Khamis, 11 Ogos 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PEJABAT KERAJAAN DISURUH BERJIMAT GUNA PENGHAWA DINGIN, TETAPI BINI SIAPA YANG TINGGAL DI HOTEL MEWAH SERTA MEMPUNYAI CINCIN JUTAAN RINGGIT?

Posted: 11 Aug 2011 11:36 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, arahan pun dikeluarkan oleh Najib kepada semua jabatan kerajaan agar paras suhu penghawa dingin di setiap pejabat tidak boleh kurang daripada 24 darjah C. Satu langkah jimat cermat yang sudah bertahun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Nik Aziz Nik Mat.

Di Kelantan, arahan MB Kelantan bukan meletakkan aras suhu penghawa dingin tetapi lebih dari itu bahawa setiap kali pejabat tidak digunakan atau tidak berpenghuni walaupun seketika untuk masa rehat atau makan, kesemua penghawa dingin mesti ditutup termasuk lampu pejabat juga kecuali di tempat yang amat memerlukan sahaja. Budaya ini telah lama dilakukan di setiap jabatan Kerajaan Negeri Kelantan meliputi letrik dan air.

Budaya ini bukan kerana Kerajaan Negeri merasakan ekonomi negeri sudah menurun, tetapi kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz adalah berasaskan ajaran Islam di mana melarang dan mengharamkan pembaziran. Ertinya, arahan dikeluarkan adalah kerana ajaran Islam bukan kerana faktor lain. Ini berbeza dengan Najib dan Kerajaan Pusat yang mula menyedari betapa perlunya berjimat kerana ekonomi negara yang semakin teruk ketika ini.

Itulah bezanya apabila memerintah mengikut Islam kerana semua tindakan yang dilakukan mestilah `Nawaitu'nya Allah Taala. Tetapi sekiranya memerintah lari dari Islam, maka mereka berjimat ketika susah tetapi menjadi lupa tatkala senang. Adakah rumah Najib dan Rosmah serta Muhyiddin akan berjimat sepertimana yang beliau sendiri arahkan? Kita boleh menjawabnya sendiri kerana kita telah pun didedahkan tentang jumlah Bil Air/Letrik kediaman pemimpin berkenaan.

Berjimatlah sebanyak mana pun tetapi selagi negara ini dipenuhi dengan amalan korupsi, maka satu sen pun tidak berguna. Jadi, Najib tidak perlulah cuba untuk bersikap hipokrit di dalam perkara ini kerana orang yang paling banyak menghabiskan duit negara dengan melakukan lawatan peribadi atas nama lawatan resmi termasuk menginap di Hotel Dhubai dengan kos melebihi RM100,000 itu rakyat sudah kenal siapa dia? Negara ini tentu lebih berjimat jika tiada sesiapa yang membeli dan memiliki cincin RM 24 juta serta dengan beg tangan yang mengalahkan harga sebuah rumah kos sederhana untuk rakyat./wfauzdin.blogspot.com

MARI BACA!!! Punca Musa Hassan dan Rodwan takut ditemubual bila Anwar ada

Posted: 11 Aug 2011 12:00 AM PDT



Musa Hassan dan Rodhwan adalah antara saksi penting yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan. Walau pun dibenarkan oleh hakim, kedua-dua insan yang banyak berjasa kepada kerajaan BN ini enggan berbuat demikian jika Anwar ada semasa proses temu bual itu berlangsung. Orang lain pelik! Saya pun pelik! Anda pun pelik!

Jawapan keengganan mereka ditemu bual jika Anwar hadir ada dinyatakan dalam berita di Berita Harian. Sebenarnya petikan berita ini saya ambil dari berita yang sama memerihalkan kemungkinan Najib-Rosmah akan ditemu bual di mahkamah berhubung dengan Drama Liwat II. Saya sengaja memisahkan kedua-dua cerita agar lebih berfokus. Jika mahu tergelak pun, kita gelakkan pada kiriman ini sahaja.

Kata pihak pendakwaan:[BH] ....Pihak pendakwaan dan pembelaan memohon perintah sama ada Anwar boleh menghadiri sesi temu bual saksi bagi pihak pembelaan selepas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof membantah kehadiran Anwar ketika temu bual itu kelmarin.

Pihak pendakwaan membantah kehadiran Anwar dalam sesi temu bual dengan alasan beliau berupaya menakut-nakutkan saksi dan boleh menyuruh mereka menyatakan apa yang dikehendakinya ketika saksi berkenaan.

Selain itu, kejadian lalu dalam mahkamah ketika pihak pendakwaan mengemukakan saksi mereka dalam kes liwat itu menunjukkan peguam Anwar tidak mampu mengawal anak guam mereka.

Anda mahu gelak? Silakan!

Bekas KPN yang takut kepada Anwar Ibrahim? Bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof takut kepada Anwar Ibrahim? Pasukan pendakwa bimbang kedua-dua saksi ini akan dimanipulasi oleh Anwar untuk memberikan jawapan mengikut kehendaknya. WOW!!!!!!!

Kedua-dua bekas dan anggota polis yang memegang jawatan tinggi, kononnya hebat, takut dan mudah dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim? Teruk! Macam mana kalau mereka ditangkap oleh teroris? Habis rahsia negara terburai!

ADUHAI!!!!!

Bukan saya kata, bukan DCM sengaja mereka-reka cerita, tetapi berita di atas menyatakan sedemikian!

Alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan ini bukan sahaja merendah-rendahkan kedua-dua saksi itu, tetapi jelas menunjukkan saksi itu seolah-olah "takut kerana salah". Jika berada di pihak yang benar, mengapa perlu takut? Berani kerana benar! Biarlah sesiapa pun yang hadir, kalau orang itu salah, dia tetap salah!

P/s: Konspirasi Drama Liwat II ini akan terburai!DCM

Tiada ulasan: