Addin |
- Gempar!! Lahad Datu Semakin Tidak Selamat
- Panas!! Filem Hantu Bonceng Pulak Hina Islam?
- Mansuh ISA : Prof. Aziz Bari Bidas Dr. Asri
- Selama 46 Tahun Lukman Hidup Bersama Jasad Membusuk Di Dalam Perut
- Najib Akui BN Tipu Diri Sendiri Dan Syok Sendiri
- Panas!! 24 Jam Selepas Pendedahan, Pengakuan PM Bangladesh Dipadam
- Nasi Lemak 2.0 Bakal Di Haramkan
Gempar!! Lahad Datu Semakin Tidak Selamat Posted: 18 Sep 2011 10:00 AM PDT Berapa ramaikah lagi mangsa yang harus menjadi korban untuk membuktikan Lahad Datu tidak selamat kerana dibanjiri pendatang asing tanpa izin (PATI) dan Ketua Polis Daerah gagal mengambil langkah berjaga-jaga setelah insiden seorang remaja dibunuh di bawah Pusat Hiburan setelah gagal mendapat bantuan daripada Pondok Polis yang tidak beroperasi? Ketika singgah untuk berhenti rehat di Lahad Datu selepas mengikuti Konvensyen Pakatan Rakyat di Kota Kinabalu, saya dikejutkan dengan berita seorang Pegawai Majlis Daerah Lahad Datu, Ali Jamal, mati ditikam berdekatan Public Bank Lahad Datu pada jam 4.30 pagi. Iaitu hampir sama dengan masa kejadian remaja anak seorang bekas Pegawai MDLD mati ditikam ketika cuba mendapatkan bantuan di Pondok Polis yang kosong! Saya tidak hairan jika Lahad Datu pernah diserang Lanun pada siang hari pada 1989 kerana kawalan keselamatan Lahad Datu ketika itu terlalu longgar, sekalipun lanun mendarat berhampiran dengan Pangkalan Polis Marin. Tetapi setelah banyak kejadian bunuh yang berlaku, sewajarnya Ketua Polis Daerah Lahad Datu mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memastikan Ops Payung dan segala Ops yang dijalankan bukan sekadar menunjuk-nunjuk; sebaliknya untuk memastikan mereka bertindak segera bagi mencegah jenayah dan memastikan Lahad Datu bebas daripada penjenayah. Dengan demografi Lahad Datu yang didominasi PATI, sewajarnya Polis memasang CCTV di kawasan penting terutama di hadapan lokasi tumpuan awam dan kemungkinan berlaku jenayah seperti di Bank, Pasar Rakyat dan Jalan Sunyi. Nampaknya polis Lahad Datu tidak banyak berubah dan menjadikan kematian sebagai 'Pesta Memburu' kerana hanya selepas ada mangsa terbunuh atau dibunuh, polis akan mengadakan sekatan jalan sama ada melalui Ops Tutup atau Ops Sekat; tetapi hanya mereka yang bersubahat diberkas, tetapi penjenayah lepas lari. Saya simpati dengan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsuddin Mat yang sepatutnya sudah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya Kontingen Polis Sabah, tetapi bernasib malang kerana banyak kejadian jenayah berlaku di daerahnya sehingga KPInya boleh dipertikaikan. Menurut Laporan Polis LDD/RPT/7513/2011 yang dibuat oleh pengadu, Mohd Rusdi Tatan, 34, seorang lelaki Idahan oleh pada jam 05.15 pagi; bapa saudara beliau, Ali Jamal, 47, telah dipukul oleh 14 lelaki dan ditikam oleh seorang lelaki tidak dikenali dengan menggunakan pisau dan luka di bahagian perut pada jam 4.30 pagi di hadapan Public Bank (20 meter daripada tempat serangan lanun 1989). Menurut saksi, penjenayah berkenaan melarikan diri menggunakan van Nissan Vanette berwarna biru bernombor SA6950H. Namun Ali yang dihantar ke hospital sejurus selepas kejadian telah meninggal dunia pada jam 06.30 pagi. Mohd Rusdi memaklumkan bahawa punca kejadian dipercayai akibat mangsa menegur kumpulan lelaki berkenaan yang telah melanggar papan tanda dan tembok tepi jalan; lalu mereka bertindak berang menyerang Ali secara berkumpulan. Seramai empat orang saksi yang nampak kejadian berkenaan dan berjaya mengecam salah seorang penyerang daripadanya bernama BUDI. Setakat ini polis telah berjaya memberkas tiga orang penyerang dan masih memburu 11 lagi yang masih bebas. Tindakan polis menjalankan Ops Tutup menyebabkan jalanraya di Lahad Datu sesak sekalipun hujung minggu kerana ramai yang ingin mendapat maklumat tentang kejadian. Desas desus yang giat disebarkan bahawa serangan berkenaan disebabkan tindakan balas dendam kerana MDLD bertindak kejam merampas sayuran penjaja haram dan pilih kasih dalam pemberian gerai menjual pakaian rombengan di bekas Dataran Palma. Namun belum dapat dipastikan sejauh mana benar dakwaan tersebut. Apakah serangan terhadap Ali akan melibatkan lebih ramai lagi pegawai MDLD termasuk Pengerusi MDLD; yang dianggap sebagai punca penyebab mereka kehilangan pendapatan ekoran Skandal Pasar Rombengan (kain terpakai) kerana hanya segelintir yang mendapat tempat sedangkan terdapat lebih 500 penjual rombengan di daerah ini./sabahkini |
Panas!! Filem Hantu Bonceng Pulak Hina Islam? Posted: 18 Sep 2011 07:30 AM PDT Sebentar tadi Addin terbaca satu artikel yang di keluarkan oleh blog Milo Suam. Isu ni mungkin akan jadi hangat selepas ni.. Pendedahan yang di buat oleh blog Milo Suam wajar diberikan perhatian oleh semua pihak. Sekiranya benar berlakunya babak menghina Islam oleh Zizan Raja Lawak dalam filem Hantu Bonceng, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera supaya aksi ini tidak mempengaruhi masyarakat. Sila baca di sini untuk mendapat pendedahan terperinci. |
Mansuh ISA : Prof. Aziz Bari Bidas Dr. Asri Posted: 18 Sep 2011 03:13 AM PDT Pemimpin politik dan wakil masyarakat tidak perlu mengucapkan terima kasih kepada pentadbiran Najib atas keputusan kerajaan pusat mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang berkaitan kerana pihak berkuasa yang merampas hak rakyat selama ini, kata pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari (gambar). Dengan merujuk kepada pendirian bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan beberapa pihak lain, Aziz berkata, adakah rakyat perlu mengucapkan terima kasih kepada pencuri yang melarikan barang milik seseorang. Oleh itu tegas beliau, sudah menjadi tanggungjawab dan amanah kerajaan pusat untuk mengembalikan hak-hak rakyat yang dirampas selama lebih lima dekad yang lalu. "Dia (Asri) tak faham isu sebenar. Hak yang dinafi selama ini ialah hak yang Allah berikan dan diambil secara tidak sah oleh kerajaan. Termasuk melalui ISA sejak 1960. "Jadi, perlukah kita ucap terima kasih kepada pencuri? Dalam Islam kerajaan adalah pemegang amanah, menjaga rakyat. Bukan bertindak sesuka hati," kata ahli akademik ini. Aziz juga menambah, ISA pernah digunakan ke atas pelbagai pihak termasuk pejuang-pejuang Islam yang difitnah macam-macam. "Mungkin Asri lupa atau tak tahu hal itu. Dia mungkin tahu agama tapi tak mahir dan tak mengikuti perkembangan politik," tambah Aziz. Dalam reaksi ke atas pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Khamis lalu, Asri berkata, pengumuman itu membawa makna yang besar kepada negara dan amat bersejarah. Pemimpin bukan politik ini menambah, ISA adalah satu akta yang tidak islamik selain menjejaskan hak asasi individu dan boleh disalahgunakan oleh pemerintah dengan mudah, dan oleh itu tindakan memansukhkannya adalah tindakan yang amat islamik. "Dalam masa yang sama menunjukkan semangat penghormatan hak rakyat yang tinggi oleh pihak pimpinan Perdana Menteri sekarang dalam isu ini," katanya lagi. Kata beliau, sekian lama perjuangan agar akta itu dimansukhkan dan "hari ini Perdana Menteri telah merealisasikan harapan dan impian rakyat ini." "Itu satu penunaian hasrat rakyat yang besar untuk melihat sistem pengadilan negara yang lebih baik," kata beliau. Tambah beliau, pengumuman malam tadi juga lebih berharga dari segala pemberian bonus dan kenaikan gaji kerana pemansuhan ini bererti mengembalikan hak asasi insani yang lebih berharga dari wang ringgit. "Ini bererti ia sebuah hadiah daripada Perdana Menteri yang bermakna sempena Hari Malaysia," kata beliau lagi. Malah katanya, pengumuman ini bererti usaha transformasi negara dan kesedaran kerajaan Perdana Menteri sekarang tentang perubahan situasi rakyat tidak boleh dianggap retorik politik semata, sebaliknya ia telah diterjemahkan dalam beberapa langkah yang berani dan bermakna. "Rakyat yang insaf, tanpa mengira parti hendaklah berterima kasih kepada pengumuman ini. Kita hendaklah berpolitik secara matang, memuji apa yang patut dipuji, menyokong apa yang patut disokong, membantah apa yang patut dibantah, mengkritik apa yang patut dikritik," kata beliau. Justeru tambah Aziz, beliau bersetuju dengan pendirian Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang menuntut kerajaan membayar ganti rugi kepada tahanan ISA ataupun kepada anggota keluarga masing-masing. "Sebetulnya mahkamah melalui Hakim Datuk Hishammudin Yunus dah kata OK, (dalam kes Malek Hussin yang dapat gantirugi kerana ditahan ketika reformasi) tapi sayangnya kes ini telah dibatalkan oleh mahkamah rayuan," kata beliau lagi./tmi |
Selama 46 Tahun Lukman Hidup Bersama Jasad Membusuk Di Dalam Perut Posted: 17 Sep 2011 11:25 PM PDT Pasukan perubatan Hospital Umum Daerah Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan, masih mengalami kesulitan mendeteksi kelainan pada perut Lukman Labbi (46), warga Kelurahan Sibatua, Kecamatan Pangkajene, Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan. Lukman sudah seminggu ini menjalani perawatan intensif di ruang isolasi RSUD Kabupaten Pangkep. Kami belum tahu jenis apakah kanser yang saat ini meradang di bahagian perut pesakit akibat pembusukan jaringan tubuh kembar siamnya atau bukan. Pengarah RSUD Pangkep Frans Demmanaba, menyatakan, dari hasil pemeriksaan sementara, kelainan pada perut Lukman akibat pembusukan jasad kembar siamnya yang telah meninggal sejak pesakit bayi, sekitar 46 tahun lalu."Kembar siamnya sudah mati sejak pesakit masih bayi. Kami belum tahu jenis sebenar apakah kanser yang ketika ini meradang di bahagian perut pesakit akibat pembusukan jaringan tubuh kembar siamnya atau bukan. Peralatan medik kami terbatas. Doktor spesialis yang menangani penyakit kes tersebut juga tidak kami miliki. Memang harus dirujuk dan di operasi ke Makassar, namun pesakit dan keluarganya menolak," katanya. Lukman diduga memiliki kembar siam di bahagian perutnya yang sudah mati. Keadaannya makin parah kerana jaringan-jaringan jasad tersebut telah lengket dengan jaringan tubuh Lukman yang normal akibat adanya dua kehidupan atau kelainan konginental. Kembar siam Lukman yang sudah mati, diketahui tanpa kepala, berukuran lebih kecil serta hanya memiliki satu tangan dan dua kaki, hingga kini terus mengalami pendarahan kerana sudah membentuk satu luka. "Kelainan tersebut termasuk kanser ganas yang dapat menyebar (metastase) ke organ-organ normal. Sejauh ini kami hanya memberikan perawatan medik terhadap kembar siam Lukman, yang mengalami luka dan telah membusuk," jelas Frans. Secara terpisah, dr Nurdin, spesialis penyakit dalam RSUD Kota Parepare saat dimintai penjelasannya terkait kes medis tersebut, justru membantah jika pembusukan jasad kembar siam Lukman dikatakan sebagai kanser. Pasalnya, sejauh ini penyebab kanser sendiri belum diketahui secara pasti, dan temuan-temuan terkait penyebab kanser pun masih sebatas teori yang dihubungkan dengan banyaknya perilaku pesakit yang terkena kanser. Seperti kanser paru-paru yang penderitanya identik perokok atau kanser hati (lever) yang penderitanya identik dengan minuman keras, disebut hanya teori atau hipotesa. "Tidak ada hubungannya antara jasad kembar siam yang membusuk dengan kanser. Untuk mengetahui secara pasti, penyakit atau bakteria apa yang terdapat pada jasad pesakit kembar siam, daging dari kembar siam yang telah membusuk di ambil sedikit, kemudian di kaji di laboratorium," katanya. Dari kes kembar siam, kata Nurdin, paling sulit dilakukan pemisahan ketika keduanya ingin dihidupkan. Tapi pada kes Lukman labbi, katanya lagi, dinilai pihaknya lebih sederhana kerana jasad kembar siam pada bahagian perut telah mati sehingga lebih mudah di potong dan di tutup kembali. Peluang hidup pesakit pun menjadi lebih besar. "Memang memerlukan pemeriksaan lebih teliti sebelum dioperasi. Kerana jangan sampai pemotongan tersebut, justru membahayakan pesakit kembar siam yang masih hidup. Tapi doktor parti tidak akan melakukan operasi jika membahayakan pesakit kerana kami selalu memberi tindakan medik untuk upaya yang terbaik bagi pesakit," katanya. Ketika ditanya mengenai jenis penyakit yang menimpa Lukman, Nurdin pun mengku belum dapat memberikan penjelasan. Kerana ia belum melakukan pemeriksaan secara langsung kelainan pada tubuh lukman./bk |
Najib Akui BN Tipu Diri Sendiri Dan Syok Sendiri Posted: 17 Sep 2011 09:14 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegur sikap pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) berhubung pemberian 'laporan tipu' kepadanya semata-mata mahu menjaga hati tanpa bersandarkan kepada realiti sebenar.Malah tegas beliau, penganjuran program 'syok sendiri' juga turut menyumbang kepada kekalahan BN di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. "Jangan buat program syok sendiri sahaja. Bila buat program Juara Rakyat, tulis dalam laporan bahawa ia telah berjaya apabila dihadiri oleh 300 dalam sesuatu kawasan. "Tapi siapa 300 orang itu? Saya sudah 35 tahun dalam politik, saya dah tahu (taktik). Saya tahu apa yang anda semua buat dan anda pun tahu apa yang saya tahu (tipu laporan). "Saya tak pakai laporan macam ini. Himpunkan 300 orang lepas itu kata kita dah berjaya. Tak mungkin…itu menipu diri sendiri," katanya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Sabtu. Sebaliknya menurut beliau, adalah sesuatu yang berbaloi sekiranya sesuatu program itu dihadiri oleh kelompok sasaran tertentu khususnya yang tidak menyokong BN sebelum ini."Kalau yang kita kumpulkan itu bukan Ketua Cawangan dan penyokong tegar BN, kumpulan 300 itu adalah yang dulunya tentang kita…ia memang berbaloi buat perhimpunan," katanya. Tegas Najib yang juga Pengerusi BN Selangor, laporan tepat terutamanya mengenai tahap sokongan rakyat di sesuatu kawasan tertentu adalah sangat penting bagi memastikan langkah susulan dapat diambil. Jelasnya, matlamat BN untuk merampas kembali Selangor pada PRU akan datang adalah bergantung kepada sikap jujur dan berpijak kepada realiti. "Kita kena ada bacaan politik yang tepat, jangan tipu diri sendiri, jangan tipu pemimpin di atas…jangan. Kalau bagi laporan, kelabu jangan kata putih dan hitam jangan kata kelabu. "Kita mesti beri laporan yang betul dan pastikan keberkesanan program dan sandarkan kepada reaksi daripada kawasan, kena ada penilaian yang tepat. "Zaman yang kita main laporan (tipu) macam dulu tak boleh pakai lagi…tak boleh. Ini zaman di mana kita mesti buat sesuatu tindakan yang tepat dan kena buat penilaian yang tepat, jujur dalam menyampaikan laporan," katanya. Addin : Setelah sekian lama.. barulah Najib akui yang BN tipu diri sendiri dan syok sendiri. Sikap BN itulah yang membuatkan mereka kalah di Selangor dan sikap itu jugalah yang akan menguburkan Umno BN di pentas politik negara buat selama-lamanya. |
Panas!! 24 Jam Selepas Pendedahan, Pengakuan PM Bangladesh Dipadam Posted: 17 Sep 2011 08:37 PM PDT Laman web yang memapar pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, dipadamkan hari ini (17/09/2011). Semakan Keadilan Daily pada jam 7 malam ini mendapati laman itu tertera: No item to show (tiada paparan kandungan) tetapi tiada alasan diberi. (Untuk lihat paparan halaman depan, klik ini). Semalam, portal ini mendapati Sheikh Hasina dilapor berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah. Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu, selain diberi hak mengundi. Berikutan itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan berkenaan. "Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini. "Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan," katanya./kd |
Nasi Lemak 2.0 Bakal Di Haramkan Posted: 17 Sep 2011 08:14 PM PDT Pembikin filem kontroversi, Namewee bimbang filemnya 'Nasi Lemak 2.0′ mungkin diharamkan ekoran berlakunya demonstrasi membantah filem tersebut di Perak baru-baru ini.Dalam satu kenyataan hari ini, Namewee berkata dia kesal dengan protes tersebut, dan berharap pihak berkuasa tidak mengendahkan desakan supaya filemnya diharamkan. "Filem ini mendapat kelulusan sebelum penggambaraannya, dan satu lagi kelulusan sebelum tayangan, saya berharap pihak berkuasa menghormati keputusan mereka sendiri, serta usaha kerja saya," katanya. Dalam Facebooknya. Namewee berkata dia akan sangat kecewa jika filem itu benar-benar diharamkan dan menggesa penonton untuk menontonnya secepat mungkin sebelum ianya berlaku. Filem tersebut, yang kini sedang ditayangkan di pawagam utama di seluruh negara, dilaporkan dikecam pihak-pihaknya yang mendakwa ia mempunyai pengaruh buruk kepada anak-anak muda. Ketika mengadakan protes di luar sebuah panggung wayang di Ipoh, satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Perak, menuntut kerajaan mempertimbangkan mengharamkan filem tersebut. Presidennya, Faizal Afendi Hashim berkata protes tersebut akan berterusan sehinggalah filem itu diharamkan. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan filem ini boleh lmembuat aduan. Beberapa hari lalu, Namewee berkata filem pertamanya berjudul Nasi Lemak 2.0 tidak mempunyai niat yang tidak elok dalam mengkritik.Katanya, filem tersebut merupakan gambaran yang sebenar dan menjelaskan apa yang ingin cuba disampaikan tentang masyarakat majmuk di negara ini."Mungkin sebelum ini, ramai ingat yang saya hanya pandai mengkritik dan saya hanya berani melakukannya di saluran Internet melalui Youtube. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan