Biaqpila |
- Batal Terus Cukai 6 peratus
- Live: Chelsea vs Bayer Leverkusen
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 13/9/11
- Penangguhan cukai 6 peratus hanya sandiwara Najib
- FILEM TAMIL: PREPAID VS POSTPAID
- TAKTIK NAJIB TIPU RAKYAT?
- PANAS!!! Pelajar Malaysia bongkar penipuan Najib di Australia
Posted: 13 Sep 2011 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Sept 2011 — Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan menggesa kerajaan membatalkan terus cukai perkhidmatan enam peratus bebanan ke atas pengguna kad prabayar demi kepentingan rakyat. Beliau turut menggesa kerajaan mengkaji setiap mekanisme percukaian yang lebih efektif kerana impak cukai yang dikenakan adalah sama seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal diperkenalkan kerajaan kelak. Nasrudin menyelar pihak kerajaan yang terus mengaut keuntungan hasil cukai sedangkan golongan yang paling menerima kesan adalah golongan muda, pelajar dan golongan berpendapatan rendah sebagai pengguna tegar kad prabayar. Beliau turut menggesa agar bertanggungjawab dan memansuhkan cukai tersebut sebagai tanda prihatin kepada generasi muda dalam Bajet 2012, yang akan diumumkan pada Oktober ini. klpos KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Live: Chelsea vs Bayer Leverkusen Posted: 13 Sep 2011 11:46 AM PDT | |||
KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 13/9/11 Posted: 13 Sep 2011 08:08 AM PDT
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Penangguhan cukai 6 peratus hanya sandiwara Najib Posted: 13 Sep 2011 05:00 AM PDT PAS menyifatkan penangguhan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar oleh kerajaan hanya sekadar permainan politik BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya tidak lebih sekadar sandiwara kerajaan Umno BN, bagi meredakan kemarahan rakyat yang terbeban dengan kos hidup dibawah pemerintahan mereka. "Ini hanya satu sandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat menjelang PRU ke-13 nanti. "Sedangkan, pihak Telco hanya menguatkuasakan apa yang dibentangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dalam Bajet 2011 tahun lalu," katanya. Beliau yang juga pengerusi Kempen Protes Barang Naik (Protes BN) berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini yang mengumumkan bahawa kerajaan dan semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai berkenaan yang sepatutnya bermula 15 September ini. Penangguhan itu katanya sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena menyeru kepada seluruh pengguna prabayar agar tidak termakan sandiwara itu. Katanya, tiada sebarang jaminan oleh kerajaan bahawa cas enam peratus itu tidak akan dikenakan selepas pilihan raya umum. "Saya minta kepada pengguna prabayar agar terus memberi tekanan kepada kerajaan agar cukai ini dimansuhkan terus. "Guna telefon prabayar anda untuk memastikan BN ditolak pada PRU ke-13 nanti," katanya. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
FILEM TAMIL: PREPAID VS POSTPAID Posted: 13 Sep 2011 12:00 AM PDT Cukai 6 peratus ditangguh - Rais Menurut Rais, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kajian sama ada cukai tersebut akan dikenakan terhadap pengguna yang membeli pek permulaan talian prabayar atau mengenakannya setiap kali pengguna membuat tambah nilai kredit. "Saya rasa lega apabila mereka bersetuju menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan seperti waktu terbaik bagi melaksanakan cukai perkhidmatan tersebut," katanya. Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat komunikasi terlibat yang turut sama akan membincangkan kadar yang sepatutnya dikenakan.-Utuseks Meloya DEY MACHA!!! CUKAI PERKHIDMATAN DAH TETAP 6% SENDIRI BENTANG BAJET,SENDIRI LULUS BAJET APA YANG HANGPA NAK KAJI LAGI? TOKSAH LA DOK PEMBOHONG NAK KAJI KAH! KAH! KAH! WAKTU TERBAIK NAK KENAKAN CUKAI? LAGI SATU KENYATAAN BENGONG CAKAP SAJALAH WAKTU TERBAIK TU SELEPAS PILIHANRAYA BUAT APA NAK BERBUNGA-BUNGA KAH! KAH! KAH! INI CUKAI UNTUK PENGGUNA PREPAID MACAMANA PULAK CUKAI UNTUK PENGGUNA POST PAID? DEPA DAH SEBAT BERAPA LAMA DAH BILA NAK KASI TANGGUH??? KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Posted: 12 Sep 2011 09:00 PM PDT Seolah-olah telah dirancang!!! Inilah yang dinamakan taktik pilihanraya. Ketika rakyat memuncak dengan kemarahan sewaktu pengumuman cukai 6% untuk pembelian prepaid top up, tiba-tiba Najib muncul menyalahkan syarikat Telco. Najib kata dia tak tahu pun kenaikkan 6% ini. Haha..kelakar..kelakar... dia yang wujudkan cukai itu, kemudian dia sendiri buat-buat tak tahu. Nampaknya rakyat berjaya dibodohkan. Pagi ini dalam Berita pagi TV3, rata-rata rakyat yang ditemuramah, memuji kerajaan dan Najib kerana berjaya memaksa Telco menangguhkan cukai 6% tersebut. Orang ramai yang ditemuramah memuji Najib kononnya prihatin masalah rakyat. Uweekkkk!!! Haha..korang tak rasa ditipu ke dengan mainan Najib ini?Cukai 6 peratus ditangguh - RaisKUALA LUMPUR 12 Sept. - Cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual Khamis ini, ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini. "Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini. "Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari ini. Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee. Menurut Rais, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kajian sama ada cukai tersebut akan dikenakan terhadap pengguna yang membeli pek permulaan talian prabayar atau mengenakannya setiap kali pengguna membuat tambah nilai kredit. "Saya rasa lega apabila mereka bersetuju menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan seperti waktu terbaik bagi melaksanakan cukai perkhidmatan tersebut," katanya. Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat komunikasi terlibat yang turut sama akan membincangkan kadar yang sepatutnya dikenakan. "Jadi, isu-isu yang berbangkit ini akan saya bawa kepada mesyuarat Jemaah Menteri kelak untuk menghuraikan dengan lebih jelas berkenaan data dan fakta yang lengkap," katanya. Rais berkata, beliau juga akan menyarankan kepada kerajaan untuk memberi penghargaan di atas sumbangan dan peranan yang dibuat syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut terhadap cukai perkhidmatan selama ini. "Jumlah yang disumbang syarikat-syarikat itu terhadap cukai perkhidmatan amat besar dan boleh saya anggarkan jumlahnya bernilai hampir RM6 bilion bermula dari 1998 sehingga kini kepada hampir 26 juta pengguna talian prabayar di negara ini," katanya. Justeru itu, Rais berharap isu cukai perkhidmatan tersebut tidak lagi dibangkitkan kerana syarikat telekomunikasi terbabit sudah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan caj tersebut.-utusanmalaysia. pejuang-rakyat KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
PANAS!!! Pelajar Malaysia bongkar penipuan Najib di Australia Posted: 12 Sep 2011 05:11 PM PDT | |||
Pemergian Najib ke Perth, Australia bukan termasuk dalam jadual rasmi kerajaan. Ini dibuktikan dengan tiadanya gambar lawatan Najib di portal rasmi Jabatan Perdana Menteri!! |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan