Khamis, 15 September 2011

Addin

Addin


Panas!! KM Sabah Juling Sejarah..

Posted: 15 Sep 2011 07:00 AM PDT

Fakta sejarah tentang kemerdekaan Sabah melalui pembentukan Malaysia perlu diperbetulkan agar generasi masa kini dan akan datang tidak terkeliru, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee. Katanya, Sabah mencapai kemerdekaan apabila bersama-sama Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Sabah tidak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana pada masa itu Negara Malaysia masih belum wujud manakala Sabah yang dulu dikenali sebagai Borneo Utara masih berada di bawah jajahan British.

"Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman juga tersilap apabila mengatakan usia kemerdekaan Sabah pada tahun ini mencecah 54 tahun sedangkan Sabah mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia. "Nasib baik seorang pegawai kanan Kerajaan Sabah iaitu Pengarah Arkib Negeri Sabah saudara Datu Tiga Belas memperbetulkan kenyataan Musa itu dengan mengatakan usia kemerdekaan Sabah sebenarnya ialah 48 tahun.

"Keberanian Datu Tiga Belas memperbetulkan fakta sejarah itu harus dipuji kerana tidak ada seorang pun anggota kabinet negeri atau pegawai kanan Kerajaan Sabah yang berani tampil memperbetulkannya," kata Yong pada majlis Hari Raya Aidilfitri SAPP peringkat negeri Sabah di Sipitang.

Katanya, semua pihak termasuk para pemimpin politik parti pemerintah Barisan Nasional (BN) di Semenanjung juga mengatakan usia kemerdekaan Malaysia ialah 54 tahun walaupun sebenarnya berusia 48 tahun.

Beliau berkata ada kalangan pemimpin pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) turut berkata Malaysia berusia 54 tahun dan salah seorang daripadanya ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, seorang pemimpin kanan DAP, salah sebuah parti komponen PR. Yong berkata, kekeliruan mengenai kemerdekaan Malaysia harus diperbetulkan.

Terdahulu, Timbalan Presiden SAPP Haji Amde Sidik berkata, beliau mendapati 90 peratus pelajar salah sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini tidak dapat membezakan antara 31 Ogos 1957 dengan 16 September 1963.

Mengulas lanjut mengenai kemerdekaan, Amde menambah bahawa barisan terakhir lirik lagu Sabah Tanah Air Ku turut menjelaskan bahawa Sabah sebenarnya adalah sebuah negeri Merdeka dan tidak sepatutnya dilayan seperti sebuah jajahan seperti yang diamalkan Kuala Lumpur pada masa ini.

"Barisan terakhir lirik lagu itu menyebut Sabah Negeri Merdeka dan ini bererti sesebuah negeri yang merdeka sepatutnya mempunyai kuasa Autonomi dalam segala hal ehwal pentadbiran," katanya./sabahkini
Addin :
Silap ataupun juling sejarah!!


Kerajaan PR Selangor Perkenalkan Gaji Minima Pada Januari 2011, Kerajaan Be eNd Bila Lagi?

Posted: 15 Sep 2011 05:00 AM PDT

SHAH ALAM -  Bermula Januari tahun hadapan, setiap kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bakal menikmati skim gaji minima RM1,500. Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, pelaksanaan gaji minima ini adalah di antara pelan-pelan tindakan tiga tahun Pakatan Rakyat 2011-2013 yang akan dilancarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim esok. Pakatan Rakyat sebelum ini menerusi Buku Jingga berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja di Malaysia dalam janji 100 hari pentadbirannya di Putrajaya. "Kini kita terjemahkan janji itu dengan melaksanakannya terlebih dahulu di negeri Selangor," katanya.

Berbagai pelan tindakan telah dirangka yang merangkumi pelbagai aspek; pembangunan negeri dan kebajikan rakyat. Ia merupakan janji gagasan itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang mungkin diadakan akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan. Pelan tindakan ini juga bakal menyediakan peruntukan RM5 juta untuk pembangunan kampung baru di seluruh Selangor.

Tahun lalu, sebanyak RM4.6 juta diperuntukkan bagi membantu 465 kampung melaksanakan program kemasyarakatan di mana sebanyak RM10,000 diberikan untuk setiap kampung membabitkan kampung tradisional dan kampung baru Cina di seluruh Selangor.

Bagi meningkatkan kualiti kemudahan untuk rakyat, kerajaan negeri juga setuju untuk menyediakan dana sebanyak RM4 juta untuk membaiki jalan-jalan di kampung-kampung tradisi di negeri ini.

Sementara bagi hal ehwal keselamatan pula, RM3 juta akan diperuntukkan bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang mencatatkan peratusan jenayah yang membimbangkan. Pemasangan CCTV akan dimulakan di Subang Jaya.

Manakala RM1 juta pula akan diperuntukkan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini bagi kegunaan penyelenggaraan longkang, jalan raya dan jambatan di kawasan masing-masing.

Sementara itu, kerajaan negeri juga bakal melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan atau pilihan raya kerajaan tempatan bermula tahun hadapan di Petaling Jaya.
Addin :
Kerajaan Be eNd bila lagi? Duduk sibuk jaja slogan "Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi" tapi habuk pun takde.. asyik-asyik yang dapat habuan Lady Gajah dan kroni-kroninya..


2 Perjanjian Mega, Nazir Razak Dan UMNO Sudah Sedia Kaut Untung

Posted: 15 Sep 2011 02:00 AM PDT

Sejak beberapa bulan ini Nazir Abdul Razak anak bongsu kepada perdana menteri, Tun Abdul Razak sangat sibuk. Beliau yang juga adik kepada Perdana MenteriNajib Tun Razak dilihat sebagai harapan apabila berurus niaga. Walaupun masih diselubungi bayang ayah dan abangnya yang terkenal, beliau tidak pernah leka. Beliau tidak boleh dikatakan pengurus bank yang berjaya sendiri kerana tidak perlu bermula dari bawah, namun pengetahuannya dalam dunia kewangan dan visi pengurusannya memang dicemburui ramai pengurus bank ternama dalam negara dan ada yang iri hati dengan penghormatan dan anugerah yang dimilikinya.
Pada 2006, Nazir digelar tokoh Asia ke- 50 yang paling terpengaruh bagi abad lalu oleh FinanceAsia. Haun bertA tBeliau juga dinamakan " Execuitive Terbaik di Malaysia" oleh Asiamoney untuk dua tahun berturut-turut. Beliau kemudian bekerja dalam jabatan penasihat korporat untuk Commerce International Merchant Bankers Berhad dalam tahun 1999 dan kini menjadi director pengurusan dan ketua executive CIMB Group, salah satu institusi kewangan terbesar di Malaysia.

Pengaruh Nazir dalam landscape economy memang tidak disangkalkan, sama ada secara persendirian atau dikaitkan dengan abangnya. Selepas menjadi perdana menteri, langkah pertama Najib adalah untuk meningkatkan charge service untuk pemegang kad kredit. Ini telah mengakibatkan Najib dikecam oleh pengkiritic beliau yang mengatakan langkah ini untuk menguntungkan adiknya dan orang-orang ternama dalam dunia perbankan dimana dipercayai PM yang dipalit korupsi ini teringin berkenalan. Dalam kata lain Nazir boleh dikatakan penasihat tidak rasmi Najib dalam urusan kewangan Malaysia.

MAS-AirAsia

Dalam minggu-minggu yang lalu, Umno dikritik hebat apabila MAS dan Air-Asia bertukar saham. Jelas sekali pertukaran itu adalah hal ehwal keluarga UMNO, persoalanny Cuma persoalannya kini siapa bakal mendapat habuan yang lebih daripada perjanjian ini. Malah yang menguruskan penukaran ini tidak lain adalah keluarga sendiri- tidak lain tidak bukan Nazir Razak.

Syarikat beliau adalah penasihat bagi urus niaga yan penuh kontrovesi ini sebulan yang lalu apabila Khazanah Holdings Bhd meniagakan 20.5% saham Malaysia Airlines untuk 10% saham AirAsia dan bersetuju untuk membeli 10% saham AirAsia X's untuk harga yang belum ditentukan. Air Asia yang kini sedang berhuatang kelililng pinggan dan Mas yang telah lama ditubuhkan mempunyai banyak asset tetap. Perjanajian ini dilihat sebagai tidak adil dan ramai pekerja MAS membantah namun dengan kawalan media BN, proses ini secara bijak ini disiafatkan sebagai "perjanjian kerjasama".

Urus niaga antara MAS dan Air Asia menimbulkan musykhil kerana ia tidak banyak diterima akal dalam arena perniagaan yang sebuah syarikat besar milik Kerajaan untuk membenarkan sebuah syarikat kecil menjadi watak utama dan menerima bahagian yang besar. Dalam kata lain urua niaga antara MAS dan Air Asia adalah suatu pengambil alihan dimana Air Asia mempunyai kata muktamad dalam princip asset national.

Walaupun AirAsia adalah dari Malaysia dan ketuanya Tony Fernandes namun niat baik dari kerjaan persekutuan atau lebih tepat Menteri Kewangan yang diteraju oleh Najib menimbulkan banyak kemusykilan. Walaubagaimanapun Najib telah membenarkan perkara sedemikian berlaku dan menyangkal fakta yang pemabayar cukai telah menyumbang berbillion wang ringgit tahun demi tahun untuk manyelamatkan MAS yang di ambang bankrupsi. Bukan itu saja, beliau juga mangarahkan supaya GLC yang lain untuk berhenti mangambil tindakan undang-undang keatas bekas pengerusi Tajudin Ramli yang memenag terkenal sebagai kroni bekas perdana menteri Mahatir Mohamad dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

Bagi Nazir, berapakah keuntugan yang berjaya dikaut urus niaga ini? Maklumat ini sudah semestinya sulit, akan tetapi ia telah membuka jalan untuk " perjanjian kerjasama"- Sime Darby mengambil alih 30% saham dalam E&O untuk RM 766 juta.

Sime-E&O

Perjanjian Sime Darby-E&O sudah pun menimbulkan sangsi apabila pengerusi E&O Azizan Abdul Rahman yang merupakan suami Zainah Anwar, ketua pengawal industri pengawalan Komission Sekuriti.

Azizan juga mempunyai hubungan erat dengan usahawan UMNO Kalimullah Hassan, yang menpunyai saham saham dalam ECM Libra. Empat bulan selepas perjanjian Sime-E&O, ECM Libra mengandakan saham mereka kepada 5.35% atau 41.41juta selepas berjaya mendapat keuntungan tambahan sebanyak 3.4 juta pada bulan May.

Perkara ini sudah semestinya diketahui oleh media perdagangan dan pakatael UMNO juga telah menyuarakan rasa tidak puas hati. Adakah Azizan memberitahu Kalimullah tentang niat Sime Darby untuk membeli E&O? Dalam UMNO Kalimullah- bekas ketua kumpulan NSTP-adalah penyokong setia bekas perdana menteri Abdullah Badawi dan anak mentuanya Khairy Jamaluddin.

Tidak boleh dinafikan yang politik dalam UMNO adalah rumit. Ia dipenuhi pengkhianatan dan me permainkan kesetiaan dan baru-baru ini elite UMNO dan kroni mereka sedang membuat urus niaga besar dan mangaut untungnnya. Dan ada lagi yang akan datang.

Bagaimanakah Nasir Razak terlibat dalam dan apakah yang beliau berjaya raih daripada kedua yang kedua ini? Blogger UMNO Big Doglah yang pertama mendedahkan yang CIMB Nazir juga penasihat transasi antara Sime dan E&O. Secara kebetulan Big Dog adalah antara blogger yang dipercayai setia kepada puak Mahatir dalam UMNO dan habuannya dirampas oleh rakan sejawatnya untuk menyerlakan tanggungjawab Nazir dalam perjanjian ini.

Terus-terang dikatakan sebagai juru bank pelaburan, Nazir hanya mampu buat apa yang sepatutnya-iaitu memerhati perjanjian orang-orang kaya kepada broker. Itulah sebabnya beliau mendapat gaji yang tinggi onleh pemegang-pemagang saham UMNO. Samada perjanjian ini ini tdak berprinsip dan jika CIMB perlu menasihatkan atau menolak transaksi yang meninbulkan syak wasangka adalah satu issue yang berbeza, walaupun selapas itu telah dibuktikan yang mereka perlu menghadap kausa undang-undang.

Huru-Hara apabila UMNO bagaikan Titanic

Dalam masa ini, dua perjanjian besar yang mempunyai unsure-unsur politik telah dibuat dalam persediaan mananti pilihanraya umum ke-13. Ini telah menyadarkan ramai pihak seperti pembayar cukai, pemegang saham dan rakyat jelata untuk sedar dan meminta jawapan.

Elit UMNO telah pun mengambil kesempatan keatas kuasa mereka setelah berabad-abad lamanya untuk menguntungkan diri mereka sendiri kini tidak mencukupi oleh itu pluang ini dipercatai adalah pelauang keemasan yang terakhir. Ini megatakan yang UMNO seddang mengambil peluang untuk menggunakan perjanjian-perjanjian ini keatas satu sama yang lain.

Apabila perjanjian MAS-AirAsia diungkaikan, rami yang memihak Badawi membangkang. Pertalian antara Tajuaddin kepada Daim dan Mahatir dan kelemahan MAS didedahkan. Tidak ada lagi perjanjian yang boleh membawa manfaat kepada BAdawi menerusi Kalimullah kerana blogger-blogger kini sibuk mengutuk perkara yang musykhil dalam transasi ini dan ini disifatkan sebagai " menjadi kejam demi kelembutan" dan negara sebelum puak.

Mungkin Nazir kurang disenangi kerana caranya uyang kurang sopan namun beliau bukanlah target sebenar. Untuk Sime-E&O yang kebetulaan melibatkan tycoon yang mempunyai pertalian dengan Daim dam Mahatir, target utama mereka adalah Najib dan Badawi

Najib yang diselubungi scandal sudah bersedia untuk keluar dan ia tidak penting yang beliau telah dibantu oleh adiknya seorang juru bank yang bijaksana yang juga dikecam sekali. Ini juga untuk memastikan yang pilihan Mahatir mudah mendapat jawatan Ketua UMNO dan semua usaha penyokong Badawi untuk memebolehkan anak mentua badawi yan bercita-cita tinggi itu mengambil alih.

Dalam hari-hari yang akan datang akan berlaunya lebih banyak pendedahan salah laku Najib dan puaknya, keluarga BAdawi dan juga puak Mahatir yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin balak didedahkan. Kini Anwar dan Pakatan Rakyat boleh berehat, musuh politik mereka bakal memusnahkan diri mereka sendiri. Seperti Titanic, kapal lanun UMNO bakal tenggelam. Peperangangan dalaman bakal menjadi hangat pada pusingan akhir./mc

Panas!! Bekas MB UMNO Mengaku Mat Indera Pejuang Kemerdekaan

Posted: 14 Sep 2011 10:57 PM PDT

Ceramah Mat Sabu cukup menghangatkan suasana malam tadi di DUN Telok Emas, Melaka. Ceramah yang di hadiri ribuan pengunjung seperti biasa di ganggu dengan sekatan jalan raya oleh Polis Raja Di Malaysia. Yang paling menarik perhatian Addin dalam ceramah Mat Sabu ialah, bekas Menteri Besar UMNO pernah berjumpa dengan Mat Sabu serta mengakui yang Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan. Para audien ada bertanya, siapakah bekas menteri besar yang dimaksudkan. Namun Mat Sabu berkata itu rahsia. Isu Mat Indera tidak banyak di kupas oleh Mat Sabu ekoran saman ke atas akhbar pencacai Umno, Utusan Meloya telah pun di failkan semalam. Mat Sabu juga berkata Umno terus berpolitik dengan cara politik tahun 60-an serta kolot.


 "Siapa buat jalan raya....Umno siapa buat bangunan ...Umnooooo" itulah cara kempen Umno sampai sekarang". "Sedangkan sekarang pemikiran rakyat sudah berubah, Umno masih tidak berubah dan bodoh , rakyat sekarang akan bertaya berapa kos buat jalan, berapa kos buat bangunan, jika harganya melambung tinggi dari harga sebenarnya mereka akan bertanya adakah berlaku rasuah atau penyelewengan, itu rakyat sekarang bukan macam Umno yang masih berfikiran macam tahun 60-an" kata Mat Sabu.

Mat Sabu juga berkata rakyat sekarang terdedah kepada media baru iaitu Blog, Facebook, Twitter dan sebagainya, namun Umno BN masih menggunakan media cetak dan TV untuk mempengaruhi rakyat. "Rakyat dah meluat baca Utusan, tengok TV1,2 dan 3 semuanya menipu dan membelit" ujar Mat Sabu. Umno, katanya tidak mengambil pengajaran kejatuhan kerajaan Hosni Mubarak di Mesir, walaupun media ditutup dan disekat tetapi generasi anak-anak mendapat maklumat alternatif dari media baru ini. 

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka di perkarangan Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Melaka malam tadi. Turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari.

Sekitar ceramah Mat Sabu semalam..




Addin@ceramah Abang Mat..



Guru Mengaku Salah Hantar SMS Berbaur Seks

Posted: 14 Sep 2011 07:33 PM PDT

BOLTON - Seorang guru pendidikan agama Kristian, Kathryn Roach mengaku salah menghantar teks khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah kepada seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dengan tujuan untuk mengumpannya supaya dia melakukan hubungan seks. Roach, 24, menjadikan pelajarnya itu sebagai sasaran selepas mangsa dan beberapa pelajar lain mendapatkan telefon bimbit milik Roach untuk mencatatkan nombor telefon masing-masing.

Menurut keterangan di mahkamah, guru wanita itu kemudian menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada mangsa untuk mengumpannya supaya dia melakukan hubungan seks. 
Polis menangkap Roach selepas laporan berhubung perbuatan tersebut dibuat kepada pihak berkuasa. Dia kemudian dipecat dari sekolah tersebut. 
Wanita itu yang dihadapkan di Mahkamah Diraja Bolton di sini baru-baru ini diperintahkan supaya mendaftar sebagai pesalah seks. Dia kemungkinan berdepan hukuman penjara yang akan diputuskan kemudian./kosmo

PM Britain Mengaku Direkrut Oleh KGB

Posted: 14 Sep 2011 06:23 PM PDT

Agen-agen KGB, dinas rahasia Uni Soviet, pernah mencoba merekrut David Cameron ketika masih berusia muda. Demikian keterangan blak-blakan Perdana Menteri Inggris itu ketika berkunjung ke Rusia kemarin. Saat memberikan keterangan di Moskow, sambil bercanda dia mengatakan beruntung dia gagal tes "wawancara" sehingga tidak bisa menjadi agen rahasia terutama sejak terjadi perselisihan di Pantai Laut Hitam pada 1985. Menanggapi pengakuan rekannya, Presiden Dmitry Medvedev mengatakan jika Cameron benar-benar lolos tes masuk, maka dia bakal menjadi "seorang agen KGB yang sangat bagus".


Dalam pidatonya di depan mahasiswa Universitas Moskow, dia berkata, "Saat pertama kami datang ke Rusia sebagai mahasiswa pada 1985 dengan kereta api trans-Siberia dari Nakhodka ke Moskow, selanjutnya menuju Pantai Laut Hitam."

"Di sana, dua orang Rusia berbicara dalam bahasa Inggris dengan fasih mendekati seluruh warga asing di pantai." Dia melanjutkan, "Mereka mengajak saya makan siang dan bertanya kepada saya seputar kehidupan di Inggris dan apa yang saya pikirkan tentang Inggris."

Tetapi pendekatan yang menurut Cameron naif itu tidak ditanggapi, dia lantas kembali ke resort Yalta hingga pulang ke Inggris. Kepergiannya ke Uni Soviet waktu itu ditemani sahabatnya bernama Anthony Griffith.

Perdana Menteri itu melanjutkan, "Saat saya kembali, saya ceritakan peristiwa itu ke tutor saya di universitas dan bertanya kepadanya tentang wawancara yang dilakukan oleh dua orang dalam bahasa Inggris. Beliau jawab bahwa itu pekerjaan yang tidak baik."

Mendengar cerita tamunya, Presiden Medvedev dan pejabat senior Rusia lainnya tergelak. Dia menanggapi, "David bakal menjadi seorang agen KGB yang sangat hebat, namun jika hal itu benar-benar terjadi maka beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri Inggris," ujar Presiden Rusia dalam sebuah jumpa pers di Kremlin.

Keterangan lain soal pernyataan Cameron bisa diperoleh dari Mikhail Bogdanov, 58 tahun, bekas mata-mata KGB di London, "Saya menduga Cameron sedang menyanjung dirinya sendiri. Dalam hal itu beliau adalah korban persepsi tentang Uni Soviet yang kini menjadi Rusia bahwa mata-mata itu sesungguhnya ada di mana-mana dan KGB sangat berkuasa untuk merekrut siapa pun."

Igor Prelin, 74 tahun, pensiunan kolonel KGB, berkata, "Saya tidak akan merekrut sembarang orang, namun ingin berteman dengan siapa saja sebagai sahabat. Kami memiliki sistem dan database sehingga sangat mudah mengecek nama-nama siapa yang layak direkrut."

Kedatangan Perdana Menteri Inggris ke Rusia disambut langsung oleh Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin. Kunjungan tersebut untuk menjalin kerja sama ekonomi yang kuat di antara dua negara.

"Saya sangat senang melihat Anda dan ini merupakan kunjungan pertama Perdana Menteri Inggris dalam masa lima tahun. Perlu saya sampaikan bahwa pertemuan ini untuk meningkatkan kerja sama perdagangan dan pembangunan ekonomi hingga semakin baik," ujar Putin dalam sambutannya./tempo


Tiada ulasan: