Khamis, 15 September 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib mansuhkan ISA.. Kumpulan bodoh ni apa macam sekarang?

Posted: 15 Sep 2011 07:03 AM PDT

Saksikan Video sekumpulan manusia bodoh yang mahukan ISA di akhir entry..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.

"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini.


Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.

Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

"Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa," tambahnya.

Perdana menteri juga mengumumkan prinsip pembaharuan tahunan bagi permit pencetakan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

sementara itu, Najib berkata, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, ditamatkan kuatkuasanya.

"Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau," tambahnya.

Gubal dua undang-undang baru

Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

"Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

"Di atas segalanya, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri," tambahnya.

Di sudut lain, tambahnya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," tegasnya - Malaysiakini






APA MACAM LU ORANG SEKARANG??

900 lebih Laporan Polis terhadap Mat Sabu telah dibuat...

Posted: 15 Sep 2011 02:15 AM PDT

Pegawai Perhubungan Awam Polis Di Raja Malaysia, ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan bahawa sehingga kini jumlah laporan Polis yang dibuat terhadap Mat Sabu berikutan ucapannya yang mengatakan bahawa Mat Indera adalah penjuang sebenar bukannya anggota Polis yang terkorban dalam satu ceramah.

Mak Aih!! Banyaknya laporan Polis dibuat.. atas kesalahan apa entahlah sebab kalau dikatakan Mat Sabu menghina Polis masa kejadian Bukit Kepong tu kita belum merdeka dan semua Polis tu berkhidmat dengan British..


Tapi kalau nak dikatakan sebelum Merdeka.. ramai pula Prof yang mengatakan Tanah Melayu ni tak pernah dijajah.. kalau tak pernah dijajah macam mana pula kita boleh dikatakan merdeka?

Kalau tak pernah dijajah kenapa pula Polis itu berkhidmat untuk British?


Mat Sabu becomes a record-setter of sorts

PETALING JAYA: The number of police reports lodged against PAS vice president Mohamad Sabu over his alleged remarks on the 1950 Bukit Kepong incident continues to rise.

As of yesterday, over 900 have been lodged, a steady growth from the 500 made last week.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) public relations officer ACP Ramli Mohamed Yoosuf confirmed that the number of reports is "well over 900 now".

PAS secretary-general Mustafa Ali chuckled when informed of the matter and said in jest that Mohamad or better known as Mat Sabu, was "a record-setter" .

He argued that the large number of reports were mobilised by Umno and these actions have already been pre-planned.

"It is all planned. There are many NGOs connected to Umno. It is quite easy for them to mobilise such large numbers," he said.

Mustafa added that the groups may claim to be bipartisan but he did not believe that was so.

"The large number of police reports does not reflect the sentiment on the ground as it does not cut across all sections of society."

Mat Sabu taking it all in his stride

Asked if this was was a conspiracy hatched to derail Mat Sabu, a popular grassroots leader, Mustafa said Mat Sabu is unaffected by it.

"He is taking it in his stride and it is not affecting him too much," he said.

Mat Sabu is currently in Kuching and could not be reached for comments.

The controversy surrounding the Bukit Kepong incident came about when Mat Sabu had allegedly defended communist fighters who attacked the Bukit Kepong police station on Feb 23, 1950.

Utusan Malaysia, in its report on Aug 27, said Mat Sabu, in a speech on Aug 21, hailed communist fighters as heroes and not the 17 policemen who died during an exchange of fire.

Many quarters criticised Mat Sabu for his comments which he claimed was taken out of context by the Umno-owned Utusan. He is currently suing Utusan for defamation.


Free Malaysia Today

Siapa pulak tuduh Jamil Khir ubah suai rumah guna wang zakat ?

Posted: 15 Sep 2011 01:13 AM PDT



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersedia untuk bersumpah bagi membuktikan yang beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya di Kampung Batu Muda, Batu Caves, dekat sini.

Eh? Siapa yang tuduh Jamil Khir ubah suai rumah guna wang zakat ni?


Semalam Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.

Sebabnya keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat - sepenuhnya sila baca di (SINI)

Gelabah saja ni...

Korang pernah dengar tak ayat ni?... rumah itu dibesarkan untuk menampung bilangan ahli keluarga yang semakin membesar.

Dulu ada seorang pemimpin UMNO mengucapkannya bila isu Istananya di Kelang dibangkitkan..

Jamil Khir: Saya guna duit sendiri ubah suai rumah, bukan wang zakat

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersedia untuk bersumpah bagi membuktikan yang beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya di Kampung Batu Muda, Batu Caves, dekat sini.

Jelas Jamil Khir, rumah itu telah dihuni bersama keluarganya sejak 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian dibuat menggunakan wang sendiri.

"Wallahi, saya tak ambil duit zakat, boleh semak zakat Wilayah Persekutuan dapat audit bersih.

"Saya berani bersumpah kalau mereka berani," kata beliau pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Semalam, portal Malaysia Today telah menyiarkan gambar rumah milik Jamil Khir yang mana didakwa dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

Dalam laporan itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin mendesak Jamil Khir menjelaskan tentang rumah mewah itu.

Menurut Khairul Anuar, keraguan timbul apabila Jamil Khir yang dilantik sebagai menteri tiga tahun lalu dan hanya memperoleh gaji tidak menjangkau RM15,000 sebulan, namun mampu memiliki kediaman mewah dalam tempoh yang singkat.

"Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri)," katanya.

Jelas Jamil Khir, tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu disifatkan sebagai "politik terdesak" untuk memburukkan imejnya.

"Jawapan mudah, saya duduk rumah di Kampung Batu Muda sejak 1994, sudah 17 tahun saya duduk dan saya tidak tahu mengapa dibangkitkan . . . ia hanya penambahbaikan rumah dan tuduhan adalah politik terdesak.

"Saya tidak mahu panjangkan perkara ini, saya dulu bukan penganggur . . . saya dulu tentera dan jawatan terakhir saya Mejar Jeneral, malah saya juga tentera yang berpencen dan ada ganjaran, RM1 juta tiadalah tapi adalah," katanya.

Jelas beliau, rumah itu dibesarkan untuk menampung bilangan ahli keluarga yang semakin membesar.

"Rumah ini pun hutang dengan kerajaan sejak 1994, kami keluarga besar . . . mak dan ayah duduk sekali, anak enam orang jadi ramai lagi pun anak-anak saya bekerja," katanya.


The Malaysian Insider

Kes Aminulrasyid: Kpl Jenain didapati bersalah

Posted: 14 Sep 2011 09:48 PM PDT

Koperal Jenain Subi, 49, hari ini didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati di Shah Alam pada 26 April 2010.

Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 30 tahun penjara.

Hakim Latifah Mohd Tahar mendapati Jenain melakukan perbuatan itu di antara jam 1.10 dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam pada tarikh tersebut.


Katannya, pendakwaan telah berjaya membuktikan peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan pada malam itu.

Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.

Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.


Malaysiakini

Kalau saya Menteri Dalam Negeri .... - Ibrahim Ali

Posted: 14 Sep 2011 07:54 PM PDT

PERKASA menyifatkan kerajaan mungkin lemah apabila didakwa tidak bertegas terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya dalam isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali berkata, selepas pelbagai tuntutan dibuat di dada akhbar, termasuk melucutkan kerakyatannya, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.


"Kalau kita cadang Mat Sabu ditangkap, kita akan ditertawakan. Apakah kerajaan kita lemah? Mungkin, sebab kita tidak bersatu.

"Kalau kita mahu kerajaan kita bertindak tegas, yang penting ditunjukkan dahulu bahawa Melayu bersatu. Kalau tak bersama, macam mana tindakan tegas boleh diambil," katanya dalam forum membincangkan isu Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Berucap di hadapan ratusan peserta, Ibrahim mendakwa, isu sebelum ini seperti penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0, isu Gereja Methodist Damansara Utama dan usaha memurtadkan juga menyaksikan tiada tindakan.

Anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, walaupun kerajaan cuba "menarik rambut dalam tepung", kesabaran orang Melayu mempunyai batasnya.

Cabut bulu

"Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut.

"Tetapi macam saya cakap tadi, kerajaan kena bertindak bijak. Kita bersabar. Tetapi sabar ada batasnya," katanya yang terkenal dengan kelantangannya itu.

Dengan nada amaran, Ibrahim berkata, apabila rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan ia menunjukkan "tanda yang tidak baik dalam negara".

"Jangan rakyat ambil undang-undang dalam tangannya sendiri. (Presiden Majlis Perunding Melayu) Prof (Kamarudin) Kachar kata tadi, kalau jumpa, dia akan tempeleng Mat Sabu.

"Jadi, perdana menteri please (tolong), menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein please bertindaklah dengan tegas daripada sekarang," katanya.

Kamarudin antara ahli panel dalam program itu di samping ahli akademik Prof Dr Ramlah Adam, anak pengasas Umno Datuk Onn Jaafar bernama Jaafar dan bekas pengarah polis Cawangan Khas Dr Zulkifli Ab Rahman.

Pemimpin haprak

Sambil menyifatkan pemimpin PAS sebagai "haprak" dan "tidak kenal lagi batas", Ibrahim berkata tindakan Mohamad memalukan umat, sedangkan bangsa lain didakwa begitu gembira.

"Kita PERKASA akan terus berjuang. Jangan setakat bertepuk tangan, kita kena berjuang. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan," katanya.

Bagaimanapun, Ibrahim juga menawarkan penyelesaian lain dengam berkempen memastikan kekalahan calon PAS dalam pilihan raya umum yang dikatakan tidak lama lagi.

"Tolong berkempen kalahkan mereka ini dalam pilihan raya ke-13 ini. Sebab kalau tak buat demikian, mereka bertanding dan menang pula, (ini) tunjukkan apa dia (Mohamad) buat, (mereka) kata diterima masyarakat.

"Ini paling saya takut. Ini paling saya bimbang. Sejarah boleh berulang," katanya yang mendapat tepukan gemuruh.

Sambil mendakwa Mohamad sebagai "perkakas DAP" dengan menghina pejuang kemerdekaan, Ibrahim juga mempertikai kenyataan pemimpin parti Islam itu berdasarkan latar pengajiannya di universiti dalam bidang seni reka sebelum ini.


Malaysiakini

Patutlah tiba-tiba Kabinet dilaporkan setuju guna Dakwat Kekal..

Posted: 14 Sep 2011 09:59 AM PDT

Korang ingat lagi laporan oleh Malaysiakini berkenaan penggunaan dakwat kekal pada 8 September lalu yang membuatkan ramai Penyokong Pakatan Rakyat gembira?

Dalam laporan itu Malaysiakini telah memetik laporan dari Sin Chew Daily, antara laporannya ialah Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang.

laporan akhbar Sin Chew Daily pada 8 Sept itu menyebut, keputusan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada 7 Sept.


Laporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu.

Tak tahu atau pura-pura tidak tahu.. Nazri tidak menafikan pun laporan itu. Bak kata pepatah 'pokok tak akan bergoyang jika tiada angin...' lagipun pemimpin UMNO ni bab menipu bukan perkara luar biasa..

Korang nak tahu pasal apa tiba-tiba boleh timbul laporan Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal itu sedangkan sebelum ini SPR pernah membatalkan penggunaan dakwat kekal suatu masa dulu secara tiba-tiba dan SPR juga yang bermati-matian mahu menggunakan sistem biometrik?

Sebabnya ialah bahan untuk melunturkan dakwat itu sudah ditemui dan ianya mudah didapati dalam pasaran.. bacalah laporan The Star kat bawah ni..


Indelible ink can be easily removed, says firm

By MARTIN CARVALHO and RASHVINJEET S. BEDI

PETALING JAYA: An international firm specialising in fingerprint security systems claims it has evidence to show that indelible ink used for voting may not be foolproof and that it can be easily removed with common solvents.

The Europe-based company, with 25 years of experience in over 40 countries, has carried out a reliability test on the ink with its findings to be submitted to the authorities.


Off it goes: Indelible ink used to mark voter's fingers can be washed off with off-the-shelf detergents.

In a demonstration for The Star, it was shown the indelible ink stain on the test subject's index finger was easily rubbed off in minutes using off-the-shelf stain removal solvent found in most hardware shops.

"The ink is a controlled item which contains silver nitrate and is not openly sold in the market," a senior company spokesman said, adding that India was the main source for indelible ink.

The controversy over indelible ink is not new as its use was questioned in the Afghan presidential elections in 2004 and elections in Palestine in 2005.

"It was discovered in both elections that some voters managed to remove the ink and vote more than once," the spokesman said.

"Indelible ink could also be easily substituted with other inks and polling stations may not be equipped with test kits to test their genuineness."

Health concern is another factor affecting the use of the ink as it contains silver nitrate which can cause irritation.

"Its use is not permitted in Europe and the US," he said.

The use of indelible ink was among the demands of Bersih 2.0 which described it as a simple and cost-effective means to prevent voter fraud.

In 2007, the EC decided to implement the use of indelible ink but did not do so in the 12th General Election following fears of fraud.

Election Commission chairman Tan Sri Abdul Aziz Yusof refused to comment on the company's findings, saying that any such matter would be discussed by the Parliamentary Select Committee set up to implement electoral reforms - TheStar Online


Ini terjemahannya...

Dakwat kekal mudah dipadam?


Sebuah firma antarabangsa yang mengkhusus dalam sistem keselamatan cap jari mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa dakwat kekal akan digunakan oleh pengundi boleh dihilangkan dengan mudah menggunakan pelarut biasa.

Menurut syarikat yang berpangakalan di Eropah, dengan pegalaman lebih 25 tahun di lebih 40 buah negara telah menjalankan ujian dengan menggunakan dakwat berkenaan dan hasil penemuaan tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Dalam satu demonstrasi kepada The Star, telah ditunjukkan bagaimana dakwat kekal yang dicelup pada jari telunjuk dapat dihilangkan dengan mudah dalam tempoh beberapa minit sahaja dengan menggunakan pelarut biasa yang boleh didapati di kedai menjual barang perkakasan.

Menurut jurucakap syarikat berkenaan, pelarut tersebut merupakan barang kawalan kerana ia mengandungi argentum nitrat dan tidak boleh dijual secara terbuka di pasaran.

Kontroversi penggunaan dakwat kekal bukanlah perkara baru apabila penggunaannya turut dipersoalkan pada pilihan raya Presiden Afghanistan pada 2004 dan pilihan raya Palestin pada 2005 - terjemahan spenuhnya sila baca di (SINI)

Tiada ulasan: