Selasa, 27 September 2011

AdlyZahari

AdlyZahari


KESAN SABUISME

Posted: 27 Sep 2011 07:48 PM PDT

  • Seperti yang disebut oleh Prof Mohamad Abu Bakar, fenomena Sabuisme telah membuatkan orang minat sejarah.
  • Bukan sekadar sejarah diminati tetapi lebih dari itu.
  • Banyak benda baik lahir dari kesedaran fenomena Sabuisme.
  • Kalau fenomena tsunami melanda negara kesannya ?
  • Orang mula cinta pada tumbuhan. Pokok mula ditanam.
  • Kesedaran pada tuhan meningkat.
  • Manusia semakin sedar tentang keselamatan dsbnya.
  • Begitu juga dengan Sabuisme.
  • Pegawai polis dan tentera mula diiktiraf.
  • Pencen waris Bukit Kepong mula dipertimbangkan.
  • Anugerah Datuk diberikan pada Kanang Anak Langkau.
  • Prof. bidang sejarah diangkat sebagai ilmuan.
  • Orang mula tahu adanya Majlis Profesor Negara.
  • Merdeka di perdebatkan.
  • Pejuang merdeka diingati tidak seperti 53 tahun sebelumnya.
  • Bacaan Yasin dipergiatkan.
  • Lebih ramai orang menziarah makam polis dan tentera.
  • Ada peluang polis dan tentera naik gaji.
  • Buku Pengukir Nama Johor Laku "Sold Out"
  • Rakyat timbul minat membaca.
  • Dan banyak lagi kesan baik hasil dari Sabuisme.
  • Itu belum lagi kita melihat persoalan agama dalam konteks Sabuisme ini seperti:
  • Boleh tak komunis dikebumikan sebagai seorang Islam, seperti Mat Indera ?
  • Apa hukum bertahlil dan membaca Yasin dikubur komunis?
  • Bolehkah mendoakan Mat Indera?
  • Melayu Komunis, apa agama mereka ?
  • Benarlah kata Prof. Mohamad Abu Bakar, fenomena Sabuisme telah menyebabkan orang minat pada sejarah. Kesan lansungnya amat jelas sekali.
  • Cuma sifat pemimpin memang begitu, terpaksa membakar diri dan berdepan dengan dakwaan dan celaan.
  • Walaubagaimanapun, tahniah buat Datuk Kanang Anak Langkau !

BURUKKAN JOHOR BERTINDAK, KELANTAN TAK APA

Posted: 27 Sep 2011 07:07 PM PDT

  • Rakyat Johor sedang dihasut agar membenci Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.
  • Kerana LGE di anggap menjatuhkan imej Johor.
  • Menjatuhkan imej Johor di luar negara. Johor selamat, YAB Lim kata tak selamat.?
  • Faktanya Pulau Pinang paling selamat di Malaysia dengan indek Jenayah 27%.
  • Macamana pula orang Kelantan dengan Ali Rustam.
  • Apa yang Ali Rustam tak cakap tentang Kelantan.
  • Dalam dan luar sidang DUN, sentiasa Kelantan diburukkan.
  • Beliau pernah melarang pegawai kerajaan pergi Kelantan. Pernah beliau menarik balik larangan itu ?
  • "Di Melaka orang buang anak, di Kelantan orang buang anak dan dibakar anak itu". Antara ucapan Ketua Menteri dalam sidang DUN.
  • Kalau Polis Johor nak bertindak pada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ketua Polis Kelantan juga wajar bertindak pada Ali Rustam.
  • Burukkan Johor bertindak ? Burukkan Kelantan tak apa !
  • 1 Malaysia apa ?

TAK WAJAR BERSARA 64 TAHUN

Posted: 27 Sep 2011 06:45 PM PDT

  • Ada cadangan agar umur bersara ditingkatkan kepada 64 tahun.
  • Memang ramai yang bantah, terutamanya orang muda.
  • Kalau orang lambat bersara, orang muda yang susah.
  • Peluang kerja terhad.
  • Peluang naik pangkat terbatas.
  • Pengangguran meningkat.
  • Kesan sosial dan macam-macam lagi kesan yang boleh berlaku.
  • Persoalan kedua adalah kenapa perlu kerja sampai usia 64 tahun.
  • Kenapa tidak sekadar 55 tahun sahaja.
  • Apakah isunya kerana pekerja swasta sukar meneruskan kehidupan selepas bersara?
  • Atau sukar mencari orang yang berpengalaman dalam sektor swasta?
  • Orang kerajaan ada pencen, orang swasta ada apa ?
  • Tak wajar rakyat disuruh bekerja sampai kemati?
  • Waktu muda kita memberi sumbangan kepada kerajaan, apa salahnya waktu tua kerajaan memikirkan sumbangan kepada kita.
  • Tak kira kita pekerja kerajaan atau swasta.
  • Sudah tiba masanya kita memikirkan inisiatif baru untuk hari tua pekerja di Malaysia.
  • Nak terus bekerja sampai mati kita tak marah. Tapi jangan paksa kita kerja sampai mati?

Tiada ulasan: