AdukaTaruna |
Pandangan gua mengenai polemik hudud terkini. Posted: 23 Sep 2011 01:32 AM PDT Oleh : AdukaTaruna [1] Maqam TGNA memang langit dengan bumi la banding dengan gua. Dari segi bimbang dan takutnya kepada Allah. Tu sebab kalau boleh, sebelum beliau menemui Allah, dia sudah laksanakan perintah Allah (hudud). [2] Gua pula pandang mendapatkan negara yang adil dari segi ekonomi, telus dari segi penguatkuasaan, ruang ketidak seimbangan sosial yang minima, ketiadaan takrifan kasta terhadap undang-undang dan sebagainya adalah lebih aula dari hudud. Atau kata lainnya, hudud HARAM dilaksanakan dalam keadaan hudud itu pasti hanya berjaya dikuatkuasakan terhadap orang2 miskin dan lemah. Manakala orang kaya dan berkuasa pasti selamat. Itu keadaan negara kita sekarang ini. Jika Kelantan sudah bersedia pun, tetapi agensi menegakkan hudud itu terletak di pusat. Polis, kehakiman, penjara, etc. Maka, sudah pasti juga hanya orang2 miskin dan lemah sahaja yang tertakluk kepada hudud. Sekaligus gua percaya melaksanakan hudud pada keadaan sekarang adalah haram. [3] Mengkaji polemik lama yang muncul semula ini, ianya datang dari forum Hari Hudud Kelantan. Dan bangkitnya semula perbahasan ini, menandakan kejayaan Kelantan dalam menghidupkan ingatan dan hasrat terhadap hudud setiap masa, sepanjang tahun. Itulah objektif Hari Hudud Kelantan itu dilaksanakan. [4] Namun begitu, adalah menyedihkan jika perbahasan itu lari dari segi objektif memberi faham. Sebaliknya memasuki objektif menundukkan ego musuh, menegakkan ego sendiri. Tegaknya hudud atau tidak; diletakkan di bawah falsafah tegak atau tumbangnya ego parti. Hari ini TGNA mempersilakan DAP keluar. Dan jika DAP turut menegakkan ego, maka, kekallah Malaysia dalam suasana orang kaya dan berkuasa selamat dalam tindakan undang2. Orang2 miskin dan lemah sahaja yang tertakluk kepada undang2. Dari tinggal 2-3 penggal sahaj lagi untuk realistik mendapatkan hudud, pergi kepada 50-100 tahun lagi untuk mendapatkan hudud yang sama. [5] Mempunyai kes anti dewa, dan berimejkan anti monarki, gua mempunyai agak ramai rakan bukan muslim pro Malaysia Baru. Servey2 tak rasmi dan tidak menyeluruh mendapati mereka (bukan muslim) memandang polemik hudud hanya dalam kontek Kelantan. Jika bukan muslim di Kelantan menyokong hasrat PAS Kelantan, mengapa perlu bukan muslim luar Kelantan menghalang kehendak demokrasi mereka itu? Gua berharap, dan bersungguh2 berharap, majoriti bukan muslim luar Kelantan berfikir sebegitu. Jika tidak, hudud pun hanya akan dapat 50-100 tahun lagi, Malaysia baru pun akan dapat 50-100 tahun lagi. Lebai malang. Hulu kenduri habis, hilir kenduri selesai. [6] Hari Hudud kelantan perlu diteruskan. Ianya adalah identiti Kelantan. Universiti terbuka. Tapi dengan objektif memberi penjelasan, dan mendapatkan kefahaman terkini. Dan bukan menegakkan ego parti atau kumpulan masing2. Semoga 2-3 penggal sahaja lagi, hudud akan dapat ditegakkan. Mungkin hanya di Kelantan dahulu sebagai role model, ujikaji, prototaip sebelum dijual ke peringkat negara. Wallahualam. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan