DIALOG RAKYAT |
- Pentas Patriot: Umno guna peluang semai rasa benci, dakwa Nurul
- Abdul Azeez: Saya masih trauma, bagi saya masa
- MB Kedah tak perlu pemangku, kata Azizan
- 'Imigresen dikaitkan dengan penyeludupan manusia'
- Politik Perut Buncit Otak Kempes Awang Adek
- ADAKAH SABAH NEGERI MERDEKA DI MALAYSIA?
- Tiga anak polis maut dalam nahas jalan raya di kilometer 113.6 Jalan Labis-Yong Peng
- Noramfaizul Dilindungi Insurans, Kata Pengerusi Bernama
- ‘HERO’ MAT SABU, PERBEKK BUAT LAPORAN POLIS
- LDP MULA TUNJUK BELANG SEBENAR
- Desak Azizan letak jawatan; Presiden PAS cadang saman akhbar
- 38 wartawan terbunuh di Somalia sejak 1992
- Lelaki cedera disimbah asid di Sandakan
- Teori tinju dan pilihanraya
- Jual ginjal hanya untuk dapatkan iPad2
- BERNAMA teliti semula SOP liputan luar negara
- MAT INDERA : Mat Sabu bakal dapat projek bekal gari dari PDRM?
- Dah 3 rakyat kita syahid di Somalia, kita lupa sejarah
- Khairy Lebih Baik Jaga Kerusi Rembau Dari Bercakap Soal Komunis
- Penganalisis: Umno terus serang Mat Sabu untuk lindungi sejarah sendiri
- Minat ‘Black Hawk Down’
- Tuan Ibrahim tertanya-tanya Buku Sejarah Anwar di dalam UMNO.
- Noramfaizul Selamat Dikebumikan.
- Hantar pelarian Islam Uigur ke negara komunis, Umno hipokrit!
- Somalia janji siasat kes tembak wartawan Malaysia
| Pentas Patriot: Umno guna peluang semai rasa benci, dakwa Nurul Posted: 04 Sep 2011 04:12 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR— Sebagai parti pemerintah, Umno seharusnya memudahkan perbincangan isu semasa berkaitan fakta kemerdekaan demi kepentingan nasional agar sejarah menjadi "batu asas dan bukannya batu api" kepada masa depan negara, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar. "Kita tidak boleh nafikan kewujudan pendapat berlainan mengenai sejarah Malaysia dan kita juga tidak boleh nafikan pelbagai pihak yang masih belum sembuh luka silamnya," kata beliau. Mengulas langkah Pemuda Umno yang mahu mengadakan majlis penerangan jelajah negara - Pentas Patriot - untuk menjawab kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong, tegas Nurul Izzah (gambar), "inilah yang sepatutnya menjadi matlamat parti-parti politik, terutama sayap-sayap pemuda." Malangnya, kata beliau, sedihnya Umno sekali lagi mengguna peluang yang ada untuk menimbulkan syak-wasangka dan rasa benci di kalangan rakyat Malaysia demi masa depan politiknya sendiri. Nurul Izzah berkata rancangan Pemuda Umno untuk mengadakan program jelajah yang akan "menyerang" Mohamad amatlah mendukacitakan dan tidak perlu. Katanya, tindakan ini diputuskan walaupun pelbagai pihak menunjukkan Mohamad tidak pernah mengagungkan golongan Komunis ataupun mempromosi keganasan dalam ucapan beliau 21 Ogos lalu. "Apa yang terang lagi bersuluh dalam kontroversi terkini adalah perbalahan pendapat yang masih belum terhenti mengenai zaman darurat dan juga zaman-zaman lain dalam sejarah negara membuktikan versi "rasmi" sejarah Malaysia yang diangkat pentadbiran BN belum diterima sepenuhnya semua pihak. "Malah ia kelihatan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kegusaran dalam masyarakat dan menyulitkan segala usaha untuk menyatupadukan rakyat," katanya. Tambah Nurul Izzah, nampaknya Pemuda Umno tidak mahu menumpukan usaha mereka untuk betul-betul membantu bekas perajurit dan mereka yang masih berkhidmat, tapi sebenarnya hanya berminat untuk mencerca PAS dan Mohamad. "Sememangnya, jika Umno benar-benar mahu perjuangkan nasib para perajurit negara, mereka akan perjuangkan hak para perajurit untuk mengundi dengan bebas dan adil dan bukannya mempertahan sistem undian pos yang sedia ada yang menganiaya hak mengundi para tentera dan polis," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai. Lebih dari itu, katanya, bukanlah lebih baik jika Umno menyalurkan masa, wang ringgit dan tenaga mereka untuk membantu bekas perajurit Malaysia yang memerlukan bantuan, dan bukannya untuk menjalankan program-program jelajah sebegini? "Bukankah Utusan Malaysia, akhbar alat sebaran mereka, sudah cukup untuk mencerca PAS, Mohamad Sabu dan Pakatan Rakyat amnya?" Katanya. Kata beliau, pihaknya juga terfikir mengapa para "patriot" ini menganggap siri jelajah sebegini lebih membawa manfaat dan kebaikan dari menyokong, mengawas, dan memberi maklum balas kepada badan kebajikan para perajurit seperti Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) dan badan-badan seperti itu? Jika mereka bekerjasama dengan badan-badan ini - untuk perjuangkan pembelian aset-aset Exxonmobil, sebagai contoh - pasti pejuang dan perajurit negara akan menikmati kebaikan dan keuntungan, dan kepentingan negara akan terjaga lagi terselamat. "Akhir sekali, jika Umno begitu serius untuk perjuangkan nasib bekas perajurit yang telah berjuang demi tanah air tercinta, bukankah mereka sepatutnya membantu bekas perajurit yang telah berjuang sewaktu Perang Dunia Kedua, yang mana ada di antara mereka yang masih belum menerima pampasan atau bantuan di atas perjuangan mereka?" katanya. |
| Abdul Azeez: Saya masih trauma, bagi saya masa Posted: 04 Sep 2011 04:01 AM PDT ![]() Azeez beramah mesra dengan kanak-kanak Palestin ketika menyampaikan bantuan kemanusiaan Ogos lalu. — Foto fail Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Ketua Putera Umno berkata, beliau mahu sedikit masa kerana masih trauma dengan tragedi itu. "Nanti, nantilah... saya tengah trauma lagi," katanya. "Mungkin nanti saya akan buat sidang media," katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas majlis pengebumian jenazah Noramfaizul di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia di sini. Jenazah Noramfaizul selamat dikebumikan kira-kira pukul 2.10 petang. Dalam kejadian kelmarin, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan. Insiden itu turut menyebabkan jurukamera TV3 cedera di lengan. Noramfaizul meninggalkan seorang isteri, Norazrina Jaafar 37, dan dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8 dan Mohd Naufal 3. Sementara itu Ketua Misi Bantuan Perubatan Kelab Putera 1 Malaysia, Datuk Dr Alwi Rahman berkata Noramfaizul menerima rawatan kecemasan daripada paramedik Australia sebaik sahaja ditembak. Jelas beliau, insiden yang menimpa Noramfaizul tidak akan dilupakan. "Pada ketika itu, kami berada di hotel penginapan, dan dimaklumkan arwah Noramfaizul telah ditembak. "Arwah diberikan rawatan oleh paramedik dari Australia, sebelum kami mengambil alih, namun gagal," katanya. Dalam pada itu, keluarga Noramfaizul menyifatkan kematian Allahyarham sebagai mati syahid kerana meninggal dunia semasa berkhidmat untuk negara. Ibunya, Naemah Abd Majid berkata, gelaran wira negara wajar diberikan kepada anak sulung daripada enam adik-beradik itu kerana khidmatnya di Somalia berbentuk misi kemanusiaan. "Sepatutnya (dianggap wira negara), baguslah, Noramfaizul berkhidmat untuk negara dan kerana Allah. Noramfaizul amat dedikasi terhadap tugasnya sebagai jurukamera selama ini yang sanggup mengetepikan apa sahaja hata keluarganya untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai jurukamera. "Walaupun (kami sekeluarga) bersedih dengan pemergiannya, kami bersyukur kerana Noramfaizul pergi dalam syahid, insya-Allah," kata Naemah kepada pemberita. Masih bersedih, Naemah bagaimanapun berkata beliau bersyukur dengan pemergian Noramfaizul kerana masih sempat menatap wajah anaknya buat kali terakhir. "Saya sempat menyaksikan dan mencium wajahnya walaupun Noramfaizal sejuk kaku (di situ). "Mak cik sayang anak dan bertambah cantik wajahnya walaupun telah dikembumikan," katanya. Sementara itu bapanya, Mohd Nor Mat Yasin berkata, Noramfaizul sempat memesan sambal ikan bilis kegemarannya untuk dibawa bersama ke misi kemanusiaan Somalia. "Sambal ikan bilis adalah kegemarannya dan beliau memesan untuk membawanya sebagai bekalan di sana," katanya. Mohd Nor berkata, Noramfaizul tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sebelum berangkat ke Somalia pada 28 Ogos lalu. "Beliau juga sempat menelefon kami sekeluarga pada malam raya dan memberitahu keadaannya yang baik semasa di sana," katanya. |
| MB Kedah tak perlu pemangku, kata Azizan Posted: 04 Sep 2011 03:59 AM PDT MALAYSIA KINI Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan tiada keperluan untuk mewujudkan jawatan pemangku bagi membantu beliau mentadbir negeri itu berdasarkan situasi kesihatannya pada masa ini. Azizan berkata, selama ini pun beliau bukan menjalankan tugas berseorangan tetapi sudah lebih tiga tahun mentadbir negeri ini dengan dibantu barisan exco kerajaan negeri yang dilantik. Malah, menurut Azizan beliau cukup kuat untuk menjalankan tugas selaku ketua pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang dilakukannya sejak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kedah pada pilihan raya umum 2008 lalu. "Bagi saya sebagai menteri besar, saya tengok apa yang ada sudah elok. Barisan exco telah menjalankan tugas dengan baik," katanya dipetik Mingguan Malaysia. "Kecuali pada pandangan PAS Pusat saya buat kerja tidak elok, itu hak merekalah nak tolong Kedah ini," katanya di Yan, semalam. Azizan bekata demikian bagi mengulas kenyataan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang disiarkan dalam sebuah portal berita bahawa pimpinan PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan PAS negeri bagi membincangkan perkara itu berikutan laporan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris kelmarin. Laporan akhbar berkenaan antara lain menyebut mengenai pelantikan pemangku menteri besar bergantung kepada tahap kesihatan Azizan. Mengenai cadangan Pemuda Gerakan Kedah agar diwujudkan jawatan timbalan menteri besar bagi memastikan pentadbiran negeri tidak terjejas jika pimpinan tertinggi kerajaan negeri tidak dapat berfungsi bagi suatu tempoh yang panjang, Azizan berkata, perkara itu tidak boleh dilaksanakan sesuka hati. Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Kedah, jika seseorang menteri besar itu sudah tidak mampu untuk menjalankan tugasnya, perkara berkenaan perlu dimaklumkan kepada Sultan Kedah. Selepas itu, barulah parti pemerintah kerajaan negeri semasa boleh mencadangkan kepada Sultan Kedah mengenai pelantikan baru. "Persoalannya, sekarang ini saya cukup kuat. Saya tidak tahu tang (bahagian) mana saya tidak mampu. Cuti bukan satu masalah. Saya akan terus menjalankan tugas selagi diberi amanah oleh PAS Pusat untuk mengetuai Kedah," katanya. |
| 'Imigresen dikaitkan dengan penyeludupan manusia' Posted: 04 Sep 2011 03:20 AM PDT Joseph Sipalan Kabel diplomatik sulit Amerika Syarikat bermula tahun 2008 menimbulkan dakwaan yang serius berhubung aktiviti penyeludupan manusia oleh kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia yang bekerja di sempadan Malaysia-Thai. Kabel, bertarikh 10 Sept, 2008 itu, menggariskan laporan oleh Keith Luse, seorang kakitangan profesional Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat, berhubung siasatannya mengenai dakwaan pelarian Burma diseludup masuk di sempadan dengan bantuan pegawai imigresen Malaysia. Menurut kabel itu, Luse, yang berada di negara ini pada 25 hingga 31 Ogos, telah bertemu dengan pelbagai NGO, aktivis, pelarian dan perwakilan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). Mereka secara umum mengakui kakitangan imigresen peringkat bawahan terbabit dalam penyeludupan pelarian Burma. "Mereka yang tidak mampu membayar dijual kepada industri perikanan Thai, kilang-kilang atau ladang-ladang jika pelarian itu seorang lelaki. "Pedagang manusia ini didakwa menjual wanita ke rumah pelacuran, hotel dan tempat perhambaan. Sesetengah sumber menyatakan bahawa para pedagang manusia memaksa sesetengah kanak-kanak bekerja sebagai pengemis kanak-kanak di Bangkok dan di tempat-tempat lain," kata kabel, yang bagaimanapun menegaskan bahawa dakwaan terakhir itu dibuat tanpa bukti. |
| Politik Perut Buncit Otak Kempes Awang Adek Posted: 04 Sep 2011 03:14 AM PDT MSO BEKAS bakal MB Kelantan yang kalah di dua kerusi Parlimen dan Dun dalam pilihan raya lalu mengatakan kerajaan Kelantan tidak mampu untuk mengatasi kesesakan jalan raya di Kelantan. Ini katanya kerana kerajaan Kelantan tidak ada perancangan untuk mengatasi masalah itu. Kita akui akan kesesakan jalan raya berlaku di Kelantan terutamanya setiap kali menjelang hari raya, atau cuti umum yang panjang. Kemuncak kesesakan ialah paa hari raya. Kemasukan kereta luar meningkat berkali ganda berbanding hari biasa adalah puncanya. Pada hari raya anak-anak Kelantan yang berada di luar akan pulang ke kampung halaman. Kepulangan itu adalah tradisi rakyat Kelantan sekaligus menunjukkan orang Kelantan mengambil berat mengenai kampung halaman dan kaum keluarga di kampung. Kata orang sejauh mana selaung melauk akhirnya akan kembali ke lubuk juga. Di sini tidak timbul soal kerajaan Kelantan tidak mampu atau pun tidak tahu merancang. Hakikat kerajaan Kelantan tidak mampu itu harus diterima. Peruntukan untuk membena jalan raya bukan sedikit. Pendapatan Kelantan yang bersumberkan hasil tanah dan hutan serta cukai tidak seberapa. Pendapatan itu hanya cukup membayar gaji pegawai kerajaan saja. Kelantan memerlukan bantuan dari kerajaan pusat. Malangnya bantuan itu dinafikan atas permainan politik mundur ke belakang oleh Umno. Kelantan yang seharusnya mendapat peruntukan menurut semangat federalisme dinafikan. Kalau pun ada peruntukan yang diberikan ia tidak sepenuh seperti mana negeri-negeri lain. Jalan raya yang sering mengalami kesesakan seperti Kota Bharu – Kuala Krai, Kota Bharu – Pasir Puteh, Kota Bharu – Tumpat adalah melibatkan jalan-jalan di bawah tadbir Persekutuan. Jalan-jalan ini dalam tanggungjang dan seliaaan JKR – Persekutuan. Kalau jalan ini menimbulkan masalah yang salahnya ialah kerajaan Pusat kerana pengabaidannya. Awang Adek sebagai Timbalan Menteri Kewangan tahu akan hakikat ini. Sebagai anak Kelantan beliau tidak sepatutnya mengkritik – yang tidak memberi apa-apa kebaikan untuk rakyat negerinya sendiri. Sepatutnya beliau berusaha untuk memperbesarkan jalan berkenaan. Berikhitar dan menggunakan kuasanya selalu jemaah menteri kabinet. Wang royaliti Petronas yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan seharusnya dilepaskan untuk belanja membina jalan dan membangun apa-apa prasana lain. Anihnya kenapa Awang Adek tidak mahu berusaha membawa peruntukan itu bagi mengatasi masalah keseskaan jalan raya. Dengan mengkritik kerajaan Kelantan ia tidak menyelesaikan masalah. Apakah kerana Kelantan hari ini di bawah Pas maka peruntukan perlu ditangguhkan? Sekali lagi kalau itulah pendapat dan pendekatan politik Awang Adek ia surut ke belakang. Ertinya politik Umno tidak dinamik dan progresif. Awang Adek dan pemimnpin Umno lain bukan mereka yang ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan. Orang yang cuba memanipulasikan hak rakyat Kelantan untuk kemenangan diri sendiri adalah jenis munafik dan oportunis. Selamanya tindakan sebegitu tidak akan memberi kebaikan dan keuntungan kepada Awnag Adek dan Umno. Seharusnya Awang Adek belajar dari sejarah, bagaimana diskriminasi, penganiayaan kepada rakyat Kelantan telah menjahamkan Umno. Satu masa dulu Umno mengamalkan dasar apartied di Kelsantan. Rakyat Kelantan yang memberi sokongan kepada Pas ditindas dan dijera dengan menafikan projek. Itulah adalah percubaan dan strategi ketika itu. Ternyata penindasan itu tidak memberi bekas. Sepatutnya Umno insaf bahawa kesan penindasan itu bukan saja terkena ke atas kepala orang Pas tetapi orang Umno juga. Umno sepatutnya ingat bahawa kurang 55 persatus lagi rakyat Kelantan adalah mereka yang menyokong Umno. Biarpun rakyat Kelantan dijera begitu sekali tetapi ia tidak memberi apa-apa impak. Rakyat Kelantan tetap juga menyokong Pas dan menolak Umno. Umno kena kaji kenapa ini berlaku dan mereka perlulah mengubah pendekatan dan strategi politik. Mereka sepatutnya membuang pendekatan lama yang diamalkan oleh pemimpin terdahulu. Jaras-jaras politik stail Annuar Musa hendaklah dibuang jauh. Bagai mana Annuar Musa semasa menjadi menteri dulu menafikan apa-apa pembangunan untuk Kelantan kecuali memewahkan kawasannya sahaja perlu dijadikan panduan. Walhasilnya kerana pendekatan sebegitu akhirnya Annuar sendiri dihukum oleh rakyat Kelantan dan termasuk rakyat Ketereh yang dimewahnya selama ini. Awang Adek sewajarnya sedar akan sikap dan perwatakan orang Kelantan ini. Selagi Umno tidak mahu mengubah strategi dan tetap berpegang kepada stail lama maka selama itu Umno tidak akan menang. Rakyat keantan adalah masyarakat yangh tahu menilai. Masyarakat yang bebas dan berdikari dalam kehidupan mereka. Apabila Umno tidak ikhlas dan mengkhianati mereka mereka akan membalas dengan kejamnya. Rakyat Kelantan tahu akan ketidakmampuan Kelantan seperti kata Awang Adek katakanm itu. Tetapi kenapa rakyat Kelantan tetap dengan Pas kerana mereka tahu akan keikhlasan dan kejujuran pemimpin Pas. Kepada Awang Adek, Mustapa Mohamed juga dan lain-lain pemimpin ubahlah pendekatan kalau mereka mahukan rakyat menerima Umno. Buanglah stail lama. Politik diskiminasi, menganiaya orang lain ataupun hipokrasi jangan diamalkan lagi. Cubalah membuat anjakan dalam politik dengan bersikap profesional meletakkan demokrasi itu seadilnya. Jangan kerana tidak menang rakyat seluruhnya perlu dihukum. Mereka yang tersekat di jalan raya berjam-jam di Kelantan itu bukan saja orang Pas dan PKR tetapi mereka juga termasuk orang Umno. Jadi jelas cara politik Awang Adek ia bukan menganiayakan orang Pas dan PKR tetapi turut menzalim orang Umno. Kalau begitulah cara berfikir Awang Adek maka jelas orang melihat perut Awang Adek saja buncit tetapi akalnya kempes. |
| ADAKAH SABAH NEGERI MERDEKA DI MALAYSIA? Posted: 04 Sep 2011 03:10 AM PDT |
| Tiga anak polis maut dalam nahas jalan raya di kilometer 113.6 Jalan Labis-Yong Peng Posted: 04 Sep 2011 03:05 AM PDT SINAR HARIAN JOHOR BAHARU - Tiga adik-beradik lelaki maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta lain di kilometer 113.6 Jalan Labis-Yong Peng awal hari ini. |
| Noramfaizul Dilindungi Insurans, Kata Pengerusi Bernama Posted: 04 Sep 2011 03:02 AM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV yang terkorban di Somalia pada Jumaat lepas, dilindungi dua polisi insurans yang diambil oleh Bernama, kata pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Ahad. "Semua petugas Bernama dilindungi dua polisi insurans -- insurans hayat dan dan insurans kemalangan diri yang terpakai di seluruh dunia," kata beliau sebagai respons kepada spekulasi yang tersebar dalam internet bahawa Allahyarham Noramfaizul tidak dilindungi insurans semasa menjalankan tugasan terakhirnya itu. Selain itu, Kelab Putra 1Malaysia turut mengambil polisi insurans kelompok kepada kesemua 55 anggota misi bantuan kemanusiaan ke Somalia. Abdul Rahman berkata Bernama akan turut menghulurkan segala sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh keluarga Allahyarham. - BERNAMA |
| ‘HERO’ MAT SABU, PERBEKK BUAT LAPORAN POLIS Posted: 04 Sep 2011 03:01 AM PDT LAPORAN …Kelihatan Pengerusi PERKEBB bersama AJK Mazlan Jojet dan rakan ketika membuat laporan Polis di Balai Polis Beaufort. Gambar sisipan, Jamawi Jaafar. Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID SATU laporan polis dilakukan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kemarin bagi membantah kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong yang mendakwa penyerang anggota keselamatan dan keluarga tragedi itu adalah 'HERO' sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara. Laporan polis itu dilakukan Persatuan Belia Kampung Kuridak (PERBEKK) yang diketuai oleh Pengerusinya Ustaz Md Said Awang Damit Menurut Md Said, kenyataan Mohamad Sabu, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, itu hanya untuk kepentingan diri sendiri yang bertujuan meraih popularity. Katanya, Mat Sabu tidak layak menjadi seorang pemimpin dan disanjung kerana cetek sejarah dan sanggup memperlekehkan anggota keselamatan. Sementara itu di Tenom Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom juga melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan kedangkalan pemikiran Mohamad Sabu yang meletakkan beliau pada kedudukan buta pada sejarah. Ketuanya, Jamawi Jaafar ketika dihubungi berkata, kenyataan Mohamad Sabu boleh mewujudkan kemarahan, khususnya kepada pihak pasukan keselamatan kerana kenyataan yang dikeluarkan berbaur kontroversi. Mohamad mencetuskan kemarahan pelbagai pihak apabila menyifatkan mereka yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 sebagai hero sebenar dan bukannya anggota polis yang terkorban dalam peristiwa itu. Menurut Jamawi yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia kenyataan tersebut dibuat bukan berlandaskan fakta sejarah, namun ianya lebih kepada keinginan untuk mencari populariti. Jamawi turut meminta kerajaan bertindak tegas berhubung perkara itu memandangkan ia menyentuh sensitiviti perasaan sesetengah pihak khususnya anggota keluarga yang terlibat dalam peristiwa tersebut. ''Kita, bimbang jika perkara ini dibiarkan sahaja, ia akan mendatangkan impak negatif ke atas negara, seolah-olah Malaysia cuba menghidupkan semula ideologi komunis," jelas Jamawi. |
| LDP MULA TUNJUK BELANG SEBENAR Posted: 04 Sep 2011 02:55 AM PDT Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN PARTI Liberal Demokratik (LDP) kini mula menunjukkan belang sebenar mereka dengan memboikot Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Sabah dan Kabinet Negeri yang diadakan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu pada 31 Ogos 2011. Timbalan Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Yakub Khan yang menghubungi Sabahkini.net kesal kerana kesemua Adun, Ahli Parlimen dan pemimpin LDP memboikot Majlis berkenaan; sekaligus menyalakan api permusuhan dengan Ketua Menteri dan Menteri Kabinet yang beragama Islam. "Tidak ada sebab kenapa mereka tidak boleh hadir walau sesaat kerana mereka sanggup pergi jauh ke Semporna semata-mata untuk menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal," kata Yakub yang menyifatkan tindakan pemimpin LDP ini seperti sudah terang lagi bersuluh. Kata Yakub, malah mereka bersama Shafie memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Adun Pantai Manis, Datuk Rahim Ismail; satu-satunya Adun sekutu Shafie Apdal di Sabah; semata-mata untuk menunjukkan bahawa mereka yakin kemimpinan Shafie yang mereka dakwa sebagai 'Ketua Menteri Dalam Penantian!' Senario ini kata Yakub menunjukkan pemimpin LDP tidak lagi peka dengan sensitiviti parti komponen BN atau tidak menghormati Semangat Barisan Nasional; kerana semua parti Komponen BN memberikan sokongan padu kepada Ketua Menteri dan Kabinet Negeri Sabah. "V.K.Liew semakin lupa daratan dan mula mencari dahan rapuh untuk tempat bergantung bagi memanjangkan tali hayat politiknya yang mula membahang kerana bersengketa dengan Umno," kata Yakub yang tidak menolak kemungkinan LDP akan hilang kesemua kerusi yang mereka tandingi jika terus bersengketa dengan pucuk pimpinan BN Sabah. Kata Yakub, beliau tidak menolak kemungkinan LDP akan mengikuti jejak langkah Parti Maju Sabah (SAPP) yang keluar dari Gagasan BN kerana tidak percaya kepada Perdana Menteri (Pak Lah); sebagaimana V.K.Liew dan pemimpin LDP yang hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sabah. "SAPP lebih bermaruah; LDP memperolehi apa yang mereka tidak patut dapat, tetapi melupakan jasa BN Sabah yang memberi sokongan padu kepada mereka, semata-mata kerana mereka mewarisi dendam kesumat Mantan Presiden LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat yang menjadikan Mazu sebagai senjata untuk membalas dendam," kata Yakub yang meminta LDP segera kembali ke pangkal jalan sebelum disingkirkan atau tersingkir daripada BN. |
| Desak Azizan letak jawatan; Presiden PAS cadang saman akhbar Posted: 04 Sep 2011 02:34 AM PDT
|
| 38 wartawan terbunuh di Somalia sejak 1992 Posted: 04 Sep 2011 02:32 AM PDT UTUSAN ONLINE KUALA LUMPUR - Sebanyak 38 wartawan asing termasuk seorang pekerja media dilaporkan terbunuh ketika membuat liputan krisis di Somalia sejak 1992. Angka itu berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh laman web Jawatankuasa bagi Perlindungan Wartawan (CJP). Jumlah itu termasuk korban terbaru membabitkan wartawan dari Malaysia iaitu seorang jurukamera dari stesen televisyen BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang terkena tembakan ketika membuat liputan bantuan kemanusiaan di negara itu, semalam. Dalam kejadian tersebut, Noramfaizul yang menaiki kenderaan pacuan empat roda sedang dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan, maut selepas terkena tembakan curi di bahu sehingga menembusi ke paru-parunya, dalam satu serangan di ibu negara Somalia, Mogadishu. Sementara itu, seorang lagi jurukamera dari TV3, Aji Saregar Mazlan, 26, pula cedera dalam kejadian tersebut. Noramfaizul merupakan wartawan Malaysia pertama terkorban ketika membuat liputan di luar negara. - Agensi |
| Lelaki cedera disimbah asid di Sandakan Posted: 04 Sep 2011 02:27 AM PDT UTUSAN ONLINE SANDAKAN - Seorang lelaki cedera dimuka akibat disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh seorang penunggang motosikal di Batu 9 Jalan Labuk dekat sini semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah hari ketika mangsa yang berusia 43 tahun itu dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya. Katanya, mangsa yang memandu sebuah kereta bersama isteri dan dua anak mereka tiba-tiba dihalang oleh sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang lelaki. Menurutnya, mangsa kemudian turun dari keretanya untuk bertemu lelaki itu dan berlaku pertengkaran di antara mereka. Beliau berkata lelaki berkenaan kemudian bertindak menyimbah cecair dipercayai asid ke muka mangsa dan terus melarikan diri. "Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Duchess Of Kent oleh isternya dan keadaannya kini dilaporkan stabil," katanya di sini hari ini. Fadzil berkata, polis sedang menyiasat motif kejadian dan telah mengenal pasti identiti suspek dengan gerakan mengesannya sedang giat dilakukan. - Bernama |
| Posted: 04 Sep 2011 02:25 AM PDT Mior Kamarul Shahid
Bila pilihan raya?…. adalah antara soalan paling banyak ditanyakan kawan dan keluarga bila bertemu pada hari raya kali ini. Mereka bertanya demikian kerana percaya wartawan mempunyai keistimewaan dari segi maklumat. Lebih sensasi jawapan yang diberi, lebih menarik cerita yang akan mereka ceritakan mengenai suasana politik setempat dan tanah air. Mendengar cerita mereka memberi gambaran bahawa minat politik rakyat adalah tinggi. Sedikit sebanyak mereka mengikuti perkembangan politik tanah air. Berita politik di Putrajaya, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sampai ke telinga mereka. Mereka sedar mengenai kesan perpecahan yang melanda rakyat Malaysia. Mereka tahu mengenai sikap bangsa mereka yang menerima apa juga pandangan politik, walaupun jelas merugikan bangsa, negara dan agama mereka. Mereka tahu kekuatan dan kelemahan parti politik sama dalam Barisan Nasional (BN) atau pembangkang. Mereka bimbang terhadap pendirian politik tidak rasional yang melanda bangsa Malaysia. Politik tidak rasional adalah sikap menyokong apa saja kenyataan, pendirian dan keputusan politik walaupun ia bertentangan dengan nilai sosial, budaya dan agama. Oleh itu, persoalan 'bila pilihan raya' menjadi sesuatu yang mereka nanti-nantikan, mungkin untuk menamatkan episod politik yang bercelaru ini. Disebabkan ini adalah pilihan raya umum pertama untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ia sangat dinanti-nantikan. Bukan saja orang kampung, malah, menteri Kabinet juga bertanya kepada wartawan mengenai ramalan tarikh pilihan raya. Dalam banyak hal lain, wartawan lah yang sering bertanya kepada menteri untuk mendapatkan bahan berita, tetapi dalam soal tarikh pilihan raya, menteri pula bertanya kepada wartawan. Mereka bertanya sekadar untuk menguji maklumat politik seseorang wartawan atau mereka benar-benar ingin tahu maklumat tambahan yang mungkin ada pada wartawan. Mereka tahu wartawan mempunyai akses kepada sumber yang lebih tinggi daripada mereka – perdana menteri. Sebenarnya, menteri tahu hanya perdana menteri saja yang mempunyai jawapan muktamad mengenai tarikh pilihan raya. Ini diikuti timbalan perdana menteri yang mungkin diajak berbincang untuk mendapatkan pandangan kedua dalam menentukan tarikh pilihan raya. Oleh itu, mereka mungkin cuba mencungkil rahsia sekiranya perdana menteri atau timbalannya ada memberi gambaran mengenai pilihan raya kepada wartawan. Sebenarnya, wartawan pun faham, sekiranya perdana menteri mahu memaklumkan tarikh pilihan raya, sudah tentulah beliau memberitahu pemimpin parti dan Kabinet terlebih dulu. Selepas segala urusan mengenainya selesai, termasuk menentukan tarikh dan peraturan pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dipenuhi, barulah media dimaklumkan mengenainya, khasnya untuk tujuan hebahan. Ada yang mengatakan bahawa tarikh pilihan raya bergantung kepada 'ilham'. Ada juga yang menjawab perkara yang sudah nyata seperti pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila sebelum tempoh kerajaan sedia ada berakhir. Ada juga secara bergurau meminta wartawan memberikan tarikh yang sesuai untuk pilihan raya itu. Bila ada peluang, soalan mengenai pilihan raya akan terus diajukan kepada perdana menteri dari semasa ke semasa. Soalan bila pilihan raya tidak relevan kepada pembangkang. Ia adalah hak mutlak perdana menteri. Bertambah hampir tempoh kerajaan berakhir, bertambah kerap soalan mengenainya ditanyakan. Soalan ini sering ditanya kerana menyedari ramai rakyat juga ingin mengetahuinya. Sudah lumrah, manusia suka mengetahui mengenai persengketaan, pergaduhan dan pertentangan. Pilihan raya tidak ada bezanya dengan 'teori tinju.' Sebelum sesuatu perlawanan diadakan, peninju terpaksa melalui proses untuk mengukur setiap kriteria yang ada pada dirinya antaranya dari segi ketinggian, berat badan, besar genggaman, ukuran tangan dan sebagainya selain menilai rekod dan prestasinya. Lebih kontroversi seseorang peninju itu, lebih ramai yang menunggu tarikh mereka masuk gelanggang. Bezanya, menang atau tewas seseorang peninju bergantung kepada kecekapan, kebolehan, stamina, kepantasan dan kekuatan penumbuk dan sebagainya, bukan ditentukan undian orang ramai. Setiap pergerakan dan tumbukan mereka dikira. Ada hakim yang mengadili perlawanan selain pengadil di dalam gelanggang. Setiap peninju perlu mematuhi undang-undang ditetapkan. Jika dapat menjatuhkan lawan, pemenang diisytiharkan sama ada menang atau kalah dengan pukulan TKO (technical knock out), KO (knock out) atau dengan kiraan mata. Dalam sesuatu perlawanan hebat, publisiti dan strategi amat penting. Pelbagai taktik digunakan untuk melemahkan lawan, kadang-kadang dengan kata-kata dan dilaporkan media. Tidak banyak tumpuan diberikan kepada kedudukan pembangkang dan sebagainya. Pembangkang menguar-uarkan seolah-olah mereka sudah bersedia menghadapi pilihan raya. Sebenarnya, pembangkang tidak bersedia pun untuk menghadapi rakyat. Mereka sebenarnya mengharapkan pilihan raya tidak diadakan sekarang, kerana di kalangan parti pembangkang – PAS, DAP dan Parti keadilan Rakyat (PKR), sedang bergolak. Jika pilihan raya diadakan segera, mereka mungkin melupakan perbezaan dan menghadapi pilihan raya secara bersama. Ada kemungkinan jika pilihan raya diadakan tahun depan atau awal 2013, mereka akan terus berpecah. Tapi, ada juga kemungkinan bahawa lebih lewat pilihan raya diadakan, lebih banyak masa bagi parti pembangkang untuk merapatkan hubungan. Dalam politik, macam-macam boleh berlaku. Inilah perkiraan yang perlu difikirkan perdana menteri untuk menentukan tarikh pilihan raya, di samping kesesuaian masa. BN juga mempunyai cabaran tersendiri dalam menghadapi pilihan raya. Jika BN berpendapat ia memerlukan masa untuk memastikan MCA, GERAKAN, MIC serta parti komponen lain benar-benar bersedia, maka pilihan raya tidak perlu diadakan segera. Jika BN berasakan masih ada parti komponen belum bersedia, tidak ada sebab pilihan raya perlu diadakan tergopoh-gapah. Sebaliknya, jika BN berasakan parti pembangkang begitu lemah sekarang, pilihan raya perlu diadakan secepat mungkin. Disebabkan tuntutan tugas, wartawan turut berpeluang menemui pemimpin pembangkang. Mereka juga boleh membaca pemikiran pemimpin pembangkang. Daripada perbualan dengan pemimpin pembangkang, wartawan juga boleh menilai kedudukan sebenar pembangkang. Mereka tahu perselisihan pemimpin dalam parti pembangkang. Bagi Perdana Menteri, beliau mempunyai percaturan sendiri sebelum membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya. Beliau perlu pastikan, apabila Parlimen dibubarkan semua kerajaan pembangkang turut membubarkan DUN masing-masing. Jika terlalu awal diadakan kerajaan negeri dikuasai pembangkang mungkin enggan mengadakan pilihan raya awal. Ini adalah antara keputusan besar yang perlu diambilkira oleh Najib. Beliau perlu memastikan, pemilihan waktu untuk mengadakan pilihan raya itu mengena.— Berita Minggu |
| Jual ginjal hanya untuk dapatkan iPad2 Posted: 04 Sep 2011 02:22 AM PDT
Seorang remaja berusia 17 tahun sanggup menjual salah satu ginjalnya semata-mata ingin memiliki iPad2. Difahamkan remaja itu telah pergi ke hospital di kota Chenzhou, Hunan dan tinggal di sana selama 3 hari sebelum urusan jual beli ginjal itu selesai. "Saya ingin sangat memiliki iPad2 tetapi tidak mempunyai wang yang cukup. Jadi saya telah menjual salah satu ginjal saya kepada seorang agen yang saya ketahui melalui iklan di internet dengan harga RM9,000 ," kata Xiao Zhen, nama remaja itu, dalam satu wawancara dengan Shenzhen TV. Operasi menanggalkan ginjal itu dilakukan oleh beberapa doktor pakar pada 28 April lalu. Setelah tiga hari menjalani pemulihan, Xiao boleh pulang dan mendapat bayaran RM9,000. Tanpa menunggu lama dia terus membeli sebuah iPad2 dan iPhone dengan wang itu. Ibu beliau yang hairan melihat Xiao memiliki dua benda mahal tersebut bertanya kepada anaknya. Pada mulanya, Xiao tidak mengaku tetapi selepas didesak beberapa kali, akhirnya beliau memberitahu telah menjual satu daripada ginjalnya. Terkejut dengan perkara itu, ibu berkenaan telah membuat laporan polis. Bagaimanapun, usaha menjejaki ketiga-tiga dalang tersebut tidak berjaya. Peristiwa ini tersebar luas di China sehingga menimbulkan pelbagai kritikan berhubungkait dengan moraliti golongan remaja sekarang. Ipad2 merupakan salah satu alat elektronik yang popular di China sehingga ribuan orang sanggup berkumpul di Apple Store, Beijing semata-mata untuk melihat dan memilikinya. |
| BERNAMA teliti semula SOP liputan luar negara Posted: 04 Sep 2011 02:14 AM PDT BERITA HARIAN ONLINE PETALING JAYA: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) akan meneliti semula beberapa prosedur operasi standard (SOP) dalam menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, terutamanya di zon kritikal atau dilanda konflik. Pengurus Besar BERNAMA, Datuk Hasnul Hassan, berkata selain menyediakan wartawan dengan latihan secukupnya, pertubuhan itu akan turut meneliti aspek keselamatan. "Kami berkemungkinan perlu melihat bagaimana petugas kami dapat dilindungi dengan sebaik-baiknya. Sekiranya SOP perlu diubah, kami akan mengubahnya selepas berbincang dengan jawatankuasa pengurusan," katanya di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang di sini, hari ini. Allahyarham Noramfaizul terkorban di Mogadishu pada Jumaat selepas terkena tembakan ketika dalam perjalanan menaiki sebuah kenderaan bersama petugas media lain dari Malaysia yang membuat liputan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia. Hasnul berkata, BERNAMA tidak akan berhenti daripada menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, sambil menambah pertubuhan berkenaan sering menghantar wartawan berpengalaman ke luar negara. "Ini adalah dasar kami. Bagaimanapun, jika membabitkan keadaan yang sukar, keputusan dibuat atas dasar sukarela," katanya. - BERNAMA |
| MAT INDERA : Mat Sabu bakal dapat projek bekal gari dari PDRM? Posted: 04 Sep 2011 01:27 AM PDT Oleh: tokpepijat " Setahun dua dahulu,kecoh seluruh Malaysia tentang seorang budak Cina yang belajar di Taiwan "menghina" lagu Negaraku. Juak-juak UMNO berduyun-duyun serta berbondong-bondong buat demo, sidang media dan berkunjung ke Balai Polis buat laporan. Masa itu, barangkali jika budak Cina itu zahirkan dirinya di khalayak ramai mungkin sudah di "tko" oleh PEKIDA ! Akhirnya kesudahan "episod" itu ditamatkan dengan mulut budak Cina itu ditutup dengan pemberian geran RM untuk budak Cina itu buat filem oleh Kementerian Rais Yatim. Apa motifnya dan muslihatnya? Hanya Si Pembakar Jambatan boleh menjawabnya. Barangkali untuk tutup mulut budak Cina itu daripada terus "hidup"kan cerita ciplak lagu Negaraku (Terang Bulan). Bahayanya isu ciplak Negaraku terus berkumandang kerana ianya lagu ciplak dan lagu asanya pula ada perkataan "BULAN". Satu nama yang amat sensitif dengan UMNO! Terang Bulan bermakna bulan dalam keadaan PURNAMA ! Apabila Mat Sabu timbulkan isu Mat Indera, seperti isu Negaraku juga maka juak-juak UMNO pun mengulangi "feel" mereka iaitu mengunjungi Balai Polis, demo dan sidang media. Tetapi UMNO lupa disebalik isu Mat Indera, ribuan anak muda yang celik sejarah dan IT siang malam cari di Goggle Web untuk mencari siapakah sebenarnya Mat Indera itu. Akhirnya mereka dapat 2 isi penting tentang isu yang ditimbulkan oleh Mat Sabu iaitu : i) Mat Indera seorang hafiz Al Quran. Bapanya bekerja dengan Sultan Johor. ii) Polis yang berkhidmat di Balai Bukit Kepong bukan PDRM tetapi PDQ ( Polis Diraja Queen). Polis Penjajah. Maka kelam kabut pula UMNO cari jalan untuk tutup mulut Mat Sabu. Jika budak Cina ditutup mulut oleh Sang Pembakar Jambatan dengan pemberian geran buat filem, bagaimana untuk tutup mulut Mat Sabu? Barangkali Sang Mulut Besar( sepupu Najib) boleh bagi kontrak membekalkan gari kepada Abang Mat kita! Tapi awas Abang Mat! Gari antara ribuan gari yang dibekalkan oleh Abang Mat bakal dipakai oleh hang" |
| Dah 3 rakyat kita syahid di Somalia, kita lupa sejarah Posted: 04 Sep 2011 01:18 AM PDT Oleh: rozmal " Nampaknya bukan saja peristiwa Bukit Kepong sahaja yang ramai generasi kini terkeliru, terlupa, buat-buat lupa dan sebagainya. Malahan sejarah tahun 1993 pun ramai antara kita yang lupa. Kita lupa bagaimana tentera kita khususnya Askar Melayu menjadi wira dunia, di mana askar Amerika dan Pakistan sendiri tidak seberani Askar Melayu kita dalam pertempuran di Somalia yang mengorbankan, Insya Allah as Syahid Koperal Mat Aznan. Bukan setakat lupa, malahan pimpinan kita pun tidak bersuara lantang mempertahankan keperwiraan Askar Melayu apabila filem Holywood Blackhawk Down menafikan sama sekali keperwiraan askar kita. Bukan setakat pemimpin negara, malahan dikatakan pemimpin tertinggi ATM pun tidak berani hendak membetulkan fakta sepertimana dalam ruangan komen dalam blog almarhum ayah saya di http://hjmalakan.blogspot.com/2009/09/sabung-nyawa-di-mogadishu.html Rakyat Malaysia yang kedua syahid di Somalia insyaAllah, ialah Kolonel Rashid Musa. Mengikut laporan di bawah jurukamera Bernama as Syahid Noramfaizul insyaAllah, telah ditembak oleh askar pengaman kesatuan Afrika AMIFOR. Kepada orang kampung saya Khairy Jamaluddin, jangan sibuk nak pertahankan peristiwa Bukit Kepong saja, sila betulkan fakta keberanian Askar Melayu yang banyak dirahsiakan atau tidak dihebohkan seperti peristiwa di Kalabakan , Sabah. Kerana Rejimen Askar Melayu, salah seorang pengasasnya adalah dari Rembau. Sila saksikan video klip Blackhawk Down versi Askar Melayu di http://waghih.blogspot.com/2011/09/dah-3-rakyat-kita-syahid-di-somalia_03.html Rozmal bin Malakan Al Rembawi ***************** Saturday September 3, 2011 Somali rebel attack: TV3 cameraman's family thankful he is safe JOHOR BARU: The family of Aji Saregar Mazlan is thankful the TV3 cameraman is safe, following a shooting incident in Mogadishu, Somalia, on Friday. However, their heart goes out to BernamaTV cameraman Noramfaizul Mohd Nor's grieving family. The 39-year-old was killed when rebel forces attacked and fired in the direction of the Malaysian media team's truck. He was hit by stray bullets in the incident about 11pm. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/9/3/nation/20110903172031&sec=nation Bernama TV cameraman shot dead in Somali capital September 03, 2011 Ugandan peacekeepers from AMISOM ride in an APC as they patrol the streets of Mogadishu MOGADISHU, Sept 3 — A Malaysian television cameraman was shot dead yesterday and another wounded by African peacekeepers in the Somali capital of Mogadishu, witnesses and a local aid worker hosting the journalists said. Muhideen Mohamed, who works with the Malaysian Putera 1 Malaysia Club charity, said the cameraman had been killed by peacekeepers from the AMISOM force who were patrolling the city that has been the centre of an Islamist insurgency. "AMISOM killed a Malaysian journalist and injured another between the K4 road junction and Mogadishu airport on Friday," Mohamed, the aid group's local coordinator told Reuters. Top Malaysian businessman murdered: Prominent Malaysian businessman, Colonel Rashid Musa has been gunned down and killed during a botched kidnap attempt in south Moqdishu. The colonel was a partner in the Somali Telecommunication Service (STS), a joint venture between Malaysians and Somali businessmen. Musa first came to Somalia with the Malaysian military contingent deployed as part of UNOSOM in 1994-95. North Moqdishu warlord Ali Mahdi Mohamed confirmed the incident, sending a message of condolence to the government of Malaysia. Apart from this telecommunications venture, the Somali-Malaysian bank opened in Moqdishu in April last year and there has been talk of Malaysian technicians assisting in the re-opening of the port. Malaysian business interests are often closely linked with members of Hussein Aideed's faction. (IRIN, June 2; AFP, June 2; ION, June 6) http://www.africa.upenn.edu/Hornet/HOA0598.html Thursday, January 24, 2002 Malaysian factor in 'Black Hawk Down' KUALA LUMPUR: In the Hollywood action movie Black Hawk Down, there are only fleeting shots of Asians helping to rescue 75 US soldiers pinned down by militia fire in Mogadishu, Somalia. And that is not good enough for Brig-Jen (Rtd) Datuk Abdul Latif Ahmad. He wants the real story of what happened on Oct 3, 1993 told. He was the commander of the Malaysian contingent which was part of the UN peacekeeping force in the tumultuous African state. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2002/1/24/nation/downer&sec=nation " |
| Khairy Lebih Baik Jaga Kerusi Rembau Dari Bercakap Soal Komunis Posted: 04 Sep 2011 01:14 AM PDT Oleh MSO KETUA Pemuda Umno yang tidak diiktiraf oleh Mahathir Mohamad turut tumpang semangkuk untuk mencari publisi murah akan menganjurkan ceramah jelajah negara untuk membelasah Mohamad Sabu mengenai isu komunis. Khairy Jamaluddin akan menganjurkan Pentas Patriot bagi menjelaskan tentang sejarah gerakan komunis di negara ini. Keperluan itu katanya perlu kerana kenyataan Mohamad Sabu itu telah mengguris hati polis dan tentera di negara ini. Betulkah begitu? Sejak Mat Sabu mengeluarkan kenyataan itu tidak terdengar pula oleh saya komen dari pihak polis dan tentera di negara ini. Yang ada hanya sesetengah orang-orang Umno saja yang bertindak lebih sudu dari kuah. Sepatutnya Ketua Polis dan Ketua Turus Angkatan Tentera yang awal bangun membidas Mat Sabu. Dalam program ceramah jelajah negara itu kata Khairy dia akan undang polis dan tentera untuk berceramah sama. Untuk apa? Apakah tidak cukup dengan unit pidato pemuda Umno? Nampak caranya semacam menantu bekas PM empat tahun tiga bulan semacam sengaja nak tarik dan heret polis dan tentera ke atas pentas politik pula. Saya rasa program Pentas Petriot itu tidak penting sangat dan perlu diadakan. Kalau Khairy bermaksud dengan program itu hendak tunjukkan pembelaan kepada parti ia sesuatu yang sia-sia. Apa lagi kalau bertujuan untuk mencari populariti. Polimek mengenai sejarah bukan perlu dipolitikkan. Kalau Khairy ikhlas mencari titik temu lebih baik adakan perdebatan (dialog) dengan Mat Sabu secara terbuka. Masing-masing mengemukakan fakta dan mempertahankan hujah masing-masing. Cara itu yang terbaik bukannya menjelajah negara mempengaruhi rakyat supaya membenci Mat Sabu dan Pas. Kalau Khairy sedia untuk berdebat dengan Mat Sabu mengenai isu ini saya sedia menjadi penganjur. Bagi tahu saja pada bila-bila masa saya akan uruskan.Tajuk perdebatan ialah "Siapa sebenar perjuang kemerdekaan dalam konteks Melayu?" Kalau benar hendak cari kejernihan dan kebenaran bukan bertempik dan memaki hamun Mat Sabu atas pentas tetapi berbincang dan berhujahlah di meja perdebatan secara tertib. Biar orang ramai menilai segala hujah dan bukti yang diberikan kedua pihak, baik Umno maupun Mat Sabu. Perdebatan di pentas politik akan memburukkan keadaan dan tidak banyak manfaat untuk Khairy sendiri. Menurut Khairy juga program itu bagi menjelaskan sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan negara ini kepada anak-anak muda. Sebenarnya generasi baru tidak begitu kabur sangat mengenai sejarah. Sebaliknya yang kabur Khairy sendiri. Sebagai orang yang banyak menghabiskan masa di luar negara dan hidup dalam kepompong bangsa penjajah Khairy tentu tidak mengetahui apa yang berlaku sebenarnya. Makanya sebelum beliau bertindak hendak menjelaskan hal itu kepada orang lain Khairy sendiri perlu memasuki perpustakaan semula bagi mengkaji dan mencari mana wira sebenarnya dalam memperjuangkan negara. Sejarah yang dibaca oleh Umno tentulah berbeza dengan sejarah sejati perjuang kemerdekaan. Umno sebagai parti yang dilahirkan oleh Inggeris sampai kapan pun tidak akan menerima wira perjuangan kemerdekaan yang sejati itu. Untuk Khairy janganlah buat kerja sia-sia kerana ia membuang masa saja. Lebih baik anda memastikan kedudukan di Rembau itu tidak tergugat kerana apa yang diketahui kini nama Khairy sudah tidak ada dalam senarai calon UBN untuk pilihan raya ke-13 nanti. Kalau dengan rancangan itu Khairy mengharap kedudukan di Rembau akan kekal ia satu tindakan sia-sia saja. Elok daripada bercakap soal sejarah yang sifatnya subjektif itu Khairy berusaha menyakinkan Najib dan Rosmah macam mana beliau perlu dicalonkan lagi di Seremban. |
| Penganalisis: Umno terus serang Mat Sabu untuk lindungi sejarah sendiri Posted: 04 Sep 2011 01:11 AM PDT Oleh Boo Su-Lyn KUALA LUMPUR — Serangan tidak henti-henti Umno terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong bertujuan mempertahankan sejarah versi parti Melayu itu, kata penganalisis politik. Beberapa penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, Umno mahu mengekalkan tafsiran sejarahnya - yang mana telah "yang digunakan dengan meluas di sekolah dan media rasmi" — bahawa ia adalah pihak yang berjuang untuk kemerdekaan. ''Sudah tentu, Umno dulu sangat berbeza dengan Umno sekarang dan kemerdakaan dicapai melalui usaha-usaha pelbagai kuasa termasuk Parti Komunis Malaya," kata Lim Teck Ghee, Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI). "Bagaimanapun, harapan adalah supaya propaganda dan versi mementingkan diri sendiri ini akan menjadi tafsiran yang tidak boleh dicabar dan kekal dalam sejarah kita," tambahnya. Semalam Pemuda Umno berkata mahu mengumpulkan semua bekas tentera, anggota polis dan ahli keluarga warga Bukit Kepong dalam satu siri jelajah seluruh negara - dipanggil Pentas Patriot - untuk menjawab kontroversi kenyataan Mohamad. Mohamad, yang lebih dikenali "Mat Sabu" (gambar) mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950. Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya. Umno dilihat cuba menggunakan kontroversi itu untuk meraih sokongan pengundi Melayu. Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010. Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British. Penganalisis politik dari Universiti Monash James Chin berkata, "sejarah Malaysia adalah Umno sebagai pejuang-pejuang kemerdekaan, bukan mereka sahaja. Mereka cuba meletakkan diri sendiri." Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas penjajahan Jepun pada 1945 yang bangkit mempertahankan kemerdekaan. Umno ditubuhkan pada 1946 oleh Datuk Onn Jaafar. Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian pula menegaskan sebarang perubahan sejarah perlu diserahkan kepada pakar sejarah untuk menjelaskan salah faham, agar tidak menjejaskan perpaduan kaum. "Lihat secara mendalam. Saya rasa apa yang berlaku ini adalah untuk mengiktiraf sumbangan komunis di kalangan orang Melayu," katanya. "Kekeliruan bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga penyokong PAS atau PR (Pakatan Rakyat)," katanya. |
| Posted: 04 Sep 2011 01:01 AM PDT Oleh MUHAMMAD APENDY ISSAHAK MALANG TAK BERBAU... foto Noramfaizul yang dirakam rakan media, Bani Amin Ahmad Zabidi, di Mogadishu pada pagi kelmarin, beberapa jam sebelum dia maut dalam insiden tembakan ketika perjalanan pulang ke hotel penginapan. TEMBUS CERMIN... kenderaan dinaiki Noramfaizul yang ditembak, kelmarin. MOGADISHU: "Sebelum membuat liputan di kem penempatan berkenaan, kami berdua sempat bergambar di lokasi 'Black Hawk (helikopter) down' ditembak jatuh, selepas arwah beriya-iya mengajak bergambar di situ kerana katanya, entah bila kami akan dapat datang ke Somalia lagi," kata Aji Siregar Mazlan, 26, jurukamera TV3 yang cedera dalam insiden yang turut meragut nyawa jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, di sini, jam 10.30 malam, kelmarin. Beliau dan arwah terkena tembakan dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan selepas selesai membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di sebuah kem penempatan rakyat Somalia, jam 5.30 petang (waktu Somalia). Menurutnya, ketika kejadian, dia dan arwah serta lapan lagi rakan media yang tinggal di hotel berasingan dengan 47 lagi anggota misi menaiki dua kenderaan untuk pulang ke tempat penginapan dan bersiap sebelum dijadualkan bertemu Presiden Somalia (Sharif Ahmed) pada jam 9 malam. Menceritakan tragedi itu, Aji berkata dia dan arwah duduk di bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama empat lagi rakan media daripada TV3, Bernama TV dan ntv7, manakala empat kakitangan RTM menaiki kenderaan lain di depan, bersama kumpulan keselamatan. Katanya, tembakan berlaku sebaik kenderaan membelok ke laluan masuk hotel dan mereka semua panik serta pemandu cuba memecut masuk tetapi ada halangan berikutan hotel itu mempunyai dua pagar kawalan keselamatan. "Selepas berjaya masuk, beberapa orang di situ cuba memberi rawatan, namun gagal menyelamatkan nyawa Abang Faizul. Syukur saya hanya terkena serpihan tembakan yang mengorbankan arwah, jika tidak Tuhan saja yang tahu nasib saya.
"Arwah masih bernyawa selepas terkena tembakan, dia hanya mengerang kesakitan dan tidak mampu berkata apa-apa walaupun berkali-kali saya memanggil namanya," katanya. Aji berkata, ketika kejadian, dia mendengar satu tembakan sebelum berasa panas di lengan kanannya dan sebaik memeriksa mendapati lengannya luka seperti kesan terbakar. "Saya kemudian menepuk paha arwah yang duduk di kanan saya untuk memberitahu perkara itu, namun arwah hanya diam dan sejurus itu juga kepalanya terlentok ke bahu saya. "Ketika itu saya baru sedar arwah turut terkena tembakan dan saya nampak bahunya berlubang serta darah mula keluar dengan banyak," katanya yang masih terkejut dengan tragedi itu. Jenazah arwah bersama 54 lagi anggota misi bantuan, termasuk tiga wakil media daripada The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), dibawa pulang ke tanah air menaiki pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dijadualkan tiba di Subang, hari ini. Seramai 55 rakyat Malaysia, termasuk wakil media, berada di Mogadishu bagi menghulurkan bantuan makanan dan perubatan bagi rakyat Somalia yang menderita kebuluran. Arwah antara 17 wakil media yang turut serta dalam misi berkenaan. |
| Tuan Ibrahim tertanya-tanya Buku Sejarah Anwar di dalam UMNO. Posted: 04 Sep 2011 12:59 AM PDT KL POS
KUALA LUMPUR - Setelah membuat satu kenyataan yang membuatkan rakyat terfikir bagaimana sepatutnya sesebuah sejarah harus ditafsir, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini sekali lagi mengajak rakyat berfikir mengenai kesahihan penulisan sejarah oleh manusia, dan mengapa sejarah tidak harus diterima bulat-bulat tanpa soal selidik terlebih dahulu. |
| Noramfaizul Selamat Dikebumikan. Posted: 04 Sep 2011 12:56 AM PDT KL POS. KUALA LUMPUR - Jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor selamat dikebumikan sebentar tadi di Universiti Putra Malaysia (UPM). Allahyarham yang selamat tiba pagi tadi diiringi Sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Somalia Kelab Putera 1Malaysia pimpinan Datuk Azeez Rahim. Sementara itu, Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, Jumaat lalu, dan menggesa supaya satu prosedur operasi standard ditampilkan untuk diguna pakai oleh anggota media yang ditugaskan membuat liputan di zon perang. |
| Hantar pelarian Islam Uigur ke negara komunis, Umno hipokrit! Posted: 04 Sep 2011 12:56 AM PDT Norutul Ilham PETALING JAYA: Tindakan menghantar pulang pelarian Uigur ke China dikutuk KEADILAN lantaran pentadbiran negara tunduk kepada desakan negara komunis itu. Di sebalik retorik Umno kononnya memperjuang Islam dan menolak ideologi komunis, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata: "KEADILAN mengutuk keras sifat hipokrit dan pelanggaran hak asasi manusia. Etnik Uighur adalah orang Islam daripada wilayah Xinjiang di China. "Memulangkan pelarian Islam Uigur kepada kerajaan komunis China mendedahkan mereka kepada risiko diseksa." Beliau berkata demikian pada kenyataan media sebagai reaksi terhadap tindakan kerajaan Umno menghantar pulang 11 daripada 16 pelarian Islam Uighur kepada kerajaan komunis itu, baru-baru ini. Kata Nik Nazmi, China menekan negara seperti Malaysia, Thailand dan Pakistan supaya memulangkan pelarian Uighur dan menyifatkan ia tidak patut berlaku ketika Malaysia merai hari sambutan dan Aidilfitri. "Ini bukti terbaru kelemahan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Mengapakah Malaysia membenar campur tangan kerajaan Komunis China dalam isu melibatkan hak asasi manusia umat Islam yang kononnya diperjuang Umno?" katanya. Beliau berkata, kerajaan Umno perlu sedar penindasan kerajaan China terhadap masyarakat Uighur Islam sehingga tergamak menyamakan mereka sebagai pengganas. "Kerajaan China berterusan menganggap permintaan penggunaan bahasa Uighur dana mengamal Islam sebagai keganasan, pemberontakan dan penderhakaan. Sehubungan itu, Nik Nazmi mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein supaya memberi jaminan baki lima pelarian Uighur yang masih ditahan di Malaysia, dilayan sebagai pelarian sah. Beliau turut mempersoal dakwaan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar kononnya pelarian itu dihantar pulang kerana terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia. "Jika benar, mengapakah mereka tidak didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia sebaliknya dihantar pulang ke China?" katanya. |
| Somalia janji siasat kes tembak wartawan Malaysia Posted: 03 Sep 2011 04:39 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER MOGADISHU— Punca kejadian tembakan peluru sesat yang menyebabkan kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor di sini semalam akan disiasat Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Somalia. Menterinya Abdisamad Maallin Mohamud berjanji dalang di sebalik kejadian itu dicari dan dihadapkan ke mahkamah. Beliau meminta maaf terhadap tragedi itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan seluruh warga Malaysia berikutan kematian Noramfaizul. "Ini (tembakan) bukannya daripada kerajaan... bukan daripada Al-Shabaab (pihak berkuasa). Ia dari tembakan pasukan lain dan kita akan menyiasat kenapa ini berlaku dan kenapa (rakyat Malaysia) diserang," kata Abdisamad, demikian menurut laporan Bernama Online. Noramfaizul, 39, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia. Kejadian berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan semasa kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki anggota misi seramai enam orang dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia. Sementara itu, ketua misi bantuan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata. kemalangan yang meragut nyawa Noramfaizul itu sukar diterima rakyat Malaysia. Abdul Azeez berkata beliau menuntut siasatan menyeluruh dan penjelasan daripada kerajaan Somalia berhubung kejadian itu. "Kenapa pasukan tentera melakukan ini kepada kita. Ini kita tidak boleh terima. Mesti ada siasatan menyeluruh. Rakyat Somalia mesti mohon maaf kepada rakyat Malaysia," Abdul Azeez berkata kepada Abdisamad. Abdul Azeez juga berkata, jenazah Noramfaizul telah diuruskan dan persiapan dibuat untuk membawa balik jenazahnya ke Malaysia dengan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia. "Suasana pilu di sini. Semua yang lain selamat. Semalam merupakan perjalanan terakhir tetapi terkena peluru sesat... tak tahu dari mana," kata Abdul Azeez. Menurutnya, anggota perubatan kelab itu telah cuba sedaya menyelamatkan Noramfaizul tetapi gagal. Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos lalu dari Kuala Lumpur bertujuan membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia, dijadual pulang esok, yang sepatutnya Isnin ini. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Azizan berkata, selama ini pun beliau bukan menjalankan tugas berseorangan tetapi sudah lebih tiga tahun mentadbir negeri ini dengan dibantu barisan exco kerajaan negeri yang dilantik. 
Kabel, bertarikh 10 Sept, 2008 itu, menggariskan laporan oleh Keith Luse, seorang kakitangan profesional Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat, berhubung siasatannya mengenai dakwaan pelarian Burma diseludup masuk di sempadan dengan bantuan pegawai imigresen Malaysia.
Aktivis dan badan-badan bukan kerajaan itu juga memberitahu Luse bahawa penyeludup manusia yang berurusan dengan pihak berkuasa imigresen Malaysia, terdiri daripada rakyat Thailand, Malaysia dan Burma, kata kabel itu.
"Pegawai Imigresen menerima antara RM400 hingga RM700 bagi setiap pelarian. Saiz kumpulan pelarian yang dijual kepada pedagang manusia itu pula, puratanya antara 45 hingga 100 orang, termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak," kata kabel yang dimuat-naikan di portal Wikileaks.
"Mereka yang tidak mampu membayar dijual kepada industri perikanan Thai, kilang-kilang atau ladang-ladang jika pelarian itu seorang lelaki. 


MARANG - "Tiada desa-kan daripada saya atau mana mana pimpinan pusat supaya Ustaz Azizan (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) meletakkan jawa-tan. Saya berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan laporan tersebut kerana ia jelas tidak berasas,".

Setahun dua dahulu,kecoh seluruh Malaysia tentang seorang budak Cina yang belajar di Taiwan "menghina" lagu Negaraku. Juak-juak UMNO berduyun-duyun serta berbondong-bondong buat demo, sidang media dan berkunjung ke Balai Polis buat laporan.
Nampaknya bukan saja peristiwa Bukit Kepong sahaja yang ramai generasi kini terkeliru, terlupa, buat-buat lupa dan sebagainya. Malahan sejarah tahun 1993 pun ramai antara kita yang lupa.
KETUA Pemuda Umno yang tidak diiktiraf oleh Mahathir Mohamad turut tumpang semangkuk untuk mencari publisi murah akan menganjurkan ceramah jelajah negara untuk membelasah Mohamad Sabu mengenai isu komunis.
KUALA LUMPUR — Serangan tidak henti-henti Umno terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong bertujuan mempertahankan sejarah versi parti Melayu itu, kata penganalisis politik. Beberapa penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, Umno mahu mengekalkan tafsiran sejarahnya - yang mana telah "yang digunakan dengan meluas di sekolah dan media rasmi" — bahawa ia adalah pihak yang berjuang untuk kemerdekaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan