Khamis, 29 September 2011

bumiperak

bumiperak


Hudud: Mesyuarat majlis Pakatan Rakyat capai kesepakatan

Posted: 29 Sep 2011 08:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Sept. 2011 Keputusan menang-menang tercapai awal pagi tadi setelah 3 jam berlangsung mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Pejabat Agung PAS. Sidang media bersama yang diadakan kira-kira jam 1 pagi tadi dengan kehadiran oleh hampir semua pemimpim utama PAS, PKR dan DAP. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tidak menyertainya dan beliau diwakili oleh Exco kerajaan negeri Kelantan yang juga seorang peguam, Datuk Takiyudin Hassan.

Resolusi kata sepakat berjaya dicapai oleh pemuafakatan Pakatan Rakyat semalam untuk membenarkan PAS membuat penjelasan dan penerangan tentang undang-undang jenayah syariah termasuk hudud. Bagaimanapun pelaksanaannya akan bergantung kepada kejayaan untuk mendapat kata sepakat bagi meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ianya dilaksanakan.Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat juga menerima prinsip bahawa DAP tidak bersetuju dengan undang-undang ini ketika PAS dan PKR menghormatinya, namun ia tidak menghalang PAS untuk terus menerangkannya kepada masyarakat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media menegaskan "Kenapa kita mesti nafikan hak PAS untuk articulate isu ini, ini proses demokrasi…bukan Umno yang kontrol Pakatan Rakyat…kita hormati hak rakyat untuk membentangkan cadangan mereka. Nafikan PAS untuk articulate kes ini, ia tidak ada. Pakatan Rakyat menghormati inisiatif PAS untuk laksanakannya. Untuk melaksanakannya, ia perlu capai kata sepakat dan seterusnya pinda perlembagaan," kata Anwar.

Tambah Anwar hak untuk membentangkan isu ini seharusnya diterajui Pakatan Rakyat dalam proses demokrasi ketika konsensus menyebelahi Pakatan Rakyat, "Kenapa kita mesti nafikan hak PAS untuk articulate isu ini, ini proses demokrasi…bukan Umno yang kontrol Pakatan Rakyat…kita hormati hak rakyat untuk membentangkan cadangan mereka. Nafikan PAS untuk articulate kes ini, ia tidak ada." Anwar menegaskan, "Kita tidak boleh halang PAS untuk memberikan pandangan atau cadangan dalam atau di luar mesyuarat."

Dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ini bermakna semua pihak dalam Pakatan Rakyat boleh menyatakan pendirian mereka mengenainya secara terbuka. PAS dibenarkan secara rasmi untuk terus menerangkan undang-undang Allah ini di samping berusaha untuk melaksanakannya dengan syarat usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berjaya.

Kini persoalan yang perlu dijawab adalah, bagaimanakah caranya untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan undang-undang ini dilaksanakan?
Anggota Parlimen PAS akan menyokong. Begitu juga anggota Parlimen PKR, mereka juga akan menyokong berdasarkan keputusan semalam. Jelas juga, DAP menyatakan mereka tidak menyokong hukum ini.

Ini bermakna, berjaya atau tidak pelaksanaan undang-undang ini bergantung juga kepada kerjasama dari anggota Parlimen dari Barisan Nasional (BN) khasnya Umno. Pendek kata, undang-undang ini akan berjaya dilaksanakan kalau ia turut disokong oleh Umno kerana parti inilah yang mempunyai ahli paling ramai sekarang dalam Dewan Rakyat.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan mencadangkan agar diadakan satu muzakarah untuk meleraikan kekeliruan dan membetulkan persepsi negatif  yang timbul dalam masyarakat terhadap sistem perundangan Islam di negara ini. Selain itu PAS turut mencadangkan agar muzakarah ini dihadiri oleh para mufti dan Umno mewakili parti pemerintah.

"Muzakarah ini diharap dapat diadakan secara terbuka bagi memberi ruang luas kepada seluruh masyarakat mendengar pandangan semua pihak, bukannya tindakan sebelah pihak," kata Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

PAS mengesyorkan pandangan ini ketika negara menyaksikan kontroversi berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud. Kerajaan negeri Kelantan menggerakkan hasrat mahu melaksanakan hudud pada 1993. Islam sebagai sebuah agama yang ditegakkan di atas nas dan hujah, PAS melihat muzakarah adalah medan menambahkan ilmu dan maklumat secara sihat yang perlu diterima dan disokong oleh semua pihak, kata Tuan Ibrahim. Tegasnya, isu hudud bukan satu isu politik, tapi ia merupakan satu isu yang seringkali dihebahkan terutama menjelang pilihan raya.

"Sedangkan isu hudud merupakan isu yang menyentuh umat Islam secara langsung, dan ianya adalah tuntutan syarak bagi pemerintah untuk melaksanakannya," kata beliau.
KL-today/Harakahdaily

Tiada ulasan: