Jumaat, 30 September 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pelakon Video Seks Cina Ini Tidak Harus Jadi Calon PRU

Posted: 30 Sep 2011 12:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata penggantinya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bukan seorang "calon yang boleh menang" kerana skandal seks 2007 melibatkan bekas menteri kesihatan itu akan menjadi liabiliti besar bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

Dr Chua (gambar), yang menewaskan Ong pada pemilihan ekoran krisis dalam parti 18 bulan yang lalu, tidak mengesahkan sama ada akan bertanding meskipun minggu ini mengumumkan beberapa pemimpin tidak akan diturunkan pada pilihan raya umum kali ini.

Khabar angin tersebar sejak Februari lalu bahawa Ong juga akan digugurkan daripada bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.


Kata Ong, skandal seks Dr Chua akan terus menghantui presiden MCA dan juga BN.

"Adakah beliau calon yang boleh menang? Saya tidak melihat rakyat Malaysia boleh terima beliau.

"Memang beliau mahu bertanding. Beliau berkata lima bahagian mahu beliau bertanding dan ramai termasuk diri beliau akan berkata bahawa salah laku atau tindakan tidak bermoral bukan alasan untuk menafikan beliau hak untuk bertanding," katanya lagi.

Kata Ong, jika Dr Chua bertanding ia akan menjadi ujian asid berhubung nilai diri seseorang



Hudud - Pakatan Telah Hadiahkan Peluru Baru Untuk Umno

Posted: 29 Sep 2011 11:03 PM PDT

Aku juga turut sedih dengan keputusan MPP berkaitan hudud. kalau diteliti PR berada diposisi yg cukup selesa memandangkan beberapa orang kuat Kristian bertaraf Bishop menyokong perlaksanaan hudud untuk orang2 Islam.

Sokongan juga datang dari bukan Islam melalui Kelab Penyokong PAS walaupun baru beberapa tahun berdamping dengan PAS.

Ini menunjukkan potensi yg besar dimasa depan. Apabila Najib terpaksa akur dengan tuntutan MCA dan gabungan dalam BN dan menjamin untuk TIDAK melaksanakan hudud, umumnya terutama masyarakat Islam /Melayu yg selama ini menyokong umno/BN mula memandang serong kepada UMNO.


UMNO dilihat akan rebah dengan isu ini. Malangnya kesempatan terbaik yg dicetuskan oleh Tok Guru Nik Abd. Aziz untuk meraih undi melayu/Islam yg selama ini memberi undi kepada BN disia siakan oleh PR akibat penolakan dari DAP sedangkan untuk menawan Putrajaya undi2 melayu/Islam yg selama ini mengundi umno/BN amat2 diperlukan.

Apakah hanya undi cina dan bukan cina yg akan menjadi penentu PR kePutrajaya harus dikaji semula? Sudahlah sejak sekian lama UMNO melalui para pencacai2 upahan seperti media massa menjaja PAS diperalat dan menjadi kuda tunggangan DAP mendapat tempat dihati melayu/Islam ,Kini setelah MPP bersidang dan DAP menolak hudud seolah olah peluru baru pula diberi kpd UMNO utk menyerang PAS yg dilihat andaian UMNO itu benar bahawa PAS telah tunduk kepada DAP.

Dengan penolakan DAP, UMNO boleh bernafas lega seolah olah diberi nafas baru. Kini UMNO berjaya pula menggabungkan 60 persatuan ekonomi melayu dibawah satu bumbung untuk menjadi pendesak kepda kerajaan dalam isu2 ekonomi melayu.Nampaknya makin kaburlah harapan PR ke Putrajaya kerana habuan dunia amat sukar ditolak oleh manusia.

Kini perjuangan UMNO/BN dan DAP pada dasarnya dilihat sama dalam isu hukum Islam. Jadi tidak mustahil jika DAP boleh bekerja sama dengan umno/BN dimasa depan dan menggantikan MCA yg rata2 telah ditolak oleh masyarakat cina.



Ulama Belaan Umno Pulak Bercakap Tentang Hudud

Posted: 29 Sep 2011 07:56 PM PDT

YDP Yadim: Muslim tentang hudud ciptaan parti gilakan kuasa

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Aziz Jamaludin Mhd Tahir berkata, masyarakat Islam hanya membantah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa memerintah, bukannya "menentang hukum hudud yang sebenar."

"Setiap orang Islam tidak menentang hukum hudud yang sebenar, tetapi yang ditentang sekarang ialah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa untuk memerintah," kata beliau (gambar) yang merujuk kepada usaha PAS sejak hampir dua dekad lalu.

Dalam menginterpretasikan hukum hudud, katanya, "kita sebenarnya harus memisahkan antara hukum hudud yang digariskan oleh al-Quran dan hadis, dengan hukum hudud yang digubal oleh yang mempunyai kepentingan politik semata-mata."


Dalam tulisan di Utusan Malaysia keluaran hari ini, Aziz berkata, keadilan hukum hudud yang hendak dibawa PAS juga boleh dipertikaikan jika prosedurnya tidak adil, keterangan yang diberikan bercanggah dan penyiasatan tidak lengkap.

"Undang-undang tetap dianggap tidak adil jika cara melaksanakannya tidak dijalankan seadil-adilnya. Umpamanya dalam menjatuhkan hukuman rejam. Sebelum hukuman dijatuhkan, ia perlu diadili dengan sebaik-baiknya," kata beliau.

Katanya, "kita menyokong niat baik mereka untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah keislaman, tidak hanya menggunakan undang-undang yang dikatakan Islam sahaja."

Aziz berkata, untuk mencapai keadilan yang diharapkan bukanlah mudah kerana ia perlu kepada pelaksanaan yang betul. "Prosedur, keterangan-keterangan serta penyiasatan semuanya mesti betul," katanya lagi sambil menambah, "ia bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dengan mudah."

"Contohnya hukum hudud seperti yang pernah dikemukakan oleh kerajaan PAS Kelantan yang dikatakan tidak dapat memberi keadilan.

"Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan dikatakan tidak mencerminkan hukum syarak yang sebenar," katanya.

Oleh itu kata beliau, dilema yang ada ialah dari segi perundangannya.

Selain Kanun Jenayah Syariah II 1993, kata beliau, Kelantan juga mempunyai Kanun Jenayah Syariah 1985 yang memperuntukkan beberapa kesalahan sama dalam undang-undang yang lama dan baru.

Keadaan itu menurut beliau, menimbulkan kekeliruan kerana kerajaan Kelantan membenarkan kedua-dua bentuk hukuman jenayah syariah terbabit kerana kedua-duanya kekal sebagai undang-undang.

"Contohnya, adakah orang yang disabitkan dengan kesalahan dalam undang-undang pertama juga boleh dihukum berdasarkan undang-undang kedua?

"Selain itu, jika terdapat undang-undang baru, adakah undang-undang yang lama akan terbatal?" kata beliau lagi.

Dari segi perundangan juga, tambah beliau, undang-undang bagi jenis-jenis kesalahan dan bentuk hududnya sudah terkandung dalam Kanun Keseksaan. "Contohnya, melakukan pembunuhan atau kesalahan dalam melakukan kecederaan. Ia menimbulkan masalah kerana hanya satu kesalahan, tetapi terdapat dua atau tiga undang-undang bagi kesalahan sama," katanya lagi.

Menurut Aziz, keadaan itu menimbulkan kesulitan kerana mengikut undang-undang negara, mencuri merupakan satu kesalahan.

Katanya, kerajaan Kelantan turut membuat undang-undang sama bagi kesalahan mencuri.

"Kebiasaannya, hanya satu pemakaian undang-undang bagi sesebuah negara. Persoalannya, adakah seseorang yang didakwa berdasarkan hukum hudud boleh terlepas daripada Kanun Keseksaan? Persoalan inilah yang perlu dijelaskan," katanya lagi.

Aziz menambah, keindahan dan keistimewaan undang-undang Islam akan dapat dinikmati apabila tertib keutamaan maslahah seperti memelihara keperluan asasi, memelihara kepentingan manusia dalam keperluan sampingan dan memelihara keselesaan dan keharmonian hidup, dijadikan ukuran untuk menggubal undang-undang yang bertepatan dengan roh syariah yang menegakkan keadilan.

"Dari segi ruang lingkupnya pula, maslahah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kepentingan awam, kepentingan orang kebanyakandan kepentingan orang perseorangan.

"Keutamaan maslahah ini harus dipelihara mengikut yang sewajarnya dalam pembinaan hukum dari semasa ke semasa," katanya.

Aziz menambah, undang-undang yang didasarkan kepada kepentingan atau maslahah yang kebelakangan, tetapi bercanggah dengan kepentingan dan maslahah yang lebih utama bukanlah undang-undang islamik kerana tidak dapat mencapai matlamat dikehendaki oleh syariat Islam.

Dipetik dari Malaysia Insider



Haiwan-Haiwan Dalam Umno..

Posted: 29 Sep 2011 05:53 PM PDT


Sumber disini



Bukan DAP Penghalang Utama Hudud - Tuan Ibrahim

Posted: 29 Sep 2011 05:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Susulan mesyuarat Pakatan Rakyat kelmarin, PAS menegaskan yang menghalang pelaksanaan hukum hudud adalah Umno bukannya DAP — rakan komponen dalam perikatan mereka berusia tiga tahun.

Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS mengakui DAP mempunyai pandangan berbeza dalam soal pelaksanaan hudud dan pendirian mereka dalam tidak menyokong sistem perundangan syarak.

"Akan tetapi, ini bukanlah perkara pelik kerana mereka bukan beragama Islam dan tiada tuntutan syarak ke atas mereka," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


"DAP berpendapat ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, di mana kes-kes jenayah mesti berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil, bukan di mahkamah Syariah.

"Mereka juga berpendapat enakmen ini memerlukan pindaan Perlembagaan bagi menguatkuasakannya," katanya.

Oleh itu kata Tuan Ibrahim, jelas yang menghalang ialah Perlembagaan Persekutuan yang dimomok Umno selama 54 tahun dan bukannya DAP.

"DAP tidak menyokong kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan," kata Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim menambah, PAS memperakui perlunya bidang kuasa mahkamah syariah diangkat bagi menepati tuntutan syarak dalam pelaksanaan sistem perundangan ini.

"Namun, ruang dan bidang kuasa kerajaan negeri yang telah meluluskan enakmen ini juga perlu diperakui dan diiktiraf. Situasi ini amat berbeza dengan Umno yang beragama Islam dan mempunyai kewajipan syarak dalam melaksanakannya," katanya lagi.

Pesuruhjaya PAS Pahang ini juga berkata, Umno yang mengaku dirinya Islam dan telah diberi kuasa pemerintahan selama lebih 54 tahun sepatutnya mesti bersedia memikul tanggungjawab ini untuk menyediakan negara ke arah kesediaan untuk melaksanakan hukum Allah.

"Ini bukan. Umno masih mengatakan negara masih belum mampu melaksanakannya. Ini jelas mencerminkan kegagalan Umno dalam memastikan pelaksanaan syariat Allah di negara ini," tambah beliau.



Tiada ulasan: