Selasa, 20 September 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PTPTN: PAS gerakkan referandum rakyat

Posted: 20 Sep 2011 12:24 AM PDT

Nazri Abdullah


BANGI: PAS akan mengadakan pungutan suara sebagai referendum rakyat terhadap isu kelemahan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ianya akan diusahakan oleh Lajnah Pengguna PAS (LPP) melalui Jawatankuasa Isu PTPTN (JIP) yang baru diwujudkan dibawahnya yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi LPP, Mohd Taufek Abdul Ghani.

Uniknya, pungutan suara tersebut akan dikumpulkan melalui laman sosial Facebook jawatankuasa itu di www.facebook.com/Jawatankuasa.Isu.PTPTN.JIP bermula Oktober ini.

"Kita mintak semua rakyat khusunya peminjam dan bakal peminjam menyertai kita di Facebook ini untuk memberi pandangan atau cadangan kepada kita," katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurut Taufek, antara isu-isu serius PTPTN yang akan dibawa JIP termasuklah menuntut kos pentadbiran tiga peratus dari jumlah pinjaman ditukar kepada satu nilai tetap yang sama rata tanpa mengira jumlah yang dipinjam.

Selain itu JIP jua akan memperjuangkan agar tempoh bertenang enam bulan dipanjangkan sekurang-kurangnya satu tahun.

Ianya bagi memastikan peminjam mampu mendapatkan pekerjaan sebelum boleh dipaksa membuat pembayaran balik pinjaman.

Mereka juga akan menuntut agar pihak PTPTN mematuhi Akta Had Masa pinjaman iaitu enam tahun dan bukan 12 tahun seperti diamalkan sekarang.

"Maksudnya bulan ke enam kalau peminjam tak bayar, kena ambik tindakan.

"Kita bimbang kalau pihak PTPTN sengaja melewatkan tindakan contohnya bulan ke 11 semata-mata untuk keuntungan mereka," katanya.

Selain itu, tindakan menyenarai hitam peminjam juga didesak untuk dikaji semula.

Dalam isu penukaran pinjaman kepada skim Ujrah pula, mereka mahu syarat-syarat pertukaran dipermudahkan.

Menurutnya, syarat yang dikenakan sekarang ini sangat ketat, menyusahkan dan tidak menolong menyelesaikan masalah peminjam yang mempunyai tunggakan dan saman di mahkamah.

Turut serta pada sidang media itu Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar, Adun Bangi Dr. Shafie Abu Bakar dan Yang diPertua PAS Serdang Hj Shafie Ngah.

Menurut Mahfuz, adalah tidak wajar seseorang yang belum mendapat kerja sudah dibeban dengan hutang PTPTN.

"Sebab itu kita mahu melihat respon pengguna tentang akta ini sama ada mahu mendesak agar Akta PTPTN 1997 (Akta 566) dimansuhkan atau ada cadangan lain.

"Hasil referendum itu akan dibawa kepada kerajaan malah sampai kepada Yang DiPertuan Agong,"katanya.

Pengawal keselamatan lapor polis dakwa diainaya majikan

Posted: 20 Sep 2011 12:20 AM PDT

Muhammad Faizal


SHAH ALAM: 72 orang pegawal keselamatan yang bekerja dengan Power Security Consortium Sdn Bhd mendakwa gaji mereka tidak dibayar sepenuhnya sejak dua bulan lalu.

Selain itu, majikan mereka juga didakwa berdolak dalih apabila merekodkan mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan SOCSO dalam slip gaji mereka sebelum ini, tetapi pada hakikatnya ianya tidak dicarum.

Sehubungan itu seramai 25 orang daripada mereka semalam membuat satu laporan polis di Ibu Polis Daerah Shah Alam menggesa majikan mereka disiasat.

Menurut salah seorang dari mereka, laporan itu juga meminta pihak polis menyiasat berkenaan ganguan seksual yang dilakukan oleh penyelia syarikat terbabit kepada seorang pengawal wanita.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail berjanji akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh 72 orang pengawal keselamatan itu.

Komitmen Rodziah itu disampaikan oleh pegawainya Naim Jusri yang turut hadir mengiringi pekerja tersebut membuat laporan polis di sini.

Naim memberitahu, Rodziah akan memberi bantuan dan akan berbincang dengan Kerajaan Negeri bagi melihat saluran bantuan kewangan yang sesuai diberikan kepada semua pekerja tersebut

"Kita lihat seramai 72 orang pekerja sehingga sekarang belum menerima bayaran gaji yang penuh sejak dua bulan yang lepas dan keadaan ini amat memeritkan mereka apatah lagi sewaktu kita menyambut Syawal yang lepas dan ada diantara mereka tidak dapat menyedaikan persiapan hari raya kerana tidak mendapat gaji," jelasnya

"Apa yang kita tahu ialah syarikat tersebut hanya membayar caruman kepada KWSP sehingga bulan Mac 2011 sahaja dan selepas itu tiada caruman dilakukan walaupun terdapat potongan dilakukan," sambungnya lagi.

Wakil kepada pekerja yang membuat laporan polis, Zainudin Mohd Nor, 50 tahun mahukan pihak kerajaan dapat menyelesai masalah yang mereka hadapai, malah berharap isu ini disegerakan.

"Kami rasa amat terhina kerana diperlakukan sedemikian, kami bukannya peminta sedekah yang perlu meminta dan apa yang kami nak adalah hak kami hasil dari titik peluh kami sendiri.

"Apa yang kami hadapi ini boleh mendatangkan masalah yang besar malah akan menyebabkan berlakunya keruntuhan rumah tangga, kami tersepit dengan masalah kewangan sehinggakan ada diantara kami ingin meminjam dengan 'along' kerana hilang punca untuk mendapatkan duit bagi menyara keluarga," katanya.

Selain membuat laporan polis ini, mereka juga akan membuat laporan kepada KWSP, Jabatan Tenaga Kerja malah akan mengambil tindakan undang-undang.

Mudah jadi warganegara macam beli barang e-lelong

Posted: 20 Sep 2011 12:20 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Pendedahan Menteri Bangladesh bahawa rakyat negara itu begitu mudah diberi kewarganegaraan Malaysia menimbulkan pelbagai persoalan.

Biarpun dinafikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tidak benar, namun ianya sukar diterima rakyat dikala kes demi kes berhubung pendatang asing boleh mengundi didedahkan.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, jika benar dakwaan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed bahawa rakyatnya yang bekerja di Malaysia mudah memperoleh status kewarganegaraan dan layak mengundi, bermakna untuk mendapat taraf kewarganegaraan di negara ini begitu mudah seperti membeli barang melalui internet.

"Kalau sebelumnya didedahkan oleh pihak pembangkang, sekarang didedahkan oleh laman web kerajaan Bangladesh. Kita tunggulah apa pula jawapan daripada raja lawak BN.

"Nampaknya hendak menjadi warganegara begitu mudah seperti memberi barang di dalam e-lelong," katanya.

Dalam laporan dibawa oleh Keadilan Daily sebelum ini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed mengenai .

Maklumat laman itu mendakwa Sheikh Hasina berkata pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

Mengulas lanjut, Idris berkata negara kita sebenarnya di ambang bahaya jika warganegara boleh diberi kepada sesiapa yang sahaja, asalkan mengaku untuk memangkah Barisan Nasional.

"Apakah pemimpin negara ini sudah hilang maruah demi kepentingan kuasa dan harta sehingga menggadai maruah untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada sesiapa yang dirasakan dapat memberi keuntungan jangka pendek.

"Apakah strategi ini terpaksa dibuat kerana anak watan di negara ini sudah mual dengan kerajaan yang ada pada hari ini, maka jalan terakhirnya mendapat bantuan daripada orang luar walaupun merbahaya kepada masa depan negara," soalnya.

ISA: Tak mahu mohon maaf, kerajaan angkuh

Posted: 20 Sep 2011 12:17 AM PDT

Abd Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR: "Tak layan lagi bagus", demikian reaksi spontan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kepada keengganan kerajaan meminta maaf terhadap mereka yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

"Tidak mahu layan maknanya tak mahu memohon maaf. Tak layan lagi bagus, biar rakyat dan seluruh dunia menyaksikan keangkuhan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

"Buat salah, buat zalim, selepas itu berlagak sombong dan takbur tak mahu meminta maaf.

"Sekarang rakyat nampak dengan lebih jelas lagi sikap angkuh, sombong dan takbur kerajaaan BN," kata beliau yang dua kali ditahan di bawah ISA.

Mohamad mempersoalkan, jika ISA bukan akta yang zalim dan digunakan sesuka hati oleh kerajaan BN untuk melakukan kezaliman, rakyat tidak menentangnya dan ia tidak perlu dihapuskan.

Tetapi, katanya lagi, bila terbukti selama ini rakyat bersungguh-sunguh menentangnya secara berterusan dan selepas itu kerajaan pula tertekan sehingga terpaksa menghapuskan akta itu, ia dengan sendirinya membuktikan ISA memang zalim dan berkali-kali digunakan untuk melakukan kezaliman.

"Bila sudah melakukan kezaliman, seseorang akan memohon maaf jika ia insaf.

"Tetapi, apabila enggan melayan seruan memohon maaf, terbukti kerajaan BN adalah kerajaan yang tidak pernah merasa insaf melakukan kezaliman.

"Bukan sahaja tidak insaf dan tidak meminta maaf, malah dengan angkuh, sombong dan takbur mengumumkan kepada seluruh dunia tidak mahu layan seruan supaya meminta maaf," katanya.

Beliau yakin rakyat akhirnya akan menilai sendiri jenis apakah kerajaan yang enggan memohon maaf setelah melakukan kezaliman.

"Dengan perangai seperti itu, tidak hairanlah jika populariti (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) jatuh merudum sedangkan sebelum ini apa yang dilihat sebagai popularitinya diharap dapat mengimbangi kebencian sebahagian besar rakyat kepada Umno BN," katanya.

Sebelum itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tuntutan Mohamad supaya kerajaan meminta maaf terhadap bekas tahanan ISA berikutan pemansuhan akta itu tidak perlu dilayan.

Mohamad yakin, dengan sikap angkuh yang ditunjukkan oleh kerajaan dan pelbagai pendedahan negatif terhadap kerajaan termasuk mengenai daftar pemilih serba meragukan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Najib memerlukan masa yang sangat lama untuk memulihkan popularitinya walaupun beliau dilaporkan menggunakan khidmat orang-orang yang pernah menaikkan imej bekas Perdana Menteri British, Tony Blair.

Beliau juga yakin, percubaan untuk menonjolkan imej Najib kononnya sebagai moderat yang reformis bagi mengimbangi imej Umno yang bengis dan semakin kelihatan suka berkelahi tidak akan berjaya.

Rakyat khususnya masyarakat pertengahan yang cuba diumpan oleh Najib, katanya, tidak buta dan mereka nampak dengan jelas sikap Najib dan Umno dan yang tidak ubah seperti "sebelah tangan seolah-olah mahu menghulur salam tetapi sebelah tangan lagi terus memukul kepala kita dengan kayu".

"Bila ada perbezaan pandangan, mereka bukan mahu berhujjah tetapi mengancam mahu menyalahgunakan kuasa, memfitnah dan menunjukkan perangai suka berkelahi, walaupun kita sedia berhujjah.

"Itu bukan sifat moderat yang reformis, itu sifat samseng," katanya.

Mohamad melihat sifat itu sudah begitu sebati dengan kerajaan Umno BN.

Bangladesh: Malaysia patut hantar nota protes

Posted: 20 Sep 2011 12:13 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Kerajaan hendaklah menghantar nota protes kepada kerajaan Bangladesh kerana kecuaian yang menyebabkan penyiaran tuduhan yang memalukan Malaysia dalam laman web pejabat Perdana Menteri negara itu, kata Datuk Mahfuz Omar.

Kerajaan juga hendaklah memanggil Duta Bangladesh ke negara ini bagi menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap kecuaian yang menyebabkan nama Malaysia tercemar itu.

"Itu pun jika benar dakwaan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh bahawa kerajaan Bangladesh tidak menyedari mengenai artikel itu," katanya.

Jumaat lalu, laman Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh dikesan menyiarkan artikel yang mengesahkan sebilangan pekerja negara itu dalam beberapa sektor di Malaysia diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu serta diberi hak mengundi dengan syarat mereka mengundi parti yang mewakili kerajaan yang berkuasa.

Artikel itu menyatakan ia memetik "sumber yang boleh dipercayai" dari Pejabat Perdana Menteri Bangladesh.

"Apa yang tersiar itu amat memalukan negara dan adalah amat pelik dan ganjil jika kerajaan negara ini berdiam diri begitu sahaja.

"Jika benar kerajaan Bangladesh tidak sedar dan tidak terlibat dengan penyiaran artikel itu, ia tetap bersalah atas kecuaian sehingga menyebabkan artikel tersebut tersiar begitu lama dalam laman web pejabat Perdana Menteri negara itu.

"Kerajaan Malaysia perlu membersihkan namanya dengan menghantar nota protes dan memanggil duta Bangladesh bagi menyampaikan rasa tidak puas hati," kata Mahfuz (gambar).

Jika kerajaan enggan membersihkan namanya, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, ia akan menguatkan lagi keyakinan umum bahawa perkara itu memang berlaku memandangkan apa yang tersiar dalam laman web itu mempunyai persamaan yang sangat ketara dengan apa yang berlaku dalam negara ini.

Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak pendedahan mengenai warga asing yang diberikan status kerakyatan dan kemudian disenaraikan dalam daftar pemilih.

Daftar Pemilih yang bersih adalah salah satu dari lapan tuntutan utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Tuntutan lain ialah supaya SPR mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

"Politik murahan menjelang PRU": Tian Chua nafi tuduhan miliki kereta RM800 ribu

Posted: 20 Sep 2011 12:09 AM PDT

Tian Chua


Menurut kenyataan Lim Si Ping (gambar bawah), Ketua Pemuda Parti Gerakan Malaysia ketika memberi ucapan dalam Mesyuarat Agung Pemuda Gerakan P. Pinang pada 17 September 2011 dengan mengeluarkan dakwaan yang berfitnah terhadap saya bahawa saya memiliki kereta mewah yang berjenama Mercedenz-Benz S-Class yang bernilai RM800 ribu dan sering bertukar kereta dalam tiga tahun sejak dijawat sebagai wakil rakyat.

Saya amat dukacita terhadap seorang politik yang berpendidikan tinggi dan sebagai anggota Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengeluarkan dakwaan fitnah yang tidak bertanggungjawab dan tidak matang. Dakwaan fitnah ini adalah langsung tidak berasas serta merupakan taktik politik murahan menjelang pilihanraya akan datang tidak lama lagi.

Pertama sekali, saya langsung tidak mempunyai atau memiliki kereta mewah Benz S-Class yang bernilai RM800 ribu. Saya hanya memiliki kereta Benz terpakai (12 tahun) E-Class yang bernilai RM90 ribu sahaja ketika membelinya pada April 2010. Sekarang saya membayar ansuran sebanyak RM1,368 setiap bulan kepada Public Bank. Saya menegaskan bahawa jumlah ini adalah dalam kemampuan saya.

Kedua, kereta berjenama Toyota Camry adalah dibeli selepas menjadi wakil rakyat dan dibeli pada Jun 2008 dan kemudian menjualkannya pada April 2010 selepas kereta tersebut mengalami kemalangan. Dakwaan mengatakan bahawa saya membeli kereta berjenama Toyota Camry sebanyak dua kali adalah tidak betul sekali.

Dengan dakwaan fitnah Lim seolah-olah saya seorang ahli politik yang tidak jujur dan tidak bermoral dan kenyataan beliau berbau dakawaan terhadap saya melakukan gejala rasuah untuk memiliki kereta mewah. Ini merupakan satu dakwaan yang cuba menjatuh etika saya sebagai wakil rakyat yang berpegang prinsip yang menegak keadilan.

Oleh itu, saya menutut Lim mohon maaf kepada saya dan bertanggungjawab sepenuhnya kenyataan beliau. Saya turut mendesak Lim membayar pampasan terhadap penjejasan imej dan mencemari nama saya.

Selanjutnya, kenyataan Lim mencerminkan Pakatan Rakyat Kerajaan P.Pinang bagai suami isteri yang tidak bersatu hati. Kenyataan Lim telah mensifatkan lelaki akan mencari isteri kedua jika bosan dengan isteri. Pemikiran dan kenyataan sedemikian telah membuktikan Lim adalah seorang lelaki yang tidak menghormati pasang suami isteri kurniaan tuhan.

*Kenyataan media oleh Tian Chua (gambar kanan), ahli parlimen Batu merangkap Naib Presiden PKR.

Zainal Kling: Salah jika kata Tanah Melayu dijajah lebih 400 tahun

Posted: 20 Sep 2011 12:07 AM PDT


KUALA LUMPUR - Sementara polemik sama ada negara ini dijajah ataupun sebaliknya berterusan, ahli Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Zainal Kling menegaskan, Tanah Melayu tidak pernah terjajah walaupun kesan pentadbiran British merupakan satu bentuk 'penjajahan'.

Malah kata beliau, adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun melibatkan kuasa Eropah dan Jepun.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam banyak ucapannya pernah menggunakan atau memetik bahawa negara ini telah dijajah oleh kuasa asing lebih 450 tahun.

Kata Zainal, penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'.

"Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kata beliau dalam penjelasan panjang lebar disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

Beliau yang berhadapan dengan kritikan ekoran pandangannya awal bulan ini berkata, "yang ditegaskan di situ ialah kedudukan Tanah Melayu dalam sejarah yang panjang dan khusus di zaman British tidak pernah menjadi koloni atau tanah jajahan."

"Kedudukan yang diiktiraf ialah sebagai 'negeri-negeri naungan' atau 'protectorate'.

"Daripada ulasan sejarahwan dan pengkaji sejarah, kenyataan itu dianggap benar walaupun ada ulasan bahawa kedudukan itu hanyalah sebagai legal fiction (sebagaimana dikatakan) oleh Dr Chandra Muzaffar, Tun Dr. Mahathir menambah, 'the advisor became the ruler' dan Profesor Emeritus Khoo Kay Kim bersetuju secara am," katanya lagi.

Kata beliau, kenyataan akhbar itu pada 9 September lalu mengakui berlakunya 'penjajahan' oleh British di Tanah Melayu meskipun Tanah Melayu adalah sebuah 'protectorate'.

"Justeru percanggahan antara sifat naungan secara de jure sifat penjajahan secara de facto, maka dijelaskan dua ulasan pengkaji sejarah — Roland S. J. Braddell, seorang peguam penasihat Sultan Johor dan Raja-Raja Melayu yang menganggap penjajahan itu sebagai 'pecah amanah' terhadap kedudukan perundangan negeri-negeri Melayu atau Rupert Emerson, sejarawan Harvard, sebagai 'pemerintahan tak langsung'," katanya lagi.

Zainal berkata, pada sidang media itu diperkatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah menjadi tanah jajahan atau koloni pada sebarang masa sejak kejatuhan Melaka pada 1511.

"Adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun," katanya.

Katanya, ucapan dituturkan sebagai membentang 'kenyataan akhbar' yang telah diedarkan oleh Urusetia Majlis Profesor Negara kepada semua wakil media, baik media cetak mahupun media elektronik yang hadir.

"Ucapan kepada media itu adalah intisari amat ringkas kepada 'kenyataan akhbar' MPN yang memilih untuk mengulas dua 'persoalan sejarah' yang penting daripada kontroversi yang timbul terhadap petikan ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada 21 Ogos 2011. Tumpuan Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya dalam kenyataan akhbar itu ialah 'penjajahan' dan 'perjuangan'.

"Berkaitan isu penjajahan itu, yang dikutip ialah kenyataan berikut: — Tanah Melayu adalah negara naungan yang diiktiraf kedaulatan dalamannya. Kerana itu pemerintahan Tanah Melayu adalah termasuk Institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu... Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Tidak Bersekutu tidak pernah menjadi tanah jajahan British," katanya lagi dalam penjelasan hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Harakahdaily 16 September lalu, Zainal menjelaskan pendiriannya — beliau juga melihat kemunculan kuasa Eropah itu sebagai satu "penjajahan."

"... ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran British itu sebagai penjajahan juga dan telah membawa kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan golongan-golongan lain," kata beliau.

Namun, kata beliau, terdapat sedikit perbezaan antara penjajahan berbentuk koloni seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang serta di Kanada, Australia ataupun malahan India, dengan penjajahan berbentuk "protectorate" dalam Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu.

Katanya, Singapura mempunyai Sultan Husin Syah tetapi kerana pulau itu sebuah koloni, maka institusi raja tersebut terhapus begitu sahaja.

"Sebaliknya, Kelantan adalah sebuah 'protectorate' maka institusi raja, keistimewaan Melayu serta pelbagai peruntukan perundangan Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri itu dapat kekal hingga menjadi bentuk kerajaan pada masa ini.

"Perbezaan 'tipis' (seperti kata pakar perlembagaan Profesor Aziz Bari) ini harus menjadi pemahaman oleh semua, bukan hanya oleh pakar yang bijaksana kerana ia mempunyai makna dan implikasi yang amat asasi serta bernatijah dalam kewujudan warganegara, negara dan negeri masa kini dan akan datang," kata Zainal lagi.

Selain Zainal, pendirian yang seiring juga dilontarkan oleh Khoo.

Kenyataan mereka mengundang kontroversi baru ketika polemik mengenai kenyataan berkaitan tragedi Bukit Kepong pula belum reda.

Malah awal minggu lalu, Dr Mahathir mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Perdana Menteri keempat itu berkata, British telah bertindak seolah-olah "kita dijajah."

Bagaimanapun Pengerusi Yayasan 1 Malaysia Dr Chandra Muzaffar tidak bersetuju dengan pendirian mereka sambil menegaskan negara ini pada hakikatnya telah dijajah oleh kuasa asing termasuk British.- Malaysian Insider

10 lagi IC palsu siri kedua didedah

Posted: 20 Sep 2011 12:03 AM PDT


KUALA LUMPUR - Seperti dijanjikan sebelum ini, Dewan Pemuda PAS semalam mendedahkan 10 lagi kes kad pengenalan yang berkemungkinan palsu kerana memiliki nama sama tetapi dua nombor kad pengenalan sedikit berbeza.

Dalam pendedahan semalam, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat membawa bukti perubahan status 10 individu yang mewakili lima nama sebelum dan selepas pendedahan mereka bulan lalu.

Dalam maklumat itu, kesemua mereka mempunyai dua nama yang sama, dua nombor kad pengenalan hampir sama dan boleh mengundi dua kali, telah bertukar status menjadi satu dalam rekod SPR selepas didedahkan.

Sebelum ini, Suhaizan menjelaskan, menjadi amalan biasa di pusat-pusat pengundian mereka yang mempunyai kad pengenalan yang hanya sedikit sahaja bezanya dengan nombor kad pengenalan yang ada dalam daftar pemilih dibenarkan mengundi dengan cara mendapatkan kebenaran dari ketua tempat mengundi.

Mereka dibenarkan mengundi dengan cara mengisi satu borang akuan bahawa mereka adalah orang sebenar berdasarkan kad pengenalan dan nama dalam daftar pemilih itu.

Mengulas lanjut beliau berkata, beliau tidak mahu menentukan mana satu kad pengenalan yang palsu namun menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menentukan mana yang palsu dan mana yang benar.

"Saya juga mohon kepada pemilik kad pengenalan sebenar agar dapat menampilkan diri membuat penjelasan.

"Saya percaya ada pihak tertentu telah membuat manipulsi terhadap kad pengenalan sebenar ini bagi tujuan pilihanraya," katanya.

Sehubungan itu juga beliau mahu pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang masih membisu seribu bahasa tampil menjelaskan perkara itu kerena mereka lebih maklum mana kad pengenalan yang benar dan mana yang palsu.- Harakah Daily

Si Angkuh Najib inginkan legasi, Muhyiddin kekal pewaris ISA

Posted: 20 Sep 2011 12:01 AM PDT

Maria Begum, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Pengumuman pemansuhan mengejutkan undang-undang ISA dan Darurat oleh Perdana Menteri Najib Razak, telah menimbulkan rasa tidak senang dalam parti UMNO, terutamanya bagi kem-kem penyokong Muhyiddin Yassin. Muhyiddin telah disebut-sebut untuk mengambil alih jawatan presiden Umno tidak lama lagi - paling awal akhir tahun ini jika tidak, dalam tempoh 12 bulan selepas pilihan raya umum yang akan datang.

Muhyiddin yang berusia 64-tahun akan berdepan dengan tindak balas yang hebat selepas tindakan Najib tergesa-gesa untuk menjadi legenda pada saat-saat akhir semata-mata untuk kepentingan dirinya sendiri. Pada mulanya, walaupun penyokongnya dan ahli-ahli parti BN yang lain terperanjat dengan keputusan mendadak untuk menghapuskan mekanisme yang telah diguna pakai oleh Umno untuk menindas pesaing politik setelah beberapa dekad. Kemudian, barulah mereka sedar, Najib sebenarnya telah mengekalkan mekanisma ISA tetapi dalam bentuk undang-undang baru menyebabkan mereka bisa menyelesaikan masalah itu nanti.

Umno-BN tidak pernah berubah

Setelah semua merasa lega, pemimpin-pemimpin Umno dan BN kini mula keluar dan meraikan rancangan pemansuhan ISA walaupun rakyat masih belum pasti apakah ini perlu disambut baik. Maknanya rakyat Malaysia masih menunggu untuk memastikan sama ada Umno dan BN ikhlas dan bersungguh-sungguh. Paling sedih, rakyat Malaysia jangkaan mereka betul apabila mengesyaki bahawa Umno-BN cuba menipu rakyat untuk mempercayai bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang baik, sedangkan pada hakikatnya, perkara yang sebenarnya adalah lebih buruk akibat dari pembaharuan.

Undang-undang pengganti, yang hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum ke-13 akan memberi lebih kuasa kepada BN - jika mereka menang. Inilah kenapa tiada sambutan diadakan. Kumpulan dan aktivis yang telah lama menentang ISA, menerima penderaan fizikal dan mental yang teruk, penjara untuk tempoh yang lama, kini menuntut pampasan. Untuk menggagalkan usaha mereka, Najib mendakwa beliau dan BN membuat keputusan pemansuhan sendiri – tanpa ada rasa berterima kasih kepada semua iaitu berpuluh-puluh ribu aktivis anti-ISA mahupun Parti Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang menyaksikan pengumuman besar-besaran Najib di TV, merasa jijik dengan keangkuhannya dalam memulaikan diri sendiri. Mereka tidak terkejut juga dengan tindakan tanpa belas kasihan kepada aktivis anti-ISA. Mereka pasti gembira melihat kejatuhan Najib nanti. Rakyat Malaysia tidak bodoh. Beberapa pemerhati politik berkata rakyat mengesyaki sesuatu yang tidak kena dalam pengumuman pemansuhan ini dan tidak ingin dipergunakan oleh Najib dan penasihat-penasihatnya yang diketuai oleh orang kuat media dan minyak , Omar Mustapha, dalam permainan mereka untuk bersaing di dalam Umno yang merupakan sebahagian dari survival politik mereka.

Bidaan terakhir

Malah, kita harus berhati-hati dalam menerima pengumuman Najib kerana selalunya, dia jarang akan melaksanakan semua rancangan yang dijanjikan sejak bulan April 2009, apabila beliau mengambil alih kerusi panas itu dari Abdullah Badawi kurang kredibiliti. Oleh itu, apakah motif sebenar Najib dalam membuat cadangan-cadangan ini?

Selain daripada kejahatan yang bertujuan untuk melemahkan pesaing dalam Umno termasuk Muhyiddin, ia juga adalah bidaan terakhir dari Najib – percubaan terakhir bagi Custer, untuk meninggalkan legasi sebelum dia dibuang oleh kepimpinan teratas Umno sepertimana berlaku kepada Badawi yang telah disingkirkan oleh kumpulan yang diketuai oleh Najib sendiri. Malah, pengumuman Najib dalam ucapan Hari Malaysia, mengingatkan kita akan janjinya untuk memansuhkan ISA sewaktu dia mula mengambil alih jawatan PM pada tahun 2009, yang menjanjikan demokrasi yang lebih menyeluruh.

Namun, semasa tempoh beliau memegang jawatan, Malaysia telah menerima kutukan terhebat dari seluruh dunia. Semasa perhimpunan 9 Julai oleh Bersih untuk pilihan raya yang bebas dan adil, Malaysia telah menjadi objek ejekan sedunia apabila Najib cuba memenjara sesiapa sahaja yang memakai kemeja-T kuning. Rakyat Malaysia yang berada diluar negara juga menegaskan bahawa kerajaan Umno menganiaya rakyatnya dan menipu pada pilihan raya, apabila mereka menjalankan perhimpunan serentak dengan Bersih di lebih daripada 30 bandar raya di seluruh dunia.

"Najib telah gagal dalam hampir semua aspek dalam kerajaan. Beberapa hari yang lalu, beliau telah dicabar untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan selepas dia mengeluarkan kenyataan bahawa dia hanya akan melaksanakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) selepas pilihan raya umum. Ini menunjukkan ketidak profesionalannya iaitu, hanya selepas rakyat mengundi untuknya,beliau akan membalas mereka dengan kenaikan harga barangan. Ia menunjukkan kurangnya kaliber lelaki itu, "pengarah PKR untuk strategi Rafizi Ramli memberitahu Malaysia Chronicle.

Laporan Kumpulan Hak Asasi Dunia 2011 melaporkan: "Hampir dua tahun selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengambil alih jawatan telah berjanji untuk menegakkan kebebasan awam,"namun, hanya sedikit kemajuan yang dilaksanakan. Pindaan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang membenarkan penahanan tanpa bicara tidak dilakukan. Sekatan-sekatan ke atas kebebasan bersuara terus digunakan untuk menghadkan hak bersuara. Ketua-ketua polis tempatan terus menyekat perhimpunan awam dan perarakan, atas alasan politik . "

MACC dan JAC bagi Badawi 2008, pemansuhan ISA dan Darurat bagi Najib 2011

Jadi mungkin, selepas menilai semua pilihan yang ada, Najib dan penasihat-penasihatnya membuat keputusan untuk mengambil langkah terakhir ini yang seakan-akan berupa pemansuhan ISA. Bagi menenangkan rakan-rakan Umno mereka, akan dipastikan undang-undang yang menjadi penggantinya nanti adalah sama dengan undang-undang lama.

Seperti Badawi yang juga tergesa-gesa meninggalkan legasi untuk dirinya sendiri dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 dan Akta penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, pemansuhan ISA oleh Najib mungkin juga akan gagal.

Walaupun telah melancarkan JAC untuk mengelakkan dari perbuatan mempengaruhi hakim dan rasuah dalam badan kehakiman Malaysia, sedih untuk dinyatakan bahawa sistem mahkamah tidak pernah bebas berbanding sebelum ini. Perlantikan peguam Zaki Azmi sebagai Ketua Hakim pada tahun 2008 bagaikan mempersenda JAC dan pelantikan Zaki Ariffin Zakaria oleh Najib dua minggu yang lalu adalah satu muslihat bagi ahli-ahli parti politik UMNO . PM telah ditegur oleh pihak pengamal undang-undang kerana mengabaikan hakim-hakim yang lebih atas. Beliau telah diambil gambar bersama minum bersama hakim-hakim tinggi yang telah bergegas-gegas menyambut kedatangan beliau seolah-olah dia adalah Raja Midas.

Bagi SPRM, nasib Badawi agak malang. Untuk menyerupai ICAC yang berada di Hong Kong, reputasi badan Malaysia boleh dikatakan jatuh beberapa kali ganda lebih teruk daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ia gantikan. Dua kematian berlaku dalam premis SPRM dan selepas disoal siasat oleh pegawai-pegawai SPRM yang mencurigakan. Ini telah meninggalkan parut yang begitu besar hinggakan rombakan akan datang mungkin memerlukan satu transformasi yang menyeluruh dan perubahan nama untuk badan pencegah rasuah itu sekaligus.

Begitu juga langkah pemansuhan ISA oleh Najib. Sememangnya, rakyat tidak berfikiran seperti Najib . Ini adalah mengapa sebahagian besar rakyat hanya berdiam diri sahaja sejak pengumuman pada Khamis. Ini memaksa orang-orang Umno dan ahli komponen BN keluar dan member tepukan dibelakang Najib sebagai tanda menyokong.

Undang-undang gantian, warisan Muhyiddin

Sangat menarik jika diamati, Muhyiddin telah memberi restunya dalam pengisytiharan pemansuhan ISA. Ini untuk menunjukkan dengan jelas semangat kenegaraannya. "Jangan main-main, ini bukan gula-gula saja," katanya. Pemerhati politik tidak hairan dengan kenyatakan Muhyiddin kerana sememangnya dia tidak akan mampu memberi komen yang lain. Untuk memperlekehkan kenyataan terbaru Najib itu hanya akan menampakkan dirinya sebagai pelampau tegar sayap kanan.

Bagi para pemerhati, kata-kata Muhyiddin paling ketara menunjukkan bahawa dia sememangnya akan mewarisi kejatuhan BN jika ia menang PRU ke-13. Itulah sebabnya dia mengalu-alukan undang-undang baru untuk menggantikan ISA. Penggantian ini bagi mereka sememangnya wajar kerana kerajaan tidak boleh bertolak ansur bagi 'melindungi' negara.

Malah, jika BN menang PRU ke-13, undang-undang penahanan dan pencegahan yang baru dan undang-undang kebebasan media di bawah jagaan Muhyiddin akan diperbaharui. Pemimpin dari Johor ini akan dijangka menjadi arkitek kepada undang-undang baru ini dalam bahasa yang lebih moden tetapi tidak kurang kunonya kerana niat dan semangat undang-undang ISA dan Darurat yang digubal lebih dari 5 dekad yang lalu masih wujud padanya.


Mampukah BN rampas Selangor?

Posted: 19 Sep 2011 11:59 PM PDT

Selangor telah mencetuskan pelbagai kontroversi sepanjang Pakatan Rakyat memerintah negeri itu sejak tiga tahun lalu.



PETALING JAYA: Sama ada pilihan raya umum akan diadakan tahun ini atau tahun 2012, tidak syak lagi tumpuan BN dan Pakatan Rakyat akan tertumpu kepada Selangor.

Tarikan Selangor melebihi Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah walaupun kesemuanya diperintah Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008.

Konvensyen BN Selangor Sabtu lalu semata-mata untuk menunjukkan kepada umum bahawa parti itu sudah bersedia merampas semula tampuk pemerintahan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Selangor telah mencetuskan pelbagai kontroversi sepanjang Pakatan Rakyat memerintah negeri itu sejak tiga tahun lalu.

Kontroversi bermula dengan arahan kerajaan negeri memindah kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di Shah Alam yang menyebabkan bantahan besar penduduk beragama Islam.

Mereka berarak membawa kepala lembu di depan pejabat menteri besar di Shah Alam sebagai tanda protes.

Serbuan JJAIS

Kerajaan negeri terus mencipta kontroversi apabila Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ) melarang penjualan arak di kedai kawasan ramai kediaman umat Islam. Beberapa wakil rakyat bukan Islam membantah menyebabkan arahan itu dibatalkan.

Namun isu yang paling mengemparkan ialah serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya bulan lalu.

PAS menuduh Umno negeri mendalangi serbuah tersebut dan seperti dijangka Umno menafikan dan memfailkan saman terhadap pimpinan utama PAS.

"Rakyat sudah muak dengan kerajaan Pakatan rakyat yang tidak habis-habis dengan pelbagai kontroversi. Mana kredibiliti Menteri Besar.

"Mana janji kononnya menjadikan Selangor negeri terbaik. Tan Sri Khalid Ibrahim gagal memerintah Selangor," kata Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin.

"Saya rasa Pakatan Rakyat akan lingkup (tumbang) di Selangor kali ini. Terlalu banyak skandal dan kontroversi yang berlaku.

Orang Melayu marah

"Yang paling marah tentu orang Melayu. Lihat apa yang berlaku kepada mereka sejak PKR memerintah."

Bagaimanapun, pemimpin muda PKR Petaling Jaya, Halimey Abu Bakar berkata, sokongan pengundi kepada kerajaan negeri tidak berubah.

Menurutnya, sebahagian besar janji kerajaan negeri kepada rakyat ditunaikan seperti pemberian air percuma kepada golongan miskin.

"Isu gereja tidak akan mempengaruhi pengundi.

"Rakat masih bersama Pakatan Rakyat walaupun sokongan pengundi India menurun 10 peratus berbanding 2008 " tegasnya yang juga ahli majlis MBPJ.

MP ramal pilihan raya awal tahun depan

Posted: 19 Sep 2011 11:53 PM PDT

Menurut mereka, pembentangan bajet pada bulan Oktober menyebabkan kerajaan pilihan raya umum tidak diadakan tahun ini.



PETALING JAYA: Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat sepakat bahawa parlimen akan dibubarkan awal tahun depan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13.

Menurut mereka, pembentangan bajet pada bulan Oktober menyebabkan kerajaan pilihan raya umum tidak diadakan tahun ini.

"Saya tidak menjangka pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat. Saya rasa pilihanraya umum akan diadakan pada bulan Februari atau Mac tahun depan," kata ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.

"Mac 2011 ialah kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sukakan tarikh tersebut," kata ahli Parlimen PKR itu.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga yakin bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada tahun hadapan.

November tidak sesuai

"Ada ura-ura mengatakan ia akan berlaku pada November ini, tetapi saya rasa tidak sesuai kerana belanjawan akan dibentangkan pada Oktober hadapan," kata setiausaha publisiti DAP.

DAP, tegasnya akan memfokuskan gerakan di beberapa negeri antaranya, Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam merangkap Timbalan Presiden MIC turut menjangkakan pilihanraya umum akan diadakan di dalam suku pertama tahun hadapan.

Beliau yakin bahawa BN akan menang meskipun menjangka akan berhadapan saingan sengit dari Pakatan.

"Saban hari kita lihat ahli pembangkang memberi kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain. Perdana Menteri pula telah memperkenalkan pelbagai inisiatif yang mesra rakyat," tambahnya.

'BN mansuh ISA setelah hilang keyakinan rakyat'

Posted: 19 Sep 2011 11:46 PM PDT

MALAYSIA KINI


Janji Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanyalah setelah Perdana Menteri sedar bahawa rakyat sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan kerajaannya., kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

azlanMalah, janji itu, menurutnya juga dibuat selepas kerajaan dikecam hebat di dalam dan luar negara berikutan salah guna kuasa serta kekerasan yang melampau pihak berkuasa terhadap pehimpunan aman BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

"Jika rakyat tidak percaya kepada janji Najib, ia adalah salahnya sendiri kerana rekodnya sebagai Perdana Menteri sejak April 2009 tidak menunjukkan dia berani melaksanakan apa yang dijanjikannya," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Lim, selain desakan rakyat dan masyarakat antrabangsa, tekanan terhadap Najib daripada kalangan orang-orang kanan kerajaan sendiri membuatkan beliau terpaksa berjanji untuk memansuhkan ISA.

bersih rally petaling street 090711Bagi menutup keaiban itu, Najib terpaksa mempertahankan janji memansuhkan ISA itu kononnya adalah usaha BN sendiri walau pun rakyat melalui pelbagai NGO dan parti-parti pembangkang telah mendesaknya sejak lebih 40 dekad lalu.

Lim berkata janji-janji Najib hanya boleh dipercayai jika beliau berani menangani lima persoalan utama:

"Adakah dengan pemansuhan ISA dan pindaaan undang-undang lain akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang atau ia cuma umpan janji-janji pilihan raya BN?

"Adakah undang-undang yang akan menggantikan akta-akta zalim yang dimansuhkan itu bakal melahirkan undang-undang yang sama kejamnya dalam bentuk baru; contohnya, memansuhkan ISA tetapi menggubal undang-undang baru yang sama seperti ISA?

azlan"Adakah Najib akan menyokong pemansuhan undang-undang zalim dan kejam seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi?

"Adakah Najib sanggup memansuhkan semua peruntukan dalam undang-undang yang selama ini telah memperlekehkan doktrin pemisahan kuasa termasuk yang tidak membenarkan penelitian semula (judicial review) terhadap keputusan kuasa eksekutif?

"Adakah Najib akan menyokong usul di Parlimen untuk menerima konvensyen-konvensyen hak asasi antarabangsa, khususnya Piagam PBB mengenai Hak Sivil dan Politik serta Piagam PBB mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya?"

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Lim berkata kejayaan rakyat mendesak Najib untuk berjanji menghapuskan ISA adalah melalui usaha serius menentang penindasan dan penipuan kuasa, terutamanya melalui perhimpunan aman BERSIH 2.0.

"Sebelum Najib berangan-angan mahu menjadikan Malasia sebagai 'negara demokrasi terbaik di dunia', beliau perlu menjelaskan kepada rakyat, bila beliau mahu menarik balik pengharaman BERSIH 2.0 dan bila beliau akan menarik balik tuduhan terhadap mereka yang ditangkap kerana kempen BERSIH 2.0?" soalnya.

Rumah Mat Sabu cuba dibakar individu tak dikenali

Posted: 19 Sep 2011 11:41 PM PDT

Jimadie Shah Othman


Kediaman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, di Seksyen 19 di Shah Alam dipercayai dilempar bom petrol tengah malam tadi sehingga menyebabkan sebahagian pagarnya terbakar.

Anak perempuannya Nurul Huda berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, beliau mendapati bahagian pagar depan dan lantai halaman rumahnya terbakar, selepas dimaklumkan jiran.

"Saya tak nampak api. Waktu saya keluar rumah (api) sudah tiada. Cuma ada bau minyak dan gas," katanya yang berseorangan di rumah ketika itu.

Ibunya ketika itu berada di kampung halamannya di Perlis manakala Mohamad pula dipercayai mempunyai program di Pulau Pinang pada masa itu.

Nurul Huda, 27, berkata, jiran-jiran memaklumkannya melibat dua lelaki berada sekitar kawasan kediaman mereka sebelum mendapati api menyambar pagar rumah Mohamad.

Api itu juga dipadam terlebih dahulu oleh jirannya sebelum memaklumkan kepadanya kejadian itu, kata peguam muda itu.

Menceritakan kembali detik-detik semalam, Nurul Huda berkata, sejurus lepas kejadian, beliau terus menelefon pihak polis bagi memaklumkan perkara itu.

"Polis datang kira-kira pukul 1 pagi. Saya buat laporan polis di situ juga. Salinan repot saya ambil pagi tadi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya sama ada beliau merasa takut selepas kejadian yang pertama kali menimpanya itu, Nurul Huda berkata tidak kerana sudah merasa ada sesuatu yang tidak kena dalam masa terdekat.

"Saya sudah rasa lain macam dalam dua, tiga hari sejak lampu jalan depan rumah saya tidak menyala. Jadi, saya sudah ambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

Mat Sabu didakwa esok

Posted: 19 Sep 2011 11:39 PM PDT

Jimadie Shah Othman


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok ekoran ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong.

rafidah aziz kuala kangsar parliament seat court case 040708 ahmad jamaluddin and hanipaPeguam Hanipa Maidin (gambar, kanan) berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis akan didakwa bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Tambahnya, pendakwaan terhadap anak guamnya dijangka dibuat pada jam 9 pagi.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hanipa berkata, pihaknya mempertahankan Mohamad tidak patut dituduh di mahkamah.

"Sepatutnya mereka dakwa Utusan (yang menyiarkan laporan itu)," katanya yang juga peguam PAS.

Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dikenakan hukuman sehingga dua tahun penjara, denda atau kedua-dua sekali.

' Pelantikan penyelaras bidang kuasa negeri’

Posted: 19 Sep 2011 05:12 PM PDT

Manikavasagam gesa ahli cabang terima keputusan kepimpinan negeri



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam hari ini menjelaskan bahawa pelantikan penyelaras adalah bidang kuasa kepimpinan parti negeri.

"Semua pihak perlu menerima pelantikan yang dibuat oleh kepimpinan negeri," kata Manikavasagam ketika mengulas laporan penolakan Mohd Bakir Wahab sebagai penyelas Dun Sementa oleh ahli jawatankuasa PKR cabang Kapar.

Akhbar Sinar Harian memetik kenyataan bahawa pengarah pilihan raya umum PKR cabang Kapar Norkhalim Mohamed bahawa penyelaras Sementa Azizi Ayob tidak diberikan surat penamatan jawatan.

Azizi Ayob adalah ketua cabang PKR Kapar.

Norkhalim juga dilaporkan mengatakan bahawa Mohd Bakir Wahab tidak layak dan mendapatkan bantuan orang dalam untuk menjawat jawatan penyelaras.

DUN angkat

"Ketua cabang tidak semestinya jadi penyelaras.

"Ahli Exco Rodziah Ismail pernah menjadkan Sementa sebagai DUN angkatnya (sejak 2009) sebelum pemilihan parti," tambah Manikavasagam lagi.

Beliau berpendapat bahawa penentangan terhadap pelantikan mungkin berpunca daripada faktor peruntukan yang disalurkan kepada penyelaras DUN.

Sementa merupakan satu-satunya DUN dikuasai Umno BN di kawasan parlimen Kapar menerusi Datuk Abdul Rahman Palil.

Pemuda PAS: Wujudkan panel Syariah LPF dan FINAS

Posted: 19 Sep 2011 05:10 PM PDT

'Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulamak untuk melepaskan diri," katanya.



PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hasan Tantawi hari ini mencadangkan agar LPF dan FINAS mewujudkan panel syariah agar panel syariah yang berauthoriti sebagai lembaga penapisan yang tertinggi terutama dalam menapis cerita atau filem yang mempunyai kaitan dengan agama Islam.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar untuk merujuk kepada alim ulamak seperti mufti atau pihak berkuasa Agama seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia [JAKIM] terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem.

"Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulamak untuk melepaskan diri," katanya dalam entri blog beliau hari ini.

Beliau turut menyelar tindakan Lembaga Penapisan Filem dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) kerana kedua-dua badan tersebut membenarkan filem-filem yang berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan untuk tontotan umum.

Mengambil contoh filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri yang dilakonkan Mohd Razizan Abd Razak, Nasrudin berkata:

"Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Razizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan".

"Apa yang ditapis selama ini ? Penapis apa yang mereka pakai ? Penapis teh atau penapis cendol yang berlubang besar sehingga masih banyak adegan yang "menyenakkan mata" dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan."

Beliau menegaskan bahawa kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan.

Beliau menambah bahawa adegan tahyul akan turut memberi persepsi salah kepada masyarakat bukan Islam dan turut merosakkan akidah

Pakar: Ahli kimia 'sembunyi' maklumat DNA ketiga

Posted: 19 Sep 2011 05:09 PM PDT

Hafiz Yatim


Pihak pembelaan dalam perbicaraan liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menimbulkan kemungkinan sampel yang diambil dan diuji oleh ahli kimia dicemari tetapi hakikat itu diabaikan.

NONETumpuan adalah terhadap calitan kapas B9 yang diperolehi dari kawasan rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan tuala putih yang diperolehi daripada sel Anwar apabila beliau ditahan semalaman.

Ram Karpal, yang menyoal balas berkata demikian berikutan penemuan 18 allele yang menunjukkan kemungkinan kehadiran orang ketiga.

Katanya, keraguan timbul tentang prosedur standard makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bersabit sampel DNA yang diperolehi daripada pengadu Saiful Bukhari.

dr brian mcdonald sodomy llPakar DNA Australia Dr Brian McDonald (kanan) berkata kedua-dua ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon - tidak sepatutnya mengabaikan pencemaran berkenaan.

"Mereka sepatutnya menjalankan ujian lanjut untuk memperkuatkan penemuan tentang 18 allele itu," kata McDonald.

Katanya, berdasarkan laporan pakar kimia tempatan itu, mereka telah menemui tiga sampel DNA dari dubur Saiful.

Namun Dr McDonald berkata Seah tidak menyatakan dalam laporannya akan kehadiran DNA individu ketiga yang menyumbangkan bacaan tinggi melalui ujiannya selain daripada Saiful dan 'lelaki Y'.

"Dia (Seah) menemui DNA lain tapi dia tidak melakukan apa-apa," katanya.

Apabila ditanya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengapa ini adalah perlu, Dr McDonald menjawab kerana lebih banyak ujian diperlukan bagi mengenal pasti milik siapa DNA itu (pada 18 allele).

NONE"Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan mengapa ujian lanjut tidak dilakukan."

Justeru katanya lagi, pakar kimia tempatan itu telah mengabaikan beberapa garis panduan asas makmal untuk memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada benda asing.

"Dia tidak boleh mengatakan ia milik sesiapa... hanya jika dia melihat melalui mikroskop dan memastikan sampel hanya mempunyai ekstrak sperma asli," katanya lagi.

MB enggan dedah laporan penuh JAIS

Posted: 19 Sep 2011 05:03 PM PDT

Abdul Rahim Sabri


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim enggan mendedahkan isi kandungan laporan lengkap siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) 3 Ogos lalu.

Katanya, "apa-apa pengumuman" mengenai laporan itu akan dibuat pada minggu hadapan".

NONE"Pagi tadi, saya berkesempatan mengadap dengan Tuanku Sultan. Saya menerima laporan dari JAIS (berhubung pemeriksaan terhadap DUMC).

"Saya juga minta laporan itu diserahkan kepada Tuanku, supaya baginda meneliti laporan tersebut, dan apa-apa pun, saya akan mengadakan perbincangan dengan Tuanku Sultan," katanya kepada pemberita dalam majlis Aidilfitri di Shah Alam hari ini.

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata beliau akan membuat "beberapa pengumuman" berhubung laporan tersebut selepas berbincang dengan baginda.

"Oleh kerana terdapat lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, saya saya rasa apa-apa pengumuman, mengenai laporan tersebut, akan dibuat pada minggu hadapan," katanya.

azlanDiminta menjelaskan isi kandungan laporan siasatan tersebut, Khalid berkata: "Saya akan beri kenyataan pada minggu hadapan".

Isu pemeriksaan JAIS itu mendapat reaksi pelbagai pihak, sehingga Khalid menubuhkan satu jawatankuasa yang dipengerusikannya bagi menyelesaikan kontroversi tersebut.

Ekoran itu, beliau mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak - JAIS dan penganjur majlis makan malam di gereja berkenaan - bagi mendapat penjelasan berhubung dakwaan terdapat kegiatan menyebarkan agama lain dalam majlis tersebut.

Jabatan kerajaan itu sebelum ini menghantar laporan awal berhubung pemeriksaan mereka pada tarikh tersebut.

Tukar Jalur Gemilang Bukan Pendirian Pembangkang - Anwar

Posted: 19 Sep 2011 05:02 PM PDT

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah menerima sebarang cadangan untuk menukar Jalur Gemilang sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, cadangan berkenaan lebih bersifat peribadi dan bukannya pendirian rasmi pakatan pembangkang.

"Tidak pernah dikemuka kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, itu pandangan peribadi," katanya yang dipetik menerusi laman twitter pada Isnin.

Selain itu Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Media pada Jumaat melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah dari DAP, M Manoharan mencadangkan agar Jalur Gemilang ditukar sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Menerusi laman Facebook peribadinya, Manoharan memaklumkan bahawa beliau telah mengedarkan bendera DAP di kawasannya sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tetapi enggan mengibarkan bendera Malaysia kerana berpendapat, bendera negara ini kelihatan seperti Barisan Nasional.

Kenyataan beliau itu mengundang kecaman banyak pihak termasuk PAS.

Tiada ulasan: