Ahad, 4 September 2011

.

.


Ulasan Isu

Posted: 04 Sep 2011 02:47 AM PDT

Politik Perut Buncit Otak Kempes Awang Adek

BEKAS bakal MB Kelantan yang kalah di dua kerusi Parlimen dan Dun dalam pilihan raya lalu mengatakan kerajaan Kelantan tidak mampu untuk mengatasi kesesakan jalan raya di Kelantan. Ini katanya kerana kerajaan Kelantan tidak ada perancangan untuk mengatasi masalah itu. Kita akui akan kesesakan jalan raya berlaku di Kelantan terutamanya setiap kali menjelang hari raya, atau cuti umum yang panjang. Kemuncak kesesakan ialah paa hari raya.

Kemasukan kereta luar meningkat berkali ganda berbanding hari biasa adalah puncanya. Pada hari raya anak-anak Kelantan yang berada di luar akan pulang ke kampung halaman. Kepulangan itu adalah tradisi rakyat Kelantan sekaligus menunjukkan orang Kelantan mengambil berat mengenai kampung halaman dan kaum keluarga di kampung. Kata orang sejauh mana selaung melauk akhirnya akan kembali ke lubuk juga.

Di sini tidak timbul soal kerajaan Kelantan tidak mampu atau pun tidak tahu merancang. Hakikat kerajaan Kelantan tidak mampu itu harus diterima. Peruntukan untuk membena jalan raya bukan sedikit. Pendapatan Kelantan yang bersumberkan hasil tanah dan hutan serta cukai tidak seberapa. Pendapatan itu hanya cukup membayar gaji pegawai kerajaan saja.

Kelantan memerlukan bantuan dari kerajaan pusat. Malangnya bantuan itu dinafikan atas permainan politik mundur ke belakang oleh Umno. Kelantan yang seharusnya mendapat peruntukan menurut semangat federalisme dinafikan. Kalau pun ada peruntukan yang diberikan ia tidak sepenuh seperti mana negeri-negeri lain.

Jalan raya yang sering mengalami kesesakan seperti Kota Bharu – Kuala Krai, Kota Bharu – Pasir Puteh, Kota Bharu – Tumpat adalah melibatkan jalan-jalan di bawah tadbir Persekutuan. Jalan-jalan ini dalam tanggungjang dan seliaaan JKR – Persekutuan. Kalau jalan ini menimbulkan masalah yang salahnya ialah kerajaan Pusat kerana pengabaidannya.

Awang Adek sebagai Timbalan Menteri Kewangan tahu akan hakikat ini. Sebagai anak Kelantan beliau tidak sepatutnya mengkritik – yang tidak memberi apa-apa kebaikan untuk rakyat negerinya sendiri. Sepatutnya beliau berusaha untuk memperbesarkan jalan berkenaan. Berikhitar dan menggunakan kuasanya selalu jemaah menteri kabinet. Wang royaliti Petronas yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan seharusnya dilepaskan untuk belanja membina jalan dan membangun apa-apa prasana lain.

Anihnya kenapa Awang Adek tidak mahu berusaha membawa peruntukan itu bagi mengatasi masalah keseskaan jalan raya. Dengan mengkritik kerajaan Kelantan ia tidak menyelesaikan masalah. Apakah kerana Kelantan hari ini di bawah Pas maka peruntukan perlu ditangguhkan? Sekali lagi kalau itulah pendapat dan pendekatan politik Awang Adek ia surut ke belakang. Ertinya politik Umno tidak dinamik dan progresif. Awang Adek dan pemimnpin Umno lain bukan mereka yang ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan.

Orang yang cuba memanipulasikan hak rakyat Kelantan untuk kemenangan diri sendiri adalah jenis munafik dan oportunis. Selamanya tindakan sebegitu tidak akan memberi kebaikan dan keuntungan kepada Awnag Adek dan Umno. Seharusnya Awang Adek belajar dari sejarah, bagaimana diskriminasi, penganiayaan kepada rakyat Kelantan telah menjahamkan Umno.

Satu masa dulu Umno mengamalkan dasar apartied di Kelsantan. Rakyat Kelantan yang memberi sokongan kepada Pas ditindas dan dijera dengan menafikan projek. Itulah adalah percubaan dan strategi ketika itu. Ternyata penindasan itu tidak memberi bekas. Sepatutnya Umno insaf bahawa kesan penindasan itu bukan saja terkena ke atas kepala orang Pas tetapi orang Umno juga. Umno sepatutnya ingat bahawa kurang 55 persatus lagi rakyat Kelantan adalah mereka yang menyokong Umno.

Biarpun rakyat Kelantan dijera begitu sekali tetapi ia tidak memberi apa-apa impak. Rakyat Kelantan tetap juga menyokong Pas dan menolak Umno. Umno kena kaji kenapa ini berlaku dan mereka perlulah mengubah pendekatan dan strategi politik.

Mereka sepatutnya membuang pendekatan lama yang diamalkan oleh pemimpin terdahulu. Jaras-jaras politik stail Annuar Musa hendaklah dibuang jauh. Bagai mana Annuar Musa semasa menjadi menteri dulu menafikan apa-apa pembangunan untuk Kelantan kecuali memewahkan kawasannya sahaja perlu dijadikan panduan. Walhasilnya kerana pendekatan sebegitu akhirnya Annuar sendiri dihukum oleh rakyat Kelantan dan termasuk rakyat Ketereh yang dimewahnya selama ini.

Awang Adek sewajarnya sedar akan sikap dan perwatakan orang Kelantan ini. Selagi Umno tidak mahu mengubah strategi dan tetap berpegang kepada stail lama maka selama itu Umno tidak akan menang.

Rakyat keantan adalah masyarakat yangh tahu menilai. Masyarakat yang bebas dan berdikari dalam kehidupan mereka. Apabila Umno tidak ikhlas dan mengkhianati mereka mereka akan membalas dengan kejamnya. Rakyat Kelantan tahu akan ketidakmampuan Kelantan seperti kata Awang Adek katakanm itu. Tetapi kenapa rakyat Kelantan tetap dengan Pas kerana mereka tahu akan keikhlasan dan kejujuran pemimpin Pas.

Kepada Awang Adek, Mustapa Mohamed juga dan lain-lain pemimpin ubahlah pendekatan kalau mereka mahukan rakyat menerima Umno. Buanglah stail lama. Politik diskiminasi, menganiaya orang lain ataupun hipokrasi jangan diamalkan lagi. Cubalah membuat anjakan dalam politik dengan bersikap profesional meletakkan demokrasi itu seadilnya. Jangan kerana tidak menang rakyat seluruhnya perlu dihukum.

Mereka yang tersekat di jalan raya berjam-jam di Kelantan itu bukan saja orang Pas dan PKR tetapi mereka juga termasuk orang Umno. Jadi jelas cara politik Awang Adek ia bukan menganiayakan orang Pas dan PKR tetapi turut menzalim orang Umno. Kalau begitulah cara berfikir Awang Adek maka jelas orang melihat perut Awang Adek saja buncit tetapi akalnya kempes.[wm.kl.5:52 pm 04/08/11]

Susupan Petang

Posted: 03 Sep 2011 08:14 PM PDT

Kematian Noramfaizul
Takdir Biasa Bagi Wartawan


TANPA prejudis - kemalangan maut yang menimpa jurugambar Bernama Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terkena peluru sesat di Somalia disambut demikian rupa. Upacara sambutan ketibaan jenazah di Subang laksana kepulangan jenazah seorang pejuang bangsa yang pergi untuk menghadapi petulang negara.

Sambutan dan peraian ke atasnya seolah Allahyarham seorang mujahid yang syahid.

Melihat peraiaan agak berlebihan dan ulasan-ulasan yang bernilai tinggi seperti wira sebenar negara ini oleh Perdana Menteri seolah-olah jurugambar itu telah berjasa besar kepada bangsa dan negara.

Pada saya sambutan dan simpati itu agak melampau. Walhal beliau pergi menyertai misi bantuan yang diuruskan oleh Kelab Putra 1 Malaysia saja yang dianggotai oleh Pemuda Umno. Misi yang disertai juga bukan misi perang mempertahakan watan dan agama tetapi misi kemansiaan - merakam gambar macam mana kelab Umno itu membahagi-bagikan makanan dan minuman.

Memang benar bantuan kemanusiaan itu adalah kebajikan tetapi tidak seharusnya atau apakah perlunya sambutan dan peraian jenazah itu sedemikian rupa. Bukan saja kelab Umno itu, NGO lain juga dan individu sudah berpuluh tahun melakukannya atas prinsip kemanusiaan dan mengharap polititical mileage. Kerja amal mereka tidak pun ditayang secara eksklusif di dalam tv atau media massa.

Inilah kali pertama saya rasakan kerajaan sendiri menyambut kepulangan jenazah seperti itu. Ia agak berlebihan bila mana sebuah saluran tv membuat liputan secara langsung. Perdana Menteri Najib Razak pula yang sedang bercuti di Perth, Australia bergegas pulang semata-mata ingin menyabut kepulangan jenazah berkenaan.

Sambutan dan penghormatan yang diberi dengan meletakkan bendera Malaysia di atas kerandanya seolah-olah jurugambar Bernama itu seorang pemimpin negara yang hebat.

Satu sudut ia tidak merasa pelik kalau dilihat kepada perangai negara ini yang masih baru dalam serba serbi. Peristiwa seorang rakyatnya berstatus jurugambar meninggal di luar negara secara tragis itu adalah pertama kali berlaku. Belum ada wartawan Malayisa mati diperang perang dalam menjalankan tugas membuat liputan. Sebelum ini sudah ribuan wartawan asing yang maut di medan perang.

Tetapi bagi keluarga Noramfaizal ia adalah malapetaka besar dan sejar buat mereka tidak dapat dinafikan.

Kerana itulah kematian pertama walaupun setakat pergi mengiringi pemuda Umno untuk ditonjolkan kepada rakyat kononnya Umno sedang melakukan tranformasi membantu rakyat, maka ia perlu dirai dan diberi pernghormatan sebegitu sekali. Tahap itu sajalah otak Umno akan mempolitikan apa juga keadaan.

Tenguk hal yang sama berlaku kepada rombongan misi kemanusiaan ke Gaza tidak lama lalu. Rombongan itu hanya kandas dan ditahan oleh tentera Isreal di atas kapal Mavi Marmara, tidak ada pun yang mati atau tercedera tetapi sambutan kepulangan mereka disambut hebat. Mereka juga dikalung dengan selepang dan dianggap sebagai pahlawan. Pahlawan apa?

Apalah mereka kalau dibanding dengan ribuan sukarelawan negara lain ada yang maut dimamah peluru Israel.

Kenapa ia berlaku demikian kerana ia ada kena mengena dan sangkut paut dengan Umno. Saya percaya kalau yang mati itu wartawan Harakah atau surat khabar Cina selain media kroni sambutan tidak sebegitu hebat. Kerana ia Umno... ertinya sambutan dan penghormatan itu bukan ikhlas tetapi ada motif politik di sebaliknya.

Selepas ini mungkin Allahyarham yang disifatkan sebagai wira sebenar negara ini akan dikurniakan darjah kebesaran yang akan membawa gelaran Datuk atau Tan Sri. Begitu juga berbagai bantuan dan sumbangan akan disalurkan bagi membantu anak-anak dan isteri Allahyarham.

Beginilah selalu berlalu dalam negara kita. Apa lagi menjelang pilihan raya maka sesuatu takdir yang biasa berlaku akan dipolis sebagai gah dan hebat. Kalau ada budak terjatuh basikal, atau petani terjatuh pokok kelapa pun akan dilawati oleh menteri dan perdana menteri. Semuanya kerana hendak bermuka-muka.

Tragedi yang berlaku dan meragut jurugambar itu perlu diambil iktibar oleh semua pihak khususnya Kelab Putra 1 Malaysia yang sering mengheret para wartawan mengikuti merakam kegiatan kebajikan demi politiknya. Abdul Azez Rahim perlu rasa bersalah dan insaf atas apa yang berlaku. Rasa seronok dan bermega kerana sumbangan dalam misi manusia hendaklah dikikis. Mungkin takdir yang menimpa jurugambar Bernama itu untuk memberi pengajaran bermakna buat Azez dan Umno.

Apapun secara peribadi saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan terimalah kematiannya sebagai satu takdir yang telah ditentukan Allah. Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati! [wm.kl.1:50 pm 04/08/11]

Dari Kawasan Ke Kawasan

Posted: 03 Sep 2011 07:10 PM PDT

Menghisab Nasib Ibrahim di Pasir Mas

APABILA berbicara soal politik Kelantan orang tidak akan lepas dari memperkatakan ahli politik bernama Inchek Ibrahim Ali atau di kampungnya orang 'kelo' – panggil Mustapa. Tanpa menyebut nama Ibrahim Ali politik Kelantan tidak akan lengkap. Kehadiran beliau dalam kelir politik Kelantan samalah dengan Pak Dogol, Wak Long atau Wak Yah dalam wayang kulit. Watak-watak ini dilihat remeh dan melucukan dalam budaya klasik itu tetapi mempunyai signifiken tersendiri.

Betapa pun sedap dan menarik babak wayang kulit, atau hebatnya Seri Rama bertarung dengan Bota atau Hunuman Kerta Putih, tetapi ia tidak lengkap kalau tidak ada campur tangan Pak Dogol, Wak Long atau Wak Yah. Mereka adalah badut keramat dalam wayang kulit. Demikian juga dengan Ibrahim Ali dalam kelir politik. Ibrahim adalah badut keramat dalam politik.

Suka atau tidak suka dia menghidupkan senario politik Kelantan. Menjadi bahan sejarah dan monumen politik yang senantiasa dikaji. Wataknya bervariasi dalam hal ini. Warnanya melebihi warna pelangi. Berbelang-belang macam rimau dan boleh menyalinkan warna badan macam chemeleon – pak ka. Ada kalanya dia menjadi watak penyelamat dan ada kalanya dia menjadi watak pengacau dan samseng. Kedua keadaan itu boleh dipengaruhi olehnya. Di sinilah kegeligaan Ibrahim yang dikaitkan sebagai seorang ahli politik yang tidak mementingkan moral dan maruah dan 'temooh' - melampau mementingkan kemenangan dan glamour.

Bila sebut Ibrahim jelumu atau kubunya ialah di Pasir Mas. Di sinilah dia bermula dan di sinilah dia mencipta sejarah dan di sinilah dia merasai kepedihan dalam sepak terajang politik. Pasir Mas menjadi kloni membesar, mematang dan mencatat kejayaan buatnya. Pasir Mas senonim dengan diri Ibrahim Ali. Mungkin juga di bumi limbahan logam emas inilah bakal menjadi liang lahad kepada dunia politiknya.

Ibrahim telah meletakkan Pasir Mas sebagai buminya. Dia telah mencangkan begitu dan mempedaya orang Kuala Lumpur. Dia terperasaan dirinya bersinar macam emas. Kerana itu banyak orang menduga Pasir Mas adalah kubu kuatnya. Kawasan survial politiknya. Benarkah begitu?

Bagi mereka yang hanya mendengar dakwaan Ibrahim dan melihat kejayaannya akan meraskaan bahawa Pasir Mas sebagai kubunya. Tetapi kalau didekati dan membuat analisa keputusan serta melihat kepada pengaruh sebenarnya, mungkin tanggapan itu boleh dipersoalkan. Pasir Mas bukan negeri mutlak Ibarahim. Dan diri Ibrahim sendiri tidak secerah kilau emas.

Hakikat ini akan terjawab apabila dilihat kepada keputusan-keputusan pilihan raya (kerusi Parlimen) di Pasir Mas yang melibatkan Ibrahim Ali.

Ibrahim telah bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas sebanyak enam kali dan sekali di kerusi Dun Pengkalan Pasir dalam pilihan raya kecil. Daripada tujuh pertandingan itu Ibrahim menang tiga kali dan kalah empat kali. Secara aggragete kedudukan Ibrahim 3 – 4.

Kali pertama beliau menang ialah pada tahun 1986 untuk kerusi Parlimen Pasir Mas mengalahkan calon Pas Zakaria Ismail dengan kelebihan undi sebanyak 3,376. Ibrahim memperolehi 15,279 undi manakala Zakaria mendapat 11,903 undi. Untuk adil mungkin tidak perlu disebut saat itu Pas Kelantan dalam keadaan lemah yang memudahkan Ibrahim menang.

Pada tahun 1990 sekali lagi Ibrahim menang atas tikit Semangat 46 dengan majoriti lebih besar sebanyak 9,290 undi. Beliau menewaskan Hanafi Mamat dari BN. Beliau memperolehi 20,066 undi manakala Hanafi mendapat 10,776 undi.

Dalam pilihan raya 1995 Ibrahim yang bertanding atas tikit BN tewas kepada Zainuddin M Nor muka baru dengan kekurangan undi sebanyak 3,216. Ibrahim mendapat 19,394 undi manakala Zainuddin mendapat 19,394 undi.

Pilihan raya tahun 1999 sekali lagi memperlihatkan Ibrahim yang bertanding atas tikit BN 'tertumuh makan tanah' kepada calon Pas Ismail Nuh. Ismail menang dengan mendapat majoriti besar 8,292 dengan mengutip jumlah undi sebanyak 23,967 manakala Ibrahim mengutik sebanyak 15,575.

Kekalahan berterusan dialami Ibrahim dan paling teruk ialah pada tahun 2004 apabila beliau bertanding atas lambang bebas – bersendirian. Dalam pertandingan tiga penjuru itu di antara calon Pas Ismail Nuh, calon BN Abdul Rahim Abdul Rahman, Ibrahim mampu mengutip undi sebanyak 6,198. Ismail yang mengutip 17,526 undi menang dengan majoriti 1,251 undi manakala Abdul Rahim meraih 16,275 undi.

Seperti dikatakan tadi Ibrahim seorang yang geliga dan bermuka 'bobon' dalam politik. Kekalahan berturut-turut sebanyak tiga kali itu ditebus dengan kemenangan dalam pilihan raya 2008 lalu atas tikit Pas penuh bergaya. 'Congik cakdong' politiknya berjaya membodek Pas untuk memberi lambang kepadanya. Cerita macam mana Ibrahim membubuh cenduai kepada Pas akan dikisahkan dalam catatan lain.

Hasilnya Ibrahim menang dengan majoriti besar menyamai kemenangan semasa bertanding atas lambang Semangat 46 1990 dulu, dengan mendapat majoriti 8,991 undi. Ibrahim mendapat sebanyak 28,673 undi mengalahkan calon BN Ahmad Rosdi yang mendapat 19,682 undi.

Melihat kepada keputusan-keputusan itu yang merekodkan jatuh bangun politik Ibrahim itu, kini timbul persoalan bagaimana nasib Ibrahim pada pilihan raya akan datang. Apakah beliau akan mencipta sejarah sebagai seorang politik paling canggih dengan mencatat kemenangan atas berbagai lambang atau pun pilihan raya tahun depan bakal mempusarakan Ibrahim dari politik?

Di sini saya tidak mahu meramalkan apakah Ibrahim akan bertanding atas bebas atau pun kembali mencium semula punggung Umno. Ibrahim boleh dan sanggup melalukan apakah saja demi survial politik dirinya. Dipercayai beliau akan menggunakan pengaruh Dr Mahathir Mohamad untuk 'memaksa' Najib memberi laluan kepada Ibrahim. Alasan akan digunakan kalau Nik Aziz sedia bagi laluan kenapa tidak dengan Najib? Dalam percaturan ini Najib dilihat sangat mudah untuk 'disim salbimkan' oleh Ibrahim.

Bagaimana pun apa yang dapat dirumuskan berpandukan keputusan enam pilihan raya itu membayangkan bahawa pengaruh peribadi Ibrahim di Pasir Mas bukan sebesar yang digembur-gemburkan. Bagi melihat pengaruh atau kekuatan Ibrahim sebenar perhatian kepada pencapaian (prestasi) kepada dua pilihan raya disertainya. Pertama pilihan raya 1990 semasa bersama Semangat 46 bergabung dengan Pas di mana Ibrahim bertanding atas lambang Semangat 46, dan kedua dalam pilihan raya lepas (2008) apabila Ibrahim diberi laluan tanpa 'bai'ah' atas lambang bulan.

Dalam kedua pilihan raya itu Ibrahim berjaya meraih majoriti hampir 10,000. Tahun 1990, majoritinya 9,290. Manakala tahun 2008 majoriti yang diraihnya sebanyak 8,991. Pertandingan Ibrahim atas lambang BN tahun 1986 beliau hanya mendapat kurang separuh dari jumlah itu iaitu sebanyak 3,3376. Ini bererti kombinasi Ibrahim dengan Pas dan Semangat 46 cukup menyakinkan dan memang besar. Sementara kombinasinya dengan Umno sangat lemah.

Dalam erti kata lain dapatan itu menunjukkan bahawa kemenangan besar Ibrahim di Pasir Mas adalah atas bantuan dan simpati 'musuhnya' - Pas dan Semangat. Pertandingan atas tikit bulan BN juga menunjukkan pengundi atas pagar di Pasir Mas turut sama menyokongnya. Pengundi bebas sedia menyokong Ibrahim sekiranya beliau bertanding tidak atas lambang dacing.

Selain dari itu keputusan tujuh kali pilihan raya itu juga menjelaskan pengaruh atau kekuatan sebenar Ibrahim Ali. Adalah tidak benar kalau ada pihak mendakwa pengaruh peribadi Ibrahim mencecah belasan ribu.

Untuk mengetahui berapa ramai pengaruh peribadi Ibrahim boleh dilihat kepada jumlah undi yang dipunggut pada pilihan raya tahun 2004 dimana beliau bertanding atas calon bebas - bersendirian. Keputusan ini adalah realistik. Dalam pilihan raya itu beliau hanya mengumpul sebanyak 6,198 undi saja, iaini tidak sampai separuh daripada jumlah undi dikutip oleh calon Pas Ismail Nuh dan calon BN Abdul Rahim yang mendapat 33,801 undi. Pilihan raya itu menyebabkan Ibrahim hilang wang pertaruhan.

Secara specifiknya pengaruh peribadi Ibrahim untuk Dun Permatang Pasir hanya 415 undi saja. Angka ini didapati apabila Ibrahim meraih jumlah itu dalam pilihan raya kecil Dun Pengkaslan Pasir yang mampu dipunggu 415 undi saja. Secara mudahnya pengaruh atau kekuatan Ibrahim untuk ketiga-tiga Dun yang meliputi Parlimen Pasir Mas (Chetok, Pengkalang Pasir dan Tendung) hanya sekitar 1,500 hingga 3,500 sahaja, di mana kalau dijumlahkan kekuataannya sekitar 6,000 undi saja atau kira-kira 10% daripada 59,640 jumlah pengundi berdaftar tahun 2008.

Paluan gendang dan gong serta salakan mengatakan Ibrahim mempunyai kekuatan peribadi sehingga belasan ribu itu hanya ilusi saja dan mungkin angaka-angka itu turut dicampur dengan bayang-bayang angka yang dapat dilihat itu sekitar 6,000.

Tegasnya sukar untuk Ibrahim Ali mengekalkan kerusi Pasir Mas dalam pilihan raya akan datang. Sama ada beliau diberi laluan bertanding atas tikit BN sekalipun, kemenangan untuknya sangatlah tipis, setipis kulit bawang di belah tujuh. Apa lagi kalau beliau bertanding atas tikit bebas berlambangkan payung sekali lagi tindakan itu adalah satu tindakan 'harakiri' baginya. Ibrahim hanya boleh menang sekiranya kesemua calon yang akan mengemukakan kertas pencalonan nanti ditolak oleh SPR. [wm.kl.10:10 04/08/11]

Susupan Petang

Posted: 03 Sep 2011 04:37 AM PDT

Khairy Lebih Baik Jaga Kerusi Rembau
Dari Bercakap Soal Komunis


KETUA Pemuda Umno yang tidak diiktiraf oleh Mahathir Mohamad turut tumpang semangkuk untuk mencari publisi murah akan menganjurkan ceramah jelajah negara untuk membelasah Mohamad Sabu mengenai isu komunis.

Khairy Jamaluddin akan menganjurkan Pentas Patriot bagi menjelaskan tentang sejarah gerakan komunis di negara ini. Keperluan itu katanya perlu kerana kenyataan Mohamad Sabu itu telah mengguris hati polis dan tentera di negara ini.

Betulkah begitu? Sejak Mat Sabu mengeluarkan kenyataan itu tidak terdengar pula oleh saya komen dari pihak polis dan tentera di negara ini. Yang ada hanya sesetengah orang-orang Umno saja yang bertindak lebih sudu dari kuah. Sepatutnya Ketua Polis dan Ketua Turus Angkatan Tentera yang awal bangun membidas Mat Sabu.

Dalam program ceramah jelajah negara itu kata Khairy dia akan undang polis dan tentera untuk berceramah sama. Untuk apa? Apakah tidak cukup dengan unit pidato pemuda Umno? Nampak caranya semacam menantu bekas PM empat tahun tiga bulan semacam sengaja nak tarik dan heret polis dan tentera ke atas pentas politik pula.

Saya rasa program Pentas Petriot itu tidak penting sangat dan perlu diadakan. Kalau Khairy bermaksud dengan program itu hendak tunjukkan pembelaan kepada parti ia sesuatu yang sia-sia. Apa lagi kalau bertujuan untuk mencari populariti.

Polimek mengenai sejarah bukan perlu dipolitikkan. Kalau Khairy ikhlas mencari titik temu lebih baik adakan perdebatan (dialog) dengan Mat Sabu secara terbuka. Masing-masing mengemukakan fakta dan mempertahankan hujah masing-masing. Cara itu yang terbaik bukannya menjelajah negara mempengaruhi rakyat supaya membenci Mat Sabu dan Pas.

Kalau Khairy sedia untuk berdebat dengan Mat Sabu mengenai isu ini saya sedia menjadi penganjur. Bagi tahu saja pada bila-bila masa saya akan uruskan.Tajuk perdebatan ialah "Siapa sebenar perjuang kemerdekaan dalam konteks Melayu?"

Kalau benar hendak cari kejernihan dan kebenaran bukan bertempik dan memaki hamun Mat Sabu atas pentas tetapi berbincang dan berhujahlah di meja perdebatan secara tertib. Biar orang ramai menilai segala hujan dan bukti yang diberikan kedua pihak, baik Umno maupun Mat Sabu. Perdebatan di pentas politik akan memburukkan keadaan dan tidak banyak manfaat untuk Khairy sendiri.

Menurut Khairy juga program itu bagi menjelaskan sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan negara ini kepada anak-anak muda. Sebenarnya generasi baru tidak begitu kabur sangat mengenai sejarah. Sebaliknya yang kabur Khairy sendiri. Sebagai orang yang banyak menghabiskan masa di luar negara dan hidup dalam kepompong bangsa penjajah Khairy tentu tidak mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Makanya sebelum beliau bertindak hendak menjelaskan hal itu kepada orang lain Khairy sendiri perlu memasuki perpustakaan semula bagi mengkaji dan mencari mana wira sebenarnya dalam memperjuangkan negara. Sejarah yang dibaca oleh Umno tentulah berbeza dengan sejarah sejati perjuang kemerdekaan. Umno sebagai parti yang dilahirkan oleh Inggeris sampai kapan un tidak akan menerima wira perjuangan kemerdekaan yang sejati itu.

Untuk Khairy janganlah buat kerja sia-sia kerana ia membuang masa saja. Lebih baik anda memastikan kedudukan di Rembau itu tidak tergugat kerana apa yang diketahui kini nama Khairy sudah tidak ada dalam senarai calon UBN untuk pilihan raya ke-13 nanti. Kalau dengan rancangan itu Khairy mengharap kedudukan di Rembau akan kekal ia satu tindakan sia-sia saja.

Elok daripada bercakap soal sejarah yang sifatnya subjektif itu Khairy berusaha menyakinkan Najib dan Rosmah macam mana beliau perlu dicalonkan lagi di Seremban. [wm.kl.7:40 pm 03/08/11]

Tiada ulasan: