Jumaat, 23 September 2011

Addin

Addin


Ahmadinejad : 2 Pesawat Tak Mungkin Dapatkan Robohkan World Trade Center

Posted: 23 Sep 2011 10:20 AM PDT

WASHINGTON - Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad mengatakan bahwa sebagai insinyur, ia yakin menara kembar WTC tidak dirobohkan pesawat jet. Dalam sebuah wawancara dengan The Associated Press, Ahmadinejad mengatakan tidak mungkin bagi dua pesawat jet merobohkan menara kembar dengan menabraknya. Ia mengatakan sebuah ledakan yang direncanakan telah terjadi di sana. Ahmadinejad berhenti menuduh Amerika Serikat merencanakan bencana itu 10 tahun yang lalu.

Namun dia mengatakan ada berbagai pertanyaan dunia yang harus dijawab dan juga ada banyak keraguan di Amerika Serikat. Permintaan Ahmadinejad untuk mengunjungi lokasi runtuhnya World Trade Center itu tahun lalu ditolak. Dia mengatakan tidak berupaya melakukannya lagi tahun ini. Dia berada di New York City untuk mengikuti Sidang Umum PBB.

Berbeda dengan Ahmadinejad, harian Belanda, Spits, melansir "Teori Baru Mengenai 9/11" . menurut harian itu menara kembar pencakar langit World Trade Centre (WTC) tidak runtuh akibat kebakaran, tetapi akibat melelehnya aluminium dua pesawat tersebut.

Laporan itu berdasarkan riset Christian Simensen, ilmuwan Norwegia, yang bekerja di sebuah lembaga penelitian Norwegia, Sintef. Menurut dia, Keruntuhan disebabkan oleh kombinasi melelehnya dinding aluminium akibat suhu panas yang luar biasa ditambah semburan air dari alat-alat pemadam kebakaran yang otomatis menyembut di setiap ruangan. Itulah yang menyebabkan ledakan yang menghancurkan konstruksi bangunan.

Simensen bahkan melakukan eksperimen kecil-kecilan bersama pabrik aluminium Alcoa beberapa tahun lalu. Mereka mencampur 20 kilogram aluminium yang meleleh dengan 20 liter air. Serta merta, timbul ledakan dahsyat yang meluluhlantakkan ruangan laboratorium dan membuat lubang selebar 30 meter. Simensen yakin Kandungan aluminium kedua pesawat itu tinggi, mencapai 30 ton.

Teori Simensen klop dengan kesaksian para korban ledakan WTC. Mereka mendengar ledakan dahsyat saat kedua gedung pencakar langit World Trade Centre runtuh. Ledakan hebat itulah yang diyakini Ahmadinejad dan sejumlah ilmuwan bahwa kedua gedung itu sengaja diledakkan oleh aparat keamanan Amerika./tempo

Skandal Seks PM Itali : Aktres Terkenal Venezuela Terlibat

Posted: 23 Sep 2011 07:19 AM PDT

LONDON - Aktres terkenal Venezuela, Carolina Marconi, adalah antara wanita jelita dihantar seorang lelaki Britain dipercayai orang tengah dalam skandal membabitkan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi. Lelaki terbabit dikatakan bertanggungjawab membawa ramai wanita dari United Kingdom untuk menghadiri parti liar yang membabitkan perdana menteri itu. Mereka termasuklah model yang juga aktres Venezuela, Carolina Marconi, 33, yang muncul beberapa kali dalam beberapa program terbitan syarikat televisyen milik Berlusconi sendiri.

Lelaki terbabit mendedahkan dalam sebuah fail mengandungi lebih 100,000 rakaman perbualan memperincikan perbincangan antara ahli politik yang juga ahli perniagaan, Giampaolo Tarantini.Ia menunjukkan, Tarantini membelanjakan hampir £80,000 (RM394,164) dalam masa sembilan bulan apabila beliau membantu membawa ramai gadis menghadiri 25 parti, membeli tiket penerbangan dari London dan Paris ke Rome.

Daripada dokumen itu tidak jelas sama ada mereka dari Britain itu adalah gadis peneman atau rakan kepada wanita yang diundang ke parti yang dianjurkan Berlusconi di kediaman rasmi beliau di Rome, Milan dan Sardinia. Dalam satu transkrip, Tarantini kedengaran memberitahu Berlusconi: "Baik, saya sudah cakap dengan Carolina Marconi dan dia amat gembira (menghadiri parti).

"Dia dan juga seorang rakan saya dari London, sangat cantik dan berusia 21 tahun." Tarantini dikatakan mengatur pertemuan bagi majlis antara Julai 2008 dan Mei 2009. Selain penerbangan, beliau juga menggunakan pemandu kereta bagi membawa gadis terbabit hingga ke tempat penginapan di sebuah hotel lima bintang.

Tarantini membayar lebih £4,000 (RM19,708) kepada wanita itu setiap kali, dengan memastikan mereka bermalam bersama Berlusconi dan sebagai tambahan jutawan berkenaan memberikan wanita terbabit barangan kemas dan wang tunai.

Transkrip itu sebelum ini mendedahkan perdana menteri berusia 74 tahun itu pernah meniduri lapan wanita dalam satu malam. Pelacuran bukan satu jenayah di Itali tetapi pendakwa berkata, beliau mengatur gadis pengiring untuk 'mendapat habuan' bagi kontrak perniagaan.

Tarantini berhadapan siasatan berasingan membabitkan pengedaran dadah. Dalam kenyataan kepada polis beliau mengakui: "Saya fikirkan wanita dan kokain cara terbaik membolehkan saya menjadi anggota kumpulan sosial."/bh


Hudud : Muhyiddin Anggap MCA Tak Faham UMNO..

Posted: 23 Sep 2011 06:20 AM PDT

Kata dua Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini bahawa ia akan keluar Barisan Nasional (BN) jika hukum hudud dilaksanakan menunjukkan beliau tidak faham pendirian Umno dalam isu tersebut, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan perdana menteri berkata Umno sentiasa jelas bahawa ia menyokong hudud secara prinsip tetapi tidak boleh menggubal satu akta sebab Malaysia tidak bersedia ke arah itu. "Saya percaya kemungkinan Datuk Chua Soi Lek tidak faham pendirian sebenar (Umno) dalam soal (mengenai hudud)," kata beliau kepada pemberita di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini./tmi


Addin : 
Selama 54 tahun merdeka.. UMNO masih gagal untuk memberi pemahaman secukupnya kepada rakan - rakan parti komponen dalam BN mengenai Islam.  Ini bukti UMNO gagal memartabatkan Islam dalam negara ini.. jauh sekali untuk melaksanakan hukum hudud!!

Skandal Seks Menteri Dengan Wanita Cambodia Bakal Terbongkar!!

Posted: 23 Sep 2011 05:57 AM PDT

Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang sibuk menjaja cerita Skandal demi Skandal Seks Ketua Pembangkang tidak sedar bahawa majoriti menteri kabinetnya terpalit dengan Skandal seks yang memualkan. Petang tadi Paparrazzi menerima maklumat bahawa seorang Menteri Kabinet Najib terbabit dengan Skandal Seks bersama Wanita Cambodia yang sering melawat menteri berkenaan di Malaysia dan menjadikan beberapa resort dan hotel sebagai tempat memadu kasih.

Menteri berkenaan pula sering melawat ke luar negara, sama ada untuk bermain golf atau melancong bersama kekasih hatinya; kerana jiwanya kosong setelah isterinya sakit dan tidak dapat melayan naluri menteri berkenaan yang semakin kemaruk seks. 
Sebelum ini Menteri berkenaan terlibat dengan Skandal Seks di Australia dan merupakan salah seorang menteri yang mempunyai hubungan rapat dengan Najib. Menurut maklumat yang Paparazzi terima, seorang berpangkat Dato' memperkenalkan Menteri tersebut dengan wanita Cambodia berkenaan.

Skandal seks ini dijangka akan menggemparkan Kabinet Malaysia tidak lama lagi kerana ada beberapa pihak sedang merundingkan harga dengan Paparazzi untuk menjual gambar dan rakaman video untuk membuktikan hubungan sulit menteri berkenaan./sabahkini

Baca di sini.

Tiada ulasan: