Selasa, 20 September 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


Gambar..aksi polis smackdown wanita berpakaian seksi

Posted: 20 Sep 2011 08:38 AM PDT


Seorang petugas Polis Taipei menghadapi pramuniaga mengenakan pakaian mini dan meminta pelanggan. Polisi memperingatkan bahawa dia terlalu seksi berpakaian. Namun pramuniaga tersebut mengabaikannya , polis menjadi marah. Polis yang beratnya 80kg mengangkat tubuh wanita tersebut 40 kg, lalu polis mengeluarkan jurus judo dari kakinya dan membanting ke tanah,wanita tersebut mengalami lebam di seluruh badan. Polis kemudian menangkap wanita tersebut dan membawanya ke balai polis..


Kekerasan polis terhadap pramuniaga itu tertangkap oleh kamera CCTV . Wanita tersebut marah kerana petugas telah menyakiti dia menggunakan kekuatan yang berlebihan,wanita tersebut mengatakan ke wartawan "Apakah ini anda melindungi dan melayani kami?! Kita semua sama tidak ada yang beda! "



Polis kelmarin telah menunjukkan bahawa pada pukul 9 pagi, seorang polis meronda menggunakan motosikal ketika dia melelalui sebuah jalan dia melihat seorang wanita berdiri. Polis itu mengatakan bahawa wanita itu mengenakan skrit mini lingerie, dan menghampiri ke kereta untuk mempromosi barang. bahkan berani membongkok di tingkap kereta, memperlihatkan seluar dalamnya ketika berbicara dengan pelanggan. Petugas itu merasa tindakan ini tidak layak dan menuduh wanita tersebut merosak kesusilaan masyarakat,lalu wanita tersebut marah dan mengabaikan teguran polis tersebut.



Melihat bagaimana wanita itu marah dan mengabaikannya , polis itu memperingatkannya bahawa dia telah menghina seorang polis. Tiba-tiba dia melepaskan semburan kata-kata kotor, yang semuanya terakam sebagai bukti. wanita tersebut kemudian mati-matian tidak mahu ikut polis tersebut.Saya sangat ingin melihat reformasi di negara ini dan ingin melihat negara ini bersih dari wanita-wanita berpakaian seksi begini kata polis itu.

sumber

ISA : Umno yang buat dan UMNO yang mansuh....bagus apa ?

Posted: 19 Sep 2011 10:27 PM PDT


"Sekonyong-konyong PMNajib menafikan pemansuhan akta rimba ISA bukan atas desakan Pakatan Rakyat tetapi atas janji beliau semasa naik jadi PM 2009. Apa hendak dihairankan dan diajaibkan. Bukankah kerja perjuangan UMNO selama ini menafikan hak orang lain?

Jangan hairan dengan perangai buruk UMNO!

Cuba lihat sejarah kemerdekaan. UMNO dengan angkuhnya mengaku merekalah pejuang kemerdekaan dengan menafikan tokoh-tokoh sebenar seperti Dr Burhanuddin Al Helmi, Pak Sako, Ahmad Boestaman, Ustaz Abu Bakar Baqir dan puluhan lagi.


Jadi, samalah dengan kes ISA. Tanpa segan silu, UMNO kata merekalah yang bertanggungjawab agar ISA dimansuhkan.


Sebelum inipun, juak-juak UMNO berdegar-degar kritik dasar Kerajaan Kelantan yang memberi cuti pada Hari Sabtu dan juga idea Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September sebagai Hari Malaysia dan cuti umum. Prof Zainal Kling mengkritik idea Anwar sebagai mengurangkan produtiviti negara.


Begitu juga idea Kerajaan Kelantan memberi cuti 60 hari kepada kakitangannya.Pada mulanya juak-juak UMNO pakat kritik dan hentam. Setelah 10 tahun, Kerajaan Pusat UMNo pun turut ikut langkah Kelantan.


Apapun bagus juga PMNajib dan juak-juak UMNO bermati-matian dakwa mansuh ISA sebagai idea mereka dan tanda "dengar" suara rakyat setelah "pekak badak" hampir 54 tahun. Juga bagus juga media barua UMNO tiap-tiap hari sensasikan isu mansuh ISA.


Mengapa bagus? Bagusnya kerana anak-anak muda yang selama ini tidak tahu ISA, akan buka Goggle Web cari apa itu ISA. Sama seperti isu Mat Indera. Daripada tidak tahu kisah Mat Indera, kini ribuan anak muda menjulang Mat Indera sebagai hero.


Selepas ini, anak-anak muda pasti tahu mengapa ISA yang diwarisi dari penjajah British ditentang habis-habis hingga Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya. Dan selepas ini, rumah Mat Shah Satray bakal dikunjungi oleh anak-anak muda untuk menadah telinga dengar kezaliman ISA belaan UMNO.

Terima kasih..terima kasih...terima kasih UTUSAN kerana tolong "gali lubang kubur" untuk UMNO !
sumber

GST Selepas PRU 13 : Pastikan Pengundi Tidak Pilih BN

Posted: 19 Sep 2011 05:02 PM PDT


Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LPAS) meminta pengundi tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang ( ke 13) bagi memastikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan. Ini ekoran komitmen Perdana Menteri dalam sebuah kenyataannya semalam bahawa GST akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat iaitu selepas PRU ke 13.

Dalam pada itu, LPAS berterima kasih kepada PM yang berani berterus terang kepada rakyat bahawa kerajaan akan melaksanakan satu lagi dasar yang akan mencekik darah rakyat. Dalam beberapa hari lepas, cukai 6% prabayar hendak dilaksanakan namun terpaksa ditangguhkan kerana bantahan rakyat. Penangguhan ini bukan bermaksud tidak dilaksanakan langsung, ia akan dilaksanakan juga. Paling selamat untuk dilaksanakan adalah selepas PRU ke 13, selepas rakyat digula-gulakan dengan segala macam janji manis.

GST adalah cukai barangan dan perkhidmatan. Nilainya adalah 4%, sedikit bagi mereka yang hidup mewah, tetapi amat menekan bagi golongan berpendapatan rendah. GST akan mengena pada semua lapisan masyarakat, tidak kira usia atau golongan. Sudah tentu yang mendapat laba besar adalah kerajaan sementara yang merana adalah rakyat.

Yang hairannya, Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai sumber. Daripada laut, bumi, hutan, pelancongan, pertanian, industri dan lain-lain lagi. Malaysia juga adalah pengeluar Petroleum. Berbanding dengan negara jiran seperti Singapura, sepatutnya Malaysia jauh lebih kaya dengan meninggalkan negara-negara yang tidak ada hasil bumi. Dalam keadaan demikian, masih banyak lagi cukai yang dikenakan kepada rakyat. Banyak lagi cukai baru akan diperkenalkan nanti. Pendapatan rakyat tidak pula bertambah. Dasar gaji minima yang diminta oleh rakyat untuk dipertimbangkan masih lagi tidak dipedulikan.

Justeru, LPAS meminta rakyat agar mempertimbangkan kembali sokongan kepada BN dalam PRU ke 13. Mengundi BN ibarat masuk ke perangkap yang akan menyiksa rakyat buat beberapa tahun lamanya. Sudah 54 tahun negara merdeka, dan sudah berbelas kali peluang diberikan namun BN tetap tidak berubah. Slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' adalah slogan retorik politik. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri. LPAS percaya, rakyat Malaysia semakin cerdik untuk menilai suasana politik dalam negara. LPAS mengharapkan PRU ke 13 kali ini adalah titik perubahan untuk rakyat Malaysia. Bebaskan Malaysia dari (BN) Beban Negara!

Disediakan oleh;

YB UST.MOHD FIRDAUS JAAFAR

Pengerusi


Tiada ulasan: