Khamis, 22 September 2011

Bila Harimau Sudah Menaip...

Bila Harimau Sudah Menaip...


Hantu Bonceng: Pendapat Ustaz Azhar Idrus dan Ahmad Idham

Posted: 21 Sep 2011 10:18 AM PDT

"Haram kerana menimbulkan Fitnah" antara yang dapat ditangkap oleh telinga gua apabila mendengar dan menonton video di bawah. Apapun, tahniah buat Razizan Bin Raja Lawak Abdul Razak atau Zizan Raja Lawak kerana dengan penuh maruah telah membuat perkara yang betul.

Ahmad Idham pula berkata "Perlukah saya memberikan komen hanya berdasarkan apa yang disiarkan di blog tersebut yang saya tidak tahu kesahihannya? Lainlah kalau saya dapat surat secara rasmi dari parti politik tersebut. Isu ini hanyalah satu propaganda politik untuk pihak tersebut menyalahkan pembikin filem seperti saya dan juga kerajaan diwakili LPF yang telah meluluskan filem tersebut untuk tayangan," jelas Idham. (sumber di SINI)

Propaganda Politik? Ini adalah contoh pemikiran mati dan sempit rakyat Malaysia. Semua benda dikaitkan dengan politik. Anak nak masuk U - recommendation ahli politik, nak masuk tender - recommendation ahli politik, nak bukak gerai - recommendation ahli politik, nak buat filem - recommendation ahli politik, nak buat loan - recommendation ahli politik, nak tegur orang pun politik, nak duit ehsan pun politik, nak gelanggang takraw pun mintak ahli politik, nak tong sampah pun jumpa ahli politik....pendekata semuanya disalahkan atau disandarkan pada bidang politik.

"Kenapa sekarang? Setelah hampir 900,000 orang penonton filem tersebut? Filem tersebut sudah berada di pawagam selama 4 minggu. Saya bimbang apabila isu ini naik ada yang merasakan saya menggunakan isu tersebut untuk melariskan filem. Ia tidak benar sama sekali," ulas Idham.

Benar tanggapan awal gua. Duit jadi penyebab.Tapi itu kata gua yang tak cerdik sangat berbanding Ahmad Idham. Apa kata Lembaga Penapisan Filem?

KOTA BAHARU: Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) tiada masalah untuk meneliti semula filem "Hantu Bonceng" yang didakwa oleh Dewan Pemuda PAS mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam dalam satu babak filem itu.
Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.

Beliau berkata, pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" .
"Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh.(sumber SINI)

Mungkin pandangan LPF akan berubah kalau Papagomo, Parpukari atau TV3 yang tegur kot? Semua benda dianggap politik...parah Malaysia ni.

Tiada ulasan: