:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
| [HUDUD] CADANGAN KEPADA PAS KELANTAN!! Posted: 25 Sep 2011 11:29 PM PDT di sini, dipaparkan satu komen dari seorang rakan facebook bernama Saiful Rizal. ia adalah seperti berikut; PAS perlu lebih serius jika mahukan HUDUD terlaksana d Malaysia ttp bagaimana? Ini cadangan saya: 1/ PAS perlu menyediakan ROADMAP yg lebih objektif ttg perjalanan utk merealisasikan HUDUD. 2/ MILESTONE bagi gerakkerja perlaksanaan HUDUD juga perlu d perincikan. (Bagi yg pernah terlibat dgn implementasi ISO pasti tahu apa yg dmaksudkan dgn ROADMAP&MILESTONE dsini.) 3/ Intelectual discourse (bukan ceramah ye) yg membincangkan perkara HUDUD ini perlu dperbanyakan dan panelistnya mestilah dtg dari pelbagai bidang ilmuan cthnya Syariah, Perundangan & perlembagaan dsbnya. 4/ Dlm keadaan negara & negeri yg sudah mempunyai sistem perundangan, maka perlu juga dkenalpasti Artikel mana ddlm Perlembagaan & Akta mana yg perlu dmansuh, dgubal semula atau dtambah bagi to add-in HUDUD chnya seperti Akta Mahkamah Syariah 1965. Keseriusan kita selaku umat Islam dlm merealisasikan HUDUD ini mestilah dterjemahkan secara tindakan yg sistematik yg akhirnya membuahkan hasil dan bukannnya berbentuk polemik bermusim yg dtafsirkan oleh pelbagai pihak sebagai political mileage. Mohon cadangan dari sahabat2 yg lain utk pencerahan minda. Antara yg masih menjadi perdebatan hangat adalah : 1/ HUDUD ini hanya terkapai utk muslim shj atau kpd semua manusia? 2/ Dapatkah Ianya dlaksanakan d Kelantan tanpa perlu ada sebarang amendment kpd Perlembagaan Negera?Negeri serta Kanun2 Jenayah sivil sediada? Tidakkah akan berlaku pertindihan? 3/ Dgn mengambil kira Draft HUDUD Kelantan serta Terengganu (Berapai ramai yg sudah review setiap perkara ddlmnya?), saya merasakan ianya masih perlu perkemaskini. Satu Intelectual discourse (bukan debat ye) dcadangkan bagi mengupas isi draf berkenaan. (sila klik) |
| DAP PERLU HORMAT HAK DEMOKRASI RAKYAT KELANTAN !! Posted: 25 Sep 2011 10:39 PM PDT Kelantan di bawah kepimpinan PAS telah berusaha sedaya upaya mungkin untuk mewujudkan kondusif yang melayakkan Hudud dilaksanakan. Ternyata, ia semakin terbukti berjaya. Tindakan ini, wajar diberikan pujian. Ekoran itu, apabila membaca komentar Dr Abdul Aziz Bari tentang isu hudud dalam article beliau yang bertajuk "hudud dan Kelantan", secara peribadi aku menilai ia satu article yang cukup baik dan wajar dijadikan perbincangan di kalangan rakyat di Negara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi. Aku melihatnya sebagai positif. Alasanku itu adalah seperti berikut; Pertama : Sudah sampai masanya sebarang undang-undang atau dasar kerajaan, tidak sekadar dibincangkan dan diserahkan keputusannya kepada ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri sahaja. Sebaliknya, rakyat hendaklah diberikan kuasa untuk membuat keputusan terhadap sesuatu dasar atau undang-undang. Jadinya, sudah sampai masanya rakyat Kelantan diberikan hak mengundi yang tidak sekadar dalam menentukan pemimpin politik negeri mereka, tetapi dalam menentukan sesuatu dasar dan hukum terlaksana di Kelantan. Kedua : Apabila referendum rakyat Kelantan dilaksanakan di peringkat Negeri dalam menentukan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, ia merupakan satu pilot projek yang wajar ditiru oleh kerajaan yang lain, terutama kerajaan pusat. Dengan maksud, sebarang dasar kerajaan di peringkat kerajaan pusat bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mahu melaksanakannya, tetapi perlu mendapat keputusan referendum dari rakyat sendiri. Kesannya adalah, keputusan berdasarkan veto dan dictator, sudah tidak akan berlaku lagi dalam Negara ini. Ketiga: Jika di China, sudah ada penyerahan kuasa autonomi kepada wilayah-wilayah tertentu dalam mengurus ekonomi, walhal ia amat bercanggah dengan fikrah sosialis, mengapa tidak kerajaan pusat pimpinan BN tidak menyerahkan kuasa autonomi kepada kerajaan Negeri Kelantan dalam mengurus undang-undang negeri seperti hukum hudud. Aku rasa, perkara sebegini telah berjaya diamalkan di Acheh, Indonesia. Jika benar ia sudah berlaku di sana, tidak ada sebab Malaysia tidak dapat meniru perkara ini. Apabila kuasa autonomi ini berjaya dilaksanakan di peringkat negeri Kelantan dari sudut undang-undang, maka tidak mustahil ia akan memberi kesan kepada kuasa autonomi ekonomi. Makanya, Kelantan boleh mengurus ekonomi mereka sendiri. Dengan itu, budaya saingan dalam ekonomi antara negeri-negeri akan berlaku. apabila budaya saingan ini berlaku, tidak hairan budaya inovasi turut juga berlaku. ia sudah pasti, memberi keuntungan yang cukup besar kepada rakyat di Malaysia itu sendiri. Keempat : Apabila referendum rakyat sudah menjadi budaya, selepas ini DAP, MCA, Gerakan dan sebagainya, tidak boleh lagi mendabik dada bahawa mereka sebagai parti yang mewakili non Muslim. Begitujuga PAS, UMNO, PKR dan seumpamanya juga tidak boleh mendabik dada mewakili orang Islam. Namun begitu, parti-parti ini boleh mencadangkan sesuatu dasar yang hendak dilaksanakan dalam Negara, seterusnya rakyat yang menentukan keputusannya. Kelima: DAP sebagai sebuah parti yang mempertahankan demokrasi, sebijaknya DAP perlu menghormati hak demokrasi rakyat Kelantan. Apabila menjadi isu hudud dan seumpamanya, selayaknya DAP mencadangkan kepada PAS mewujudkan referendum, bukannya mengugut letak jawatan. Ini macam perangai budak-budak, bukan perangai orang bijak. Walaubagaimanapun, aku berharap demokrasi rakyat yang segar ini berjaya terlaksana di Malaysia. Sekian Wallahu 'Alam |
| You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan