Selasa, 6 September 2011

Cendawan MALAYA

Cendawan MALAYA


MCA SEPERTI PERLI PEMIMPIN MELAYU UMNO

Posted: 06 Sep 2011 06:57 AM PDT

Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung telah menyatakan secara jujur dan ikhlas menunjukkan pendirian rendah diri mereka di sini dan mahu berada di luar Kabinet jika MCA gagal mempertahankan kerusi yg dipertandingkan pada PRU13 nanti. Parti komponen Barisan Nasional (BN) itu seperti menjangkakan prestasi lebih buruk berbanding pilihan raya umum 2008, dan pendirian ini adalah sebagai tanda menghormati komuniti Cina dan bukannya menghukum mereka.


Kenyataan Datuk Chor itu seharusnya dipuji yang menghormati keputusan dan kehendak pengundi sekiranya parti itu tidak dipilih. Kata beliau, adalah lebih penting pemimpin-pemimpin MCA memperoleh sokongan pengundi terlebih dahulu sebelum dipilih menganggotai kabinet kerajaan.


Katanya "Jika tidak boleh menang, bagaimana boleh mendapatkan jawatan dalam kerajaan?" kenyataan beliau itu harus dicontohi oleh sesetengah pemimpin UMNO yang berlumba-lumba untuk mengejar jawatan dalam kabinet walaupun telah tewas dalam PRU dan hakikatnya mereka itu sebenarnya telah ditolak oleh rakyat (pengundi).

RAKYAT JOHOR SEPAKAT 'MAT INDERA' ADALAH SEORANG PERJUANG

Posted: 05 Sep 2011 07:22 AM PDT



Petikan dari Buku Pengukir Nama Johor yang tercatat nama Mat Indera adalah seorang PERJUANG dan bukanya PERTUALANG.


" Walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi, namun ada satu persoalan besar yang perli diberi jawapan sewajarnya. Persoalan kini: Adakah Mat Indera seorang pertualang atau seorang perjuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan yg tepat kepada persoalan ini.

Seperti Dato Maharaja Lela, Tok Janggut, Mat Salleh, Dato Dol Said, Rosli Doby dan lain-lain, Mat Indera seorang yg berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya dan emosinya demi bangsa dan negara.

Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertahankan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yg terbelenggu oleh sistem penjajahan.

Justeru, MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN NAMANYA SEBAGAI SEORANG PERJUANG, BUKAN SEORANG PERTUALANG"

Tiada ulasan: