DIALOG RAKYAT |
- Lagi Kes Polis Tembak Orang Awam
- Kantoi: Pakaian Anwar Dalam Video Seks II Tak Sama Dengan Video Seks I
- NAMEWEE: NAJIB JADI SASARAN KEMARAHAN BLOGGER
- 24 jam selepas pendedahan, pengakuan PM Bangladesh dipadam
- Mansuh Lesen Tahunan Media Cetak, NUJ Mahu Penerbit Diberi Peluang Bela Diri
- Pelan Dan Visi Selangor 2011-2013 Dilancar
- Pengakuan PM Bangladesh Bukti Wujud Penyelewengan Dalam Pentadbiran
- MB Selangor : Pusat Perlu Nilai Semula Akta Rahsia Rasmi (OSA)
- Penggabungan MAS-Air Asia : Anwar Kesal Kebajikan Pekerja Diabai
- Mansuh ISA : Kerajaan Perlu Hormati Jiwa Dalaman Manusia
- Mansuh ISA : Anwar Ingatkan Rakyat Agar Lebih Waspada
- KDN, Peguam Negara temu kemaskan undang-undang baru
- ISA: Anwar tidak mahu tuntut pampasan
- Letupan bom Sg Golok bunuh tiga rakyat Malaysia
- 202 kawasan Parlimen sudah ada kompeni askar Wataniah
- Najib: ‘Mansuh ISA usaha BN, orang lain usah ambil kredit’
- Azmin Ali: Terus mara memastikan perubahan terlaksana
- Najib: Sokong BN, bukan calon sahaja
- Akta baru: KDN, AG turut bincang peranan RELA
- Namewee bimbang 'Nasi Lemak 2.0' diharam
- Hasan Ali nafi spekulasi masuk Umno
- Muhyiddn puji PM ambil tindakan berani
- Tauliah pada ahli politik, Hasan Ali bincang dengan MAIS
- Buat hubungan seks tak malu, tak pakai ‘spender’, pandai pulak malu
Lagi Kes Polis Tembak Orang Awam Posted: 17 Sep 2011 05:37 AM PDT SABAH DAILY IPOH: "Suami saya orang kaya, tiada sebab dia perlu merompak," kata isteri kepada seorang ahli perniagaan yang maut selepas ditembak mati oleh polis awal pagi semalam. |
Kantoi: Pakaian Anwar Dalam Video Seks II Tak Sama Dengan Video Seks I Posted: 17 Sep 2011 05:31 AM PDT KELAB GREENBOC Lagi rakaman CCTV Datuk T disiar di internet Saga video seks Datuk T muncul semula di Internet hari ini ekoran muat-naik rakaman CCTV yang dikatakan menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks, serta ancaman penyiasaran seks video baru bertarikh 13 Januari 2011. Penulis blog Papa Gomo menyiarkan apa yang disebutnya, rakaman "eksklusif" yang menunjukkan dua lelaki yang didakwa ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut. Dalam blog tersebut, klip rakaman itu disunting untuk memautkan rakaman CCTV itu dengan video seks di Carcosa, yang menunjukkan minit-minit akhir lelaki, yang dikatakan Anwar, mengenakan pakaian dan beredar, dengan tanda masa yang menunjukkan ianya urutan peristiwa tersebut. Bagaimanapun, pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan. Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay memakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah (kanan). Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah. Rakaman CCTV itu sebelumnya disebut dalam fakta kes apabila Eskay dan dua orang lagi anggota trio 'Datuk T' dihadapkan di mahkamah atas tuduhan menyiarkan video lucah itu Jun lalu. -mk Ulasan GB Begitu aneh, rakaman CCTV di lif berwarna tetapi di dalam bilik hitam putih. Kedua seluar Anwar di lif berwarna hitam, di dalam bilik berwarna cerah. Ketiga baju Anwar berwara ungu dan tidak masuk ke dalam seluar sewaktu di lif, tetapi di bilik baju seakan kemeja T dan dimasukkan ke dalam seluar. Kan ker pembohong dan pendusta namanya tu? Entah berapa Datuk T bayar papagomo, tetapi malang, KANTOI! papagomo yang semakin gemuk. Sebaiknya tidak perlu dilayan provokasi ini, GB lihat ia hanya desakan Datuk T dan "pihak tertentu" yang mahu menghidupkan semula isu ini. |
NAMEWEE: NAJIB JADI SASARAN KEMARAHAN BLOGGER Posted: 17 Sep 2011 05:14 AM PDT RONTOG DAILY Kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk bertemu dengan pembikin filem dan 'penghina' lagu Negaraku, Wee Meng Chee atau Namewee nampaknya menimbulkan kemarahan ramai blogger, termasuk mereka yang terang-terang pro-pemerintah. Malah ada yang menganjurkan supaya semua blogger memboikot penyiaran sebarang bahan mengenai BN selama seminggu sebagai tanda protes. Pertemuan Najib dan rapper kontroversi itu sebagaimana dilaporkan di sini, disifatkan sebagai satu lagi isyarat yang salah daripada Najib. Berikut adalah petikan luahan keluh kisah dan rungut marah sebahagian blogger berkenaan: "Apo masalah ekau ni Najib? Ekau memang tut…tut…tut. Ke ekau nak ikut jejak sepupu kau Hisham Bapuk yang asyik nangis sambil goyang kaki bagi amaran tu. Cib…la kau Najib. Memang dasar hampeh, cipan, suwey, derhaka, bac**, gam****tut…tut…tut. Camno la rakyat nak respek dengan kerajaan kok kau sanggup jumpa bangsat Namawee. Memang ekau ni chicken dance, suka tabur duit kat Cina, kecikkan hati orang Islam, tak sayang Melayu tapi sayang Rosmah, jendol, bibir merah, pm liberal dot…dot…dot…" ( http://paneh.blogspot.com/2011/09/nah-najib-nah-sucks-banana.html ) "Saya berani berkata bahawa jika PM Dato Seri Mohd Najib Tun Razak mahu melayan harami#1 kat Malaysia ni @ Namewee ~ Wee Meng Chee, saya bersumpah demi Allahu Ta'ala bahawa kami blogger seMalaysia yang sekian lama ini dok sokong Kerajaan BN Malaysia akan melancarkan PERANG SIBER keatas sekelian kamu yang buat masa sekarang ini masih memegang teraju kuasa pemerintahan kat Malaysia, bekas Tanah Melayu ini!!!" ( http://mahaguru58.blogspot.com/2011/09/najib-tun-razak-jika-nak-kalah-pru13.html) "Malam tadi saya dah korek keluar parang panjang yang telah lama saya simpan dalam stor. Hari ini saya nak asah parang tersebut tajam-tajam. Saya akan guna parang tersebut untuk potong kaki namewee sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pertemuan dengan PM. Kalau tak dapat hari itu , saya akan usahakan pada hari lain. Tapi yang nyata saya akan potong kaki namewee sekiranya berlaku pertemuan dia dengan PM. Manusia bangsat seperti itu perlu diajar cukup-cukup supaya jadi pengajaran kepada orang lain. Satu sen pun tak perlu di tolong. Kalau sekali dia kurang ajar kita mungkin boleh terima. Tapi kalau berkali-kali itu sengaja dan sudah melampau." ( http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/) "Apa yang sebenarnya ada dalam kepala otak Najib dan para pegawainya ? Nak buktikan apa melalui perjumpaan itu ? Saya tidak salahkan para bloggers diatas dan ramai lagi yang ternyata amat kecewa dengan berita ini, malah saya sokong mereka sepenuhnya ! Jadi sesiapa nak jumpa PM lepas ni kena jadi KURANG AJAR macam Namewee la ya, baru dapat jumpa PM? Come on la….persoalannya sekarang ni…BERBALOIKAH BN HILANG KUASA DEMI NAMEWEE BABI NI?" ( http://www.parpukari.blogspot.com/) "Kalau ada sesiapa yang nak jumpa Perdana Menteri atau menerima jemputan dari Pejabat Perdana Menteri, jangan sibuk nak sokong kerajaan. Tak perlu membodek atau mengampu macam yang dilakukan oleh Setiausaha-Setiausaha Akhbar atau Ketua-Ketua Bahagian. Tak perlu juga sibuk nak cari jalan berjumpa Rosmah Mansor pun!!! Cukup dengan mentertawakan dan memperlekehkan negara… nak lagi cepat, gelak-gelakkan azan dan wanita Islam bertudung… kalau nak cepat lagi, cakap ajer, AZAN SUBUH SEPERTI LOLONGAN ANJING…" ( http://theflyingkick.blogspot.com/2011/09/jom-jadi-haramjadah-nanti-pejabat.html) |
24 jam selepas pendedahan, pengakuan PM Bangladesh dipadam Posted: 17 Sep 2011 05:12 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Laman web yang memapar pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, dipadamkan hari ini. Semakan Keadilan Daily pada jam 7 malam ini mendapati laman itu tertera: No item to show (tiada paparan kandungan) tetapi tiada alasan diberi. (Untuk lihat paparan halaman depan, klik ini) Semalam, portal ini mendapati Sheikh Hasina dilapor berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah. Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu, selain diberi hak mengundi. Berikutan itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan berkenaan. "Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini. "Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan," katanya. |
Mansuh Lesen Tahunan Media Cetak, NUJ Mahu Penerbit Diberi Peluang Bela Diri Posted: 17 Sep 2011 05:11 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) menyambut baik keputusan kerajaan untuk memansuhkan lesen tahunan bagi media cetak di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, V Anbagalan berkata, pihaknya berharap penerbit yang melanggar undang-undang akan diberi semua peluang untuk membela diri berdasarkan proses perundangan. "Pemansuhan itu adalah satu langkah besar dan bermakna berikutan wujudnya kepastian untuk pemegang lesen,"katanya. "Bagaimanapun, NUJ berharap penerbit yang melanggar undang-undang akan diberi semua peluang untuk membela diri berdasarkan proses perundangan," katanya dalam satu kenyataan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan khasnya sempena Hari Malaysia semalam mengumumkan satu kajian menyeluruh akan dilakukan terhadap akta berkenaan dan pemansuhan pembaharuan lesen secara tahunan yang akan diganti dengan pemberian lesen berterusan sehinggalah ia ditarik balik. Anbalagan berkata ketika ini, keputusan Menteri Dalam Negeri untuk tidak memperbaharui lesen berkenaan tidak boleh dicabar di mahkamah melalui semakan kehakiman. Sehubungan itu, beliau berkata NUJ meminta kerajaan memberikan satu jadual bila pindaan undang-undang itu akan dilakukan. |
Pelan Dan Visi Selangor 2011-2013 Dilancar Posted: 17 Sep 2011 05:07 AM PDT Ditulis oleh Afix Redzuan SHAH ALAM : Pelancaran Agenda Selangorku, Pelan dan Visi Untuk Tiga Tahun menunjukkan komitmen serius kerajaan negeri dalam memacu Selangor sebagai negeri idaman dan contoh di Malaysia. Sebelum ini, kerajaan negeri memperkenalkan dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang berjaya memberikan manfaat kepada rakyat sejak dibawah Pakatan Rakyat (Pakatan). Agenda pembangunan yang dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan pelan tindakan dan visi untuk tiga tahun 2011 hingga 2013. Rancangan ini mengutamakan lima fokus utama iaitu pilihanraya tempatan, perumahan, keselamatan, gaji minima dan infrastruktur. Untuk membela, golongan berpendapatan rendah, semua anak syarikat negeri akan melaksanakan gaji minima RM 1,500 sebulan yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2011. Perkara ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri terhadap warga kerja di negeri ini sekaligus memberikan isyarat jelas kepada kerajaan persekutuan supaya memperkenalkan skala gaji minima kebangsaan yang selama ini dituntut oleh pelbagai pihak. Sebelum ini, Pakatan menerusi Buku Jingga berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja di Malaysia dalam 100 hari pentadbiran di Putrajaya. Dengan kekangan pemilikan rumah yang dialami oleh rakyat, kerajaan negeri merancang pembinaan rumah mampu milik seluas 850 hingga 1,000 kaki persegi berharga RM 100,000. Projek ini mensasarkan golongan berpendapatan antara RM 2,500 hingga RM 5,000 sebulan. Pembangunan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina 11,000 unit setiap tahun di kawasan seperti Hulu Selangor, Gombak, Kota Kemuning, Hulu Selangor, Hulu Langat, Petaling Jaya dan Shah Alam dengan projek sulung telah bermula di Bangi. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM3 juta bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk aspek keselamatan penduduk setempat sebagai usaha membenteras jenayah yang semakin berleluasa. Pemasangan ini akan dimulakan di Subang Jaya. Bagi sudut pembangunan infrastruktur pula, setiap DUN mendapat peruntukkan RM1 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya, longkang dan sebagainya di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan. Sementara itu, bagi kampung-kampung baru diberikan peruntukkan RM5 juta untuk pembangunan dan RM4 juta untuk pembaikan jalan-jalan di kampung tradisi. Untuk fokus pilihan raya tempatan, kerajaan negeri bakal mengadakan pilihan raya tempatan pertama di Petaling Jaya pada 2011. Agenda ini berpaksikan dasar pembangunan yang mampan dan holistik serta mekanisme pemantauan yang telus. Setiap perkara dalam agenda ini mengutamakan kebajikan rakyat dan prinsip-prinsip pentadbiran beramanah demi memastikan masa depan yang cerah untuk semua. Segala idea dan cadangan ini dihasilkan melalui rundingan dan maklum balas yang melibatkan kerajaan negeri, ketua masyarakat dan pihak industri menerusi sesi dialog yang diadakan bersama 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Menteri Besar. Dalam pada itu, Abdul Khalid mengingatkan peluang pemerintahan sendiri yang dikecapi selepas kemerdekaan perlu diinsafi dan bukannya alpa sehingga mengakibatkan kelemahan urustadbir. "Kita telah banyak mendengar isu-isu seperti rasuah, salah guna kuasa, kezaliman, pengurusan cekap dan perlahan serta pelbagai lagi masalah sehingga menimbulkan pelbagai kegusaran. "Sempena sambutan kemerdekaan dan pembentukan hari Malaysia ini, marilah kita berikrar untuk memegang prinsip dan etika kerja yang cemerlang dan bertekad untuk memerangi segala kelemahan yang ada dengan kesungguhan," katanya. Sambutan Perayaan Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia peringkat Negeri Selangor dengan tema 'Selangorku Idamanku' berlangsung meriah di Dataran Merdeka Shah Alam. Hampir 5,000 pengunjung hadir bagi menyaksikan pelbagai persembahan yang bertemakan perayaan kemerdekaan dan hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun. Turut hadir, Isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut, barisan pimpinan kerajaan negeri, dan wakil anak syarikat kerajaan negeri serta kakitangan daripada pelbagai agensi kerajaan. |
Pengakuan PM Bangladesh Bukti Wujud Penyelewengan Dalam Pentadbiran Posted: 17 Sep 2011 05:06 AM PDT Najib Ditulis oleh Naeem Raffi PETALING JAYA : Pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi dipersoalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, perkara itu adalah sesuatu yang serius selain memperlihatkan tindakan pentadbiran perdana menteri menyalahgunakan kuasa sedia ada dengan sewenang-wenangnya memberi kerakyatan kepada warga asing demi kelangsungan politik sempit mereka. "Ini isu nasional, bagaimana mungkin dalam sebuah negara yang kononnya cekap dan canggih dengan kemudahannya boleh mengizinkan pemansuhan terang-terangan, saya mengikuti web site yang mendedahkan Perdana Menteri Bangladesh bahawa ramai rakyatnya diizinkan untuk mengundi di Malaysia, saya minta pengesahan lanjut kerana ia adalah pengesahan yang sah dari laman web kementerian Bangladesh" katanya pada satu sidang media di sini hari ini. Dalam laporan dibawa oleh Keadilan Daily semalam, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya yang bekerja di Malaysia mudah memperoleh status kewarganegaraan dan layak mengundi. "Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini. Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan," kata Fuziah yang juha Ahli Parlimen Kuantan memetik pengakuan Sheikh Hasina, yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd — laman rasmi hal ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu. Maklumat laman itu mendakwa Sheikh Hasina berkata pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah. Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu. Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam pilihan raya umum akan datang. Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu bahawa dakwaan warga asing diberikan kerakyatan adalah tidak benar dan perkara itu akan ditangani oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang bakal meneliti pembaharuan pilihan raya. Jawatankuasa itu akan dibentuk apabila Parlimen bersidang awal bulan depan. Kesal dengan situasi ini, Anwar menyifatkan apa yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai sesuatu yang aneh dengan memperjudikan negara apabila bertindak sembrono memberi hak kepada warga asing sebagai pengundi. "Di Malaysia ini masih ramai, susah payah kita berkempen, perlu adakan pendaftaran dicampur pula dengan karenah pentadbiran yang mempersulitkan urusan pendaftaran kita, tetapi dengan mudah mereka memberi hak kepada warga Bangladesh," tambahnya. |
MB Selangor : Pusat Perlu Nilai Semula Akta Rahsia Rasmi (OSA) Posted: 17 Sep 2011 05:04 AM PDT Ditulis oleh Afix Redzuan IJOK : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta kerajaan pusat untuk bersifat terbuka bagi membuat penilaian semula terhadap Akta Rahsia Rasmi (OSA) selepas Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai usaha pembaharuan politik di negara ini. Katanya, penilaian semula OSA adalah perlu memandangkan dengan cara ini, sistem pengurusan negeri dan negara dapat dilakukan dengan cara yang terbuka bagi mengelakkan penyelewengan dan salah guna kuasa. "Saya mencadangkan supaya kerajaan persekutuan juga melihat juga terhadap Akta OSA, Official Secret Act ataupun Akta Rahsia Rasmi yang membolehkan kita menjalankan pengurusan negeri dengan cara yang terbuka supaya tidak berlakunya penyelewengan kerana dengan cara itu kepimpinan negeri dan negara dapat dilakukan dengan cara yang terbaik," katanya ketika menyampaikan Skim Bantuan Pemberian Cermin Mata untuk Pelajar di Kampung Harmoni, Ijok. Beliau menambah, suara rakyat ternyata memberikan kesan yang besar kepada negara dalam mencorakkan halatuju seterusnya memandangkan ISA merupakan akta yang menghalang demokrasi di negara ini. "Barisan Nasional telah menerima hakikat bahawa ISA, satu undang-undang yang memeras rakyat, akan mula diubah atau dihapuskan kerana ianya telah memberikan kesan negatif dalam usaha demokrasi Turut hadir, Isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Adun Bukit Melawati, Muthiah Maniapillay dan wakil penduduk. Seramai 100 orang pelajar telah dipilih menerima cermin mata melalu Program Pemberian Cermin Mata kepada pelajar-pelajar miskin. Program ini merupakan kerjasama kerajaan negeri melalui stanco kesihatan dan kemiskinan dengan Hospital Mata Tun Hussein Onn (THONEH) hasil buah fikiran Menteri Besar semasa lawatan beliau ke hospital tersebut sebelum ini. Setiap Dun akan memperuntukan sejumlah RM10,000 daripada dana Adun untuk program ini yang meliputi seluruh 56 Dun negeri Selangor dengan Ijok dipilih sebagai lokasi pelancaran rasmi program. Skim ini dikhaskan kepada ibu bapa yang berpendapatan RM1,500 ke bawah sebulan. Bagi mekanisme perlaksanaan, THONEH akan menghantar pasukannya melakukan pemeriksaan di setiap sekolah yang telah ditetapkan dan dikenalpasti di setiap Dun. Selepas pemeriksaan, nama-nama pelajar yang dikenalpasti memerlukan pemakaian cermin mata akan diserahkan kepada pejabat adun untuk dinilai berdasarkan kelayakan murid mengikut pendapatan ibu bapa. Selepas mendapat kelulusan, pihak THONEH akan menyediakan cermin mata tersebut dan kemudiannya diserahkan kepada pejabat Dun untuk diberikan kepada pelajar atau ibu bapa mereka. |
Penggabungan MAS-Air Asia : Anwar Kesal Kebajikan Pekerja Diabai Posted: 17 Sep 2011 05:03 AM PDT Ditulis oleh Naeem Raffi PETALING JAYA : Keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menggabungan syarikat penerbangan terbesar negara, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia semata-mata untuk menghapuskan saingan antara dua entiti penerbangan itu tidak dapat diterima apabila ia didakwa telah mengabai kebajikan pekerja MAS. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penggabungan itu bukan sahaja mengabaikan kebajikan pekerjanya malah turut meletakan beban kerugian kepada pekerjanya. "Gambaran yang diberi selama ini bahawa kerugian disebabkan prestasi pekerja seperti yang disebut Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Seri Idris Jala. "Benar prestasi mesti diperbaiki tetapi meletakkan beban kerugian kepada pekerja, saya tidak setuju kerana ia tidak adil. Ini usaha memutar belit dan mengaburi mata rakyat. "Perkara ini mesti dijelaskan. Kebajikan dan pengorbanan pekerja jangan kita abaikan," katanya selepas bertemu wakil Kesatuan Pekerja MAS di ibu pejabat parti, hari ini. Anwar berkata demikian dalam satu sidang media selepas bertemu wakil kesatuan pekerja Malaysia Airline (MAS) di Ibu Pejabat PKR, Damansara, hari ini. Ogos lalu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, langkah menggabungan syarikat penerbangan terbesar negara, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia perlu dilihat daripada segi jangka masa panjang dan perkhidmatan yang dapat diselaraskan bagi menghadapi persaingan di peringkat dunia terutama pesaing dari negara Asia Barat. "Negara-negara tersebut yang juga pengeluar utama minyak memberikan saingan yang hebat kepada dunia kerana entiti penerbangan mereka mampu menawarkan harga tiket lebih murah berbanding entiti yang sama di seluruh dunia. Pada sidang media yang sama, Anwar juga mempersoalkan percanggahan kepentingan Tan Sri Tony Fernandes sebagai orang yang memiliki Air Asia dan MAS berikutan penggabungan itu. "Berdasarkan sejarah lalu, terdapat kes MAS yang dihadap ke mahkamah sehingga kerugian berbilion ringgit, proses penyelamatan (bail out), kemudian diulangi proses yang hampir sama." jelasnya. |
Mansuh ISA : Kerajaan Perlu Hormati Jiwa Dalaman Manusia Posted: 17 Sep 2011 05:02 AM PDT Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad SHAH ALAM : Akta-akta yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu lebih berperikemanusiaan serta menghormati jiwa dalaman manusia terutamanya isteri, anak-anak serta keluarga tahanan. Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Ali berkata walaupun Malaysia antara negara akhir yang memansuhkan akta tersebut, beliau percaya rakyat yang cintakan kebebasan menyambut baik pengumuman pemansuhan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Saya menyambut dengan baik, bahkan rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan pun menyambut dengan baik. Apapun saya harap akta-akta pengganti yang akan dibentangkan pada 3 Oktober yang akan datang, saya harap tidaklah mencengkam, tidak berperikemanusiaan sepertimana ISA, tidaklah menjadi undang-undang rimba," katanya. "Akta yang baru ini seharuslah akta yang lebih menghormati kemanusiaan, jiwa dalaman manusia (termasuk isteri, anak-anak kepada tahanan-tahanan ISA) maknanya semasa tahanan. Ini merupakan perkara yang digusarkan oleh mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung," kata beliau. Ujarnya, beliau yang turut yakin bahawa akta yang bakal diperkenalkan akan lebih bersifat perikemanusiaan, mengenali citarasa intipati manusia memandangkan banyak cadangan dan saranan yang dikemukakan. Sementara itu bagi Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali melihat pemansuhan akta ini sepatutnya telah lama dihapuskan kerana ia tidak lagi relevan untuk sebuah negara maju seperti Malaysia. "Dengan menghapuskan ISA itu adalah satu langkah yang bijak yang sepatutnya dilaksanakan dengan serta-merta dan juga mereka yang masih lagi ditahan di ISA itu dibebaskan dengan segera dan juga segala masalah-masalah yang telah dihadapi oleh isteri dan anak-anak mereka yang ditahan di bawah ISA itu perlu diberi ganjaran yang setimpalnya kerana mereka telah menghadapi masalah yang begitu besar." Kelmarin dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Katanya, dua undang-undang baru akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. |
Mansuh ISA : Anwar Ingatkan Rakyat Agar Lebih Waspada Posted: 17 Sep 2011 04:53 AM PDT Ditulis oleh Naeem Raffi SHAH ALAM : Biarpun pengumuman perdana menteri,Mohd Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dialu-alukan , namun hakikatnya rakyat perlu berwaspada dengan hasrat kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN)itu kerana ia dikhuatiri hanya akan berselindung disebalik pengenalan kepada dua undang-undang baru itu kelak, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Langkah Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan (ISA) kami alu-alukan, namun kita harus waspada kerana pembatalan itu berlapik, semua sedia maklum ia akan digantikan dengan dua undang-undang baru dan tidak tahu terperinci mengenainya," katanya. Malah, Anwar mendakwa langkah Najib mengumumkan pemansuhan akta zalim itu hanya sekadar untuk mengaburi mata rakyat yang selama ini mendambakan undang-undang tersebut dihapuskan, walhal pengenalan dua undang-undang baru hanya akan bersifat 'kelahiran semula ISA'. "Kalau ada undang-undang baru seperti yang dicadangkan semata-mata untuk mempertahankan prinsip yang sama atas 'nama saja yang berbeza' tetapi maksudnya tetap ISA' tiada beza dengan yang sebelum ini," tegasnya dalam satu sidang media selepas pertemuan dengan wakil Kesatuan Sekerja Malaysia Airline (MAS) di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, hari ini. Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Dua undang-undang baru akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini. Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. Mengulas lanjut perkara tersebut Anwar berkata, undang-undang kontroversial ini seharusnya telah lama dimansuhkan dan bukan hanya setelah sekian lama Umno-BN bebas menyalahgunakanya demi kelangsungan politik mereka dan hanya untuk menjaga kepentingan kelompok masing-masing sahaja. Malah, beliau turut mempersoalkan adakah keadaan sudah aman sekarang sehingga ISA boleh dimansuhkan dan apakah ia benar-benar mampu menyelamatkan Negara dan bangsa Melayu? Justeru, apakah bangsa Melayu di negara ini tidak selamat sebelum ini atau adakah langkah Najib itu hanya tindakan terdesak beliau untuk menarik sokongan rakyat bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. "Bulan lalu, mereka (Kerajaan) mengatakan bahawa ISA ini adalah undang-undang penting untuk menyelamatkan Negara dan bangsa Melayu, tapi apa yang berlaku sekarang? adakah orang Melayu tidak selamat tanpa ISA? soalnya. "Batalkan ISA untuk timbulkan suasana yang lebih lunak serta menghormati prinsip demokrasi, maka ia perlu ada ruang yang lebih terbuka," tambahnya. Anwar, 64, ditahan di bawah ISA selama tiga tahun mulai 1974 kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan Baling, Kedah. Beliau ditahan semula di bawah ISA pada September 1998 selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno sebelum dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa. |
KDN, Peguam Negara temu kemaskan undang-undang baru Posted: 17 Sep 2011 04:51 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata perbincangan itu membabitkan cadangan pemansuhan dan penggantian Rang Undang-undang Pencegahan dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Buang Negeri 1959. Kedua-dua pihak itu juga akan membincangkan mengenai cadangan mekanisme penambahbaikan membabitkan aktiviti perhimpunan di tempat awam berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967. Dalam satu kenyataan hari ini, Mahmood berkata, pertemuan itu turut akan membincangkan peranan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang diasaskan pada 11 Januari 1972 di atas penguatkuasaan Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Selain itu, kata Mahmood, Kementerian Dalam Negeri akan mengusulkan kepada Peguam Negara senarai semakan untuk penelitian membabitkan perincian peruntukan undang-undang di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan peranan Rela terus kekal relevan dan digubal semula sebagai Akta Parlimen dan diletakkan sebagai undang-undang di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Dipetik Bernama Online, Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri juga akan mendapatkan pandangan Peguam Negara berhubung kajian pindaan membabitkan cadangan menghapuskan prinsip pembaharuan lesen cetak tahunan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan digantikan dengan pengeluaran permit penerbitan dan lesen cetak sehingga dibatalkan. "Bagaimanapun, sehingga kajian itu selesai dan pengumuman mengenainya dibuat, segala prosedur permohonan dan kelulusan lesen dan permit akan kekal sebagaimana proses sedia ada," katanya. Beliau menjelaskan pertemuan dengan Peguam Negara dibuat susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa rang undang-undang baru baru perlu dibentangkan pada sidang Parlimen dalam tempoh terdekat selepas kajian menyeluruh dan pandangan semua pihak diambil kira. Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan khas Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2011 mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Buang Negeri 1959 serta mengkaji semula Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 yang mengambil kira Perkara 10 Perlembagaan. Mahmood berkata dalam perbincangan itu kelak, pihaknya akan membantu Peguam Negara memperhalusi segala gerak kerja yang berkaitan bagi memastikan cadangan lengkap dan komprehensif dapat dibentangkan untuk dipertimbangkan pada sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara. "Bagaimanapun, berhubung bila ia akan dibentangkan kepada Parlimen, keputusan itu adalah tertakluk kepada hasil perbincangan Kementerian Dalam Negeri dengan Peguam Negara dan keputusan kerajaan," katanya. Mengenai isu media supaya selari dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan dasar lebih telus dan terbuka, beliau berkata Kementerian Dalam Negeri akan meneruskan pelbagai langkah proaktif untuk menyokong pertumbuhan sihat aktiviti media di negara ini. Beliau berkata antaranya ialah inisiatif penubuhan satu jawatankuasa khas di kalangan pengamal media utama, yang diadakan kelmarin, yang berfungsi sebagai sebuah forum bertanggungjawab menentukan sendiri hala tuju amalan media di kalangan mereka. |
ISA: Anwar tidak mahu tuntut pampasan Posted: 17 Sep 2011 04:21 AM PDT PETALING JAYA — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua kali tidak akan menuntut pampasan daripada kerajaan susulan tindakan Putrajaya mahu memansuhkan undang-undang kontroversial itu. Bekas timbalan perdana menteri ini berkata, beliau tidak rasa sesal kerana ditahan tanpa perbicaraan di bawah undang-undang kontroversial itu, malah menganggap ia bukan satu soal peribadi. "Bagi saya ia bukan sesuatu yang peribadi," kata beliau (gambar) ketika ditanya sama ada akan menyertai gesaan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik pembangkang yang mahu kerajaan Barisan Nasional (BN) membayar pampasan kepada tahanan ISA, akta yang dikuatkuasakan sejak lebih lima dekad lalu. Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Dua undang-undang baru akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini. Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. Anwar, 64, ditahan di bawah ISA selama tiga tahun mulai 1974 kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan Baling, Kedah. Beliau ditahan semula di bawah ISA pada September 1998 selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno sebelum dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa. MENYUSUL LAGI |
Letupan bom Sg Golok bunuh tiga rakyat Malaysia Posted: 17 Sep 2011 04:20 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER SUNGAI GOLOK — Tiga rakyat Malaysian termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terbunuh dan sekurang-kurangnya 50 yang lain cedera dalam tiga letupan di bandar selatan Thailand malam tadi. Ketiga-tiga letupan itu dilaporkan berlaku di sepanjang Jalan Cheroen Ket, berhampiran sebuah hotel dan pusat kebudayaan. Letupan pertama terjadi pada pukul 7.30 malam (waktu Malaysia), demikian menurut laporan The Star Online hari ini. Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok Rusdi Che Omar dipetik berkata, mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Foong Foo Keah, 45, dari Kuantan, Pahang; Wong Hong Yep, 63, dan cucunya Wong Kai Sien, kedua-duanya dari Jalan Hamzah, Kota Baru. Seorang rakyat Thailand, yang hanya dikenal pasti sebagai sukarelawan juga terbunuh dalam kejadian itu. Menurut laporan itu, Wong dan cucunya tiba di Sungai Golok bersama rakannya kelmarin untuk membeli-belah. Dalam pada itu, laporan New Straits Times Online pula menyebut, bom meletup berhampiran dua hotel iaitu Parkson Hotel dan Merlin Hotel, yang masing-masing terletak dalam jarak 50 meter. Kedua-dua hotel itu popular di kalangan rakyat Malaysia, katanya. Ketua Polis Sungai Golok Kol Chakapon Phancon berkata, "situasi sangat kritikal. Kami percaya sejumlah ramai rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian ini." Katanya, pihak polis percaya letupan adalah kerja kumpulan pemisah. Kejadian semalam adalah yang pertama di wilayah selatan Thailand yang berhadapan dengan konflik menuntut kemerdekaan. Sungai Golok terletak kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand. Ketiga-tiga letupan terjadi antara pukul 7.40 dan 8.20 malam, kata laporan laman web Teak Door. Kejadian pertama dilaporkan di kawasan bertentangan dengan Teochew Association di Jalan Charoen Khet. Letupan kedua dilaporkan berlaku 15 minit kemudian dan ketiga sekitar 8.20 malam. Sejak 2004 hingga bulan lalu lebih 11,000 kes keganasan dilaporkan dengan lebih 4,800 kematian kebanyakannya Muslim. |
202 kawasan Parlimen sudah ada kompeni askar Wataniah Posted: 17 Sep 2011 04:17 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER JITRA— Sebanyak 202 kawasan Parlimen di seluruh negara telah menubuhkan Kompeni Askar Wataniah manakala baki 20 kawasan Palimen lagi akan dilancarkan sebelum akhir tahun ini. Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata 20 kawasan Parlimen berkenaan terletak di Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. "Kita akan lancarkan bakinya secara berperingkat sejajar dengan keperluan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya dipetik Bernama Online. Katanya pasukan askar wataniah kini mempunyai kekuatan 56,036 anggota termasuk 2,425 orang di Kedah. Ahmad Hasbullah berkata Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah telah ditubuhkan di semua negeri dengan tujuan membantu Rejimen Askar Wataniah setempat dalam pembangunan askar wataniah. Jawatankuasa itu mampu bantu askar wataniah dalam membangunkan modal insan pemuda-pemudi anak watan untuk menyertai askar wataniah di samping memupuk semangat cintakan negara, kata beliau. "Ia ditubuhkan selaras dengan konsep menganakangkatkan Angkatan Sukarela oleh kerajaan negeri di mana jawatankuasa ini akan merancang segala bentuk bantuan untuk membangunkan pasukan askar wataniah di negeri masing-masing," katanya. |
Najib: ‘Mansuh ISA usaha BN, orang lain usah ambil kredit’ Posted: 17 Sep 2011 04:13 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Justeru Perdana Menteri mengingatkan jangan ada pihak atau individu yang mahu mendapat nama bahawa pengumuman beliau untuk memansuhkan ISA itu adalah hasil perjuangan mereka. "Jadi jangan hendaknya ada orang yang nak dapat nama kononnya pengumuman saya dua malam lalu adalah kerana hasil perjuangan mereka," kata Pengerusi BN ini. Beliau berucap pada majlis ramah mesra pemimpin-pemimpin BN Sirih Pulang ke Gagang di Shah Alam hari ini. "Ini bukan hasil perjuangan mereka tetapi adalah keputusan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional kerana ia adalah kerajaan yang mendengar isi hati rakyat yang inginkan perubahan sedemikian rupa," kata Najib lagi. Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Dua undang-undang baru akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini. Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. Najib yang juga Presiden Umno berkata keputusan yang dibuat itu adalah selaras dengan hasratnya untuk mengkaji ISA ketika mengambil alih jawatan Perdana Menteri dua tahun lepas. Kata beliau, perubahan itu akan meletakkan Malaysia di landasan yang lebih kukuh kerana ia akan membentuk sebuah demokrasi yang lebih progresif dan lebih terbuka di samping itu dapat memelihara keharmonian dan ketenteraman awam. "Kita inginkan keseimbangan di antara keterbukaan dan hak asasi individu di samping menjaga ketenteraman awam dan kepentingan rakyat jelata," katanya dipetik Bernama. Sehubungan itu kata Najib, kerajaan BN akan membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih maju, moden, terbuka dan progresif yang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan secara inklusif. "Kita juga akan membentuk sebuah negara yang menjaga kepentingan umum dan juga kepentingan hak asasi individu kerana masyarakat kita sudah lebih tinggi taraf pendidikannya dan mereka menuntut kepada pembaharuan yang boleh menjamin masa depan mereka dan hak asasi manusia," katanya. |
Azmin Ali: Terus mara memastikan perubahan terlaksana Posted: 17 Sep 2011 04:11 AM PDT Saya mengucapkan tahniah kepada semua pejuang kebebasan dan hak asasi manusia kerana kerajaan UMNO-BN akhirnya terpaksa akur dengan kebenaran dan keadilan yang mereka perjuangkan selama berdekad-dekad. Ribuan pejuang ini dipenjara, difitnah dan menderita pelbagai kezaliman demi untuk hak dan kebebasan rakyat yang dinodai oleh UMNO-BN sejak merdeka lagi. |
Najib: Sokong BN, bukan calon sahaja Posted: 17 Sep 2011 04:09 AM PDT "Berikan sokongan sepenuhnya kepada BN, jangan merajuk, jangan sabotaj, tapi berikan sokongan habis-habisan," kata Pengerusi BN. SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan penuh kepada parti itu dan bukannya calon yang bertanding jika mahu merampas kembali Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata semua anggota BN perlu menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan dan memilih calon yang sesuai serta mampu memberikan kemenangan kepada parti itu di Selangor. "Berikan sokongan sepenuhnya kepada BN, jangan merajuk, jangan sabotaj, tapi berikan sokongan habis-habisan. "Kita sudah lalui sejarah pahit sejak tiga tahun lepas, jangan biarkan sejarah berulang kembali. Jika ditakdirkan kita tidak menang pada PRU akan datang, maka malang bagi BN di Selangor," katanya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di sini hari ini. Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor berkata selepas tamparan pada 2008 ekoran kekalahan BN di Selangor, semua pihak sepatutnya tidak memikirkan soal jawatan dalam parti sebaliknya memberikan fokus dan insaf untuk merampas kembali Selangor. Beliau berkata semua pihak perlu sedar dengan kesilapan lepas dan sama-sama memperbaiki diri dan mempersiapkan parti untuk memenangi hati semua pihak dan bekerja bersungguh-sungguh bagi memberikan semula keyakinan rakyat kepada BN. "Jangan laung kita rampas, tapi kena laungkan juga kita insaf dengan pengalaman pahit. Sampai masa jika kita tidak jadi wakil rakyat, kita kena bersedia dan sanggup berundur serta terus memberikan sokongan kepada parti," katanya. Kata-kata Najib itu disambut dengan teriakan sokongan dari kira-kira 3,000 perwakilan yang dijemput serta mengundang aksi spontan pimpinan tertinggi BN di Selangor yang berada di atas pentas utama untuk sama-sama berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju. Beliau turut mengulangi pertanyaan itu kepada semua hadirin yang turut berdiri dan menyatakan persetujuan. "Saya tanya bukan apa, kadang-kadang bila kita kalah ini, semak punya semak yang khianati kita, ahli kita sendiri," katanya dalam nada seloroh sambil meminta semua ahli BN setia kepada parti. Perdana Menteri berkata pemimpin BN di Selangor perlu menjaga hati dan pastikan semua anggota parti sentiasa dekat dengan BN termasuklah generasi baru iaitu golongan muda yang mahu melihat BN sebagai sebuah parti yang 'cool'. "Imej kena jaga pendekatan kita juga kena 'cool', macam orang muda hari ini mereka lebih gemar dengan panggilan 'bro', jadi kita kena fahami mereka terutamanya kebanyakan mereka merupakan pengundi kali pertama," katanya. Najib berkata bacaan politik di Selangor juga perlu tepat sekiranya mahu menilai dan memastikan kemenangan BN di negeri itu terutamanya dalam hal membabitkan laporan penilaian yang dihantar kepada pihaknya. "Bacaan politik kena tepat, jangan tipu diri sendiri, jangan tipu pemimpin di atas, kalau buat program bukan 'output' yang penting tapi 'outcome'," katanya. Beliau berkata BN perlu jujur dan ikhlas dalam tindakan dan langkah yang diambil dalam perjuangan untuk merampas semula Selangor termasuk mempunyai akujanji tiada sengketa dalam BN sendiri serta parti-parti komponen. "Jika semangat yang ada dalam dewan hari ini mampu dibawa keluar dan disampaikan kepada ahli-ahli BN di luar sana, saya yakin kita mampu merampas semula Selangor," katanya. Bernama |
Akta baru: KDN, AG turut bincang peranan RELA Posted: 17 Sep 2011 04:08 AM PDT MALAYSIA KINI Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan pertemuan dengan pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat bagi memperkemaskan semua aspek mengenai pindaan dan cadangan Rang Undang-Undang Baru (RUU) membabitkan lima akta. Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam berkata perbincangan itu membabitkan cadangan pemansuhan dan penggantian RUU Pencegahan di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan serta RUU Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) selain cadangan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959. Mereka juga akan akan membincangkan mengenai cadangan mekanisme penambahbaikan membabitkan aktiviti perhimpunan di tempat awam berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Katanya pertemuan itu turut akan membincangkan peranan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang diasaskan pada 11 Januari 1972 di atas penguatkuasaan Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Selain itu, katanya KDN akan mengusulkan kepada Peguam Negara senarai semakan untuk penelitian membabitkan perincian peruntukan undang-undang di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan peranan Rela terus kekal relevan dan digubal semula sebagai Akta Parlimen dan diletakkan sebagai undang-undang di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Mahmood berkata KDN juga akan mendapatkan pandangan Peguam Negara berhubung kajian pindaan membabitkan cadangan menghapuskan prinsip pembaharuan lesen cetak tahunan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan digantikan dengan pengeluaran permit penerbitan dan lesen cetak sehingga dibatalkan. "Bagaimanapun, sehingga kajian itu selesai dan pengumuman mengenainya dibuat, segala prosedur permohonan dan kelulusan lesen dan permit akan kekal sebagaimana proses sedia ada," katanya. Beliau menjelaskan pertemuan dengan Peguam Negara dibuat susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam bahawa RUU baru perlu dibentangkan pada sidang Parlimen dalam tempoh terdekat selepas kajian menyeluruh dan pandangan semua pihak diambil kira. Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan khas Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2011 mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959 serta mengkaji semula Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 yang mengambil kira Perkara 10 Perlembagaan. Mahmood berkata dalam perbincangan itu kelak, pihaknya akan membantu Peguam Negara memperhalusi segala gerak kerja yang berkaitan bagi memastikan cadangan lengkap dan komprehensif dapat dibentangkan untuk dipertimbangkan pada sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara. "Bagaimanapun, berhubung bila ia akan dibentangkan kepada Parlimen, keputusan itu adalah tertakluk kepada hasil perbincangan KDN dengan Peguam Negara dan keputusan kerajaan," katanya. Mengenai isu media supaya selari dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan dasar lebih telus dan terbuka, beliau berkata KDN akan meneruskan pelbagai langkah proaktif untuk menyokong pertumbuhan sihat aktiviti media di negara ini. Beliau berkata antaranya ialah inisiatif penubuhan satu jawatankuasa khas di kalangan pengamal media utama, yang diadakan pada Khamis lepas, yang berfungsi sebagai sebuah forum bertanggungjawab menentukan sendiri hala tuju amalan media di kalangan mereka. Dalam perkembangan lain, Mahmood berkata pelbagai langkah yang telah dan sedang diambil KDN dalam menangani ancaman keselamatan negara akan terus diperkasakan selari dengan transformasi politik yang dilaksanakan kerajaan. Ini termasuk meneruskan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya 6P yang bermula 1 Ogos 2011 dan dijangka selesai menjelang awal 2012. Selain itu, katanya KDN akan mengambil langkah-langkah berterusan membabitkan pelbagai komitmen dan persetujuan bagi tindakan susulan yang telah dicapai dalam beberapa perjanjian kerjasama dengan rakan-rakan strategik antarabangsa dalam usaha menangani jenayah rentas sempadan termasuk dengan Arab Saudi, Australia, United Kingdom dan China, yang akan diadakan hujung tahun ini. Mahmood berkata antara usaha penting KDN dalam menangani ancaman keselamatan itu juga ialah komitmen penubuhan Akademi Jenayah Rentas Sempadan Malaysia yang kelak akan berfungsi sebagai pusat aktiviti kerjasama serantau dan antarabangsa membabitkan isu-isu jenayah yang berkaitan.- Bernama |
Namewee bimbang 'Nasi Lemak 2.0' diharam Posted: 17 Sep 2011 04:06 AM PDT MALAYSIA KINI Pembikin filem kontroversi, Namewee bimbang filemnya 'Nasi Lemak 2.0' mungkin diharamkan ekoran berlakunya demonstrasi membantah filem tersebut di Perak baru-baru ini.Dalam satu kenyataan hari ini, Namewee berkata dia kesal dengan protes tersebut, dan berharap pihak berkuasa tidak mengendahkan desakan supaya filemnya diharamkan."Film ini mendapat kelulusan sebelum penggambaraannya, dan satu lagi kelulusan sebelum tayangan, saya berharap pihak berkuasa menghormati keputusan mereka sendiri, serta usaha kerja saya," katanya. Dalam Facebooknya. Namewee (kiri) berkata dia akan sangat kecewa jika filem itu benar-benar diharamkan dan menggesa penonton untuk menontonnya secepat mungkin sebelum ianya berlaku. Filem tersebut, yang kini sedang ditayangkan di pawagam utama di seluruh negara, dilaporkan dikecam pihak-pihaknya yang mendakwa ia mempunyai pengaruh buruk kepada anak-anak muda. Ketika mengadakan protes di luar sebuah panggung wayang di Ipoh, satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Perak, menuntut kerajaan mempertimbangkan mengharamkan filem tersebut. Presidennya, Faizal Afendi Hashim berkata protes tersebut akan berterusan sehinggalah filem itu diharamkan. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan filem ini boleh lmembuat aduan. |
Hasan Ali nafi spekulasi masuk Umno Posted: 17 Sep 2011 04:05 AM PDT Abdul Rahim Sabri "Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS," kata ahli exco kerajaan negeri Selangor itu. Hasan Ali nafi spekulasi masuk Umno Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau akan keluar PAS dan menyertai Umno. Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi". "Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS. "Kedua, bukan sahaja kerana kepimpinan Ulama, (tapi PAS) nak menegakkan negara Islam yang berpaksikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini. Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas, menafikan akan menyertai Umno. Katanya lagi, sehingga semalam beliau mendapat tidak kurang 15 panggilkan telefon dan 25 SMS bertanyakan berhubung perkara tersebut. Hasan turut menafikan dakwaan bahawa berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbuat demikian. "Tidak ada perjumpaan. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa. "Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan lain, Hassan putu mayung ka...(Tapi) bukan Hasan Ali," katanya berseloroh. Hasan yang juga ADUN Gombak Setia menolak dakwaan dalam media dan blog bahawa sebelum ini pernah menganggotai atau berkecimpung dengan Umno. "Saya tidak pernah sebarang masa, sebarang ketika berkecimpung dalam Umno dan tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno. "Semoga penjelasan ini, dapat diberitahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya, saya rasa dapat meredakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian. "Saya tidak berkata spekulasi ini berniat jahat, saya tidak kata spekulasi ini mahu menimbulkan ketegangan mana-mana pihak, tetapi saya rasa, redakanlah. "Kalau kamu tidak dapat daripada 'horse mouth' (dari mulut saya tentang perkara itu), janganlah mereka mewakili kuda-kuda itu untuk bercakap," katanya. Ditanya mengapa desas-desus untuk menyertai Umno selalu dikaitkan dengannya, Hasan berkata macam-macam orang boleh mendakwa sedemikian terhadapnya. "Saya public figure, macam-macam orang dakwa...Ia kena keluar dari mulut saya. Selagi tidak keluar dari mulut saya, kenapa perlu diwakil-wakilkan," katanya. |
Muhyiddn puji PM ambil tindakan berani Posted: 17 Sep 2011 04:00 AM PDT MALAYSIA KINI Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak-pihak tertentu dan orang ramai supaya tidak berprasangka buruk terhadap keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Timbalan Perdana Menteri berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan perkara itu sebenarnya mengejutkan banyak pihak terutama pembangkang yang tidak percaya kerajaan akan berbuat demikian. Muhyiddin, yang menyifatkan pengumuman perdana menteri itu sebagai satu tindakan berani, berkata keputusan itu bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya dilakukan selepas kajian dan penelitian yang mendalam. "Ini membuktikan keberanian pimpinan Perdana Menteri. Ia bukan kerana desakan mana-mana pihak walaupun ia telah dibangkitkan sekian lama. Ia harus disambut baik oleh rakyat tidak kira kaum dan keturunan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat Merdeka Raya di Dewan Gerakan Masyarakat Perda, Sungai Acheh di Nibong Tebal hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan beberapa pemimpin parti pembangkang yang walaupun menerima baik cadangan itu tetapi secara sinis tidak percaya perkara itu akan dilaksanakan. Dua hari lepas perdana menteri dalam perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Muhyiddin berkata pengumuman itu bukanlah 'gula-gula' untuk rakyat memandangkan keputusan itu dibuat kerana Perdana Menteri prihatin dengan situasi dalam negara, harapan rakyat dan perkembangan semasa. "Ini bukan main-main... kenyataan terbuka (oleh Perdana Menteri) bukan hanya kepada rakyat Malaysia tetapi di seluruh dunia. Itu (pihak yang mendakwa) hendak memperkecilkan keputusan kerajaan. Ia adalah untuk kepentingan negara dan rakyat, bukan untuk kepentingan kerajaan atau parti memerintah. Apa saja keputusan kerajaan untuk kepentingan rakyat. "Ini adalah janji Perdana Menteri waktu mula-mula memegang jawatan itu. Satu janjinya untuk membuat transformasi kepada negara. Kita sudah buat transformasi ekonomi, transformasi kerajaan dan kini melengkapkan transformasi politik yang berhubung kait dengan situasi politik, keselamatan negara, hak asasi manusia dan kebebasan bersuara. Ini bermakna kita sudah berganjak ke satu tahap matang," katanya. Timbalan perdana menteri berkata yang pasti soal-soal penting berkaitan tanggungjawab kerajaan untuk memelihara keamanan, perpaduan dan keselamatan daripada ancaman-ancaman yang mungkin dihadapi pada masa akan datang, ada undang-undang sedia ada ataupun undang-undang baru yang perlu diperkenalkan. Langkah ini, katanya, untuk memastikan keselamatan rakyat terjamin tanpa menggugat hak mereka sendiri dalam konteks perlembagaan negara. Beliau berkata dua undang-undang baru yang akan diperkenalkan itu dijangka diputuskan di Parlimen sebelum akhir tahun ini. Muhyiddin berkata kerajaan akan memberi penjelasan terperinci berkaitan pemansuhan ISA dan langkah yang akan dilaksanakan berkenaan undang-undang baru yang akan diperkenalkan. "Rakyat mungkin tidak memahami atau ada pihak lain salah tafsir atau ada pihak-pihak tertentu yang mempolitikkannya. Jadi janganlah buruk sangka tentang apa yang dilakukan. "Perdana menteri dan kami dalam Kabinet menyedari perkara-perkara yang menjadi perhatian dan keutamaan rakyat. Kerana itu tindakan ini (pemansuhan) tidak dijangka. Dari sudut kerajaan ia bukan dilakukan secara terburu-buru kerana ia dibuat secara diteliti dan secara halus sejak beberapa tahun lepas," katanya. Beliau berkata apa yang penting pihak yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang seperti polis dan Jabatan Peguam Negara perlu diperkukuhkan kemampuan supaya apa saja bahan bukti yang dibawa dapat diambil keputusan dengan jelas. Timbalan perdana menteri berkata terdapat juga pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk memansuhkan perkara-perkara yang merupakan kuasa eksekutif kerajaan untuk membataskan kuasa itu kepada mahkamah terutama dalam soal yang berkaitan keganasan. Beliau berkata kerajaan pimpinan BN sentiasa meneliti bentuk undang-undang berganti terutama untuk kes-kes yang berkaitan soal keganasan dan jenayah terancang yang boleh memberi kesan kepada keselamatan rakyat dan tidak boleh dikompromi. "Undang-undang sebegitu ada banyak di negara-negara maju. Undang-undang sebegitu tidak dianggap mengekang hak asasi manusia... yang penting menjaga keselamatan dan keamanan negara. Kita tak kekang hak individu walaupun pandangannya tak sama dengan pimpinan kerajaan. "Untuk mencapai negara maju kita kena buat perubahan pada undang-undang sedia ada seperti yang melibatkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan hak asasi manusia," katanya.- Bernama |
Tauliah pada ahli politik, Hasan Ali bincang dengan MAIS Posted: 17 Sep 2011 03:59 AM PDT Abdul Rahim Sabri Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung pemberian tauliah kepada ahli politik. Katanya, ini kerana bukan semua ahli politik berceramah atau memberi kuliah di masjid atau surau "bersyarah tentang parti politik". "Saya tahu, Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus sudah berpuluh-puluh tahun berdakwah, tidak sedikitpun menyentuh mana-mana parti politik, atau mempolitikkan majlis yang dikhususkan kepada mereka," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini. Malah, katanya, ada sesetengah daripada mereka yang memberi ceramah mengenai tafsir al-Quran, mengenai tajwid atau akidah Islam yang mempunyai "akar umbinya" tersendiri. "Kadang-kadang mereka bersyarah dengan bertalaqqi, ertinya berguru dan berkitab, dengan guru yang ditetapkan, yang diadakan setiap minggu, setiap bulan. "Kalau kita potong ini atas dasar dia ahli politik, maka sudah tentulah akan menimbulkan kegusaran masyarakat. "Sebagaimana yang kita tahu, Islam semakin dipinggirkan. Dengan kita meniadakan orang-orang yang jujur, ikhlas bekerja dengan Allah SWT, kita rasa gersanglah Islam di Selangor ini," katanya. Sehubungan itu, beliau akan bertemu dengan Pengarah MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa untuk membincangkan cadangan beliau itu sebelum ia dimajukan kepada pihak Istana untuk mempertimbangkan. Beberapa hari lalu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Marzuki Hussein berkata pihaknya tidak akan dilanjutkan tempoh pemberian tauliah mengajar Islam di masjid atau surau kepada ahli politik. Bahkan sebelum itu, MAIS juga mengeluarkan arahan tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberi kuliah selaras dengan perkenan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu mana-mana ahli politik berceramah di masjid dan surau di negeri itu. Mengulas lanjut, Hasan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu. "Pada umumnya, saya menyokong tindakan untuk tidak mempolitikkan institusi masjid dan surau. "Mempolitikkan ertinya mempolitikkan parti... Itu saya tidak setuju kerana akan menimbulkan masalah. "Jika dibiarkan akan pecah belahkan masyarakat," katanya. Mengulas mengenai penyiasatan JAIS terhadap gereja Mothodist Damansara Utama (DUMC), Hasan berkata beliau diberitahu "kemungkinan" laporan siasatan penuh telah dihantar kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang baru pulang daripada Jerman. Katanya lagi, menteri besar akan meneliti laporan tersebut dan mungkin akan dibawa dalam mesyuarat exco sebelum dimajukan kepada Istana untuk pertimbangan. "Apapun, saya masih bertegas dalam hal-hal (mengenai) kristianisasi atau (penyebaran) dakyah Kristian terhadap orang Islam. "Saya akan berada di barisan hadapan untuk pertahankan kesucian Islam dan akidah umatnya," katanya. Sehingga kini larangan menutup mulut bagi mengulas pemeriksaan JAIS itu masih lagi berkuatkuasa dan beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut. |
Buat hubungan seks tak malu, tak pakai ‘spender’, pandai pulak malu Posted: 16 Sep 2011 11:00 PM PDT
WarkahDaily Kalau dah lima tahun hidup bergelumang dengan dosa zina, bukan itu aje, siap rakam lagi dosa zina yang dilakukan. Seolah-olah depa ni rasa bangga dengan perbuatan maksiat yang dilakukan. TAHAN...wanita dan pasangannya (kiri) disoal siasat sebaik ditahan, semalam. | foto Harian Metro Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini. Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu. Selepas tangkapan itu dibuat, wanita berkenaan merayu kepada pegawai pencegah maksiat sambil menangis supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar. Kerana melihat wanita berkenaan dalam keadaan mengghairahkan, pegawai bertugas membenarkannya masuk untuk mengenakan semula seluar dalam yang tertinggal dalam bilik teman lelakinya. Pandai pulak merayu nak pakai spender. Masa 'seronok' tak pulak ingat malu dan ingat dosa…tapi bila dah kena tangkap, reti pulak nak malu sebab tak pakai seluar dalam. Beginilah hidup muda-mudi sekarang. Ini yang berjaya ditangkap, bagaimana pula yang masih lagi bergelumang dengan maksiat itu? Alangkah dahsyatnya perlakuan muda-mudi negara kita sekarang ini. Mereka tidak lagi rasa gerun dan takut melakukan dosa. Seolah-olah apa yang dilakukan tiada apa-apa kesan untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Apa erti 'merdeka' selama 54 tahun negara ini yang saban hari dilaungkan anak bangsa kita. Konon bangga kini negara sudah maju dan setanding dengan negara maju yang lain. Tapi terfikirkah kita, ke mana arah tujuan anak bangsa kita selepas ini. Pelbagai gejala keruntuhan moral berlaku di sana-sini, buang anak seolah hidup zaman jahiliah, keruntuhan akhlak, gengsterisme, pembunuhan, rompakan, peras ugut, ragut dan sebagainya, bangga lagi kah kita dengan kemajuan yang sentiasa dijadikan umpan untuk raih sokongan oleh pihak tertentu? Kita bukan anti kepada kemajuan tetapi anti dengan kemajuan membuta-tuli, maju hanya pada fizikal tetapi mental dan rohani hancur lebur. |
Posted: 16 Sep 2011 11:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan