Sabtu, 17 September 2011

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


ANWAR BIAYAI JENTERA umNO?

Posted: 17 Sep 2011 12:24 AM PDT

Pakatan Rakyat telah lama menekankan betapa perlunya jentera kerajaan bebas dari pengaruh parti yang memerintah. Jentera kerajaan adalah milik bersama setiap rakyat yang membayar cukai. Mereka berhak gunasama semua kemudahan kerajaan kerana ia di biayai hasil cukai negara. Petugasnya adalah petugas kerajaan dan dibiayai oleh seluruh rakyat Malaysia... tak kira umNO, PAS atau apa sahaja....

Hari ini Najib secara berani dan berterus terang malah boleh disifatkan angkuh apabila mengakui bahawa beberapa badan kerajaan bekerja untuk kemenangan umNO BN. ia satu salahgunakuasa yang tak perlu diperjelaskan lagi. Kita tidak pasti apa istilah rasuah dalam SPRM. Jika dulu SPRM pernah berusaha mensabitkan TG Nik Aziz dengan rasuah sebiji kek...apakah SPRM buta dalam melihat salahguna jentera kerajaan yang berlaku secara terbuka ini?
Najib dilaporkan berkata; Jangan harap pada kerajaan, pada (Jabatan) Penerangan, pada JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas), pada KEMAS sahaja," katanya.

Pengakuan Najib adalah satu salah guna yang serius. Jika pegawai kerajaan ada yang disabitkan dengan kesalahan rasuah kerana memberi tender kepada ahli keluarga atas alasan salahguna kuasa... apakah tindakan BN menggunakan jentera kerajaan untuk memenangkan umNO bukan salah guna kuasa ? Rakyat akan semakin keliru dengan kamus RASUAH yang digunakan oleh SPRM jika terus mendiamkan diri.

Secara lojiknya, orang Pakatan Rakyat malah Anwar Ibrahim dan TG Hj Hadi sendiri termasuk  orang membiayai jentera umNO . Ia sesuatu yang sangat serius. aduhhhh...malangnya demokrasi negaraku..

PROFESOR DAH SONGSANG

Posted: 16 Sep 2011 09:02 PM PDT

Arahan atau dah tak tahan dengan asakan.... akhirnya manusia bergelar profesor yang rasa dirinya bijaksana... .....mengalah juge..."Perbezaan 'tipis' (seperti kata Pakar Perlembagaan Profesor Aziz Bari) ini harus menjadi pemahaman oleh semua, bukan hanya oleh pakar yang bijaksana kerana ia mempunyai makna dan implikasi yang amat asasi serta bernatijah dalam kewujudan warganegara, negara dan negeri masa kini dan akan datang," kata Zainal lagi.

Menggunakan putar belit bahasa, Zainal mengatakan bahawa beliau juga merasakan dijajah .... namun hanya setelah di asak pelbagai pihak selama lebih seminggu selain tiadanya talian hayat dari bosnya untuk membela ....hanya Tun Mahathir yang memberi sedikit bantuan ketika Zainal Kilng sesak nafas.

Lebih memeritkan , Pengerusi 1 Malaysia.. Dr Chandra Muzaffar juga berpaling tadah dan mengambil pendirian menyanggah pendapat songsang tersebut. Kenyataan Zainal dibuat di saat negara menyambut hari Malaysia . Zainal menyedari bahawa fakta putar belit yang dikemukakannya tidak banyak membantu BN sebaliknya melupakan isu yang cuba dimainkan BN iaitu simpati terhadap mangsa komunis bagi menyerang PAS khususnya Mat Sabu.... Usaha mengampu Zainal sebaliknya merugikan BN kerana Pakatan Rakyat menggunakannya untuk menggasak BN. Kerajaan sehingga kini tidak memberikan pendirian terhadap kenyataan pengerusi Profesor negara yang entah siapa anggotanya selain Ramlah Adam dan beberapa tokoh umNO.

Kenyataan terbaru Zainal mungkin satu strategi mengendurkan serangan kepada umNO dan kerajaan. Desakan Tg Nik Aziz dan Tuan Ibrahim agar kerajaan menyatakan sikap terhadap kenyaan Profesor dan majlisnya yang entah bila ditubuhkan belum bersambut.

Sekurang kurangnya sambutan hari Malaysia semalam sedikit mengundurkan pendirian atau hujah songsang Profesor songsang....  Apapun alasan Zainal...umum mengetahui kenyataan itu bertujuan memberi kredit kepada Bn dan umNO. Tujuannya hanya satu.... menyatakan ...siapa menentang kerajaan ...dulu , kini dan selamanya adalah komunis... dan pengampu British dari kalangan umNO dulu Kini dan selamanya adalah pejuang kerana KONONNYA Malaysia tak pernah dijajah...

Tiada ulasan: