DUNIACACAMARBA |
| Isu Kematian Jurukamera BERNAMA di Somalia: Aspek Keselamatan Diremehkan dan Dipinggirkan? Posted: 04 Sep 2011 07:25 AM PDT
Ajal itu sudah ditentukan oleh Allah SWT. Bab ini memang kita tidak boleh pertikaikan. Namun, dalam isu yang membabitkan kematian jurukamera BERNAMA, ada perkara yang menarik untuk dibangkitkan. Sebelum itu, TV3 dalam Buletin Utamanya malam ini meluangkan hampir 30 minit berita berkaitan dengan detik kejadian dan pengkebumian jenazah Noramfaizul Mohd Nor yang terbunuh di Somalia. Daripada berita imbas kembali kejadian sehinggalah paparan Najib dan Rosmah menziarahi keluarga arwah. Mengapa paparan berita tentang kejadian ini diulas dengan begitu meluas? Yang peliknya, kepala program yang berbau UMCO ini enggan mengulas kejadian yang menimpa jurukamera BERNAMA itu. Katanya, tunggu sehingga dia bersedia. Apabila menyebut "bersedia", adakah rombongan Kelab Putera 1Malaysia ini benar-benar "BERSEDIA" apabila bertolak ke Somalia? Pertama sekali, cuba anda perhatikan kenderaan pacuan empat roda yang membawa arwah dan rakan medianya yang lain? Perhatikan betul-betul! Apa yang anda nampak? Jelas kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tidak dilekatkan apa-apa label/sticker yang boleh memberikan isyarat misi atau orang yang berada di dalamnya. Sepatutnya, kenderaan itu perlulah dilekatkan dengan sticker tertentu agar pihak yang bertelagah dapat mengenal pasti yang mana kenderaan musuh, yang mana kenderaan misi bantuan kemanusiaan! Selebihnya, cuba kita persoalkan kewajaran misi itu meredah tempat yang tinggi risikonya, sedangkan bantuan boleh disampaikan kepada wakil anggota sukarelawan di sana. Mengapa perlu bahayakan nyawa? Adakah kerana pihak tertentu mencari publisiti seperti yang dibangkitkan di sini? Seterusnya, sila baca berita TMI di bawah ini. Berita ini saya JAMIN tidak akan keluar di kaca televisyen ataupun dalam ruangan berita media pencacai:
P/s: Penganjur misi nyawa di hujung tanduk ini perlu bertanggungjawab dan memohon maaf kepada keluarga mangsa yang terlibat!- DCM | ||
| Awas, MELANCAP Boleh Membawa MAUT! Tidak Percaya? Baca Posted: 04 Sep 2011 02:31 AM PDT Melancap boleh membawa MAUT. Pernyataan itu sudah menjadi FAKTA. Menurut berita Agensi, seorang remaja lelaki di Rubiato, Brazil dilaporkan mati kerana terlalu kerap melancap. Remaja yang berusia 16 tahun itu dilaporkan melancap lebih daripada 40 kali sepanjang malam dan didapati sudah tidak bernyawa oleh ibunya pada keesokan paginya. Menurut ibunya, dia bercadang membawa anaknya untuk menjalani rawatan ketagihan melancap, namun hasrat itu tidak tercapai selepas anaknya mati kerana perbuatan itu. Menurut rakan kelasnya pula, remaja itu digambarkan sebagai seorang yang mempunyai ketagihan melampau terhadap seks dan sering berbicara tentang paras, bentuk badan, dan usia wanita. Lebih menggemparkan, remaja itu juga didakwa meminta rakan-rakannya menyaksikan aksinya melancap melalui kamera laman (webcam). Di bilik remaja itu ada pelbagai majalah lucah dan sejumlah besar gambar dan filem lucah turut ditemukan dalam komputernya.-DCM P/s: Ingat! Jangan MELANCAP/ONANI!!! |
| You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan