Jumaat, 30 September 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mahkamah sahkan Lidah Rasmi UMNO sebar fitnah.

Posted: 30 Sep 2011 09:19 AM PDT



Berikut adalah fitnah yang disebar atau dijual pada 11 September 2009 oleh Lidah Rasmi UMNO itu bagi mencari keuntungan untuk membayar gaji kaki tangannya..


Zulkifli bidas 'Pak Janggut'

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya 'Pak Janggut' yang sanggup memutar belit ayat-ayat al- Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, 'Pak Janggut' turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

"Yang paling jelik, 'Pak Janggut' ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,'' katanya.

Zulkifli berkata demikian di dalam blognya, http://zul4kulim. blogspot.com/ bagi mengulas isu pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam yang dirancang kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang tetapi dibantah penduduk Islam di situ.

Ia menyebabkan 12 penduduk Islam di kawasan itu dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam perhimpunan haram mengarak kepala lembu di hadapan bangunan kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini bagi membantah pembinaan kuil itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan identiti individu yang digelar 'Pak Janggut' itu.

Zulkifli berkata, memang umat Islam disuruh berlaku adil termasuk kepada bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam tetapi ia hanya terhad kepada soal menjaga kebajikan mereka termasuk memelihara tempat ibadah.

Katanya, umat Islam di situ bagaimanapun dilihat seolah-olah tidak mempunyai hak untuk bersuara dan hidup dalam keadaan aman harmoni berdasarkan status quo mereka.

"Umat Islam di situ dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dan perintah itu dikatakan dibenarkan di dalam al-Quran.

"Malahan mereka dikatakan berdosa kerana tidak mengikut al-Quran untuk membenarkan pembinaan kuil itu," jelasnya.

Katanya, pembinaan kuil itu telah banyak diputar belit dan digembar-gemburkan sehingga menyebabkan isu sebenar pencerobohan tanah di kawasan itu untuk menghalalkan pemindahan dan pembinaan kuil yang haram terus tenggelam.

"Isu demonstrasi kepala lembu pula diputarbelitkan cerita sebagai menghina tuhan orang lain," katanya.

Bagaimanapun Zulkifli berkata, tindakan yang dilakukan penduduk Seksyen 23 itu mengadakan perhimpunan haram dengan membawa kepala lembu dan memijaknya tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan persepsi yang negatif.

Katanya, ada banyak cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati dalam isu tersebut contohnya memfailkan saman dan injunksi menghalang keputusan kerajaan Selangor itu.

*******************

Dan berikut pula adalah pengesahan Mahkamah tentang fitnah yang disebar oleh Lidah Rasmi UMNO itu..

Mahkamah dapati Utusan bersalah fitnah Khalid Samad

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Utusan Malaysia bersalah memfitnah ahli parlimem Shah Alam, Khalid Samad dalam kenyataan yang disiarkan di muka akhbar berkenaan.

Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham Prasad berkata plaintif (Khalid) telah berjaya membuktikan kenyataan itu - yang diambil dari blog ahli parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin - adalah salah.

Hakim bagaimanapun menarik perhatian mengapa ahli parlimen Bandar Baru Kulim itu tidak dinamakan sebagai defendan.

Mahkamah menolak pelindungan bersyarat sebagai pembelaan dalam kes tersebut kerana hakim berkata kehidupan di Malaysia perlu mengambilkira sensitiviti semua kaum, tidak seperti undang-undang di Australia atau United Kingdom.

Dalam penghakiman lisannya, hakim berkata semua defendan bersalah memuat-turun artikel dari blog tersebut tanpa memeriksa kandungannya (berhubung sensitiviti).

generation 709 220711 khalid samadHakim Sandosham menetapkan 11 Oktober untuk mendengar penghujahan tentang gantirugi.

Beliau berkata, mahkamah mendapati menggelar seseorang sebagai Abu Jahal dan sebagai kafir adalah fitnah.

Dalam saman yang difailkan tahun lalu, Khalid (kiri), dari PAS, menamakan Utusan Malaysia dan ketua pengarang kumpulan
Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebagai defendan.

Ahli parlimen Shah Alam itu mendakwa bahawa pada 11 September 2009, Aziz - selaku ketua pengarang kumpulan kedua-dua akhbar tersebut - dengan niat jahat, membenarkan penerbitan dan pencetakan perkataan fitnah terhadapnya di muka depan akhbar berkenaan.

Beliau juga mendakwa bahawa artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut' secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut- Malaysiakini


Imej dan artikel fitnah Lidah Rasmi UMNO itu dicari oleh Semut dan Papan Kekunci

Video Kenyataan Mohon Maaf dari Guan Eng kepada Sultan Johor dan Rakyat Johor.

Posted: 30 Sep 2011 08:21 AM PDT



Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.


Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.

Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.

Dalam laporan media, DYMM Sultan Johor juga bertitah bahawa Baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah DYMM Sultan Johor.

Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional.

Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat.

Setakat ini, selain daripada pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media tentang apa yang saya katakan di Singapura atau di Australia.

Saya mempunyai akses untuk pita rakaman wawancara saya dengan Radio Australia. Saya masih sedang mencari pita rakaman tentang apa yang saya katakan di Singapura yang dibuat secara peribadi dalam satu sesi tertutup.

Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah, ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama.

Jawapan Sultan Johor mengecewakan Utusan dan TV3?

Posted: 29 Sep 2011 09:18 PM PDT



Setelah Guan Eng menafikan beliau ada membuat sebarang ulasan memburuk-burukkan rekod keselamatan negeri-negeri lain khususnya Johor semasa diwawancara di Australia, TV3 telah menyiarkan satu rakaman audio yang dikatakan beliau menghina Johor.


Antara yang disiarkan ialah.."Jadi, anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan apabila datang ke Pulau Pinang. Di Johor, jika anda seorang warga Singapura, anda berkemungkinan akan diculik. Tanya mana-mana rakyat Singapura, mereka akan tahu, tetapi anda tidak akan hadapi masalah itu apabila datang ke Pulau Pinang."

Lim yang juga setiausaha agung DAP kemudiannya menjelaskan bahawa beliau menghadiri satu ceramah majlis makan tengah hari tertutup dengan kira-kira 20 wartawan asing di republik itu, dan selepas itu salinan ucapannya telah diedarkan.

Ucapan yang disediakan itu, katanya, tidak menyebut apa-apa tentang Johor atau mengenai kadar jenayah di negeri itu.

Mengenai rakaman audio yang disiarkan Buletin Utama di TV3 - yang mendedahkan beliau memburukkan Johor semasa majlis pada 12 Ogos itu, Lim berkata "Jika saya telah membuat kenyataan itu, mari kita lihat konteks ianya dibuat ... ia adalah perbualan tertutup," katanya.

Perbualan Tertutup dan bukannya kenyataan rasmi yang salinan ucapannya telah diedarkan.

Bagaimanapun penafian oleh Guan Eng itu tetap menimbulkan rasa kurang senang Media-media yang ditunggangi UMNO antaranya Utusan dan TV3.

Mereka cuba pula melagakan antara Guan Eng dan Sultan Johor pula ianya semata-mata untuk menimbulkan rasa marah orang Melayu kepada Guan Eng..

Ini jelas apabila TV3 memanaskan lagi isu tersebut semalam(Video sila lihat di SINI)

Bagaimanapun..Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar jelas bijak dalam menangani isu ini beliau tidak termakan hasutan dari media tunggangan UMNO itu..

Biarpun baginda mengaku tersinggung namun beliau juga memberikan jawapan yang sudah pasti mengecewakan pihak TV3 sendiri..

Titah Baginda yang dipetik dari The New Straits Times Press "Saya tersinggung apabila mendengar tuduhan tidak berasas dibuatnya berkaitan keadaan di Johor," titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkaitan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa negeri ini tidak selamat kepada warga Singapura.

Sultan Ibrahim bertitah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor di bawah kepemimpinan Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff selama ini sentiasa menunaikan tanggungjawab diamanahkan kepada mereka dalam menjaga keselamatan dan keamanan demi kesejahteraan seluruh rakyat juga pelancong di negeri ini.

Titah baginda, sebagai pemerintah yang menaungi semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama di sesebuah negeri, Sultan atau Raja tidak wajar diheret sama ke dalam kancah politik.

"Yang penting dan dekat di hati saya adalah rakyat dan sesiapa jua yang tinggal di Johor Darul Takzim termasuk pelancong atau warga dari negara jiran PDRM Kontinjen Johor di bawah Mokhtar sudah diberi tanggungjawab dan beliau menunaikan amanah itu.

"Biarlah ahli politik yang berpolitik, jangan heret Sultan sekali, tidak perlu ada orang bercakap sebagai wakil kerana saya boleh buat sendiri," titah baginda yang merujuk kepada desakan supaya baginda mengharamkan Guan Eng menjejakkan kaki ke Johor.

Sultan Ibrahim meluahkan rasa hati baginda terhadap isu itu ketika berkenan menerima menghadap wakil The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di pejabat baginda di sini, pagi semalam - sepenuhnya sila baca di SINI


TV3 sudah pasti mengharapkan agar Baginda bertitah "Beta MURKA dengan kenyatan Guan Eng itu!!"

Jika itu yang diitah Baginda maka semakin bersemangatlah TV3 mengapi-api kan isu ini dan beribu NGO lagi akan muncul mengutuk Guan Eng..

Tapi kenapa Johor tak boleh di kritik? sedangkan sudah berpuluh tahun negeri Kelantan diperburukkan oleh mereka?? korang bacalah kat (SINI)

Hudud: Sekarang UMNO gigit jari kaki..

Posted: 29 Sep 2011 08:01 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Pemimpin Umno menunggu-nunggu keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dengan harapan ini adalah masa untuk melihat ikatan Pakatan Rakyat berkecai.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, apabila sidang akhbar yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai keputusan perbincangan, hasilnya amat mengecewakan pimpinan Umno kerana keputusan yang diharapkan tidak berlaku.

"Sekarang Umno gigit jari," ujarnya.


Katanya, mereka bersiap sedia untuk berpesta jika berlaku perpecahan di dalam Pakatan Rakyat, mengenai isu Kanun Jenayah Syariah di Kelantan.

Beliau menambah, sekiranya berlaku seperti yang mereka sangka tentu Datuk Noh Omar mampu senyum sampai telinga, kerana peluang untuk menjadi Menteri Besar Selangor begitu cerah.

Datuk Seri Najib pula, ujarnya akan mengisytiharkan pilihan raya dengan seberapa segera kerana inilah peluang BN untuk terus berkuasa dan memfaraidkan khazanah negara serta meneruskan tradisi menindas rakyat.

Nampaknya, kata beliau hajat pemimpin BN tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemimpin PR yang mengurus krisis.

Idris berkata, sekarang orang Islam sudah nampak tembelang Datuk Seri Najib dalam soal keazaman untuk menghayati Islam.

Katanya, kenyataan tegas Najib menolak hudud adalah kerana takut kepada MCA dan Gerakan yang memberi amaran akan cabut lari daripada BN.

Tambahnya, timbulnya penentangan perlaksanaan hudud telah menunjukkan wajah sebenar pemimpin Umno terhadap Islam.

"Walaupun Najib cuba mempopularkan "konsep wasatiah" sebagai langkah untuk menunjulkan imej keislaman beliau," ujarnya.


Harakahdaily

Tiada ulasan: