Blog-list Malaysia |
- Nik Aziz: ‘Saya jamin hudud tidak libatkan bukan Islam’
- FUCK UTUSAN!!! 黃明志幹五毒散
- Pakatan tolak undang-undang ganti ISA
- Letupan di Empire Gallery libatkan saluran gas
- Berapa jumlah pengundi klon?
- TERKINI - Empat cedera letupan pusat beli-belah Empire Gallery
- Terkini - Letupan di Empire, Subang Jaya. 4 org cedera.
- Kristian Lebih Celik Agama Berbanding Mukhriz
- Media perdana bakal manipulasi kenyataan Puad
- Hudud - Mukhriz Mahathir Ternyata Jahil Tentang Islam.. Kesian..
- Kenapa Ketua Polis bimbang BN kalah dalam PRU-13?
- Umno Menfitnah Lagi.. SEKS Lagi.. Hehehe
- Profesor Kangkung - 'Golongan kiri pejuang, tapi tak sehebat Tunku'
Nik Aziz: ‘Saya jamin hudud tidak libatkan bukan Islam’ Posted: 27 Sep 2011 11:40 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 Sept — Dilihat sebagai usaha berterusan mahu meyakinkan bukan Muslim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memberi "jaminan" undang-undang hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam. Mursyidul Am PAS ini berkata undang-undang itu yang diusahakan sejak 17 tahun lalu untuk dilaksanakan di Kelantan hanya meliputi masyarakat Islam. "Saya memberi jaminan jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, ia tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam sebab hanya meliputi umat Islam," kata Nik Aziz dalam mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini. Ia merupakan mesej ketiga daripada Nik Aziz sepanjang satu minggu ini, yang dilihat mahu meyakinkan bukan Islam mengenai hukum hudud. Pendirian itu diketengahkan pada hari kepimpinan Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk mengadakan mesyuarat berhubung isu tersebut selepas DAP dan PAS bertembung dan bertegas dengan pendirian masing-masing. Mesyuarat Pakatan Rakyat akan berlangsung di ibu pejabat PAS di sini, malam ini. Pada 24 September lalu, Nik Aziz meminta bukan Muslim memberi pandangan jujur sama ada mereka akan bersetuju jika undang-undang itu dilaksanakan. "Perbincangan terbuka, kepada rakan-rakan bukan Islam yang dihormati, adakah anda akan bersetuju jika hukumam hudud dilaksanakan? "Sila berikan pandangan anda mengenai perkara ini, tanpa prejudis, sentimen politik dan emosi," kata Menteri Besar Kelantan dalam mesej terdahulu. Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS berusaha untuk melaksanakan undang-undang ini sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994 ketika pentadbiran Mahathir. Isu itu berkembang semula sebagai kontroversi minggu lalu Nik Aziz menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam. Sebelum ini Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu. Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia. Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan satu kenyataan minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi ia tidak dibincangkan oleh Pakatan Rakyat. Minggu lalu, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu. |
Posted: 27 Sep 2011 10:58 PM PDT |
Pakatan tolak undang-undang ganti ISA Posted: 27 Sep 2011 10:52 PM PDT Pakatan Rakyat tidak akan menerima sebarang undang-undang untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mahu dimansuhkan oleh kerajaan, kata timbalan presiden PKR, Azmin Ali. Pendirian Pakatan, tegasnya, adalah jelas, iaitu mansuhkan ISA sepenuhnya dan tiada undang-undang baru menggantikannya. Bercakap selepas satu forum awam malam tadi, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata, Pakatan bersedia untuk membantu kerajaan dalam mendraf rangka kerja pasca-ISA. Azmin berkata pihaknya akan menunggu respon kerajaan terhadap tawaran kerjasama tersebut. Penalis forum mengenai pasca-ISA itu ialah ahli parlimen Subang, R Sivarasa; profesor undang-undang, Abdul Aziz Bari, dan penganalisis politik, Wong Chin Huat. Ditanya mengenai "rangka kerja" tersebut jika ia bukan undang-undang untuk menggantikan ISA, Azmin berkata, pakatan akan membentangkan cadangannya untuk reformasi pasukan polis. Menurutnya, pasukan polis yang berwibawa akan mampu bertindak menangani ancaman keselamatan negara tanpa memerlukan tahanan tanpa bicara. |
Letupan di Empire Gallery libatkan saluran gas Posted: 27 Sep 2011 09:48 PM PDT SUBANG JAYA, 28 Sept — Letupan di kompleks membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi tadi dipercayai bermula di bahagian bawah tanah bangunan yang baru itu dan melibatkan saluran gas, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar. Empat orang cedera dalam kejadian itu. Bangunan itu beroperasi tahun lalu. "Kami belum dapat memastikan punca letupan tetapi kemusnahan adalah teruk, menjejaskan tempat letak kereta dan banyak kedai di bahagian bawah kompleks dan juga aras atas," kata beliau kepada pemberita di tempat kejadian. "Pasukan forensik kami masih menyiasat. Kami tidak dapat masuk di beberapa bahagian pusat (membeli-belah)... kerosakan sangat teruk dan kawasan itu telah disita," katanya lagi. Rashid mengesahkan bahawa panggilan diterima sekitar pukul 3.45 pagi tadi bahawa terjadi satu letupan di kompleks itu. Menurut beliau, empat orang cedera dalam letupan iaitu dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan satu pasangan. Kedua-dua pengawal keselamatan itu yang terperangkap di bahagian bawah tanah telah dihantar ke hospital kerana mengalami kecederan ringan. Daryl Chua, 27, dan teman wanitanya Hibbie Tan, 23, kedua-duanya eksekutif jualan juga telah dihantar ke hospital tetapi dibenarkan keluar hospital kemudian. Ketika ditemui kemudian, Chua memberitahu pemberita bahawa dia sedang berjalan bersama teman wanitanya ke arah kios bayar fi letak kereta, yang terletak beberapa langkah dari kedai Starbucks kira-kira 3.30 pagi dan mendengar letupan. "Sebelum itu kami berada di La Bodega untuk makan malam dan kemudian berlepak di luar kereta. Tiba-tiba kami mendengar letupan semasa hendak ke kios... macam dalam filem. Saya ingat (letupan) bom," katanya lagi. Chua berkata, ekoran letupan itu dia terjatuh dan tercampak beberapa meter dan mengakibatkan lecet di bahagian tangan. Katanya, dia juga dengar bunyi kaca berkecai dan melihat runtuhan bangunan selain bunyi siren keselamatan premis, menyebabkan dirinya panik. "Dan, kemudian saya nampak api. Keseluruhan bahagian depan kompleks rosak sama sekali. Saya ingat saya sudah mahu mati," katanya lagi. Apabila keadaan reda sedikit, Chua berkata, dia membantu Tan yang tergeliat untuk ke kawasan yang selamat dan memaklumkan mereka yang lalu lalang dan penduduk kawasan berhampiran berkejar ke lokasi kejadian. Keretanya, Volkswagen Golf GTI berwarna hitam rosak teruk. |
Posted: 27 Sep 2011 08:24 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 Sept: Dewan Pemuda PAS mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengemukakan hasil siasatan ke atas dakwaan wujudnya pengundi klon atau pemilih yang mempunyai kad pengenalan 'palsu'. Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berkata, sehingga kini tiada sebarang penjelasan berhubung perkara itu biarpun banyak pihak telah mengemukakan bukti wujud parkara tersebut. Beliau mengulas pengumuman SPR semalam bahawa suruhanjaya itu telah mengeluarkan sebanyak 69,293 nama daripada rekod pemilih berdaftar antara Julai hingga 15 Sept lalu setelah disahkan meninggal dunia. Selain itu, dalam tempoh berkenaan, SPR juga telah memotong 1,068 nama pemilih berdaftar yang disahkan telah dilucutkan kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Malah SPR juga menyatakan 50 ribu lagi pemilih sedang di siasat lanjut. "Yang disemak dan dibuang hanya yang meninggal dunia dan yang dilucut kewarganegaraan. "Kita juga nak tahu berapa pula yang digugurkan kerana memiliki kad pengenalan klon yang boleh menyebabkan mereka mengundi lebih sekali," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Mengulas 50 ribu nama pemilih yang didakwa sedang disiasat SPR itu, Suhaizan berkata beliau yakin sebilangan besarnya adalah pengundi klon yang pernah didedahkan mereka. Menurutnya, SPR tidak boleh berdalih dalam perkara tersebut kerana Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad Wan Omar sendiri pada 24 Julali telah mengakui bahawa terdapat kad pengenalan klon atau palsu dalam daftar pemilih sah SPR. Antara soalan yang memerlukan jawapan telus SPR seperti berikut : - Berapa banyakkah kad pengenalan lama dimiliki oleh lebih daripada satu identiti pemilih? - Berapa ramaikah pemilih berkembar?(Memiliki nama pemilih yang sama dan kad pengenalan yang 83% adalah sama) - Berapa ramaikah pemilih yang berkod negara "71" yang telah digugurkan? Kejayaan rakyat Sementara itu, beliau yang juga ketua pemuda PAS Johor menyifatkan pengumuman oleh Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria semalam sebagai kejayaan rakyat yang selama ini mendesak agar daftar pemilih dibersihkan. Ianya termasuk desakan besar-besaran rakyat melalui tuntutan dalam Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu dan beberapa pendedahan berterusan oleh pelbagai pihak selepas itu. "Persoalannya apakah SPR akan melaksanakan pemutihan secara intensif tanpa sebarang desakkan daripada rakyat," soalnya. "Pemuda PAS penuh yakin bahawa pemutihan ini tidak akan berlaku tanpa tekanan yang kuat daripada rakyat. Tahniah rakyat Malaysia," katanya. Lebih besar ujarnya, pendedahan terbaharu SPR itu telah menempelak penafian Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof pada 19 hb Ogos lalu bahawa kemungkinan kesilapan dalam daftar pemilih SPR hanyalah 0.0001 peratus sahaja. Ini kerana jumlah pemilih yang digugur dan di siasat adalah 120,361 daripada 12.3 juta pemilih iaitu 0.98 peratus bukannya 0.0001 peratus seperti yang didakwa. |
TERKINI - Empat cedera letupan pusat beli-belah Empire Gallery Posted: 27 Sep 2011 07:16 PM PDT SUBANG JAYA, 28 Sept — Empat orang cedera dalam letupan di pusat membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini. Menurut saksi persekitaran di lokasi kelam-kabut dengan anggota polis, ambulans dan bomba kelihatan di kawasan kejadian. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar mesej menerusi Twitter pagi ini dan berharap penduduk kawasan berhampiran selamat. Adun Subang Jaya Hannah Yeoh juga berada di kawasan kejadian, katanya. Pusat membeli-belah itu dibuka tahun lalu. Kompleks membeli-belah itu terletak tidak jauh dari Lebuh Raya Persekutuan dan turut menempatkan hotel. Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Mohd Khairi Daud dipetik berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar. Usaha membantu dan menyelamat turut disertai anggota dari balai bomba berdekatan. Laporan Star Online menyebut letupan berlaku di kedai Starbucks. Letupan dilaporkan berlaku sekitar 3.45 pagi di aras bawah dan turut merosakkan dua tingkat atas kompleks itu serta menyebabkan kerosakan ke atas beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian. Siasatan awal menunjukkan letupan terjadi di luar kompleks itu dan melibatkan saluran gas. Laporan awal juga menunjukkan dua pekerja Nepal terperangkap di aras bawah tanah tetapi telah diselamatkan dengan kecederaan kecil. Dua lagi yang melalui lokasi kejadian turut dibawa ke hospital dalam ambulans. |
Terkini - Letupan di Empire, Subang Jaya. 4 org cedera. Posted: 27 Sep 2011 05:20 PM PDT Dipetik dari twitter MB Khalid Ibrahim dan YB Hannah Yeoh Khalid_Ibrahim Letupan di Empire, Subang Jaya. 4 org cedera. Disiasat polis & bomba. YB @HannahYeoh bertugas di sana sejak 5am. Doakan keselamatan penduduk 3 minutes ago · reply · retweet · favorite I thank God it did not happen during business hours, otherwise casualty would have been severe. Most impressed with bomba, risking their lives to go in and check. Respect. OCPD and OCS also there coordinating. |
Kristian Lebih Celik Agama Berbanding Mukhriz Posted: 27 Sep 2011 05:13 PM PDT Kristian: Sokong Hudud selagi hak orang bukan Islam dihormati Walaupun MCA dan Gerakan telah mengutuk PAS kerana menyatakan semula keinginan untuk memperkenalkan hukum hudud di Kelantan, pemimpin-pemimpin Kristian berpendapat bahawa tidak ada silapnya dengan rancangan tersebut. Ini adalah kerana semua pengikut bagi mana-mana agama sepatutnya digalakkan berusaha untuk menguatkan lagi pegangan mereka, selagi mereka tidak mengganggu hak orang lain. "Perkara yang paling penting adalah untuk memastikan bahawa hak mereka yang berbeza agama dilindungi sepenuhnya. Oleh itu apa salahnya dengan perlaksanaan hudud di Kelantan atau negeri lain pun?" beritahu Ramon Navaratnam, bekas presiden 'Transparency International' dan pemimpin Kristian, kepada Malaysia Chronicle. "Kita tidak patut mempolitikkan semua perkara terutamanya agama. Adalah perkara biasa bagi seorang Islam dan Kristian mahupun seorang penganut Buddha dan juga Hindu untuk berusaha mengukuhkan pegangan mereka seboleh mungkin dan ini sepatutnya digalakkan. Ia hanyalah salah apabila mereka tidak mengendahkan orang lain dan mula bertindak melampau di dalam perlakuan dan amalan. Selagi rakyat bukan Islam di Malaysia dilindungi sepenuhnya, penganut Kristian dan rakyat Malaysia amnya tidak seharusnya berfikiran cetek dan bimbang tanpa sebab yang munasabah." Kenyataan Ramon disokong oleh Dr Paul Tan Chee Ing, presiden 'Catholic Bishops' Conference of Malaysia'. "Saya berpendapat telah tiba masanya untuk membenarkan rakyat Islam di Kelantan, untuk melaksanakan hukum shariah asalkan rakyat bukan Islam dikecualikan daripada perlaksanaannya," kata Paul, yang juga merupakan ketua 'titular' Katholik di diocese Melaka-Johor. MCA dan Gerakan katakan TIDAK! Kenyataan pemimpin-pemimpin Kristian bercanggah dengan kenyataan presiden MCA dan Gerakan iaitu Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon, kedua-duanya membangkang keras, walaupun sebab-sebab mereka berbuat demikian tidak jelas. "Pegangan MCA sangat jelas. Kami bantah sekeras-kerasnya terhadap perlaksanaan hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA akan menarik diri dari Barisan Nasional – mudah sahaja. Pendirian kami amat jelas. Umno ingin melaksanakan hudud, MCA tidak akan bekerjasama, kami tidak akan terlibat," beritahu Soi Lek kepada wartawan pada hari Jumaat. "Malaysia adalah Negara yang majoriti penduduknya beragama Islam tetapi dengan minoriti penduduk bukan beragama Islam yang ketara. Asas perlembagaan Negara kita memulihara hak-hak masyarakat majmuk, dan kerana itulah undang-undang punitif adalah sekular dan melibatkan semua pihak. Kami tidak boleh mempunyai undang-undang berlainan untuk setiap lapisan masyarakat," kata Chang Ko Youn, timbalan presiden Gerakan di dalam kenyataannya. Bagaimana dengan hak-hak orang Islam? Walaubagaimanapun, seperti yang telah diutarakan oleh masyarakat Islam, kedua-dua ahli politik MCA dan Gerakan tersebut berkemungkinan melakukan apa yang mereka menuduh PAS lakukan - iaitu menghadkan hak-hak masyarakat lain. "Pernahkah MCA dan Gerakan mengambil kira perasaan masyarakat Islam? Hudud hanyalah untuk orang Islam. Kami mahu dihakimi dibawah hukum hudud kerana ingin menjadi pengikut yang taat. Mengapa MCA dan Gerakan mahu melarang? Undang-undang Syariah telah dipraktikkan di Negara kita dan ia tidak langsung melibatkan masyarakat bukan Islam, jadi mengapa takutkan hukum hudud?" beritahu Khalid Samad, ahli parlimen PAS Shah Alam kepada Malaysia Chronicle. Khalid juga mengecam Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana mengatakan Umno menyokong hudud tetapi Negara tidak bersedia untuk melaksanakannya. "Sebagai satu bangsa, kita masih belum bersedia untuk hukum hudud, itu benar. Ini adalah kerana kerjasama Umno dengan MCA dan Gerakan dan parti-parti komponen untuk memburukkan hudud, agar masyarakat bukan Islam dan juga segelintir umat Islam takutkannya. Jika Umno dan BN tidak mempolitikkan hukum hudud, mendidik masyarakat awam mengenainya adalah lebih mudah. Pemimpin-pemimpin agama tidak mempunyai masalah kerana mereka celik agama. Ahli-ahli politik yang memporak-perandakan keadaan," kata Khalid. Kelantan Hukum hudud merupakan salah satu cabang daripada undang-undang Islam yang melibatkan 6 kesalahan jenayah, dan ia amat digeruni kerana melibatkan hukuman seperti rejam sehingga mati, pemotongan anggota badan dan sebatan. 6 jenayah hudud adalah mencuri, merompak, berzina, fitnah zina, minum arak dan murtad. Dalam Pakatan, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang juga merupakan ketua umum PKR, menyokong hukum hudud dan Kelantan patut melaksanakannya selagi hak-hak masyarakat bukan Islam dilindungi sepenuhnya. DAP bagaimanapun tidak bersetuju dangan pendapat beliau. Keadaan dalam Pakatan bukanlah suatu yang baru dan ketiga-tiga parti telah menyatakannya berulang kali. Jika PAS ingin melaksanakan hukum hudud atau negeri Islam, ia perlu mempunyai majoriti yang mencukupi di peringkat negeri mahupun kerajaan persekutuan. PKR mahupun DAP tidak terikat untuk menyokong cadangan tersebut. Di Kelantan, PAS mempunyai majoriti yang mencukupi kerana hanya 10 peratus daripada penduduknya adalah bukan Islam. Akan tetapi, Nik Aziz Nik Mat , Menteri Besar Kelantan tidak berupaya berbuat demikian kerana kerajaan persekutuan di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengeluarkan surat melarang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Nik Aziz telah mencabar Perdana Menteri, Najib Razak untuk membatalkan surat tersebut, namun, tidak mendapat sebarang maklumbalas.- Malaysia Chronicle |
Media perdana bakal manipulasi kenyataan Puad Posted: 27 Sep 2011 07:40 AM PDT SHAH ALAM, 27 Sept: Kenyataan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Puad Zarkashi pada wacana 'Merdeka Wajarkah Sejarah Ditulis Semula' anjuran Sinar Harian hari ini bakal di manupulasikan oleh media arus perdana. Kenyataan tersebut mengaitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan peristiwa Memali yang menyatakan Anwar pernah mengatakan Ibrahim Libya adalah seorang penjenayah sewaktu di luar negara. Dr. Puad mengeluarkan kenyataan tersebut apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan adakah Ustaz Ibrahim Libya juga dituduh sebagai penjenayah sedangkan beliau hanyalah membantah tindakan kerajaan ingin menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Kalau perjuangan Mat Indera yang berjuang menentang penjajah British kita boleh katakan pemberontak sehingga melabelkan beliau sebagai komunis bagai mana pula kes Ustaz Ibrahim Libya. "Mengenai peristiwa Memali tidak perlu kita timbulkan kembali kerana ia menjadi sejarah hitam kepada penduduk kampung tersebut. Episod Memali menggambarkan orang kampung bersalah dan ini dimainkan oleh media sebelum ini. "Kes ini telah lama berlalu biarlah ia menjadi sejarah kepada negara ini yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang ramai, jika ia di timbulkan kembali oleh media arus perdana akan menyebabkan hati penduduk disana terguris, jadi untuk mengelakkan perkara sedemikian tidak berlaku lebih baik senyap," jelas Saifuddin. Tambahnya lagi, sekarang bukannya masa untuk tuduh menuduh diantara satu sama lain jika tidak mempunyai fakta yang tepat. "Sekarang bukannya masa untuk kita tuduh menuduh diantara satu sama lain apatah lagi tidak mempunyai fakta yang tepat. Jangan kerana Anwar di dalam PKR maka isu ini ditimbulkan kerana perkara itu berlaku sewaktu beliau di dalam Umno tapi itu belum pasti kebenarannya. "Kita tidak perlu meletakkan siapa bersalah samada Anwar, Tun Musa Hitam mahupun Tun Mahathir Mohamed kerana politik tuduh menuduh sudah berakhir. "Apa yang pasti peristiwa sedemikian tidak perlu berulang lagi," sambungnya lagi. Sementera itu, pakar Sejarah Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Ramlah Adam memberitahu peristiwa Memali itu perlu ada kajian lengkap. "Pengkajian yang perlu diteruskan dan mesti bersikap adil, ini bagi memberi satu kebenaran dalam peristiwa tersebut. "Kajian sejarah perlu diberikan penekanan oleh pihak tertentu agar budaya tuduh menuduh dapat dielak. "Saya bersetuju dan sekarang bukan masa untuk kita tuduh menuduh kerana yang paling penting mencari kebenaran disebalik peristiwa Memali," jelas Ramlah. Sebelum itu, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'. Peristiwa itu terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China |
Hudud - Mukhriz Mahathir Ternyata Jahil Tentang Islam.. Kesian.. Posted: 27 Sep 2011 06:45 AM PDT PAS Tunduk Kepada DAP Dalam Hukum Hudud: Mukhriz SUNGAI PETANI: Langkah Pas untuk tidak melibatkan masyarakat bukan Islam dalam hukuman hudud yang dicadangkan oleh kerajaan Kelantan menunjukkan parti itu tunduk kepada tekanan DAP, kata TimbalanPengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. Malah, katanya, ada kemungkinan Pas akan menarik balik cadangan untuk melaksanakan hukuman hudud seperti yang berlaku berulang-kali berlaku sebelum ini kerana DAP dilihat sebagai parti paling dominan dalam pakatan pembangkang terdiri Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat. "DAP tidak pernah kalah dalam sebarang tuntutan, desakan mahupun sebarang perselisihan ideologi yang wujud antara tiga parti komponen ini, malah hukuman hudud ini diperkatakan sejak berpuluhan tahun dahulu tetapi hingga ke hari ini ia masih tidak dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan raya Umno Bahagian Sungai Petani di sini, pada Selasa. Beliau mengulas laporan media tentang kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas bahawa hukum hudud yang dicadangdilaksanakan di Kelantan tidak akan melibatkan masyarakat bukan Islam. Hasrat Nik Aziz untuk melaksanakan hukum hudud itu mendapat bantahan keras DAP. Mukhriz berkata langkah melaksanakan hukuman berdasarkan undang-undang yang dalam agama kaum masing-masing adalah suatu tindakan yang tidak adil untuk dipraktikkan dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia. "Memberi hukuman yang berbeza-beza bergantung kepada agama seseorang itu dilihat sebagai tidak adil dan apa yang ditekankan berulang kali juga dalamAl-Quran ialah peri pentingnya kita bersifat adil dalam segala benda kitalakukan. Bayangkan sekiranya ada satu kesalahan yang dilakukan, orang Islamdikenakan hukuman potong tangan tetapi apabila berlaku kepada bukan Islam jauhlebih ringan," katanya. - BERNAMA |
Kenapa Ketua Polis bimbang BN kalah dalam PRU-13? Posted: 27 Sep 2011 05:56 AM PDT Apakah kewajaran Ketua Polis Negara yang secara terang-terangan menyatakan berpendirian beliau tentang kedudukan sebuah parti politik, Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang, padahal beliau merupakan penjawat awam yang memerlukan sikap profesional yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugasnya. Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (gambar) dilaporkan mengeluarkan pandangan secara terbuka bahawa kerajaan BN boleh kalah dalam pilihan raya umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik. Kenyataan seperti itu sepatutnya tidak keluar oleh seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat bukan kerana parti pemerintah. Apakah beliau tidak boleh membezakan antara parti politik dan kerajaan yang memerintah? Padahal beliau dibayar gaji melalui wang yang dimiliki rakyat keseluruhan, bukannya daripada ahli Umno-BN. Dipetik dari Harakahdaily, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pendirian Ismail Omar itu menampakkan sangat KPN itu berkhidmat untuk Barisan Nasional (BN) kerana memperlihatkan kebimbangan Umno-BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang. "Apa masalah kepada pasukan polis kalau BN kalah? Mengapa Ketua Polis Negara nampak risau sangat? "Saya harap sangat tidak ada kaitan dengan apa yang disebut oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) bahawa sudah jadi parti perasuah," kata Mahfuz. Mahfuz mempersoalkan, mengapa Ketua Polis Negara sibuk sangat sama ada BN menang atau kalah? "Kalau Ismail dah terlupa, rakyat perlu bangkit beramai-ramai untuk mengingatkannya bahawa tugas polis menjaga kepentingan negara dan rakyat, bukan menjadi suruhan BN dan menjadi pengawal keselamatan parti itu. "Polis sepatutnya dilihat tidak memihak," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menyifatkan Ketua Polis Negara itu memperlihatkan dirinya lebih Umno dari Umno. Mahfuz juga mempersoalkan apa perlunya pihak polis mengadakan sesi memerah otak, diskusi dan juga forum sehingga berbulan-bulan lamanya sebelum ISA dan lain-lain undang-undang darurat dihapuskan. "Adakah polis sudah mengambil alih tugas Jabatan Peguam Negara? "Kerja polis bukan menggubal undang-undang, kerja polis menguatkuasakan undang-undang," katanya. Sambil mengakui pihak polis boleh dipanggil untuk memberikan pandangan dalam penggubalan sesuatu undang-undang yang berkaitan dengan bidang kuasanya, Mahfuz berkata adalah pelik kalau Ketua Polis Negara pula yang nampak lebih sudu dari kuah. Beliau juga berharap Ismail mengurangkan kenyataan-kenyataan yang boleh memudaratkan dirinya sendiri. "Sekarang semakin ramai yang menuduh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kelihatan lebih tidak cerdik dari (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi). "Saya harap Ismail lebih berhati-hati agar beliau tidak popular dengan tuduhan tidak cerdik seperti Abdullah," katanya. -warkahdaily |
Umno Menfitnah Lagi.. SEKS Lagi.. Hehehe Posted: 27 Sep 2011 05:22 AM PDT PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik, Yaakob Sapari hari ini menafikan tuduhan fitnah oleh sebuah laman blog pro-Umno yang didakwa cuba memburukkan imej Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat beliau dan para stafnya. Klip video itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri 'Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam'. Namun menurut Yaakob, hasil siasatan mendapati video klip itu menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat yang jauh berbeza dengan Pusat Khidmat milik beliau. Beliau sekaligus menyangkal individu (pelaku) video tersebut adalah stafnya dan percaya jurublog terbabit cuba membuat tuduhan tidak bermoral ke atas warga kerja untuk memberi gambaran negatif kepada rakyat. Klip video "Blogger tersebut tidak bertanggungjawab dengan memuat naik klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah di dalam sebuah pejabat. "Akan tetapi hasil kajian dan siasatan yang telah dilakukan ke atas video tersebut menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat di dalam video tersebut berbeza dengan pejabat pusat khidmat yang sebenar," katanya yang juga Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor. Gesaan turut dibuat Yaacob agar BN dan Umno tidak lagi menggunakan politik kotor dengan menuduh pemimpin Pakatan Rakyat terlibat dengan skandal tanpa bukti jelas. Katanya tindakan sedemikian hanya untuk menganggu Pakatan Rakyat dan mengalihkan fokus rakyat terhadap isu yang lebih besar - Free Malaysia Today |
Profesor Kangkung - 'Golongan kiri pejuang, tapi tak sehebat Tunku' Posted: 27 Sep 2011 05:00 AM PDT Sejarahwan Profesor Datuk Ramlah Adam berkata, beliau mengakui sumbangan golongan kiri dalam menuntut kemerdekaan tetapi ia tidak sehebat sumbangan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. "Kita tidak nafi Burhanuddin Helmy pejuang kemerdekaan. (Ahmad) Boestamam, Zaba, Ibrahim Yaacob... Kita tidak pernah nafi. "Tetapi perjuangannya tidak begitu hebat macam Tunku," kata Ramlah yang disambut jeritan "boo" daripada sebahagian penonton yang hadir dalam forum "Wajarkah sejarah ditulis semula?" di Shah Alam hari ini. Kira-kira 500 hadir dalam forum anjuran Sinar Harian, rata-ratanya penyokong Pakatan Rakyat -- yang menjadikan majlis itu terganggu dengan sorakan dan laungan boo kepada ahli panel yang tidak digemari mereka. Dalam pembentangannya yang sering disampuk oleh penyokong Pakatan, Ramlah menekankan bahawa sejarah ditulis berdasarkan dokumen dan rekod sedia ada. Tambahnya, walaupun terdapat pelabagai tafsiran yang dibuat, terdapat "fakta keras' yang tidak dapat diubah, antaranya fakta bahawa Tunku bersama pemimpin MCA dan MIC terlibat dalam perundingan yang menghasilkan kemerdekaan. Ramlah bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada sejarah patut ditulis semula atau tidak. Turut menjadi ahli panel Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Puad Zarkashi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan sejarahwan Prof Datuk Mohamad Abu Bakar. Sementara itu, Mohamad pula berpendapat sejarah memerlukan renovation atau penggilapan semula ekoran tuntutan globalisasi dan pandangan yang subur dalam sistem demokrasi. Katanya, persoalan timbul apabila terdapat sesetengah pihak sahaja ditonjolkan dalam cacatan sejarah dan perkara itu menjadi tidak disenangi pihak lain. "Ada juga sumbangan golongan kiri dan agama. Ia perjuangan sebuah team. Bukan Shafiee Salee sahaja. Ada juga pemain lain yang jaga gol tetapi tidak dapat jaring gol," katanya membandingkan dengan perlawanan bola sepak. Sementara itu, Mohd Puad berkata, membicarakan persoalan sejarah tidak boleh bersikap apologetik kerana sejarah tetap sejarah. "Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menukar sejarah," katanya yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno. Beliau bagaimanapun menerima konsep mentafsirkan semula sejarah berdasarkan fakta empiris supaya ia lebih harmoni dan murni. Manakala Saifuddin pula berkata, persoalan persejarahan hendaklah berlangsung dengan keadaan penuh kebebasan kerana ia sesuatu yang sihat. Mengambil contoh polemik di Filipina, anggota parlimen Machang itu berkata, di negara itu walaupun ada pihak cuba mengetengahkan tokoh lain sebaris dengan tokoh kemerdekaan negara itu Jose Risal, "tiada ditangkap dan tiada dibicarakan di mahkamah". "Jadi, kebebasan ini tinggi nilainya kerana kamu belum tentu benar dan kami belum tentu salah," katanya lagi. Katanya, penggalian fakta baru itu penting bagi memahami situasi sebenar di sebalik sesuatu peristiwa, seperti dalam kes Mat Indera. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan