Addin |
- Panas!! Polis Tutup Kes Maut Rumah Shafie Afdal?
- Umno Arah Parti-Parti Komponen BN Serah Kerusi Mereka
- Skandal Scorpene : Pendedahan Berani Dari London Bulan Ini
- BN Bersusah Payah Jadi Pembangkang?
- Umno Adakan MoU Politik Dengan Parti Komunis China
| Panas!! Polis Tutup Kes Maut Rumah Shafie Afdal? Posted: 04 Sep 2011 09:00 AM PDT Mungkinkah Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd Azim Khanmenutup kes (cover-up) kematian akibat kemalangan maut di rumah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehari menjelang Hari Raya Aidilfitri? Mungkin tidak kerana mungkin tidak ada pihak yang membuat laporan atau Shafie Apdal sengaja menutup kes berkenaan demi untuk menjaga maruahnya? Tim Pemantauan Angkatan Muda PKR yang menghubungi saya memaklumkan bahawa pada malam tragedi berkenaan begitu memilukan dan semua tetamu kelamkabut apabila besi penghadang tangga rumahnya roboh kerana terlalu ramai PATI dan warga tempatan yang bersesak-sesak menyerbu rumahnya untuk mendapatkan 'Sedekah'. Dilaporkan lebih 20 orang cedera parah dan ada mangsa yang meninggal dunia kerana tertusuk besi penghadang tangga berkenaan dan dibawa ke Hospital Daerah Semporna, namun jenazahnya dilaporkan 'Hilang' keesokan harinya. Tetamu yang hadir pada malam itu turut melaporkan seorang pekerja dan pengawal rumah Shafie, Abdul Rahman Awang yang berasal dari Tanjung Kapur (Bugaya) meninggal dunia kerana serangan jantung disebabkan terkejut dengan peristiwa berkenaan. Manakala seorang Wanita Tua dari Kampung Halo, Bangau-Bangau yang datang ke rumah Shafie untuk mendapatkan sedekah RM50 daripada Shafie, telah meninggal dunia di hadapan rumah Shafie pada hari yang sama; menjadi mangsa langgar lari oleh kenderaan lalu lalang kerana keadaan terlalu sesak. Selepas tragedi mengejutkan tersebut, Shafie turun dari rumah dan dengan perasaan teramat marah kepada tetamu tidak diundang; sambil berteriak dengan suara lantang sehingga terdengar oleh orang lalu lalang di jalan raya. "Bang but itu, embal na aku muan sin maka pilak, (kalau macam ini, saya tidak lagi beri wang)," teriak Shafie sehingga tetamu tidak diundang terkejut dan beransur pulang. Dilaporkan pada malam itu, Shafie sudah berhenti memberi wang kerana esoknya tiada lagi peminta sedekah yang datang ke rumah Shafie dan ketika Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitrinya pada hari raya ketiga, sudah tidak kelihatan peminta sedekah yang menyerbu rumahnya sebelum ini. Persoalannya, kenapa isu ini tidak dilaporkan media sedangkan media Arus Perdana termasuk rangkaian televisyen ada membuat liputan? Kenapa Polis Semporna tidak tahu sedangkan mereka dipanggil untuk menghalau peminta sedekah? Mengapa Hospital Daerah Semporna menafikan ada mangsa yang meninggal dunia yang dihantar ke hospital dan ke mana menghilangnya jenazah berkenaan? Tim Pemantauan AMK PKR sedang berusaha untuk mendapatkan rakaman video melalui telefon bimbit seorang tetamu yang kini turut diburu penyokong Shafie untuk memastikan kemalangan maut berkenaan tidak tersebar di media massa, terutama Youtube. Sewajarnya keluarga mangsa memohon Inkues agar isu memalukan ini tidak ditutup begitu sahaja kerana yang meninggal dunia, terutama ibu si Bunga, bukannya tikus, tetapi manusia! Sebelum ini, isteri Shafie, Datin Suriani Mohd Shuib dilaporkan telah melemparkan sekotak wang dominasi RM100 dan RM50 sejumlah antara RM50,000 sehingga RM100,000 kepada para peminta sedekah yang menyerbu beliau untuk mendapatkan wang ketika Shafie masih berucap di Dewan Masyarakat Semporna; tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat untuk menyiasat kes ini./sabahkini |
| Umno Arah Parti-Parti Komponen BN Serah Kerusi Mereka Posted: 04 Sep 2011 06:24 AM PDT Sudah ternyata Umno tidak mahu memberi ruang kepada rakan-rakannya di dalam Barisan Nasional (BN) dan kini telah lebih berani menonjolkan kuasa ketuanannya dengan mengarahkan parti-parti komponen BN yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan pada pilihanraya umum yang lalu agar segera menyerahkan kerusi-kerusi yang diperuntukan itu kepada Umno untuk ditandingi. Naib-presiden Umno Datuk Mohd Shafie Apdal dengan nada yang keras menyatakan bahawa parti-parti komponen BN perlu rela menyerahkan kesemua peruntukan kerusi-kerusi mereka yang kalah tiga tahun yang lalu dengan alasan bahawa sekiranya Umno bertanding, parti itu akan dapat memenangi kembali kerusi-kerusi tersebut untuk BN. Selain daripada itu, naib-presiden Umno itu juga menyebut bahawa nasihat beliau kepada parti-parti komponen BN agar menyerahkan kesemua kerusi-kerusi yang kalah dan yang tidak yakin kepada Umno adalah juga berdasarkan semangat perkongsian kuasa di antara satu sama lain di dalam BN. Nampaknya Umno telah beriah-riah dengan nada bongkaknya menunjukkan kuasa ketuanannya terhadap parti-parti komponen BN dan langsung tidak menghormati kesaksamaan yang sepatutnya ditunjukkan sesama rakan di dalam gabungan BN tersebut. Jadi apakah gabungan BN ini yang sebenarnya? Hanya Umno yang berkuasa penuh untuk menentukan calon-calon rakan parti-parti komponen BN dan bukannya kepimpinan parti-parti komponen BN itu sendiri. Sebab itulah kita sering mendengar kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin parti komponen BN khususnya daripada MCA, Gerakan, MIC dan PPP yang mengatakan bahawa mereka akan menyerahkan kepada pengerusi BN (selaku presiden Umno) untuk menentukan calon-calon daripada parti mereka. Nampaknya para pemimpin parti-parti komponen BN langsung tidak mempunyai kuasa penentu di dalam parti masing-masing dan masing-masing dengan mentah-mentah menyerahkan nasib mereka kepada presiden Umno untuk menentukannya. Pada pilihanraya umum yang lalu, Umno menang 79 kerusi parlimen, sementara Gerakan hanya mendapat 2, LDP 1 kerusi, MCA (15), MIC (3), PBB (14), PBRS (1), PBS (3), PRS (6), SAPP (3), SUPP (6), manakala Upko (3). Untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN) pula, Umno mendapat 239 kerusi, Gerakan (3), LDP (2), MCA (32), MIC (7), PBRS (1), PBS (12), SAPP (5) dan Upko (6). Walaubagaimanapun BN hilang beberapa kerusi parlimen dan DUN apabila SAPP mengambil keputusan nekad untuk keluar daripada BN pada penghujung 2008 yang lalu dengan alasan BN tidak memanfaatkan rakyat jelata di Sabah dan Sarawak. Sejauh manakah para pemimpin parti-parti komponen BN akan dapat bertahan dengan sikap angkuh dan bongkak yang sering ditunjukkan oleh Umno dan ketuanan mereka terhadap rakan-rakan parti komponen BN ini? Atau mereka ini hanya rela ditindas semata-mata ingin mengekalkan jawatan dan kedudukan mereka di dalam kerajaan? Cadangan SUPP, MCA dan Gerakan keluar BN? Sebelum ini terdapat desas desus yang menyatakan bahawa pemimpin SUPP telah menemukan rakan sejawat mereka daripada MCA dan Gerakan secara rahsia untuk menentukan sama ada mereka akan dapat membentuk satu gabungan yang baru jika sekiranya ketiga-tiga parti tersebut keluar daripada BN. Bagaimanapun pertemuan tersebut gagal mencapai sebarang kata sepakat mengenai cadangan keluar BN tersebut kerana masing-masing takut kehilangan kedudukan mereka di dalam kerajaan. Krisis dalam Gerakan Yang paling getir kini adalah presiden Gerakan Dr Koh Tsu Koon yang baru-baru ini menghadapi kritikan yang hebat daripada beberapa bekas pemimpin parti tersebut yang menyatakan kelemahan beliaulah yang telah menyebabkan Gerakan terus ditelan arus perubahan politik sekarang. Ada di kalangan akar umbi parti tersebut turut menyalahkan Dr Koh dan rakannya di Pulau Pinang, pengerusi jawatankuasa perhubungan negeri Dr Teng Hock Nan atas kekalahan teruk parti di negeri tersebut pada pilihanraya umum yang lalu dan terlalu tunduk kepada desakan serta pelbagai asakan daripada Umno. Rakan-rakan BN yang lain Rakan-rakan komponen BN yang lain seperti MCA, MIC, PPP dilihat tidak banyak menghadapi masalah kerana mungkin pemimpin mereka masih kuat dan tidak ada yang berani mencabar ataupun mereka ini telah berjaya mengekang sebarang tentangan yang bakal tercetus di dalam parti masing-masing. Komponen-komponen BN di Sarawak juga dilihat tidak banyak bermasalah, kecuali PRS dan SPDP yang sering bersaing sesama sendiri, manakala SUPP yang kini dilanda krisis kepimpinan ekoran kekalahan teruk dalam pilihanraya negeri yang lalu bakal mengadakan persidangan perwakilannya tidak lama lagi yang akan melihat kesemua jawatan utama di dalam parti tersebut akan dipertandingkan. Di Sabah pula, Umno dilihat tidak menghadapi sebarang saingan, kerana komponen BN kedua terbesar PBS masih tunduk kepada kehendak Umno. PBRS and LDP pula adakala menunjukkan ketidak puashati mereka terhadap pucuk pimpinan BN negeri di dalam beberapa isu dan cadangan pengagihan kerusi dan jawatan-jawatan kerajaan. Sampai bilakah kesemua parti-parti komponen BN ini rela tunduk kepada ketuanan Umno sehinggalah sanggup kehilangan taring dan maruah masing-masih? Terpulanglah kepada diri mereka masing-masing./mc |
| Skandal Scorpene : Pendedahan Berani Dari London Bulan Ini Posted: 04 Sep 2011 12:00 AM PDT Barisan peguam dari Perancis yang menyisat samada syarikat gergasi DCN membayar sejumlah besar wang dalam bentuk komisen dan imbuhan kepada pegawai atasan Malaysia termasuk PM Najib Razak akan member lapuran terkini berkenaan kes tersebut di London pada akhir bulan Sept ini. Walaubagaimana pun, masih kurang jelas samada William Bourdon, yang diusir keluar dari Malaysia Julai lepas terlibat dalam pasukan yang menghadirir majlis 'fundraiser' yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan Suaram atau Voice of Malaysia, menurut pengarah Cynthia Gabriel, seorang lagi peguam terkenal Perancis iaitu Joseph Breham akan berada di London. Breham dijangka mengambil alih dari Bourdon yang terpaksa berhenti selepas diusir. Breham nungkin akan mendedahkan secara terperinci rahsia yang diperolehi hasil siasatan kes tersebut. Rakyat Malaysia yang mengikuti kes kompleks tersebut menjangka kan yang pihak peguam akan mengesahkan bahawa pihak ketiga yang terbang bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibu ke Macau dan Hongkong ialah Najib.Pendedahan tersebut akan meruntuhkan langit politik Najib, yang mana kedudukan rating popularitinya menurun 6% ke 59% dalam tempoh 3 bulan. "Kejatuhan angka rating tersebut agak serius dan mempunyai kesan kepada UMNo dan BN untuk mengambil perhatian dan membuat tindakan segera. Sebagai pemimpin kerajaan, mereka haruslah menyiasat sebab musabab penurunan ini,kenapa rakyat tidak gembira. Hal ini bukan sesuatu yang hanya perlu untuk kesejahteraan politik mereka tetapi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab yang dipilih oleh rakyat untuk menguruskan negara ini.kata Presiden transparency Malaysia,Ramon Navaratnam kepada Malaysia Chronicle. Langit politik runtuh Musuh-musuh politik Najib menunggu saat nya sahaja untuk menjatuhkan Najib. Sebarang pengesahan berkaitan Altantuya akan member peluang bagi mereka untuk membuat undi tidak percaya terhadap beliau walau pun beliau telah melafazakn sumpah dihadapan Al Quran yang beliau tidak kenal wanita tersebut. Wanita jelita 28 tahun itu didakwa sebagai teman rapat kedua najib dan Razak . Wanita itu dibunuh di Malaysia dalam tahun 2006, dan 2 bekas pengawal peribadi najibtelah dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita itu, walaupun kedua mereka tiada motif untuk bebuat demikian. Pegawai2 US dalam nota diplomatik mereka yang didedahkan di WikiLeaks mensidatkan perbicaraan terhadap kedua pengawal tersebut sebagai berat sebelah.rakyat Malaysia sendiri percaya kedua pengawal tersebut diarahkan untuk membunuh bagi mengelakkan dari wanita itu mendedahkan berkenaan komisen yang diambil oleh DCN. Kedua –dua Bourdon dan Breham, yang merupakan peguam hak asasi terkemuka Perancis, dilantik oleh Suaram untuk menyiasat jika pembayar cukai telah di tipu secara tidak adil dan berlebihan oleh DCN.dalam proses siasatan tersebut, mereka perlu memeriksa urusaniaga antara baginda dengan DCN dan dipercayai mereka telah Berjaya negesan tiket penerbangan dan dokumentasi perjalanan yang menunjukkan pejalanan yang dibuat oleh Altantuya,Baginda dan lelaki ketiga misteri utnuk menjalankan urusan perniagaan DCN. Keadaan menjadi kabur di Malaysia Bourdon yang di usir secara mengejut dari Kuala Lumpur pada akhir Julai,dijadualkan untuk member kenyataan berkenaan pada peringkat kedua ' fundraiser'.Pengusiran beliau menimbulkan tandatanya dan berita tersebut tersebar luas. Ini adalah satu kerajaan,walaupun mereka membelanjakan jutaan ringgit untuk perhubungan media dan perunding pengurusan yang sentiasa silap langkah dan menjerat diri.pengusiran peguam Perancis tersebut ialah contoh terbaru.Sekarang, buat pertama kalinya, semua perkara yang panas berkenaan skandal tersebut, termasuklah model yang di bunuh oleh pengawal peribadi PM-di siarkan dalam Washington Post.Hal ini menambahkan tandatanay kepada masyarakat. Kerajaan apakah yang ada Malaysia ini?Adakah Najib ini sebenar benar seperti yang beliau ingin gambarkan tentang diri beliau? Kata John Malott bekas duta AS ke Malaysia kepada Malaysia Chronicle. Kementerian pertahanan Malaysia membeli 2 buah kapal selam Scorpene dan sebuah Agosta pada tahun 2002.Najib,menteri pertahanan ketika itu, terlibat dalam urusaniaga terebut yang ditentang hebat oleh pendapat umum kerana kos yang tinggi dan ketidaksesuaian kapal2 tersebut.Sehingga kini, masyarakt mensyaki bahawa kerajaan Malaysia masih melindungi fakta berkenaan kos sebenar urusniaga tersebut, terutamanya kos selenggaraan jangka panjang . Kos yang paling hebat dipertikaikan ialah RM570 juts selanggaraan sokongan yang ditandatangani dengan Perimekar, sebuah frima berkaitan dengan baginda,yang juag bertindak sebagai perunding dalam hal ehwal jual beli kerajaan. Kehadiran Rosmah dan rayuan Suaram untuk sumber kewangan Pendedahan terbaru dari US atau nota diplomatic juga menimbulkan kesangsian terhadap dakwaan bahawa isteri Najib, Rosmah hadir di lokasi pembunuhan bersama dua pengawal tersebut. Bagaimanapun, berita tersbeut tidak menyatakan bahawa beliau bersih dari sebarang pembabitan dan melapurkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kepercayaan terhadap integriti badan yang menyiasat kes pembunuhan Altantuya. Di Perancis, membayar komisen utnuk mendapatkan sesuatu kontrak adalah salah di sisi undang-undangdan inilah sebabnya Suaram telah memulakan satu tindakan guaman terhadap DCN di Paris, selepas gagal mendapatkan kerjasam kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa anti rasuh untuk menjalankan siasatan. Setakat ini, Suaram telah emnganjurkan 3 majlis bagi mengumpul dana bagi membayar yuran guaman ,jamuan makan malam di London ialah majlis yang ke empat.Bagaimanapun, menurut CCynthis, badan bukan kerajaan tersebut masih jauh dari sasaran kutipan dana dan memerlukan lebih dana lagi bagi membolehkan tindakan guaman tersebut berjalan lancar. |
| BN Bersusah Payah Jadi Pembangkang? Posted: 03 Sep 2011 09:00 PM PDT Jelas, pilihanraya semakin hampir. Banyak isu yang dipaparkan oleh pihak parti kerajaan sekarang memberikan bayangan yang kuat yang pilihanraya sudah hampir tiba dan ada pandangan yang menyatakan pilihanraya akan di adakan pada penghujung tahun ini juga.Keputusan untuk memanggil pilihanraya ada di tangan Umno khususnya kepada Presidennya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Jika pilihanraya diadakan pada bulan November ianya merupakan penggal yang terpendek iaitu tiga tahun lapan bulan. Dalam sejarah pilihanraya negara penggal 1978 ke 1982 merupakan penggal yang hanya tiga tahun lapan bulan juga. Keadaan ekonomi global yang dijangka akan bertambah buruk menyebabkan kemungkinan penggal pilihanraya kali ini akan menjadi penggal yang pendek kerana BN tidak mahu terjebak dalam situasi ekonomi global serta negara kita yang lebih buruk semasa pilihanraya nanti. Faktor ekonomi merupakan salah satu faktor terpenting dalam menentukan tarikh pilihanraya negara. Oleh kerana desakan untuk mengadakan pilihanraya terawal yang mungkin maka BN yang belum lagi berkeyakinan tentang sokongan rakyat nampaknya menggunakan apa sahaja isu yang mereka anggap boleh melemahkan pihak pembangkang yang kian kuat dan kehadapan semasa ini. Isu yang sedang di mainkan oleh pihak parti kerajaan khususnya Umno, ialah isu komunis dan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Isu mengkomuniskan Mat Sabu itu dianggap isu yang terbaik bagi Umno untuk mengurangkan pengaruh PAS. Umno tidak mampu untuk mendapat sokongan rakyat melalui rekod dan menampilan cemerlang. Oleh itu Umno mengambil jalan dengan cara "discredit" pembangkang dan pemimpinnya. Ucapan Mat Sabu di Tasek Gelugor beberapa hari yang lepas dianggap yang terbaik untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu yang sangat besar yang sedang dihadapi oleh Umno dan BN sekarang ini, iaitu isu persepsi rasuah yang menebal dan telah menjadi stigma yang kekal kepada Umno dan BN. Isu "Mat Sabu dan komunis" yang tidak menesabah ini juga diharapkan oleh Umno untuk memalingkan pandangan rakyat terhadap isu kenaikan harga barangan keperluan yang terlalu mahal pada masa ini. Kalau diteliti ucapan Mat Sabu yang telah direkodkan di Tasek Gelugor itu tidak ada sepatah pun isu komunis di sebut oleh Timbalan Presiden PAS itu. Tetapi Utusan telah menulisnya dengan besar di dalam akhbar harian itu semata-mata untuk discredit PAS yang sedang mengembang pengaruhnya di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Saya selalu menyebut di dalam tulisan saya di dalam blog saya ini yang segala isu yang ditimbulkan oleh Umno merupakan isu yang "counter productive" kepada BN dan Umno. Semua isu yang dimainkan oleh Umno akhir-akhir ini merupakan isu yang "self defeating" bagi parti pemerintah ini. Semakin hari rakyat semakin celek tetapi Umno terus terusan menggunakan isu yang memakan diri mereka sendiri. Rata-rata orang ramai berpendapat yang Umno tidak mungkin berjaya untuk mendapat sokongan tambahan melalui rekod yang baik untuk parti itu. Isu Mohamad Sabu ini merupakan isu yang Umno anggap terbaik untuk memalingkan pandangan rakyat dari isu transformasi ekonomi dan politik yang tidak ada tanda-tanda kejayaannya. Pelan transformasi ekonomi tetap dan masih berada di dalam lab yang dihuni oleh Idris Jala di Jabatan Perdana Menteri. Isu Mohamad Sabu ini juga diharapkan oleh Umno untuk menutup segala kesalahan dan kesilapan pihak pemerintah dalam menangani isu Bersih 2.0 dua bulan yang lepas. Bak kata Dr Mahathir, Umno sudah rosak sampai ke ususnya. Jika kata-kata seperti ini yang datangnya dari seorang bekas pemimpin negara yang di anggap besar oleh pengikutnya tentulah ianya satu pandangan yang sangat berasas, apatah lagi Dr Mahathir merupakan pengasas kepada parti Umno yang ada pada hari ini. Hari ini Utusan telah meminta semua pihak menolak PAS sedangkan Utusan itu sendiri telah ditolak oleh pembaca dan kini Utusan hanya mempunyai pembaca tidak lebih dari seratus ribu sehari. Cara Utusan melakukan serangan yang merapu terhadap Mohamad Sabu itu seolah-olah meminta semua pihak melupakan kes rasuah di dalam kerajaan Umno dan semua kes salah guna kuasa yang berlaku begitu serius di dalam pentadbiran BN pada hari ini. Isu komunis yang diputar belitkan oleh Utusan ini juga mungkin menjadi isu yang paling akhir sebelum pilihanraya yang akan datang ini. Jika Utusan ingin menjadi akhbar yang berintregiti akhbar ini mesti juga lah membesarkan isu rasuah yang secara sistematik yang dilakukan oleh parti-parti di dalam BN khususnya Umno. Rasuah dilakukan secara sistematik melalui projek-projek infrastruktor dilaksanakan secara "negotiated tender" yang begitu mahal untuk dibayar oleh rakyat. Semuanya ini merupakan tindakan yang memerah rakyat yang sudah menjadi ketagihan kepada pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini. Jika Utusan sebenarnya bertanggungjawab ianya mestilah secara terbuka yang rasuah boleh di cegah kerana kerajaan Pulau Pinang telah berjaya mengelakan dari ketirisan dalam urusan mengurus wang rakyat dan telah memberikan keuntungan kepada rakyatnya yang berbilang kaum itu. Kenapa Utusan tidak mengenengahkan kejayaan P. Pinang yang melaksanakan pentadbiran secara "transparent" tanpa berat sebelah kepada mana kaum dan agama. Contohnya banyak kontraktor Bumiputera berjaya mendapatkan tender secara terbuka. Kerajaan P. Pinang tidak memilih bulu, siapa yang ada meritnya dialah yang berjaya mendapatkan projek-projek kerajaan negari itu. Di sebaliknya Umno yang dikatakan berjuang untuk Melayu itu hanya menggunakan isu keistimewaan Melayu itu untuk kroni-kroni dan pengampunya dan ramai kontraktor Bumiputera tidak mendapat apa-apa kerana segala projek yang hendak di laksanakan sudah ditentukan siapa yang akan mendapatnya, dan selalunya hanya kroni-kroni nya sahaja yang akan mendapatkannya. Kontraktor Melayu yang tidak masuk dalam senarai kroni hanya menganga denagn air lior meleleh hingga ke dagu. Saya pernah menulis yang Umno itu hanya untuk beberapa orang yang eksklusif sahaja. Ahli-ahli yang ramai itu hanya dijadikan seperti kerbau-kerbau di sawah, gunanya hanyalah untuk membajak sawah dan hasil padinya dibaham oleh tikus-tikus yang liar di dalam kepok padi sahaja. Melayu yang lain hanya mendapat sekam-sekam padi sahaja dan itulah yang digunakan oleh pemimpin kita untuk memujuk orang Melayu menyokong mereka melalui subsidi gigi palsu, lembu pawah, kambing pawah dan berbagai-bagai lain yang tidak bernilai untuk rakyat yang memerlukan peluang untuk membangun bagi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di antara kaum di negara kita ini. Sekarang pilihanraya hampir tiba dan jika kerajaan yang memerintah benar-benar sebuah kerajaan yang adil di dalam pilihanraya kali ini, peluang untuk semua parti untuk mendekati rakyat melalui media masa perdana wajar diberikan kepada pembangkang juga. Jika ini diberikan, maka peluang untuk sesiapa untuk memfitnah dan berbohong dengan rakyat akan dapat dikurangkan. Rakyat perlu diberikan "accessibility" yang seadil-adilnya kepada semua pihak. Yangt terlalu berkurangan bagi pihak BN ialah kejayaan yang benar-benar "organic" dalam melaksanakan dasar-dasar dan perancangan serta transformasi ekonomi dan politik negara yang dijanjikan oleh BN sekarang ini. Kejayaan perancangan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini tidak nampak lagi kejayaannya maka untuk menutupi malu pihak pemerintah bertindak menyerang parti-parti pembangkang habis-habisan dengan isu-isu yang mengarut. Serangan BN itu seperti serangan parti yang membangkang. Kenapa begitu? Kenapa mengambil "attribute" parti yang membangkang….menghina pihak lain di mana-mana. Parti pembangkang pun tidak berbuat demikian. Tindakan defensif sambil menyerang secara "offensive" yang dulunya dilabelkan oleh BN sebagai sifat pembangkang, kenapa pula BN melakukan perkara yang sama? Kalau BN bersikap seperti pembangkang semasa masih berkuasa, adakah itu tanda-tanda awal yang BN akan menjadi pembangkang selepas pilihanraya nanti? Kenapa bersusah payah sangat nak jadi pembangkang? Ramai juga rakyat yang mahu melihat Umno duduk di kerusi pembangkang di Dewan Parlimen dan Dewan-Dewan Lagilatif di negeri-negeri. Ibarat main gasing: kalau dah selalu memangkah kali ini elok juga mengambil giliran untuk memusing gasing. Biarlah pihak lain pula mengambil giliran untuk memangkah./aspan alias |
| Umno Adakan MoU Politik Dengan Parti Komunis China Posted: 03 Sep 2011 06:00 PM PDT AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Umno telah mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2011.Malahan, katanya ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuk mempelajari daripada Parti Komunis China."Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atau DAP atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kamunting. "Apakah Komunis China, berbeza dengan komunis Malaya? Menurutnya, jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur sedangkan mereka menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka di Xinjiang Julai 2009. "Inilah sikap hipokrit Umno dalam apa jua isu. "Isu Palestin Umno tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama, Apco Yahudi dibayar RM77 juta setahun," katanya. Beliau berkata, Umno melalui bantuan media mereka yang tidak ada etika kewartawanan dan tidak takut dosa dan pahala dengan sewenang-wenangnya menuduh PAS menyokong komunis. Katanya, orang pekak dan buta pun tersenyum apabila Umno menuduh PAS menyokong komunis. Tambahnya, tidak ada rekod PAS berbaik dengan komunis sedangkan Umno menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MoU dengan Parti Komunis China. Pemimpin Umno juga, ujarnya pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini walaupun pemimpin Umno pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis. Namun, katanya kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh PAS. Jsuteru, kata beliau ucapan Mohamad Sabu hanya untuk menutup tahap kepuasan hati terhadap Najib merudum kepada 59 peratus, daftar pemilih SPR yang kotor dan kenaikan harga barang keperluan harian. |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan