Sabtu, 17 September 2011

Biaqpila

Biaqpila


Penggabungan MAS-Air Asia : Anwar Kesal Kebajikan Pekerja Diabai

Posted: 17 Sep 2011 03:00 PM PDT


PETALING JAYA 17 SEPT : Keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menggabungan syarikat penerbangan terbesar negara, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia semata-mata untuk menghapuskan saingan antara dua entiti penerbangan itu tidak dapat diterima apabila ia didakwa telah mengabai kebajikan pekerja MAS.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penggabungan itu bukan sahaja mengabaikan kebajikan pekerjanya malah turut meletakan beban kerugian kepada pekerjanya.

"Gambaran yang diberi selama ini bahawa kerugian disebabkan prestasi pekerja seperti yang disebut Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Seri Idris Jala.

"Benar prestasi mesti diperbaiki tetapi meletakkan beban kerugian kepada pekerja, saya tidak setuju kerana ia tidak adil. Ini usaha memutar belit dan mengaburi mata rakyat.

"Perkara ini mesti dijelaskan. Kebajikan dan pengorbanan pekerja jangan kita abaikan," katanya selepas bertemu wakil Kesatuan Pekerja MAS di ibu pejabat parti, hari ini.

Anwar berkata demikian dalam satu sidang media selepas bertemu wakil kesatuan pekerja Malaysia Airline (MAS) di Ibu Pejabat PKR, Damansara, hari ini.

Ogos lalu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, langkah menggabungan syarikat penerbangan terbesar negara, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia perlu dilihat daripada segi jangka masa panjang dan perkhidmatan yang dapat diselaraskan bagi menghadapi persaingan di peringkat dunia terutama pesaing dari negara Asia Barat.

"Negara-negara tersebut yang juga pengeluar utama minyak memberikan saingan yang hebat kepada dunia kerana entiti penerbangan mereka mampu menawarkan harga tiket lebih murah berbanding entiti yang sama di seluruh dunia.

Pada sidang media yang sama, Anwar juga mempersoalkan percanggahan kepentingan Tan Sri Tony Fernandes sebagai orang yang memiliki Air Asia dan MAS berikutan penggabungan itu.

"Berdasarkan sejarah lalu, terdapat kes MAS yang dihadap ke mahkamah sehingga kerugian berbilion ringgit, proses penyelamatan (bail out), kemudian diulangi proses yang hampir sama." jelasnya.

tvs



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 17/9/11

Posted: 17 Sep 2011 07:55 AM PDT

TILAM...TILAM...TILAM LAMA TUKAR BARU

Posted: 17 Sep 2011 05:00 AM PDT


KAPAR: Dua rang undang-undang yang bakal digubal untuk mencegah perbuatan subversif dan keganasan yang akan dibentangkan di Parlimen pada 3 Oktober depan mempunyai persamaan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ini kerana kedua-dua undang-undang baru itu turut menumpukan terhadap usaha mencegah sebarang bentuk keganasan dan ancaman dari memasuki negara ini.


“Ramai ingat ISA ini dimansuhkan, tetapi sebenarnya dua akta baru yang bakal digubal ini juga berkaitan dengan keselamatan dan antikeganasan.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah membangkitkan mengenai perkara ini pada awal pemerintahan beliau dua tahun lalu dan ini adalah sebahagian daripada pelan transformasi politik yang ingin dilaksanakannya,” katanya.


Beliau berkata ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil di Dewan Ahmad Razali, di sini, semalam.


Hadir sama, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Abu Hassan Omar.

Kelmarin, Najib mengumumkan ISA dimansuhkan terus dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.


Perdana Menteri turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1956, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 bagi memenuhi kehendak semasa. Hishammuddin berkata, beliau turut kecewa kerana isu pemansuhan ISA sengaja diputar belit dan dipolitikkan oleh pembangkang.

Sementara itu Noh berkata, tujuan ISA dikekalkan sebelum ini semata-mata untuk mencegah keganasan dan menjaga ketenteraman negara.





KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Keputusan Piala AFF Bawah 19 (17/9/11)

Posted: 17 Sep 2011 04:03 AM PDT

Kondom wanita dari China kecil, tidak berkualiti: Hakim

Posted: 17 Sep 2011 01:23 AM PDT


Gambar Hiasan
JOHANNESBURG: Mahkamah Afrika Selatan melarang kerajaan membeli 11 juta kondom wanita dari China atas alasan ia terlalu kecil untuk kegunaan di negara berkenaan.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan Afrika Selatan memberikan kontrak pembekalan kondom wanita itu kepada syarikat Siqamba Medical.


Akhbar Beeld melaporkan, syarikat terbabit bercadang mendapatkan bekalan itu dari China.

Sebuah syarikat yang bersaing dengan Siqamba Medical, Sekunjalo Investments Corp, mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Pretoria selepas gagal dalam bidaan kontrak berkenaan.


Menurut Sekunjalo, kondom wanita yang mereka bekalkan 20 peratus lebih besar berbanding produk China itu.


Hakim Mahkamah Tinggi Pretoria juga memutuskan, kondom wanita dari China itu dibuat dengan bahan yang tidak sesuai, selain gagal mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - AFP

HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Rakyat Bangladesh Didaftar Pengundi?

Posted: 16 Sep 2011 06:37 PM PDT

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi."Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.
"Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan," katanya kepada media hari ini. Gambar atas: Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh
Beliau berkata demikiana apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd – laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.
Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.
Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.
Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

kl-today
posted from Bloggeroid

Chelsea mahu goyang United

Posted: 16 Sep 2011 05:12 PM PDT

LONDON - Chelsea berazam menyekat kecemerlangan awal Manchester United apabila kedua-dua pasukan gergasi Liga Perdana England itu bertemu buat kali pertama musim ini di Old Trafford esok.
Dendam ketika tewas dalam tiga perlawanan terakhir musim lalu iaitu Liga Juara-Juara Eropah dan liga domestik ternyata tidak pernah padam.
Biarpun menyedari mereka kali ini turun sebagai underdog dan bakal berdepan barisan garang United yang telah menjaringkan 18 gol dalam empat perlawanan setakat ini, skuad bimbingan Andre Villa-Boas itu punya alasan tersendiri untuk meningkatkan keyakinan mereka.
Menurut pemain pertahanan, Branislav Ivanovic, dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku di mana pengalaman mereka musim lalu menjadi bukti terbaik untuk menyekat United.
"Awal musim lalu, kami berjaya menjaringkan 17 gol dalam empat perlawanan pertama. Namun, kami merosot tiba-tiba selepas itu.
"Situasi sama dilalui United sekarang. Jadi kami mahu menjadi pasukan yang berjaya mematikan terus semangat pemain United.
"Kami punya idea sendiri untuk melakukannya dan akan menterjemahkannya di atas padang nanti. Sukar itu memanglah cuma kami perlu berikan tumpuan lebih seratus peratus untuk melakukannya," kata pemain dari Serbia itu.
Jika menang kata Ivanovic, Chelsea mampu melakukan lonjakan hebat di samping meninggalkan parut yang mendalam kepada United untuk menghadapi saingan seterusnya.
"Ini ujian besar pertama kami musim ini untuk melihat bagaimana kami boleh meningkat, memberikan yang terbaik dan mencatat keputusan yang diperlukan," tegasnya.
Cabaran barisan pertahanan Chelsea sudah pasti untuk menyekat Wayne Rooney yang sedang berada di puncak prestasi dalam mencipta jaringan.
Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson bercadang menyenaraikan semula penjaga gol, David de Gea dan pemain sayap lincah, Ashley Young dalam kesebelasan utamanya selepas direhatkan ketika seri 1-1 dengan Benfica dalam Liga Juara-Juara Eropah. - AFPBiaqpila...apa ada hal.


posted from Bloggeroid

Tiada ulasan: