Kelab Greenboc |
- Remaja Perempuan 17 Tahun Hilang
- Terengganu: 4 Datuk Ditangkap Berjudi
- Wanita 'Ketuk Ketampi' Bogel Bebas Tuduhan Dadah
- Kerja Kotor SPR Dibongkar : "Kg. Baru" Didaftarkan Sebagai Pengundi Di Besut
- Jawatankuasa Siasatan Lantikan Menteri Kesihatan Tidak Serius
- Keangkuhan Dan Kekayaan Najib Akan Turut Tersungkur Lebur
- Jangan Biarkan BN Tenggelamkan Isu Pilihanraya Bersih Dengan Isu Gereja
- TELADAN: Kemalangan Sedarkan Awi Rafael Dari ‘Hanyut’
Remaja Perempuan 17 Tahun Hilang Posted: 09 Aug 2011 12:09 AM PDT Ipoh – Seorang ibu tunggal merayu agar anak perempuannya pulang ke pangkuan keluarga selepas didapati hilang sejak 4 Ogos lalu. Seri Wangi Mokhtar, 42, berharap anaknya, Seri Najwa Ferda Hasan, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar akan kembali ke rumah dalam keadaan selamat sebelum Aidilfitri ini. Ibu kepada empat orang anak itu berkata, anak keduanya seorang yang sangat baik serta rapat dengan adik beradiknya yang lain. Beliau yang tinggal di Rancangan Perumahan Tambahan (RPT) Tualang Sekah memberitahu anaknya tidak pulang selepas keluar dari rumah mereka kira-kira jam 6.45 pagi Khamis lalu. "Selepas kami bersahur dia (Seri Najwa Ferda) bersiap-siap untuk ke sekolah dan pada hari itu dia memakai baju T berwarna biru dan seluar sukan. "Selain itu, komputer riba, jalur lebar mudah alih (broadband) dan telefon bimbitnya turut dibawa bersama. "Namun sehingga jam 5 petang (hari yang sama) saya mula rasa tidak sedap hati kerana anak saya masih tidak pulang ke rumah. "Lagipun beberapa hari sebelum kehilangannya dia memang tidak ke sekolah kerana mempunyai masalah kesihatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Kerana terlalu bimbang, Seri Wangi cuba menghubungi telefon bimbit anaknya berkali-kali namun tidak berjawab. "Kemudian saya menelefon rakan-rakan sekolahnya dan mendapati dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu. "Bagaimanapun, saya masih menaruh harapan dan menunggunya pulang tetapi selepas berbuka puasa saya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kampar," katanya. Dalam perkembangan sama, Seri Wangi berkata, ada saksi yang pernah melihat anaknya menaiki sebuah skuter berwarna merah pada pagi kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Superin-tendan Abdul Aziz Salleh mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kes remaja perempuan hilang pada Khamis lalu. Beliau berkata, polis giat menjalankan siasatan dari semasa ke semasa bagi menjejaki remaja perempuan berkenaan. "Sehubungan itu, bagi sesiapa yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di talian 05-465 2222," katanya ketika dihubungi semalam. |
Terengganu: 4 Datuk Ditangkap Berjudi Posted: 08 Aug 2011 09:30 PM PDT Kuala Terengganu - Sungguh memalukan! Enam sahabat sanggup mencemarkan kesucian Ramadan dengan menjalankan aktiviti berjudi beramai-ramai di belakang kedai di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, awal pagi semalam. Lebih menyedihkan, empat di antara enam sahabat itu sudah bergelar datuk yang sepatutnya menghabiskan sisa usia mereka untuk beribadat terutama pada bulan yang mulia ini. Bagaimanapun, tindakan keenam-enam tertuduh, Abdul Rahim Sigh Abdullah, 38, dari Rumah Murah Kampung Batin, Seberang Takir, Yuhasafuddin Yusof, 24, dari Kampung Rhu Sepuloh, Setiu, Mat Seri Mamat, 48, dari Taman Sri Kolam, Kuala Terengganu, Malizar Sutan Sulaiman, 52, dari Lorong Cempaka Kuala Ibai, Ibrahim Abdullah, 56, dari Kampung Padang Ujib Manir, Kuala Terengganu dan Mahsuri Ngah, 41, dari Kampung Melintang Wakaf Beruas Kuala Terengganu terbalas setelah dijatuhi hukuman denda RM2,000 setiap seorang di Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Majistret Norazizah Yusof menjatuhkan hukuman itu selepas keenam-enam tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Dengan itu mereka boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebih enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Mengikut fakta kes, keenam-enam sahabat itu didapati bermain judi menggunakan buah dadu dengan bertarung wang di belakang kedai Happy Prabayar dan Alat Telekomunikasi, Hafira Communication Service, Jalan Sultan Ismail semalam kira-kira jam 12.15 pagi. Kegiatan haram mereka itu diintip sepasukan polis selama 10 minit dan sejurus mengetahui kehadiran polis, mereka cuba melarikan diri namun kesemua mereka berjaya ditangkap selepas berlakunya pergelutan. |
Wanita 'Ketuk Ketampi' Bogel Bebas Tuduhan Dadah Posted: 08 Aug 2011 07:59 PM PDT Selepas enam tahun, Hemy Hamissa Abu Hassan Saari, yang terbabit dalam saga 'ketuk ketampi bogel' kini boleh menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam pula membebaskannya daripada dakwaan memiliki dadah. Hemy Hamissa bersama suaminya, sekarang Kamarul Hamri Mohd Latif dan tiga yang lain dituduh bersama memiliki 10.19 gram methamphetamine di SK Damansara Jaya, pada jam 29 Jun, 2005, jam 1.45 pagi. Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta yang sama. Dalam keputusan itu, Majistret Nor Afidah Idris berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pemilikan dadah berkenaan di dalam kawalan dan penjagaan serta dalam pengetahuan semua tertuduh. "Mahkamah juga berpendapat pegawai penyiasat gagal menjalankan siasatan terperinci terhadap kesemua tertuduh, termasuk tidak memeriksa Hemy Hamisa ketika serbuan sekaligus mewujudkan kelompongan," katanya. Dadah berkenaan dijumpai pada Ku Azizul Ku Abd Rahman, yang kemudiannya menghilangkan diri selepas dibenarkan dijamin. Dua minggu lalu, Hemy Hamisa berjaya menyelesaikan saman di luar mahkamah yang difailkannya ke atas seorang konstabel polis dan kerajaan berhubung kes ketuk ketampi bogelnya itu sehingga menyebabkan Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan. -mk |
Kerja Kotor SPR Dibongkar : "Kg. Baru" Didaftarkan Sebagai Pengundi Di Besut Posted: 08 Aug 2011 05:45 PM PDT SPR cipta sejarah, Kg Baru sebagai pengundi KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi. Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor dalam satu kenyataan berkata, daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini. Berikut ulasan beliau berhubung perkara itu. Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi. Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut. Daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini. Maklumat pemilih yang mencipta sejarah ini adalah seperti di bawah: Apabila semakan dibuat dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) mengikut nombor kad pengenalan pemilih maka nama Kg Baru sebenarnya adalah Noraini Binti Abdullah. Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku? Apakah Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak di jawab oleh kerani SPR sahaja? Maklumat Noraini Binti Abdullah adalah seperti berikut: Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah menjumpai pemilih dari kalangan pengundi hantu di mana nama pemilih ini tidak terdapat dalam rekod JPN. Pengundi hantu ini bernama Farhana Binti Abdul Rashid, no kad pengenalan 840505715012 dan mengundi di Dun Wakaf Mempelam, Parlimen Kuala Terengganu. Maklumat pengundi hantu ini adalah seperti berikut: Semakan di laman Web JPN menunjukkan identiti Farhana Binti Abdul Rashid tidak wujud. Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu sedangkan SPR mempunyai Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang telah dihubungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)? Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos 2011 di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini. Dewan Pemuda PAS Malaysia beranggapan mungkin telah berlaku kecuaian manusia yang menyebabkan sebuah kampung dibenarkan mengundi. Salah satu punca kepada masalah ini adalah kerana SPR tidak mempunyai sistem pengesahan pengundi yang benar-benar mantap. Kecuaian manusia tidak dapat dikesan oleh sistem selepas data-data dimasukkan. Dewan Pemuda PAS juga mendesak kepada SPR agar menggugurkan bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak. Bantahan ini merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Bantahan ini dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih. Apabila bayaran yang dikenakan terlalu mahal maka ia akan membebankan mereka yang mahu membuat bantahan sedangkan bantahan ini bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR. Ini bermaksud pembantah mahu membantu SPR membersihkan data mereka. Membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Malangnya SPR mengenakan bayaran yang tinggi untuk membantunya membersihkan daftar pemilih. Bayaran yang dikenakan oleh SPR kepada pembantah adalah termasuk perkara-perkara yang pelik dalam negara kita. Sepatutnya SPR memberi bayaran tanda penghargaan kepada mereka yang membuat bantahan bukannya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu membantu SPR. Tempoh bantahan juga terlalu singkat dan tidak munasabah iaitu hanya 5 hari sahaja termasuk 2 hari bercuti. Contohnya dalam rang suku ke-2 tahun 2011, SPR hanya membenarkan bantahan pada 29 Julai 2011 hingga 2 Ogos 2011. Iaitu 5 hari bermula hari Jumaat hingga selasa. Tempoh ini terlalu singkat dan merumitkan. Bayaran dan tempoh yang terlalu singkat ini seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan. Dewan Pemuda PAS mendesak agar tempoh bantahan ini dipanjangkan dan bayaran kepada pembantah digugurkan. Ini bagi memudahkan semua pihak membuat pembersihan daftar pemilih di masa akan datang. -HD Ulasan GB Semalam, wartawan MSTAR, Ariffuddin Ishak tulis ayat macam SPR selama ini buat kerja macam bagus sangat sehingga ditulisnya Pembangkang Dicabar Kemuka Bukti : Yang mencabar ialah Nazri Aziz. Sekarang sudah dibuktikan bahawa memang berlaku sejumlah pemilih yang disenaraikan dalam daftar pemilih adalah bukan sahaja yang berstatus Penduduk Tetap (PR), tetapi nama tempat pun didaftarkan sebagai pengundi. Kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR, letaklah jawatan cepat sebelum anda berdua diheret ke muka pengadilan untuk dicampakkan ke penjara secepat mungkin. Rakyat dah tak sabar dengan penipuan-penipuan yang banyak ini. Suruhanjaya Diraja MESTI ditubuhkan untuk siasat perjalanan SPR selama ini. Kami akan tetap terus berdoa kepada Allah mendedahkan kebenaran dan mengadili semua kerja-kerja jahat kamu-kamu yang bersekongkol dengan BN. Ingat di bulan Ramadhan ini, doa orang yang dizalimi lebih cepat diangkat ke langit! |
Jawatankuasa Siasatan Lantikan Menteri Kesihatan Tidak Serius Posted: 08 Aug 2011 02:00 PM PDT Siasatan Tung Shin diserah kepada polis pula Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Kesihatan peringkat tertinggi yang sepatutnya menyiasat aduan bahawa gas pemedih mata dan air berkimia disasarkan ke perkarangan Hospital Tung Shin, kini memohon bantuan polis bagi menyiasat kejadian yang didakwa berlaku pada 9 Julai itu. Perkara itu didedahkan oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan oleh sekretariat jawatankuasa itu Jumaat lalu. Pua, yang berada di perkarangan Hospital Tung Shin bersama rakan-rakan pemimpin DAP pada 9 Julai lalu telah menawarkan diri mereka untuk memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan bagi membantu siasatan mereka. "Bukan sahaja (mereka) melengah-lengahkan siasatan yang dituntut kami, tetapi mereka meminta pula pihak polis menyiasat kami," katanya. Pada sidang akhbarnya pagi ini, Pua berkata ibu pejabat DAP pada mulanya menerima sepucuk surat daripada kementerian bertarikh 29 Julai yang memintanya bersama tiga pemimpin parti lain untuk menghadiri inkuiri yang dijadualkan pada 1 Ogos. Tiga yang lain itu adalah ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching dan setiausaha politik ketua menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari. Namun, kerana surat yang diterima sudah terlalu dekat dengan tarikh inkuiri dan akibat kesuntukan masa, mereka meminta tarikh baru. "Kami terima surat pada Sabtu jam 4 petang dan mereka minta kami untuk datang pada Isnin depan," jelasnya sambil menambah beliau kemudiannya menulis kepada jawatankuasa itu untuk meminta tarikh yang lain. Bagaimanapun sekretariat jawatankuasa itu menulis kepada mereka pada 5 Ogos lalu dan kali ini berkata, "kami akan berpadu tenaga dengan polis dalam menjalankan siasatan yang akan diadakan tidak lama lagi." Pua berkata beliau juga menerima panggilan daripada polis meminta dirinya dan pemimpin lain ke ibu pejabat polis daearh PJ pada jam 9.30 pagi Rabu ini. "Jadi menteri telah serah kuasanya kepada ketua setiausaha yang kemudiannya serah pula kuasa itu kepada polis," kata Pua. Katanya lagi, kementerian kesihatan sengaja mengelak tanggungjawab menyiasat kerana mereka sedar bahawa seluruh dunia sudah mengetahui kebenaran bahawa memang hospital tersebut diserang. Malah, menurut Perjanjian Geneva oleh semua negara di dunia, hospital merupakan kawasan larangan, dan tidak boleh diserang dalam apa-apa kes pun. -mk
Ulasan GB Sebenarnya anggota Jawatankuasa Siasatan Kementerian Kesihatan lantikan Datuk Seri Liow Tiong Lai hanya satu gimik, tak tahu buat kerja siasatan dan tidak serius di dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Mengaku sajalah! Ia hanya satu penipuan untuk mengaburi mata rakyat setelah menteri itu ditangkap menipu orangramai dengan menyatakan polis tidak menembak ke arah hospital berkenaan sebaliknya menyalahkan angin yang membawa gas tersebut ke perkarangan hsopital. |
Keangkuhan Dan Kekayaan Najib Akan Turut Tersungkur Lebur Posted: 08 Aug 2011 08:52 AM PDT Malaysia terus rasa kesan global, nilai Bursa 'terhakis' RM31 bilion lagi KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Pasaran saham di Malaysia terus merudum dengan nilai dianggarkan RM31 bilion 'terhakis' dari Bursa Malaysia ekoran kebimbangan yang dirasai di peringkat global ekonomi, susulan krisis kredit Amerika Syarikat. Ekoran trend jualan saham yang diakibatkan oleh penurunan taraf oleh Standard and Poor ke atas kredit Amerika Syarikad dan Eropah, pasaran saham Kuala Lumpur terhakis nilai sehingga RM65 bilion sejak Isnin lalu. Pemegang-pemegang saham yang rugi mengatasi mereka yang membuat untung – 1,051 berbanding 67 hari ini, manakala indeks Emas menurun 2.39 peratus sehingga 10,227.95 mata, paling rendah dalam lima bulan. Tanda aras FBMKLCI ditutup 1,496.99, menurun 1.8 peratus, juga paling rendah dalam lima bulan. Malaysia berhadapan dengan perkembangan ketika spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat berterusan. Ketua firma penyelidikan OSK Chris Eng berkata, meskipun ada kemungkinan kecil pemulihan pada hari-hari mendatang, pasaran tidak mungkin akan meningkat ke paras yang direkodkan bulan lalu dan akan kekal mudah meruap. "Kami menurunkan gred pasaran hari ini dengan fikiran bahawa penggal pertengahan tidak kelihatan begitu baik, khususnya selepas S&P (Standard and Poor) menurunkan gred (penarafan kredit jangka panjang AS). "Jelas bahawa pelabur-pelabur mula lebih melihat ke atas saham-saham defensif (alternatif)," kata beliau yang turut mengesyorkan saham-saham dalam bidang kesihatan, media dan kepenggunaan untuk diberi perhatian. Eng menambah, sementara pasaran memperlihatkan respons positif sebelah tengah hari tadi ekoran laporan bahawa European Central Bank membeli bon-bon Itali dan Sepanyol, pihaknya tidak optimis keadaan itu akan berkekalan. "Apa yang mereka lakukan sekarang belum mencukupi," kata beliau. Nilai pasaran kira-kira RM26 bilion telah terhakis dari Bursa Malaysia Jumaat lalu selepas para pelabur mengambil mesej daripada apa yang disaksikan di Wall Street, yang paling buruk sejak keruntuhan Lehman Brothers pada 2008. Pasaran-pasaran rantau Asia terus merosot hari ini sejak Standard and Poor menurunkan taraf kredit AS buat kali pertama Jumaat lalu. Pasaran Nikkei menurun 2.2 peratus untuk ditutup 9,097.56 mata selepas ia turun serendah paras 9057.29 manakala Topix pula jatuh 2.3 peratus untuk ditutup 782.86. Indeks Hang Seng Hong Kong menurun lebih empat peratus untuk mencecah paras paling rendah tahun ini. Indeks Shanghai menurun lebih daripada tiga peratus. Indeks pasaran Singapura pula jatuh 3.39 peratus, Indonesia (1.82 peratus) dan Thailand (0.99 peratus). Menurut laporan Reuters, nilai pasaran dunia terhakis AS$2.7 trillion (RM8.13 trillion) minggu lalu. Dalam laporan terdahulu, bank pelaburan Goldman Sachs juga mengkaji semula pertubuhan ekonomi Malaysia ekoran perkembangan ekonomi semasa. Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka berhadapan lebih banyak tekanan ekoran langkah Goldman Sachs menurunkan anggaran pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini dan 2012. Goldman Sachs mengkaji semula anggaran pertumbuhan ekonomi kepada lima peratus berbanding 5.4 peratus tahun ini manakala bagi tahun depan ia menetapkan 5.2 peratus berbanding 5.6 peratus yang dianggarkan sebelum ini. -TMI Ulasan GB Najib yang angkuh dan boros dengan kekayaannya kini akan terus berdepan dan berlawan dengan kekuasaan dan kekayaan Allah s.w.t. Sebelum ini GB menyatakan bahawa: Demikian sebenarnya kaedah yang digunakan Najib melalui agen-agennya untuk membeli beberapa Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. Betapa dasyatnya manusia bernama Najib ini yang mana kita telah tahu kejatuhan kerajaan PR negeri Perak adalah akibat dari pembelian wakil-wakil rakyat PR entah berapa juta nilainya. Dikuti dengan beberapa siri lompatan ahli parlimen dan ADUN PR samada menjadi wakil bebas atau pun menyertai BN pun dengan habuan wang ringgit. Namun, Allah tidak pernah lalai dan tidak pernah tidur. Segala kejahatan dan kebatilan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO bersama-sama sekutu-sekutunya seperti polis, SPR, SPRM, Peguam Negara, Pendakwa Raya, Hakim-hakim, agensi-agensi kerajaan seperti ROS yang melengah-lengahkan pendaftaran Pakatan Rakyat, akan pasti mendapat hukuman daripada Allah s.w.t. Allah akan tetap membantu pihak yang dizalimi oleh mereka sekalipun mereka tidak pernah mahu mengakui kezaliman yang mereka lakukan. Pemerintahan Najib adalah kemuncak terhadap segala kebobrokan pemerintahan UMNO BN di negara ini bermula dari dari cara beliau naik untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sehingalah ke hari ini, bagaimana beliau sanggup "melakukan apa saja" untuk mempertahankan kuasanya sekalipun dengan kaedah keji dan di luar batas undang-undang apatah lagi hukum agama. Beliau menggunakan kaedah Abu Lahab dan Qarun, menggunakan harta kekayaan untuk mempertahankan kuasanya. Kisah Najib dan pemerintah-pemerintah zalim UMNO BN sebelumnya seperti Mahathir dan Abdullah Badawi, telah pun berlaku di zaman silam. Ia hanya satu perulangan sejarah dengan pertukaran watak-watak sahaja. Firman Allah: "Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut." (QS. Al Lahab: 1-5) "Dan (juga) Qarun, Fir'aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang akan lepas (dari kehancuran itu). Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (al-`Ankabut: 39-40) Mereka boleh terus cuba untuk pertahan lagi kebatilan yang mereka bawa dengan kekayaan yang mereka ada, namun kita akan tetap berjuang dan berdoa semuga Allah memberikan balasan yang setimpal di atas segala dosa mereka terhadap kita. Dengan tegas kita tegak berdiri menyatakan: Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, agar Allah mencabut kekuasaan dan menghukum kamu-kamu semua, dan menyerahkan hak kekuasaan kepada mereka yang beriman dan berlaku adil. |
Jangan Biarkan BN Tenggelamkan Isu Pilihanraya Bersih Dengan Isu Gereja Posted: 08 Aug 2011 06:55 AM PDT Isu Jais tenggelamkan warga asing daftar pemilih KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Isu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR. "Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta. Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, PAS telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak Jais dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar. "Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini," ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, Pemimpin umno dan NGO umno macam dilanda histeria mengenai isu itu, kononnya merekalah pembela agama. Tegasnya, PAS istiqamah menentang isu murtad di negara ini. Soalnya, di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi yang keluar agama Islam. Tambahnya, sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PAS dalam operasi Lallang 1987 kerana isu kristianisasi. "Tahniahlah kepada pemimpin Umno dan media Umno kerana baru sedar bahayanya murtad. "Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata. Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, Umno menjadi juara," ujarnya. Tetapi, katanya dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid. "Pelik juga Umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan," ujarnya lagi. Tanya beliau lagi, kenapa Umno diam membisu apabila ahli MCA hendak saman kerajaan Kelantan kerana isu pengharaman judi. "Sepatutnya kalau Umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun Umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat," katanya. -HD Ulasan GB Apabila GB meminta supaya PAS Pusat memfokuskan kepada isu pembersihan pilihanraya dan menyerahkan isu gereja kepada PAS Negeri untuk menyelesaikannya, ada yang salahfaham dan salah tafsir mengenai ulasan GB. Petikan: Keseluruhan isu serbuan gereja oleh JAIS ini. Sepatutnya PAS Pusat tidak perlu untuk "campurtangan" kerana menurut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim sambil menyifatkan kontroversi yang berlaku adalah "masalah negeri.". JAIS yang serbu gereja, bukan PAS yang serbu. Cuma ada "seorang" pemimpin PAS Selangor yang awal-awal membuat kenyataan menyokong tindakan JAIS tersebut di atas alasan ada bukti usaha untuk memurtadkan umat Islam sekalipun bukti itu sendiri belum sahih kebenarannya. Sebenarnya apa yang cuba GB ketengahkan ialah sama seperti yang disuarakan oleh Ustadz Idris Ahmad di atas dan seperti kenyataan Presiden PAS sendiri di awal sidang medianya semalam iaitu ada dinyatakan (tiada dlm laporan bertulis) bahawa "kita tahu isu gereja itu sengaja diadakan oleh BN untuk menutup isu pilihanraya bersih." Dan jangan salahfaham, bukan kita tidak pentingkan akidah, malah PAS lebih depan di dalam isu tersebut seperti yang diutarakan oleh Ustadz Idris di atas, UMNO yang selama ini membiarkan kemurtadan berlaku secara berleluasa, maka UMNOlah yang perlu memikulnya. UMNO hanya menggunakan isu itu untuk melengah-lengahkan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan yang akhirnya mereka menikam kita dari belakang apabila kita beralih paksi perjuangan. UMNO tidak perlu mengajar PAS bagaimana untuk memperjuangkan aqidah kerana keseluruhan perjuangan PAS adalah perjuangan yang bertunjangkan akidah Islam. Kita tidak mahu mengikut rentak-tari UMNO. Perjuangan mereka yang tidak bertunjangkan akidah sebaliknya memperjuangan "kebangsaan sempit". Kita tidak mahu diperbodohkan sedemikian rupa sehingga kemudiannya isu pembersihan pilihanraya ditenggelamkan dengan hiruk-pikuk isu gereja. Dan di dalam keadaan sedemikian mereka memanggil pilihanraya. Kita tidak mahu kehilangan fokus. Kita tidak boleh lari dari tumpuan demi kebenaran, keadilan, kemenangan dan kejayaan. |
TELADAN: Kemalangan Sedarkan Awi Rafael Dari ‘Hanyut’ Posted: 08 Aug 2011 04:40 AM PDT Petaling Jaya: Sejak terlibat dengan kemalangan jalan raya pada Rabu lalu, penyanyi Awi Rafael tidak putus bersyukur dan berjanji untuk lebih menumpukan kepada ibadat harian. Penyanyi lagu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta ini yakin Allah masih menyayangi dirinya dan memberikan peluang untuk dia berubah ke jalan yang baik agar tidak terus hanyut dengan populariti yang diraih. "Saya akui bila mendapat terlalu banyak perhatian, kadangkala kita lupa siapa kita di sisi Allah. Saya bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk lebih awal untuk saya berubah. Jadi, saya perlu perbetulkan solat dan banyakkan amalan ibadat. "Sebelum ini, mungkin saya terlalu peramah dengan semua orang dan bersikap acuh tak acuh dengan solat," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di majlis berbuka puasa Muzik FM di Hotel Pearl International, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Malah, Awi juga semakin rajin mengerjakan solat terawih dengan rakan-rakannya pada bulan Ramadan ini. Paling penting, dia bersyukur kerana dirinya selamat dalam kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan itu pada sekitar pukul 5 petang selepas menjalani sesi fotografi dengan sebuah majalan hiburan di Shah Alam. "Saya rasa bersyukur dan terperanjat dengan insiden itu serta sempat mengucap istighfar. Kereta jenis Triton yang saya naiki remuk teruk akibat melanggar pokok. "Nasib baik saya tidak mengalami kecederaan teruk melainkan luka sedikit di dahi. Waktu itu, saya memakai baju Melayu dan songkok. Jadi, songkok itu telah menyelamatkan kepala saya yang terhantuk di cermin tingkap. "Selepas terlibat dengan kemalangan itu, terus saya ke klinik dan merawat luka di dahi. Tengkuk saya juga masih berasa kebas selepas kemalangan itu tetapi setakat ini doktor mengesahkan tiada apa-apa kecederaan dalaman," jelasnya lagi. Tambahnya, sewaktu keretanya berpusing sebanyak tiga kali sebelum melanggar pokok dan turut melanggar beberapa buah kenderaan di situ turut mengingatkan Awi kepada ibu dan bapanya yang tinggal berjauhan daripadanya. Setelah ibu dan bapanya berpisah lapan tahun lalu, ibunya menetap di Pontian, Johor manakala bapanya berada di Indonesia. -mstar
Ulasan GB Semuga menjadi iktibar / teladan kepada yang lain-lain juga agar jangan sampai "ditegur" Allah dengan cara sedemikian atau keadaan lebih buruk lagi. Muga semua umat Islam dilimpahi rahmat dan hidayahNya di sepanjang jalan kehidupan. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan