Aku Budak Balun |
Bukti Kegagalan MB Pakatan Rakyat! Cis! Posted: 22 Sep 2011 08:30 PM PDT "Apa la MB Khalid neh!! macam mana pulak Kerajaan Selangor boleh dapat menyimpan sampai RM1.1 Bilion neh? Dalam masa yang sama boleh pulak bagi air percuma! Boleh pulak buat macam-macam skim! Anak-anak Selangor dapat offer masuk IPT leh dapat duit.. bukan pinjaman! Warga emas leh dapat Skim Usia Emas.. Anak-anak Selangor yang baru lahir leh dapat Tabung Warisan Anak Selangor!.. Punya la banyak skim-skim ni, boleh pulak simpan lagi untuk Kerajaan negeri!!! Cheisss!! Patutlah kontraktor-kontraktor UMNO kat Selangor ni makin lama makin nak mati... memang pengkhianat lah MB Khalid ni!! Pengkhianat melayuu!!! ehh silap! Pengkhianat UMNO!!!" -getus hati seorang Ketua UMNO cawangan di Hulu Selangor agaknya.... wakakakakak! mari kita baca jap lagi apa kata pencacai! budakbalun 23092011 Simpanan tunai Selangor RM1.1b, rekod 28 tahun SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta. "Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi. Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta. Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat. Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri. Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta. Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.-Harakahdaily |
Budakbalun setuju dengan Che Det! Terbaekk! Posted: 22 Sep 2011 07:44 PM PDT Teman setuju benor dengan saranan Che Det neh! Mari kita mulakan dengan Mukhriz anak bapak!! budakbalun 23092011 Mahathir: Rakyat pandang jijik wakil rakyat mewah Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur wakil rakyat BN supaya mengubah imej mewah yang ditonjolkan sehingga menyebabkan rakyat berasa jijik dengan parti itu. Katanya, faktor tersebut merupakan salah satu sebab BN merekodkan prestasi buruk pada 2008 – yang masih belum dapat dipulihkan hingga kini. Persepsi tersebut antara lainnya berpunca daripada kegiatan membeli undi dari kalangan perwakilan semasa pemilihan parti. "Golongan muda pandang parti komponen sebagai korup dan mereka tidak ingin sokong. Walau tak ramai yang tak sokong, sikit-sikit tak dapat undi, kita akan kalah," katanya dalam satu majlis di Dewan Umno bahagian Kuala Selangor hari ini.-mkini |
You are subscribed to email updates from Aku Budak Balun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan