WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
GERAKAN PERLU KELUAR DARI BN UNTUK MENGAJAR UMNO Posted: 15 Aug 2011 08:37 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS PELURU Umno sudah tidak kenal kawan dan lawan lagi. Ini menunjukkan bahawa parti sekular Melayu ini sudah semakin hampir ke penghujung usia. Setelah puas membelasah PAS dengan berbagai gelaran buruk termasuk sesat, kemudiannya tidak malu-malu mempelawa PAS bersama Umno kemudian ditolak oleh PAS, kini giliran Gerakan parti sekutunya sendiri menjadi sasaran Umno. Suara Umno ini diluahkan oleh akhbar milik mereka, Utusan yang berterusan menyerang Gerakan terutamanya Presidennya Tan Sri Koh Tsu Koon. Terbaru Presiden Gerakan ini dicabar untuk bertanding di P.Pinang bagi mengukur sokongan rakyat P.Pinang terhadapnya. Suara Ezam raja sesumpah semakin lantang mengkritik bekas KM P.Pinang ini hanya kerana Koh tsu Koon menentang cara Ezam sesumpah berdepan dengan Malaysiakini dan Malaysian Insider. Rupa-rupanya semenjak Ezam sesumpah `beriman' dengan Umno, beliau tidak boleh ditegur atau dikritik. Apa yang keluar dari mulut muncung Ezam sesumpah pastinya disambut oleh juak-juak Umno P.Pinang dari golongan `geng roti canai' diketuai oleh Reezal Naina Merican. Ahad lalu, Utusan memetik Ezam sesumpah yang melabelkan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu sebagai dangkal kerana terikut-ikut dengan pemimpin pembangkang berhubung isu ugutannya untuk membakar portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Teruk sangatkah Koh Tsu Koon jika dibandingkan dengan KM Sarawak, Taib Mahmud? Mengapa sibuk menekan Koh Tsu Koon tetapi Taib Mahmud sedang goyang kaki dengan kekayaannya di Sarawak? Ini adalah kerana Gerakan pada pandangan Umno sudah terlalu lemah dan Umno sudah menjadi tabiatnya hanya mahu berkawan dengan golongan yang kuat sahaja. Sebab itu Umno beriya-iya mahu PAS bersama Umno, kerana PAS kini sudah kuat dan gagah. Percayalah, Taib Mahmud terselamat di kerusinya sekarang adalah kerana parti PBB sekarang masih kuat. Tunggu sahaja PBB lemah seperti Gerakan nanti. Seorang lagi katak dari Bayan Baru, Zahrain pula tidak sedarkan diri menasihat parti lain sedangkan beliau sendiri tidak berparti. Zahrain berkata melalui Utusan, jika BN mahu mengambil balik Pulau Pinang, Gerakan perlu tonjolkan seorang pemimpin baru yang boleh diterima oleh rakyat dan pemimpin berkaliber bagi mencabar kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Adakah Zahrain juga merasai dia terlalu berkaliber sebagai `katak'? "Mungkin pemimpin seperti (Presiden Gerakan) Tan Sri Koh Tsu Koon sudah tidak relevan lagi untuk memimpin Gerakan di Pulau Pinang memandangkan rakyat sudah menolak beliau sejak (pilihan raya umum) 2008," kata Zahrain. Jika inilah hujah Zahrain, beliau juga patut meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak P.Pinang sekarang kerana beliau tidak berwibawa membawa Tim Bola Sepak P.Pinang ke arah yang lebih baik malahan lebih teruk. Oleh kerana terlalu berpolitik, Zahrain gagal berfungsi di situ. Pada pilihan raya umum 2008, Gerakan hanya mampu memenangi dua kerusi parlimen dan tiga kerusi dewan undangan negeri. Semua kerusi berkenaan juga bukannya dari Pulau Pinang yang pernah menjadi kubu kuat parti itu dan dikuasai mereka sejak 1969. Satu cara terbaik buat Gerakan untuk mengajar kesombongan Umno adalah dengan cara Gerakan keluar dari Bn dan menyertai Pakatan Rakyat. Dengan cara ini, Umno pasti tahu betapa langit itu tinggi atau rendah bila mana Gerakan dan DAP bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Bagi membolehkan beliau aktif dalam politik, beliau dilantik sebagai senator dan diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bagi sesetengah pemimpin BN, khususnya Umno, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi tempat kepada pemimpin Gerakan itu suatu tindakan sesia kerana tidak yakin Gerakan mampu 'bangkit semula'. Meskipun pemimpin Umno tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan tetapi sebagai organ rasmi parti, segala yang disiarkan Utusan sudah pasti mendapat restu pemimpin peringkat tertinggi Umno, khususnya jika sesuatu isu itu terus dipermainkan. Oleh yang demikian, Gerakan mesti memahami betapa partinya itu tidak lagi diperlukan oleh Umno sebagai rakan di dalam Bn./wfauzdin.blogspot.com |
ISU GEREJA - PAS GAGAL BERJUMPA JAIS KERANA TITAH DARI ISTANA Posted: 15 Aug 2011 11:53 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS DI DALAM isu `serbuan' ke atas sebuah gereja di Selangor baru-baru ini oleh JAIS, bayangkan jika PAS hanya bertemu pihak gereja sahaja untuk mengetahui kisah sebenar kejadian tersebut, maka sudah tentu menjadi modal besar pihak mereka bahawa PAS menjadi `pak turut' kepada gereja. Tetapi, apabila PAS telah merancang untuk bertemu pihak JAIS untuk mendapatkan maklumat sebenar sebelum bertemu pihak gereja, dikatakan ada arahan dari Istana agar JAIS tidak mengadakan pertemuan dengan PAS. Arahan ini telah dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang mungkin merasa kecewa dengan arahan pihak Istana tersebut. Kenyataan Mahfuz Omar dipetik dari Malaysiakini menyebut, " Dan atas nasihat Tuanku Sultan, untuk JAIS tidak lagi bertemu mana-mana pihak supaya menjaga, supaya maklumat siasatan itu tidak terlepas kepada pihak lain," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini. Bagaimanapun, Mahfuz berkata, PAS masih berharap dapat bertemu JAIS selepas jabatan itu menyelesaikan penyiasatannya (Malaysiakini). Di dalam keadaan PAS ingin mengetahui kisah sebenar peristiwa kontroversi berkenaan, dan pihak Istana melarang perjumpaan dengan JAIS, sebaliknya media-media kerajaan terus memainkan isu tersebut seolah-olah mengecop bahawa PAS tidak peka dengan isu tersebut. Alangkah baik dan adilnya jika pihak Istana turut melarang agar media memberhentikan memainkan isu yang dianggap siasatannya masih `rahsia' pada JAIS itu. Amat malang sekali PAS gagal memperolehi maklumat sebenar dari JAIS akibat halangan ini. Isu ini bukan isu remeh dan perlu kepada tindakan segera. Mengapa PAS mesti ke depan di dalam isu ini? Pertamanya, sebagai sebuah parti yang dasarnya Islam sudah tentu PAS amat peka dengan isu ini apatah lagi terdapat tohmahan bahawa PAS bersekongkol dengan pihak tertentu untuk meraih undi. Kedua, Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor adalah dari wakil PAS iaitu Dr Hassan Ali dan sudah tentu PAS tidak mahu imej Exco yang mewakili partinya itu terjejas dengan isu ini. Ketiganya, Islam mementingkan keadilan kepada semua maka untuk berlaku adil, PAS mesti mendengar keterangan dari semua pihak yang terlibat iaitu dari pihak JAIS, gereja dan Dr Hassan Ali. Apakah yang dimaksudkan dengan `maklumat rahsia siasatan' itu? Isu seperti ini sepatutnya tidak perlu dirahsiakan kerana akhirnya kita berhak mengetahui kisah sebenar yang berlaku. Apakah PAS tidak boleh dipercayai sekiranya kisah sebenar kejadian ini terbongkar? Sepertimana kata Mahfuz, JAIS mendakwa tiada `serbuan' atau sebarang tindakan ganas dan pencerobohan berlaku sewaktu kejadian, tetapi di pihak gereja mempunyai pandangan yang berlawanan. Justeru itu, amat releven dan tepat sekali PAS inginkan penjelasan dari kedua-dua pihak ini. Mengapa ada halangan? Bagaimanapun, PAS memilih untuk tidak menderhaka titah Sultan. Namun kita mendesak agar PAS tidak melupakan terus isu ini dan terus mendesak agar JAIS mengemukakan laporan dari siasatannya. Kita tidak mahu ada sesiapa yang di`kambing hitam'kan dengan isu yang mempunyai kaitan dengan akidah ini. Kita juga berharap JAIS tidak bermain `politik' sepertimana di dalam beberapa isu yang lalu. Kita juga yakin pihak Istana tidak terlibat dengan `politik' di dalam membicarakan soal akidah umat Islam. Kita hanya percaya ada pihak di luar sana yang sedang menanti untuk `membaham' PAS dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat dengan menggunakan isu tersebut. Sekiranya JAIS terus `berahsia' dengan PAS di dalam isu kontroversi ini, maka tahulah kita apa yang berlaku sebenarnya dan kita tidak merasa pelik dan hairan jika ianya berlaku kerana ini bukan kali pertama kita diuji sedemikian rupa./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
geotorelxzp debt consolidation companies
bill consolidation loans
Catat Ulasan