Rabu, 21 September 2011

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


Sitt AlWuzara Hina Agama : Apa Tindakan Kita ?

Posted: 21 Sep 2011 08:26 AM PDT

Assalamualaikum .. salam mesra

Dah dekat berminggu-minggu dan rasanya dah hampir berbulan-bulan isu ini dimainkan untuk meminta pihak yang berwajib mengambil tindakan tapi apa yang berlaku seolah tak ada apa-apa tindakan yang diambil terhadap golongan yang mempersendakan agama.  Weh .. Bab agama nie jangan buat main lah dan jangan pandang mudah. Jika tak ada tindakan yang diambil terhadap golongan ini seluruh negara akan sama-sama menanggung dosa dek kerana tak ada pencegahan dan tindakan yang diambil keatas mereka. 

Kalau nak dibangkitkan daripada sirah saidina Abu Bakar Radhiallahuanhu , beliau cukup pantang bila ada orang yang sanggup mempermainkan agama bahkan menghina baginda Nabi SAW. Ye lah orang akan kata tu zaman saidina Abu Bakar .. Sekarang zaman moden , zaman sains dan teknologi .. jadi tak boleh nak buat macamtu . 

pada akulah , sewajarnya tindakan yang drastik dan segera perlu diambil dalam mengatasi masalah tersebut dan janganlah dibiarkan ianya basi dan anggap ala masalah kecil jer tak perlu nak diperbesarkan . Perlu ada tindakan segera tak kiralah guna mahkamah syariah ke guna apa juga cara sekali pun untuk menyedarkan dan memberikan pengajaran yang setimpal pada golongan sampah interaktif macam mereka nie

Erti Kemerdekaan Sebenar ..

Posted: 21 Sep 2011 08:16 AM PDT

Assalamualaikum .. salam mesra
Minggu lepas baru saja sambut perayaan ulangtahun hari kemerdekaan Negara yang ke 54 dan Hari Perpaduan Malaysia . Tapi masih lagi terfikirkan mengenai isu yang berlarutan yang dipaparkan di dada-dada akhbar mengenai isu kononnya menyokong komunis dan mengenepikan pejuang kemerdekaan yang sebenar. 

Pada aku sebenarnya apa yang dilakukan kadang-kadang nampak macam melampau dan seolah-olah menghina tapi bila diteliti balik ada kebenarannya. Kenapa aku kata begitu ? kita boleh lihat saja lah kenapa tahun nie sambutan kemerdekaan nampak macam hambar dan tak bermaya. Ini berpunca dari pemerintah yang telah meracuni pemikiran rakyat seolah-olah merekalah pejuang kemerdekaan yang sebenar. 

Pada akulah , kalau nak mengakui mereka sebagai pejuang kemerdekaan hanya beberapa peratus sahaja dan kalau nak dikatakan pejuang yang sebenar kita kena ambil kira orang yang mula-mula sekali mencetuskan penentangan terhadap penjajah yang sebenar. 

Negara kita mula dijajah 1511 bermula di Melaka dan berlarutan hingga keseluruh negara. Jadi yang menjadi pelopor serta pejuang kemerdekaan perlulah diiktiraf dari awal dan bukan setakat yang mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 ogos 1957 sahaja. Itu dah kira penamat dan bukan permulaan . Jadi pada saya sejarah kemerdekaan negara perlu kajian yang mendalam dan diperbetulkan semula supaya kita tidak mengkhianati bangsa kita yang sebenar . 

Tiada ulasan: