[Video] Jangan Keliru!!! Malaysia ada Hubungan Diplomatik dengan China, UMCO juga ada MoU/Kerjasama dengan Parti Komunis China, BUKTINYA... Posted: 13 Sep 2011 10:02 AM PDT
Saya sudah siarkan video ini dalam kiriman yang lalu. Video ini juga beredar di FB. Anda jangan keliru apabila pemerintah menafikan hubungan dengan Parti Komunis China. Mereka mendakwa Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan China.
Betul!!!
Yang mengelirukan ialah UMCO, atas nama parti juga mengadakan MoU dan kerjasama dengan Parti Komunis China. Maknanya, UMCO sebagai parti politik menjalinkan kerjasama dalam pelbagai perkara dengan Parti Komunis China. Anda jangan keliru dengan kelentong media perdana. Ada beza antara hubungan negara dengan hubungan antara parti.
Tidak percaya, sila dengar penjelasan SU Agong UMCO. Butiran MoU dan kerjasama ada dinyatakan dalam video di bawah ini - DCM
Masih tidak percaya? Masih keliru? UMCO-Komunis!!!
|
Buku Panduan BUNUH DIRI Jepun Posted: 13 Sep 2011 07:24 AM PDT
Masyarakat Jepun memang terkenal dengan budaya membunuh diri sejak dahulu lagi. Misalnya, harakiri, iaitu tindakan membunuh diri demi maruah yang dilakukan oleh para kesatria Jepun. Begitu juga tindakan kamikaze yang memperlihatkan keberanian dan pengorbanan anggota tentera Jepun terhadap negara mereka pada Perang Dunia 1 dan II lalu. Bagaimana dengan generasi muda Jepun pada hari ini?
Wataru Tsurumi, penulis buku Panduan Lengkap untuk Membunuh Diri kembali muncul berhadapan dengan khalayak. Editor majalah itu mencetuskan kontroversi sewaktu melancarkan bukunya pada tahun 1993.
"Saya membongkarkan tabu masyarakat Jepun," cetus lelaki berusia 42 tahun itu.
Dalam bukunya, Tsurumi menulis cara-cara untuk membunuh diri, misalnya mengambil ubat tertentu, memotong urat nadi, hinggalah menggunakan gas karbon monoksida. Semuanya diterangkan secara terperinci.
Menurut fakta, Jepun merupakan negara yang mempunyai angka bunuh diri tertinggi di dunia bersama-sama dengan Rusia dan Hungary. Lebih daripada 30 000 penduduknya mengambil keputusan membunuh diri dalam tempoh lapan tahun berturut-turut.
Menurut Tsurumi, membunuh diri tidak salah kerana perbuatan itu melambangkan kebebasan individu. Apatah lagi, sejak dahulu masyarakat Jepun sudah mengamalkan budaya harakiri.
Tsurumi muncul kembali setelah Parlimen Jepun mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pemerintah atau majikan membuat laporan pencegahan bunuh diri serta bekerjasama menjaga kesihatan mental para pegawainya. "Ketika pemerintah mula memperketat penguatkuasaan, saya akan terus berbicara secara serius tentang hal ini. Kita berhak memilih perkara yang kita inginkan dalam hidup," tegasnya.
Ketika negaranya menghadapi angka bunuh diri yang tinggi, Tsurumi mempunyai pandangan yang berbeza.
"Orang selalu menyoal sebab seseorang membunuh diri? Tidak akan ada jawapan tertentu untuk persoalan ini. Sekarang mari kita tanya, mengapa kita tidak boleh membunuh diri ? Mengapa kita harus terus hidup?," katanya.
Menurut Tsurumi, tindakan membunuh diri lebih banyak disebabkan oleh kehidupan yang membosankan. Begitu juga soal pekerjaan dan masalah sama yang dihadapi tiap-tiap hari.
"Cabaran terbesar dalam hidup adalah tentang cara untuk memperoleh kehidupan tanpa merasa hampa/bosan," ujarnya seraya tersenyum sinis.
Meskipun mendukung ideologi bunuh diri, Tsurumi, walau bagaimanapun menentang tindakan membunuh diri secara berkumpulan yang semakin menjadi-jadi di Jepun. Fenomena ini terjadi apabila sekumpulan individu bertemu di internet dan berjanji untuk membunuh diri bersama.
"Kamu harus membuat keputusan sendiri untuk hidupmu," tegasnya. - DCM
P/s: Buku ini bukanlah bacaan yang direkomendasikan untuk umum. Isi buku ini benar-benar mengajarkan orang untuk mengambil jalan pintas untuk mengakhiri hidup mereka. Harap-harap buku ini tidak beredar di Malaysia sama ada melalui cara yang sah ataupun tidak sah. Macam-macam masalah pula timbul nanti!
|
Ingat Kes Gadis Dibakar di Ampang? Suspek Ditahan Posted: 13 Sep 2011 05:00 AM PDT | Sekadar hiasan. |
Saya petik:
[BH] SHAH ALAM: Polis menahan seorang pelajar lelaki institut pengajian tinggi di Perak semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat remaja wanita yang tubuhnya 80 peratus terbakar di Lembah Jaya Ampang pada 5 September lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata pelajar berusia 19 tahun itu menuntut di tahun dua program Sarjana Muda Juru Ukur Bahan di Sri Iskandar.
"Kita turut merampas telefon bimbit mangsa dan sebuah kereta Perodua Kancil milik keluarga pelajar lelaki itu yang di dalamnya terdapat helaian rambut yang belum dikenal pasti," katanya pada sidang berita di sini.
Tun Hisan berkata, polis juga mengenal pasti dua stesen minyak di Ampang di mana petrol yang dikatakan dibeli untuk membakar mayat remaja itu.
Pelajar lelaki itu yang ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam di luar kampusnya direman tujuh hari.
Tun Hisan berkata, hasil siasatan awal polis mendapati pelajar lelaki itu, yang berasal dari Taman Ukay Perdana, Hulu Kelang, mengenali mangsa yang menetap di Selayang.
Norul Awatif Mohd Shakir, 19, penuntut Maahad Tahfiz At-Tijarah, Selayang, ditemui mati pada 5 September selepas keluar dari rumahnya untuk bertemu rakannya pada 4 September. Mayat mangsa dicam oleh bapanya berdasarkan kepada maklumat mengenai rantai tangan dan subang emas serta cebisan baju kurung yang dipakai mangsa.
P/s: Tidak ada bala, cari bala!
|
Isu Mat Indera: Muhyiddin ENGGAN Berdebat dengan Mat Sabu, Kantoi Pula... Posted: 13 Sep 2011 03:45 AM PDT
Saya tidak mahu komen fasal "ketakutan" TPM berdebat dengan Mat Sabu. Lawaknya, alasan yang diberikan oleh TPM bahawa orang yang layak berdebat dengan tokoh PAS itu ialah pakar sejarah. Yang peliknya, waktu dia membidas Mat Sabu tidak pula dia terfikir tentang kelayakannya berbuat demikian!
Dalam berita di atas, TPM menyatakan hubungan diplomatik China dengan Malaysia adalah baik, dan Malaysia menghormati idealogi negara itu. Malaysia tidak mengkritik China kerana berfahaman komunis, tetapi mengutuk tindakan kejam komunis sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. TPM kantoi. Dia menyatakan bahawa Malaysia mengutuk tindakan kejam komunis SEBELUM negara ini mencapai KEMERDEKAAN. Kita tanya Muhyiddin, komunis kejam terhadap penduduk Tanah Melayu atau BRITISH?
Sudah-sudahlah jadi tali barut penjajah!
|
[PANAS] Wikileaks: Anwar Didakwa Miliki Bukti Kukuh Kaitkan Seterunya dengan Kes Altantuya Posted: 13 Sep 2011 02:00 AM PDT Saya petik: [Malaysia Chronicle] Satu nota daripada kedutaan AS di Malaysia kepada Washington telah dibocorkan dan ia menegaskan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa pembantu peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mengarahkan dua pengawal peribadi Perdana Menteri itu untuk membunuh Altanutya Shaariibuu.
Penterjemah berbangsa Mongolia itu dikatakan telah membantu dalam perjanjian Scorpenes, telah dibunuh di Malaysia pada tahun 2006 dan Anwar juga mendakwa bahawa wanita itu merupakan kekasih kedua-dua Najib dan rakan baik beliau Razak Baginda.
Nota itu juga ada menyebut bahawa Anwar memiliki maklumat "kukuh", malah "keterangan berdokumen" bahawa Najib telah menerima sogokan daripada pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2002 dan jet pejuang Sukhoi pada tahun 2003.
Kabel AS tersebut juga mengatakan bahawa rasuah sudah menular semasa pentadbiran Abdullah Badawi dan akhirnya masuk ke era Najib sebagai Perdana Menteri. Penyalahgunaan kuasa tidak berkurangan tetapi berkembang kerana Najib tegas untuk terus berkuasa, dengan rasuah menular dengan pantas ke semua jentera kerajaan, perkhidmatan awam dan badan kehakiman.
Dan ini mungkin menjelaskan peristiwa-peristiwa misteri yang sedang berlaku apabila Malaysia semakin hampir kepada Pilihan Raya Umum ke-13, yang dijangka akan berlaku lewat tahun ini atau awal tahun depan.
Suatu petikan dari kabel AS yang bertarikh 24 Januari, 2007, berbunyi:
"Anwar menegaskan bahawa pembantu peribadi TPM Najib mengarahkan pembunuhan Altantuya dan bahawa Anwar mempunyai bukti yang kukuh mengenai perihal Sukhoi, 2003
Anwar mendakwa bahawa Najib mempunyai hubungan romantik dengan wanita Mongolia itu sebelum wanita itu menjalin hubungan dengan Abdul Razak Baginda (ini yang mengukuhkan kepercayaan bahawa Najib bersubahat membunuh wanita itu), dan Altantuya mempunyai tujuan untuk mendedahkan hal ehwal Najib dan Razak Baginda. Membongkok ke hadapan dan dengan suara yang perlahan, Anwar menegaskan bahawa beliau mempunyai maklumat kukuh bahawa pembantu peribadi Najib mengarahkan dua orang anggota keselamatan Najib (yang telah pun dituduh membunuh) untuk membunuh Altantuya. "
Bekas Timbalan Perdana Menteri dan ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberitahu ketua polis semasa mesyuarat pada 18 Januari di rumah Anwar di Damansara bahawa rasuah peringkat tinggi telah mencapai tahap berbahaya dan telah merosakkan integriti negara.
Anwar memberi contoh dalam kes pembunuhan Altantuya dan sogokan dibayar kepada DPM Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pembelian kapal selam Perancis dan pembelian pesawat Sukhoi 2003. Dia berasa berani untuk membangkitkan perkara-perkara ini dalam sidang akhbar baru-baru ini (disiarkan terutamanya oleh perkhidmatan berita internet) kerana dia memiliki maklumat kukuh, termasuk keterangan dokumentar dalam hal perjanjian Sukhoi. Kebanyakan maklumat mengenai kes-kes ini datang daripada pegawai-pegawai kanan yang bertemu dengan Anwar, termasuk Ketua Pengarah dari sekurang-kurangnya satu kementerian dan seorang pegawai kanan di Bank Negara Malaysia. "
Najib tak lena tidur: Adakah Anwar tahu terlalu banyak?
Jadi, adakah Anwar tahu terlalu banyak? Perhatikan bahawa beliau bercakap dengan pegawai-pegawai AS pada tahun 2007 dan serangan terhadap beliau bermula pada tahun 2008, yang didakwa diterajui oleh Najib sendiri.
Adakah Anwar merupakan ancaman besar kepada politik UMNO; parti terbesar dan yang mentadbir negara sejak 5 dekad yang lalu? Adakah masa untuk menjatuhkan Anwar lagi, terutama selepas pilihan raya 2008 di mana beliau telah membawa kejayaan kepada pembangkang yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan hampir berjaya dalam menjadikan September 16 titik pertukaran kuasa persekutuan dari BN yang dipimpin UMNO kepada Pakatan?
Tidak syak lagi panggilan untuk mengekang kemaraan Anwar sedang memuncak dalam UMNO, di mana beliau pernah menjadi ketua mereka yang paling disayangi sehingga penahanan dan pemecatan atas kes liwat direkacipta oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pada tahun 1998.
Sepuluh tahun kemudian, Najib - masih Timbalan Perdana Menteri - tidak memerlukan galakan untuk melakukan tuduhan liwat untuk kali kedua untuk mempengaruhi masyarakat Melayu membenci Anwar. Bukan sahaja Najib perlu mengekalkan cengkaman beliau ke atas kerusi PM, tetapi yang lebih merunsingkan beliau sehingga tidak lena tidur kerana risau kemungkinan Anwar akan mendedahkan rahsia itu kepada dunia, justeru meninggalkan dia dalam kehinaan, kegagalan dan mungkin juga penjara.
"Dalang "
Kabel AS itu juga menyokong akuan berkanun 2008 yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang telah pun memberitahu para penyiasat Perancis bagi membantu siasatan ke atas perjanjian Scorpenes sama ada syarikat pembuat kapal DCN telah merasuah pegawai-pegawai Malaysia termasuk Najib. Bala telah mendedahkan bahawa Razak Baginda memberitahunya bahawa Altantuya adalah bekas kekasih Najib sebelum menjadi kekasihnya.
Dua pengawal peribadi, yang telah dihukum gantung atas kematian Altantuya, juga telah mengesahkan secara berasingan kepada pihak polis bahawa mereka ditanya oleh pembantu khas Najib untuk membantu beliau. Mereka memberitahu mahkamah bahawa Razak Baginda telah mengupah mereka untuk menghentikan Altantuya daripada mengganggu beliau dan keluarganya. Altantuya, dalam sepucuk surat mengaku dia memeras ugut Razak Baginda. Dilaporkan bahawa komisen Altantuya ke atas Scorpenes yang didakwa diterima oleh Razak Baginda bagi pihak Najib berjumlah AS $ 500,000.
Razak Baginda bukanlah orang yang bodoh. Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda dalam politik dan kerajaan dari Politeknik London dan mendapat ijazah sarjana dalam Pengajian Perang di King's College London. Pada mulanya dia didakwa bersubahat dengan pembunuhan Altantuya, manakala pembantu khas Najib pula tidak pernah dibawa ke mahkamah. Tidak hairanlah badan kehakiman Malaysia mengalami krisis terburuk semasa pentadbiran Najib.
Menariknya, Razak Baginda juga memberitahu pegawai AS pelan untuk melumpuhkan Anwar di akhir 1990-an sehingga dia tidak lagi boleh berdiri lagi dalam politik. Datang dari Razak Baginda, seorang yang dipercayai Najib, jelas menunjukkan kesediaan Najib untuk mengkhianati Anwar, walaupun mereka mempunyai perjanjian bahawa beliau akan menjadi Timbalan PM kepada Anwar yang akan menjadi PM sekiranya berjaya menewaskan Mahathir dalam pemilihan UMNO.
Razak Baginda yang menyertai Maktab Pertahanan Angkatan Tentera sebagai pensyarah dan akhirnya dinaikkan pangkat sebagai ketua kajian strategik, kemudiannya membentuk Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia. Beliau juga bertindak sebagai perunding bagi Najib dalam menangani isu Scorpenes. Akhirnya pada tahun 2002, di tengah-tengah tentangan dari orang awam kerana harga yang terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk kapal rondaan bagi kawasan persisiran pantai cetek di Malaysia, Najib berjaya juga mendapatkan kapal selam tersebut. Beliau pada ketika itu memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan. Adakah Razak Baginda bertindak sebagai penyambung atau dalang, seperti yang disifatkan oleh kabel AS dalam perjanjian Sukhoi?
Musuh lama: pukulan siapa akan mengena?
September seolah-olah menjadi bulan yang janggal kepada Najib. Semua perkara buruk seolah-olah tertumpu kepada beliau; seperti kes mahkamah Scorpenes, perintah mahkamah untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes liwat Anwar, dan yang terbaru laporan WikiLeaks yang bakal mendedahkan lebih banyak cerita mengejutkan semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.
Untuk menutup cerita buruk, akhbar Utusan milik UMNO telah mengeluarkan cerita yang menegaskan bahawa musuh-musuh Najib telah membayar WikiLeaks untuk menerbitkan laporan berunsur "fitnah" terhadap beliau.
"Ini adalah satu contoh fitnah yang sengaja dicipta dan kemudiannya disiarkan ke laman web seperti WikiLeaks dengan niat untuk mempengaruhi rakyat. Ia adalah fitnah tanpa bukti sama sekali," Ng Lum Yong, bekas ahli PKR yang telah berpaling dan masuk BN, dipetik sebagai berkata dalam edisi hari Jumaat Utusan.
Bagaikan musuh pada zaman dahulu, Anwar dan Najib akan terus bertelagah dan menunggu saat dan ketika yang tepat untuk mengangkat senjata untuk membuat pukulan akhir. Siapakah yang akan menang atau akankah kedua-duanya jatuh?
Memandangkan Najib merupakan PM sekarang, beliau pasti akan memenjarakan Anwar jika UMNO-BN menangi PRU-13. Kadang-kadang, terlalu banyak mengetahui mengenai sesuatu, terutama di negara seperti Malaysia yang masih merupakan negara autoritarian berbanding demokrasi dan undang-undang dan perintah serta tingkah laku sivil masih berada di tempat tertinggi.
Tetapi peluru Anwar masih perlu mencari sasaran, dan sama ada Pakatan kalah atau menang GE-13, Najib hampir pasti perlu mengucapkan selamat tinggal bukan hanya kepada jawatan PM tetapi juga jawatan presiden UMNO.
Orang yang mendapat habuannya ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dan transformasi kuasa kini sudah mula berlaku di Malaysia.
P/s: Siapa mahu jawab?
|
[Gambar] Karikatur "Kekejaman Komunis" di Utusan, Sejauh Mana KEBENARANNYA? Posted: 12 Sep 2011 11:48 PM PDT
Saya petik:
[MK] Tok Imam dan bilal surau dipaksa makan daging babi panggang sebelum mereka ditembak... Warga emas dan kanak-kanak dicampak ke dalam api yang sedang marak.... Ia antara enam karikatur kontroversi oleh pelukis Hamzah Mohd Amin yang memaparkan kekejaman komunis ke atas orang ramai. Karikatur itu disiarkan di akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini. Menurut edisi cetak dan juga online - akhbar itu melaporkan Hamzah, 71, datang ke pejabat Utusan semalam bahi menyerahkan sendiri karikatur yang dilukisnya itu. "Generasi hari ini tidak mengetahui penderitaan hidup pada zaman komunis, jadi saya berusaha menghasilkan lukisan ini beberapa minggu lalu supaya mereka mendapat gambaran tentang kekejaman komunis dan mengapa kami sangat bencikan mereka. "Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," katanya kepada akhbar itu. Sangat geram
Antara lukisan yang dianggap paling kontroversial ialah paparan beberapa lelaki yang bermata sepet dan memakai uniform keperangan mengacukan pistol serta memaksa tok imam dan bilal surau memakan babi panggang. Hamzah turut memberi gambaran tindakan komunis mengurung ahli keluarga tahanan di sebuah rumah dan kemudiannya membakar rumah berkenaan.
Dia juga menggambarkan mayat-mayat tahanan itu dijadikan baja di kebun sayuran dan hasilnya pula dijadikan bekalan makanan kumpulan pengganas tersebut.
Utusan juga memetik Hamzah berkata lukisan tersebut dihasilkan beberapa minggu lalu bertujuan memberi gambaran keadaan sebenar kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini. Katanya, walaupun telah menjangkau usia 71 tahun, dia masih tidak dapat melupakan keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap rakyat dan mahu generasi pada hari ini juga mengetahui perkara itu.
Menurut Hamzah yang berasal dari Batu Pahat, Johor, dia terpanggil untuk menghasilkan karikatur berkenaan kerana geram serta kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengangkat kumpulan pengganas tersebut sebagai hero.
"Saya sangat geram dan marah apabila komunis diberikan pengiktirafan. Mereka telah melakukan pelbagai kekejaman termasuk mengoyak, memijak, melumur kitab suci al-Quran dengan najis sebelum membakarnya. Para imam serta bilal di masjid dan surau pula dipaksa memakan daging babi sebelum dibunuh.
"Bagaimana kumpulan pengganas tersebut boleh kita iktiraf?" katanya dipetik akhbar milik Umno itu lagi.
Hamzah pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pelukis dan beliau pernah mencipta logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan pada 1963 sehingga 1997. P/s: Yang disebut oleh Mat Sabu dalam ceramahnya ialah Mat Indera. Tidak ada perkataan "komunis" dalam ceramahnya. Yang mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan ialah kerajaan Johor melalui agensinya. Hal ini dibukukan - Pengukir Nama Johor. Hal ini diakui oleh profesor dan sejarawan negara. Bukan Mat Sabu yang saja-saja melabelkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan!
Persoalannya, sejauh mana kebenaran karikatur di atas? Adakah pelukis melihat sendiri kekejaman komunis atau pun dia juga mendengar cakap-cakap orang dan membaca teks sejarah yang ada sekarang? Lukisan ini pun baru dihasilkan beberapa minggu lalu. Bukanlah kita mahu mempertahankan komunis, tetapi bimbang lukisan itu hanya bayangan/imaginasi melampau si pelukis ( misalnya, mayat dijadikan baja - Rejim Pol Pot pun tidak diberitakan berbuat begitu. Walhal rejim ini terbukti sebagai rejim paling kejam di rantau Asia) yang digunakan oleh pihak tertentu untuk menutup tembelang dan temberang UMCO dalam sejarah kemerdekaan negara.
Jangan lupa kekejaman British yang jelas dan nyata terhadap orang Melayu dan raja Melayu. | Kekejaman British ini bukanlah gambaran/karikatur. Anda boleh lihat dengan jelas bagaimana jenazah Tuk Janggut dihina oleh British dan mata-matanya! |
Ingat semula, dalam peristiwa Bukit Kepong, dua pihak yang terlibat: mata-mata British dan pihak penentang termasuk Mat Indera. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1950 ketika bendera Union Jack megah berkibar di Tanah Melayu! Siapa yang mahu kita sokong?
|
Siang ASUH Kanak-kanak, Malam ULIT Jantan Posted: 12 Sep 2011 09:20 PM PDT
Saya petik: [HM] ALOR GAJAH: Siang mengasuh anak, sebelah malam mengulit buah hati masing-masing menjadi rutin harian dua wanita penjaga taman asuhan kanak-kanak (Taska) di sebuah taman perumahan di Kuala Sungai Baru, sebelum dicekup berkhalwat, awal pagi semalam.
Difahamkan kedua-dua wanita terbabit, seorang masih bujang manakala seorang lagi janda, berasal dari sebuah negeri di pantai timur manakala pasangan mereka, lelaki bujang dan suami orang berasal dari kampung berlainan di Durian Tunggal.
Ketua Kampung Lubok Redan, merangkap Sidang Adat, Md Said Ali berkata, serbuan jam 1.30 pagi itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan penduduk.
Beliau berkata, tujuh penduduk taman serta seorang imam dan dua anggota polis mengepung rumah taska dan dihuni dua wanita itu bersama pasangan mereka, semuanya berusia 24 tahun. "Setiba di lokasi, didapati pintu rumah serta jeriji berkunci dan kami memberi salam, namun tidak berjawab.
P/s: Siang naluri ibu, malam naluri betina berahi! |
Kerana Mahu Mengelak Dicekup KHALWAT, Pasangan Parah dalam Kemalangan Posted: 12 Sep 2011 08:15 PM PDT | Sekadar hiasan. |
Saya petik: [HM] JITRA: Akibat panik melihat kehadiran kereta peronda Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), seorang pelajar lelaki memecut kereta dinaiki bersama kekasihnya sebelum terbabit dalam kemalangan di Kilometer 17.8 Lebuhraya Utara-Selatan di sini, semalam.
Berikutan itu, pelajar berusia 19 tahun dari Kulim, cedera di kepala manakala teman wanitanya, juga berusia 19 tahun, retak kaki dan cedera di pinggang selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas lalu melanggar pembahagi jalan serta pokok. Kejadian berlaku jam 1.30 pagi dalam keadaan permukaan jalan licin dan basah selepas hujan.
Difahamkan, kedua-dua pelajar berkenaan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Perlis, kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan Hospital Jitra, di sini. Sebelum itu, pasangan terbabit sedang berasmara dalam kereta di tepi lebuh raya dan sebaik melihat sebuah kereta peronda Plus membuat rondaan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff berkata, anggota peronda Plus yang sedang meronda melihat sebuah kereta berhenti di tepi lebuh raya lalu berhenti untuk membuat pemeriksaan.
Menurutnya, tanpa sempat berbuat apa-apa, pemandu Perodua Myvi terbabit memecut kenderaannya dipercayai terkejut dengan kehadiran anggota berkenaan.
P/s: Alahai! Nyaris tidak....!!!! Sila ambil pengajaran!
|
Pasangan MENGAKU BERZINA Selama 5 Tahun, Gemar Rakam Aksi "Ehem-ehem" Posted: 12 Sep 2011 07:20 PM PDT
Saya petik: [HM] GRIK: Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin.
Permintaan itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan 'mengghairahkan' kerana hanya memakai seluar ketat nipis.
Wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.
Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini. Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.
P/s: Sudahlah kantoi dalam keadaan mengaibkan, cerita penzinaan mereka menjadi pengetahuan umum, lagi memalukan apabila klip video mereka ketika "ehem-ehem" menjadi bukti dan tontonan orang lain. BINGAI!!! |
Samseng Berahi Mahu BELI Bini Orang Posted: 12 Sep 2011 06:25 PM PDT
Saya petik:
[HM] KAMPAR: Kemaruk mengidamkan isteri orang menyebabkan seorang 'samseng miang' tanpa segan silu berjumpa suami wanita berkenaan dan menawarkan wang ribuan ringgit bagi membeli isterinya.
Kejadian dilaporkan berlaku awal bulan ini dan lelaki terbabit yang berusia 23 tahun dengan selamba pergi ke rumah pasangan suami isteri di sini berjumpa suami wanita terbabit bagi bertanyakan harga yang mungkin dipersetujui.
Bagaimanapun, tindakan suspek yang sudah berumah tangga itu menyebabkan si suami naik angin lalu menghalau suspek tanpa mengetahui latar belakangnya yang memiliki pelbagai rekod jenayah.
Agak mengejutkan apabila penjenayah miang itu tidak memberikan sebarang reaksi, sebaliknya berlalu meninggalkan pasangan suami isteri berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga. Sehubungan itu, suami mangsa membuat laporan polis dan bertindak atas laporan itu suspek ditahan di rumah ibu bapanya di Taman Kledang Emas, Buntong di Ipoh pada Jumaat lalu serta direman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.
P/s: Macam-macam! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan