mengecam ia (dana khas) sebagai satu jenayah ke atas demokrasi di mana dana bahagian pilihan raya diberikan kepada wakil-wakil BN berdasarkan pemilihan mereka," kata gabungan itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Bersih 2.0 juga berkata, menggunakan peruntukan khas seperti ini sebagai alat pilihan raya untuk mendapatkan sokongan adalah tindakan memalukan dan satu bentuk rasuah menyalahgunakan dana awam. "Ia satu penghinaan terhadap sambutan kemerdekaan, di mana pengundi tidak harus dipaksa untuk mengundi sesebuah parti yang khusus untuk mendapatkan akses kepada peruntukan ini," katanya lagi. Sehubungan itu kata Bersih 2.0, pihaknya mahu kesemua kerajaan negeri dan pusat, sama ada BN atau Pakatan Rakyat agar menghormati demokrasi dan menghentikan amalan semasa menyalurkan dana pembangunan bahagian pilihan raya kepada wakil rakyat daripada parti masing-masing. Katanya, perlu ada undang-undang untuk menghalang dan mengenakan tindakan ke atas kesemua bentuk salah laku yang mengabur sempadan antara parti dan kerajaan atau penyalahgunaan sumber-sumber negara bagi tujuan memihak sesebuah parti. Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa wakil rakyat BN disediakan dana wang tunai khas oleh kerajaan pusat untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan prasarana secara langsung di bahagian Parlimen masing-masing – ketika pilihan raya umum ke-13 semakin dekat sudah hangat diperkatakan. Akhbar harian Sin Chew Daily melaporkan bahawa peruntukan yang disediakan boleh mencecah sehingga RM2.5 juta bagi sesetengah bahagian. Bagaimanapun tiada dana bagi kawasan yang dikategorikan sebagai "hitam", di mana BN hilang kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu. Beberapa ahli Parlimen yang dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan mereka telah disediakan peruntukan khas, yang dibayar antara RM500,000 dan RM2.5 juta – bergantung pada jumlah pemilih dan sama ada kerusi terbabit dimenangi BN ataupun sebaliknya. Seorang wakil rakyat berkata, pembayaran sudah mula dikeluarkan sejak sebelum sambutan Aidilfitri dan akan terus dibayar secara berperingkat sehingga akhir tahun ini. Mengambil kira perkembangan itu, The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya umum ke-13 dijangka akan berlangsung akhir suku pertama ataupun awal suku kedua tahun depan. Dalam laporannya, Sin Chew Daily pula menyebut BN mengklasifikasikan sesuatu bahagian seperti "hitam", "kelabu" dan "putih" – di mana BN dan Pakatan Rakyat menguasai kerusi atau BN menang dengan majoriti kecil – akan menerima antara RM1 juta dan RM2 juta. Peruntukan akan diagihkan mengikut kawasan "putih" di mana BN memegang kedua-dua kerusi persekutuan dan negeri. The Malaysian Insider membawa laporan Julai lalu bahawa Putrajaya telah meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen BN mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13. Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan setiap ahli Parlimen BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN Julai lalu. Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memstikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13. Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13. Menurut mereka, Kuala Lumpur merupakan "kubu" pembangkang sekarang dan menerima peruntukan pembangunan dalam jumlah yang begitu besar. Justeru ramai ahli Parlimen mahukan lebih banyak peruntukan dana awam khususnya di bahagian masing-masing. |
You are subscribed to email updates from jiwo kelate To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan