Isnin, 15 Ogos 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Peserta Bersih 2.0 saman Berita Minggu RM10juta

Posted: 15 Aug 2011 09:21 PM PDT

Abdul Razak Endot saman Berita Minggu RM 10 Juta

TEMERLOH, 16 Ogos: Seorang Pemuda Unit Amal yang pernah digambarkan oleh akhbar Berita Minggu sebagai 'perusuh yang membawa pisau' dalam himpunan Bersih 9 Julai lalu, menghantar notis tuntutan fitnah terhadap akhbar berkenaan.

Abdul Razak Endot, 33, dalam notis yang difailkan melalui syarikat guaman Sazali & Lim dan ditujukan kepada Ketua Pengarang Berita Minggu serta penerbit dan pencetak syarikat The New Strait Times Press (M) Bhd., meminta pihak berkenaan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta.

Dalam notisnya, pihak berkenaan juga diminta memberhentikan penyebaran fitnah dan menerbitkan permintaan maaf tanpa syarat.

"Tindakan ini perlu bagi membersihkan imej saya yang tercemar teruk akibat penyiaran gambar dan ulasan akhbar berkenaan," katanya kepada Harakahdaily.

Akhbar Berita Minggu bertarikh 10 Julai iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur di halaman muka depannya telah menyiarkan gambar seorang pemuda bertubuh sasa dan bertopeng sambil memegang pisau.

Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana kapsyen di bawah gambar akhbar berkenaan tetapi gambar tersebut telah diubah suai.

Bercerita lanjut, Abdul Razak berkata beliau turun ke Kuala Lumpur pada perhimpunan tersebut sebagai anggota Unit Amal PAS yang diajar dengan disiplin tinggi. Beliau diarahkan mengawal keselamatan puluhan ribu rakyat di hadapan menara Maybank.

Katanya, pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, beliau sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis," ujarnya.

Tambahnya lagi, gambar yang disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas ke tepi.

Serentak dengan itu, beliau menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan fitnah sehingga merosakkan nama baik serta reputasinya serta dipandang rendah oleh masyarakat.

"Saya merupakan seorang peniaga dan imej yang dipaparkan oleh akhbar berkenaan amat negatif menyebabkan saya boleh dipandang serong oleh masyarakat dan pelanggan. Sebab itu saya mahukan keadilan dan imej saya dibersihkan.

"Saya juga sering terlibat dengan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan. Jadi jika gambaran ganas itu tidak ditarik akan terus merosakkan imej saya di mata masyarakat," ujarnya.

Sementara itu, Abdul Razak memberitahu notis yang telah dihantarnya itu memberi tempoh 21 hari kepada pihak akhbar berkenaan untuk dipatuhi. Jika tidak, tindakan undang-undang seterusnya akan diambil. - Harakah Daily

Saman RM200 juta terhadap Dr Tan, Felda kalah lagi ....

Posted: 15 Aug 2011 08:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah sebanyak RM200 juta yang difailkan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Displin KEADILAN, Dr Tan kee Kwong yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.

Ia sekaligus merupakan kemenangan pertama buat KEADILAN dan akhbar milik parti itu, Suara Keadilan, yang disaman Felda kerana didakwa menyiarkan artikel berbaur fitnah.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu kerana Felda gagal membuktikan bahawa Dr Tan yang membuat kenyataan tersebut dalam artikel yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.

Felda juga katanya gagal memanggil wartawan yang menulis artikel berkenaan.

Hakim Zabariah mengarahkan kos sebanyak RM70,000 kepada Tan, meskipun peguamnya Razlan Hadri Zulkifli dan Ho Kok Yew meminta RM100,000.

Dr Tan yang dilihat menitiskan air mata kegembiraan dengan kemenangan itu berkata, keputusan itu akan lebih menguatkan semangatnya untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfailkan saman terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, mantan Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali, Editor Suara Keadilan pada masa itu Dzulkarnain Taib dan wartawannya, Rusnizam Mahat.

Ia kerana Suara Keadilan didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah dalam akhbar milik parti KEADILAN, 'Suara Keadilan'.

Felda mendakwa akhbar itu telah menerbitkan dua artikel yang didakwa bersifat memfitnah pada 22 Jun 2010 dan 29 Jun 2010.

Felda mendakwa artikel pertama bertajuk "Felda Bankrap" dan artikel kedua berserta gambar bertajuk "Kontroversi" dan "Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu" berunsur fitnah yang boleh menyebabkan reputasi plantif terjejas.

Pada 25 Januari lalu, Felda memfailkan saman terhadap Tan atas dakwaan memfitnah melibatkan artikel yang sama.

Felda mendakwa Tan mengeluarkan kata-kata fitnah tersebut semasa beliau ditemuramah oleh seorang wartawan Suara Keadilan, Faizal Zakaria beberapa hari sebelum 22 Jun 2010.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18886

PRU 13 - Hanya 3 negeri untuk umno/BN - Daim

Posted: 15 Aug 2011 08:59 AM PDT

Mohd Ariff Sabri Aziz

Barisan Nasional has lost 80% of the younger generation voters.

Former finance minister Daim Zainuddin is pessimistic about the future of Barisan Nasional. He believes that BN can say it is comfortable but only in Johor, Malacca and Pahang.

But even in Pahang, a few parliamentary seats will slip out of BN's grasp as with a few more state seats.

But overall, Daim believes Pahang will remain under BN, according to his alter ego, The Oracle of Syed Putra, with whom I recently conversed.

And if I am at liberty to translate the body language of The Oracle, Daim is also pessimistic about the political fortunes of Prime Minister Najib Tun Razak.

I am sure that I've heard the same disconcerting vibrations from former premier Dr Mahathir Mohamad himself.

The Oracle said Daim's exhortations to the two top leaders (Najib and deputy prime minister Muhyiddin Yassin) to go down and meet with the cawangan (division) people went unheeded.

"Meeting with ketua bahagian can be a misleading source of information; they will tell of everything good and what they have done with a view to getting re-elected.

"But you need to go down to the basics – listen to the views in the raw (yourself). If possible exclude the ketua bahagian.

"But they (Najib and Muhyiddin) haven't done this.

"The PM is busy with his overseas trip. The DPM will not move lest whatever actions he takes will be misconstrued as upstaging the boss.

"And that can cause some internal upheavals in Umno," said the Oracle.

Losing battle

Speaking further, the Orcale said Umno and BN have lost their influence over the younger generation.

Eighty percent of the younger voters are not going to vote for the BN.

I asked the Oracle if he thought Umno could win the battles in cyberspace.

And this is what he said: "Just look at the articles being spewed by the Umno cyber troopers.

"Some of them are stuck with the idea that the PM of Malaysia is still Mahathir and so their articles will be tailored to suit the positions taken by Mahathir.

"You watch – Mahathir hasn't spoken his true mind (yet) about the Najib administration.

"Once he does, then all hell will break loose," he said, adding that one reason for Mahathir's "silence" is the restraint counselled by Daim.

The majority of the Umno cybertroopers are spewing hate articles all the time with the expletives and vitriol.

Will these engage the fence-sitters, those independent-minded thinking would-be voters?

Thinking fence-sitters

You may think these fence-sitters and undecided voters have different political agenda from the rest of the population such as the rural folks.

But in the end, you may be surprised that they actually share more similarities – they want good.

"They detest and abhor corruption, they hate the carving out of this country among business cronies and they want a better future for this country.

"The only difference is that the liberals or the fence-sitters are more articulate and possessed audacity in thinking.

"They won't be shy to speak their mind and translate their thoughts into votes" the Oracle said.

The writer is a former Umno state assemblyman and a FMT columnist. This excerpt is from his blog sakmongkolak47. - FMT

Datuk David Arumugam Alleycats tak tahu guna Facebook dan Twitter

Posted: 15 Aug 2011 07:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketika kebanyakan artis galak menggunakan laman sosial Twitter dan Facebook untuk berkomunikasi dengan peminat, berbeza sekali dengan penyanyi dari kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam, 61.

Dia akui dengan faktor usia dan kesusahan mengikuti arus kemodenan masa kini membuatkan dirinya tidak menggunakan dua medium komunikasi popular masa kini.

"Saya tidak perlukan Twitter dan Facebook untuk diri sendiri tetapi ada individu lain yang menguruskan laman sesawang rasmi Alleycats dan mengemas kini setiap aktiviti serta maklumat tentang kumpulan ini.

"Jika ada e-mel daripada peminat, dia akan maklumkan kepada saya seperti seorang peminat dari England yang baru sahaja menghubungi saya selepas kali terakhir kami berjumpa pada tahun 1986 semasa saya membuat persembahan di Pulau Pinang," katanya dalam satu temu bual di Crossroads Lounge, Hotel Concorde, di sini, Isnin.

Biarpun tidak berinteraksi dengan peminat di alam maya, namun ke mana-mana sahaja dia pergi pasti ramai yang menegur dan mengambil peluang untuk merakamkan gambar tanpa mengira bangsa dan usia memandangkan kumpulan ini sudah ditubuhkan sejak 43 tahun lalu dan menghasilkan 30 buah album.

Tambahnya yang popular dengan lagu Sampaikan Salam dan Sekuntum Mawar Merah: "Saya akui seorang yang old school dan tidak pernah berasa teruja untuk belajar melayari Facebook dan Twitter yang menjadi kegemaran ramai.

"Sebaliknya, saya lebih selesa berjumpa dengan peminat dan mengalu-alukan mereka datang ke tempat saya selalu membuat persembahan seperti di Spark Club, Petaling Jaya atau di mana-mana acara korporat dan perkahwinan.

"Terbaru, saya akan membuat konsert berjudul "Sampaikan Salam" di Istana Budaya, pada 16 hingga 18 September ini dan mengharapkan ramai peminat yang datang nanti."

Bercerita tentang peminatnya, ada juga pasangan yang jatuh cinta dan berkahwin disebabkan lagu Alleycats yang lebih banyak berkisar tentang cinta.

"Saya pernah dikunjungi sepasang peminat dari Singapura dan mengatakan mereka bercinta disebabkan lagu Alleycats ketika membuat persembahan di Planet Hollywood Kuala Lumpur," ceritanya.

Katanya, pendengar lebih mudah menyerap lagu-lagu Alleycats dan diminati sehingga sekarang kerana liriknya yang mudah, menyentuh perasaan dan mempunyai kaitan dengan kehidupan sesiapa sahaja.

Beralih kepada "Konsert Sampaikan Salam", ia merupakan konsert kali kedua Alleycats di Istana Budaya selepas tahun 2008. David akui teruja dan menjangkakan konsert itu akan menjadi persembahan yang menarik.

"Konsert ini terbahagi kepada tiga segmen iaitu segmen berkonsepkan 1Malaysia. Saya akan menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil dengan iringan pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia Istana Budaya.

"Segmen kedua adalah 'Tribute To Loga' yang mana saya, Glen dan anak Loga iaitu Dasha akan menyanyikan lagu-lagu popular penyanyi itu seperti Suratan, Jika Kau Bercinta Lagi dan Berjuta Batu.

"Untuk segmen terakhir saya akan menyanyikan lagu-lagu popular saya dalam bentuk "medley" sehingga konsert ini selesai selama dua jam. Untuk melebihkan masa kepada nyanyian, saya akan mengurangkan sesi berinteraksi dengan peminat," ujarnya lagi tentang konsert anjuran Aktif Mestika (AM) Event Management itu.

Memandangkan banyak lagu popular yang bakal dinyanyikan, David dan pengarah muzik konsert itu, Eddie Marzuki menetapkan untuk menyanyikan tiga hingga empat buah lagu yang berlainan pada setiap malam.

"Saya juga akan menjadikan konsep konsert ini lebih seronok dengan membuka peluang kepada peminat memilih lagu permintaan," jelasnya.

Peminat boleh mendapatkan tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305 dan RM450 dengan menghubungi www.ticket2u.biz di talian 03-41478600. Sebanyak RM5 daripada harga setiap jualan tiket akan disumbangkan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna).

Dalam perkembangan lain, David juga dalam baru selesai merakam semula lagu Andainya Aku Pergi dengan penyanyi muda Caprice yang diberi nafas baru dan judul baru iaitu Andainya Aku Pergi 0.10.

"Saya tertarik dengan idea pemuda ini yang baru pulang dari Amerika Syarikat dan ingin membikin lagu tersebut dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.

"Sekarang ini lagu tersebut telah dirakamkan dan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Saya tidak kisah untuk berduet dengan mana-mana penyanyi muda selepas ini asalkan mereka mengusulkan cadangan kepada syarikat rakaman saya, Universal Music.

"Saya juga berhasrat untuk menghasilkan album baru sebelum tamat kontrak dengan Universal Music pada Februari tahun depan," jelasnya lagi.

Selain itu, dia juga bakal muncul dengan filem ketiganya berjudul Nasi Lemak 2.0. Dalam filem arahan Namewee itu, dia melakonkan watak peniaga rempah yang mempunyai anak perempuan jelita lakonan Nadine Ann Thomas. - mStar

Najib umum tubuh jawatankuasa meneliti sistem pilihanraya

Posted: 15 Aug 2011 06:32 AM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa pemilih secepat mungkin untuk meneliti status sistem pilihan raya ekoran kritikan dan dakwaan wujudnya kepincangan dan kecacatan.

Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan dianggotai oleh wakil Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat.

Minggu lalu Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari agar Najib memanggil satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan 9 Julai lalu dengan meletakkan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

"Jawatankuasa pemilih Parlimen akan dibentuk dalam waktu terdekat dan ia akan terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang," kata Najib.

"Jawatankuasa ini akan membincangkan kesemua persoalan dan isu mengenai pembaharuan agar kata sepakat bersama dapat dicapai," kata Najib.

Jawatankuasa itu, menurut Perdana Menteri, akan memastikan tiada dakwaan manipulasi sistem pilihan raya.

"Saya bersama Kabinet saya tidak mahu menjadi Perdana Menteri atau kerajaan tanpa sokongan rakyat (menerusi pengundian yang betul," kata Najib - TMI

Larangan guna pembesar suara bukan fatwa, tapi nasihat?

Posted: 15 Aug 2011 03:45 AM PDT

Larangan guna pembesar suara untuk bacaan al-Quran bukan fatwa tapi nasihat

2011/08/15
GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini, berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa. "Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu. "Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hassan berkata, larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya, banyak pihak termasuk media massa menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.
"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata, Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu. - BERNAMA

DAP tetap bersama PAS, PKR - Kit Siang

Posted: 15 Aug 2011 03:10 AM PDT

August 15, 2011 DAP bukannya parti Cina berjuang untuk kepentingan masyarakat Cina tetapi sebuah parti yang berjuang untuk kepentingan semua
.
PETALING JAYA: DAP tetap komited bersama PAS dan PKR untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 bagi mengembalikan hak warga negara seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Penasihat Lim Kit Siang berkata, DAP berjuang untuk membawa perubahan fundamental bagi membuka langkah memajukan sumber guna tenaga dan kemahiran bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu padu dan maju.

"DAP bukannya parti Cina berjuang untuk kepentingan masyarakat Cina. Tetapi sebuah parti Malaysia yang berjuang untuk kepentingan semua, sama ada Cina, Melayu, India, Iban, Kadazan atau Orang Asli sebagai rakyat biasa yang mempunyai hak sama rata," kata beliau.

Lim berkata, para pemimpin DAP telah bertungkus lumus dan melakukan banyak pengorbanan hanya kerana berpegang teguh dengan perjuangan politik mereka sejak 45 tahun yang lampau.

"Mereka (para pemimpin DAP) pernah didakwa dan dianiaya di mahkamah, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (yang paling lama empat tahun sembilan bulan) dan dipenjara.

"Mereka juga dibatalkan sebagai ahli Parlimen dan diharamkan dari memegang jawatan selama lima tahun kerana bertegas dalam perkara-perkara prinsip, berjuang untuk kepentingan rakyat Malaysia yang melangkaui sempadan bangsa dan agama.

"Setelah membuat pengorbanan dan melalui kesengsaraan ini tidak mungkin DAP dapat menggantikan MCA dalam Barisan Nasional.

Oleh itu, persoalan DAP menyertai BN tidak timbul," tegas Ahli Parlimen Ipoh Timor itu.

Lim berkata demikian dalam blognya hari ini berhubung undangan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kelmarin agar DAP menyertai BN.

Mengulas perkara ini, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, besar kemungkinan DAP tidak akan menyertai BN memandangkan DAP boleh menonjolkan dirinya sebagai jaguh apabila berada "di luar" kerajaan.

Komen Nazri disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily semalam dan beliau menambah, Perikatan (kini BN) pada 1969 lalu mengundang Gerakan menyertai Perikatan apabila parti itu menang di Pulau Pinang - FMT

Bayar RM50 - Kenyataan Rais dangkal : Mahfuz

Posted: 15 Aug 2011 12:53 AM PDT

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim bahawa peserta BERSIH 2.0 diupah RM50 adalah kenyataan yang "sangat dangkal"

Sambil menafikan PAS turut mengupah anggotanya, Mahfuz menyifatkan kenyataan Rais itu sebagai cuba "menyamakan semua orang macam Umno".

"Umno nak meramaikan perhimpunan mereka, nak meramaikan perhimpunan yang dihadiri pimpinan mereka, mesti diberi duit, dibelanja dengan wang cukup besar, sediakan pengangkutan, kemudian diberi duit, beri makan dan sebagainya.

Jadi dia (Rais) menyamakan (dengan kita). Dia tidak boleh berfikir di luar kotak (pemikiran) Umno. Rais ini berpemikiran dalam kotak Umno. Dia tak keluar daripada kotak Umno," katanya.

Semalam, Rais dilapor mendakwa ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

Jakim sahkan mentega 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' HARAM

Posted: 15 Aug 2011 12:08 AM PDT

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

- Bernama

HADIR DI GEREJA :12 Individu Islam Hadir Beri Keterangan di JAIS

Posted: 14 Aug 2011 11:18 PM PDT

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

SHAH ALAM: Dua belas individu beragama Islam yang menghadiri majlis 'Thanksgiving' di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) beberapa minggu lalu hadir memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Menurut sumber, kesemua individu tersebut mula memberi keterangan pada pukul 10 pagi Isnin di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

Ketika ditanya adakah semua individu tersebut hadir untuk memberi keterangan, sumber tersebut mengatakan: 'Ya.'

Difahamkan kenyataan mereka direkodkan oleh pegawai bahagian pengurusan dan penguatkuasaan JAIS.

Menurut sumber itu lagi, peguam dari firma guaman Tetuan Lee Hishammuddin yang mewakili 10 daripada 12 individu Muslim itu memahami situasi terbabit dan membenarkan anak guam mereka hadir memberi keterangan kepada JAIS.

"Sebelum ini, mereka sudah menerima surat untuk hadir memberi keterangan namun gagal berbuat demikian pada Selasa lalu.

"Sedangkan mereka adalah saksi kepada kes penyebaran agama bukan Islam kepada Islam, jadi kita perlu memanggil mereka untuk merekodkan kenyataan.

"Peguam mereka sudah memahami keadaan ini dan membenarkan anak guam mereka untuk hadir. Mereka boleh ditangkap jika masih gagal berbuat demikian," katanya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Pada 3 Ogos lalu, JAIS telah menjalankan operasi memeriksa di gereja DUMC selepas mendapat maklumat kehadiran sebilangan orang Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan.

Ketika pemeriksaan dilakukan kira-kira jam 9 malam, seorang penceramah dikatakan sedang menyampaikan ucapan dengan menyelit bacaan ayat al-Quran dan juga terdapat dakwaan yang mengatakan adanya aktiviti lain yang meragukan.

Mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995 jika didapati bersalah.

Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam, atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam, atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan: