Isnin, 26 September 2011

Biaqpila

Biaqpila


Usaha ‘jatuhkan’ MB Negeri Sembilan bermula?

Posted: 26 Sep 2011 06:00 AM PDT


KUALA LUMPUR: Usaha bagi memastikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan tidak akan lagi menduduki kerusi nombor satu Negeri Sembilan dikatakan sudah dimulakan oleh kala ngan pemimpin BN yang tidak sehaluan dengan beliau.


Sumber terdekat menyatakan, Mohamad Hassan yang kononnya 'agak' diterima pelbagai lapisan rakyat bukanlah seorang yang sangat disenangi beberapa 'orang kuat' Umno-BN di negeri ini.

Malah kata sumber, sejak isu abangnya, Dato' Azman Hassan bertelingkah dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Dato' Ishak Ismail berlaku, kelompok yang tidak suka kepada Mohamad Hassan menggunakan kesempatan untuk menjatuhkan imej Pengerusi BN Negeri Sembilan itu.

Sumber tersebut memberitahu, pelbagai projek yang kononnya diatur Azman Hassan tidak disenangi oleh kelompok yang pernah mendapat habuan projek semasa Tan Sri Isa Abdul Samad menjadi Menteri Besar.

Katanya lagi, kini hampir kesemua kroni Isa Samad mula mendesak satu perubahan agar Mohamad Hassan tidak lagi menjadi MB sekiranya BN menang di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13.

"Mungkin Mohamad Hassan akan dipindahkan bertanding di Parlimen, antaranya di Parlimen Rembau.

Mohamad Hassan juga bukan 'orang' Najib (Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak).Beliau orang Pak Lah (bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi)," dakwanya lagi.

Beliau membayangkan seorang tokoh yang dikatakan ada hubungan baik dengan Najib kini bakal menjadi calon Menteri Besar jika BN berjaya mempertahankan negeri yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu dengan 'simple majority' (majoriti mudah).

Ditanya siapa gerangan individu itu, beliau tidak menolak kemungkinan bekas MB juga boleh kembali ke posisi asalnya di samping Menteri Kerja Raya, Dato' Seri Shaziman Abu Mansor yang juga ahli Parlimen Tampin.

Ditanya bagaimana mungkin Shaziman akan ke posisi itu, beliau mendakwa ahli Parlimen Tampin itu bakal diletakkan sebagai calon bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gemencheh bagi menggantikan Adun yang ada hari ini, Dato' Mohd Kamil.

DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

HUDUD: MUNAFIK JIKA HALANG HUKUM ALLAH

Posted: 26 Sep 2011 03:00 AM PDT



MASIH ADA YANG TIDAK YAKIN DENGAN HUKUM ALLAH?
MASIH ADA YANG TIDAK YAKIN DENGAN AL-QURAN?
TIDAK RELEVANKAH UNDANG-UNDANG ALLAH?

WAHAI PEMIMPIN YANG MENGAKU ISLAM...
KALAU NAK BUAT HUKUM SENDIRI
BUATLAH JUGA BUMI SENDIRI...
INI BUMI ALLAH!!!!
MAKA AKURLAH DENGAN HUKUM YANG TELAH DITETAPKAN ALLAH...


(Klik pada gambar untuk besarkan)

MOGA SEMUA PEMIMPIN ISLAM BERSATU DALAM MENEGAKKAN HUKUM ALLAH
AMEEN...


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MELAYU TERPEDAYA OLEH STRATEGI CINA!

Posted: 26 Sep 2011 12:00 AM PDT


Saudara Pengarang,

Orang Melayu biasanya cepat marah apabila terdengar desas-desus bahawa orang Cina akan menerajui pucuk pimpinan di Putrajaya. Itupun jika berita ini adalah benar. Ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa adalah mustahil untuk orang Cina menjadi Perdana Menteri Malaysia dan ini bermakna slogan 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak adalah retorik kosong sahaja.

Justeru itu, strategi Umno untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan meraih undi ialah untuk menghebohkan berita palsu bahawa DAP adalah lebih kuat daripada PAS dan orang Melayu akan rugi jika mereka undi PAS sebab PAS telah ditenggelamkan oleh DAP.

Sebenarnya ini ialah strategi klasik tentera Cina dari zaman peperangan '3 Kingdoms' dulu. Strategi ini menggunakan taktik melagakan musuh untuk membinasakan musuh. Oleh itu, Umno cuba melagakan DAP dan PAS supaya DAP ataupun PAS ataupun kedua-duanya akan musnah sama sekali.

Umno tahu bahawa orang Melayu akan marah terhadap PAS dan DAP apabila berita palsu disebarkan bahawa 'PAS tunduk kepada DAP'. Ini adalah permainan sentimen perkauman. Namun demikian, situasi ini juga menunjukkan bahawa sistem demokrasi di Malaysia masih mundur dan tidak matang langsung sebab orang Melayu tidak akan memberi peluang kepada orang Cina untuk menjadi Perdana Menteri walhal rakyat Amerika telahpun memilih Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Strategi Umno memang akan berjaya sebab minda orang Melayu mudah dimanipulasi dan dikawal. Jika terdengar sahaja ada berita palsu bahawa Timbalan Perdana Menteri mungkin ialah orang Cina dari DAP, orang Melayu dengan cepat telah naik berang dan menjadi seperti kera kena belacan.

Inilah kekuatan Umno. Kekuatan Umno banyak bergantung kepada kelemahan minda orang Melayu yang senang diputar-belitkan.

Dan ini pula minda orang Melayu telah terpedaya dengan kegunaan strategi klasik tentera Cina. Ini bererti strategi Cina telah berjaya menumpaskan minda Melayu!

Sampai bila akan orang Melayu terpedaya?

Jeneral Wu

kl-today

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Budak 13 tahun ditahan gara-gara eksperimen seks

Posted: 25 Sep 2011 09:00 PM PDT


Gambar Hiasan
HULU SELANGOR: Gara-gara mahu meniru aksi melakukan hubungan seks ketika bermain 'pondok-pondok' bersama sepupunya, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mencabul kanak-kanak itu yang berusia empat tahun, kelmarin.

Difahamkan, remaja lelaki terbabit ditahan polis selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan dan pemeriksaan mendapati ada kesan cabul pada bahagian kemaluan mangsa.

Sumber menyatakan dalam kejadian tengah hari itu, kedua-duanya bermain di rumah mangsa.

"Ketika bermain, remaja terbabit dipercayai menyuruh mangsa membuka pakaiannya sebelum melakukan aksi tidak senonoh dan mencabul mangsa.

"Selepas selesai bermain, remaja itu pulang ke rumahnya. Namun, mangsa yang berasa sakit pada kemaluannya menangis dan memberitahu ibunya," katanya.

Kata sumber, ibu mangsa kemudian bertanyakan anak kecilnya yang menceritakan perbuatan remaja terbabit.

Terkejut mendengar cerita itu, wanita berkenaan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.


Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis menahan suspek di rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan remaja itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

50 DALIL PR DIPERLUKAN DI SELANGOR

Posted: 25 Sep 2011 06:00 PM PDT


Setelah 1 penggal ditadbir oleh Pakatan Rakyat, rakyat Selangor kini semakin hidup di dalam kesejahteraan setelah sejak merdeka semakin lama semakin terhakis hak rakyat tidak kira apa jua bangsa.

1. Kerajaan Pakatan Rakyat sangat peka tentang keadaan ekonomi dunia dengan tidak mengadakan perbelanjaan penuh berhemah dan tidak boros.
2. Kerajaan Negeri Selangor semakin kaya dengan perolehan yang meningkat dan jika diberikan peluang lagi negeri Selangor pasti lebih maju dan kaya.

3. Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya menyelesaikan projek-projek perumahan seperti projek TALAM terbengkalai yang selama ini telah bertahun lamanya.
4. Negeri maju seperti Selangor memerlukan lebih banyak penempatan dan kerajaan negeri memperkenalkan projek perumahan mampu milik sesuai dengan pendapatan sekeluarga.
5. Penyelesaian kepada projek hasil negeri seperti pasir telah diselesaikan dengan penubuhan syarikat anak negeri yang lebih mementingkan keuntungan negeri berbanding peribadi.
6. Pembekalan air bersih yang dinikmati oleh semua golongan masyarakat tidak kira yang memilih PR atau sebaliknya.
7. Kebebasan berniaga dengan adanya UPTOWN disetiap daerah dan bandar untuk peniaga-peniaga kecil.
8. Projek-projek negeri diberikan berpandukan kompetensi dan bukan kroni sahaja.
9. Memberikan kebebasan hak bersuara kepada semua NGO, Parti dan Individu dengan tidak mengenakan apa juga tindakan dan tekanan sehingga tertubuhnya GAPS yang memberikan teguran membina.
10.Kerajaan PR memberikan peluang kepada generasi baru bergembleng tenaga memajukan negeri Selangor dengan memilih ADUN dan Ahli Majlis baru.
11.Memberikan peluang golongan muda berkecimpung di dalam apa juga program kerajaan bagi mempertingkatkan keupayaan ekonomi negeri.
12.Memberikan bermacam-macam insentif kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang.
13.Memberikan insentif kepada golongan warga emas yang tidak mampu berkerja.
14.Memberikan tempat-tempat perniagaan yang boleh disertai oleh peniaga-peniaga baru di dalam bidang keusahawanan.
15.Memberikan modal perniagaan kepada usahawan yang mahu berkecimpung di dalam perniagaan dengan memberikan geran pinjaman usahawan.
16.Memberikan kemudahan pembayaran cukai seperti pusat pembayaran dan tempoh yang berpadanan kepada semua pihak.
17.Mempertingkatkan kualiti kemudahan awam seperti jalan raya.
18.Membasmi kegiatan rahsuah sehingga membawa perasuah ke muka pengadilan untuk diadili dengan penuh keadilan.
19.Membasmi kegiatan rahsuah di dalam pemberian projek dengan menyingkirkan pegawai-pegawai yang memberikan masalah di dalam pejabat kerajaan negeri.
20.Menyalaraskan sistem pembasmian rahsuah kepada ejensi-ejensi kerajaan negeri dengan menyiasat pegawai-pegawai yang menyeleweng.
21.Mempertingkatkan kualiti kehidupan dengan memberikan kebebasan beragama walaupun disalah guna oleh sesetengah golongan pelampau agama.
22.Mengadakan akhbar Selangor untuk setiap rakyat mengetahui perkembangan negeri dengan telus.
23.Mengelakkan pembaziran dan meningkatkan simpanan negeri.
24.Program pengurusan projek bergantung kepada keperluan rakyat dan bukan keperluan individu.
25.Menyeleraskan sistem khidmat masyarakat ke seluruh daerah untuk YB berkhidmat dengan cemerlang.
26.Menggugurkan YB yang gagal berkhidmat dengan cemerlang dan merehatkan mereka berdasarkan keperluan.
27.Penyiasatan secara terperinci kepada keperluan belanjawan YB agar tidak berlaku penyelewengan.
29.Menjaga keperluan rakyat berbilang bangsa atau masyarakat majmuk.
30.Mengadakan program muhibah kepada semua bangsa dan agama.
31.Menjaga dan mendaulatkan sistem Beraja Sultan Selangor dengan mengadakan perbincangan dan bukan penentangan.
32.Meletakkan keperluan rakyat berbanding keperluan peribadi.
33.Menyelesaikan permasalahan politik dipentas dewan rakyat tanpa perbalahan.
34.Menyelesaikan permasalahan agama dengan kuasa Sultan Selangor tanpa berlaku pemberontakan dan penentangan.
35.Menyelesaikan permasalahan bangsa dengan menghimpunkan semua bangsa di dalam satu wadah perjuangan rakyat.
36.Memberikan kenaikan elaun kepada guru-guru sekolah negeri demi melahirkan generasi yang akan memimpin negeri.
37.Menyeimbangkan kuasa pentadbiran pada semua kaum dan agama.
38.Melahirkan pemimpian berkalibar dan berkualiti dan berkhidmat untuk raykat.
39.Menjadikan suasana lebih aman dan makmur untuk semua orang menetap di negeri Selangor.
40.Memastikan setiap bekalan makanan dan minuman untuk semua rakyat mencukupi.
41.Memberikan keadilan kepada mahkamah mengadili kes-kes jenayah tidak kira melibatkan pihak berkuasa atau individu tanpa memilih bulu.
42.Memastikan rakyat dinegeri Selangor mencukupi dari segala aspek kehidupan.
44.Pemilihan barisan pentadbiran yang adil tanpa memilih bulu.
45.Gabungan mantap kuasa rakyat daripada parti berbilang bangsa dan agama.
46.Meneruskan agenda pembangunan material dan moral
47.Mengaktifkan pertubuhan dan komuniti untuk membantu di dalam projek pembangunan kampung.
48.Mengaktifkan komuniti masyarakat untuk pembangunan penduduk bandar.
49.Melatih rakyat untuk membuang sifat perkauman
50.Penerimaan sistem perundangan Islam untuk semua agama dan bangsa.

TAHNIAH KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI DALAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR! Nantikan 50 Tuntutan Untuk Penggal Hadapan.

Kami doakan kerajaan PR SEMAKIN MATANG mentadbir negeri PALING MAJU DI MALAYSIA!

SALAM KEJAYAAN…

kl-today



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Ceramah: Penyokong PAS, PERKASA bergaduh

Posted: 25 Sep 2011 03:00 PM PDT


Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanAcara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.

Mohd Sabu ceramah at SerembanMereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ketika itu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis berkenaan.

Beberapa air botol dan juga batu kemudiannya didakwa dilontarkan ke arah pentas berkenaan hingga menyebabkan ada penyokong PAS yang dilaporkan cedera. Seorang daripada mereka juga mendakwa dibelasah oleh ahli PERKASA.

Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ghazali Mat Som yang merupakan penganjur acara itu kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa ahli PERKASA bertindak ganas.

Guy injured during Mohd Sabu ceramah at Seremban"Seorang lelaki cedera di hidung dan kepalanya. Ada juga yang mendakwa ditumbuk di pipi dan terkena balingan batu di bahagaian belakang badan.

"Sebelum kejadian, seorang ahli PERKASA mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami tidak bersetuju menerimanya dan meminta mereka supaya bersurai.

"Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai,” katanya.

Bukan anti-PAS

Sehubungan itu, Ghazali menggesa polis supaya bertindak dengan adil dan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Sementara itu, Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad yang turut hadir semasa kejadian itu semalam, ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini berkata bahawa mereka bukanlah anti-PAS tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap Mat Sabu.

NONEKami bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota tentera.

"Ramai bekas anggota tentera hadir malam tadi dan mereka kecewa dengan kedegilan Mat sabu dan keenggannya meminta maaf berhubung kenyataannya.

"Dia yang diiktiraf komunis dan memartabatkan komunis.

Apabila diminta mengulas mengenai beberapa penyokong PAS yang cedera itu, Alias berkata PERKASA hanya mahu menyerahkan memorandum tetapi dihalang.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at Seremban"Kami hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami telah dihalang oleh penyokong PAS. Ini menyebabkan keadaan panik dan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

"Tetapi saya difahamkan seorang daripada ahli kami juga terkena simbahan air panas daripada sumber yang tidak diketahui,” katanya.

MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: