Khamis, 15 September 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Buaya dalam Kurungan TERBESAR di Dunia

Posted: 15 Sep 2011 08:47 AM PDT


Inilah Clay Cassius, buaya air masin yang diiktiraf Guinness Book of Records sebagai buaya terbesar di dalam kurungan.
 

Clay Cassius seberat hampir satu tan dan berukuran 18 kaki panjang dipercayai berusia sekurang-kurangnya 100 tahun dan telah tinggal di Marineland Melanesia di Green Island di Australia selama 24 tahun.
 
Menurut DM, Cassius ditangkap pada tahun 1984, di selatan Darwin, sebelum dipindahkan ke Green Island, yang letaknya 17 batu di luar pesisir dari Cairns, di Great Barrier Reef Australia.
 
Namun, buaya sepanjang 6.4 meter (21 kaki) yang digelar Lolong yang ditangkap di Filipina baru-baru ini kini bakal mengambil alih rekod Clay. Cerita tentang Lolong boleh dibaca di sini.-DCM



SELAMAT HARI MALAYSIA

Posted: 15 Sep 2011 07:36 AM PDT


Sedikit imbasan sejarah Hari Malaysia buat yang sudah lupa, atau ingat-ingat lupa (termasuk TM yang mengolahkan artikel dari Wikipedia). Hari Malaysia disambut pada 16 September untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 16 September 1963. Tarikh ini menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Singapura disingkirkan dari gabungan Malaysia oleh Tunku Abd Rahman pada  9 Ogos 1965 selepas timbul beberapa polemik. Namun banyak pihak menganggap tindakan Tunku itu merugikan Malaysia dalam jangka panjang.

Pembentukan Malaysia ini dirancang pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan hari itu disambut bersama-sama dengan sambutan hari Kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina berkaitan dengan pembentukan Malaysia telah melambatkan pengisytiharan Malaysia. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Sebelum ini, Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri.  Mulai tahun 2010, barulah Hari Malaysia dijadikan cuti am di semua negeri di Malaysia. Mengapa mulai 2010 kerajaan BN mahu menyambut Hari Malaysia? Semuanya gara-gara tekanan rakyat dan inisiatif Pakatan Rakyat mengiktiraf dan menyambutnya di seluruh negara! Fakta ini akan menjadi sejarah. Fakta ini tidak boleh diputaralamkan oleh profesor cari makan!

SELAMAT HARI MALAYSIA kepada warga Malaysia. - DCM


[Gambar] Soalan Cepu Emas: "Beli Tiket Wayang ke Bang?"

Posted: 15 Sep 2011 04:07 AM PDT

Sumber gambar: FB Radin B


P/s: "Errr, tengok cerita apa bang?"


Koperal Jenain Subi BERSALAH Sebabkan Kematian Aminulrasyid Amzah, TETAPI Hanya Kena...

Posted: 14 Sep 2011 09:55 PM PDT


Saya petik:
[MK] Koperal Jenain Subi, 49, hari ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara setalah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah.

Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 30 tahun penjara.

Hakim Latifah Mohd Tahar mendapati Jenain melakukan perbuatan itu di antara jam 1.10 dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam pada tarikh tersebut.

Katannya, pendakwaan telah berjaya membuktikan peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan pada malam itu.

Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.

Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.


P/s: Saya bukan mahu mempertikaikan keputusan mahkamah, namun, jika ditanya pendapat ramai, hukuman yang dikenakan terhadap pesalah terlalu ringan. Walhal dalam perbicaraan kita dimaklumkan bahawa TEMBAKAN MEMBABI BUTA daripada senjata pesalah memuntahkan 21 butir peluru. Situasi itu tidak ubah seperti filem yang memaparkan aksi polis mengejar penjenayah yang sudah disahkan penjenayah. 

Mahkamah ada opsyen sehingga 30 tahun. Mengapa hanya pilih 5? Bagaimana pula TEMBERANG penemuan "parang" dan kenyataan lain yang memburukkan mangsa? Adakah "dilupakan" begitu sahaja? Keluarga mangsa perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk membersihkan imej mangsa.

 




[Berita Baik] Kerajaan PR Selangor Laksana Gaji Minimum RM1500: Jika Anda Kakitangan Kerajaan Negeri, Masih KEMARUKkah Pangkah BN?

Posted: 14 Sep 2011 08:26 PM PDT


Saya petik:

[TVS] SHAH ALAM 15 SEPT : Bermula Januari tahun hadapan, setiap kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bakal menikmati skim gaji minima RM1,500.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, pelaksanaan gaji minima ini adalah di antara pelan-pelan tindakan tiga tahun Pakatan Rakyat 2011-2013 yang akan dilancarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim esok.

Pakatan Rakyat sebelum ini menerusi Buku Jingga berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja di Malaysia dalam janji 100 hari pentadbirannya di Putrajaya.

"Kini kita terjemahkan janji itu dengan melaksanakannya terlebih dahulu di negeri Selangor," katanya.

Berbagai pelan tindakan telah dirangka yang merangkumi pelbagai aspek; pembangunan negeri dan kebajikan rakyat. Ia merupakan janji gagasan itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang mungkin diadakan akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan.

Pelan tindakan ini juga bakal menyediakan peruntukan RM5 juta untuk pembangunan kampung baru di seluruh Selangor.

Tahun lalu, sebanyak RM4.6 juta diperuntukkan bagi membantu 465 kampung melaksanakan program kemasyarakatan di mana sebanyak RM10,000 diberikan untuk setiap kampung membabitkan kampung tradisional dan kampung baru Cina di seluruh Selangor.

Bagi meningkatkan kualiti kemudahan untuk rakyat, kerajaan negeri juga setuju untuk menyediakan dana sebanyak RM4 juta untuk membaiki jalan-jalan di kampung-kampung tradisi di negeri ini.

Sementara bagi hal ehwal keselamatan pula, RM3 juta akan diperuntukkan bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang mencatatkan peratusan jenayah yang membimbangkan. Pemasangan CCTV akan dimulakan di Subang Jaya.

Manakala RM1 juta pula akan diperuntukkan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini bagi kegunaan penyelenggaraan longkang, jalan raya dan jambatan di kawasan masing-masing.

Sementara itu, kerajaan negeri juga bakal melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan atau pilihan raya kerajaan tempatan bermula tahun hadapan di Petaling Jaya.


P/s: Penyokong UMCO tegar pun akan berfikir 100 kali sebelum memangkah BN!



Budak 16 Tahun SEBARKAN Video Seksnya kepada Penduduk Kampung dan Ibu BapaTeman Wanitanya

Posted: 14 Sep 2011 06:01 PM PDT

Sekadar hiasan.
Seorang remaja lelaki di Melaka mengedarkan video klip yang memaparkan dirinya mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya, seorang remaja bawah umur kepada beberapa individu di sebuah kampung di Kampung Pengkalan di Alor Gajah lapor Daily Chili.

Menurut sumber, budak lelaki itu, berusia 16, bertindak mengedarkan klip berikut selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang berusia 14 tahun.

Antara individu yang menerima  klip tersebut melalui perkhidmatan multimedia (MMS) termasuklah jiran keluarga teman wanitanya dan pemimpin masyarakat di kampung tersebut.

"Apabila saya melihat klip tersebut, saya memutuskan untuk memberitahu ibu bapa remaja perempuan itu. Saya rasa remaja lelaki itu mengedarkan klip itu dengan sengaja kerana marah  terhadap teman wanitanya," kata seorang penduduk yang merupakan kenalan kepada ibu bapa remaja perempuan terbabit.

Klip video itu didakwa dirakam ketika pasangan itu mengadakan hubungan hubungan seks di sebuah hotel bajet di Melaka beberapa bulan lepas.

Difahamkan ibu remaja perempuan berusia 39 tahun  menerima klip tersebut pada pukul 8:00 malam pada hari Selasa dan terkejut melihat anaknya yang melakukan hubungan intim dengan teman lelakinya.

Remaja perempuan itu mengaku mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah hotel. Susulan itu, ibu remaja terbabit telah membuat laporan polis pada hari yang sama.-DCM

P/s: Habis terbarai budak-budak sekarang!


Wanita Ditipu Jururawat GEMPAL

Posted: 14 Sep 2011 05:18 PM PDT


Saya petik:


NORIDA menunjukkan laporan polis yang dibuat keatas Premila yang didakwa menipunya hingga kerugian RM11,000 di Sungai Puyu, Butterworth semalam.


[Kosmo] BUTTERWORTH - Macam-macam cara orang menipu. Dalam kejadian di Sungai Puyu dekat sini, seorang wanita kerugian RM11,000 apabila mendakwa diperdaya jururawat peribadi arwah ibunya yang menghidap kencing manis.

Norida Abdul Rahim, 50, mendakwa, kejadian itu berlaku sebaik dia mendapatkan khidmat jururawat bergelar Premila, 20-an, selepas dicadangkan oleh seorang kakitangan Hospital Seberang Jaya awal Januari lalu.

Dakwanya, mereka sekeluarga pada mulanya senang dengan tingkah laku wanita tersebut memandangkan dia cepat mesra, bermulut manis dan mengambil berat terhadap ibunya walaupun dikenakan caj rawatan yang tinggi. Ibu Norida telah meninggal dunia Jun lalu.

"Premila yang berbadan gempal merupakan pemilik sebuah pusat kejururawatan di sini. Dia begitu baik dan mesra dengan saya sekeluarga.
"Bagaimanapun, tidak sampai sebulan, dia minta pinjam RM4,500 dengan alasan bapanya sakit jantung dan berjanji membayarnya selepas Tahun Baru Cina tetapi tidak dilunaskan," ceritanya.
Tambahnya, tidak cukup dengan itu, Premila yang pandai bermuka-muka memberitahu yang dia mengenali orang dalam di syarikat automotif BMW di Kanada lalu mencadangkan supaya anak lelaki Norida dihantar mengikuti latihan sambil bekerja di sana.
Menurut Norida, Premila turut berjanji untuk membiayai perjalanan Norida sekeluarga ke sana dan menguruskan proses dokumentasi tetapi perlu membayar RM3,000 sebagai ikatan (bon) pengesahan kepada syarikat itu.
SALINAN surat palsu yang diterima Norida mengatakan anaknya diterima menyertai latihan sambil bekerja di syarikat BMW, Kanada.







"Kami sekeluarga telah mengadakan kenduri kesyukuran selain memohon cuti selama seminggu untuk ke sana. Sebagai tanda terima kasih, saya belikan iPhone kepadanya," katanya lagi yang mendakwa memberi RM4,000 lagi kepada suspek sebagai pinjaman.

Bagaimanapun katanya, dia mula ragu-ragu apabila melihat surat tawaran yang beralamat di Kajang itu mempunyai beberapa kesilapan dalam ejaan.

"Tembelang Premila pecah apabila saya mengetahui yang tawaran itu tidak wujud selepas menghubungi Bahagian Sumber Manusia BMW Motors Malaysia pada 13 April lalu," katanya yang membuat laporan di

Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas pada 18 April lalu.

Ujar Norida, dia telah menghentikan khidmat Premila sejak April lalu selepas gagal mendapatkan wangnya semula dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika didekati wanita tersebut.

.
P/s: Macam-macam cara orang menipu dan ditipu!

Tiada ulasan: