DUNIACACAMARBA |
- Wanita Jumpa KONDOM di dalam Beg Sekolah Anak Perempuannya
- Jurublog UMpornoCO Sebar Video Lucah Serang Kastam, Burukkan Ahmad Sarbini
- Kesian Muhyiddin. Siapa Bagi HARAPAN PALSU kepada Dia??
- Hebat Selangor di Bawah Pakatan Rakyat, Tidak Percaya? Baca!
- Budak 2 Tahun Pun Ada yang Sanggup Rogol?
Wanita Jumpa KONDOM di dalam Beg Sekolah Anak Perempuannya Posted: 23 Sep 2011 06:30 AM PDT Saya petik:
P/s: Aduhai! Nasi sudah menjadi BUBUR! Salah siapa? Salahkan diri sendiri dahulu. Mudah sangat membenarkan anak keluar ber"dating"! |
Jurublog UMpornoCO Sebar Video Lucah Serang Kastam, Burukkan Ahmad Sarbini Posted: 23 Sep 2011 06:00 AM PDT Saya petik:
P/s: Tidak ada sesiapapun akan mengambil tindakan kepada jurublog dan blog pencacai ini selagi tujuannya menguntungkan UMpornoCO! |
Kesian Muhyiddin. Siapa Bagi HARAPAN PALSU kepada Dia?? Posted: 23 Sep 2011 05:14 AM PDT Saya petik:
P/s: Saya malas komen kenyataan berlagak tetapi menyedihkan ini. Jawapannya ada di sini. Kalau ada yang bagi harapan palsu kepada dia tidak apalah, takut-takut dia reka sendiri dialog itu.! PARAH! |
Hebat Selangor di Bawah Pakatan Rakyat, Tidak Percaya? Baca! Posted: 22 Sep 2011 11:08 PM PDT ![]() Selangor terus mempamerkan pencapaian cemerlang apabila berjaya meningkatkan pendapatan kerajaan negeri sebanyak 20 peratus dari RM1.59 bilion kepada RM1.77 bilion sepanjang pentadbiran di bawah Pakatan Rakyat lapor TVS. Oleh itu PAS Selangor hari ini menerusi pesuruhjayanya, Dr Rani Osman merakamkan jutaan tahniah kepada kerajaan negeri di bawah pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat. "Banyak yang dilakukan antaranya PR berjaya mengembalikan dana sebanyak RM500 juta kepada rakyat melalui pelbagai pakej program Merakyatkan Ekonomi Selangor, membelanjakan sehingga kini RM150 juta bagi pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri Selangor. "Selangor juga di bawah PR berjaya mendaftarkan seramai 154, 700 warga emas dan OKU di bawah Skim Mesra Usia Emas serta membelanjakan sebanyak RM54 juta kepada 23,140 waris," katanya pada satu sidang media PAS yang diadakan di sini. Menurut Rani, biarpun pada mulanya, usaha kerajaan negeri ini dipandang serong oleh Umno Barisan Nasional,namun akhirnya usaha yang berterusan ini berjaya menepis segala pandangan sinis mereka. "Ini saya ingat lagi, ketika dibentangkan, masa itu ketua pembangkang adalah Khir Toyo dan ketika itu dia bangun dan dia bangun di dewan dan ketawa menyatakan usaha kerajaan negeri Selangor untuk 20m air ini tidak akan berjaya," katanya. Antara kejayaan kerajaan negeri yang lain ialah memperuntukkan RM10 juta daripada hasil perlombongan pasir bagi menjayakan program Jom Shopping Bersama YB, peruntukan RM50 juta daripada hasil kutipan hutang Kumpulan Talam bagi menjayakan Skim Mikrokredit Selangor dan peruntukan RM20 juta daripada hasil kutipan hutang Kumpulan Talam bagi menjayakan Skim Mikrokredit Miskin Bandar. Beliau dalam pada itu berkata, kerajaan negeri adalah contoh negeri berkebajikan apabila memperuntukkan RM30 juta daripada Pemerbadanan Menteri Besar bagi meningkatkan pendapatan keluarga, usahawan dan rakyat Selangor. "Kerajaan negeri memperuntukkan RM7.7 juta untuk Skim Baik Pulih Negeri Berkebajikan untuk baiki pangsapuri kos rendah di Selangor. "Malah kerajaan negeri juga memperuntukkan RM5.2 juta untuk mengecat semula pangsapuri kos rendah di Selangor," tambah beliau. Selain itu, daripada peruntukan untuk membaiki pangsapuri, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM16 juta bagi Sekolah Agama Rakyat, Cina dan Tamil setakat ini jika hendak dibandingkan sewaktu Umno BN memerintah. Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM13.5 juta bagi Tabung Warisan Anak Selangor dan RM5 juta bagi kebajikan dan pendidikan anak-anak dan keluarga kakitangan awam kerajaan negeri. Malah katanya, kerajaan negeri juga turut membantu rakyatnya dari segi usaha menjayakan skim pemilikan kediaman persendirian dengan hanya membayar RM1, 000 bagi mendapatkan geran tanah. Katanya, usaha kerajaan negeri ini akhirnya berjaya mengubah taraf hidup rakyat yang selama ini berada pada takuk yang sama ketika Umno BN dahulu. Manakala Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) pula mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang berjaya menambah simpanan tunai kerajaan negeri sebanyak RM1.1 bilion, dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun. "Pencapaian ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah selama 3 tahun ini lebih baik daripada kerajaan di bawah Barisan Nasional yang telah memerintah puluhan tahun lamanya," kata Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz seperti yang dilaporkan oleh HD. Katanya, meskipun diserang oleh media arus perdana dan kerajaan Umno BN, kerajaan Pakatan Rakyat terus unggul dengan mencipta pelbagai kejayaan yang menguntungkan kerajaan negeri dan rakyat. DPPWP, ujarnya percaya kejayaan itu diperolehi hasil daripada titik peluh, kesabaran, serta komitmen pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang berusaha dan berjuang demi rakyat, bukan untuk kepentingan diri sendiri. Katanya, kejayaan itu juga membuktikan bahawa pengurusan yang cekap, telus dan amanah mampu memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negeri sementara ketirisan, pemborosan serta kepimpinan yang tidak amanah dan cekap merugikan kerajaan dan negara. Selain itu, katanya pembangunan yang berteraskan kebajikan di atas dasar 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' berjaya membuktikan bahawa agenda mengutamakan kebajikan rakyat tidak merugikan negeri. P/s: Hebat!! Kalau tiada kronisme, rasuah, salah guna dana awam, dan salah laku yang lain, insya-Allah Malaysia mampu maju dan bersaing dengan negara-negara lain. |
Budak 2 Tahun Pun Ada yang Sanggup Rogol? Posted: 22 Sep 2011 06:40 PM PDT Saya petik:
|
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan