Anak Sungai Derhaka |
- Rosmah Kawan Baik Jho Low?.. patutlah dia kaya raya..
- Video Scandal ini bukan dalam Pejabat ADUN Kota Anggerik!
- Tuduhan Liwat : Najib dan Rosmah akan nafikan pernah jumpa Saiful?
- PANAS!! Sindrom menipu Utusan telah menjangkiti Akhbar Cina?
- Tentera pengaman AU akui bunuh jurugambar Bernama
- 82 Penduduk Sg Besar terima surat hak milik tanah
- Gambar : Najib Naik Basikal... Koh Tsu Koon pula dinaiki Basikal..
Rosmah Kawan Baik Jho Low?.. patutlah dia kaya raya.. Posted: 27 Sep 2011 07:39 AM PDT "Rosmah Mansor bukan 'mak angkat' saya. Beliau adalah kawan baik saya," demikianlah "tafsiran" yang diberikan Jho Low kepada Kwong Wah Yit Poh, ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri, Najib Razak. Rosmah Mansor adalah isteri kepada Najib Razak. Beliau menjelaskan, "Anak Rosmah Mansor adalah rakan saya ketika menuntut di Britain. Saya mengenali anak Perdana Menteri dahulu, sebelum saya mengenali Perdana Menteri. Saya memperkenalkan ramai pelabur kepada Malaysia, justeru itu saya sering bertemu dengan PM." Malah, Jho Low mendakwa dirinya mengenali ramai "putera" di negara yang berlainan, termasuk Abu Dhabi, Kuwait, Saudi Arab dan sebagainya. Oleh itu, Jho Low berkata dirinya mampu membawa ramai pelabur dari Timur Tengah ke Malaysia. Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong, Pulau Pinang pada 25 September 2011. Laporan ini disiarkan Kwong Wah Yit Poh pada 26 September, pada muka surat A5. Sebelum ini, Jho Low dikatakan sebagai kenalan rapat dengan anak Perdana Menteri Najib Razak, lantas mencungkil keraguan orang ramai sama ada Jho Low berperanan sebagai proksi, berikutan kemampuan graduan Wharton Business School ini dalam mengumpul kekayaan pada umur 20-an tahun. Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Kongres Nasional AMK yang diadakan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bahru, pada 28 Mei 2010, memetik laporan New York Post pada tahun 2009, yang diulas kemudiannya oleh tabloid tempatan Malay Mail, bahawa seorang pemuda bernama Taek Jho Low membelanjakan USD 50 ribu hingga 60 ribu, atau RM 170 ribu ke RM 205 ribu setiap hari. Malah, Shamsul Iskandar ketika itu mendesak agar PM menjawab, dan mengesahkan sama ada tuduhan bahawa Jho Low mendapat kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi yang bernilai kira-kira RM500 juta, dan memainkan peranan sebagai penasihat di sebalik Terengganu Investment Authority yang mengurus dana royalti minyak itu benar atau tidak. MerdekaReview |
Video Scandal ini bukan dalam Pejabat ADUN Kota Anggerik! Posted: 27 Sep 2011 04:00 AM PDT UMNO dan PORNO berpisah tiada.. Setelah Video Seks seseorang yang lelaki yang menyerupai Anwar disiarkan blog Pro UMNO dan dituduh mereka lelaki itu sebagai Anwar Ibrahim, mereka menyiarkan Video Aksi Seks yang didakwa mereka adalah seorang Pegawai Kastam dan kini disiarkan pula oleh mereka video scandal seorang wanita bertudung dan seorang lelaki yang didakwa mereka dirakam didalam pejabat DUN Kota Anggerik yang mana ADUNnya ialah YB Yaakob Sapari. Salam kepada semua, memang kerja "puak" yang dilaknat Allah membuat fitnah. Saya menafikan sekeras-kerasnya video ini dengan Pejabat DUN Kota Anggerik kerana pejabat ini sama sekali adalah bukan pejabat tersebut. Sila datang sendiri ke pejabat DUN Kota Anggerik di No 3A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9.B Seksyen 9 40000 Shah Alam untuk melihat suasana dan layout pejabat yang amat jauh berbeza seperti didalam video ini. Bagi sesiapa yang membuat fitnah ini, laknatullahialaih, kami akan membuat bacaan doa khas untuk meminta Allah membalas kerja2 fitnah tersebut. Allah Maha Adil! - komen dalam Blog UMNO yang siarkan video ini. Adun Kota Anggerik nafi tuduhan blog pro-Umno PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik, Yaakob Sapari hari ini menafikan tuduhan fitnah oleh sebuah laman blog pro-Umno yang didakwa cuba memburukkan imej Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat beliau dan para stafnya. Klip video itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri 'Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam'. Namun menurut Yaakob, hasil siasatan mendapati video klip itu menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat yang jauh berbeza dengan Pusat Khidmat milik beliau. Beliau sekaligus menyangkal individu (pelaku) video tersebut adalah stafnya dan percaya jurublog terbabit cuba membuat tuduhan tidak bermoral ke atas warga kerja untuk memberi gambaran negatif kepada rakyat. Klip video "Blogger tersebut tidak bertanggungjawab dengan memuat naik klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah di dalam sebuah pejabat. "Akan tetapi hasil kajian dan siasatan yang telah dilakukan ke atas video tersebut menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat di dalam video tersebut berbeza dengan pejabat pusat khidmat yang sebenar," katanya yang juga Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor. Gesaan turut dibuat Yaacob agar BN dan Umno tidak lagi menggunakan politik kotor dengan menuduh pemimpin Pakatan Rakyat terlibat dengan skandal tanpa bukti jelas. Katanya tindakan sedemikian hanya untuk menganggu Pakatan Rakyat dan mengalihkan fokus rakyat terhadap isu yang lebih besar - Free Malaysia Today |
Tuduhan Liwat : Najib dan Rosmah akan nafikan pernah jumpa Saiful? Posted: 27 Sep 2011 03:05 AM PDT Dalam usaha mengketepikan permohonan meminta mereka tampil sebagai saksi pendakwa dalam kes perbicaraan liwat II, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menafikan mereka berkonspirasi mengenakan dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut sumber, perkara itu akan menjadi teras hujah mereka apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar permohonan masing-masing untuk mengketepikan sepina mereka pada Khamis ini. Najib sebelum ini, mengakui berjumpa dengan pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada malam 24 Jun 2008. Beliau yang merupakan timbalan perdana menteri, ketika itu kemudiannya dilaporkan telah menasihatkan Saiful untuk membuat aduan kepada pihak polis. Saiful pada keterangannya dalam kes pendakwaan telah mengadu kepada Najib hari itu mengenai Anwar. (Walau bagaimanapun, konteks aduannya telah dikeluarkan daripada rekod mahkamah.) Adalah difahamkan bahawa Rosmah akan menafikan beliau berjumpa dengan Saiful, yang ketika itu adalah pembantu kepada Anwar. Ini akan disokong dalam keterangannya Saiful, sebelum ini. Juga difahamkan, Najib akan memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak memberi arahan atau meminta orang lain bersubahat dalam pertuduhan yang didakwa dirangka itu. anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608Justeru, Najib dan Rosmah dijangka berhujah bahawa permohonan pihak pembelaan untuk memanggil mereka sebagai saksi adalah penyalahgunaan proses mahkamah. Afidavit yang difailkan pasangan itu dengan pendaftar mahkamah melalui peguam mereka pada Rabu lalu menamakan Anwar dan pendakwa raya sebagai responden. Anwar yang dituduh meliwat Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara pada 26 Jun, 2008, memilih memberi kenyataan pembelaannya dari kandang tertuduh. Malaysiakini |
PANAS!! Sindrom menipu Utusan telah menjangkiti Akhbar Cina? Posted: 26 Sep 2011 10:55 PM PDT Lihat gambar di bawah ini. Ketika Najib mengayuh basikal sambil melambai tangannya, ruangan bahagian kanannya kosong. Lihat pula gambar keratan akhbar di bawah ini. Gambar yang sama, kedudukan dan gelagat yang sama, bezanya tiba-tiba Koh Tsu Koon tercongok di sebelah kanan Najib dan turut sama mengayuh basikal. Apa tujuan penipuan ini? Sila buat kesimpulan sendiri. |
Tentera pengaman AU akui bunuh jurugambar Bernama Posted: 26 Sep 2011 10:26 PM PDT Tentera pengaman Kesatuan Afrika (AU) yang melawan pihak pemberontak di ibu negara Somalia, Mogadishu, mengakui hari ini bahawa askarnya mungkin secara tidak sengaja telah menembak mati seorang jurugambar Malaysia pada awal bulan ini. noramfaizul mohd norNoramfaizul Mohd Nor terbunuh apabila tentera pengaman dari Burundi yang meronda di bandar itu melepaskan tembakan ke atas kenderaannya. Seorang lagi wartawan Malaysia juga cedera pada kejadian itu. "Lembaga siasatan yang ditubuhkan mendapati empat orang askar terlibat dalam kejadian tembakan itu ... dan mengesyorkan supaya keempat-empat askar, dari Burundi itu dihadapkan ke mahkamah mengikut proses ketenteraan dan undang-undang negara mereka," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan pengaman Amisom. Menurut kenyataan itu lagi, keempat-empat orang askar itu juga telah digantung daripada dtugas. somalia war deserted streetAmisom mempunyai kira-kira 9000 askar di Somalia bagi menghalang pemberontak yang disokong oleh al-Qaeda dan sekutunya daripada menumbangkan kerajaan yang didirikan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Militan al-Shabaab menarik diri dari Mogadishu pada bulan lalu tetapi memberi amaran, mereka akan menjalankan serangan gerila di bandar itu, termasuk melancarkan serangan bom kereta dan serangan berani mati. Malaysiakini |
82 Penduduk Sg Besar terima surat hak milik tanah Posted: 26 Sep 2011 09:11 PM PDT SABAK BERNAM 26 SEPT : Seramai 82 penduduk sekitar kawasan Sungai Besar di sini menerima surat hak milik tanah (notis 5A) yang diserahkan kerajaan negeri Selangor menerusi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sempena lawatan rasmi beliau dalam Program Khas Mesra Rakyat di Sabak Bernam hari ini. Rata-rata yang menerima notis 5A adalah waris kepada peneroka tanah yang selama ini menanti lebih daripada 50 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Penyerahan ini membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janjinya untuk memberikan hak milik tanah kepada rakyat. Menteri Besar dalam ucapannya berkata, penerima notis 5A diingatkan agar tidak menjual tanah tersebut kepada pihak lain. Dalam masa sama, beliau turut menyampaikan sijil ASB kepada 45 orang penduduk setempat. Pemerhatian TV Selangor melihat penerima kelihatan gembira dengan pemberian notis 5A oleh kerajaan negeri. Dalam majlis itu juga, rakyat berpeluang berdialog dan menyuarakan pandangan mereka secara terus kepada Menteri Besar. |
Gambar : Najib Naik Basikal... Koh Tsu Koon pula dinaiki Basikal.. Posted: 26 Sep 2011 11:24 AM PDT Korang nak tahu kenapa Koh Tsu Koon dalam gambar disebelah ini diketawakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri,Datuk Zainal Abidin Osman yang gambarnya kelihatan dibelakang Guan Eng itu?... tengok kat bawah.. Sebelum itu.. gambar-gambar ini telah dirakam pada hari Ahad lalu di dalam satu program yang dinamakan program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong di Georgetown anjuran Kwang Wah Yit Poh. Sebahagian berita dari Bernama. Program anjuran Kwang Wah Yit Poh itu turut disertai oleh Koh, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Naib Presiden MCA, Lim, Pengerusi Kwang Wah Yit Poh Datuk Ong Gim Huat dan barisan Exco negeri. Sementara itu, Koh yang juga pengerusi Barisan Nasional negeri, terlibat dalam satu kemalangan kecil yang berlaku di hadapan Pantai Molek di Georgetown ketika mengiringi Najib mengayuh basikal. Koh ketika ditemui pemberita berkata kejadian itu berlaku apabila satu kemalangan membabitkan dua remaja di hadapannya dan beliau tidak sempat mengelak. "Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan saya tidak sempat menekan brek basikal lalu melanggar basikal dua remaja itu," katanya yang kelihatan berjalan terhencut-hencut dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius meskipun berasa sakit di bahagian lutut kiri.- Bernama Cari makan punya pasal.. tak tahu berbasikalpun digagahi juga.. bayangkan kalau yang tersungkur itu Bik Mama... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan