Isnin, 8 Ogos 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU PENGUNDI HANTU - NAZRI AZIZ KATA TUNJUK BUKTI, BERAPA BANYAK MAHU KUMPUL BUKTI?

Posted: 08 Aug 2011 08:24 PM PDT

SPR daftar Kg Baru pula sebagai pengundi

Ogos 9, 11

Lagi kepincangan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didedahkan.

NONEKali ini, menurut ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat, SPR berjaya mencipta sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.

Menurut Suhaizan (kanan) yang juga pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, - Kg Baru mempunyai kad pengenalan bernombor 830527115422 dan dia dilahirkan pada 27 Mei 1983.

Menurut daftar pemilih SPR yang telah disahkan - Kg Baru layak mengundi di DUN Hulu Besut dan kerusi parlimen Besut.

Apabila semakan dibuat di laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) nombor kad pengenalan bagi pemilih yang bernama Kg Baru sebenarnya adalah milik Noraini Binti Abdullah.

NONENONE"Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku?

"Apakah (Timbalan Pengerusi SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak dijawab oleh kerani SPR sahaja?" soal Suhaizan dalam satu kenyataan media.

Selain itu, beliau juga mendakwa Pemuda PAS telah menjumpai pemilih dari kalangan 'pengundi hantu' di mana nama mereka tidak terdapat dalam rekod JPN.
Tidak sah

Beliau memberikan contoh seseorang yang kononnya bernama Farhana Binti Abdul Rashid, no kad pengenalan 840505715012 dan dikatakan pengundi di DUN Wakaf Mempelam dan kerusi parlimen Kuala Terengganu di daftar pemilih SPR yang telah disahkan.

Namun semakan di laman web JPN menunjukkan nombor yang dimasukkan tidak sah ataupun tiada permohonan mengikut nombor yang diberikan itu.


NONENONE"Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu sedangkan SPR mempunyai sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun (e-SPPST) yang telah dihubungkan dengan JPN melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)?

"Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos lalu di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini," katanya.
Minggu lalu, SPR menyenaraikan seorang penduduk berstatus penduduk tetap (PR) yang bernama Mismah sebagai pengundi pada daftar pemilihnya.

Walau bagaimanapun semakan dalam sistem pengesahan dalam talian JPN menunjukkan Mismah adalah pemegang MyPR kad No 640704715238.


NONENamun kira-kira empat jam selepas laporan itu disiarkan, status Mismah dalam sistemJPN, telah 'dinaik taraf' kepada warganegara.

Ketua pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said kemudiannya menjelaskan perkara itu tidak benar dan rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata tempoh bantahan yang lebih lama diperlukan bagi menyemak daftar pemilih SPR bagi membuktikan ia benar-benar bebas daripada 'pengundi hantu'.

Terlalu singkat

Beliau berkata tempoh bantahan sekarang yang hanya selama lima hari termasuk dua hari bercuti adalah terlalu singkat dan tidak munasabah.


voter registration campaign 110707 registration"Contohnya dalam rang suku ke-2 tahun 2011, SPR hanya membenarkan bantahan pada 29 Julai hingga 2 Ogos. Iaitu 5 hari bermula hari Jumaat hingga Selasa.

"Tempoh ini terlalu singkat dan merumitkan. Tempoh yang terlalu singkat ini seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan," katanya.

Menurut Suhaizan, Pemuda PAS juga mendesak SPR agar mengugurkan bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak.

"Bantahan ini merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Bantahan ini dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih. Apabila bayaran yang dikenakan terlalu mahal maka ia akan membebankan mereka yang mahu membuat bantahan sedangkan bantahan ini bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR.


azlan"Ini bermaksud pembantah mahu membantu SPR membersihkan data mereka. Membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Malangnya SPR mengenakan bayaran yang tinggi untuk membantunya membersihkan daftar pemilih.

"Bayaran yang dikenakan oleh SPR kepada pembantah adalah termasuk perkara-perkara yang pelik dalam negara kita. Sepatutnya SPR memberi bayaran tanda penghargaan kepada mereka yang membuat bantahan bukannya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu membantu SPR," katanya lagi./Malaysiakini

JIKA PM KITA PENAKUT, TAKKAN TOKOH MAAL HIJRAH PUN PENAKUT JUGA?

Posted: 07 Aug 2011 11:23 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TOKOH MAAL HIJRAH, sepatutnya mempunyai sifat berani kerana benar apatahlagi jika melibatkan hukum-hakam yang beliau sendiri keluarkan. Tetapi, apa sudah jadi dengan tokoh `ulamak' janggut berinai merah bernama Dr Muhammad Uthman El-Muhammadi ini?

Di dalam isu tuduhan terhadap golongan yang dikatakan puak `Wahabi' serta dikaitkan pula dengan keganasan atau pelampau, tokoh yang seringkali `kipas' kerajaan ini diberitakan takut untuk berdailog dengan Majlis Jawatankuasa Fatwa Perlis. Bukankah tuduhan telah dibuat terhadap `Wahabi' sehinggakan memburukkan nama Arab Saudi, tetapi mengapa takut untuk berdialog? Apakah sememangnya jenis `spesis' puak ini memang penikus bila diajak berdebat atau berdialog?

Malaysiakini melaporkan, "Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dukacita kerana undangan rasmi jawatankuasa fatwa Perlis kepada penceramah popular - Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yang dikata mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme - untuk berdialog telah ditolak.

NONE"Saya amat dukacita sebab Uthman El-Muhammady tolak jemputan rasmi untuk dialog secara harmoni mengenai 'kesesatan' dan 'keganasan' Arab Saudi yang beliau dakwakan.

"Bagaimana mungkin seorang yang merupakan 'ahli akademik' takut untuk berhujah secara akademik dan terbuka bagi mempertahankan pandangan dan ideanya yang telah menghuru-harakan negara dan menjejaskan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi akibat tuduhannya yang dibuat secara membabi-buta," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.


ti religio-corruption workshop 231105 muhammad 'uthman el-muhammadySebenarnya saya sudah lama tidak yakin dengan tokoh ini kerana setiap pandangannya seringkali menunjukkan `taat setia' beliau terhadap sang Penguasa, hatta sang Penguasa bertindak zalim atau bertentangan dengan Islam sekalipun. Ciri-ciri tokoh Maal Hijrah pada perspektif kerajaan mungkin tepat untuk beliau, tetapi sebagai Ulamak, jauh panggang dari api.

Sebagai contoh di dalam isu ini, mengapa takut untuk berdepan dengan hujah beliau sendiri? Adakah takut untuk berdepan dengan Us Dr Asri atau daripada kumpulan Ulamak Muda yang `mentah' dari Umno itu? Berani buat, berani tanggung. Berani tuduh, beranilah berhujah. Malangnya, tokoh ini mendiamkan diri dan terus membiarkan rakyat tertanya-tanya di pihak mana yang betul dan salah. Inikah sikap seorang tokoh Maal Hijrah atau mahu dipangil Ulamak?

Jika di dalam isu `Wahabi' pun terkial-kial mahu berhujah, apa mahu diharapkan orang seperti ini untuk berhujah atau berdialog tentang Negara Islam dan hukum Islam. Sebab itu, selagi ada tokoh `kipas lipas' yang menjadi `Penasihat 20 persen' di dalam Kerajaan, usah di mimpi negara ini akan berjaya mendaulatkan hukum Islam. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: