Cukai telefon prabayar: AMK bimbang k’jaan guna cara lain kutip wang Posted: 12 Sep 2011 05:16 AM PDT Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR: Penangguhan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna telefon prabayar oleh syarikat telekomunikasi dibimbangi akan mendorong kerajaan menggunakan 'helah' lain untuk mendapatkan kembali hasil cukai yang terlepas. Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Lee Khai Loon berkata kantung negara yang kini semakin kering menyebabkan kerajaan akan menggunakan apa juga cara termasuk mencukai golongan yang hidupnya 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. "Sekarang ini kita tahu kerajaan tiada wang dan (pada masa sama) cadangan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna talian prabayar ditangguhkan. Kita tidak tahu manakah sumber lain yang akan dicari kerajaan. "Kita bimbang kerajaan akan guna cara lain pula untuk dapatkan juga hasil itu. Persoalannya, mengapa wujud cadangan untuk cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna prabayar? "Sedangkan kita tahu 78 peratus ke 83 peratus pelanggan syarikat telekomunikasi adalah pengguna talian prabayar.Tidakkah kutipan cukai dari syarikat telekomunikasi ini sudahmencukupi? kata Lee kepada kepada Keadilandaily.com Beliau memberikan reaksi demikian berhubung keputusan penangguhan cukai tersebut oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, petang ini. Keputusan dibuat selepas mesyuarat dengan wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile). Cukai perkhidmatan ke atas pengguna prabayar bukan baru, namun syarikat telekomunikasi telah menyerap kos itu sejak perkhidmatan mereka diperkenalkan pada 1998. Namun Lee menambah, tidak adil kepada pengguna untuk dikenakan cukai tambahan, sedangkan keuntungan syarikat telekomunikasi berbilion ringgit setiap tahun. "Tindakan ini boleh dianggap percubaan untuk memperkenal cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terutamanya dari sektor komunikasi. Namun cukai ini berlaku kepada perkhidmatan Astro, iaitu lima peratus. "Bajet 2011 yang dibentang tahun lalu juga dilihat sebagai percubaan untuk mewartakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Ia sudah pun dibacakan sebanyak dua kali. Jika bacaan kali ketiga dibuat, bermakna GST akan mula dilaksanakan. "Maka, perkembangan-perkembangan terbaru ini sebenarnya adalah pengajaran kepada rakyat Malaysia – iaitu bagaimana Barisan Nasional mentadbir dan mebguruskan ekonomi negara. Kita kena lebih berhati-hati. "Tabiat lepas tangan dan menyerahkan beban kepada rakyat terutamanya golongan pertengahan dan bawahan sangat dikesali. Walhal, syarikat-syarikat telekomunikasi dan penyiaran ini pun sebenarnya dilantik oleh pentadbiran Barisan Nasional sendiri," kata Lee. |
Ummi Hafilda tarik balik saman rakannya RM100 juta Posted: 12 Sep 2011 05:14 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali Isnn menarik balik saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap bekas rakan perniagaannya dan pengendali laman berita Malaysiakini. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham membatalkan writ saman itu selepas membenarkan permohonan peguam Zulhelmi Wagiman, yang mewakili Ummi Hafilda, untuk menarik balik saman itu dengan kebebasan untuk memfailkan semula. Singham bagaimanapun memberi amaran kepada Ummi Hafilda sekiranya beliau ingin memfailkan semula saman itu buat kali ketiga, itu adalah peluang yang terakhir untuknya berbuat demikian. Ini adalah saman yang kedua difailkan Ummi Hafilda terhadap Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Mkini Dotcom Sdn Bhd selepas saman pertamanya dibatalkan pada 13 April lepas oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapannya. Hakim Singham berkata mahkamah tidak menggalakkan dan tidak akan melayan pihak yang menyalahgunakan mahkamah dan menasihati pihak yang ingin memfailkan sebarang tindakan supaya ia dibuat dengan teratur. Zulhelmi menarik balik tindakan saman itu selepas pihaknya mendapati writ saman itu tidak teratur di mana nama Nor Azman yang dinyatakan dalam saman itu berbeza dengan namanya di dalam kad pengenalan dan saman itu juga tidak dihantar di alamat terakhir Nor Azman di Kapit, Sarawak tetapi dihantar ke alamat ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Petaling Jaya. Beliau berkata pihaknya dengan sukarela menarik balik saman itu tetapi tidak bersetuju sekiranya pihaknya membayar kos kepada Nor Azman. Perkara mengenai nama yang berbeza dan alamat terakhir itu telah dibangkitkan oleh peguam Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang mewakili Nor Azman dan memohon sekiranya saman itu ditarik balik, pihak plaintif (Ummi Hafilda) membayar kos sebanyak RM5,000 kepada anak guamnya sebagai kos pengangkutan dan kos guaman. Singham membenarkan kos RM5,000 yang dipohon oleh Mohd Yusmadi itu dilaksanakan selepas beliau membuat keputusan di akhir kes saman kali yang ketiga, sekiranya plaintif memfailkan semula saman itu. Terdahulu, Mohd Yusmadi memohon supaya mahkamah menangguhkan kes itu kepada tarikh lain bagi membolehkan pihaknya mendapat laporan daripada Jabatan Insolvensi mengenai anak guamnya yang dilaporkan muflis. Mohd Yusmadi juga memberitahu beliau menerima laporan daripada Jabatan Insolvensi mengenai Ummi Hafilda yang diisytiharkan muflis pada 1999. Zulhelmi mengakui laporan itu tetapi pihaknya telah merujuk kepada jabatan itu sebelum memfailkan saman dan jabatan itu membenarkan Ummi Hafilda membuat tindakan berkenaan. Hari ini, mahkamah juga menetapkan untuk mendengar perbicaraan penuh kes berkenaan dan semua saksi bersedia di mahkamah namun mahkamah mempersoalkan mengapa Ummi Hafilda sebagai plaintif tidak hadir pada prosiding pagi itu. Zulhelmi mengakui kesilapannya kerana beliau beranggapan bahawa hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan sahaja dan bukannya untuk perbicaraan penuh saman itu. Ketika prosiding bersambung semula setengah jam kemudian, Ummi Hafilda hadir ke mahkamah. Dalam saman yang difailkan pada 25 April lepas, Ummi Hafilda mendakwa Nor Azman dalam satu temu ramah di lobi Parlimen, telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi. Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Nor Azman itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu. |
Isu dijajah: Siapa pemerintah sebenar sebelum 1957, PAS tanya Dr M Posted: 12 Sep 2011 05:13 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR ─ "Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957? Sultan atau British," demikian salah satu persoalan dikemukakan oleh pemimpin Pemuda PAS hari ini. Pagi tadi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi penjelasan kepada pandangan kontervesi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) melalui jurucakapnya Prof Dr Zainal Kling di mana menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa secara teknikalnya memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah kerana Sultan telah memutuskan untuk menjemput British manasihat baginda berkenaan pentadbiran negara ini. Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaizat juga bertanya kepada siapa rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh. Malah soal beliau, apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada pahlawan Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu beragama Islam semasa kumpulan tersebut menyerang kepentingan pemerintah di Kota Baharu pada 1915. "Apakah status yang boleh kita berikan kepada pegawai-pegawai Melayu beragama Islam yang bermati-matian mempertahankan pemerintah pada masa tersebut? "(Dan), apakah ada propaganda pemerintah pada sebelum 31 Ogos 1957 yang menyatakan bahawa sesiapa yang berlawan dengan pemerintah bererti menderhaka kepada baginda Sultan?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Suhaizan menambah, apakah salah "kita menganggap Umno sebagai anak emas perintah setelah tidak diharamkan oleh pemerintah pada masa darurat 1948 sedangkan semua pertubuhan lain diharamkan?" Oleh itu kata beliau, Pemuda PAS Johor mewakili anak-anak muda Malaysia mahu penjelasan daripada Dr Mahathir dan para sarjana sejarah mengenai persoalan-persoalan-persoalan itu. Suhaizan berkata, bagimanapun hakikatnya British bukan menasihat baginda tetapi British telah mengarahkan baginda mengikut telunjuk mereka. "Bermakna British lebih berkuasa daripada baginda Sultan pada waktu tersebut," katanya. |
Fakta sejarah: PAS bidas ‘bomoh Umno’ kelirukan rakyat, ahli sendiri Posted: 12 Sep 2011 05:12 AM PDT Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR – Sambil membidas "bomoh Umno" nampaknya menentukan bahaya atau tidak seseorang, PAS berkata, rakyat dan ahli Umno sendiri bertambah keliru dengan percaturan politik pemimpin parti teras Barisan Nasional (BN) itu. "Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini. Kata beliau, apabila terbongkarnya fakta bahawa parti Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (PKM) dengan menandatangani perjanjian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa "komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu." "Jika kita mengikut logik Perdana Menteri, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara. "Sekiranya rakyat mengikut logik Perdana Menteri yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Tuan Ibrahim juga membidas kepimpinan Umno-BN dengan berkata, mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia. "Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bila mana dalam ambang perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin (Parti Sosialis Malaysia) PSM dalam Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis. "Bukankah ini melanggar logik Najib sendiri?" kata Tuan Ibrahim. Justeru soal beliau, sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat? "Seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain asalkan bukan Umno, maka komunis itu komunis jahat. "Maka, sesiapa yang nak mengadakan MoU dengan mana- mana kumpulan parti yang dianggap komunis, kena tanya Umno dahulu kerana hanya Umno dapat membezakan mana komunis baik, mana komunis yang bahaya," katanya lagi. Beliau seterusnya berhujah, "kalau nak tahu sesuatu negara itu dijajah atau tidak kena tanya pula Majlis Profesor Negara (MPN) atau mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. "Rasanya MPN dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja. Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian Sejarah patut diberi markah kosong," tambah beliau. Pesuruhjaya PAS Pahang ini juga berkata bila mana MPN membuat kesimpulan bahawa negara tidak pernah dijajah, ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu. "Cuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu. Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak. "Kalau Melayu itu kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno, kalau Melayu tu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi – segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram," kata beliau. |
Najib wajar tangguh panggil PRU, kata Mahathir Posted: 12 Sep 2011 05:10 AM PDT Oleh Shazwan Mustafa Kamal
PUTRAJAYA — Tun Dr Mahathir Mohamed menasihatkan Datuk Seri Najib Razak agar melewatkan pilihan raya umum ke-13 dan merasakan bahawa Perdana Menteri sewajarnya menggunakan masa yang ada untuk meneliti calon-calon terbaik yang akan mewakili Barisan Nasional (BN). Dr Mahathir menjawab soalan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan ketika temu bual RTM di sini. Bekas perdana menteri ditanya mengenai komen-komen mendakwa ketua-ketua bahagian parti komponen BN sedang bertelingkah satu sama lain untuk menjadi calon pilihan raya. The Malaysian Insider ada membawa laporan sebelum ini bahawa kepimpinan Umno berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan sokongan ketua-ketua bahagian di sesetengah negeri khususnya berkaitan dengan soal calon. "Saya merasakan bahawa jika ia diadakan lewat sedikit, OK. Perlu ada masa bagi Najib untuk membuat penilaian siapa yang harus dipilih sebagai calon," kata Dr Mahathir (gambar) dalam temu bual yang dirakamkan hari ini. Katanya, pendekatan "calon boleh menang" kemungkinan boleh mencetuskan masalah bagi perikatan itu kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak perpecahan antara pemimpin-pemimpin parti yang hendak bertanding. "Menjadi amalan biasa bagi seseorang yang tidak dipilih sebagai calon untuk bertindak membuktikan bahawa calon yang dipilih adalah tidak layak," katanya lagi. "Masalah ini sukar untuk diatasi. Ia masih menjadi satu masalah," katanya lagi. Kata Dr Mahathir, Najib sebagai pengerusi BN seharusnya menjelaskan kepada parti-parti komponen bahawa sokongan tidak bersyarat kepada calon-calon yang dipilih adalah penting meskipun mereka secara peribadi tidak menyokong calon yang dipilih. "Najib seharusnya bertindak untuk menjelaskan mengenai calon-calon berpotensi... jika mereka tidak memberi sokongan kepada calon yang dipilih, mereka juga akan berhadapan dengan masalah," kata Dr Mahathir. Pentadbiran Najib berhadapan dengan tahun yang sukar selain terpaksa berhadapan dengan kecaman berhubung cara pihaknya menangani perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu. Pilihan raya umum ke-13 dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat ini. Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013. |
Zunar akan terima anugerah Hellmann-Hammett Posted: 12 Sep 2011 05:09 AM PDT Harakahdaily
| BANGKOK: Selepas menerima anugerah di Amerika melalui CRNI, kini kartunis Zulkifli Anuar ul Haq atau Zunar akan menerima anugerah dari badan hak asasi antarabangsa pula.
Beliau akan menerima anugerah Hellmann-Hammett award di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT), Bangkok Rabu, 14 September ini.
Selain Zunar, dua lagi penulis akan menerima anugerah Hellmann-Hammett ini iaitu Chiranuch "Jiew" Premchaiporn (Thailand) dan Hang Chakra (Cambodia).
Turut berucap di di majlis ini nanti adalah Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Wilayah Asia, Phil Robertson di samping Shawn Crispin, Wakil Asia Tenggara Committee to Protect Journalists (CPJ).
Tahun ini, 48 penulis dari 24 negara seluruh dunia akan menerima geran Hellman/Hammett sebagai satu pengiktirafan kepada kesungguhan mereka dalam memperjuangkan hak asasi manusia termasuk menghadapi pendakwaan. Zunar terkenal dengan buku-buku kartunnya bermula dengan Harakah pada tahun 1998 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dipenjarakan ketika itu. Beliau telah menghasilkan kartun-kartun editorial yang sangat menarik dan telah menyumbang kemenangan besar PAS pada pilihan raya 1999. Zunar selepas itu menjadi pengarang Warta Keadilan dan berjaya menaikkan edaran akhbar itu sehingga melebihi 100,000 naskah setiap keluaran. Kini Zunar menerbitkan sendiri buku-buku kartunnya namun sentiasa sahaja mendapat sekatan dari pihak kerajaan di mana buku-buku terbitannya diharamkan oleh kerajan. |
|
Mat Sabu lawan Zainal Kling Posted: 12 Sep 2011 05:08 AM PDT Ahmad Lutfi Othman
| Sejarah memang memerihalkan perkara yang sudah berlalu, namun ia bukan benda mati, malah pentafsirannya cukup dinamik, hidup dan sentiasa berkembang, sehingga boleh merumuskan pelbagai persepsi. Fakta sejarah sukar dibohongi tetapi "pihak yang menang" mempunyai pengaruh tersendiri untuk "memesongkannya".
Begitulah menariknya polemik sejarah kemerdekaan negara, yang tiba-tiba saja menarik perhatian semua lapisan masyarakat mengikutinya daripada dekat, apabila ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disensasikan Utusan Malaysia dan hingga kini, selepas lebih dua minggu, masih menjadi tajuk utama akhbar dan berita TV.
Mat Sabu mungkin tidak mempunyai disiplin ilmu sejarah yang baik, seperti beberapa orang anggota Majlis Profesor Negara (MPN), misalnya Prof Zainal Kling dan Prof Ramlah Adam, namun beliau berupaya untuk memaksa "tafsiran baru" dibuat terhadap sejarah perjuangan menghalau penjajah.
Bagi saya, beliau berjaya -- melalui gaya tersendiri -- "menganjurkan" satu perdebatan yang sihat dan diharap membuahkan hasil yang positif dan adil kepada sejarah negara. Terjahan awal Zainal Kling yang mendakwa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, pastinya tidak terhenti di situ sahaja.
Dan tidak mustahil tafsiran Mat Sabu terhadap sejarah kemerdekaan negara akhirnya akan lebih diyakini khalayak berbanding dua profesor yang dikenali sebagai cukup rapat dan dekat dengan Umno itu. (Pengalaman saya membaca buku-buku Ramlah Adam dapat mengesan "kecurigaan" dan "buruk sangka" yang ketara kepada tokoh-tokoh golongan kiri, seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain).
"Kalau bukan disebabkan media secara berlebihan memainkan isu ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong, saya pasti ramai di kalangan kita tidak pernah kenal apa itu pertubuhan politik seperti PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malayu) atau API (Angkatan Pemuda Insaf)," kata seorang rakan, pensyarah kanan sains politik.
"Dan mungkin ada yang beranggapan lokasi Bukit Kepong itu berada di sekitar Kepong atau Jinjang," tambahnya, sambil ketawa. "Di sinilah hebatnya Mat Sabu. Sejarah yang mungkin dianggap sudah mati itu kembali segar-bugar. Kepada saya, biarlah orang berdebat siapa Mat Indera, dan pula siapa petualang dan pejuang kepada negara."
Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya MPN dalam sidang media di Putrajaya mendakwa, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun. Beliau juga menafikan gerakan kiri sebagai golongan memperjuangkan kemerdekaan.
Kenyataan Zainal sebenarnya tidaklah mengejutkan. Ia dilihat mewakili aspirasi perjuangan Umno, yang lebih bertindak sebagai "perunding" dalam fasa-fasa akhir menuntut kemerdekaan. Ya, di sinilah menariknya perbahasan yang dicetuskan Mat Sabu itu, yang bakal menyerlahkan perbedaan besar di antara peranan Umno dengan parti-parti terdahulu yang diharamkan penjajah British.
Saya tidak pasti di manakah kedudukan penentang-penentang British, yang mempertaruhkan nyawa demi membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajah seperti Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Dol Said, Maharajalela, Tok Janggut dan Rosli Dhobi, pada kacamata Zainal dan orang-orang seumpamanya?
Saya cuba membayangkan bagaimana sukarnya tokoh-tokoh awal, seperti Ibrahim Yaakub, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam, yang membangkitkan kesedaran rakyat untuk menentang British.
Bukan mengenangkan kepayahan mereka diburu penjajah, dengan kelengkapan yang cukup minimum, tetapi kesukaran untuk meyakinkan anak bangsa sendiri -- terutama yang merasa selesa di bawah dagu orang putih -- bahawa mereka perlu bangun daripada lena yang panjang, selain menimbulkan kesedaran awal pemikiran politik.
Sebelum menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938, Ibrahim Yaakub memimpin gerakan pelajar, Ikatan Pemuda Pelajar pada 1929, seterusnya pada 1930, Ikatan Semenanjung Borneo, yang berpusat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, sehinggalah British menghancurkan gerakan itu pada 1932.
Sekiranya nasionalis Umno hanya baru sedar untuk membebaskan diri daripada penjajahan selepas konsep Malayan Union diperkenalkan pada 1946, anak-anak Melayu yang terdidik di Timut Tengah, terutama di Universiti Al-Azhar sudah menjiwai roh kemerdekaan sejak awal 1900-an lagi, dipengaruhi mujaddid agung Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh dan Rashid Ridha.
Tidak hairanlah apabila majalah al-Imam, yang dikeluarkan pada 22 Julai 1906 di Singapura oleh tokoh-tokoh pembaharu Islam, Kaum Muda, mengungkapkan dengan jelas tujuan penerbitannya: "Mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan."
Dari segi organisasi yang lebih teratur, perjuangan ini diteruskan dengan kelahiran Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak, pada 14 Mac 1948, di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Dalam kenyataannya pada 26 April 1948, Dato Onn Jaafar mengingatkan satu lagi "bahaya dari gunung" dan menyifatkan "Parti Islam itu Merah". Onn berjaya menghasut British bahawa Hizbul Muslimin prokomunis.
Melalui Akta Darurat 1948, pada 29 Julai tahun sama, semua pemimpin Hizbul Muslimin, termasuk Abu Bakar, ditangkap dan dipenjarakan sehinggakan tiada yang tinggal untuk memimpin. Parti itu turut diharamkan. Ramai pengkaji menyifatkan penubuhan PAS pada November 1951 adalah kesinambungan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan penjajah itu.
Saya tidak bermaksud mahu bermain dengan fakta sejarah. Saya percaya perdebatan status Tanah Melayu, sama ada sebagai negara jajahan ataupun naungan British akan menarik pembabitan lebih ramai sejarahwan yang jujur dengan ilmunya untuk berkongsi pandangan.
Implikasi perbahasan itu juga menjangkaui skop yang jauh lebih besar, termasuk memberi kesan besar terhadap situasi politik terkini. Ia bukan lagi berlegar di sekitar kontroversi Mat Indera dan Bukit Kepong semata-mata. Dan inilah yang saya jangkakan dalam tulisan saya sebelum ini.
Isu ini mulanya dicetuskan oleh Utusan Malaysia bagi menjerat Mat Sabu dan PAS itu sendiri, iaitu sebuah parti yang dilihat bakal memberi saingan paling sengit buat Umno, khususnya untuk merebut simpati dan sokongan pengundi Melayu dalam PRU13. Ia juga diharapkan BN bagi menenggelamkan isu-isu membabitkan kepentingan rakyat, seperti kenaikan harga barangan dan pelbagai skandal kewangan, serta yang terbaru caj perkhidmatan enam peratus telefon prabayar.
Menjadi kelaziman kepada strategis Umno untuk meneropong kegiatan dan kenyataan pemimpin pembangkang dengan sehalus-halusnya, untuk dimanipulasi dan diputarbelitkan, bagi menggambarkan kepada rakyat kelemahan Pakatan Rakyat.
Saya boleh bersetuju dengan pandangan seorang rakan yang mengingatkan bahawa dalam PRU13 nanti kemenangan bukan ditentukan oleh kehebatan parti atau calon yang bertanding, tetapi difaktorkan oleh "kesilapan paling minimum" yang dilakukan parti atau calon berkenaan.
Maknanya, mereka yang melakukan kesilapan lebih banyak akan mudah untuk ditumpaskan.
Di peringkat awal, nampak kenyataan Mat Sabu mengenai Mat Indera itu (dan bukannya tentang sejarah kemerdekaan negara) seperti mudah dieksploit Umno, terutama kepada bekas anggota keselamatan dan orang-orang tua di kampung-kampung, tetapi apabila skop perbincangannya menjadi lebih meluas, saya yakin kedudukannya menjadi lebih seimbang.
"Saya rasa kesungguhan luar biasa media Umno menimbulkan isu Mat Sabu, Mat Indera dan sejarah kemerdekaan negara ini boleh menikam balik dirinya," rumus seorang penganalisis politik.
"Apa pun, saya ingatkan kepada pemimpin pembangkang, berhati-hatilah daripada terjebak dengan perangkap Umno menjelang pembubaran Parlimen. Banyak isu yang sedia memihak Pakatan Rakyat, selain menampilkan gabungan mantap yang diyakini rakyat untuk mengambil alih Putrajaya," tambahnya.
Sekurang-kurangnya kini terpampang dengan lebih jelas wajah Umno yang propenjajah, di mana pemimpinnya sejak sebelum merdeka sehinggalah hari ini, lebih memikirkan soal kepentingan dan kesenangan diri. Dengan kata lain, Umno dan British saling perlu-memerlukan.
Dalam buku Perniagaan British di Malaysia Pascapenjajah 1957-70 (terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010), Nicholas J White mengungkapkan: "Pada masa bunga tahun 1959, usaha diambil pada peringkat menteri untuk mendekati pelbagai pemimpin perniagaan British bagi mendapatkan dana bagi membantu Perikatan dalam pilihan raya umum yang akan datang.
"Diharapkan M$500,000 dapat dikumpulkan daripada perniagaan Eropah. Oleh sebab wakil ekspatriat memang dijangka kehilangan tempat mereka dalam badan perundangan Malaysia pada akhirnya, maka Tan Siew Sin, Menteri Perdagangan dan Industri, menjelaskan bahawa firma British 'pasti menyumbang untuk menyokong kerajaan yang memegang tampuk kuasa, dan kerana (mereka) tidak mungkin mengharapkan layanan lebih baik daripada mana-mana parti yang lain berbanding dengan layanan oleh Perikatan, sudah tentu dasar yang baik bagi mereka adalah untuk berusaha sedaya upaya demi memastikan Perikatan terus memegang kuasa dengan besar'." |
|
Penarikan tauliah terhadap Khalid Samad tidak adil Posted: 12 Sep 2011 05:06 AM PDT Penduduk Prihatin
| Sebagai penduduk Shah Alam sejak sekian lama, saya ingin memprotes kenyataan Abdul Rahman Palil seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian keluaran 12 September 2011. Semenjak Khalid Samad memenangi kerusi Parlimen, saya kerap kali mengikut tazkirah dan khutbah yang disampaikan oleh Khalid Samad. Sepanjang mendengar tazkirah dan khutbah beliau, tidak pernah saya mendengar apa-apa perkara yang bersalahan dengan Islam mahupun dengan adat istiadat Melayu. Apa yang diperkatakan Khalid Samad adalah sesuai dengan Islam dan tidak menyalahi mana-mana tuntutan Islam Tidak pernah saya dengar Khalid Samad menghalalkan arak, menghalalkan judi, mengatakan solat tidak wajib, mengatakan puasa tidak wajib ataupun apa-apa ajaran yang pelik dan tidak sesuai dengan Islam. Sekiranya ada apa-apa perkara yang berlawanan dengan Islam, mengapa tidak didakwa sahaja Khalid Samad di Mahkamah Syariah?
Saya melihatkan apabila seorang yang berlatar belakangkan professional seperti Khalid Samad member ceramah, menjadi imam dan memberi tazkirah ia memberi semangat kepada pemuda-pemudi Islam untuk beramal dengan Islam dengan lebih baik. Tindakan JAIS dan MAIS jelas bermotif politik dan bukannya untuk menjaga Islam. Bagi saya ianya satu tindakan politik hanya kerana Khalid bukan dari parti UMNO. Sekiranya Khalid Samad ahli Parlimen dari UMNO, saya percaya JAIS dan MAIS akan memberi tauliah dengan mudah kepada beliau. Saya sebagai penduduk Shah Alam amat kesal dengan sikap berat sebelah MAIS dan JAIS kerana membatalkan tauliah Khalid Samad itu. Jelas ia adalah satu bentuk kezaliman ke atas Khalid Samad dan juga satu langkah yang merugikan pemuda-pemudi Islam di Shah Alam.
|
|
Cukai 6%: Kelab Protes BN himpun sejuta rakyat Posted: 12 Sep 2011 05:03 AM PDT Nazri Abdullah
| GOMBAK: PAS berpendapat pengenaan cukai perkhidmatan enam peratus kad prabayar oleh syarikat telekomunikasi (telco) kepada rakyat adalah satu tindakan yang didalangi Umno BN.
Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar), rakyat tidak akan dipaksa menanggung beban bayaran cukai itu jika kerajaan tidak mengenakan cukai yang tinggi kepada telco.
Ekoran kos operasi kini meningkat, Mahfuz yang juga Pengerusi Kelab Protes Barang Naik (Protes BN) berkata, telco terpaksa mengalihkan beban cukai mereka terhadap kerajaan dengan mengenakan cukai enam peratus itu kepada rakyat pula.
"Pertama sekali Kelab Protes BN membantah cukai yang didalangi BN ini dikenakan kepada rakyat.
"Kita mintak supaya telco tarik balik dan kerajaan sendiri mesti hapuskan cukai ke atas syarikat telekomunikasi ini," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Beliau ditemui di majlis rumah tebuka hari raya anjuran PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad, semalam.
Ianya sebagai respons terhadap kenyataan syarikat industri telekomunikasi tempatan yang mengumumkan bahawa caj cukai perkhidmatan enam peratus yang sebelum ini diserap Telco akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad sim bermula 15 September depan.
Menurut Mahfuz, jika ia dilaksanakan, golongan paling terkesan adalah golongan anak-anak muda, pelajar dan yang berpendapatan rendah yang menggunakan perkhidmatan prabayar.
Jumlahnya dianggarkan seramai 9 hingga 13 juta orang dengan jumlah penggunaan kad prabayar sebulan sebanyak 27 juta.
Sehubungan itu jelas Mahfuz, Kelab Protes BN memberi tempoh kepada kerajaan sehingga Rabu ini untuk menyelesaikan perkara itu sekaligus menghapuskan cukai tersebut.
"Kita bagi tempoh kepada kerajaan sampai Rabu ini. Kalau tidak, kita akan kumpul sejuta pengguna kad prabayar ini di seluruh negara untuk menyatakan bantahan," katanya.
Dalam pada itu, beliau menyeru kepada rakyat khususnya pengguna kad prabayar untuk menyatakan bantahan mereka berhubung perkara ini di laman Facebook Kelab Protes Barang Naik (Protes BN). |
|
PKR terkejut negara tidak pernah dijajah Posted: 12 Sep 2011 05:02 AM PDT Harakahdaily
| KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) merakamkan rasa terkejut dan rasa aneh atas kenyataan sekumpulan ahli akademik yang diketuai Prof Dr. Zainal Kling atas nama Majlis Profesor Negara (MPN) yang menegaskan bahawa negara ini hakikatnya tidak pernah dijajah oleh British.
Sebaliknya mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah semata-mata sebagai pelindung berasaskan perjanjian dengan raja-raja Melayu di ketika itu.
"Sesungguhnya, kita melihat kenyataan tersebut mempunyai implikasi yang besar terhadap kedudukan kemerdekaan negara yang telah diraikan sejak 54 tahun lalu.
"Ia menimbulkan persoalan baru, apakah kita ini benar-benar merdeka dan untuk apakah kita meraikan kemerdekaan? Dari satu sudut, ia seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan menganggap bahawa rakyat tidak dapat membezakan hakikat bahawa negara kita ini pernah dijajah atau benar-benar dilindungi oleh British," kata Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar).
Bagi beliau, kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan semua fakta sejarah yang ada.
Umum menyedari bahawa istilah 'protectorate' yang diguna penjajah adalah strategi licik untuk mengelakkan penentangan rakyat sebagaimana yang dialami di negeri-negeri lain.
Sebab itulah British telah meletakkan residen sebagai penasihat yang nasihatnya terpaksa diikuti oleh raja-raja Melayu. Dengan kaedah ini, British telah menguasai segala sumber ekonomi dan segala urusan negeri-negeri yang dikuasainya.
"Bukankah ini namanya penjajahan? Bukankah ini yang mencetuskan penentangan pejuang-pejuang Melayu silam seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut, Rosli Dobi, Abdul Rahman Limbong, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar Al-Bakir, Mat Indera dan lain-lainnya?" soal bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.
PKR, katanya, melihat bahawa kenyataan kontroversi di atas hanyalah merupakan langkah amat terdesak pendokong Umno dan para kuncunya dalam menghadapi kebangkitan dan kesedaran rakyat dalam menghadapi PRU 13 akan datang.
"Sehubungan hal ini, kita amat kesal dengan tindakan beberapa ahli akademik yang sanggup menjatuhkan nilai diri sebegitu rupa sehingga sanggup membenarkan apa yang dilakukan penjajah demi menjamin survival tuan-tuan politik mereka. Dalam peradaban keilmuan, mereka yang berilmulah yang seharusnya memberi nasihat kepada ahli politik, bukan sebaliknya," tambah beliau.
PKR juga, katanya, menyeru agar semua kaum intelektual dan ahli akademik bangun bersama mengembalikan martabat ilmu dengan menyatakan pendirian untuk menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan demi membela seluruh rakyat berasaskan prinsip kebenaran dan keadilan. |
|
Rakyat yakin Negara Berkebajikan PAS Posted: 12 Sep 2011 05:00 AM PDT Hazayani Zakaria
| KUALA LUMPUR: PAS membuat ketetapan untuk menjelaskan konsep Asas Negara Berkebajikan kepada kepimpinan parti sehingga ke akar umbi sebelum pilihan raya umum ke-13.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketetapan itu merupakan resolusi yang dicapai daripada Konvensyen Negara Berkebajikan Sabtu lalu.
Menurutnya, sesi penerangan akan bermula dengan sambutan besar-besaran penubuhan PAS di Pulau Pinang pada 1 Oktober depan.
"Dalam masa terdekat PAS kita adakan sambutan 60 tahun PAS di Pulau Pinang kemudian semua negeri akan adakan sambutan ini yang merupakan salah satu program wajib dalam menerangkan konsep Begara Berkebajikan," kata beliau ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka parti itu di Taman melewar, dekat sini, semalam.
Bagi memberikan penerangan mengenai perkara itu juga, PAS katanya akan mengadakan himpunan pemberita dan blogger agar mereka dapat menyebarkan konsep Negara Berkebajikan kepada umum melalui media massa.
"PAS menjangkakan dalam masa dua, tiga bulan ini kita akan selesai membina keyakinan masyarakat tentang Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Tambahnya, manifesto Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS merupakan tawaran yang dapat diterima rakyat yang memerlukan sistem pemerintahan yang telus dan diyakini.
"Tawaran Negara Berkebajikan yang kita tawarkan ini merupakan tawaran yang sangat dinanti-nantikan rakyta. Rakyat perlukan satu sistem pemerintahan dan dasar yang jujur telus dan diyakini.
Konvensyen anjuran Lajnah Penerangan PAS yang diadakan di Dewan Datuk Fadhil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) itu melibatkan seluruh jentera penerangan dari setiap negeri.
Konvensyen itu rentetan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada muktamar PAS Jun lalu, "Menuju Negara Berkebajikan".
Ustaz Hadi sendiri membentangkan Konsep Asas Negara Berkebajikan dalam ucaptama beliau dan diulas oleh Ketua Penerangan PKR, Dr. Mohd Noor Manuty, Naib Pengerusi DAP Pusat, Dr. Tan Seng Giaw dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid.
Manakala Dokumen Negara Berkebajikan yang menjelaskan tawaran-tawaran PAS kepada rakyat dibentangkan oleh Naib Presiden, Salahuddin Ayub. |
|
Kalau tidak dijajah, JWW Birch kawan kita? Posted: 12 Sep 2011 04:58 AM PDT Nazri Abdullah
| GOMBAK: PAS membidas sikap membisu pemimpin Umno BN berhubung kenyataan Profesor Datuk Dr Zainal Kling bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, pemimpin Umno perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan itu kerana Zainal adalah ahli Umno.
"Pemimpin Umno kena bertanggungjawab sebab Zainal Kling mewakili Umno. Kita nak tahu pendirian pemimpin Umno.
"Apa pendirian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Kalau tak pernah dijajah semua buku teks kita perlu diubah semula," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka PAS di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM) semalam.
Ianya sebagai mengulas sikap 'senyap' pemimpin Umno terhadap kenyataan Zainal yang dianggap mengelirukan itu.
Zainal dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
Mengulas lanjut, Husam yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan berkata sejarawan Umno seperti Dr Zainal hanya merosakkan negara kerana sanggup memutarbelitkan fakta untuk membolehkan Umno sentiasa menjadi juara setiap masa.
"Kalau kita angkat orang putih ini sebagai rakan kita, sehingga dilantik menjadi penasihat, kita telah menolak semua sejarah yang tersimpan dalam arkib di London sendiri.
"Bagi orang putih Tanah Melayu adalah Koloni, iaitu negara jajahan, bukan negeri perlindungan," katanya.
Tambah Husam lagi, British menjajah negara ini menggunakan cara sangat halus iaitu dengan tidak menghapuskan sistem beraja agar mereka tidak mendapat penentangan rakyat di Tanah Melayu.
Namun pada hakikatnya, perlantikan pesuruhjaya British di setiap negeri membuktikan bahawa Tanah Melayu adalah dijajah.
"Kalau kita tidak pernah dijajah, bermakna JWW Birch yang dibunuh oleh Maharajalela akan kita anggap sebagai kawan kita," katanya. [LIHAT VIDEO] |
|
Minum petang Najib-Hakim timbul persoalan pemisahan kuasa Posted: 12 Sep 2011 04:56 AM PDT Harakahdaily
| KUALA LUMPUR: Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk "minum petang" dengan beberapa hakim tertinggi di Istana Kehakiman telah menimbulkan prasangka Majlis Peguam terhadap sistem pemisahan kuasa di negara ini.
Dalam satu kenyataannya, pengerusinya Lim Chee Wee (gambar) berkata adalah penting untuk membezakan antara pembaharuan kehakiman yang menjadikan proses pentadbiran cekap dalam satu tangan, dan pembaharuan untuk mengatasi masalah, yang dilihat atau sebaliknya, dengan integriti kehakiman.
"Sesetengah berpandangan bahawa adalah tidak menyenangkan untuk ketua-ketua tiga cabang kerajaan untuk mengadakan mesyuarat rasmi atau untuk bersosial sekali-sekala. Ini mungkin amat benar di mana institusi masing-masing adalah kukuh dan bebas, dan dilihat sebagai demikian, sekali gus menikmati keyakinan orang ramai.
"Yang menggelisahkan kini ialah kesenyapan orang awam ke atas 'jamuan teh petang' ini boleh dilihat sebagai tanda bahawa institusi kita tidak lagi menikmati keyakinan penuh," kata beliau.
Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa melawat Istana Kehakiman untuk satu jamuan teh petang yang didakwanya kerana menerima undangan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi.
Najib berkata, beliau hanya bersedia melakukan lawatan kerja ke Istana Kehakiman tersebut apabila menerima undangan daripada Zaki sendiri.
"Sebenarnya dalam menimbang untuk membuat lawatan kerja ke Istana Kehakiman ini, saya mengambil sikap berhati-hati supaya tidak timbul sebarang tanggapan atau perspektif negatif mengenai hubungan antara badan eksekutif dan badan kehakiman.
"Jalinan hubungan ini bukan hanya perlu sempurna tetapi ia juga perlu nampak sempurna," kata beliau.
Malah, beliau menambah, Zaki sendiri menganggap lawatan itu tidak akan memberi sebarang tanggapan atau perspektif negatif dari masyarakat umum.
"Saya berani buat lawatan ini apabila Ketua Hakim Negara (Zaki) yang mengundang dan beliau menyatakan tidak ada masalah kerana pertemuan seperti ini pernah berlaku sebelum ini," katanya.
Selepas dikecam, Zaki menyangkal mengenai lawatan Najib ke Istana Kehakiman sebagai tanda campur tangan politik dalam badan kehakiman negara.
"Perdana Menteri adalah ketua badan kehakiman bagi tujuan pentadbiran terutama dalam soal peruntukan kerana beliau akan mewakili kami di Parlimen. Ia adalah fakta yang tidak boleh dinafikan.
"Selama ini, beliau (Najib) sentiasa menjarakkan hubungan dengan pihak hakim tetapi kini, mungkin memikirkan bahawa saya akan bersara tidak lama lagi, maka dia sudi melawat kami. Itu sahaja.
"Kerajaan membelanjakan banyak wang bagi memantapkan badan kehakiman. Bukankah sesuatu yang wajar untuk beliau memastikan bagaimana peruntukan itu dibelanjakan? Adakah kami akan terpengaruh dengan hanya minum teh bersama Perdana Menteri?" katanya.
Berdasarkan kenyataan Najib, Lim berkata masa sudah sampai untuk kerajaan melaksanakan dengan segera cadangan yang terkandung dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan bagi menyiasat klip video seorang peguam yang dikatakan cuba mempengaruhi pelantikan badan kehakiman pada 9 Mei 2008.
Menurut Lim, suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat perbualan peguam Datuk V K Lingam dan Ahmad Fairuz berbual menerusi telefon mengenai pelantikan hakim mencadangkan agar Perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan ditukar kembali ke bentuk asalnya supaya "badan kehakiman boleh bebas sekali lagi untuk mencapai harapan tertinggi masyarakat selama ini – dengan ini tiada ruang untuk kebimbangan mengenai isu kuasa kehakiman."
Menurut Professor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, pemindaan Perkara 121(1) telah menimbulkan persepsi silap bahawa badan eksekutif negara berhasrat untuk mendiamkan badan kehakiman, dan ini telah memalukan semua hakim negara.
Kata Lim lagi, adalah tanggungjawab Perdana Menteri dan kerajaan untuk berusaha ke arah komitmen yang diisytiharkan itu untuk mencapai satu sistem kehakiman yang bebas, dan dakwaan bahawa hubungan antara pelbagai institusi kerajaan mesti, tidak hanya menjadi betul, tetapi juga mesti dilihat sebagai betul.
"Majlis Peguam turut berharap Badan Kehakiman dapat mengukuhkan kebebasannya, dan berusaha untuk mengembalikan doktrin pengasingan kuasa ke tempat yang sah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia," tambah beliau.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk 'minum petang' dengan beberapa hakim tertinggi di Istana Kehakiman, menimbulkan kecurigaan dan merbahaya.
Katanya, tindakan itu boleh menyebabkan orang ramai tidak yakin Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima perbicaraan yang adil dalam kes yang dihadapinya.
"Perkara yang lebih memburukkan adalah hakim-hakim tertinggi turut sama ikut serta dalam perjumpaan ini yang terus menghakis keyakinan orang ramai dalam sistem kehakiman kita," kata Surendran. |
|
Umno punca kuasa sultan terhad Posted: 12 Sep 2011 04:55 AM PDT Harakahdaily
| KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan Umno adalah pewaris kepada sistem yang ditinggalkan oleh penjajah. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas situasi terkini di tanah air berkenaan dakwaan bahawa hanya Umno adalah pejuang kemerdekaan. "Ianya seolah-olah menafikan peranan golongan lain yang turut berjuang untuk mencapai kemerdekaan di negara ini. "Apa yang kita lihat melalui sejarah ialah kemerdekaan diberikan kepada orang Melayu oleh orang putih kepada golongan yang paling mereka (British) percayai pada waktu iaitu Umno," ujarnya kepada Harakahdaily. Menurutnya, British sudah tentu akan memastikan bahawa bukan sahaja kepentingan politik mereka akan terjaga bahkan ekonomi British juga turut dijaga. Katanya, Umno dilihat sebagai pihak yang paling sesuai setelah kemerdekaan untuk menjaga kepentingan itu kerana British tidak percaya kecuali kepada hanya Umno sahaja untuk menjaga kepentingan mereka. "Saya ingin ingatkan kepada seluruh orang Melayu di Malaysia bahawa sistem perlembagaan yang meletakkan pihak sultan hanya mempunyai kuasa yang terhad adalah berpunca kerana Umno. "Umno ketika ingin memperolehi merdeka daripada British bersetuju untuk mengikut sistem yang diamalkan di British di mana raja hanya memegang jawatan terhormat dan hanya mempunyai kuasa yang terbatas dalam pentadbiran," ujar beliau lagi. |
|
British: Pemuda Johor mohon penjelasan Tun M Posted: 12 Sep 2011 04:54 AM PDT Harakahdaily
| KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Johor meminta mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penjelasan terhadap beberapa persoalan termasuk penjajahan British dan kemerdekaan negara. Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, ini ekoran Tun Mahathir telah memberi penjelasan kepada pandangan kontrovesi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) melalui jurucakapnya, Prof Zainal Kling di mana Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa secara teknikalnya memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah kerana Sultan telah memutuskan untuk menjemput British menasihat baginda berkenaan pentadbiran negara ini. Walaubagimana pun hakikatnya British bukan menasihat baginda tetapi British telah mengarahkan baginda mengikut telunjuk mereka. "Bermakna British lebih berkuasa daripada baginda Sultan pada waktu tersebut," ujar Suhaizan dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Persoalannya, kata beliau adalah: 1. Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957 ? Sultan atau British. 2. Apakah rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh kepada pemerintah pada masa tersebut? 3. Apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu beragama Islam semasa kumpulan tersebut menyerang kepentingan pemerintah di Kota Bharu pada tahun 1915 ? 4. Apakah status yang boleh kita berikan kepada pegawai-pegawai Melayu beragama Islam yang bermati-matian mempertahankan pemerintah pada masa tersebut? 5. Apakah ada propaganda pemerintah pada sebelum 31 Ogos 1957 yang menyatakan bahawa sesiapa yang berlawan dengan pemerintah bererti menderhaka kepada baginda Sultan? 6. Apakah salah kita menanggap Umno sebagai anak emas perintah setelah tidak diharamkan oleh pemerintah pada masa darurat 1948 sedangkan semua pertubuhan lain diharamkan? "Pemuda PAS Johor mewakili anak-anak muda Malaysia mahu penjelasan daripada Tun Dr Mahathir dan para sarjana sejarah mengenai persoalan-persoalan di atas," ujarnya. |
|
Penangguhan cukai 6% hanya sandiwara PRU 13 Posted: 12 Sep 2011 04:52 AM PDT Nazri Abdullah
| KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan penangguhan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar oleh kerajaan hanya sekadar permainan politik BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya tidak lebih sekadar sandiwara kerajaan Umno BN, bagi meredakan kemarahan rakyat yang terbeban dengan kos hidup dibawah pemerintahan mereka.
"Ini hanya satu sandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat menjelang PRU ke-13 nanti.
"Sedangkan, pihak Telco hanya menguatkuasakan apa yang dibentangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dalam Bajet 2011 tahun lalu," katanya.
Beliau yang juga pengerusi Kempen Protes Barang Naik (Protes BN) berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini yang mengumumkan bahawa kerajaan dan semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai berkenaan yang sepatutnya bermula 15 September ini.
Penangguhan itu katanya sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sebelum ini, Najib dalam pembentangan Bajet 2011 didakwa telah memasukkan kutipan cukai enam peratus tersebut dan Telco hanya melaksanakannya.
Baru-baru ini, telco telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.
Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.
Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.
Kerajaan dijangka akan memperolehi pendapatan sebanyak RM750 juta hasil melalui cukai ini untuk tahun ini sahaja.
Namun begitu, jumlah ini tidak sebanyak mana jika dibandingkan dengan pendapatan yang akan diperolehi kerajaan jika menarik balik subsidi kepada enam Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) iaitu sebanyak RM17 bilion setahun.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena menyeru kepada seluruh pengguna prabayar agar tidak termakan sandiwara itu.
Katanya, tiada sebarang jaminan oleh kerajaan bahawa cas enam peratus itu tidak akan dikenakan selepas pilihan raya umum.
"Saya minta kepada pengguna prabayar agar terus memberi tekanan kepada kerajaan agar cukai ini dimansuhkan terus.
"Guna telefon prabayar anda untuk memastikan BN ditolak pada PRU ke-13 nanti," katanya. |
|
PAS: Parti Komunis China tetap merbahaya Posted: 12 Sep 2011 04:25 AM PDT Idris Ahmad
Apakah Parti Komunis China tidak merbahaya kerana UMNO mengadakan hubungan langsung, walaupun ia tetap komunis? Najib Razak yang cuba hendak menghalalkan tindakan UMNO, dengan mengatakan "kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka."
Jika hubungan antara kerajaan Malaysia dengan Kerajaan China tidak mengapa, masalahnya UMNO mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China pada 5 Oktober 2010. Malahan hendak menghantar generasi muda UMNO dari kalangan Putera dan Puteri UMNO untuk belajar dengan Parti Komunis China. Ini dinyatakan dengan rasmi oleh Tengku Adnan Mansor selaku Setiausaha Agung UMNO.
Bukankah tindakan ini merbahaya kepada generasi muda UMNO? Apakah modal lapok perkauman dan bangsa sudah tidak relevan sehingga hendak pergi mengemis dengan Parti Komunis China untuk mendapat idea baru dalam UMNO? Rakyat mesti memandang ini adalah perkara yang merbahaya kepada negara jika perkara ini berterusan terutama kepada generasi muda, kerana UMNO hendak hantar orang muda pergi belajar dengan Parti Komunis China.
Parti Islam SeMalaysia istiqamah dari dulu sampai sekarang menolak fahaman komunis. Sedangkan di dalam UMNO pernah berlaku penangkapan "tiga Abdul" kerana menjadi tali barut komunis Russia (KGB). Setakat hari ini tidak ada ucapan pemimpin PAS yang menyokong komunis dan ditangkap menjadi tali barut komunis walaupun pemimpin UMNO pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis.
*Kenyataan media oleh Idris Ahmad (gambar kanan) selaku Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. |
AMK: Jangan jadi tali barut penjajah British Posted: 12 Sep 2011 04:24 AM PDT Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyatakan pendirian berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Profesor Zainal Kling dalam Majlis Profesor Negara (MPN) bahawaTanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
AMK Malaysia berpandangan kenyataan yang dikeluarkan sebenarnya menambahkan kekeliruan dan kecelaruan fakta sejarah lebih lima dekad sejak negara Merdeka kepada generasi muda. Malahan kenyataan sedemikian dipertikaikan kerana tiada sokongan kajian dan ilmiah yang lebih tuntas dan mendalam daripada seluruh ilmuan negara dan rakyat Malaysia.
Jika negara tidak pernah dijajah,maka untuk apa Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan? Bagaimana pula kedudukan silibus pengajian pelajar-pelajar kita di sekolah dari semua peringkat yang mula keliru dengan perbahasan sejarah negara hari ini?
AMK Malaysia berpendirian bahawa kenyataan sedemikian tidak ubah seperti "tali barut suara penjajah British" sedangkan pada faktanya banyak kekayaan bumi Tanah Melayu seperti bijih timah, besi, emas, dan pertanian dikaut dengan rakusnya oleh penjajah British.
Malahan campurtangan penjajah British dalam sistem politik di Tanah Melayu menyebabkan suasana tidak tenteram di negeri-negeri Melayu ketika itu yang menyebabkan berlakunya banyak pertumpahan darah yang menyebabkan rakyat hidup tidak tenteram dan wujudnya pemerintahan "divide and rule" yang memberikan kesan kepada sistem sosial sehingga hari ini.
Jelas hasil campur tangan ini membawa kepada penjajahan sepenuhnya negeri-negeri Melayu di bawah penguasaan British dan pengambilan kuasa ini dibuat secara paksa kepada Raja-Raja Melayu dengan hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan oleh kerajaan British.
AMK Malaysia menghargai sumbangan dan pengorbanan besar pejuang-pejuang yang sanggup menggadai nyawa dan harta demi berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan total. Pengiktirafan ini kepada pejuang-pejuang yang sanggup bergolok gadai dan berani mengangkat senjata seperti Tok Janggut (Kelantan), Mat Kilau (Pahang), Tok Gajah (Pahang), Rentap (Sarawak), Rosli Dhobi (Sarawak), Datuk Maharajalela Pandak Alam (Perak), Mat Saleh (Sabah) dan pelbagai namalagi daripada tokoh ulamak-ulamak yang menyemarak semangat anti penjajahan yang merintis kemerdekaan negara.
Hakikatnya perjuangan mengangkat senjata yang dirintis oleh tokoh-tokoh pejuang dan ramai lagi pejuang yang namanya tidak didendang berjaya menghalau penjajah British daripada negara ini sehingga akhirnya Tanah Melayu bebas dan merdeka daripada penjajahan British.
Justeru, apa yang lebih penting rakyat dan generasi muda hari ini memberikan pengiktirafan besar kepada sumbangan yang dicurahkan oleh pejuang-pejuang yang menuntut kemerdekaan bukannya pihak UMNO-BN yang memberikan pengiktirafan kerana UMNO-BN mengambil sikap selektif dan tidak ikhlas dalam memberikan pengiktirafan kerana agenda sempit politik mereka sendiri.
AMK Malaysia mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memugar sejarah perjuangan kemerdekaan total yang dirintis oleh pejuang-pejuang negara yang mengangkat senjata melawan penjajahan British sehingga ada yang dibuang negara, dibunuh,digantung serta dinafikan pelbagai hak demi memastikan bumi Tanah Melayu mendapat kebebasan dan hak kemerdekaan mutlak berhadapan dengan penjajah British yang mulai campurtangan dalam hal-ehwal Tanah Melayu sejak tahun1800-an.
AMK Malaysia berpandangan negara perlu mengorak pandangan masa hadapan ke mana halatuju negara khususnya di era globalisasi dan kegawatan ekonomi global yang bakal berlaku di masa hadapan. Apa ertinya kita berdebat dalam soal sejarah lepas, namun kita tidak menggarap dan mengambil pengajaran berharga bagi membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang bebas dan merdeka dalam erti kata sebenarnya dan tidak menjadi boneka kuasa-kuasa asing dalam percaturan politik antarabangsa.
*Kenyataan media oleh Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (gambar kanan) selaku Timbalan Ketua AMK Malaysia. |
Pengarah filem enggan lagi menjadi rakan subahat kepada kerajaan Posted: 12 Sep 2011 04:22 AM PDT Chen Shaua Fui
"Pandangan saya sebelum ini adalah, negara ini akan menjadi baik seandainya kita melakukan kerja masing-masing dengan baik. Justeru itu, sebagai seorang pengarah filem, saya hanya mahu membikin filem yang baik. Namun, saya mendapati lambat laun kita menjadi majoriti yang berdiam diri (silent majority). Dan golongan majoriti yang berdiam diri inilah, mungkin menjadi rakan subahat kepada kerajaan tanpa disedari."
Demikianlah kata-kata pengarah filem, Tan Chui Mui (gambar kanan) yang kini melibatkan diri dalam gerakan membantah pembinaan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan. Anak tempatan Kuantan ini memaklumkan isu Lynas kepada sahabat handainya, dengan harapan agar ia mencungkil perhatian mata dunia.
Tan Chui Mui melihat dirinya sebagai seorang pembikin filem, lebih daripada sebagai seorang aktivis sosial. Dalam tulisan weibo-nya, berjudul "Mengapa menjadi sebegini?", beliau merenungi semula fikiran dirinya sebelum ini, "Saya tidak bersuara ketika berlakunya kebocoran sisa radioaktif di Bukit Merah. Saya tidak bersuara ketika pembinaan insinerator di Broga. Saya juga tidak bersuara ketika perlombongan emas menggunakan cyanide di Raub. Saya hanya tampil bersuara kini apabila kilang nadir bumi mahu dibina di Kuantan. Pandangan saya sebelum ini adalah, negara ini akan menjadi baik seandainya kita melakukan kerja masing-masing dengan baik. Justeru itu, sebagai seorang pengarah filem, saya hanya mahu membikin filem yang baik. Namun, saya mendapati lambat laun kita menjadi majoriti yang berdiam diri (silent majority). Dan golongan majoriti yang berdiam diri inilah, mungkin menjadi rakan subahat kepada kerajaan tanpa disedari."
Membantah Lynas dengan filem
Justeru itu, Tan Chui Mui mengambil keputusan untuk membantah projek ini dengan bahasa yang paling fasih dikuasai dirinya, iaitu filem. Dalam tulisan weibo-nya pada 30 Ogos 2011, beliau berkata, "Pada asalnya saya akan terbang ke Beijing pada malam ini. Namun saya berada di Old Town, Brickfields sekarang - memikirkan untuk balik atau tidak, pergi atau tidak."
"Ada orang membina kilang nadir bumi terbesar di dunia di tempat kampung saya, mungkin boleh dimulakan operasinya akhir tahun ini. Jumlah sisa radioaktif yang besar akan dihasilkan kelak. Seandainya saya masih tidak melakukan sesuatu, saya tidak akan memaafkan diri saya."
Menurut Tan, beliau tidak terfikir untuk melakukan apa-apa ketika itu. "Saya membatalkan acara saya di Beijing, saya berjumpa dengan ramai sahabat saya, untuk membincangkan strategi. Saya mula menulis surat kepada sahabat saya, memaklumkan apa yang berlaku di kampung saya. Saya berharap agar masalah alam di Malaysia boleh mendapat perhatian dunia."
"Ramai kawan yang menyertai usaha ini, termasuk Lau Seng Tat. Kami mengambil keputusan untuk membikin beberapa filem pendek, supaya lebih ramai warga Malaysia memberi perhatian dan mengambil tindakan," katanya.
Usaha Tan Chui Mui mencungkil perhatian Shunji Iwai (gambar kanan, sebelah kiri), pengarah filem Jepun. Kampung asal Shunji Iwai, iaitu Sendai ditimpa malapetaka lantaran tsunami, kini sedang membikin sebuah dokumentari berjudul Friends after 3.11, dan beliau akan merakamkan ancaman sisa radioaktif daripada kilang nadir bumi.
Matlamat gerakan membantah kilang nadir bumi adalah jelas, iaitu menghentikan pembinaan kilang ini, kata Tan Chui Mui.
"Namun demikian, meskipun kilang nadir bumi ditutup, masih banyak lagi ancaman di negeri Pahang. Mampukah saya habiskan kesemua ini? Untuk menyelesaikan masalah alam, kita perlu menyelesaikan akta alam sekitar dan membanteras rasuah terlebih dahulu. Untuk menyelesaikan masalah akta alam dan rasuah, kita perlu menukar kerajaan dalam PRU akan datang. Untuk menukar kerajaan, kita memerlukan pilihan raya yang bersih," jelasnya.
"Pokoknya, matlamat saya adalah untuk menukar kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang. Memadailah jikalau kita sampai ke peringkat itu. Saya nak membikin filem, bukan terlibat dalam gerakan sosial."
Ketika diwawancara MerdekaReview melalui email, Tan berkata bahawa dirinya tahu projek ini sejak dua tahun yang lalu, yang mana kebanyakan informasinya datang daripada kakaknya. Beliau telah berpindah ke Beijing pada tahun lalu, dan tulisan Lee Chean Chung, menjadi sumber maklumatnya dalam isu ini. Lee Chean Chung ialah kolumnis MerdekaReview, juga Ketua Ranting Air Putih dan Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota Parti Keadilan Rakyat.
Tan Chui Mui kembali ke tanah air dari Beijing pada awal September 2011, berjumpa dengan ahli jawatankuasa "Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas". "Secara jujur, saya amat terharu. Penduduk Kuantan sudah biasa dengan kehidupan yang tenteram, malah bersikap dingin terhadap politik. Kini mereka berubah menjadi aktivis sosial yang bersemangat tinggi dalam masa sekelip mata, dari rakyat jelata yang tenang hidup mereka. Malah ada yang bersedia untuk berjuang berhabis-habisan demi mempertahankan Kuantan. Keadaan ini gagal dibayangkan setahun sebelum ini."
Ketika ditanya sama ada seseorang karyawan perlu berprihatin terhadap masyarakat, Tan berterus-terang, "Jawapannya boleh jadi 'perlu' atau 'tidak perlu'. Ia bergantung kepada bagaimana kamu mendefinisikan 'karya' dan 'masyarakat'. 'Keprihatinan masyarakat', kononnya, sentiasa menjurus kepada karya yang abstrak, yang mengutamakan ideologi. Ada kalanya ia menjadi alat propaganda sebaliknya, malah meracuni fikrah manusia."
"Saya mengangap apa yang paling berharga untuk seseorang karyawan, adalah menjadikan manusia hidup umpama manusia. Saya suka karya yang mudah, menyentuh hati orang secara langsung. Sememangnya, ia mungkin berakhir dengan keprihatinan terhadap masyarakat," katanya, yang menganggap dirinya tidak memiliki keprihatinan terhadap masyarakat.
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal. Foto Tan Chui Mui dibekalkan dirinya. |
Penangguhan pelaksanaan cukai 6% hanya untuk PRU 13? Posted: 12 Sep 2011 04:21 AM PDT Mohd Rafizi Ramli
Walaupun saya berasa lega dengan pengumuman syarikat telekomunikasi bahawa kenaikan harga prabayar akibat cukai 6% akan ditangguhkan, kita juga perlu berhati-hati dengan pengumuman ini. Adakah ini bermakna penangguhan ini hanyalah sehingga Pilihanraya Umum ke-13 dipanggil untuk memenuhi permintaan Perdana Menteri?
Saya juga tetap berpendapat bahawa cara Najib Razak menangani kemarahan rakyat akibat kenaikan harga tersebut memberi isyarat yang salah kepada golongan niagawan. Ketika ini, saya pasti banyak syarikat lain yang turut menjalankan amanah mengenakan cukai perkhidmatan mengikut undang-undang akan mula merasa bimbang kalau-kalau mereka mendapat panggilan dari Pejabat Perdana Menteri meminta mereka menanggung cukai tersebut.
Najib Razak mempunyai peluang untuk memperbaiki imejnya sekiranya beliau ada keberanian untuk mengumumkan pengecualian khidmat telekomunikasi prabayar yang digunakan oleh majoriti golongan berpendapatan rendah dan orang muda dari dikenakan cukai perkhidmatan 6%. Ini akan membawa kepada penurunan kos telekomunikasi yang lebih kekal dan menyumbang mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.
Dengan pengecualian cukai perkhidmatan 6% itu, syarikat telekomunikasi tidak ada pilihan lain kecuali menurunkan tarif panggilan bagi pengguna prabayar, kerana struktur kos panggilan prabayar selama ini sudah mengambil kira cukai perkhidmatan yang perlu ditanggung rakyat.
Perdana Menteri tidak perlu menunggu keputusan dari satu lagi makmal yang dikelolakan oleh PEMANDU yang menelan belanja besar, untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. Beliau hanya perlu menggunakan sedikit kebijaksanaan orang kebanyakan dan ini boleh dilakukan dengan mengecualikan khidmat telekomunikasi prabayar dari cukai perkhidmatan.
Penangguhan kenaikan kos prabayar ini adalah satu lagi bukti kuasa rakyat yang ditunjukkan oleh rakyat kebanyakan apabila ada proses timbang tara di dalam negara. Kehadiran Pakatan Rakyat yang berpengaruh di dalam Dewan Rakyat telah menguatkan suara rakyat menekan kerajaan dan merubah banyak dasar dan tindakan kerajaan yang salah sejak tahun 2008.
*Kenyataan media oleh Mohd Rafizi Ramli (gambar kiri) selaku Pengarah Strategi PKR. |
Khidmat seks RM180 disebalik rumah urut berlesen Posted: 12 Sep 2011 04:18 AM PDT WARKAH DAILY
KUALA LUMPUR: Walaupun ditekan operasi penguatkuasaan berterusan, perniagaan 'rumah maksiat' berselindung di sebalik pusat urut, urut refleksologi dan spa tetap laris, malah semakin bertambah seperti cendawan selepas hujan terutama di bandar baru.
Ini kerana perniagaan itu menjanjikan keuntungan berganda kepada pengusahanya manakala tukang urutnya dijanjikan pendapatan lumayan, bergantung kepada layanan kepada pelanggan.
Kebanyakan tukang urutnya yang terdiri daripada wanita warga asing berusia awal 20-an. Selain menawarkan urutan, kebiasaannya mereka turut menawarkan khidmat sampingan kepada pelanggan termasuk khidmat seks.
Wartawan Metroplus yang menyamar sebagai pelanggan di beberapa pusat urut di sekitar Lembah Klang mendapati di sesetengah lokasi, khidmat urutan batin dan khidmat seks disediakan tanpa berselindung.
Dalam kunjungan pertama di sebuah rumah urut di Kepong, seorang tukang urut dari Thailand berusia 25 tahun melayan kami dan bayaran yang dikenakan di antara RM50 dan RM90 sejam bergantung kepada khidmat diberikan.
Berikut temu bual wartawan bersama gadis urut itu dikenali sebagai Ling Ling yang mampu berbahasa Melayu:
Wartawan: Sudah lama kerja di sini?
Ling Ling: Baru dua setengah tahun.
Wartawan: Berapa gaji tauke bayar? Dia tu orang Malaysia ke Thailand?
Ling Ling: Tak mahal bang...Ada la, tapi bergantung pada pelanggan la. Bos saya orang Malaysia, tapi dia pandai cakap Thai.
Wartawan: Baguslah, selain urut tak de apa-apa ke...?
Ling Ling: Jangan macam tu bang... Saya tau bang punya maksud. Kalau mau tambah lagi RM50, tapi tak boleh *** Pegang-pegang saja boleh la.
Dalam perbualan dengan pengurus pusat urut itu yang berusia lewat 60-an, dia memberitahu menggaji enam wanita dari Thailand dan mereka pakar dalam urutan Thai.
"Mereka ada permit dan tak ada orang kacau kerana kami ada lesen sah. Malah, ramai yang datang ke sini untuk pulihkan badan mereka.
"You (awak) juga boleh datang bila-bila masa termasuk hari minggu kerana kita buka jam 11 pagi dan tutup jam 12 tengah malam," katanya yang turut mendakwa premisnya dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Dalam penyamaran ke sebuah pusat urut di Damansara Perdana pula, seorang tukang urut wanita Thailand berusia 26 tahun dikenali sebagai Ren berkata, di Bangkok, Thailand dia bekerja tujuh hari seminggu.
Menurutnya, upah urut biasa cuma RM40 tapi jika mahu melakukan hubungan seks, bayaran dikenakan ialah RM180. Sumber: hmetro.com.my |
Tan Sri Arifin Zakaria dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 12 September Posted: 12 Sep 2011 04:17 AM PDT WARKAH DAILY
KUALA LUMPUR: Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria (gambar) dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 12 September ini, menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang mencapai umur persaraan wajib 66 tahun pada tarikh berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Najib berkata, Tuanku Mizan juga memperkenankan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Hakim Besar Malaya menggantikan Arifin, manakala Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Md Raus Sharif dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang bersara awal.
Perdana Menteri berkata, semua pelantikan berkuat kuasa 12 September ini.
"Saya juga memaklumkan persaraan awal, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Presiden Mahkamah Rayuan, pada umur 65 tahun yang telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
"Kerajaan amat berterima kasih atas segala jasa beliau kepada badan kehakiman, khususnya dalam memimpin Mahkamah Rayuan," katanya dalam kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri semalam.
Najib juga berkata, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan kini berurusan dengan Istana Negara bagi menetapkan majlis penyampaian watikah pelantikan serta majlis mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan setia untuk hakim berkenaan.-Bernama |
497,691 calon UPSR bakal duduki peperiksaan Selasa ini Posted: 12 Sep 2011 04:12 AM PDT WARKAH DAILY Peperiksaan bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 akan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa ini.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran hari ini, seramai 497,691 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan melibatkan 48,560 petugas peperiksaan.
Semua calon diingatkan supaya merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung. -Bernama |
Gandingan mantap muka lama dan baru Posted: 12 Sep 2011 04:11 AM PDT BN Sarawak akan mengemukakan beberapa muka baru untuk digandingkan dengan muka lama dalam pilihan raya Parlimen akan datang.
KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengemukakan beberapa muka baru dalam senarai calon yang bertanding pada pilihan raya Parlimen akan datang. Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg berkata, calon-calon yang dikemukakan itu akan menghasilkan gandingan mantap antara muka lama dan baru untuk melahirkan pemimpin pelapis. Beliau berkata, pemilihan calon-calon ini juga mencerminkan persefahaman dan kesepakatan antara penyandang kerusi Parlimen yang memberi laluan kepada muka baru untuk meneruskan kesinambungan perjuangan parti. "Terdapat beberapa muka baru yang tersenarai sebagai calon pilihan raya Parlimen ini. Bagaimanapun, keputusan (senarai penuh) akan diumumkan oleh Pengerusi BN Negeri apabila tiba waktunya kelak. "BN juga mengalu-alukan hasrat anak Ketua Menteri, Dato Sri Mahmud Abu Bekir bertanding pada pilihan raya Parlimen akan datang jika beliau serius," katanya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Satok itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung calon yang akan bertanding dan tidak mempertahankan kerusi Parlimen. Sementara itu, Johari yang juga Menteri Pelancongan dan Warisan akan mengadakan lawatan ke Maldive bagi mempelajari cara kerajaan negara berkenaan membangunkan pulau-pulau mereka sebagai destinasi pelancongan terkemuka di dunia pada minggu depan. Menurutnya, deligasi kementeriannya itu turut disertai beberapa agensi berkaitan termasuk dari syarikat penerbangan. "Kerajaan negeri berhasrat untuk menjadikan pulau-pulau yang wujud di Empangan Bakun dan Batang Ai sebagai tarikan kepada pelancongan tempatan dan luar negara sama seperti di Maldive," katanya sambil membayangkan tempoh selama dua tahun diguna untuk membangunkan kemudahan asas atas tasik di empangan berkenaan. |
PRU13: Tukar kerusi ‘suka sama suka’ Posted: 12 Sep 2011 04:10 AM PDT Pertukaran kerusi banyak melibatkan PKR berbanding DAP dan keputusan itu akan dimuktamadkan oleh Pakatan Rakyat selepas keputusan dari negeri-negeri diterima. GOMBAK: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pertukaran kerusi dalam Pakatan Rakyat di beberapa negeri berdasarkan konsep 'suka sama suka' terutama melibatkan kawasan yang mempunyai pengundi campur. Menurut Tuan Ibrahim, pertukaran kerusi banyak melibatkan PKR berbanding DAP dan keputusan itu akan dimuktamadkan oleh Pakatan Rakyat selepas keputusan dari negeri-negeri diterima. Ujar beliau, antara negeri yang mengamalkan konsep itu termasuklah Negeri Sembilan, Pahang dan kebanyakan pertukaran kerusi melibatkan PKR manakala di Perak pula, pertukaran kerusi banyak dibuat dengan DAP. "Pertukaran kerusi suka sama suka ini berlaku di Negeri Sembilan, Pahang dan banyak tempat lain lagi. Bila dah negeri sudah bersetuju maka perkara ini akan dibawa dalam majlis Pakatan Rakyat. Namun pertukaran kerusi ini banyak melibatkan PKR. PAS dan DAP pula di Perak. Setakat ini pertukaran ini adalah perkara biasa apabila melibatkan kawasan yang mempunyai pengundi campur. "Walau bagaimanapun PAS Pusat masih belum menerima keputusan dari keseluruhan negeri-negeri. Ini memandangkan banyak tempat berlaku pertindihan dan parti lain rasa lebih berpotensi untuk menang. "Jika pertindihan itu tidak selesai maka kita akan bawa kepada majlis Pakatan Rakyat," katanya kepada FMT. Kerusi Bebas? Ketika ditanya mengenai kerusi diwakili oleh wakil rakyat bebas, beliau berkata Pakatan akan berbincang mengenai parti berpotensi untuk bertanding dikawasan terbabit. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata partinya tetap menghargai parti yang memenangi kawasan tersebut sebelum ini. "Kita akan bincang siapa yang berpotensi untuk menang memandangkan semua parti berminat, namun PAS menghargai parti yang pernah menang….bila ada wakil rakyat yang melompat parti maka ia akan beri sedikit kesan," jelasnya. Kerusi yang dimiliki wakil rakyat bebas merupakan kawasan parlimen seperti Bayan Baru dan Nibong Tebal (Pulau Pinang), Wangsa Maju (Kuala Lumpur), Kulim Bandar Baru (Kedah) dan Bagan Serai (Perak). Namun lima ahli parlimen itu kemudian bertindak keluar PKR dan mengisytiharkan diri mereka sebagai anggota 'konsensus bebas'. Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli berhubung kenyataannya mengenai isu Lynas yang disiarkan di TV3 pada Ogos lalu. Beliau menjelaskan Che Rosli hanya akan dipanggil memberi penjelasan dalam masa terdekat, namun tiada tindakan disiplin akan dikenakan terhadapnya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan