Jumaat, 23 September 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Hudud: Umno OK tapi Malaysia tak sedia, kata Muhyiddin

Posted: 23 Sep 2011 02:29 AM PDT

TERKINI

PUTRAJAYA — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno bersetuju dengan hukum hudud pada dasarnya kerana ia sebahagian daripada Islam, tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang.

Katanya, ada keperluan untuk mengembangkan maklumat mengenai undang-undang hudud agar orang ramai memahami sebelum parti yang memerintah boleh berfikir untuk melaksanakannya.

"Ini adalah pendirian kami sejak dari dahulu lagi," kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai harga barang dan bekalan di sini.

"Lebih-lebih lagi, dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama, kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya (untuk melaksanakan), tetapi saya tidak fikir kita sudah sampai (di situ)," kata Timbalan Presiden Umno.

Muhyiddin menjelaskan bahawa Muslim tidak boleh menolak realiti bahawa undang-undang hudud adalah sebahagian daripada prinsip Islam tetapi pihaknya tidak bersetuju dengan PAS dan PKR bahawa kini adalah masa yang sesuai untuk melaksanakannya.

"Isu di sini bukan soal hukum, tetapi persoalannya mengenai pelaksanaan hudud," kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini.

Kata Muhyiddin, jika Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasakan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai bagi melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu, terserah kepada beliau.

Dalam ulasannya pagi tadi, Nik Aziz menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.

Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

"Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.

"Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...," kata Nik Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.

"Saya juga memohon Datuk Seri Najib dapat menarik balik surat tersebut," kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.

Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi ... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya.

LPF: Jakim akui Hantu Bonceng tak hina Nabi Muhammad

Posted: 23 Sep 2011 02:20 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Iklan mempromosikan filem Hantu Bonceng


KUALA LUMPUR ─ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng yang ditayangkan sejak akhir bulan lalu tidak mempersendakan Nabi Muhammad.

Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.

Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.

"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas," katanya dalam kenyataan.

Katanya, LPF sejak kali pertama menapis filem itu telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan.

"Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya, ketertiban dan ketatasulisaan.

Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga, kata beliau.

Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawa LPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam.

Malah, sebelum ini, Mohd Razizan Abd Razak yang membintangi filem itu memohon maaf jika kalimah yang digunakan dalam filem kontroversi itu telah menghina Islam.

Mohd Razizan yang turut dikenali sebagai "Zizan RL" dilaporkan berkata, dia tidak mungkin secara sengaja atau tergamak mahu menghina agama sendiri.

"Takkanlah saya hendak hina Rasul saya sendiri. Kan, dalam babak perkataan setan itu diajukan kepada kunyit. Dalam penapisan filem ada empat ulama dan telah diluluskan filem ini.

"Saya faham apa yang salah. Tetapi fasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya. Tak ada langsung terniat. Ini adalah agama dan Rasul saya. Maaf sekiranya saya silap," katanya.

Filem Hantu Bonceng disiarkan sejak awal Syawal sempena sambutan Aidilfitri dan turut mencatat rekod dalam kutipan jualan tiket. Ia diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri.

Filem itu yang diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn. Bhd. turut dibintangi oleh Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid Baharudin.

Dewan Pemuda PAS berkata pihaknya sangat kesal dengan kelemahan ketara LPF dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan dengan yang terbaru Hantu Bonceng.

"Salah satu babak dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah s.a.w. apabila Zizan menyebut 'Asyhadu anna Muhammadar Syaitan' yang membawa maksud 'aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan.

"Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa," kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan.

Hudud: Soi Lek tak faham pendirian Umno, kata Muhyiddin

Posted: 23 Sep 2011 02:17 AM PDT


BANGI — Kata dua Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini bahawa ia akan keluar Barisan Nasional (BN) jika hukum hudud dilaksanakan menunjukkan beliau tidak faham pendirian Umno dalam isu tersebut, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata Umno sentiasa jelas bahawa ia menyokong hudud secara prinsip tetapi tidak boleh menggubal satu akta sebab Malaysia tidak bersedia ke arah itu.

"Saya percaya kemungkinan Datuk Chua Soi Lek tidak faham pendirian sebenar (Umno) dalam soal (mengenai hudud)," kata beliau kepada pemberita di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.

Hudud: Umno dicabar nyatakan pendirian rasmi

Posted: 23 Sep 2011 02:16 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Umno didesak supaya mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pendirian parti itu menyokong hasrat Kelantan untuk melaksanakan hudud.

"Umno sepatutnya sudah lama mengeluarkan arahan kepada wakil rakyatnya yang beragama Islam agar menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan ini dan Terengganu suatu ketika dahulu untuk laksanakan hudud," kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din.

Ini, katanya memandangkan Umno selalu mendakwa parti itu parti terbesar mewakili umat Islam di negara ini.

"Jadi kita nak dengarlah sama ada Umno bercakap benar ataupun tidak untuk membela umat Islam, kalau bukan Islam tak sokong hudud itu kita fahamlah, yang masalahnya Umno dakwa parti itu bela Islam, jadi kita nak tahu pendirian mereka tentang hudud sepertimana yang dihasratkan oleh Kerajaan Kelantan.

"Kita juga nak tahu berkenaan pendirian Umno di bawah pimpinan Najib sekarang berkenaan surat yang dihantar oleh bekas PM dulu kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) yang mana ianya masih lagi tersimpan di pejabat Menteri Besar sepertimana yang dilaporkan dalam Harakahdaily semalam," ujar beliau lagi.

Menurut laporan Harakahdaily semalam, Perdana Menteri ketika itu ialah Dr Mahathir Mohamad dengan tegas menjelaskan dalam surat tersebut tidak akan memberi kerjasama kepada Kelantan apabila hudud dilaksanakan.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, surat yang dihantar Dr Mahathir dahulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri.

Beliau dipetik berkata, "saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila beliau tidak lagi berada pada jawatan tersebut.

"Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri.. Lucu sekali cabaran Tun Mahathir."

"Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut dan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama," ulas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam respons beliau melalui facebook semalam sepertimana dipetik dari Harakahdaily.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 meluluskan Kanun Jenayah Syariah (II).

Kemudian diikuti oleh Negeri Terengganu setelah dimenangi oleh PAS pada tahun 2004 di bawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu pada waktu itu iaitu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pakatan perlu waspada taktik Umno BN alih isu

Posted: 23 Sep 2011 02:15 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dinasihatkan untuk bertindak secara lebih bijaksana dalam menghadapi teknik alih perhatian Umno Barisan Nasional (BN) supaya isu-isu utama yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat tidak ditenggelamkan begitu saja.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata muktahir ini, media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.

Dalam menghadapi PRU yang semakin hampir, kata beliau, rakyat sedang dan akan bakal saksikan bagaimana media perdana akan menggiatkan usaha untuk mengalihkan perhatian mereka sehingga isu-isu utama yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat tenggelam dengan isu-isu yang sengaja diwujudkan.

Katanya, teknik mengalih perhatian dengan membawa isu yang sengaja diada-adakan terutama isu bangsa, agama dan pelbagai isu sensitif sememangnya menjadi hobi dan senjata Umno BN untuk lima dekad yang lalu, terutamanya pada waktu timbulnya isu-isu yang tidak dijawab mereka.

Selain mengalihkan perhatian, kata beliau sebenarnya tujuan asal BN sengaja mewujudkan isu ialah supaya rakyat lupa bahawa mereka perlu menjawab sesuatu isu besar yang dibangkitkan.

"Teknik ini sentiasa digunakan tidak lain tidak bukan kerana BN mempunyai kuasa mutlak terhadap media perdana.

"Dulu ia sememangnya berkesan, akan tetapi pada zaman teknologi sekarang keberkesanannya boleh dikurangkan secara drastik bergantung kepada kebijaksaan Pakatan Rakyat menghadapi teknik ini," kata beliau.

Menurut Tuan Ibrahim, media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu, antaranya ucapan Mohamad Sabu, isu bendera, isu hudud, isu sejarah kemerdekaan bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.

Isu sedemikian, kata beliau sengaja diwujudkan oleh Umno BN untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah dan penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran.

Demikian juga, isu warga asing yang diberi hak mengundi, peningkatan kos hidup yang membebankan, cukai GST yang akan dilaksanakan selepas PRU ke 13, isu akta yang akan menggantikan ISA.

"Semua ini adalah isu besar yang sepatutnya menjadi isu sebenar untuk PRU ke 13 kerana ianya mempunyai impak kepada rakyat secara langsung," kata beliau.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan walaupun ada-kalanya terpaksa jawab isu-isu yang sengaja dibangkitkan, namun pada masa yang sama para pemimpin Pakatan Rakyat harus terus menekankan isu-isu utama yang membabitkan rakyat sehingga BN terpaksa menjawabnya.

"Oleh itu, dalam masa menjawab tuduhan dan isu yang sengaja diwujudkan, Pakatan Rakyat mesti lebih bijaksana mengambil peluang untuk mengungkit semula isu-isu utama ini supaya rakyat tidak hilang fokus dan terpengaruh dengan taktik alih perhatian BN," nasihat beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan Pakatan Rakyat untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan provokasi isu-isu yang sengaja dibangkitkan Umno BN.

Ini kerana, katanya isu-isu yang sengaja dibangkitkan adalah untuk mengganggu emosi mereka supaya terus berbalah dengan Umno BN dalam isu yang sengaja diwujudkan sehinggakan tiada ruang dan masa untuk mengungkit isu-isu yang lain yang lebih penting dan berbangkit.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim turut menyeru Pakatan Rakyat untuk tidak terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi mengalih perhatian kepada isu sebenar yang sedang dihadapi rakyat dan menumpukan perhatian untuk memastikan seluruh jentera parti dapat menumpukan kepada persiapan akhir untuk pertarung PRU-13 dengan mengemaskinikan segala maklumat penting.

Katanya, bilik gerakan mestilah dibuka segera, semakan daftar pemilih mesti dilakukan dan semangat pekerja-pekerja jentera parti mesti berada pada tahap optimum.

Tambahnya, tindakan segera bagi mengesan kelemahan jentera dan pembekalan peralatan pilihanraya juga mesti disiapkan segera.

"Kewangan dan dana pilihanraya mesti dikeluarkan dan dijana segera bagi melengkapkan peralatan asas yang perlu disediakan," nasihat beliau.

Selain itu, katanya gerak kerja rayuan undi, semakan daftar pemilih, peralatan pilihanraya dan cara penerangan isu-isu semasa semua parti mesti dilengkapkan sebelum parlimen dibubarkan.

"Gunakan dana pilihanraya di semua peringkat sekarang, bukan setelah parlimen dibubarkan. Segala-galanya akan berubah bilamana parlimen bubar.

"Untuk itu, jangan terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi melekakan kita dari tugas sebenar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang," nasihat beliau lagi.

Kempen 'Tunai 8 Tuntutan, Baru PRU-13' 30 Sept

Posted: 23 Sep 2011 02:13 AM PDT

Muhammad Faizal


PETALING JAYAt: Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 hari ini mengumumkan bahawa pihaknya akan mengadakan satu kempen baru iaitu "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13".

Jawatankuasa Pepandu Bersih 2.0, Dr Subramaniam Pillay menjelaskan pada satu sidang media kempen ini adalah lanjutan kepada tuntutan himpunan Bersih 2.0 yang diasakan pada 9 Julai yang lepas.

"Kempen ini bertujuan untuk meneruskan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia mengenai lapan tuntutan untuk reformasi pilihanraya dan untuk memberi peringatan kepada kerajaan supaya tidak mengadakan pilihanraya umum sebelum lapan tuntutan segera Bersih 2.0 itu ditunaikan.

"Pilihanraya umum tidak harus dilaksanakan tanpa memastikan tuntutan-tuntutan minima untuk pilihan raya bebas dan adil dipenuhi," jelasnya.

Tambah Dr Subramaniam lagi kempen ini akan diadakan pada 30 September jam 8.30 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan menyeru agar seluruh rakyat Malaysia hadir memberi sokongan.

"Kami menyeru agar rakyat Malaysia untuk hadir pada kempen tersebut di mana kami akan memberi penjelasan terperinci mengenai kempen tersebut," tambahnya lagi.

Ketika menyentuh berkenaan dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini, beliau menjelaskan PSC perlu perlu menyiapkan lapan tuntutan tersebut baru laksanakan pilihanraya.

"Penubuhan PSC adalah satu yang baik dan apa yang kami mahukan PSC perlu melaksanakan lapan tuntutan ini baru melaksanakan pilihanraya.

"Ini yang sepatutnya dilakukan terlebih dahulu tanpa perlaksanaan tuntutan ini sepenuhnya maka pilihanraya tersebut tidak akan bersih malah akan wujud gejala-gejala kotor seperti yang dilakukan pada pilihan raya yang lepas.

"Perlu diingat tuntutan Bersih ini bukan hanya untuk parti tertentu sahaja tetapi semua parti yang bertanding termasuk Barisan Nasional (BN), jadi kerajaan mahupun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak perlu takut untuk melaksanakan tuntutan tersebut," tambahnya lagi.

Sebelum itu perhimpunan BERSIH 2.0 yang di adakan pada 9 Julai menuntut lapan perkara agar pilihanraya negara ini benar-benar bersih iaitu bersihkan senarai pengundi, mereformasikan undi pos, guna dakwat kekal dalam pilihanraya, akses media bebas dan adil, tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah, hentikan politik kotor.

Sidang media yang diadakan di pejabat Empower itu turut dihadiri Maria Chin Abdullah dan beberapa jawatankuasa yang lain.

Simpanan tunai Selangor RM1.1b, rekod 28 tahun

Posted: 23 Sep 2011 02:12 AM PDT

Harakahdaily


SHAH ALAM: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.

"Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.

Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.

Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri.

Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.

Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.

"Walhal pada awalnya adalah menjadi kekhuatiran yang teramat sangat dalam diri patik selaku peneraju Kerajaan Negeri yang baharu untuk memikul amanah majoriti rakyat majmuk di negeri Selangor yang inginkan pembaharuan dalam erti kata hasil mahsul negeri dinikmati secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat majmuk di negeri ini," ujarnya.

Beliau menambah, demi kemaslahatan negeri dan rakyat negeri ini seluruhnya pula, Kerajaan Selangor sekarang melaksanakan dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor" yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Menurutnya, melalui dasar itu, beliauk dan barisan kepemimpinan di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung bersependapat bahawa hasil bumi negeri Selangor ini adalah milik rakyat Sultan Selangor.

Oleh itu, katanya limpahan daripada hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini sewajarnya dikembalikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor supaya sama-sama menikmatinya.

Katanya, dengan penduduk negeri berjumlah 5.3 juta orang yang terdiri daripada Melayu sekitar 49 peratus; Cina sekitar 29 peratus, India sekitar 16 peratus, dan keturunan lain sekitar 6 peratus, mereka tanpa mengira kelainan bahasa, agama, latar belakang pendidikan dan kecondongan politik, adalah layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan oleh kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan.

Beliau berkata, sejak dasar itu diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor hinggalah Jun 2011; sejumlah RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat Selangor.

Selain itu, katanya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta), Hadiah Anak Masuk Universiti (RM19 juta), Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan.

Dalam bidang pelaburan pula, beliau bersyukur kerana negeri Selangor terus didatangi oleh para pelabur dari dalam dan dari luar negara.

Katanya, sejak Januari hingga 30 Jun tahun 2011 ini sahaja jumlah pelaburan negeri Selangor bernilai sebanyak RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara.

Beliau menambah, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta.

"Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara," katanya.

Menurutnya, dari jumlah RM5,200 juta pelaburan tersebut terdapat sebanyak 135 projek yang terdiri dari 89 projek baharu dan selebihnya 46 projek sedia ada.

"Hal ini menjadikan Selangor jauh meninggalkan negeri-negeri lain yang kebanyakannya mempunyai tidak lebih dari 50 projek," katanya lagi.

Jelasnya, melalui pelaburan RM5,200 juta di atas Selangor telah berjaya membuka ruang pekerjaan sebanyak 10,000 pekerjaan yang kebanyakannya di dalam bidang elektronik dan elektrikal produk.

"Selangor berbangga menjadi penyumbang terbesar cukai dalam negara iaitu sebanyak 21 peratus pada 2010 dan kita menjangkakan jumlah yang sama dapat kita unjurkan pada tahun ini jika tidak jumlah yang lebih besar," katanya.

Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri; Kumpulan Semesta Sdn Bhd di mana peningkatan hasil pasir amat ketara sekali.

Katanya, pada tahun 2007, kutipan royalti hasil pasir hanya RM4 juta, 2009 sejumlah RM 5 juta dan pada 2010 melonjak kepada RM11 juta.

Menurutnya lagi, manakala pada tahun ini setakat bulan Jun telah mencapai kepada RM12 juta.

"Sejak ditubuhkan hingga setakat Jun 2011, Kumpulan Semesta telah berjaya mengumpul keuntungan berjumlah hampir RM50 juta," katanya.

Warga negara segera ancam keselamatan negara

Posted: 23 Sep 2011 02:09 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Kewarganegaraan segera yang diberi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kepada warga asing mengancam keselamatan rakyat, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Mustaffa Kamil Ayub, lapor KeadilanDaily.

Menurut Mustaffa, ia memberi kesan langsung kepada kestabilan ekonomi, politik dan sosial masyarakat semata-mata bagi memenuhi kelangsungan politik Umno-BN.

"Isu penting yang tidak boleh ditolak dalam isu ini ialah ia bakal mengundang peningkatan jenayah dalam masyarakat.

"Sebab, setiap warga asing memiliki latar belakang budaya berbeza dengan rakyat kita," katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajeed baru-baru ini yang mengakui rakyatnya mendapat kerakyatan mudah di Malaysia sejak setahun lalu dengan syarat mengundi Umno BN.

Pendedahan Hasina pada 16 September lalu melalui laman rasmi negara itu bagaimanapun dipadamkan keesokan harinya selepas isu itu didedahkan di Malaysia.

"Taktik ini juga bukti jelas betapa zalimnya pentadbiran Najib yang sanggup menjadikan nyawa rakyat demi survival politiknya," kata Mustaffa.

Pada masa ini masa ini, setengah juta warga Bangladesh berada di Malaysia termasuk yang sudah tamat tempoh permit mereka.

Angka itu diperoleh setakat 29 Jun lalu seperti diakui sendiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pertambahan jumlah itu melonjak lebih sekali ganda berbanding pada 2007 sekadar 200,000 orang sahaja.

Selain warga Bangladesh, laman antarabangsa Wikileaks baru-baru ini mendedahkan sebanyak 60,000 warga asing didaftarkan sebagai pengundi di negara ini.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangannya kira-kira 200,000 warga Indonesia turut didaftarkan sebagai pengundi.

Antara jenayah yang kerap dilakukan warga asing di negara ini ialah membunuh, merompak dan merogol gadis bawah umur.

Terbaru kes pembunuhan kejam seorang wanita yang dikerat badannya kepada 15 bahagian yang dilakukan warga Bangla.

Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook

Posted: 23 Sep 2011 02:08 AM PDT



SAN FRANCISCO - Para pengguna Facebook kelmarin memberi reaksi tidak puas hati tentang beberapa pembaharuan yang dilaksanakan di laman rangkaian sosial tersebut.

Di Facebook, orang ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan mewujudkan laman bertajuk 'Petisyen untuk menentang tapak web baru Facebook' manakala laman serupa, #NewFacebook turut diwujudkan di Twitter.

Sebahagian mereka mengadu bahawa perubahan terbaharu Facebook dibuat untuk meniru pesaingnya, Google+ dan perkhidmatan mesej perkongsian berita di Twitter.

"Ramai yang berasa tidak berpuas hati tetapi tiada seorang pun yang akan berpindah (menggunakan laman jaringan sosial lain)," katanya.

Para pengguna Facebook sebelum ini banyak membuat aduan tentang perubahan dalam laman sosial berkenaan tetapi mereka kemudian berusaha untuk menyesuaikan diri dan masih menjadi pengguna setia laman web itu.

Komen negatif itu disuarakan sehari selepas Facebook mula melaksanakan beberapa siri penambahbaikan dalam apa yang dinamakan oleh pengasasnya Mark Zuckerberg sebagai 'musim pelancaran' untuk ciri-ciri terbaru.

Ciri News Feed di Facebook yang memaparkan kemas kini daripada rakan-rakan kini memberi fokus kepada penghantaran penting dengan paparan imej yang lebih besar berbanding sebelumnya manakala kolum sembang Ticker pula ditambah untuk perbualan dalam masa sebenar.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Facebook banyak memberi tumpuan untuk mencipta kaedah-kaedah baharu supaya para pengguna dapat mengawal aspek penerimaan dan perkongsian maklumat dengan lebih baik.

Facebook pada minggu lalu membenarkan pengguna mengikuti perkembangan orang asing yang bukan rakan mereka melalui penambahan butang Subscribe seperti yang terdapat di Twitter.

Selain itu, Facebook juga membenarkan penggunanya membuat pilihan tentang jenis kemas kini daripada rakan-rakan yang dibenarkan dipaparkan di laman Facebook mereka.

Panel sembang Ticker di kolum kanan skrin Facebook pula membolehkan orang ramai bersembang melalui mesej teks jika terdapat paparan imej baharu atau penghantaran lain.

Facebook dijangkakan membuat lebih banyak pengumuman mengenai pembaharuan laman web itu pada persidangan tahunan pembina rangkaian laman sosial di sini hujung minggu ini.

Antara spekulasi yang tersebar termasuk pelancaran platform untuk perkhidmatan muzik dalam talian seperti Rdio dan Spotify selain paparan berita daripada agensi-agensi profesional.

Persidangan itu diadakan beberapa hari selepas enjin carian Internet Google melancarkan Google+ sebagai saingan terbaru Facebook.

- Kosmo

GP: BN boleh kalah PRU jika gagal urus isu ISA

Posted: 23 Sep 2011 02:06 AM PDT


KUALA LUMPUR - Dalam pandangan seumpama yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan rayau mum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.

Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu.

Menurut Ismail, isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi.

Ismail yang menggantikan Tan Sri Musa Hassan September 2010 berkata, walaupun kerajaan berjanji untuk melihat semula akta tersebut khususnya dalam hal tanpa perbicaraan, namun banyak pihak yang meragui langkah itu.

Penggubalan dan penguatkuasaan ISA terletak di tangan kerajaan pusat, yang diterajui oleh BN sejak negara merdeka.

"Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih simpati dan sokongan pengundi," kata beliau.

Justeru katanya, "jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang."

Ismail mengatakan demikian dalam satu bab bertajuk "Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju" dalam buku berjudul "1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020".

Buku itu dikeluarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi perutusan khas sempena Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan ISA dan menggantikan dengan dua undang-undang baru.

Ismail berkata, tindakan pantas dan 'pre-emptive' yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia dalam menangkap elemen-elemen utama dalam kumpulan-kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam (DI), Al-Qaeda dan Kumpulan Abu Sayyaf sejak 2001 merupakan faktor utama Malaysia terus selamat daripada sudut ancaman kumpulan militan di rantau ini.

Dalam tulisannya, Ismail juga menarik perhatian bahawa senario politik yang disaksikan pada Mac 2008 dijangka berlaturan pada masa-masa akan datang.

"Dalam pilihan raya umum ke-12, negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan parti pembangkang. Di peringkat Parlimen pula, BN gagal memperoleh dua pertiga majoriti.

"Ini menyebabkan keadaan politik di peringkat negeri tidak menentu dan rapuh. Keadaan ini dijangka berlarutan pada masa-masa akan datang," kata Ismail.

Tambah beliau, pemerintah di peringkat negeri hanya memperoleh majoriti mudah seperti yang dapat dilihat di negeri Perak.

Perikatan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum 2008 tetapi tumbang awal 2009 apabila tiga wakil rakyatnya bertindak keluar parti masing-masing.

Dalam perutusan khas Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Kata Perdana Menteri, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Najib menjelaskan, undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri.

Dalam ucapan sulung selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 Najib telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Malah, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.- Malaysian Insider

Anwar sampai mesej PRU 13 di Terengganu hari ini

Posted: 23 Sep 2011 02:04 AM PDT


KUALA TERENGGANU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyampaikan mesej sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Setiu dan Kuala Nerus, hari ini.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, siri lawatan Anwar ke negeri ini bagi menyampaikan mesejnya secara langsung kepada rakyat.

"Hari ini, Datuk Seri Anwar akan berkunjung ke Permaisuri, Setiu dan Batu Enam, Kuala Nerus untuk bertemu rakyat secara langsung.

"Anwar akan menyampaikan sendiri mesej kepada rakyat di Terengganu sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, insya Allah," ujarnya kepada Harakahdaily ketika berkunjung ke Majlis Hari Raya dan Rumah Terbuka PAS Terengganu di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota melahirkan rasa bangga dengan sambutan rakyat terhadap rumah terbuka PAS Terengganu.

Menurutnya, pelbagai lapisan masyarakat Melayu, Cina dan India termasuk di kalangan pemimpin MCA Terengganu hadir meraikan majlis tersebut.

Ini katanya, petanda penerimaan rakyat terhadap kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

"Saya lihat sambutan rakyat hari ini cukup baik dan meriah kerana semua lapisan masyarakat sama ada Melayu, Cina dan India hadir.

Menurutnya, usia kepimpinan Umno dan BN sudah berada dipenghujung yang mesti digantikan dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Hadir sama ke majlis tersebut mantan Pengerusi PKR Terengganu, Abdul Rahman Yusof serta beberapa orang pemimpin PKR Cabang Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.- Harakah Daily

Kejayaan Selangor bukti Pakatan lebih baik dari BN

Posted: 23 Sep 2011 02:00 AM PDT


KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang berjaya menambah simpanan tunai kerajaan negeri sebanyak RM1.1 bilion, dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun.

"Pencapaian ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah selama 3 tahun ini lebih baik daripada kerajaan di bawah Barisan Nasional yang telah memerintah puluhan tahun lamanya," kata Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Katanya, meskipun diserang oleh media arus perdana dan kerajaan Umno BN, kerajaan Pakatan Rakyat terus unggul dengan mencipta pelbagai kejayaan yang menguntungkan kerajaan negeri dan rakyat.

DPPWP, ujarnya percaya kejayaan itu diperolehi hasil daripada titik peluh, kesabaran, serta komitmen pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang berusaha dan berjuang demi rakyat, bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Katanya, kejayaan itu juga membuktikan bahawa pengurusan yang cekap, telus dan amanah mampu memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negeri sementara ketirisan, pemborosan serta kepimpinan yang tidak amanah dan cekap merugikan kerajaan dan negara.

Selain itu, katanya pembangunan yang berteraskan kebajikan di atas dasar 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' berjaya membuktikan bahawa agenda mengutamakan kebajikan rakyat tidak merugikan negeri.

"Malah agenda kebajikan inilah yang membawa pulangan serta keuntungan berlipat kali ganda kepada negeri," ujarnya.

Justeru, katanya DPPWP menyeru agar kerajaan negeri-negeri lain mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajaan Paktan Rakyat Negeri Selangor dengan pelbagai insentif khusus buat rakyat di negeri masing-masing.

Akhir sekali, katanya lagi DPPWP mengharapkan agar program penerangan di negeri Selangor dipertingkatkan agar rakyat keseluruhannya mengetahui kejayaan yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Tambahnya, DPPWP bimbang, program penerangan tidak sampai ke akar umbi yang menyebabkan rakyat tidak mendapat maklumat sebenar apa yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor selama 3 tahun ini.

"Semoga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus diberi kepercayaan untuk meneraju pentadbiran negeri selepas PRU ke 13 nanti. Teruskan kerajaan Selangor di dalam membela kebajikan rakyat!" katanya.- Harakah Daily

Edisi Siasat ntv7: Dokumentari tentang kemiskinan Sabah dipancung!

Posted: 23 Sep 2011 01:57 AM PDT

Lim Hong Siang


Sementara Perdana Menteri Najib Razak dipuji kerana menjanjikan ruang kebebasan bersuara sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September baru-baru ini, satu dokumentari yang mengisahkan jurang kemiskinan rakyat Sabah telah "dipancung", dilarang ke ruang udara sebagaimana yang dijadualkan, semalam.

Dokumentari bertajuk "Saya nak ke sekolah" (I want to go to school) ini dijadualkan untuk disiarkan dalam rancangan Edisi Siasat di stesen televisyen ntv 7, jam 11.30 malam, pada 22 September 2011. Menurut sumber, dokumentari ini telah dihantar untuk semakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada awal minggu ini, dibenarkan dengan "nasihat" agar sedikit "suntingan" (tapisan) dibuat sebelum disiarkan.

Bagaimanapun, LPF memaklumkan secara lisan kepada pihak Edisi Siasat, sehari sebelum dokumentari ini ke udara, bahawa ianya perlu "ditarik", kata sumber kepada MerdekaReview. Maka pihak ntv 7 terpaksa menyiarkan dokumentari yang telah disiarkan sebelum ini, untuk menggantikan kekosongan yang wujud ekoran daripada keputusan tersebut.

Menurut maklumat yang diperolehi MerdekaReview, tiada notis rasmi daripada LPF kepada ntv 7 berhubung keputusan tersebut, tetapi hanya alasan yang tidak rasmi, seperti "khuatir menjejaskan imej negeri Sabah".

Menurut Editor Eksekutif Buletin dan Isu Semasa (Mandarin) ntv7, Tan Boon Kooi, yang sempat dihubungi MerdekaReview pada kira-kira jam 2 petang, dirinya pun "teringin nak tahu apakah yang telah berlaku sebenarnya" (yang menjurus kepada keputusan tersebut). Bagaimanapun, beliau berkata, pasukan penerbit telah menyempurnakan tugas mereka, sebaik rancangan dokumentari itu siap dibikin.

"Sama ada ia dibenarkan untuk disiarkan atau tidak, itu di luar kawalan kami. Bukan sesuatu yang boleh kami putuskan," katanya kepada MerdekaReview.

Menurut "promo" rancangan yang disiarkan pada minggu lalu, dan pengenalan di laman sosial rasmi Edisi Siasat, dokumentari ini mengisahkan jurang kemiskinan yang ketara di negeri Sabah.

"Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak mengumumkan untuk bergabung dengan Semenanjung Tanah Malaya, membentuk Malaysia. 48 tahun kemudian, meskipun memiliki sumber semulajadi yang lumayan, namun Sabah dan Sarawak tetap ketinggalan secara perbandingan, dari segi pembangunan sosial ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan sebagainya."

Untuk 10 tahun ini, Sabah adalah negeri yang termiskin. Dari segi pendidikan, 21% daripada penduduk Sabah tidak berpendidikan. Apa masa depan anak-anak ini? Mengapa pula jurang kemiskinan antara desa dan bandar di Sabah begitu ketara? Sempena kita menyambut Hari Malaysia, marilah kita merenung masalah ini
."

Edisi Siasat pernah terima Anugerah Seri Angkasa 2005

Ini bukan kali pertama rancangan Edisi Siasat "dipancung". Pada Oktober 2008, rancangan dokumentari berjudul "Kuasa Masyarakat Sivil" dilarang ke udara. Sebagaimana yang difahamkan MerdekaReview, rancangan tersebut mengandungi adegan-adegan demonstrasi dan keganasan polis. Malah sebelum ini, pada September 2008, satu rancangan dokumentari yang bertemakan pertikaian agama turut dilarang ke udara.

Edisi Siasat adalah rancangan hal ehwal semasa yang amat popular di kalangan masyarakat Cina, malah pernah menerima Anugerah Majalah TV Terbaik dalam Anugerah Seri Angkasa 2005.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Pakatan Rakyat tidak berpecah kerana hudud

Posted: 23 Sep 2011 01:55 AM PDT

"Dan DAP tidak boleh marah kepada hudud itu. Biarlah PAS buat hukum itu di negeri yang dia berkuasa," kata bekas Timbalan Ketua AMK, Faris Musa.



PETALING JAYA: Hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS tidak akan memecahkan Pakatan Rakyat, demikian tegas beberapa pemimpin PKR dan PAS hari ini.

"Hudud tidak kena dengan orang bukan Islam. Tidak ada sebab mereka takut dengan hudud.

"Dan DAP tidak boleh marah kepada hudud itu. Biarlah PAS buat hukum itu di negeri yang dia berkuasa," kata bekas Timbalan Ketua AMK, Faris Musa.

Beliau juga menegaskan orang bukan Islam sudah memahami hukum hudud.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu kerajaan pusat membenarkan negeri itu melaksanakan hukum hudud.

Bagaimanapun, kenyataan itu menimbulkan kurang senang kepada DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh menempelak kemahuan Nik Aziz itu.
"Mengapa membangkitkan isu itu (hudud) kerana ia hudud bertentangan dengan perlembagaan negara," kata Karpal semalam ketika mengulas kenyataan Nik Aziz itu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun menyokong cadangan Nik Aziz itu.

Musim pilihan raya

Manakala Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi percaya tindakan Umno dan BN untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat melalui isu hudud tidak akan berjaya.

"Mereka tidak akan berhasil justeru kematangan dan kedewasaan pemimpin Pakatan Rakyat membaca helah Umno dan BN," katanya.

Nasharudin juga kagum dan menyokong kenyataan Nik Abdul Aziz yang konsisten dengan pendirian dan prinsip perjuangan Islam.

Beliau juga menegaskan bahawa isu hudud yang ditimbulkan itu menunjukkan pilihan raya telah tiba.

"Musim pilihanraya hampir serupa dengan musim tengkujuh dalam beberapa aspek terutama ribut yang menghuru-harakan dan petir yang gegak gempita.

"Kini Umno dan agensinya sedang porak peranda ekoran siri pendedahan yang konsisten Dewan Pemuda PAS Malaysia terhadap penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan konspirasi memenangkan Umno dan BN melalui cara yang tidak demokratik.

"Mereka cuba alih isu dan pandangan rakyat lalu cuba memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan isu hudud yang dicetuskan ini.

"(Tetapi) saya percaya tindakan mereka tidakkan berhasil justeru kematangan dan kedewasaan pemimpin Pakatan Rakyat membaca helah Umno dan BN," katanya.

Lantikan Isa sebagai Pengerusi Koperasi Felda tidak sah

Posted: 23 Sep 2011 01:53 AM PDT

Tindakan Najib melantik Mohd Isa jelas menyalahi tiga syarat yang terdapat dalam undang-undang kecil KPF.



SEREMBAN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan membantah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melantik Pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) kerana pelantikan itu tidak menepati tiga syarat undang-undang kecil KPF.

Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata tindakan Najib melantik Mohd Isa jelas menyalahi tiga syarat yang terdapat dalam undang-undang kecil KPF.

Menurutnya, undang-undang kecil itu menyebut "Seseorang yang dilantik menjadi Pengerusi KPF mestilah merupakan seorang Peneroka Felda atau Anak Peneroka Felda atau memegang jawatan tetap di dalam Felda."

Tegas beliau, "Mohd Isa bukan seorang Peneroka Felda. Bukan juga bukan anak Peneroka Felda dan bukan seorang yang berjawatan tetap di dalam Felda. Jawatan beliau sebagai Pengerusi Felda hanyalah jawatan bertaraf kontrak.

"Maka jelas disini Najib menyalah guna kuasa dengan melanggar undang-undang kecil KPF", kata Mohd Nazree.

Malah pelantikan Mohd Isa oleh Najib juga tidak ada merit kerana prestasi Felda sendiri tidak baik sejak beliau menjadi Pengerusi Felda.

Kes-kes saman peneroka terhadap pengurusan Felda menunjukkan kegagalan pentadbiran Mohd Isa yang jelas menindas peneroka.

"Pinjaman Felda daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak RM6 billion juga berlaku ketika Mohd Isa menjadi Pengerusi Felda. Malah Najib melantik Mohd Isa pada bulan Ogos lepas ketika Pengerusi KPF asal Dzulkifli Abdul Wahab sedang mengerjakan Umrah di Mekah.

"Saya difahamkan pelantikan Mohd Isa menggantikan Dzulkifli ini dibuat tanpa pengetahuan Dzulkifli sendiri yang juga merupakan Pengarah Besar Felda dan Ahli Lembaga Pengarah yang lain," ujar Mohd Nazree.

Mohd Nazree berkata Najib harus menjelaskan kepada umum terutama warga Peneroka Felda apakah rasionalnya beliau melantik Mohd Isa dalam keadaan tergesa-gesa dan jelas melanggar undang-undang kecil KPF.

"AMK Negeri Sembilan mendesak agar pelantikan Mohd Isa ditarik balik dan dibuat siasatan bagaimana proses pelantikan boleh dibuat tanpa prosedur yang betul. Kita bimbang pelantikan seumpama ini boleh menjejaskan integriti pengurusan KPF", ulas Mohd Nazree lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, ketika diminta mengulas isu tersebut berkata beliau sedia maklum isu tersebut dan isu tersebut akan dibawa ke Sidang Parlimen pada bulan Oktober ini.

"Yang pasti pada Sidang Parlimen bulan hadapan kami (Pakatan Rakyat) akan buat satu kejutan atau pendedahan besar berhubung kes ini", kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Ahli kimia DNA Australia nafi cuba keliru makamah

Posted: 23 Sep 2011 01:52 AM PDT

MALAYSIA KINI


Seorang ahli kimia dari Australia hari ini menafikan beliau berniat untuk mengelirukan mahkamah ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Brian McDonald berkata beliau melakukan kesilapan dan telah tersalah baca bukti yang dikemukakan ahli kimia Dr Seah Lay Hong kerana menyangka doktor itu membuat ujian asid fosfet (AP tests) pada palitan yang diambil daripada bahagian atas dan bawah rektum pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Dr Seah hanya melakukan ujian itu terhadap seluar dan seluar dalam Mohd Saiful.

"Saya tersilap baca bukti itu. Saya menyangka Dr Seah melakukan ujian AP terhadap palitan yang diambil daripada bahagian atas dan bawah rektum Mohd Saiful," katanya apabila menjawab soalan peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Anwar pada pemeriksaan balas sama ada beliau melakukan kesilapan tentang ujian AP yang dibuat Dr Seah.

Saksi pembelaan keempat itu juga berkata sekiraya Dr Seah melakukan ujian AP terhadap palitan berkenaan, ia akan menghasilkan beberapa bukti perbandingan dalam bidang perubatan.

"Saya tidak berniat hendak mengelirukan mahkamah. Ini bukan isu ketidakjujuran. Perkara sebenarnya ialah saya telah tersilap baca bukti yang dikemukakan," katanya.

Dr McDonald memberi keterangan itu pada perbicaraan Anwar, 64, yang dituduh meliwat bekas pembantu beliau Mohd Saiful, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Menjawab soalan mengenai degradasi sampel, Dr McDonald berkata isu degradasi amat penting dalam kes berkenaan kerana hanya bukti itu yang menentukan kredibiliti sampel spermatozoa.

Merujuk kepada kes semasa (kes Anwar) apabila ahli kimia berkenaan boleh mengambil DNA 56 jam selepas kejadian liwat daripada dubur Mohd Saiful, Dr McDonald berkata beliau berpendapat ia merupakan kes melibatkan tempoh paling lama yang pernah direkodkan dalam sejarah dunia sejak 40 tahun lepas.

Beliau berkata 56 jam merupakan tempoh paling lama yang pernah direkodkan dalam bidang DNA apabila sperma masih boleh diambil daripada dubur seseorang sebelum dibuat ujian yang menghasilkan hasil positif.

Dalam kes ini, sampel sperma diambil di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008 dan Dr Seah menerimanya kira-kira 56 jam kemudian.

Dalam keterangannya, Dr Seah mengesahkan spermatoza daripada sampel sperma yang diambil daripada dubur Mohd Saiful berada dalam keadaan baik.

Mengenai tulisan yang tersiar dalam jurnal perubatan pada 1997 bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' bahawa sperma boleh kekal di dalam rektum hingga selama 113 jam, Dr McDonald berkata kes itu amat jarang berlaku dan hanya 99 peratus boleh terjadi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan disambung pada 3 Oktober.- Bernama

Terima bantahan PAS, SPR gugur 52 nama

Posted: 23 Sep 2011 01:44 AM PDT

Abdul Rahim Sabri


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima bantahan PAS Shah Alam dan bersetuju untuk menggugurkan 52 nama yang meragukan daripada daftar pemilih di kawasan berkenaan.

NONETimbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad berkata, ia adalah daripada sejumlah 58 nama yang disenaraikan dalam bantahan PAS Shah Alam kepada SPR.

Keputusan itu dibuat selepas SPR mengadakan pendengaran terhadap bantahan tersebut Isnin lalu.

Manakala enam nama lagi dikekalkan dalam daftar pemilih selepas SPR berpuashati dengan penjelasan mereka.

Bercakap dalam sidang media di perjabat PAS Selangor hari ini, Khalid berkata dua daripada mereka yang digugurkan daripada daftar pemilih adalah dua orang yang dipercayai warga Indonesia, yang hadir dalam pendengaran tersebut.

Khalid berkata dua warga asing tersebut dikenali sebagai Erman Syamsuddin dan Edi Rabaini, masing-masing mengundi di Kampung Jawa dan Kampung Kuantan - dalam kawasan parlimen Shah Alam.

"Mereka datang bila kita buat bantahan di SPR. Mereka dipanggil untuk hadir. (Kita) Buat bantahan, orang yang kena bantah itu kena datang.

"Kalau tak datang, dianggap diterus gugur, bukan orang bermastautin. Mereka datang, (dan) mereka (kata) baru dapat kad pengenalan ini.

"Dia pun tak daftar sebagai pengundi... Dia kata, tak tandatangani apa-apa borang. Dia cakap loghat Indonesia masih pekat lagi," kata Khalid yang juga yang dipertua PAS Shah Alam.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, mereka menerima alasan keenam-enam warga asing itu kerana kesemuanya memang mendaftar sebagai pengundi dan menetap di Shah Alam.

Khalid berkata, pihaknya perlu membayar RM10 bagi setiap bantahan dan perlu membayar RM150 bagi setiap seorang yang hadir sebagai "gantirugi dia bercuti dan datang ke SPR".

Pihaknya juga telah menjelaskan bayaran tersebut, tambahnya.

Dalam sidang media itu juga, setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata pendengaran bantahan mereka didengar di Kuala Selangor hari ini, manakala pendengaran di Subang berlangsung kelmarin.

"Daripada tuntutan kita itu, 90 peratus kita menang. Bermakna 90 peratus itu mereka hadir dan Mereka tidak didaftarkan oleh sesiapa," dakwanya.

Sehubungan itu, katanya, jika ini berleluasa, mereka akan membuat laporan polis sebagai kes penipuan dan akan memantau sesiapa yang masuk Selangor.

Tempoh bantahan daftar pemilih bermula Isnin lalu dan berakhir minggu hadapan. Semua bantahan dibuat Ogos lalu.

Mahathir: Rakyat pandang jijik wakil rakyat mewah

Posted: 23 Sep 2011 01:42 AM PDT

Salhan K Ahmad


Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur wakil rakyat BN supaya mengubah imej mewah yang ditonjolkan sehingga menyebabkan rakyat berasa jijik dengan parti itu.

NONEKatanya, faktor tersebut merupakan salah satu sebab BN merekodkan prestasi buruk pada 2008 – yang masih belum dapat dipulihkan hingga kini.

Persepsi tersebut antara lainnya berpunca daripada kegiatan membeli undi dari kalangan perwakilan semasa pemilihan parti.

"Golongan muda pandang parti komponen sebagai korup dan mereka tidak ingin sokong. Walau tak ramai yang tak sokong, sikit-sikit tak dapat undi, kita akan kalah," katanya dalam satu majlis di Dewan Umno bahagian Kuala Selangor hari ini.

Dalam majlis anjuran Kelab ADUN BN itu, Mahathir turut mengulas mengenai program melibatkan 171 orang wakil rakyatnya yang kini menyertai program permukiman selama tiga hari di Selangor.

Salah satu program berkenaan menetapkan wakil rakyat berkenaan untuk menginap di sebanyak 320 buah kediaman keluarga di setiap kawasan DUN Selangor.

"Bagus tidur dengan rakyat ini, tapi bila datang ke rumah penduduk yang robek dengan kereta Mercedes, ini tidak betul.

"Imej kita kena jaga. Kalau jadi wakil rakyat, tiba-tiba jadi kaya, orang akan benci kepada kita," katanya lagi dalam ucapannya kepada wakil rakyat berkenaan.

Calon 'payung terjun'

Tambahnya, wakil rakyat berkenaan perlu memberi perkhidmatan yang ikhlas kepada masyarakat, seperti menurap jalan.

Dengan sinis, Mahathir berkata mereka akan berasa berpuas hati apabila kerja tersebut berjaya dijalankan dan bukannya kerana "dapat kontrak untuk buat jalan tar."

NONEMahathir berkata beliau kini boleh berkereta mewah kerana beliau bukan lagi seorang wakil rakyat dan tidak perlu memikirkan persepsi masyarakat.

"Siapa-siapa tak suka kat saya tak apa... Tapi kalau imej wakil rakyat buruk, keburukan itu akan terpalit kepada parti," katanya.

Mengulas mengenai pemilihan calon – satu lagi isu yang menyebabkan perpecahan dan kekalahan BN dalam pilihan raya sebelum ini – Mahathir berkata wakil rakyat berkenaan perlu menerima hakikat bahawa mereka mungkin tidak akan diturunkan sekali lagi.

Namun, wakil rakyat BN itu perlu terus menyokong calon yang diumumkan – termasuklah calon 'payung terjun' sekiranya bahagian tidak mempunyai calon yang sesuai ataupun untuk meletakkan individu tertentu sebagai menteri.

"Sebab ada juga teguran yang kata menteri tak tahu itu ini," katanya yang menjelaskan bahawa calon payung terjun itu bagaimanapun tidak boleh terlalu ramai.

Saksi: Enjin F5 bukan untuk dilupuskan

Posted: 23 Sep 2011 01:38 AM PDT

MALAYSIA KINI


Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini diberitahu bahawa dua enjin pesawat F5 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) "yang hilang" dua tahun lepas, bukan untuk dilupuskan kerana ia hanya mengalami kerosakan kecil.

Juruteknik di Airod Sdn Bhd (Airod), Omar Itam, berkata kedua-dua enjin pesawat yang masing-masing mempunyai nombor siri E227718 dan E227856 itu telah dihantar ke Matra 1 di Pangkalan Udara Kuala Lumpur untuk diperbaiki kerosakannya.

Omar, 52, saksi kedua pendakwaan dalam perbicaraan kes terhadap anggota TUDM Sjn N Tharmendran dan ahli perniagaan, K.Rajandran Prasad, yang menghadapi tuduhan bersubahat mencuri dan melupuskan kedua-dua enjin itu, berkata walaupun terdapat enjin pesawat F5 yang tidak dapat dibaiki dan perlu dilupuskan, beliau tidak terlibat dalam proses pelupusan itu.

Ketika dutanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hamidi Mohd Noh, mengenai cara untuk membezakan enjin pesawat F5, Omar berkata: "Setiap enjin pesawat F5 mempunyai nombor siri yang berbeza dan dengan melihat nombor siri yang terdapat pada enjin berkenaan kita dapat membezakannya."

Seorang lagi saksi, Hilal Mohd Yusof, 54, yang juga juruteknik di Airod, berkata beliau merupakan orang terakhir yang melihat kedua-dua enjin pesawat F5 itu dimasukkan ke dalam kontena sebelum dihantar ke Matra 1.

Hilal berkata enjin pesawat F5 bernombor siri E227718 sampai di Airod pada 12 April 2007 dan pembungkusannya siap dilakukan pada 21 Jun 2007 tetapi beliau tidak ingat bila enjin pesawat F5 yang mempunyai nombor siri E227856 sampai di Airod, tetapi pembungkusan enjin itu dilakukan pada 25 September 2009.

"Saya yang mengendalikan kren untuk mengangkat enjin dan turut memastikan nombor siri yang tertera pada enjin adalah sama dengan label yang diletakkan pada kontena.

"Semasa menurunkan penutup kontena itu, saya akan memastikan enjin berada dalam keadaan baik dan proses pembungkusan enjin itu turut dibantu oleh juruteknik Omar dan Osman Abdullah," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Hamidi.

Ketika disoal peguam Rajpal Singh, peguam yang mewakili Tharmendran, bagaiman beliau tahu mengenai kehilangan kedua-dua enjin pesawat berkenaan, Hilal berkata: "Saya tahu mengenainya selepas dipanggil untuk perbicaraan dan itupun selepas digembar-gemburkan oleh pihak TUDM."

Pada 6 Jan tahun lepas, Tharmendran, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi pada 30 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Rajandran Prasad, pengarah sebuah syarikat pembekalan, turut mengaku tidak bersalah pada tarikh yang sama terhadap tuduhan melupuskan dua enjin TUDM itu di alamat 49 Jalan TS 6/6, Taman Industri Subang, pada 30 April 2008.

Rajandran Prasad, yang diwakili peguam Gobind Singh Deo, didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pada 20 Ogos lalu, Tharmendran turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram RM62,000, manakala Rajandran Prasad mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan serupa melibatkan RM437,319.50.

Perbicaraan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin disambung 10 Oktober ini.-- Bernama

Himpunan Hindraf: Murugan dihukum 14 hari penjara

Posted: 23 Sep 2011 01:36 AM PDT

MALAYSIA KINI


M Murugan - satu-satunya yang tidak mengaku salah terhadap tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa perhimpunan Hindraf pada November 2007, hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

murugan hindraf rally trial 230911Murugan, 47, dijatuhkan hukuman 14 hari penjara hari dan denda RM2, 000 oleh Hakim Mohamad Sekeri Mamat.

Murugan adalah satu-satunya daripada lebih 100 orang, yang
berdepan dengan tuduhan yang sama di mahkamah Kuala Lumpur dan Shah Alam, yang mengekalkan pengakuan tidak bersalah.

Manakala sebahagiannya - yang mengaku salah sewaktu perbicaraan mereka separuh jalan - berkata mereka berbuat demikian kerana kesulitan untuk menghadiri perbicaraan mahkamah.

Mereka diperintahkan untuk membayar denda antara RM750 hingga RM1,500.

Hakim Sekeri membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan dan mengekalkan jumlah bon.

Bagaimanapun, penanggguhan pelaksanaan hukuman tidak diberikan bagi denda sebanyak RM2,000 itu.

Johor wujud pusat pemilihan akidah

Posted: 23 Sep 2011 01:36 AM PDT

MALAYSIA KINI


Johor akan mewujudkan Pusat Pemulihan Akidah di Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) tahun depan, bagi memulihkan akidah umat Islam yang terlibat dalam kegiatan ajaran sesat dan gerakan agama lain.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata penubuhan pusat itu akan lebih sistematik mengikut modul khusus yang ditetapkan, bagi memastikan golongan terbabit menerima kaunseling dan kefahaman yang lebih berkesan.

"Kita mewujudkan pusat pemulihan akidah ini supaya kita dapat menangani masalah akidah secara lebih spesifik dan teratur, bukan sekadar kita beri ceramah tetapi meliputi modul-modul yang tertentu," katanya kepada pemberita selepas penyampaian dana syariah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) negeri, di Johor Baharu hari ini.

Beliau berkata sekalipun jumlah yang terlibat adalah sedikit serta terpencil, namun kerajaan negeri berpandangan perkara itu harus diberi perhatian serius sebelum keadaan menjadi parah.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan dana berjumlah RM100,000 sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada Dana BSK yang diuruskan Jabatan Kehakiman Syariah di JAIJ.

Dana BSK diwujudkan bagi mengatasi masalah pengabaian perintah nafkah yang dikeluarkan mahkamah syariah seluruh negara oleh para suami atau bapa terhadap isteri dan anak-anak mereka.-- Bernama

Balu dakwa peguam SPRM fitnah Sarbaini

Posted: 23 Sep 2011 01:35 AM PDT

MALAYSIA KINI

Balu kepada Ahmad Sarbaini Mohamed hari ini mendakwa peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam prosiding inkues telah memfitnah Allahyarham suaminya melalui satu kenyataan.

NONEMaziah Manap (kanan) berkata beliau kesal dengan tindakan oleh peguam SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mendakwa Penolong Pengarah Kastam Selangor itu meninggal dunia ketika cuba melarikan diri untuk berjumpa seorang rakan.

"Kenyataan (hujah peguambela) SPRM tersebut tidak disokong oleh sebarang keterangan semasa inkues dan merupakan satu tohmahan dan spekulasi oleh SPRM sehingga membabitkan nama pihak ketiga," kata Maziah dalam satu kenyataan.

Muhammad Shafee melalui satu kenyataan hujah peguambela pada 12 September lalu mendakwa, Ahmad Sarbaini berniat melarikan diri untuk bertemu seorang kakitangan syarikat pengangkutan Schenker Logistics (M) Sdn Bhd, Wan Zainalabidin Wan Zaki.

"Kenyataan akhbar tersebut dihebahkan secara meluas seolah-olah ianya satu fakta hakiki.

"Saya sangat dukacita dan sedih dengan kenyataan akhbar SPRM tersebut yang merupakan satu lagi tohmahan yang sangat zalim terhadap Allahyarham dan keluarga saya," kata Maziah dalam satu kenyataan.

Maziah mendakwa, Shafee membuat kenyataan tersebut supaya kenyataan yang diberikan oleh Allahyarham Ahmad Sarbaini dan Wan Zainalabidin kepada SPRM sebelum ini "dapat diselaraskan."

Sedangkan, katanya, hujah yang dikemukakan oleh peguam Wan Zainalabidin telahpun menyatakan bahawa:

  • Tidak terdapat sebarang bukti bahawa Allahyarham terbabit dengan salah laku rasuah.
  • Tidak terdapat sebarang sebab untuk Allahyarham takut dan cuba melarikan diri.
  • Tiada asas kepada teori SPRM bahawa Allahyarham cuba melarikan diri untuk memberikan amaran kepada Wan Zainalabidin demi memastikan pernyataan mereka menjadi konsisten.
  • Pengakuan Allahyarham yang kononnya telah diperolehi, adalah secara muslihat, perdayaan dan paksaan dan amat bercanggah dengan pernyataan awalnya di mana Allahyarham secara tegaas menafikan sebarang perlakuan rasuah
  • Pemadaman rakaman CCTV pada waktu kejadian selama tempoh lebih 22 jam seperti disahkan oleh pegawai forensik, ASP Fauziah Che Mat, menunjukkan usaha SPRM untuk menyembunyikan kejadian sebenar.
Katanya lagi, beliau menjawab kenyataan berkenaan kerana tidak sanggup lagi mendengar cemuhan yang dibuat "semata-mata untuk melepaskan SPRM daripada dipertanggungjawabkan ke atas kematian suami saya."

Beliau juga mahu pihak yang menyebabkan kematian suaminya itu dipertanggungjawabkan supaya maksud "keadilan" membawa erti kepada keluarga mereka.

Inkues berhubung kematian Ahmad Sarbaini dijadualkan akan diputuskan pada Isnin depan.

'SPR akan gugur 220 warga asing'

Posted: 23 Sep 2011 01:27 AM PDT

Abdul Rahim Sabri


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan sejumlah 220 lagi warga asing daripada rang daftar pemilih di negeri itu.

Mereka antara 222 orang yang dibantah PAS Paya Jaras - dalam parlimen Subang - dan didengar suruhanjaya berkenaan pada Selasa dan Rabu lalu.

Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS DUN itu Mohamad Fisal Mohamad Yusoff berkata, semua mereka memegang kod 71 dalam kad pengenalan penduduk tetap (PR) - kad pengenalan merah - sewaktu membuat semakan.

"Dalam rekod JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), mereka semua memegang kad pengenalan merah, oleh kerana itu kita membuat bantahan.

"Dan semasa bantahan, mereka masih lagi memegang kad pengenalan merah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurutnya lagi, daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 30 orang hadir semasa pendengaran di pejabat SPR negeri di Shah Alam.

"(Seramai) 28 orang daripadanya memberitahu tidak pernah memohon (sebagai pemilih) dan tidak tahu nama mereka didaftarkan sebagai pengundi," kata Mohamad Fisal.

Beliau menegaskan kebanyakan daripada pemegang kad pengenalan itu berasal dari Kemboja dan Indonesia.

Sehubungan itu, kata Mohamad Fisal, SPR akan menggugurkan nama mereka sebagai pemilih susulan bantahan yang dibuat pada 2 Ogos lalu.

Semalam SPR dilapor menerima bantahan PAS Shah Alam dan bersetuju menggugurkan 52 nama yang meragukan daripada daftar pemilih di kawasan itu, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad.

Hudud: MCA, Gerakan sanggup pisah dengan Umno

Posted: 22 Sep 2011 05:23 PM PDT

Hazlan Zakaria


MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

spad meeting mca and jalan sultan shop owners 230811 chua soi lekPresidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek (kiri) berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud.

Bagaimanapun, katanya, bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama. Baca berita penuh]

Gerakan: Kita bukan negara Islam

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan.

NONE"Kita bukan negara Islam tetapi negara dengan majoriti umat Islam dan minoriti bukan Islam yang ketara.

"Struktur asas perlembagaan kita mengekalkan kepelbagaian ini dan ia menunjukkan kenapa undang-undang sekular digunapakai terhadap semua orang.

"Kita tidak boleh ada set undang-undang berbeza untuk setiap seksyen masyarakat," katanya.

Chang (kanan) juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan.

Kejutan Baru Buat UMNO Pontian

Posted: 22 Sep 2011 05:17 PM PDT

Kiriman MTDPASBENUT


PARIT BETAK- PAS Dun Benut sekali lagi membuat kejutan apabila dua buah cawangan baru iaitu Kampung Permatang Duku dan Parit Betak kini mula bertapak di kubu kuat UMNO dengan disempurnakan pelancaran plaknya oleh YB Dato' Seri Ir.Nizar Jamaludin, Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Nizar yang juga Mantan Menteri Besar Perak dalam kenyataannya di sini menganggap bahawa kampung yang dibelai oleh Datuk Ahmad Maslan iaitu kampung Permatang Duku selama ini, menjadi petanda UMNO akan runtuh di bumi Johor.

Hal ini ujarnya, Kampung itu pernah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kampung Tercantik peringkat Kebangsaan 2010 berjaya ditembusi dengan penubuhan PAS cawangan.

'Dulu kuat UMNO. Sekarang dah nak runtuh. Sebab kampung pujaan (Datuk) Mat (Ahmad) Maslan yang cantik itu dah kita tembusi. Nampak saja cantik tapi tak cantik pun.' katanya lagi,

Beliau berkata demikian diawal ucapannya pada majlis Hi Tea bersama Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin, di warung Wak Seran, Unit Peti Undi (UPU) Parit Betak, dekat sini, baru- baru ini.

Sementara itu, Pengelola PAS Dun Benut, Ustaz Atan Gombang mengingatkan kepada Datuk Ahmad Maslan supaya tidak memperkecil-kecilkan sumbangan PAS kepada masyarakat.

Hal ini katanya, kerana PAS sebagai parti politik yang berdaftar dan dibenarkan oleh perlembagaan unruk bergerak dalam negara ini secara bebas.

'Saya berasal dari Kampung Parit Yussof, Lubok Sifat (sekampung dengan Datuk Ahmad Maslan) saya kenal dia. Jangan pertikai PAS. Ahmad Maslan, jangan naikkan sepanduk bukan-bukan. Ini bukan negara UMNO, tapi negara Malaysia.' bidasnya lagi.

Atan mengulas demikian setelah mendapati ada pihak yang tidak bertanggung jawab menggantung banner provokasi bagi tujuan menggagalkan program Hi Tea bersama Ir Nizar Jamaluddin seperti yang dilaporkan Mtd Pas Benut dalam laman facebooknya sebelum ini.

Nizar sebelum ini dalam rangka lawatan sehari ke Johor berpeluang bersama masyarakat di empat tempat berasingan iaitu Program Hi tea Di Dun Benut, Program Hi Tea di Parlimen Simpang Renggam, Jamuan Hari Raya di Parlimen Gelang Patah dan Ceramah Umum di Parlimen Tanjung Piai."

Tiada ulasan: