Ahad, 25 September 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Yemen

Posted: 25 Sep 2011 05:48 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Semua rakyat Malaysia yang berada di negara itu juga dinasihatkan agar segera mendaftarkan diri di Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a.



KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang bercadang melawat Yemen agar menangguhkan perjalanan mereka sehingga keadaan keselamatan di negara itu pulih seperti biasa.

Semua rakyat Malaysia yang berada di negara itu juga dinasihatkan agar segera mendaftarkan diri di Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, ibu negara Yemen, sekiranya mereka belum berbuat demikian.

Dalam kenyataan di sini, kementerian itu menyatakan bahawa pihaknya telah menghubungi semua rakyat Malaysia yang berada di Yemen dan menasihatkan mereka supaya sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan dan mengikuti perkembangan keselamatan semasa berada di negara itu.

Kementerian sentiasa memantau perkembangan situasi semasa di Yemen dan meminta penuntut dan rakyat Malaysia yang bekerja atau melawat negara itu agar kembali secara sukarela ke Malaysia setelah urusan mereka selesai.

Langkah itu dibuat ekoran situasi di Yemen pada masa ini khususnya di Sana'a dan Aden bertambah kritikal selepas pihak prodemokrasi bertempur dengan pihak keselamatan kerajaan, menurut kementerian itu. Bernama

Anak muda perlu bangkit, kata Anwar

Posted: 25 Sep 2011 05:42 AM PDT

Khairul Azlam Mohamad

KUALA NERUS: Fenomena pencetus kesedaran rakyat yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Mesir, Tunisia dan sebagainya lahir di kalangan anak-anak muda.

Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh keyakinan tinggi perubahan politik boleh berlaku di kalangan rakyat di negara ini.

Katanya, kebangkitan luar biasa tersebut tercetus dengan kewujudan laman-laman web social, twitter, facebook dan blog.

"Kesedaran rakyat dimulakan dengan anak-anak muda. Ini yang mencetuskan perubahan. Perkembangan yang berlaku hari ini, semua mengatakan tentang kebangkitan yang luar biasa anak muda.

"Dan yang uniknya, yang istimewanya kebangkitan ini anak-anak muda lelaki dan wanita terlibat. Semua orang terlibat, orang dewasa, orang tua dan muslimat terlibat.

"Kita melihat melalui rangkaian laman web, twitter, blog dan facebook hingga timbul kesedaran baru di kalangan anak-anak muda menuntut keadilan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Rakyat Sempena Siri Jelajah Terengganu di Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, semalam.

Menurutnya, dengan kebangkitan serta kesedaran di kalangan anak muda Umno dan Barisan Nasional tidak boleh lagi menipu rakyat.

Katanya, pelbagai khazanah negara 'dirompak' oleh pemimpin Negara dengan memperbodohkan orang Melayu.

"Di Terengganu ini kita hendak anak-anak muda yang berfikir. Mana boleh tanah kita dirampas, saham kita diambil, balak kita hilang, keluarga kita hidup dalam miskin, tidak ada peluang pekerjaan, diperbodohkan dan tidak boleh tegur pemimpin.

"TV3 macam TV Mesir, Utusan Malaysia macam Utusan Mesir, perbodohkan orang Melayu. Ini anak muda kena bangkit," tegasnya.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Malaysia menyifatkan perubahan dan kesedaran tersebut boleh berlaku di seluruh negara dalam pilihan raya akan datang.

Ini kerana, katanya rakyat Malaysia terutama orang Melayu bukan lagi bodoh untuk mudah ditipu oleh pemimpin Umno-BN.

Menurutnya, perubahan boleh berlaku di Terengganu bahkan di Melaka yang mempunyai sejarah tersendiri.

"Kita boleh buat perubahan di Terengganu ini, termasuk di Melaka pun saya yakin kita boleh buat perubahan berdasarkan sambutan rakyat kepada Pakatan Rakyat, kerana negeri yang mempunyai sejarah.

"Saya minta kawan-kawan fikirkan. Jadi saya haraplah PAS, KeADILan (PKR) dan DAP diberi ruang dan jika kita tengok pada laporan media kerajaan, beratlah," ujarnya dihadapan 5000 hadirin.

Datuk Seri Anwar mendakwa Umno akan lingkup jika rakyat tahu keadaan sebenar cara pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat.

Justeru itu, katanya Umno-BN sanggup melakukan pelbagai fitnah, pendustaan serta mengaibkan pemimpin Pakatan Rakyat bagi menimbulkan kecurigaan.

Hadir sama pada majlis tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pengerusi PKR Terengganu, Azam Ismail dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Pakar: Putrajaya ‘boleh, patut bantu Kelantan laksana hudud’

Posted: 25 Sep 2011 05:41 AM PDT


KUALA LUMPUR – Kerajaan pusat wajar membantu Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud dengan meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan selain memansuhkan Akta Mahkamah Syariah 1965 dan kerangka perundangan semasa membenarkan keadaan itu, kata pakar perlembagaan.

Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata Putrajaya perlu membantu dengan memansuh Akta Mahkamah Syariah yang "mengikat tangan Mahkamah Syariah."

"Pusat juga perlu membantu dengan meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan dengan memberi pengecualian untuk Kelantan.

"Selain itu, pusat juga perlu membantu dengan membenarkan polis dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan yang berada di bawah tangan mereka untuk melaksanakan tugas di sisi undang-undang," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.

Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, ia boleh dibuat tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga.

"Kalau MCA dan Gerakan tak mahu sokong tak apa," katanya sambil menambah, sebenarnya apa yang Kelantan mencadangkan itu tidak memberi kesan kepada bukan Islam."

"Contohnya sekarang, kalau orang Islam berzina dengan bukan Islam, orang bukan Islam tidak didakwa. Orang Islam tak boleh cabar hudud kerana di bawah Perlembagaan hak sama rata tidak terpakai dalam konteks undang-undang peribadi.

"Contohnya, sekarang perempuan Islam tak boleh cabar undang-undang poligami atau kuasa cerai suami atas alasan mereka didiskriminasi. Orang Islam kena faham Malaysia ada dua sistem undang-undang; jadi tak timbul tuntutan layanan sama rata," kata beliau lagi.

Oleh itu kata beliau, "kesimpulannya cadangan hudud Kelantan itu boleh dilaksanakan dalam kerangka yang sedia ada."

"Perlembagaan membenarkan cadangan itu. Kalau Karpal Singh tak setuju itu hak dia tapi dia kena sedar pendapat dia tidak mutlak. Satu lagi kesimpulan ialah faktor kritikal ialah kejujuran dan kemahuan politik," katanya lagi.

Aziz berkata, apa pun yang Kelantan hendak ialah hak negeri melaksanakan hudud dan persekutuan perlu memberi kerjasama tetapi ini sukar berlaku kalau dilihat dari sudut isu royalti minyak.

"Hudud ini sebenarnya mempertingkat undang-undang jenayah syariah yang sedia ada. Kesalahannya, contohnya zina, sudah mengikut Islam. Apa yang perlu dipinda ialah hukuman," katanya lagi.

Mengenai langkah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mendapatkan pandangan bukan Islam, Aziz berkata, sebenarnya tidak perlu mendapatkan pandangan mereka mengenai pendirian mereka.

"Kita kena faham tentang sifat sistem perundangan di Malaysia. Kita sudah pun ada sistem perundangan syariah yang berfungsi seiring dengan sistem konvensional," katanya.

"Ia dalam lingkungan sistem Islam yang keluarga Islam beroperasi. Pada masa yang sama, kita ada sistem jenayah Islam," kata Aziz.

Jelas beliau, jika hukum hudud dilaksanakan ia akan dilakukan dalam struktur tersebut manakala bukan Islam akan terus tertakluk kepada undang-undang jenayah semasa, yang peruntukannya diturunkan dalam Kanun Keseksaaan dan Kanun Prosedur Jenayah.

"Apa yang kita perlu lakukan ialah mengkaji semula sistem jenayah Islam semasa dan meminda peruntukan-peruntukan yang tidak selari dengan perundangan Islam," katanya.

Sehubungan itu jelas beliau, Nik Aziz kelihatan memberi respons kepada beberapa pemimpin bukan Islam, dari MCA dan Gerakan serta DAP yang berpandangan bahawa ia akan menggantikan undang-undang jenayah semasa.

"Sebenarnya ia bukan isu. Sementara Nik Aziz faham undang-undang hudud, saya tidak pasti sama ada beliau faham sepenuhnya sistem perundangan.

"Nampaknya Nik Aziz berpandangan bahawa sistem semasa tidak islamik secara keseluruhan," katanya lagi.

SPRM tukar pegawai dituduh samun pengurup wang

Posted: 25 Sep 2011 05:39 AM PDT

MALAYSIA KINI


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menukar tiga pegawainya yang disyaki menyamun pengurup wang rakyat asing pada 15 September lalu, ke bahagian pentadbiran jabatan itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar, berkata pertukaran itu bagi memastikan ketiga-tiga pegawai berusia 20 hingga 35 tahun itu tidak terbabit dalam kes penyiasatan sepanjang siasatan polis.

"SPRM memandang serius kes ini dan tidak akan melindungi pegawai-pegawai berkenaan yang didakwa terbabit dalam perbuatan jenayah.

"Justeru tindakan diambil untuk menukar pegawai-pegawai berkenaan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berkuatkuasa serta merta dan hanya akan menjalankan tugasan pentadbiran sepanjang siasatan polis," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penyerahan Kompleks Pejabat SPRM Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Tiga pegawai SPRM yang dilaporkan bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sebelum ini ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing kira-kira RM900,000 pada 15 September lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Zakaria berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kes itu bagi menentukan sebarang pelanggaran peraturan yang serius dan jika terdapat pelanggaran, SPRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih berat dan setimpal.

Beliau berkata, ketiga-tiga pegawai terbabit terdiri daripada pegawai berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya (Gred P48), Penolong Kanan Penguasa (Gred P32) dan Penolong Penguasa (Gred P29).

Sementara itu, Zakaria berkata, bangunan baru SPRM Kelantan bernilai RM24.6 juta itu akan beroperasi sepenuhnya pada 1 November ini.

Beliau berkata, bangunan yang mula dibina pada Ogos 2008 di atas tanah seluas 0.727 hektar di Mukim Kenali, berhampiran bandar Kota Baharu itu dilengkapi pelbagai prasarana termasuk bilik temubual dan rakaman saksi, bilik menunggu saksi serta tiga unit lokap untuk lelaki dan wanita selain kemudahan untuk golongan kelainan upaya seperti lif, bilik air dan kawasan parkir khas.

"Aspek keselamatan turut diberi perhatian khusus dengan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di luar dan dalam kawasan bangunan, tingkap yang dipasang jeriji besi serta pintu masuk yang dilengkapi sistem 'kad akses'," katanya.

Majlis penyerahan replika kunci itu disempurnakan oleh Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am, Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur, Datuk Dr Amer Hamzah Mohd Yunus kepada Zakaria.- Bernama

Pengerusi MCA Kedah sedia lepaskan semua jawatan

Posted: 25 Sep 2011 05:34 AM PDT

MALAYSIA KINI


Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew berkata beliau sudah bersedia melepaskan semua jawatan parti dan memberi laluan kepada muka baru untuk dipilih bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka tidak lama lagi.

chua soi lek dinner at penang 260310 alor setar division chief chong itt chew"Saya sudah maklumkan hasrat saya ini kepada presiden parti kira-kira sebulan lepas. Bagaimanapun sekiranya presiden menganggap perkhidmatan saya masih diperlukan parti, saya akan terus berkhidmat.

"Namun saya fikir lebih baik beri laluan kepada muka baru mewakili MCA pada pilihan raya akan datang, yang baik untuk jangka masa panjang parti dan Barisan Nasional (BN)," katanya, semasa ditemui di Alor Setar, hari ini.

Chong, 62, berkata keputusannya bukan kerana masalah kesihatan tetapi setelah lebih 35 tahun berkecimpung dalam dunia politik beliau ingin memberi tumpuan kepada beberapa perkara namun akan terus memberi sumbangan kepada parti.

Mengenai PRU-13, beliau berkata parti sedaya upaya berusaha menarik sokongan pengundi Cina kepada BN.

"Kita membuat persediaan dengan menggerakan jentera pilihan raya di kawasan tumpuan lebih setahun lepas kerana menyedari bukan senang untuk menawan balik pengundi Cina yang beralih sokongan kepada pembangkang.

NONE"Saya yakin pendekatan yang digunakan MCA dengan menemui pengundi secara terus serta kerjasama mantap semua anggota komponen BN, kita yakin dapat merampas kembali satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang jatuh kepada pembangkang," katanya.

Pada PRU-12, MCA bertanding dua kerusi Parlimen dan empat DUN dan cuma memenangi satu kerusi Parlimen Alor Setar dan tewas Parlimen Kulim/Bandar Baru manakala tewas kerusi DUN Kulim, Kota Darul Aman dan Bakar Arang.

Chong, bekas anggota Exco kerajaan negeri semasa Syed Razak Syed Zain dan Datuk Seri Mahdzir Khalid menjadi Menteri Besar, tewas kepada pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik pada PRU-12 yang lalu. Bernama

Pembalak mohon Najib bantu dapatkan RM63 juta

Posted: 25 Sep 2011 05:31 AM PDT

Susan Loone


Satu delegasi lima pelabur hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon campur tangannya untuk menyelesaikan kes pelanggaran syarat kontrak oleh kerajaan Pahang yang didakwa gagal untuk membayar syarikat mereka kira-kira RM63 juta sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan.

najib lim guan eng cycle event 250911 3Mewakili syarikat Seruan Gemilang Makmur dan diketuai oleh pemegang sahamnya, Ramli Suleiman dan Lee Sin, kumpulan itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada Najib ketika pelancaran Berbasikal Amal 1Malaysia untuk Pendidikan di Penang Straits Quay, Tanjong Tokong di Georgetown.

Ramli menggesa Najib (atas, kanan) untuk memastikan bahawa kerajaan Pahang membuat bayaran yang telah tertunggak sejak empat tahun lalu.

Beliau juga berjanji bahawa syarikat yang berpangkalan di Kuantan itu akan menderma kira-kira RM1.5 juta untuk pendidikan, sekiranya mereka menerima wang daripada kerajaan.

"Kami yakin bahawa Najib akan cuba dan membantu kami kerana dia seolah-olah mengambil berat tentang masalah rakyat," katanya kepada pemberita selepas Najib telah meninggalkan majlis berkenaan setelah mengumumkan RM15 juta berjaya dikumpulkan untuk pendidikan Cina.

"Kami juga mahu jawapan dari kerajaan Pahang berhubung mengapa mereka tidak mematuhi keputusan mahkamah untuk membayar wang yang diarahkan dibayar kepada kami," katanya kepada perdana menteri yang juga merupakan ahli parlimen Pekan.

pahang logger hunger strike 080911Ramli berkata kumpulan itu akan ke Kuantan minggu ini untuk mencuba bertemu dengan kerajaan negeri kerana mereka percaya dengan rundingan dan perbincangan.

Mereka juga menggesa kerajaan Pahang untuk mencontohi rakan mereka dari Pulau Pinang yang baru-baru ini mengeluarkan RM15 juta sebagai pampasan kepada ahli perniagaan Tan Hak Ju.

Tan menyaman kerajaan negeri kerana tidak memproses permohonan tanahnya dengan betul dan kemudian membatalkannya apabila mendapati tanah itu dimiliki oleh pihak lain.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang turut hadir bersama Ramli menggesa kerajaan Pahang untuk membuat bayaran seperti yang dilakukan oleh Pulau Pinang yang katanya "menghormati kedaulatan undang-undang".

pahang logger hunger strike 080911Pelabur-pelabur itu sebelum ini bergilir-gilir mogok lapar dalam usaha merayu kerajaan Pahang membayar wang mereka yang kini terkumpul dengan faedah berjumlah kira-kira RM70 juta.

Ramli, seorang pegawai UTK bersara dan pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Sultan Pahang selama enam tahun, mendakwa bahawa Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan pentadbirannya telah mengabaikan tanggungjawab mereka.

Sukar bernafas: Ahmad Jais dipindahkan ke ICU

Posted: 25 Sep 2011 05:29 AM PDT

MALAYSIA KINI


Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais, 75, yang dimasukkan ke Unit Separa Rapi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di Shah Alam semalam, dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat sukar bernafas awal pagi ini.

Anak keempatnya, Maimun, 31, berkata bapanya kini dalam keadaan stabil.

"Ayah sekarang bernafas melalui mesin bantuan pernafasan bagi membolehkan oksigen masuk terus ke paru-parunya, dan doktor sedang melihat progress ayah.

"Ayah memang ada asma dan bila beliau diserang batuk, itu menyukarkan pernafasannya. Doktor beritahu masih terlalu awal untuk tentukan sampai bila ayah akan berada dalam keadaan ini," katanya ketika ditemui di Shah Alam hari ini.

Maimun turut meminta agar saudara mara, rakan-rakan dan peminat mendoakan kesihatan bapanya.

Ahmad Jais dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu semalam selepas mengalami masalah sesak nafas.

Menurut anaknya, beliau mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 Sept lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di Shah Alam.

Beliau kemudian dipindahkan ke DEMC awal pagi semalam kerana mempunyai rekod perubatan di situ. - Bernama

Guan Eng tuntut Bernama mohon maaf

Posted: 25 Sep 2011 05:19 AM PDT

MALAYSIA KINI


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu artikel yang didakwa memfitnahnya ditarik balik dan permohonan maaf secara terbuka serta tanpa syarat dari Bernama kerana menyebarkan 'berita palsu dan dusta,' ataupun menghadapi tindakan undang-undang.

NONELim didakwa oleh agensi berita nasional itu sebagai berkata bahawa Johor adalah sebuah negeri yang tidak selamat berbanding Pulau Pinang dan kemungkinan seseorang diculik adalah tinggi, dalam satu temu bual dengan Radio Australia pada 20 Sept lalu.

Lim bagaimanapun menafikan beliau mengeluarkan kata-kata berkenaan dan mendakwa mempunyai saksi-saksi untuk menyokong beliau.

Dalam surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong,- Lim, memerusi setiausaha akhbar (II) Wong Kim Fei, berkata agensi berita itu menyiarkan laporan palsu itu pada 23 September.

Artikel berkenaan "Lim Guan Eng should not sabotage other states - Muhyiddin" dan "Lim Guan Eng tidak sepatutnya sabotaj negeri lain - Muhyiddin".

Wong menjelaskan bahawa Lim telah ditemuramah oleh Radio Australia pada 20 September oleh Cameron Wilson.

Radio Australia adalah milik Australian Broadcasting Corporation dan menyiarkan perkhidmatan dalam talian serta radio antarabangsa yang disiarkan dalam lapan bahasa dengan tumpuan khususnya di Asia dan Pasifik.

azlanWong berkata bahawa semasa diwawancara, Lim membincangkan tentang perjanjian pemohon suaka, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengenai Pulau Pinang tetapi sepanjang wawancara berkenaan, beliau tidak pernah menyebut mengenai Johor atau membuat apa-apa rujukan kepada situasi di negeri-negeri lain di Malaysia.

Katanya, dua pembantu menemani Lim pada wawancara itu - Jeffrey Chew dan Yap Soo Huey - dan mereka boleh menjadi saksi mengenai apa yang diperkatakan.

PEKAN TAMAN FAJAR SEMAKIN TERBIAR

Posted: 25 Sep 2011 04:13 AM PDT

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI


PEKAN Taman Fajar yang terletak di Kilometer 7, Jalan Lapangan Terbang Sandakan merupakan pekan yang menjadi tumpuan ramai pengunjung pada saban hari termasuk pada waktu malamnya.

Selain mempunyai Pusat Membeli Belah untuk orang ramai berbelanja, tidak kurang juga dengan mempunyai pasar mini dan deretan warung yang menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan buah-buahan.

Ketika melakukan tinjauan rambang kelmarin, Wartawan Sabahkini.net yang secara kebetulan singgah untuk membeli pecal dan gado-gado, tiba-tiba didatangi seorang pengunjung, Hashim Harun yang ingin mengadu beberapa perkara mengenai masalah di sekeliling pekan itu.

Hashim membawa jurugambar Sabahkini.Net ke hadapan Pasar untuk menunjukkan tandas awam yang berbau busuk kerana najis (tahi) kelihatan bersepah di atas lantai disebabkan tandas berkenaan tidak pernah diselenggara oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) atau kontraktor pembersihan.

"Pembinaan tandas ini satu kemudahan awam tetapi amat mendukacitakan kerana tiada bekalan air paip disediakan oleh pihak yang berkenaan," kata Hashim yang kesal kerana pengunjung terganggu oleh bau najis daripada tandas tersebut.

Tegas Hashim, bagaimana pengunjung mahu menggunakan tandas berkenaan jika tidak mempunyai air paip untuk beristinjak, melainkan bagi bukan beragama Islam.

Katanya lagi, selain tandas awam yang bermasalah, tempat letak kereta di hadapan dan di belakang Pasar boleh menternak ikan keli kerana ditakungi air dan para pemilik kenderaan sukar untuk meletakan kereta mereka.

"Yang menghairankan mana sudah perginya Pemimpin Kemajuan Ralyat (PKR), Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), JKDB dan Pemaju Mukimnya? Kenapa perkara sebegini tidak dilaporkan kepada pihak MPS," jelas Hashim lagi yang kesal kerana pegawai lantikan politik tidak suka turun padang memantau masalah rakyat.

Ruang PR Cipta Peluang Di Sabah

Posted: 25 Sep 2011 03:59 AM PDT

Oleh : SITI SALASIAH SALAMUN (sabahkini)

PADA 16 September lalu, bersamaan dengan sambutan Hari Malaysia, Konvensyen Pakatan Rakyat Sabah telah berlangsung dengan jayanya di Convention and Event Center, Star City, Kota Kinabalu Sabah yang dihadiri oleh semua penyokong dan ahli dari Pakatan Rakyat seluruh negeri.

Konvensyen yang bermula dari pukul 1.00 petang hingga 5.00 petang itu bertujuan untuk merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat Negeri Sabah. Lim Kit Siang, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Seri Dr Wan Azizah antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir memberikan ucapan dan sekaligus merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Tawaran PR

Tawaran baru Pakatan Rakyat (PR) untuk rakyat Sabah meliputi 20 perkara. Antaranya adalah mengenai agama, menjunjung kedaulatan negeri Sabah, menangani pendatang asing tanpa izin (PATI), pemuliharaan tanah Sabah, Borneonisasi, pengambilalihan Blok L dan M, 20 perkara autonomi Sabah, royalti minyak dan gas, dasar kabotaj, pengawalan cukai hasil negeri Sabah, kajian fungsi FELDA dan FELCRA, Yayasan Orang Asal, pembasmian kemiskinan, perumahan rakyat, peranan Yayasan Sabah dan sebagainya.

Penerimaan rakyat Sabah terhadap PR pada masa ini adalah pada tahap yang amat baik. Di sesetengah kawasan, wakil PR sama ada terdiri daripada PAS, DAP atau PKR, dijadikan rujukan utama oleh masyarakat setempat untuk memberitahu masalah dan mendapatkan penyelesaian kepada masalah itu, hal ini menjadi simbolik kepada ketidakcekapan wakil rakyat BN yang ada untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Menurut Ketua Penerangan Pas Sabah, Hisamudin Sulaiman yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pensiangan, apabila beliau turun mendengar keluhan dan permasalahan masyarakat di kawasannya, di samping mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh BN, pada ketika itulah masyarakat sedar bahawa selama ini mereka hanya ditipu dan tidak diambil berat langsung oleh wakil rakyat yang dipilih oleh mereka dalam PRU lalu.

Beliau juga mendakwa bahawa penduduk kampung memberikan kepada beliau beberapa pucuk surat yang mengandungi berbagai-bagai permintaan daripada penduduk kampung. Beliau menegaskan kepada penduduk kampung bahawa tugas wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya bukan hanya untuk memberikan beras sekilo dua ataupun memberikan 'tandas segera', tetapi ia lebih dari itu, iaitu mendengar dan menyelesaikan permasalahan yang wujud.

PAS mengukuh di Sabah

Di kawasan Sandakan pula, penerimaan masyarakat terhadap PR juga pada tahap yang amat memberangsangkan. Masyarakat di sekitar Batu Sapi sangat teruja apabila mengetahui bahawa Tuan Guru Haji Hadi akan turun ke kawasan mereka, namun harapan mereka untuk bertemu dengan dengan beliau tidak kesampaian apabila beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Namun kedatangan beliau di tempat lain seperti di Tawau, amat meriah dan disambut dengan baik. 20 perkara yang ditawarkan oleh PR untuk rakyat Sabah dalam PRU ke 13 yang diurakan-urakan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini, merupakan antara isu yang sangat genting dan menjadi satu tuntutan kepada PR untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Sabah jika PR berjaya menakluki 'Fixed Deposit' BN ini.

Antara isu yang cukup sinonim dengan rakyat negeri ini, adalah isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Di semua kawasan, terutamanya kawasan pedalaman, seperti di kawasan Pensiangan, kawasan Batu Sapi, dan kawasan Beluran serta di Merotai, penduduk kampung meneroka dan mengusahakan tanah-tanah tersebut untuk dijadikan kawasan petempatan dan pertanian atau penternakan. Apabila tanah-tanah tersebut diusahakan, ia sepatutnya menjadi milik penduduk yang mengusahakannya.

Namun, hal yang sebaliknya pula terjadi apabila kerajaan sewenang-wenangnya merampas tanah NCR tersebut. Pampasan yang dijanjikan hanya menjadi 'pemanis mulut' sahaja tanpa ada tindakan susulan. Rakyat dibiarkan turun naik ke mahkamah dan akhirnya kes ditutup.

Pembelaan yang sewajarnya dibuat oleh wakil rakyat seperti yang diharapkan oleh penduduk kampung, tidak terjadi. Malahan wakil rakyat pula hilang entah ke mana. Hanya akan muncul apabila ada program nyanyian, kebudayaan dan acara tari menari yang sememangnya sinonim dengan jiwa wakil rakyat BN negeri ini.

Tahun ini, PAS Sabah amat tekun dan gigih untuk memastikan Sabah tidak lagi menjadi 'Fixed Deposit' BN pada PRU akan datang. Pada Mei tahun ini, Konvensyen PAS Sabah yang berlangsung di Sabah Hotel, Sandakan yang bermatlamatkan 'Merakyatkan PAS di Sabah' telah mengusulkan juga beberapa tindakan lain antaranya untuk menyebarkan isi kandungan Buku Jingga, menarik undi masyarakat bukan Islam, mengenalpasti permasalahan masyarakat setempat, kursus pilihanraya kawasan dan penekanan kualiti ahli.

Pada 17 September yang lalu pula, Konvensyen Pas Negeri Sabah telah berlangsung di Yaho Hotel, Kota Kinabalu. Konvensyen pada kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran semua ahli PAS dari seluruh pelusuk negeri ini. Konvensyen yang berlangsung selama sehari ini turut mengupas mengenai Negara Berkebajikan: Tawaran Pas yang telah disampaikan oleh ahli parlimen Pasir Putih Kelantan, Ustaz Muhammad Husin.

Menariknya, konvensyen kali ini menggunakan buku Menegakkan Perjuangan: Memenangi Pilihanraya Menerusi Persiapan Tarbiyyah yang ditulis oleh Ustaz Datuk Abu Bakar Chik yang turut digunakan ketika Ijtimak Tarbawi DPPP di Rusila Terengganu pada Oktober tahun lalu.

Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu 'Menegakkan Perjuangan' yang disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas 3, 'Pilihanraya adalah Jihad dan Wasilah Perjuangan' yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Sabah, Ustaz Nuruddin Abdullah dan pembentangan ketiga mengenai 'Adakah PAS boleh menang dan memerintah Malaysia' yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Sabah, Saudara Hisamudin Sulaiman. Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa wehdah oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu.



Jarigan PAS & NGO

Konvensyen PAS kali ini juga disertai oleh beberapa wakil NGO yang turut serta bersama-sama memperjuangkan isu setempat, antaranya NGO ini bekerjasama dengan PAS Sabah untuk menangani isu alam sekitar yang melibatkan pembukaan lombong arang batu di Felda UMAS.

Hasilnya, mereka berjaya menghentikan pembukaan lombong tersebut. Hal ini secara tidak langsung menampakkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang universal, tidak hanya merangkumi hal ehwal keagamaan semata-mata.

Di Sabah, pilihanraya Parlimen Batu Sapi yang diadakan tahun lalu adalah cerminan kepada usaha PR di Sabah, khususnya di Sandakan. Walaupun ketika itu wakil dari PKR yang menjadi calon bertanding, namun usaha untuk memenangkan calon ini turut dibantu oleh jentera dari semua parti PR.

Hasilnya, lebih 3,000 pengundi yang mengundi calon PKR ini. Ia merupakan satu 'hint' awal betapa rakyat Sabah mahukan perubahan yang lebih baik dan wakil rakyat dipilih biarlah menjadi mata dan telinga kepada rakyat di parlimen nanti, bukan hanya melihat dan membiarkan rakyat terseksa.

Keberkesanan pendidikan rendah PAS

Penerimaan masyarakat terhadap PAS juga turut dilihat melalui peningkatan murid yang berdaftar di PASTI yang ada di seluruh negeri. Hal ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi oleh masyarakat agar anak-anak mereka dapat dididik dengan baik dan berkonsepkan Islam.

Dakwah Islamiyyah turut dapat disebarkan secara 'bil hikmah' melalui PASTI. Rata-rata ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak ke sekolah PASTI, berpakaian tidak menepati syariat Islam dan disinilah peranan guru ditonjolkan. Beretika pakaian yang sopan dan menutup aurat merupakan tuntutan wajib untuk semua guru PASTI.

Pada masa ini juga, PASTI beroperasi di seluruh tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan tidak hanya tertumpu pada sesuatu kawasan sahaja. PASTI ada di bandar-bandar besar, di flat-flat mewah dan ada juga di kawasan perumahan elit. Hal ini menunjukkan bahawa PAS mampu untuk memberikan pendidikan bukan hanya kepada golongan sasaran tertentu sahaja tetapi merangkumi kepada semua golongan.

Rintangan seteru politik

Namun, kepastian yang nyata adalah pihak BN tidak akan pernah untuk berdiam diri membiarkan Sabah jatuh ke tangan PR. Ternyata pelbagai usaha difokuskan kepada negeri ini untuk memenangkan BN di Sabah pada pilihanraya akan datang.

Ketika syawal baru-baru ini pun, Ketua Menteri turun ke semua masjid yang ada untuk menyampaikan sumbangan dan membuat rumah terbuka menjamu rakyat yang dahagakan janji ketika PRU lalu. Pemberian beras dan barang-barang keperluan lain kepada golongan sasaran seperti ibu tunggal atau orang kurang upaya sudah menjadi kelaziman untuk wakil BN apabila turun bertemu masyarakat.

Malangnya wakil BN menganggap bahawa itu sudah cukup untuk memadamkan janji-janji yang dibuat ketika PRU lalu. Rakyat Sabah sudah bertahun hidup dalam keadaan yang sama, tidak ada perubahan yang drastik walaupun Sabah merupakan negeri yang kaya pada suatu ketika dahulu.

Jalan raya misalnya, hanya dibaiki apabila tiba musim pilihanraya, jambatan di kampung hanya akan dibaiki apabila wakil rakyat BN akan melawat kampung tersebut dan jalan yang berlubang hanya akan ditampal apabila Ketua Menteri melawat kawasan tersebut.

Fenomena yang amat menyedihkan. Adakah rakyat yang tinggal di kawasan itu tidak berhak untuk mendapat kemudahan yang baik? Kenapa perlu tunggu 'orang besar' masuk ke kawasan tersebut baru semuanya akan dipulihkan?

Saya menyarankan agar Ketua Menteri dan jemaah menterinya berulang alik dari Sandakan ke Kota Kinabalu, atau dari mana sahaja, dengan menaiki kereta melalui jalan raya yang ada. Biar mereka turut merasai betapa sistem perhubungan jalan raya yang ada di negeri ini berada pada tahap yang amat teruk.

Di kawasan Sandakan, misalnya di kawasan pedalaman Batu 12, sehingga saat ini penduduk masih belum mendapat bekalan air bersih walhal tempat tersebut mempunyai sekolah dan petempatan. Penduduk di kawasan itu juga perlu menunggu 11 tahun untuk mendapatkan sistem perhubungan jalan raya yang lebih baik.

Logik atau tidak rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapat kemudahan yang lebih baik? Sedangkan BN memerintah Sabah lebih lama daripada tempoh itu. Jika anda berkesempatan ke Sandakan, anda akan melihat sepanjang jalan dari Batu 14 hingga ke Batu 12, jalan raya sedang dalam proses pembesaran.

Hal ini rentetan daripada jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Satu langkah yang amat baik dan disambut baik oleh semua penduduk namun persoalan yang timbul, kenapa sekarang usaha itu dibuat?

Kenapa tidak selepas sahaja kemenangan BN di Sabah pada PRU lalu? Bergerak pula ke kawasan bas ekspres Sandakan, anda akan melihat satu kawasan yang amat daif. Kawasan bas ekspress ini hanya terdiri daripada beberapa pondok tiket bas dan tandas serta beberapa gerai jualan makanan dan lebih malang lagi, kawasan bas ekspres ini tidak berbumbung.

Namun, jika anda ke Tawau atau Kota Kinabalu, anda akan dapat merasakan bahawa stesen bas ekspres yang ada setaraf dengan stesen bas ekspres di bandar utama negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Cukup lengkap dan gah. Walhal, Ketua Menteri Sabah adalah anak jati Sandakan, namun mengapa Sandakan seakan-akan dianaktirikan, sedangkan Sandakan merupakan bandar terpenting selain Kota Kinabalu dan Tawau.

Stesen bas harian yang terletak di tengah-tengah bandar Sandakan turut mengalami nasib yang sama, dianaktirikan daripada pembangunan. Stesen bas ini tidak berbumbung, (kecuali stesen bas Labuk yang merupakan stesen bas swasta) dan ia sangat menyukarkan pengguna apabila hujan. Hal ini bertambah sukar apabila terdapat bas sesuatu kawasan yang adakalanya jauh dari tumpuan orang ramai.

Hal ini sudah wujud bertahun lamanya tanpa ada apa-apa tindakan daripada pihak kerajaan negeri. Perkara ini patut dipandang dengan serius kerana kebanyakan penduduk menggunakan bas sebagai pengangkutan utama. Jika hal ini tidak ditangani dengan baik, ia akan membebankan rakyat.

Jika alasan sempit dan tidak ada ruang yang diberikan, ia adalah tidak relevan kerana kemudahan ini adalah lebih penting daripada pembinaan kompleks membeli belah (Harbour Mall) yang semakin pesat dibangunkan di pinggir bandar Sandakan. Jika kompleks ini ada tempatnya di bandar ini, kenapa pula tidak boleh diperuntukkan tempat untuk stesen bas harian?

Masalah setinggan

Isu setinggan juga amat sinonim dengan negeri ini sama ada di Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau. Di Sandakan, kawasan setinggan BDC yang dulunya terletak di Batu 2 dirobohkan tanpa pembelaan yang wajar diberikan kepada penduduk yang terlibat.

Kawasan tersebut kononnya akan digunakan untuk mendirikan Hotel Sri Malaysia namun sehingga ke hari ini, lebih dari 5 tahun kawasan setinggan itu dirobohkan, belum pun ada tanda-tanda pembangunan dilakukan. Semuanya hanya untuk menghapuskan kawasan setinggan agar negeri ini dikatakan 'zero setinggan' walhal hakikatnya rakyat merempat dan terpaksa mencari tempat tinggal yang lebih mahal kosnya.

Adakah ini langkah yang betul-betul bijak mengurangkan kemiskinan di Sabah? Penduduk masa kini yang tinggal di kawasan setinggan bagaikan telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja tempat mereka akan dirobohkan.

Ketika berkunjung ke Batu Sapi Ramadhan lalu, rumah penduduk di kawasan Kampung Lupak Meluas juga ingin dirobohkan dan tidak ada seorang pun wakil rakyat yang turun menjadi 'front liner' mempertahankan penduduk.

Apabila ditanya kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab merobohkan kawasan tersebut, mereka hanya menyatakan bahawa wakil rakyat mereka yang memberikan arahan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa wakil rakyat yang dipilih oleh mereka hanya 'menyayangi' mereka apabila tiba musim pilihanraya sahaja.

Isu PATI

Kebanjiran PATI di Sabah juga tidak dapat ditangani dengan baik oleh kerajaan Negeri. Tawaran PR untuk PRU akan datang adalah menyempurnakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan di-Raja bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang asing tanpa izin di negeri ini. Pendaftaran PATI sebagai penduduk tetap yang dijalankan oleh kerajaan bulan lalu amat membimbangkan.

Penduduk amat takut jika hak yang sepatutnya dimiliki dirampas dan diberikan kepada PATI. Pendaftaran yang dilakukan juga amat merobek hati penduduk, kerana ada antara penduduk tetap negeri ini yang terpaksa berurusan ke Putrajaya semata-mata untuk mendapatkan kad pengenalan penduduk tetap, tetapi kerajaan sewenang-wenangnya memberikan hak tersebut kepada PATI.

Rakyat menghabiskan ribuan ringgit dan perlu menanti bertahun-tahun untuk mendapatkan kad pengenalan, PATI pula mendapat kerakyatan hanya dalam masa beberapa jam. Bukan itu sahaja, kebanjiran PATI di Sabah turut menyebabkan kadar jenayah meningkat. Pecah rumah, mencuri, penyeludupan rokok dan sebagainya turut membimbangkan masyarakat tempatan.

Pelbagai isu yang boleh dicanang untuk menjatuhkan BN di Sabah, point utamanya adalah menyampaikan kepada masyarakat tentang maklumat dan kebenaran yang sepatutnya mereka ketahui.

Meraih kepercayaan penduduk tidak mudah, tapi apabila kita menyampaikan kebenaran insya Allah mereka akan dapat berfikir pilihan yang lebih baik. Jika tempat mereka tidak boleh diakses menggunakan internet, kita perlu turun menyampaikan. Keadaan di Sabah amat berbeza dengan kawasan lain.

Di Sabah ada tempat yang perlu untuk menaiki kereta pacuan empat roda, ada tempat yang hanya boleh menggunakan pengangkutan air, dan ada jalan yang tidak berturap, dan tanah merah.

Namun semua ini bukan halangan untuk kita membantu menyampaikan kepada masyarakat. Saya amat yakin dan percaya bahawa rakyat di bawah bayu ini mahukan perubahan kerana semuanya sudah muak menderita di bawah pemerintahan BN yang tidak mempedulikan rakyat.

Penutup

Bahang pilihanraya semakin terasa samada akan diadakan pada tahun ini atau tidak. Pelbagai usaha harus dijalankan oleh semua jentera pilihanraya kawasan. Penculaan, mengenalpasti permasalahan setempat, mendekati golongan sasaran, menarik undi bukan Islam, memantapkan kualiti ahli dan memperbanyakkan program dan aktiviti bersifat luaran, tidak hanya tertumpu aktiviti dalaman sahaja.

Jika usaha sudah dibuat sebesar Gunung Kinabalu dan sedalam Lautan China Selatan, namun jika kemenangan masih belum diberikan, bersabarlah kerana Allah SWT beserta dengan orang-orang yang sabar.


Kerajaan Umno/ BN Terengganu 'membahayakan' nyawa rakyat

Posted: 25 Sep 2011 03:58 AM PDT



SETIU - Ke manakah perginya bajet mega 2011 sebanyak RM1.887 bilion yang dibentangkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu?

Mengapakah jambatan menyemberangi Sungai Chalok yang menghubungkan Kampung Banggol dengan Kampung Che Mohid, di Permaisuri yang patah dan hampir runtuh kira-kira setahun yang lalu masih belum diperbaiki?

Persoalan tersebut dikemukakan kepada rakyat oleh Ahli Jawaankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr. Azman Ibrahim ketika beliau menyampaikan ceramah di Kampung Banggol Permaisuri dekat sini 23 September.

Menurutnya sehingga hari ini belum ada tindakan pembaikian dilakukan oleh pihak-pihak berwajib walaupun kepentingannya kepada penduduk sekitar tidak dapat dinafikan lagi.

"Kenapa sampai setahun tidak ada apa-apa tindakan? Kalau jambatan tersebut dilalui oleh Mad Said (Menteri Besar) adakah dia akan biarkan begitu?,"

"Adakah kerajaan tidak ada kewangan untuk memperbaikinya?."soal Dr Azman lagi.

Beliau yang meninjau keadaan jambatan tersebut berkata kerajaan 'membahayakan' nyawa rakyat dengan membiarkan ianya tidak diperbaiki.

Menurutnya, masih ada pengguna yang terpaksa melalui jambatan tersebut kerana ia merupakan jalan terdekat menuju destinasi, manakala jalan alternatif yang ada memakan jarak yang lebih jauh.

Beliau yang juga Naib Yang DiPertua PAS Setiu berkata pengguna jambatan tersebut adalah rakyat kebanyakkan yang bekerja sebagai penoreh getah, pekebun kelapa sawit, petani, pesawah padi dan sebagainya.

"Mungkin sebab itulah, jambatan tersebut belum dibaiki, kerana tidak ada kepentingan korporat dan kroni, sehingga ia terus terbiar sebegini begitu lama,"

"pernah kemalangan melibatkan dua beranak yang menunggang motosikal terjatuh ke dalam sungai, tapi Alhamdulillah, mujur sempat diselamatkan oleh orang ramai,"jelasnya.

Justeru, kata beliau, kerajaan tidak sepatutnya menjadikan budaya sehingga berlakunya kematian dikalangan rakyat, barulah tindakan diambil.

Oleh itu, kata beliau, slogan 'merakyatkan pentadbiran dan pentadbiran' yang menjadi 'zikir' kerajaan Ahmad Said hanyalah hiasan dibibir mulut sahaja.

"Sepatutnya sebarang projek perlu dilihat keperluan dan keutamaan rakyat, bukannya keperluan kroni,

"slogan 'merakyatkan pentadbiran dan pentadbiran' hanya janji kosong semata-mata,"tegasnya.

Pak Lah Turut Selar Tindakan SKMM Sekat Klip Undilah

Posted: 25 Sep 2011 03:48 AM PDT

KELAB GREENBOC

Pak Lah: Tiada sebab SKMM wajar sekat klip Undilah


KUALA LUMPUR — Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan tiada sebab bagi pengawal selia stesen penyiaran menghalang penyiaran klip video Undilah kerana pengumuman khidmat awam seumpama itu ke udara demi kepentingan umum sejak pilihan raya umum pertama.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan agar stesen penyiaran lokal tidak lagi menyiarkan klip video itu, yang dilancarkan sempena Hari Malaysia minggu lalu. Arahan itu difahamkan dikeluarkan oleh SKMM awal minggu ini.

"Saya merasakan ia (klip video) baik. Saya seronok mendengar (klip video itu)," kata bekas perdana menteri (gambar) ini.

"Saya mendapati lagu ini bukan (memihak) mana-mana kumpulan atau parti, liriknya menggalakkan, merangsang orang ramai tentang kepentingan pilihan raya," kata beliau pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di sini hari ini, dengan merujuk kepada klip Marilah Mengundi yang lazimnya akan dimainkan ketika pilihan raya.

"Saya tidak melihat apa-apa sebab mengapa SKMM wajar ambil tindakan ini," katanya.

Dalam satu kenyataan awal hari ini, SKMM berkata klip video Undillah belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan.

Agensi itu berkata, hasil pemantauan pematuhan secara rutin dibuat menunjukkan pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo belum mendapat kelulusan LPF.

SKMM menambah, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan.

Banyak pihak termasuk mereka yang menjayakan penerbitan klip itu mengkritik tindakan SKMM yang melarang stesen penyiaran lokal daripada menyiarkan bahan itu.

Selain Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno turut menjayakan klip itu ialah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.

Personaliti lain termasuklah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah ciptaan komposer Pete Teo.

Video klip berdurasi 4.38 minit itu turut menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Abdullah yang melepaskan jawatan perdana menteri April 2009 bertanya sama ada lesen atau kelulusan diperlukan untuk menyiarkan klip pengumuman khidmat awam. -TMI

Ulasan GB

GB sudah mengulas hal ini semalam di SINI. Petikan:

Jawapan yang cukup kartun dari SKMM.

Apakah di dalam video klip itu ada ajakan kepada permusuhan dan pertentangan ras, atau ada adegan bogel dan seks sepertimana video seks yang sebelum ini disiarkan secara meluas di dalam berita-berita televisyen?

Hanya sekadar untuk memberikan alasan menegakkan benang yang basah semata-mata kerana klip video itu memaparkan beberapa wajah ddan ucapan beberapa pemimpin yang tidak disenangi oleh UMNO BN. Jika boleh klip video yang perlu ditayang di TV hanya perlu ada muka-muka Najib, Muhyiddin, Rais Yatim, Jamil Khir dan seumpamanya sahaja.

Rakyat bukan bodoh macam zaman 60an 70an. Ini zaman IT, zaman digital, zaman internet, zaman maklumat di hujung jari. Sungguh kasihan SKMM masih berada dan hidup di zaman batu
.

Sejarah tidak boleh dipertikai?

Posted: 25 Sep 2011 03:44 AM PDT

Oleh Lim Hiong Siang


CUBA bayangkan, bagaimana peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada September 1998 dicatat dalam buku teks sejarah, selepas 20 tahun kemudian? Apakah Anwar Ibrahim akan diperingati sebagai seorang "Bapa Reformasi", ataupun sebagai "penjenayah" dengan 1,001 tuduhan liar ke atasnya - daripada ejen Yahudi, pengkhianat bangsa Melayu, sehinggalah peliwat yang paling tidak bermoral di dunia?

Jawapan sebenarnya bergantung kepada siapa yang berkuasa dalam tempoh 20 tahun ini. Seandainya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk kerajaan dalam pilihan raya umum (PRU) masa depan, maka sekurang-kurangnya gerakan "Reformasi 1998" akan dipahat sebagai kebangkitan rakyat untuk menuntut keadilan - menolak rasuah, kronisme dan nepotisme. Malah, "tsunami politik 8 Mac 2008" akan dicatat sebagai hasil yang dituai daripada usaha perjuangan mereka yang turun ke jalan raya untuk melaungkan "Reformasi" 10 tahun yang lalu.

Jikalau Umno-Barisan Nasional kekal berkuasa dalam tempoh dua dekad ini, maka anak dan cucu kita akan menarik nafas lega ketika habis membaca babak sejarah tahun 1998, kerana "ketegasan PM ke-4 Mahathir Mohamad untuk memecat si petualang yang bakal membinasakan bangsa dan negara", lantas "Malaysia terselamat daripada mala petaka". Lebih-lebih lagi, perenggan seterusnya mungkin berbunyi, "...Cubaan pembangkang menghasut pengundi untuk membenci kerajaan hampir berjaya pada 8 Mac 2008, namun berjaya dipatahkan Umno-BN, selepas rakyat menyedari wajah sebenar pemimpin-pemimpin pembangkang..."

Apa yang berlaku telah berlaku. Pada 20 September 1998, puluhan, malah ratusan ribu orang turun ke jalan raya untuk menuntut reformasi. Pada 10 November 2007, puluhan ribu rakyat yang berpakaian kuning berarak ke Istana Negara, menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih. Pada 9 Julai 2011, puluhan ribu rakyat menembusi sekatan polis, bergelut dalam kepulan gas pemedih mata - mengulangi tuntutan Bersih pada tahun 2007 yang belum dipenuhi.

Kesemuanya fakta. Kita melihat dengan mata sendiri bagaimana peserta perhimpunan dengan bilangan yang sebegitu besar, mengawal dirinya di jalan raya, meskipun dibedil bertalutalu dengan gas pemedih mata.

Kita menyaksikan video dan gambar - bagaimana meriam air berkimia dan gas pemedih mata ditembak ke dalam pekarangan hospital, malah polis menyerbu ke dalam pekarangannya untuk menangkap peserta perhimpunan.

Namun demikian, apa yang didengar, jauh berbeza daripada apa yang dilihat. Kita mendengar dengan telinga sendiri bagaimana Ketua Polis membuat kenyataan bahawa kehadiran peserta perhimpunan hanya kira-kira 6,000 orang; kita juga mendengar bagaimana Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai menafikan bahawa gas pemedih mata ditembak ke dalam pekarangan hospital. Lebih-lebih lagi, peserta perhimpunan disifatkan sebagai "perusuh" yang bertindak liar dan ganas, oleh media kawalan Umno, terutamanya Utusan Malaysia dan TV3.

Seringkali akhbar diibaratkan sebagai "draf awal kepada teks sejarah". Maknanya, laporan berita akhbar akan dijadikan bahan ketika sejarah ditulis.

Persoalannya, sama ada Utusan Malaysia, ataupun Harakah, Malaysiakini, mahupun MerdekaReview, yang bakal dijadikan rujukan ketika sejarah ditulis untuk anak-anak kita? Ini antara puncanya kita menolak pembohongan media.

Ia bukan semata-mata menolak fitnah untuk "menyelamatkan undi" seseorang pemimpin politik mahupun sesebuah parti politik, tetapi untuk memastikan agar penulisan sejarah diletakkan pada landasan kebenaran, supaya anak-cucu kita tidak perlu menghafal cerita karut untuk lulus dalam mata pelajaran sejarah.

Namun, kita diperlihatkan bagaimana fakta dipintal sewenang-wenangnya untuk memenuhi keperluan politik.

Untuk menjaga "air muka" kerajaan Umno-BN, 44,000 peserta dinyahkan terus (perhimpunan Bersih 2.0 dihadiri kira-kira 50,000 peserta) daripada angka kehadiran perhimpunan; untuk "menonjolkan" bahawa perhimpunan Bersih 2.0 diresapi unsur komunis, maka baju-T dengan gambar Che Guevara dijadikan "bahan bukti"; untuk menutup salah-laku polis, maka menteri sanggup berbohong secara terang-terang, meskipun perlu menelan hati-perutnya ketika mengeluarkan kenyataan yang meloyakan itu.

Kita "tersentuh" dengan apa yang berlaku kerana kita berada di tempat kejadian, terlibat dalam "sejarah" yang berlangsung di depan mata kita. Ia jelas satu penghinaan apabila perhimpunan 709 dituduh mencetuskan huru-hara dalam masyarakat, sedangkan peserta daripada semua kaum berganding bahu menuntut perubahan secara aman.

Tiada yang lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang - pembohongan melalui teladan. Pimpinan tertinggi menipu rakyat dengan tawaran stadium untuk perhimpunan, disusuli tukang pintal bawahannya, sehingga bendera yang dibawa oleh seorang anggota unit amal boleh difitnah sebagai pisau - sematamata untuk mempertahankan dusta bahawa "terdapat unsur keganasan dalam perhimpunan haram ini."

Demi mempertahankan kuasa rejim sekarang, ada profesor sanggup mengeluarkan kenyataan "Malaysia tidak pernah dijajah" - tak lain tak bukan untuk menjahanamkan Mohamad Sabu, selepas fakta demi fakta disajikan Timbalan Presiden PAS ini untuk menyanggah tuduhan Umno. Bukankah ini contoh paling nyata bagaimana "matlamat boleh menghalalkan cara", meskipun matlamat itu sesuatu yang belum pasti halal atau tidak?

Kita telah menyaksikan satu proses bagaimana "sejarah" dirangka, ditulis, dan kemudian "dikisahkan" ahli akademik. Realitinya, sesiapa yang berkuasa bukan sahaja melakar masa depan kita, tetapi juga mencoret "sejarah" kita. Melihat kepada apa yang berlaku dewasa ini, apakah sejarah tidak boleh dipertikaikan langsung, sedangkan ia mungkin pembohongan yang belum dibongkarkan?

Lim Hong Siang ialah editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Emel: hongsiang27@gmail.com

Minda pemimpin Umno masih terjajah

Posted: 25 Sep 2011 03:39 AM PDT

Oleh Dinsman


ALHAMDULILLAH, rakyat Malaysia kini semakin hari semakin sedar akan perkara-perkara mana yang benar dan perkara-perkara mana yang salah di negara tanahair mereka ini.

Selama ini mereka hanya fikirkan di negara-negara seperti Palestin dan Afghanistan sahaja ada pemimpin yang diangkat oleh penjajah bagi mengawal kepentingan penjajah supaya berkekalan, dan dalam masa yang sama mengelirukan rak yat tentang siapakah pemimpin yang benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat di negara berkenaan.

Rupa-rupanya di negara kita inipun ada juga perkara demikian.

Alhamdulillah, tentunya Mohamad Sabu sendiri pun tidak menjangka yang ucapannya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos yang menyentuh soal tragedi di Bukit Kepong itu akan berlarutan hingga sampai ke peringkat seperti sekarang ini. Pelbagai pihak cuba menggali dan membongkar semula segala khazanah sejarah yang berkaitan, untuk melihat dan memikirkan semula yang manakah yang benar-benar berpihak kepada kepentingan rakyat negara ini dan yang manakah yang sebaliknya.

Hinggakan seorang profesor dari Majlis Profesor Negara itu pun boleh tersasul dengan bangganya mengumumkan bahawa negara kita ini sebenarnya tidak pernah dijajah. Amboi, macam nak berlawan pula dia dengan Mat Sabu, nak tunjuk siapa lebih hebat memberi tafsiran baru kepada sejarah Malaysia.

Negara kita tak pernah dijajah, katanya. Maka apabila negara tak pernah dijajah, dengan sendirinya terbatallah segala dakwaan yang mengatakan golongan tertentu menentang ejen-ejen atau talibarut penjajah, kerana penjajah itu sendiri tidak ada.

Maksudnya, dalam tragedi di Bukit Kepong itu, dakwaan yang mengatakan Mat Indera berjuang untuk negara dan dia bukannya menyerang polis yang menjaga keselamatan negara tetapi dia menyerang polis yang menjadi ejen dan talibarut penjajah British, itu adalah tidak sah, kerana British tidak pernah menjadi penjajah di negara ini.

Dan dengan sendirinya juga, apabila negara ini tidak pernah dijajah, maka segala upacara dan acara menyambut Merdeka yang dirayakan pada setiap tahun selama 54 tahun yang lalu itu pun semuanya adalah tidak sah, semua itu adalah salah faham semata-mata, dan semua itu adalah menunjukkan kebodohan pemimpinpemimpin kita selama ini.

Masya Allah! Demikianlah bercelarunya pemikiran mereka yang dianggap sebagai orang-orang cerdik pandai kita itu. Aduuh ... saksikanlah itu, peristiwa yang sedang terjadi di negara kita sekarang.

Betapa bercelarunya! Haru-biru tunggang langgang porak peranda habis segala nilai dan pemikiran. Apakah pertandanya ini wahai Mamak Bendahara! Apakah ini alamatnya negeri akan dilanda sang garuda raksaksa?

Tetapi mengapakah pula gerangan menteri perdananya kelihatan asyik sahaja bersanggama dengan sang permaisuri yang asyik pula mengelus-elus jemarinya yang disaluti cincin berlian berharga puluhan juta itu?

Ah, eloklah tu! Mohamad Sabu mengejutkan semua yang sedang lena diulet mimpi. Hoi, bangun, bangun!

Mari kita perkemaskan semula negeri kita ini. Sekian lama kita didodoikan dengan cerita-cerita mitos dan khurafat itu, sekarang mari kita baca semula sejarah kita. Akan para profesor yang masih mamai itu biarkanlah mereka bermamai di sana. Kita di sini ada alim ulamak dan pujangga kita sendiri.

Ya, Alhamdulillah, Allah memang sentiasa menang dengan perancangan-Nya. Dia maha bijaksana mengatur kehidupan manusia.

Setiap sesuatu itu terjadi tepat pada waktu dan ketikanya. Teringat saya kepada surah Yusuf (al-Quran surah ke-12), bagaimana Allah menegaskan dan menunjukkan dengan jelasnya bahawa Dia-lah (Allah) yang mengatur segala kejadian, Dia-lah yang berada di sebalik segala kejadian yang terjadi.

Maka demikianlah pula kita sangat berharap, dalam keadaan yang sangat baik dan berpihak kepada kita ini, agar para pemimpin kita berhatihati dan bijak mengatur langkah.

Saya menerima banyak sekali respons daripada pembaca (melalui SMS, telefon dan emel) yang menyatakan sekarang mereka baru sedar dan nampak siapakah yang berada di pihak yang benar dan siapakah di pihak yang salah; siapakah sebenarnya yang berjuang untuk bangsa, agama dan negara dan siapakah yang berjuang untuk kepentingan diri dan kroni.

Kepada mereka yang bertanya dan memohon untuk mendapatkan novel Tulang- Tulang Berserakan (TTB) karya Usman Awang yang saya perkatakan dalam keluaran lalu itu, saya mohon maaf kerana belum berjaya mendapatkan novel tersebut. Khabarnya ia tidak terdapat lagi dalam pasaran dan perlu dicetak semula. Insya-Allah saya akan run dingkan dengan pihak yang berkenaan untuk mencetak-ulangnya.

Sementara itu ada seorang pembaca yang memberi maklumat, katanya: "Nak tahu lebih lanjut tentang peranan polis zaman British, selain Tulang- Tulang Berserakan sila baca novel TUGU karya Hasan Ali. Kisah mata-mata yang menjaga estet orang putih di Kota Tampan, Lenggong. (Kampung Ong Ka Teng)." (Hasan Ali yang dimaksudkan ini juga me nulis novel Musafir).

Dan pembaca itu juga mencadangkan dalam SMS-nya: "Kalaulah saudara boleh buat kajian kerjasama Force 136 dan PKM dalam perang gerila MPAJA."

Saya tidak tahu apa maksudnya dalam cadangannya itu. Dan saya pun tidaklah bercadang untuk membuat kajian tersebut buat masa ini.

Ada pula pembaca yang mengemukakan satu soalan mudah: "Orang yang menjadi ejen dan talibarut Jepun kita marah dan tuduh mereka sebagai pengkhianat bangsa. Tetapi mengapa orang yang menjadi ejen dan menjaga kepentingan British di negara kita tidak kita anggap sebagai talibarut British dan pengkhianat bangsa?"

Tentunya saya tak perlu menjawab soalan mudah tersebut. Walau bagaimanapun, dalam memikirkan perkara ini saya teringatkan pada isu PPSMI dan ketaksuban sebahagian orang-orang kita kepada penggunaan bahasa Inggeris. Bukankah itu bukti bahawa para pemimpin Umno-BN adalah orang-orang yang minda dan jiwanya masih "terjajah".

Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@ yahoo.com.my atau SMS 019-9592408

Jasa Mat Sabu kepada Kanang anak Langkau

Posted: 25 Sep 2011 03:29 AM PDT

Oleh Mummy Rokiah


Apabila Mat Sabu riuh rendah memanipulasikan fakta sejarah untuk mengangkat martabat pengganas Komunis, baru lah pembesar-pembesar Negara hari ini sibuk mencari pejuang-pejuang yang melawan Komunis dahulu untuk dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran.

Semalam Kanang anak Langkau dianugerahkan Bintang "Panglima Gemilang Bintang Kenyalang" yang membawa gelaran Datuk oleh Tuan Yang diPertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Kanang anak Langkau yang banyak berjasa menyabung nyawa untuk melawan Komunis durjana seolah-olah tenggelam sebelum ini.

Anugerah 'Datukship" kepada Kanang anak Langkau sepatutnya telah diberi 10 atau 20 tahun yang lampau.

Penyanyi ago-go tahun 60an dan tauke Cina judi pun mendapat anugerah Datukship lebih awal dari Kanang anak Langkau.

Inilah lumrah pemimpin yang ada, hanya melihat kepada pembodek-pembodek di bawah ketiak mereka sahaja.

Mereka yang pernah berjasa kalau tidak ada milage politik kepada mereka hanya dilupakan seperti anjing kurap ditepi jalan.

http://mummyrokiah.blogspot.com

SIAPA KING MAKER PRU13?

Posted: 25 Sep 2011 03:25 AM PDT

Oleh MUSLI OLI

Hyatt hotel agak lengang pagi ini. Orang-orang politik yang kebiasaannya memenuhi meja disebelah bar tidak kelihatan. Mana Datuk Halik Zaman, Datuk Karim Ghani dan lain-lain? Kelibat Datuk Jumat Idris dan penyokong-penyokong UMNO dan BN yang lain juga tidak kelihatan.

Saya mengambil tempat duduk biasa. Kopi O Hyatt memang best, boleh pula refill tanpa extra caj. Barangkali orang-orang politik sibuk berhari raya, bisik hati saya. Sebelah meja, Datuk Sari Suhut, pengunjung tetap Hyatt dengan dua orang rakan sedang rancak berbual. Dia berdiri dan mendekati saya. Kami bersalam.

Sari Suhut adalah bekas pegawai kanan kerajaan. Bekas DO dan presiden Majlis Perbandaran Tawau. Satu ketika pernah menjadi Naib Ketua UMNO Keningau. Dia juga rapat dengan Abdullah Badawi dan sering menjadi rakan bermain golf mantan PM itu.

Seperti penyokong-penyokong Pak Lah yang lain, Sari Suhut diibaratkan seperti orang tertinggal bas. Namanya orang dah lupa. Bas yang lain pun tak pernah nak berhenti. Dia pernah berkata, majlis Hari Raya dibahagiannya sendiri tidak menjemput beliau. Alahai UMNO…

Tiba-tiba Jason Wong muncul. Dia bersalam dengan kami dan duduk di sebelah saya.

"Musli! you as a political writer, can I ask you, who is the King Maker in the next election?"

"The Chinese voters" Tegas jawapan saya.

"No no no…..The Chinese are already in their bags…they already made up their mind not to votes for BN" Kata Jason.

Jason adalah ahli perniagaan yang berasal dariSarawak. Orang Miri kalau tak silap saya. Satu ketika begitu rapat dengan arwah Datuk Zakarian Derus (Abang Zek) Kelang.

"The King Maker is Tan Sri Pehin Tan Sri Taib Mahmud, KM Sarawak" Kata Jason.

Menurutnya,Taib Mahmud adalah orang yang paling berpengaruh dan boleh menentukan kemana arah sokongan parti PBB, SPDP, PRS dan SUPP di Sarawak. Adakah mereka kekal dengan BN atau PR yang telah menjanji deal yang lebih baik kepadaSarawakberbanding dengan BN?

Pada PRU 2008, PBB menang 14 kerusi parlimen. PRS 6, SUPP 6 dan SPDP 4. Ini bermakna 30 kerusi parlimenSarawakditentukan Taib Mahmud!

Taib bukan saja berpengaruh ke atas partinya PBB tetapi juga berpengaruh ke atas semua presiden parti-parti politik di bumi Kenyalang itu. fikir-fikirkanlah….

MELAMPAU!!! Anggota PERKASAM tak guna gangu ceramah PAS dan pukul orang, polis sembunyi dimana?

Posted: 25 Sep 2011 03:23 AM PDT

PASPB

http://media1-cdn.malaysiakini.com/399/86229796a5804396b10131cbfbb20f0d.jpg

Petikan Malaysiakini

Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.

Acara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.

Mohd Sabu ceramah at SerembanMereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ketika itu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis berkenaan.

Beberapa air botol dan juga batu kemudiannya didakwa dilontarkan ke arah pentas berkenaan hingga menyebabkan ada penyokong PAS yang dilaporkan cedera. Seorang daripada mereka juga mendakwa dibelasah oleh ahli PERKASA.

Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ghazali Mat Som yang merupakan penganjur acara itu kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa ahli PERKASA bertindak ganas.

"Seorang lelaki cedera di hidung dan kepalanya. Ada juga yang mendakwa ditumbuk di pipi dan terkena balingan batu di bahagaian belakang badan.

"Sebelum kejadian, seorang ahli PERKASA mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami tidak bersetuju menerimanya dan meminta mereka supaya bersurai.

"Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai," katanya.

Bukan anti-PAS

Sehubungan itu, Ghazali menggesa polis supaya bertindak dengan adil dan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Sementara itu, Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad yang turut hadir semasa kejadian itu semalam, ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini berkata bahawa mereka bukanlah anti-PAS tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap Mat Sabu.

Kami bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota tentera.

"Ramai bekas anggota tentera hadir malam tadi dan mereka kecewa dengan kedegilan Mat sabu dan keenggannya meminta maaf berhubung kenyataannya.

"Dia yang diiktiraf komunis dan memartabatkan komunis.

Apabila diminta mengulas mengenai beberapa penyokong PAS yang cedera itu, Alias berkata PERKASA hanya mahu menyerahkan memorandum tetapi dihalang.

"Kami hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami telah dihalang oleh penyokong PAS. Ini menyebabkan keadaan panik dan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

"Tetapi saya difahamkan seorang daripada ahli kami juga terkena simbahan air panas daripada sumber yang tidak diketahui," katanya.

Teresa Bidas Dakwaan Wee Ka Siong

Posted: 25 Sep 2011 03:21 AM PDT

Oleh Fauzan Uda Ahmad


SHAH ALAM : Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim hari ini membidas tuduhan Pengerusi Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong ekoran kenyataanya bahawa beliau mempunyai kepentingan politik dalam isu pertikaian lokasi Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SRJKT) Castlefield.
Sebaliknya, Teresa berkata kehadiran beliau ke lokasi terbabit adalah atas dasar keprihatinan dan tanggungjawabnya sebagai ADUN di kawasan terbabit.
Menurut Teresa lagi, sebagai tokoh politik dan berjawatan Timbalan Menteri Pendidikan, Wee sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pihak lembaga pengelola sekolah terbabit, Kementerian Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Daerah Petaling bagi mengetahui perkembangan lanjut dan bukanya mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

"Jadi sebagai pemimpin politik , bila dia baca akhbar ada perkara macam ini berlaku. Apa yang dia harus buat ialah panggil lembaga pengelola SRJKT Castlefield, panggil Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, dan mungkin Pejabat Tanah Petaling. Duduk sama-sama dan berbincang bagi beliau mendapat gambaran sebenar tentang lokasi terbabit. Tapi, kedua-dua perkara itu tidak dilakukanya," kata Teresa dalam satu sidang media.
Wee yang juga Timbalan Menteri Pendidikan membidas tindakan Teresa Kok dalam siaran media di MCA online pada Rabu lalu.

Lokasi bagi tapak sekolah SRJKT Castlefield menjadi isu apabila Kementerian Pendidikan tetap mahu menjadikan lokasi yang sama sebagai tapak Sekolah Jenis kebangsan Cina Kheng Chee.
Bagaimanapun pihak lembaga pengelola SRJKT Castlefield tetap inginkan tapak yang sama kerana lokasinya diputuskan lebih awal iaitu sejak 10 tahun lalu.
Lembaga Pengelola sekolah tersebut memohon lokasi baru setelah lokasi lama yang menempatkan 100 pelajar itu tidak lagi sesuai kerana sebahagian kawasan sekolah menjadi laluan LRT.
Menurut Pengerusi lembaga Pengelola sekolah berkenaan, pihaknya menghbungi Teresa kerana kedudukan lokasi seklah itu dalam kawasan Dewan Negeri Kinrara dan kebetuan Teresa adalah exco kerajaan negeri.

Katanya, beliau menghargai cara pernglibatan Teresa dalam membantu menyelesaikan masalah terbabit secara profesional.

Kali Terakhir Kadar Sewa Lot Kedai PKNS Dinaikkan Lima Tahun Lalu

Posted: 25 Sep 2011 03:18 AM PDT

Oleh Naeem Raffi


SHAH ALAM : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) komited untuk menaik taraf infrastruktur selain memberi jaminan kompleks perniagaan PKNS di Bandaraya Shah Alam berwajah baru dan mesra pengguna kepada pengunjungnya.

Pengurus Korporatnya, Noor Hisham Mohd Ghouth berkata, laporan di dada akhbar Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Peniaga, pengunjung bimbang. Cadangan naikkan kadar sewa lot kedai di Kompleks PKNS tahun depan", adalah laporan yang kurang tepat dan menimbulkan spekulasi tidak sihat.

Menurutnya, kenaikan kadar sewaan di mana-mana premis perniagaan adalah proses biasa yang tidak dapat dielakkan.

" Sebagai makluman, kadar sewa di PKNS tidak pernah dinaikan lebih daripada lima tahun, berbanding di pusat perniagaan yang lain di mana setiap dua tahun kadar sewa akan disemak dan dikaji, jadi ini adalah perkara biasa apabila kami (PKNS) menaikan kadar sewa,'jelasnya ketika dihubungi Tv Selangor.

Utusan Malaysia di halaman 11 akhbar itu hari ini mengaitkan kenaikan kadar sewa tersebut dengan penjualan tiga aset PKNS (Kompleks PKNS, Menara PKNS Petaling Jaya dan SACC Mall) ke dalam Amanah Raya Real Estate Investment Trust (Arreit).

PKNS mengambil langkah menyuntik aset-aset PKNS ke dalam Real Estate Investment Trust (Reit) sebagai pelan transformasinya bagi memantapkan portfolio pelaburan.

Negara seperti Jepun, Australia, Singapura dan Hong Kong telah melaksanakan aktiviti Reit ini sejak dua dekad yang lalu.

Reit di Malaysia telah mula bertapak seawal tahun 2003, pelabur terawal yang mula menceburi sektor ini termasuklah Kumpulan Axis, Kumpulan Perbadanan Johor (KPJ) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Bagaimanapun, media-media kawalan Umno cuba mengaitkan kenaikan kadar sewaan itu dengan pelaburan yang dilakukan oleh PKNS.

Menurut Noor Hisham, PKNS mempunyai perancangannya yang tersendiri untuk menyediakan keselesaan kepada peniaga dan pengunjung yang membeli-belah di kompleks pernigaan mereka.

"Kita akan menaik taraf kompleks perniagaan ini dalam keadaan yang lebih selesa dan kondusif, kerja-kerja naik taraf ini memerlukan kos, kos ini akan kembali kepada pengunjung...dalam erti kata lain, pengunjung akan menikmati suasana kompleks membeli belah yang lebih selesa, dan peniaga pula akan berniaga dalam suasana yang lebih baik,"katanya lagi.

Justeru itu katanya, keuntungan daripada kepelbagaian usaha ini akan disalurkan semula untuk membiayai projek-projek sosial seperti membina infrastuktur, pembangunan semula serta memberi subsidi silang kepada pembinaan rumah-rumah mampu milik di seluruh Selangor.

Laporan Penuh Serbuan Jais Diketahui Selepas Rabu Depan

Posted: 25 Sep 2011 03:12 AM PDT

TVS NEWS


IJOK : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu keputusan mengenai laporan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung serbuan ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya Ogos lalu hanya akan diketahui selepas Rabu depan.

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian karnival Nanyang Saing Pau, di sini hari ini.

"Hanya selepas hari Rabu kerana biasanya pada setiap hari Rabu, saya akan mengadap Tuanku Sultan,"katanya.

Menurut Khalid, pada pertemuan setiap Rabu itulah beliau dan Tuanku Sultan Selangor akan membincangkan hal-hal seperti itu.

3 Ogos lalu, penguatkuasa Jais memeriksa Gereja Damansara Utama (DUMC) setelah mendapat maklumat adanya cubaan memurtadkan orang Islam di satu majlis makan malam anjuran Komuniti Harapan.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh DUMC dan Komuniti Harapan.

Menurut mereka, majlis tersebut adalah acara mengutip derma bagi pesakit AIDS.

MTUC : Selangor Bijak Imbangi Keperluan Rakyat

Posted: 25 Sep 2011 03:10 AM PDT

Oleh Hadri Yaziz


SHAH ALAM : Skim gaji minima RM1,500 yang bakal diperkenalkan kerajaan negeri Selangor pada 2012 mendapat restu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Timbalan Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, ketelusan sesebuah kerajaan dapat diukur melalui penetapan gaji minima seperti ini yang diiktiraf kesatuan itu sebagai langkah proaktif kerajaan negeri bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat.
"Kami merasakan itu adalah pemangkin bagi kerajaan persekutuan dan amnya kerajaan negeri (Selangor) sendiri kerana ketelusan yang dilaksanakan berlaku kerana (percambahan) ekonomi," kata beliau dalam wawancara Fokus Berita bersama Tv Selangor.

Abdul Halim berpendirian perlaksanaan gaji minima harus dititikberatkan mana-mana pemerintah dan diselaraskan secepat mungkin untuk penambahbaikan status masyarakat yang berada di bawah paras kemiskinan.

Beliau seterusnya menolak persepsi menyatakan pemindahan industri ke negara lain akan berlaku sekiranya gaji minima ditetapkan.

Ini kerana menurut beliau, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh MTUC, Malaysia tergolong dalam negara yang mempunyai tenaga pekerja dan disiplin yang baik selama 11 tahun.

Justeru katanya, penghijrahan golongan bukan eksekutif termasuk kelas buruh ke luar negara dapat dikekang dengan peningkatan kadar gaji minima sekaligus mengangkat status kehidupan seharian.

Turut disentuh ialah mengenai penyelarasan gaji minima oleh kerajaan pusat yang sehingga kini mendapat rungutan pelbagai pihak berikutan pelan tindakan yang kurang efektif dan lambat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan pelaksanaan gaji minima untuk golongan pekerja berpendapatan rendah di negara ini yang dijangka dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini melalui Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara yang dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat.

MTUC juga telah mencadangkan supaya gaji minima ditetapkan sekurang-kurangnya RM900, melepasi garis kemiskinan iaitu RM720 sebulan di Semenanjung Malaysia, RM760 (Sarawak) dan RM780 (Sarawak).

Menurut perangkaan kongres itu, sebanyak 35 peratus daripada pekerja menerima gaji rendah iaitu di bawah garis kemiskinan, pendapatan yang dilihat tidak praktikal bagi masyarakat di negara ini.

"Kerajaan harus prihatin keperluan rakyat kerana dengan RM900, saya boleh katakan bahawa anak muda yang tergolong memperoleh jumlah itu tidak boleh berumahtangga. Kalau kita lihat makanan untuk RM15 sehari menjangkau RM450 sebulan.

"Kerajaan harus proaktif melihat keperluan rakyat berdasarkan jurang gaji di antara pekerja di tahap biasa dan eksekutif pertengahan," kata beliau.

Sementara itu ahli palimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, usaha kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor meletakkan gaji minima pada paras yang lebih tinggi mendapat kritikan hebat sebelum ini.

Namun berdasarkan manifesto Buku Jingga, kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk mengangkat taraf pendapatan rakyat bermula dengan tujuh ribu guru KAFA yang telah menikmati kenaikan elaun sebanyak RM1,300 dengan pendapatan negeri suku pertama mencecah hingga RM1.7 bilion.

Malah kata Abdullah, tawaran turut dibuat kepada wanita yang baru melahirkan bayi diberikan cuti bergaji selama 90 hari melalui pindaan rang undang-undang di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Seksyen 34 Akta Sekerja 1955.

Namun pada ketika itu katanya kerajaan pusat tetap dengan pendirian untuk tidak membuat sebarang pindaan pada akta tersebut sehingga ke hari ini.

"Tetapi Selangor berani memacu keperluan dan faedah kepada rakyat dan hari ini akan terlaksana gaji minimum yang akan dikuatkuasakan pada tahun depan dengan tiada rasa segan silu.

"Berbalik kepada kecermatan dan cara tatakelola negeri itu penting," tambah beliau lagi.

Jelas Abdullah, pekerja asing kini menjadi saingan rakyat tempatan dalam sektor binaan dan perindustrian berdasarkan kos bayaran gaji yang murah.

Sehubungan dengan itu jelas beliau, sekiranya gaji minima dapat diimplimentasikan maka ruang tersebut mampu diisi oleh pekerja tempatan sekaligus mengurangkan peratusan pengangguran.

Justeru katanya Selangor telah menunjukkan inisiatif meneraju dasar yang lebih menguntungkan masyarakat di negara ini seraya meningkatkan daya saing

Siapa Yang Sebenarnya 'Terseksa' Muhyiddin?

Posted: 25 Sep 2011 03:07 AM PDT

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abd Aziz


SHAH ALAM : Dakwaan timbalan perdana menteri bahawa rakyat Selangor terseksa di bawah pentadbiran tiga tahun Pakatan Rakyat di negeri ini disifatkan sebagai tindakan terdesak Umno Barisan Nasional.

Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafie berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin kini semakin terpaksa melakukan perang saraf apabila mendapati rakyat Selangor sebenarnya sudah cukup selesa dengan pentadbiran PR yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat.

"Rakyat Selangor hari ini bukan terseksa, yang terseksa sebenarnya adalah pimpinan-pimpinan kanan Umno dan Barisan Nasional kerana tidak dapat menipu duit rakyat untuk kepentingan mereka.

"Malah rakyat Selangor secara keseluruhan semakin selesa dan bukan terseksa," katanya pada satu majlis rumah terbuka DUN Sri Muda hari ini.

Tambah Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda, kisah dongeng betapa penting untuk Umno merampas kembali Selangor demi menyelamatkan rakyat di negeri ini tidak akan berjaya kerana warga Selangor sedia maklum apa yang mereka mahukan.

"Rakyat di Selangor hari ini cukup berterima kasih kepada kerajaan negeri dan juga di atas kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah menjalankan terlalu banyak program-program yang memberikan manfaat terbaik kepada rakyat.

"Malah mereka cukup bersyukur apabila Umno BN kalah di negeri Selangor dan Insya-Allah sokongan yang kita terima semakin meningkat dari hari ke hari," tambahnya lagi.

Beliau dalam pada itu berkata, dakwaan songsang Muhyiddin itu semalam di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang disifatkan sebagai tindakan menggelabah beliau yang tidak sabar mahu merampas tampuk pemerintahan negara.

"Jadi kita lihat sejak akhir-akhir ini ada percanggahan pendapat di antara Muhyiddin Yassin dan Najib Razak dan ini menggambarkan wujud kecelaruan yang besar daripada segi agenda memajukan negara atau pun memastikan kemenangan Umno dan BN di seluruh negara," katanya.

Shuhaimi berkata malah beliau yakin pada pilihan raya umum ke 13, rakyat di negeri Selangor tidak akan berpaling tadah untuk mengundi BN sebaliknya lebih ramai yang akan menyatakan sokongan mereka kepada PR untuk menuju ke Putrajaya.

Dalam pada itu, dakwaan Muhyiddin turut dibidas oleh beberapa pimpinan lain PR yang turut sama menyifatkan beliau dan sekutunya semakin tertekan untuk merampas semula Selangor dengan menggunakan apa jua taktik.

Menurut ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, Najib sebagai perdana menteri sendiri pernah menyatakan tekad akan merampas Selangor dengan apa cara sekali pun.

Justeru ujarnya yang juga timbalan presiden PKR, perkembangan negara mutakhir ini yang menyaksikan warga asing diberikan status kewarganegaraan sebagai bukti , pemerintah sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

"Ini memang kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Najib yang beliau akan merampas Selangor dengan apa jua cara sekali pun dan ini menunjukkan Umno sanggup
menggunakan cara-cara yang kotor dan jijik serta tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat negeri Selangor dan langsung tidak mempunyai komitmen untuk menyuburkan demokrasi di dalam negara dan di negeri Selangor.

"Sebab itu Umno terpaksa menggunakan cara kotor termasuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka," katanya.

Dalam pada itu, ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, tindakan Umno-BN yang menggunakan bangunan-bangunan kerajaan seperti sekolah bagi tujuan berkempen hakikatnya tidak disenangi rakyat.

"Saya ingin tegaskan di sini, pada masa yang sama rakyat di negeri Selangor tidak sabar menantikan PRU 13 akan datang untuk tubuhkan kerajaan baru menuju ke Putrajaya," katanya.

Konsensus Pakatan Dalam Isu Hudud Rabu Depan

Posted: 25 Sep 2011 03:03 AM PDT

Oleh Radzi Razak


PETALING JAYA : Pakatan Rakyat akan membincangkan isu hudud dalam mesyuarat bulanan mereka Rabu depan kata Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau berbeza dengan Barisan Nasional, Pakatan bergerak menerusi persetujuan bersama semua komponennya dalam isu yang melibatkan kepentingan awam.

"Kontroversi diperbesarkan di media daripada (keadaan) sebenarnya kerana (ia) bukan isu baru. Sebagai Muslim saya menyarankan sesiapa tolak hukum Islam kalau pemimpin Umno nak buat, itu hak mereka. Tetapi mesti ada muafakat dalam Pakatan Rakyat, mesti ada perbincangan dalam perjanjian ikut perlembagaan. Itu akan dibincangkan Rabu ini.

"Kita dengar kebimbangan dia (Karpal), tapi bagi saya ini bukan perkara baru. Kita sedia bincang. Ini prinsip Pakatan Rakyat. Kita bukan Umno. Mengarahkan. Kita mesti ada konsensus,"katanya ketika ditemui pada rumah terbuka Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat, di sini, hari ini.

Isu hudud disensasikan media aliran utama yang mendakwa hubungan Pakatan Rakyat semakin retak disebabkan isu ini.

Hari ini muka depan surat khabar Mingguan Malaysia dengan jelas melaporkan kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh membidas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaaan isu ini.

Khamis lalu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.

Bagaimanapun, menurut Anwar, persoalan mengenai hudud ini adalah cubaan untuk mengalihkan rakyat dari isu yang membelenggu kerajaan Barisan Nasional.

Beliau menyatakan isu ini adalah isu yang berlarutan dan boleh dibincangkan dalam kerangka berbeza di peringkat Persekutuan dan Kelantan.

Malah, Umno turut dikecam MCA dan Gerakan berkenaan isu ini.

"Dalam konteks Persekutuan, kita akan dikekang rangka perlembagaan. Dan (perbincangan) dapat lihat bagaimana PAS artikulasikan visi mereka dan untuk DAP untuk suarakan pendapat mereka. Itu semangat yang kita perlukan. Saya tak fikir apa-apa akan berlaku dengan cepat tapi media digunakan untuk sorok isu korupsi, pembunuhan, salah guna kuasa. Isu ini digunakan dan MCA, ambil kesempatan masuk, apa yang baru dalam hal ini?," soal beliau.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta pemimpin-pemimpin parti berkenaan sepatutnya sudah mengetahui pendirian Umno berhubung hukum hudud dan ia tidak perlu dijadikan isu.

Muhyiddin berkata, pendirian Umno adalah sama seperti dahulu dan perkara itu sepatutnya tidak berbangkit di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana ia berbeza dengan PAS.

Sokong BN: KPN perlu kembali ke sekolah – AMK

Posted: 24 Sep 2011 09:50 PM PDT

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar dinasihatkan kembali ke sekolah, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.

Ini kerana katanya, Ismail masih jahil dan gagal memahami sistem demokrasi dan pengasingan kuasa seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan.



"Sebagai KPN, beliau bukan sahaja tidak boleh mencampuri urusan eksekutif, tetapi juga bidang perundangan dan kehakiman negara.

"Jelas, kenyataan KPN ini mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa Polis ialah barua Umno BN," katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Beliau mengulas kenyataan Ismail yang menjangkakan BN akan kalah jika gagal menangani isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Jika kerajaan (persekutuan) tidak dapat mengurus isu ini (ISA) dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," kenyataan Ismail dipetik.

Ismail berkata demikian dalam satu bab bertajuk 'Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju' dalam buku berjudul '1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020′.

Buku itu dikeluarkan sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan akta ISa akan dimansuh dan diganti dengan dua undang-undang baru.

Mengulas lanjut, Shamsul yang juga seorang peguam berkata, Ismail sepatutnya bersikap profesional dan memahami tugas sebenar polis.

"Tugas polis menjaga keselamatan rakyat dan bukannya mencampuri urusan politik," katanya.

Sejak Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3 Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, polis semakin zalim dengan mengganggu banyak program Pakatan.

Namun, pada masa sama bersikap lembut, jika melibatkan Umno BN.

Terbaru, kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program AMK Melaka diganggu sekumpulan Pemuda umno yang diketuai, Lokman Noor Adam.

Malangnya, kira-kira 50 anggota polis yang berada di situ tidak menghalang tindakan pemuda Umno itu, apatah lagi menahan mereka.

Malah, ucapan Anwar pada malam tadi disabotaj pihak tertentu apabila bekalan elektrik terputus ketika beliau mengupas isu ketakutan Umno terhadap kebangkitan rakyat.

Tiada ‘lampu hijau’ laksana hudud, tegas Najib

Posted: 24 Sep 2011 09:41 PM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.

Ketika bercakap kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Tanjung Tualang di Perak hari ini, Perdana Menteri berkata, undang-undang Islam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan sebab kerajaan perlu realistik dengan situasi negara ini.

PM Najib: Penegasan diberikan oleh Tun Dr Mahathir pada 1994.
Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya dipetik Bernama Online.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

Kelmarin, Nik Aziz menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.

Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

"Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.

"Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir . . . ," kata Nik Aziz.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Najib agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan langkah Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.

Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.

"Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.

"Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu," katanya.

Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka.

Kata beliau, dalam soal undang-undang hudud telah timbul satu keadaan di mana perbezaan "ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat."

"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi.

"Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam 'Kabinet Bayangan' mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka," katanya.

Tiada ulasan: