Jumaat, 9 September 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Sejarah Tipu Kita.. Malaya Tak Pernah Dijajah.. 31 Ogos Sambut Apa??

Posted: 09 Sep 2011 12:50 AM PDT

Zainal Kling: Malaya tak pernah dijajah

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.


"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya.


Majlis Profesor Kangkung Sahkan Hanya Umno Pejuang Merdeka

Posted: 08 Sep 2011 11:16 PM PDT

Majlis prof: Gerakan kiri bukan perjuangan merdeka

Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini menegaskan bahawa perjuangan gerakan politik kiri, termasuk komunis bukan perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu.

Sebaliknya ia dianggap "penderhakaan" kerana didakwa mahu menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik.

"Pada tahun 1930, Parti Komunis Malaya ditubuhkan di Singapura. Mereka menubuhkan Republik Demokratik Rakyat Malaya yang berkait dengan (fahaman) komunis.


"Cita-cita komunis tidak membebaskan Tanah Melayu daripada pentadbiran British yang dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

"Nasionalis (Melayu) yang ingin bersekongkol, bekerjasama dan bersubahat dengan komunis untuk menjadikan negeri republik komunis.

"Kita tidak menerima perjuangan mereka kerana mahu merampas kuasa secara tidak sah dan tidak legitimate," kata sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling dalam sidang media di Putrajaya pagi ini.

Sementara itu, kenyataan MPN yang diedarkan menyebut, perjuangan kiri tidak diiktiraf sebagai perjuangan kemerdekaan kerana berhasrat membawa Tanah Melayu menyertai projek Indonesia Raya.

Katanya, penentangan komunis terhadap Jepun pada awalnya - melalui Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) - pula dibuat kerana "amat marah dan malu" atas penaklukan Jepun terhadap China pada tahun 1937 hingga 1945.

"Mereka tidak berjuang demi kebebasan Tanah Melayu atau menegakkan negeri Melayu," kenyataan itu dipetik.

Malaysiakini


Anak mangsa Bukit Kepong akui Mat Indera selamatkan bapanya

Posted: 08 Sep 2011 10:11 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Anak kedua kepada anggota polis yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepong Allahyarham Yusoff Rono mengakui bapanya pernah diselamatkan oleh Ahmad Indera (gambar) atau dikenali sebagai "Mat Indera" ketika serangan enam dekad lalu itu.

Nazir Yusoff, 54, berkata arwah bapanya itu pernah menceritakan tindakan Mat Indera menyelamatkan dia ketika diacukan banet oleh seorang anggota komunis.

Nazir dipetik Sinar Harian hari ini berkata, tindakan tersebut disebabkan Mat Indera sudah mengenali bapanya yang pernah bersama-sama bekerja sebagai buruh di Pelabuhan Muar sebelum berkhidmat sebagai anggota polis, lapor The Malaysian Insider.


Dia yang kini menetap di Sungai Duyong, Kandang Melaka di Melaka berkata, menurut bapanya, selepas serangan pada 23 Februari 1950, Yusoff merupakan antara empat yang terselamat.

"Apabila pertempuran berhenti, bapa saya berada dalam himpunan mayat. Ketika anggota komunis membuat pemeriksaan, mereka dapati bapa saya masih hidup.

"Salah seorang anggota komunis mengacukan banetnya kepada bapa saya, sementara tiga lagi anggota polis yang terselamat berjaya terjun ke dalam sungai," katanya.

Nazir menambah, ketika itu bapanya cedera teruk setelah ditarik dari kubu di bahagian bawah, selain tangan kirinya patah terkulai terkena tembakan.

Sementara kaki kiri dan matanya turut cedera terkena serpihan bom.

"Ketika itulah, bapa saya didatangi Mat Indera. Disebabkan dia kenal bapa saya, dia menghalang komunis daripada membunuhnya dengan berkata 'yang sudah itu sudahlah' kepada anggota komunis berkenaan," katanya lagi.

Kelmarin, keluarga Mat Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, hari ini menuntut agar kerajaan membersihkan namanya - tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.

Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

"Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

"Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula," kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat.

Katanya, "saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya."

Dalam bab mengenai Mat Indera, penulisnya berkata, "pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negaera, membelakangkan ajaran Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan."

Mat Indera merupakan salah satu daripada 12 adik-beradik, dengan dua ibu. Mat Indera merupakan anak kedua ibu pertama manakala Baharom merupakan anak ketiga sebelah ibu kedua.

Baharom yang berusia enam tahun ketika tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh keluarga mereka, Mat Indera datang lewat ke lokasi kejadian semasa kejadian dan bukannya terlibat dalam serangan sejak awal lagi.

Katanya, Mat Indera datang ke lokasi kejadian bukan untuk bertempur, sebaliknya "datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat."

"Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah Yusof Rono, anggota polis dan Jamilah Abu Bakar, anak anggota Marin di Bukit Kepong. Saya difahamkan terdapat ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera," katanya.

Ketika ditanya berapa ramai diselamatkan, "yang selamat itulah yang diselamatkan... ramai."

Baharom berkata, Yusof sendiri ada mengaku kepadanya yang Allahyarham telah diselamatkan oleh Mat Indera.

"Saya sendiri jumpa dia di rumahnya di Bukit Kepong kira-kira 10 tahun lalu sebelum Yusof meninggal dunia... dia ada memberitahu saya diselamatkan oleh Mat Indera," kata Baharom yang bekerja sebagai anggota perkhidmatan tentera selama 10 tahun dan mengadakan bengkel sendiri selepas bersara pada 1980-an.


Umno, Najib Dan Duit Rakyat..

Posted: 08 Sep 2011 07:23 PM PDT

Ogos di Perth, Julai di Itali, Jun di Kazakh: Masa untuk Umno mengikat Najib

Tidak salah jika seseorang ingin melarikan diri dari kesibukan tugs harian dan mengambil cuti pendek untuk berehat dan bersantai. Waktu rehat dan beriadah perlu malahan penting bagi membentuk cara hidup sihat. Kenapa pula kecoh bila perdana menteri Malaysia melawat Australia untuk berehat bersama keluarga dan kawan-kawan?

Pertamanya, harinya ialah 31 Ogos, hari penting dalam kalender Malaysia kerana pada hari tersebut Malaysia merdeka dari koloni British.Dalam kata lain,ianya ialah Hari Merdeka. Keduanya, terdapat tandatanya siapa yang menaja percutian tersebut, adakah ia atas sebab peribadi atau sebab umum?


Tanpa ragu, tahun ini kerajaan menyambutnya pada 16 spetember berbanding smbutan besar2an termasuk perarakan pada 31 Ogos, bagi memperingati kemasukan Sabah dan Sarawak bagi membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.,bagaimanapun adalah menyalahi protocol sebagai seorang perdana Menteri jika secara senyap2 tanpa memberitahu rakyat kemana tujuan kamu.

Separuh benar dan rahsia


Kini terdapat kekecohan akibat hal tersebut yang menarik perhatian ramai pihak termasuk komuniti diplomatic luar. Cara pembantu-pembantu PM mengelak dan tidak memberitahu hal sebenar berbanding jawapan yang telus dan jujur apabila ditanya dimana PM sangat lah membimbangkan. Bukankah PM sesebuah Negara itu adalah seorang yang dikenali ramai?. Malah, ada seorang pembantunya memberitahu PM bercuti keluar Negara tetapi enggan memberitahu dimana dan kenapa. Seorang lagi, mugkin terlalu teruja,memberitahu PM berada di australi untuk rawatan fisioterapi atau pembedahan lutu,sebagaimana yang dilaporkan dalam beberapa blog?

Najib kelihatan boleh berjalan dengan baik ketika beliau akhirnya muncul di khalayak ramai pada hari Isnin. Jadi apakah sebab disebalik keputusan PM untuk menaiki jet peribadi kerajaan dan menuju ke Australia?

Alasan terbaru ialah beliau menyambut HariRaya yang jatuh pada 30 Ogos bersama pelajar-pelajar Malaysia di sana. Tapi adakah lapuran yang beliau bertemu pelajar-pelajar disana saja cukup untuk menjadi justifikasi terhadap penggunaan wang rakyat?

Bukan kita mengatakan bahwa anak-anak kita tidak pentin, tettepai ada sebab musabab yang lebih kukuh yang menunjukkan PM mengambil kesempatan dari wang rakyat untuk menghabiskan hanya 2 jam masanya untuk majlis umum,dan menghabiskan masa seminggu dengan bercuti.Bagi rakyat Malaysia, Najib menggunakan alasan urusan rasmi bagi kepentingan peribadinya.

UMNO perlu ambil tindakan disiplin


Hal ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana bekas perdana menteri terdahulu juga berkongsi kegemaran yang sama iaitu secara diam-diam ke luar Negara dengan duit rakyat. Sudah sampai masanya UMNO,partii politik terbsar membersihkan hal dalamannya, kerana ambil perhatian bahawa kesemua PM lepas adalah presiden UMNO. Jika UMNO gagal berbuat demikian, bagaimana nak mengharapkan rakyat mengundi calon nya dalam pilihanraya akan datang. Jika majlis tertinggi enggan bertindak maka rakyat dijangka terus mempunyai tangapan bahawa UMNo ialah parti paling korup di Negara ini, jika bukan dirantau ini.

Cuba renungkan.tahun 2006, bekas PM Abdullah Badawi menggunakan duit rakyag untuk percutian 6 hari ke carribean.ketika itu, dinyatakan 4 hari lawatan kerja ,tapi tiada yang kelihatan seperti lawatan rasmi kecuali beliau berucap di parmine St Vincent.seorang pemberita yang menyertai rombongan itu berkata ketika ke Jamaica,sebagai sebahagian dari lawatan tersebut, rombongan hanya berurusan dengan kemungkinan pelaburan Negara dalam explorasi tenaga dan projek pembinaan, manakala persinggahan PM di St Vncent ialah untuk berehat dari tekanan kerja.

Berita mengejut ini di siarkan dalam nota diplomatic US yang ditulis oleh misi di sini dan dihantr ke Washington. Satu lagi percutian secara rahsia yang bertopengkan lawatan kerja, dam rakyat menggelarkanPM ke 5 tersebut Mr Clean!

Era baru dimana ramai MP pemangkang yang memerhati


Sekarang, ramai pemerhati pembangkang yang memerhati dari segi kewangan, bukan hal mudah bagi pemimpin BN untuk melepaskan diri seperti masa lepas. Dan ini adalah perkembangan positif buat Malaysia.

Rakyat boleh harapkan sebarang lawatan PM ke laur Negara di teliti secara halus. Alasan seperti potensi kemasukan pelaburan tidak boleh diterima lagi tanpa butir2 terperinci.Lagipun, bagaimana lawatan-lawatan ini benar-benar membawa faedah kepada Negara?

Hal yang sama berlaku kepada kontrak2 besar komersil dan sector awam, dan lain-lain projek mega,terutama nya yang tiada tender terbuka.Kos sepatutnya dikaji secara terperinci.

Masa telah berubah,UMNO perlu bijak dan belajar menangani reality di Malaysia tahun 2010an.jika tidak, ini la sebabnya mereka selalu dituduh masih ditakuk lama,masih bermain denganpermainan perkauman dan keagamaan yang sensitif dan merbahaya.ini bukan hanya merbahaya kepada masyarakat, tetapi juga dikecam masyarakat civil dan dunia keseluruhannya.

Aussie in August, Europe in July, Kazakhstan in June

Satu kes yang ketara ialah rombongan mewah ke Vatican dalam bulan Julai. Lawatan Najib ke Eropah bermula di negland, dengan permaisuri seolah mengejinya kerana layanan buruknya terhadap rally Bersih yang menyeru kea rah pilihanraya yang bersih dan adil.kemudian beliau ke Vatican untuk memperkukuhkan hubungan dengan Holy See.Tapi sebaik saja beliau menjejakkan kaki pulang ke tanahair, beliau menghampakan harapan kearah hubungan baik Islam-Kritian dengan menghina Kristian.

Sehingga kini,persoalan masih berlegar adakah beliau dan isterinya Rosmah merancang ke Vatican supaya mereka boleh terus dengan rancangan percutian peribadi ke Itali dan Mediterranean?percutian ini berlangsung beberapa hari hingga beliau mendapat khabar timbalannya Muhyddin merancang mesyuarat peringkat tinggi dengan pemimpin2 UMNO bagi mmebincangkan bagaimana untuk mengurangkan salahlaku beliau dan menghalang dari kerosakan besar terhadap imej Negara.

Bila najib memendekkan cutinya, beliau mmeberi alas an rindu kepada tanahair dan berterima kasih kepada ROsmah kerana sangat memahami dan ikut serta pulang awal. Iya, satu lakonan hebat tapi tidak berakhir disitu saja.pada hari yang sama, seorang peguam Perancis, William Bourdon yang dijangka akan mendedahkan peranan pegawai atasan termasuk Najib dalam isu pembelian Scorpene telah diusir dari Kuala Lumpur sebelum dapat menghadiri jamuan makan malam dan siding media.

UMNO perlu bertanggungjawab terhadap pemimpin atau akan kehilangan sokongan

Apa kebaikan lawatan tajaan wang rakyat ke Perth kepada rakyat Malaysia? UMNO perlu bertanggungjawab terhadap masalah yang dibawa oleh presiden parti mereka terhadap Negara. Beliau mungkin ketua pada masa ini tapi parti jenis apakah UMNO ini? Diktator? Bolehkan Najib berbuat sesuka hatinya,walaupun melibatkan nama UMNO dan Malaysia yang akan buruk?Bukankah ini masa untuk UMNO mengkaji semua; jika Najib masih berbelanja besar, kepimpinan lemah dan penuh skandal?

Bukan kah sudah sampai masa UMNO bertindak,mungkin tindakan disiplin dengan surat untuk minta penjelasan berkenaan salah laku tersebut? Jika UMNO fikir ini adalah strategi politik negatf dari pakatan rakyat, maka siasatan dalaman dan minta saksi tampil ke depan.

Jika UMNO sebuah parti yg bertanggungjawab, ia akan berbuat demikian.Jika tidak,janga harap rakyat Malaysia atau orang melayu akan mengundi calon nya jika meraka yang berada di pucuk pimpinan tertinggi juga tidak boleh menjadi telus dan jujur,apatah lagi memegang pimpinan dalam Negara ini.

Yang kelakarrnya, pelajar Malaysia di Perth sangat marah bila kenyataan2 mereka di putarbelitkan supaya menggambarkan presiden UMNo terkini ialah seorang pemimpin yang hebat dan memberi inspirasi , supaya beliau dapat mengelak dari berbagai tuduhan di dalam Negara.Jika benar UMNO tidak dapat mengikat presidentnya, satu hal memalukan buat parti dan negara

Dipetik dari - Malaysia Chronicle


Fitnah - Utusan Dituntut Mohon Maaf

Posted: 08 Sep 2011 07:08 PM PDT

Satu notis tuntutan dikeluarkan kepada Utusan Melayu (M) Bhd dan editornya, meminta mereka menarik balik dan meminta maaf kerana menyiarkan satu artikel yang mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menyalahguna kuasa berhubung pembinaan sebuah lot parkir kereta di Bukit Bendera.

Penasihat undang-undang Lim, Jagdeep Singh Deo berkata, jika tuntutan itu tidak dipenuhi, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Utusan.

"Lim telah menafikan bahawa wujud sebarang penyelewengan atau salah guna kuasa berhubung perkara itu. Ini merupakan pernyataan fitnah berniat jahat dan serius yang ditujukan kepada anak guam saya," katanya di sini, Khamis.

Beliau mendakwa Utusan Malaysia telah menyiarkan artikel itu pada Selasa.




PRU-13: Putrajaya masih kaji guna sistem biometric

Posted: 08 Sep 2011 04:33 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Kabinet masih mempertimbangkan idea menggunakan sistem biometrik pada pilihan raya umum ke-13 meskipun ia telah memutuskan penggunaan dakwat kekal.

Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu tuntutan Bersih 2.0.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa sementara peruntukan bagi sistem itu telah diluluskan secara dasarnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan satu kajian secara komprehensif dan mengelakkan masalah-masalah berkaitan dengan sistem yang digunakan di Jabatan Imigresen sekarang.


"Perdana Menteri ada bercakap dengan SPR mengenai perkara ini. Dakwat kekal OK, tetapi Kabinet mahu lebih banyak masa untuk mengkaji semula sistem biometrik," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Katanya, tiada satu tempoh ditetapkan bagi sistem biometrik dikaji meskipun wujud spekulasi bahawa pilihan raya umum akan dipanggil dalam setahun ini.

Mandat semasa kerajaan berakhir pada April 2013 dan SPR sudah pun memulakan persediaan ke arah pilihan raya umum ke-13.

Difahamkan bahawa sekurang-kurangnya tiga syarikat membida untuk membekalkan sistem biometrik kepada SPR termasuk firma yang bekerja dengan Jabatan Imigresen.

Dua minggu lalu, SPR berkata ia sedang mengkaji untuk menggunakan kedua-dua sistem itu.

SPR sepatutnya menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum 2008, tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.


JAIS bertindak songsang sekat perkembangan Islam di Selangor?

Posted: 08 Sep 2011 04:21 PM PDT

Kenapa pelik sangat dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ni. Hari tu serbu gereja dengan alasan menghalang gerakan memurtadkan orang Islam di Selangor. Boleh la juga terima walaupun tiada bukti sahih ada usaha memurtadkan orang Islam sebab JAIS konon nak jaga kesucian agama Islam daripada diceroboh bukan Islam.

Tapi kenapa orang Islam yang mahu memberi kefahaman tentang Islam di surau dan masjid juga dihalang sama? Tak pelik ke bunyinya, apabila sebuah badan agama Islam cuba menghalang usaha ke arah perkembangan agama Islam.

Jika diamati semenjak dulu lagi, usaha menghalang perkembangan dan pemahaman masyarakat terhadap agama Islam ini hanya dipelopori pemimpin Umno dan baruanya sahaja. Tapi kini jabatan yang diberi tanggungjawab untuk menjaga perihal agama Islam, tapi tiba-tiba bersekongkol dengan Umno untuk menghalang tazkirah diadakan dengan alasan tiada tauliah.


Dipetik dari Harakahdaily, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad telah didakwa JAIS dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberi tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari badan itu.

Tindakan songsang pihak JAIS itu dikecam oleh bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin sambil menyifatkan apa yang dibuat oleh JAIS itu adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri.

"Jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama (JAIS) untuk menyusahkan perkembangan agama," kata Asri.

Sebelum ini, Asri juga turut menjadi mangsa JAIS apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa JAIS ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah.

Manakala Khalid pula dipanggil ke pejabat JAIS Shah Alam kelmarin dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Turut menerima tindakan dari JAIS ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut.

"Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri..jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama," tulis Asri dalam Facebook.

Bagi beliau, tindakan JAIS ini seumpama arahan Nabi s.a.w "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" dimansuhkan.

Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa menjaga agama.

"Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua," tulis beliau.

Warkahdaily


Sejak Tahun 1969 Lagi Umno Kaitan Pas Dengan Komunis

Posted: 08 Sep 2011 07:27 AM PDT

KALAULAH Mat Indera baru semalam atau seminggu lepas meninggal dunia, dan kalaulah ada kaedah dengan mengambil DAN boleh menentukan samada ada dia komunis atau tidak, pasti kubur Mat Indra terletak berasingan di Taiping itu akan digali semula seperti mana kubur bekas pegawai Exco Selangor Teong Beng Hock yang ditemui mati di luar pejabat SPRM, Selangor.

Bedah siasat akan dilakukan dan kemungkinan pakar sejarah dan DAN dunia akan berbodnog datang ke Malaysia. Tidak mustahil apabila Mat Indra menjadi perhatian oleh dua pihak Umno dan Pas, dua-dua Melayu "kulai" perkara itu boleh berlaku. Orang Melayu terperasaan mereka cerdik walhal dalam tindak tanduk siasahnya lebih kurang kaum berekor saja.

Nasib baik Mat Indra sudah meninggal 57 tahun lalu. Semua anggota beliau telah hancur lebur dan kalau ada pun tulang temulang yang sukar untuk diambil bagi kajian persejarahannya. Tidak mungkin DNA dari tulang dapat menentukan apakah ideologi atau akidah seseorang.


Lainlah kalau di dalam kubur Mat Indra itu ada kopiah atau serban, ia boleh dijadikan asas mengatakan dia Islam. Kalau songkok apa lagi songkok senget belum tentu kerana di Indonesia yang pakai songok senget ada makan babi panggang.

Pastinya tengkorak Mat Indra masih ada. Sebab tengkorak adalah antara tulang manusia yang paling ampuh. Selamat kamu Mat Indra kerana sudah lama mati dan isu mengenai kamu baru disedari hari ini oleh anak cucu cicitmu! Kalau tidak naaslah kamu.

Begitu juga, kalau Mat Indera mati dalam sebulan dua atau setahun dua ini mungkin sebuah suruhanjaya bebas berupa suruhanjaya Diraja, ditubuhkan untuk menentukan apakah Mat Indra benar seperti tanggapan 'kawannya' Mat Sabu bahawa dia adalah hero sebenarnya atau pun dia adalah komunis seperti mana dikehendaki oleh sesetengah pemimpin dalam Umno termasuk Menteri Besar Johor.

Menteri Besar Johor Ghani Othman terang-terang mengatakan Mat Indra sebagai komunis yang bertindak kejam ke atas rakyat. Mat Indera menurut Ghani menyertai rejim ke-10 PKM. Dari mana pula sumber dan bukti Ghani temui untuk mengesahkan Mat Indra sebagai komunis.

Memang sejak dari kecil lagi saya mendengar cerita bahawa Rejimin ke -10 KPM ini adalah dikenali dengan komunis Melayu. Ada juga cerita komunis Melayu ini melindungi askar di raja Melayu semasa di dalam hutan. Mereka selalu mengelak dari bertembur. Jadi apakah yang boleh kita hukum mereka adalah kejam? Keadaan itu boleh kita fikirkan apakah jenis komunis mereka itu?

Itu yang saya dengar tetapi bukan ada catatan atau sumber jelas tetapi dari askar Melayu orang kampung saya yang kini sudah bersara, itulah yang dituturkan. Tetapi cerita ini sering diceritakan oleh para bekas prejurit kita yang terdahulu. Cuma saya tidak tahu apakah tentera kita yang sudah lama bersara itu berani untuk membuka semula - secara bertulis cerita-cerita pelik dan lisan mengenai peri kemanusiaan Rejemin ke-10 PK itu.

Apabila Ghani Othman mengiktiraf bahawa Mat Indra sebagai komunis maka Ghani menolak pengikhtirafan yang diberikan oleh buku berjudul "Pencatat Nama Johor" terbitan Yayasaan Warisan Johor yang turut memasukkan nama Mat Indera sebagai salah seorangnya? Siapakah yang menerbit buku berkenaan. Apakah ianya di zaman Udin anak Yassin jadi MB atau siapa?

Saya tidak hairan kalau Ghani Othman menafikan fakta atau sejarah yang ditulis dalam buku Yayasan Wairsan Johor itu kalau buku diterbitkan kebetulan di zaman Muhyuddin Yassin. Kerana umum sudah tahu bagaimana mereka berdua konfrantasi di antara mereka berdua. Tanpa mengikhtiraf Mat Indera sebagai hero secara automatik juga Ghani menolak orang bertanggungjawab menerbit buku itu. Kalau ianya di zaman Udin anak Yassin, maka Udin anak Yassinlah yang dimaksudkan Ghani.

Tetapi adalah sesuatu yang dangkal dan naif sangat, atau 'debek' (tidak cerdik campur bodoh tak sekolah) Ghani untuk menafikan buku berkenaan setelah ianya bertahun-tahun diterbitkan dan dihayati oleh orang Johor. Ghani cuba hendak mengelirukan kononnya buku itu tidak mengikhtiraf Mat Indra sebagai pencatat nama Johor atau hero, hanya antara orang yang dikenali di Johor atau yang terlibat dalam peserjarahan Johor saja.

Nampak di sini Ghani cuba memutar kata dan membelitkan lidah serta menegakkan benang basah di dalam hujan.

Kita terimalah andaian Ghani itu. Tetapi kenapa terlalu lama Ghani untuk mempertikaikan Mat Indera yang dicatatkan dalam buku itu. Dalam konteks dan semangat buku itu diterbitkan ia sebagai merekod mereka yang berjasa kepada negeri Johor. Apakah logik seorang yang jahat, zalim dihimpun bersama tokoh-tokoh yang berjasa? Masakan ini pun Ghani tidak dapat bezakan.

Sebab itu saya merasakan Ghani bercakap tidak berdasarkan fakta tetapi lebih kepada sentimen benci kepada Mat Indera sehingga sanggup menutup fakta untuk senada dengan partinya. Itu namanya orang berjiwa kecil. Sebenarnya juga Mat Indra tidak pun bersalah, tetapi kerana Umno ingin mengaitkan Mat Sabu dengan komunis maka Mat Indera dikaitkan begitu jauh sehingga memerangkap Umno sendiri.

Awal isu ini ditimbul mungkin media massa Umno yang menimbulkan tidak terfikir bahawa sejarah dan latar hidup Mat Indra ini akan digali sedemikian rupa. Apa yang menjadi hajat mereka ialah untuk memburukkan Mat Sabu yang kemudian keburukan itu akan terheret kepada Pas. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan supaya orang Melayu membenci kepada Pas? Itu saja ceritanya.

Usaha atau tektik Umno cuba mengaitkan individu Pas atau Pas sendiri dengan komunis ini bukan baru. Dalam buku Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) versi internet di muka surat 7 termaktub niat kerja jahat Umno terhadap Pas yang mengaitkan Pas dengan komunis dalam kempen pilihan raya.


"UMNO telah mengatasi perkara ini dengan mengatakan bahawa Pas mempunyai hubungan dengan Parti Komunis Malaya di Selatan negeri Thai. Ini merupakan satu perkara yang meresap dalam hati sanubari mereka oleh kerana ia sentiasa diingati bahawa NCP mempunyai ahli yang kebanyakannya orang-orang Cina. Umno telah juga menegaskan bahawa Pas telah tidak berbuat apa-apa ekonomi Kelantan. Sungguh pun parti itu menguasai kerajaan negeri sejak tahun 1959. Umno telah menawarkan bantuan kewangan yang banyak untuk pembangunan Kelantan (ini dianggap menangguk di air keruh oleh Yang Dipertua Pas). Jika parti itu mendapat undi yang banyak di dalam pilihan raya dua lagi telah dibuat terhadap Pas untuk mencemarkan nama baiknya dimata orang-orang Melayu. Pertamanya, parti itu telah dituduh mempunyai persefahaman dalam pilihan raya dalam DAP. Dari segi teorinya parti itu bukannya perkauman tetapi dari segi kaca mata orang-orang Melayu parti orang-orang Cina dengan PAP di Singapura. Kedua, Tunku menuntut bahawa parti itu menerima bantuan daripada PAP di Singapura melalui DAP."


Kalau membaca cuplikan pernyataan di atas maka apa yang berlaku dengan isu Mat Indera dan Mat Sabu sekarang ini jelas. Bahawa Umno masih mengulangi kerja jahat yang sama sekali lagi. Ertinya UBN khasnya Umno tidak ada modal lain selain dari menggunakan modal lapok untuk memburukkan Pas. Begitu juga kerja menakutkan Pas diwarisi dari dulu lagi. Melaporkan kepada polis dan polis siasat Mat Sabu adalah tektik untuk menakutkan Mat Sabu dan orang Pas.

Tahulah kita kalau sesebuah parti itu sudah tidak ada modal baru lagi untuk digunakan ia menunjukkan parti itu semakin hilang kepercayaan dan keyakinan umum. Pihak yang sudah terdesak dan sudah mulai nampak benang-benang kekalahan akan melakukan apa saja. Mereka tidak akan peduli apakah isu atau hujah yang mereka kemukakan itu palsu, naif atau lemah. Yang penting mereka dapat terus mengeronyok lawan walaupun cara itu meletakkan mereka dalam kedudukan sangat lemah di mata rakyat. [wm.kl.7:33 pm 08/08/11] - mso


Kajian ilmiah pelajar UM rumus Mat Indera bukan komunis

Posted: 08 Sep 2011 06:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Sept — PAS pusat meneruskan usaha membawa bukti mengenai Ahmad Indera, yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong dengan menegaskan kajian ilmiah seorang pelajar universiti menunjukkan beliau bukan seorang ahli komunis.

Kajian itu dihasilkan oleh Ayub @ Uiop Kassim dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya pada 1973.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, kajian bertajuk "Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem" itu adalah kajian untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera.

Ahmad Zuhdi berkata, kajian itu bertujuan meneliti keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata untuk menentang penjajah dengan tumpuan khusus terhadap Ahmad yang turut dikenali sebagai "Mat Indera" dan peristiwa berdarah Bukit Kepong.

Dalam kenyataan terbaru semalam, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman merumuskan Mat Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan, tetapi ahli PKM.

Ahmad Zuhdi menambah, meskipun kajian tersebut dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji telah berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan peristiwa tersebut termasuklah Nawi Idrus iaitu Ketua Pengawal Kampung dan rakan-rakan Mat Indera yang menyertainya masuk ke hutan.

"Kaedah wawancara ini adalah yang paling sesuai bagi mendapat maklumat sebenar disebabkan kebanyakan maklumat rasmi berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong ini disediakan oleh penjajah British melalui perisikan mereka.

"Setakat kajian Pusat Penyelidikan PAS mungkin inilah satu-satunya kajian ilmiah yang paling awal tentang Mat Indera," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kajian tersebut, kata Ahmad Zuhdi, pengkaji telah menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama iaitu "Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya."

Selain itu, tambah beliau Ayub Kassim juga pada mukasurat 71 menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis.

"Beliau menyatakan perumpaan Mat Indera sebagai nasionalis dengan gerombolan komunis seumpamanya tidak bercampur antara air dan minyak dalam satu bekas," katanya.

Katanya lagi, kajian ilmiah itu juga menyebut bahawa pendirian agama Mat Indera banyak dipengaruhi oleh dua orang gurunya iaitu Ibrahim Jubah dan Muhammad Yassin Muhammad iaitu bapa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin.

Kedua-dua guru Mat Indera itu, tambahnya dikatakan seorang yang kritis terhadap perkembangan politik ketika itu.

Malah katanya, menurut pengkaji lagi pada muka surat 30, Muhammad Yassin begitu kritis dengan perkembangan politik tanah air, dan kalaulah ucapan-ucapannya dilakukan di atas pentas politik nescaya ia akan dilihat berunsurkan subversif.

Menurut kajian ini juga, Mat Indera pernah dilantik sebagai Ketua Cucuk Tanam anjuran Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

"Fakta ini sekali gus menafikan dakwaan banyak pihak yang bersumberkan Memoir Abdullah CD bahawa Mat Indera telah menjadi komunis sejak Perang Dunia Kedua lagi," ujarnya.

Menurutnya, semasa Perang Dunia Kedua ini komunis mengambil sikap berperang dengan Jepun melalui pertubuhan MPAJA sedangkan golongan nasionalis Melayu terutama ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengambil sikap yang lebih lunak dengan Jepun.

Katanya, kecenderungan Mat Indera ini jelas bertentangan dengan dakwaan Abdullah C. D. dalam memoirnya.

Berdasarkan kajian ilmiah tersebut, katanya, Pusat Penyelidikan PAS berpandangan Mat Indera bukanlah komunis tetapi seorang nasionalis radikal.

Ini, jelasnya sebagaimana yang pernah dinukilkan oleh veteran Umno sendiri, Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya "25 Tahun Merdeka" muka surat 357-358: "Kita melihat beberapa orang Melayu terlibat dalam gerakan Komunis selepas pengisytiharan Dharurat tahun 1948. Adakah mereka ini komunis atau didorong oleh semangat nasionalisme yang meluap-luap? Perkara inilah menjadi teka-teki kepada kebanyakan pengkaji sejarah kita.

"Kalau kita mahu menganggap mereka berfahaman komunis disebabkan terlibat secara langsung dalam pemberontakan bersenjata komunis, bagaimanakah kita mahu memberi penilaian kepada tokoh-tokoh seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau dan To' Gajah Imam Rasu? Atau kepada perjuangan Datuk Dol Said di Naning, Datuk Maharajalela di Pasir Salak, To' Janggut di Pasir Puteh dan Rosli Dhobi di Sarawak? Mereka juga melakukan pemberontakan bersenjata menentang Inggeris yang menjadi kerajaan di Tanah Melayu."

Justeru, tegas Ahmad Zuhdi, Pusat Penyelidikan PAS melihat kenyataan Samad itu hampir sama dengan intipati ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dalam ceramahnya.


Cukai Enam Peratus(%) Setiap Topup Dan Permulaan Prabayar/Pek Sim

Posted: 08 Sep 2011 06:00 AM PDT

Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.


Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.

"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu. – BERNAMA

huh!..nak beli topup sepuluh pun kena sedia rm11 ringgit lah macam ni..adoyai…


Khalid dedah 'bukti' Mais alat BN

Posted: 08 Sep 2011 04:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini membawa bukti terhadap dakwaannya bahawa dan Mais Agama Islam Selangor (Mais) adalah alat BN.

Pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini, beliau mendedahkan gambar Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa bersama ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan yang terang-terang memaki baju BN pada satu majlis di perkarangan sebuah masjid ketika pilihan raya parlimen itu.

"Bersama Kamalanathan, 'Ust Kamal' di perkarangan masjid di felda Hulu Selangor, di mana Ust Kamal pakai baju BN dan Datuk Adzib duduk senang hati dengan dia tak ada masalah.



"Ini gambar beliau dengan Ust Kamal memberi plak kalimah Allah kepada penduduk felda, ini dalam kawasan masjid ni. Yang dia duk bantai PAS bantai Pakatan Rakyat tentang isu kalimah Allah, dia buat itu dengan P. Kamalanathan dengan pakai baju BN.

"Bagi saya Datuk Adzib memang orang Umno BN. Saya minta dia jawab," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar yang dibawanya.

Pendedahan itu dibuat selepas beliau pada 6 September lalu dipanggil ke pejabat Jais dan dinyatakan pendakwaan kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Khalid didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Turut menerima tindakan JAIS Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu.

Sementara itu, Mais dalam satu kenyataan hari ini tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah.

Ia termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama.

Turut dimaklumkan rayuan Khalid berhubung tauliah beliau, ditolak melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah Mais yang bersidang pada 23 Jun 2011.

"Penolakan ini adalah selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor," kata pengerusinya Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa .

Oleh itu, Mais mengingat dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor tidak menjemput, membenarkan atau memberi peluang kepada Khalid dan mana-mana ahli politik menyampaikan ceramah, mengajar, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah yang masih berkuatkuasa.

Sementara itu, Khalid mendakwa sehingga kini beliau tidak menerima sebarang penjelasan yang dimintanya berhubung sebab tidak diberi tauliah kerana beliau "mempunyai rekod jenayah".

"Pada 30 Oktober 2009, JAIS kata lupakan, (kamu) tak diberi tauliah (sebab) tak layak," katanya sambil mendakwa tindakan Jais itu dipengaruhi sikap Mais dan campurtangan Umno dan BN.


Tiada ulasan: